Anda di halaman 1dari 1

ILMU JAMPI

Pawang sebagai pembaca jampi adalah manusia yang luar biasa dan
disifatkan sebagai manusia perantaraan makhluk dengan Khaliq
atausupernatural.Dalam karya agung Hikayat Abdullah, terdapat beberapa contoh
penggunaan ilmu jampi.

Maka apabila sangatlah ia hendak merempuh kandang itu rupanya, maka
diambil oleh pawang itu sedikit batang pisang dibaca-bacakannya, kulihat
dicampakkannya ke dalam kandang itu. Maka berhentilah ia ..

ILMU PENDUKUNAN

Ilmu pendukunan ialah yang mengenai atau berkaitan dengan pengubatan
cara kampung atau tradisional, yang berkaitan dengan ilmu dukun, di rantau sebelah
sini, gejala dan kegiatan perbomohan atau sudah menjadi rempah dalam kehidupan.
Orang yang mengubat dipanggil pawang atau dukun.
Contoh petikan teks yang menunjukkan penggunaan ilmu jampi dalam Hikayat
Abdullah adalah :

Syahadan, maka adalah pada masa itu, dalam Melaka datang seorang, iaitu
datang dari Terengganu, bernama Pawang Gajah. Maka asalnya ia orang
Kedah yang tau pada ilmu gajah dan berbagai-bagai ubatan.
(Hikayat Abdullah: 51).

Maka sebab itu maka serba bangsa pun ada meminta ubat-ubatan dan
hikmat-hikmat dan tangkal-tangkal kepadanya.
(Hikayat Abdullah: 55).

ILMU PENGASIH
Ilmu pengasih banyak diamalkan oleh orang yang mempercayai ilmu karut
namun ada juga yang diamalkan oleh sesetengah orang yang kuat agamanya,
kerana ayat pengasih ini terdapat dua kategori iaitu jenis yang haram diamalkan dan
jenis yang halal diamalkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh agama

Anda mungkin juga menyukai