Anda di halaman 1dari 60

MUKTAZILAH

MINGGU 8 DAN 9
UJI PENGETAHUAN SEDIA ADA
 Pernahkah anda mendengar mengenai al-
Quran itu makhluk?
 Sekiranya pernah cuba anda ceritakan sedikit
maklumat yang anda tahu.
 Anda bersetuju atau tidak jika dikatakan al-
Quran itu makhluk.
 Berikan jawapan anda dengan alasan yang
munasabah.
HASIL PEMBELAJARAN YANG
DIJANGKAKAN
 DEFINISI  KEDUDUKAN AKAL BAGI
MUKTAZILAH
 SEJARAH
PERKEMBANGAN
 AHLI FALSAFAH YUNANI
 SUKA BERDEBAT
 GERAKAN
 ALIRAN
 KHALIFAH YANG
MENYOKONG
 AQIDAH YANG
MENYESATKAN
 PENGARANG-  JAWAPAN ASWJ TERHADAP
PENGARANG AQIDAH TERSEBUT
MUKTAZILAH
PENGENALAN

 Satu fahaman yang mengutamakan logik akal


dalam semua perkara.
 Perkara yang bertentangan dengan logic akan
ditolak.
 Kumpulan ekstrimis dalam memperjuangkan
untuk menolak perkara yang telah tetap dalam
agama.
DEFINISI

 Perkataan Muktazilah berasal daripada‫ ’اعتزا ‘ل‬yang


bermaksud mengasingkan diri.
 Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam
menentukan apakah asal-usul sebenar puak
Muktazilah mendapat nama tersebut.
 Namun begitu, perkaitan nama kumpulan ini dengan
Wasil bin Atha’ sangat banyak disebut oleh ulama-
ulama pengarang buku perbandingan firqah (aliran).
 Ada penulis yang mengatakan Muktazilah ialah
kaum yang mengasingkan diri dari keduniaan.
 Ada juga yang mengatakan bahawa Muktazilah
adalah mengasingkan diri dari masyarakat.
 Mereka menyisihkan dari politik dan hanya
mengadakan kegiatan dalam bidang ilmu
pengetahuan.
SEJARAH PERKEMBANGAN
 Sejarah tidak mencatatkan tarikh sebenar kemunculan
fahaman Muktazilah ini kerana pada permulaannya
tidak mendapat sambutan oleh umat Islam pada masa
itu sehinggalah pada zaman pemerintahan Khalifah al-
Makmum yang menjadikannya sebagai mazhab rasmi.
 Ini kerana pada zaman tersebut lahir ramai intelektual
yang sukakan ilmu berkaitan pemikiran, falsafah dan
logik yang membawa masuk ilmu-ilmu dari Yunani ke
dalam negara.
 Apabila mendapat dukungan yang kuat daripada
pemerintah, Muktazilah mula menggunakan kuasa
untuk memaksa semua orang Islam pada masa itu
mengakui dan sama-sama beriman dengan
akidah utama mereka iaitu ‘Al-Quran Makhluk’.
 Pemerintah siap mengeluarkan arahan agar
semua orang diperiksa sekiranya ada yang
menolak akidah tersebut.
 Ini menyebabkan ramai ulama besar dihukum
dan ada yang dibunuh. Antara ulama besar yang
diseksa adalah Imam Ahmad bin Hanbal dan
ulama yang dibunuh pula adalah Imam Buwaithi
yang diseksa sehingga mati.
 Peristiwa ini sangat mengganggu ketenteraman
umat Islam sehinggalah ia tamat pada zaman
pemerintahan Khalifah al-Mutawakkil.
 Beliau membatalkan mazhab Muktazilah dan
menggantikan mazhab Asya’irah sebagai mazhab
rasmi.
  Aliran ini dengan cepat dihapuskan walaupun
pernah berdiri gagah kerana kesepakatan ulama
dalam menyingkirkan semua karya Muktazilah dari
medan-medan ilmu, menerangkan kesalahan-
kesalahan yang terdapat dalam mazhab itu
sehingga ianya hanya tinggal nama.
  Namun muttakhir ini, roh mazhab ini seakan
kembali.
 Banyak kumpulan-kumpulan yang berteraskan
logik akal sehingga sanggup menolak al-Quran dan
hadis muncul dan mendapat perhatian pemerintah.
 Semoga Allah melindungi kita daripada terjebak
dengan semua aliran yang menyesatkan ini. Amin.
KHALIFAH YANG MENYOKONG
 Yazid bin Walid, Khalifah Bani Umayyah
(memerintah 125 – 126 H)
 Ma’mun bin Harun ar-Rasyid, khalifah Bani
Abbas (memerintah 198 – 218 H)
 Al-Mu’tashim bin Harun ar-Rasyid (memerintah
218 –227 H)
 Al-Wathiq bin al-Mu’tashim (memerintah 227-
232 H)
PENGARANG-PENGARANG
MUKTAZILAH

 Kitab ‘al-Haiwan’ karangan Uthman al-Jahizh (W 235


H)
 Kitab ‘Majazul Quran’ dan kitab ‘Haqaiqut Tanzil’
karangan Syarif Radli (W406)
 Kitab ‘Syarah Ushul lil khamisah’ karangan Abdul
Jabbar bin Ahmad yang masyhur dengan gelaran
Qadli-Qudlat (W 405 H)
 Kitab ‘Al-Kasyaf’ karangan Zamakhsyari (W 528 H)
 Kitab ‘Syarah Nahjul Balaghah’ karangan Ibnul Abil
Hadad, seorang pengarang dan pemimpin Syiah
Muktazilah (W 655 H).
FAHAMAN MENYELEWENG
AKAL ADALAH PENENTU

 Mazhabnya akan mengutamakan akal lebih


dari segala bentuk sumber.
 Kalau ditimbang aqal dengan hadith nabi,
maka aqal lebih berat bagi mereka.
 Jika ada persoalan yang bertentang dengan
aqal walaupun disebut di dalam al-Quran
dan hadith, ia akan dibuang kerana
berlawanan dengan aqal.
SAMBUNGAN …

 Sebagai contoh, golongan ini menolak


peristiwa Israk dan Mikraj, azab kubur dan
timbangan.
 ASWJ menentang cara tafsir yang
menggunakan akal sahaja. Maksud hadith,
‘barangsiapa menafsirkan Quran dengan
pendapatnya saja, maka tempatnya di neraka.
SUKA BERDEBAT

 Suka berdebat terutama sekali di khalayak


umum.
 Tidak kira siapa sahaja yang berselisihan
pendapat dengan mereka, maka akan
diajak berdebat.
 Mereka sangat yakin dengan kekuatan aqal.
 Dalil dan bukti juga adalah berdasarkan
logik aqal semata-mata.
SAMBUNGAN …

 200 tahun ASWJ diganggu oleh Muktazilah


dengan perdebatan yang teruk.
 Antara topik yang diketengahkan ialah,
Perbuatan manusia ditentukan oleh manusia
sendiri atau tidak, tuhan boleh dilihat di akhirat
nanti atau tidak, Mikraj nabi Muhammad
dengan jasad dan roh atau roh sahaja.
POKOK AJARAN
1. TAUHID
 Muktazilah kononnya terlalu mengutamakan
konsep mengesakan Allah.
 Disebabkan itu mereka mengatakan Allah tidak
mempunyai sifat kerana bimbang menduakan
Tuhan.
 Bagi menyelamatkan akidah ini mereka
mengatakan pula al-Quran itu makhluk.
Tujuannya adalah untuk menutup sifat Allah
yang berkata-kata.
TUHAN TIDAK MEMPUNYAI SIFAT
 Muktazilah mengatakan Allah melihat, mendengar,
berkata dan sebagainya melalui Zatnya kerana Allah
tidak mempunyai sifat.
 Kalau Tuhan mempunyai sifat maka tuhan ada dua iaitu
Zat dan sifat.
 Dasar fahaman ini adalah Tauhid dan dasar tidak boleh
tidak, mesti diakui. Menduakan Allah adalah kafir.
 Maka, barangsiapa yang mengatakan Tuhan
mempunyai sifat telah menyekutukan Tuhan dan
membawa kepada kafir.
SIFIR HUKUMAN ORANG YANG TIDAK
MENGAKUI QURAN MAKHLUK

 Siapa yang mengatakan Allah ada sifat


bermaksud dia mengatakan Allah ada 2
 Siapa yang mengatakan Allah ada 2 bermaksud
dia mensyirikkan Allah
 Siapa yang mensyirikkan Allah maka dia telah
kafir
 Siapa yang kafir boleh dihukum penjara, siksa
atau bunuh.
QURAN MAKHLUK
 Pada abad ke 2 dan ke 3 Hijriah Muktazilah
menggemparkan dunia dengan ajarannya yang
mengatakan bahawa al-Quran itu makhluk, bukan dari
sifat Allah yang maha berkata-kata.
 Kepercayaan ini lanjutan dari fahaman mereka iaitu
‘Allah tidak mempunyai sifat’. Fahaman ini telah
banyak mengorbankan ulama’-ulama’ besar yang
berkeras mengatakan al-Quran adalah kalam Allah dan
sifat Allah berkata-kata, bukannya makhluk yang baru.
Sambungan …
 Antaranya imam Buwaithi, anak murid Imam Syafei yang
syahid kerana dipukul dengan dahsyat demi menegakkan
kebenaran.
 Imam Ahmad bin Hanbal dipukul separuh mati tetap
menafikan al-Quran itu makhluk. Cerita Imam Ahmad
diselamatkan auratnya daripada terbuka oleh Allah ketika
disebat membuktikan ulama’2 ini di pihak yang benar.
 Dalil yang mereka gunakan ialah surah ar-Rahman :1-3,
“Tuhan yang pemurah, Dia yang mengajarkan al-Quran
dan menjadikan insan.”
2. KEADILAN ALLAH
 Tuhan itu maha adil
 Manusia dihukum oleh Tuhan kerana ia mengerjakan
dosa dan diberi pahala kalau membuat kebaikan.
 Oleh itu, Muktazilah berpendapat semua perbuatan
manusia ditentukan oleh mereka sendiri. Semua
perbuatan manusia ditentukan oleh mereka sendiri.
Semua perbuatan tidak ada kaitan dengan campur
tangan tuhan dan tidak tahu apa yang akan dilakukan
manusia pada masa akan datang.
 Mereka tidak percayakan kuasa Allah dan Syafaat.
 Maksudnya:

 “Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila
sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng
yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka beroleh kebaikan
(kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah dan
kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah
dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai
Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah
(berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum
itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan
pengajaran)?”
Surah al-Nisa’ 4 : 78
3. MANZILAH BAINAL
MANZILATAIN
 Muktazilah berpendapat orang mukmin yang membuat
dosa maka akan dihukum di dalam neraka yang lain dari
tempat orang kafir disiksa.
 Neraka yang agak dingin, mereka tinggal di antara dua
tempat iaitu di antara syurga dan neraka selama-
lamanya.
 Konsep ini berbeza dengan pegangan ASWJ yang
berpegang kepada orang mukmin akan masuk ke syurga
apabila selesai menjalani hukuman yang sepatutnya
dengan dosa yang dilakukan di neraka.
 Perkara ini adalah antara akidah pokok bagi pengajian
Muktazilah
4. JANJI BAIK DAN JANJI BURUK
 Ajaran ketiga ini sangat erat hubungannya dengan
ajaran kedua di atas. Al-wa’d wa al-wa’id bermaksud
janji dan ancaman.
 Tuhan yang Maha Adil dan Maha Bijaksana tidak akan
melanggar janjinya.
 Perbuatan tuhan terikat dan dibatasi oleh janjinya
sendiri, iaitu memberi pahala berupa surga bagi orang
yang mahu berbuat baik (al-muthi’) dan mengancam
dengan siksa neraka bagi orang yang derhaka (al-ashi’).
 Begitu juga janji tuhan untuk memberi pengampunan
bagi yang bertaubat nasuha.
 Ini sesuai dengan prinsip keadilan. Jelasnya,
sesiapapun yang berbuat baik akan dibalas dengan
kebaikan dan juga sebaliknya, siapa yang berbuat
jahat akan dibalas dengan siksa yang pedih.
 Ajaran ketiga ini menegaskan bahawa bagi tuhan,
mesti menunaikan janjinya.
 iaitu memberi pahala bagi orang yang taat dan
menyiksa orang-orang yang berbuat maksiat, kecuali
bagi mereka yang bertaubat.
 Tidak ada harapan bagi penderhaka untuk masuk
syurga, kecuali bila ia bertaubat.
 Kejahatan yang menyebabkan pelakunya masuk ke
dalam neraka, merupakan dosa besar, sedangkan bagi
dosa kecil, mungkin Allah mengampuninya.
5. AMR MA’RUF NAHI MUNKAR

 Kekerasan
 Memaksa orang yang tidak sealiran.
MENOLAK SEMUA PERKARA
TIDAK LOGIK DALAM AGAMA

 Mikraj = mimpi  Sirat = kesusahan


 Arasy dan Kursiy  Telaga = nikmat
=kebesaran / kerajaan  Soal, nikmat dan
Allah azab kubur
 Malaikat Kiraman  Syafaat = menafikan
Katibin = pengawas
keadilan
 Mizan = keadilan
 Hisab = keadilan
1. MIKRAJ

 Muktazilah menolak mikraj Nabi Muhammad ke


Sidrat al-Muntaha.
 Yang diakuinya hanyalah isra’.
 Tidak masuk akal sekiranya Nabi pergi ke Mikraj
dengan tubuh sekali.
 Mereka mendakwa, mikraj Nabi Muhammad SAW
itu sebenarnya hanyalah mimpi.
2. ARASY DAN KURSIY
 Kaum Muktazilah menolak dan tidak beriman dengan adanya Arasy dan
Kursi.
 Pemimpin mereka memperlekeh dengan mengatakan, “adakah muat alam
ini nak diletakkan arasy dan kursi, jika ianya sangat besar.”
 Dalam Tafsir al-Kassyaf, Zamakhsyari menyebut yang bermaksud,
“Kursi Tuhan tidak termuat dalam langit dan bumi maka di mana
diletakkannya? Ianya hanya gambaran Tuhan dan hanya khayalan
fantasi sahaja, tidak ada kursi di sana, tidak ada duduk dan tidak ada
orang yang duduk.”
 Simbol kebesaran sahaja.
3. MALAIKAT KIRAMAN KATIBIN
 Muktazilah turut menafikan adanya malaikat yang menulis amal manusia.
 Logik yang mereka fikirkan adalah kerana Allah Maha Mengetahui, maka Allah
tidak memerlukan bantuan dari orang lain untuk mencatit amalan manusia.
 Ilmu Allah meliputi masa, zaman dan tempat.
 Tiada perkara yang boleh bersembunyi daripada pandangan-Nya.
 Oleh itu, Allah tidak memerlukan penulis bagi pihak-Nya.
4. MIZAN
 Allah tidak memerlukan timbangan untuk menimbang
amalan manusia bagi pandangan Muktazilah.
 Allah telah mengenal ahli syurga dan ahli neraka dengan
baik.
 Oleh itu timbangan tidak diperlukan.
 Allah menggunakan istilah mizan dan wazan hanya untuk
menunjukkan tentang keadilan Allah sahaja dan bukannya
realiti proses yang panjang dengan menimbang amalan-
amalan semua manusia.
5. HISAB

 Muktazilah juga tidak mempercayai hisab.


 Bagi mereka, semua perkara yang disebut dalam al-
Quran yang berkaitan dengan kiraan dosa dan
pahala adalah bermaksud keadilan Allah sahaja.
 Hisab menyalahi sifat Allah yang Maha
Mengetahui.
6. SIRAT

 Muktazilah juga tidak beriman dengan


sirat (titian).
 Bagi mereka sirat hanyalah simbolik
kepada betapa susah dan peritnya
mengharungi perjalanan menuju ke
syurga.
7. TELAGA

 Muktazilah mengatakan telaga di


dalam syurga tidak wujud.
 Kalimah telaga sebenarnya adalah
simbolik kepada nikmat yang akan
dikecapi oleh penghuni syurga.
8. SOAL, NIKMAT DAN AZAB
KUBUR
 Kaum Muktazilah mengatakan orang yang sudah mati adalah mustahil akan
bangun dan duduk tegak ketika di dalam kubur sedangkan rohnya sudah ditarik
sepertimana yang telah digambarkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
 Lebih-lebih lagi dikatakan mengarut adalah sekiranya si mati mendapat nikmat
atau azab di dalam kubur.
 Bagaimana seseorang itu boleh mendapat balasan? Adakah balasan tersebut
diberikan kepada roh atau jasad.
 Sekiranya diberikan kepada roh atau jasad sahaja, si mati tidak akan merasai
nikmat atau sakit kerana roh dan jasad tidak bersatu.
 Dan sekiranya diberikan kepada kedua-duanya, maka si mati akan hidup
kembali.
 Oleh itu, semua perkara di alam kubur adalah tidak wujud.
9. SYAFAAT

 Tidak logik dan tidak adil.


 Bagaimana pengukuran syafaat
yang akan diterima oleh umat.
 Syafaat menafikan janji baik dan
janji buruk.
LAIN-LAIN PENYELEWENGAN

 Neraka dan syurga tidak kekal.


 Semua syurga, neraka, arasy akan
bersatu akhir nanti.
 Silah dan Aslah (Tuhan tidak
mentakdirkan perkara yang buruk)
TAFSIR HERMENEUTIK
 Metodologi untuk mentafsir Bible dan mengkaji isi
kandungannya yang sukar difahami oleh setengah alim
agaman Nasrani.
 Tafsir ini mengetengahkan logik akal sebagai modal
utama dalam pentafsiran. Kebanyakan tafsir adalah
berkenaan moral, jantina, keadilan, fenomena,
penduduk setempat dan pelbagai lagi aspek yang
berkaitan kehidupan masyarakat sekeliling
terutamanya budaya masyarakat arab.
CONTOH TAFSIR
 Fazlur Rahman mengatakan kesaksian wanita kurang
daripada lelaki adalah bergantung kepada pengetahuan
kewangan sama ada mantap ilmunya ataupun sebaliknya.
 Justeru, tidak ada salahnya jika perempuan yang mahir
dan hebat dalam bidang kewangan menjadi saksi dalam
urusan jual beli atau perniagaan. Ini kerana, wanita yang
tahu kewangan malahan belajar dan mendapat ijazah
dalam bidang yang berkaitan adalah setaraf dengan lelaki
dan boleh membuktikan kemampuannya kepada
masyarakat dalam bidang penyaksian.
CONTOH KEDUA
 Astora Jabat pula membawa versi baru dalam mentafsir ayat hijab
dalam surah an-Nur. Beliau mengatakan masyarakat arab
bertudung, berjubah dan berpurdah adalah kerana tempat
sekelilingnya begitu bahaya, berdebu dan panas.
 Keadaan yang sebegitu menuntut kepada semua anggota badan
ditutup untuk keselamatan, kesihatan dan kesejukan kesan dari
peluh yang terhasil.
 Adapun perempuan di tempat lain, boleh berpakaian mengikut iklim
di kawasannya. Sekiranya kawasan tersebut selamat, tidak
berdebu dan iklim sederhana maka tidak mengapa bagi perempuan
tidak menutup sebahagian anggota badan termasuklah tudung.
 Namun begitu Dr Ugi Suharto telah menegaskan ilmu
Hermeneutik ini sangat bagus dan praktikal untuk mengkaji
Bible.
 Kebenaran akan tersingkap apabila pengkajinya menggunakan
kaedah-kaedah yang digali dari hermeneutik tersebut. Ini
kerana Hermeneutik itu sendiri dicipta untuk memahami kitab
Bible dan mencari kebenaran yang tersirat di dalamnya. Apa
yang diharapkan apabila kaedah ini digunapakai dan diaplikasi
dalam mengkaji Bible, si pengkaji akan melihat kebenaran
yang tersurat di dalam al-Quran sebagai penghulu kitab-kitab
suci yang diturunkan.
PANDANGAN ULAMA
 Kesemua ulama Ahli Sunnah wa al-Jamaah menolak fahaman
Muktazilah. Ini kerana mereka menganaktirikan al-Quran dan
Hadis dalam mengeluarkan hujjah dan mendahulukan akal
sedangkan Ahli Sunnah wa al-Jamaah mengutamakan al-Quran
dan Hadis sebagai rujukan. Abu Hassan Ali al-Asya’ri pelopor Ahli
Sunnah wa al-Jamaah juga telah keluar daripada Muktazilah
kerana mendapati di dalamnya banyak kekeliruan dan
bertentangan dengan akidah dan kepercayaan yang dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW. Selain daripada itu, ramai ulama’
sezamannya seperti Abu Mansur al-Maturidi yang turut berjuang
menulis tentang penyelewengan Muktazilah dalam karya-karya
beliau.

Anda mungkin juga menyukai