Anda di halaman 1dari 12

PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR DI MALAYSIA

Ringkasan

4.1 Pengajaran Kemahiran Berfikir: Satu Gambaran Menyeluruh

4.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Di Dalam Bilik Darjah

4.3 Pengajaran Kemahiran Berfikir Di Amerika Syarikat

4.4 Pengajaran Kemahiran Berfikir Di United Kingdom

4.5 Pengajaran Kemahiran Berfikir Di Malaysia

4.6 Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Di Sekolah

4.7 Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Di IPG dan Universiti

4.8 Usaha Usaha Terkini Pengajaran Berfikir Di Dalam Bilik Darjah Di Malaysia



4.1 Pengajaran Kemahiran Berfikir : Satu Gambaran Menyeluruh

Menurut Resnick (1987) dan Nickerson (1988), didapati ramai dalam kalangan penyelidik dan para
pendidik menaruh minat dalam pengajaran berfikir. Pada masa sekarang terdapat usaha-usaha untuk
memasukkan pengajaran berbentuk kemahiran berfikir ini ke dalam semua mata pelajaran. Kebanyakan
negara yang berminat telah pun melaksanakan pengajaran kemahiran berfikir secara menyeluruh.
Antara sebab kenapa para pendidik perlu memperbaiki daya pemikiran pelajar adalah untuk membina
kebolehan mereka dalam bahasa, matematik dan sains.

Dunia pada hari ini memerlukan setiap individu bertindak secara bijak. Maksudnya, untuk dilihat bijak
maka kita harus bertindak bijak yakni berkebolehan menganalisis masalah-masalah, menjelajah pelbagai
alternatif, membuat keputusan dengan baik dan dapat menyelesaikan masalah. Oleh itu, setiap individu
boleh dilatih secara berkesan untuk menyempurnakan tugas-tugas mereka dengan baik jika latihan yang
sistematik diberikan dan dijalankan secara berterusan.

Adalah juga perkara penting untuk mengajar kemahiran berfikir secara eksplisit selain daripada
mengetahui kandungan mata pelajaran. Sebagai contoh, bagi membolehkan pelajar celik berfikir maka
mereka harus tahu cara berfikir dan tidak semata-mata tahu membaca.



4.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Di Dalam Bilik Darjah

Definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi telah dijelaskan sebelum ini. Walau bagaimanapun, definisi ini
telah menimbulkan pelbagai masalah operasi di dalam bilik darjah. Sememangnya sukar bagi
menentukan samada seseorang itu terlibat dalam proses KBAT atau tidak. Guruguru yang berinteraksi
dengan pelajar pada satu-satu masa mempunyai ruang yang amat terhad untuk menganalisis daya
pemikiran mereka. Oleh itu, guru harus membuat andaian tentang pengetahuan sedia ada dan
bagaimana cara kumpulan pelajar itu berfikir.

Kepentingan definisi kemahiran berfikir perlu diambil berat oleh guru-guru berlandaskan kepada dua
sebab. Pertama, untuk mengenalpasti kemahiran yang telah diajar atau dipelajari di dalam bilik darjah
samada kemahiran kritikal, kemahiran kreatif atau kemahiran analitikal. Hal ini perlu diteliti kerana
kemahiran ini amat jarang digunakan terutamanya kategori yang tipikal. Biasanya aktiviti-aktiviti yang
disediakan atau kemahiran yang diajar adalah lebih daripada satu kategori. Misalnya, bila pelajarpelajar
diminta mencari bukti terhadap pernyataan yang mereka buat, pelajar-pelajar ini mungkin mendalami
pernyataan tersebut dengan menggunakan kemahiran analitikal yang mana mereka mungkin juga
memecahkan pernyataan itu kepada komponen-komponen yang lebih kecil. Setelah itu, barulah mereka
menguji komponen-komponen tersebut dan menentukan hubungan antara komponen-komponen kecil
itu secara keseluruhannya. Pada masa yang sama juga mungkin pelajar-pelajar ini menggunakan
kemahiran sintesis yang mana mereka perlu menggabung idea- idea atau bahan -bahan bagi mencipta
sesuatu yang baru.

Kedua, KBAT digunakan untuk merealisasikan usaha-usaha untuk mengajar kemahiran seseorang
berfikir. Dalam erti kata lain, soalan yang dikemukakan adalah dalam bentuk kemahiran kritikal, kreatif,
analitikal, logik atau dalam bentuk penaakulan di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, didapati hal
ini kurang diberi penekanan terhadap kemahiran berfikir yang spesifik untuk diajar di dalam bilik darjah.
Namun, kebanyakan program adalah bertujuan untuk membangunkan cara pelajar berfikir supaya
pemikiran berlaku secara analitikal dan logikal. Walau bagaimanapun, masih terdapat perbezaan
pendapat mengenai hal ini dan kepelbagaian ini berlaku di merata tempat. Berdasarkan kepada situasi
tersebut, harus diwujudkan satu definisi yang lebih meluas berkenaan dengan kemahiran berfikir yang
digunakan di dalam bilik darjah.

Para bijak pandai ada mencadangkan supaya tidak terlalu risau dengan istilah-istilah yang digunakan di
dalam kemahiran berfikir. Dalam hal pengajaran KBAT di dalam bilik darjah, adalah penting bagi guru-
guru untuk mengetahui teori-teori yang menjurus kepada pembangunan berfikir, pendekatan, strategi-
strategi, teknik-teknik dan alat-alat untuk berfikir. Kesemua ini harus digunakan secara berkesan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Tidak ada mana-mana strategi yang boleh dianggap terbaik kerana
pengajaran dan pembelajaran adalah pelbagai. Gabungan pelbagai aspek yang dinyatakan di dalam buku
ini boleh digunakan sebaik mungkin keran ia boleh menghasilkan keputusan yang terbaik. Pada masa
akan datang guru-guru juga perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk memilih dan
menggunakan pendekatan, strategi, teknik atau alat berfikir yang sesuai bagi kegunaan di dalam bilik
darjah.



4.3 Pengajaran Kemahiran Berfikir Di Amerika Syarikat

Minat para pendidik untuk mengajar kemahiran berfikir di Amerika Syarikat telah wujud sejak sekian
lama. Walaupun ia telah dilakukan dalam pelbagai cara, namun hanya baru-baru ini sahaja ia diserap ke
dalam agenda persekolahan. Fogarty dan McTighe (1993) telah membuat pengesanan dalam
pembangunan pengajaran kemahiran berikir di Amerika Syarikat dan ia terbahagi kepada tiga fasa.

Fasa pertama berlaku pada tahun 80an yang mana idea pengajaran kemahiran berfikir kepada pelajar-
pelajar adalah sesuatu yang baru. Kemahiran berfikir telah diajar dalam kandungan yang biasa sahaja
dan sering kali dilatih terlebih dahulu sebelum ianya boleh digunakan untuk mengajar kandungan
bidang-bidang yang lain. Fokus utama pada peringkat awal ini adalah untuk membangunkan tahap
pengetahuan asas dan kopetensi pelajar-pelajar dalam menggunakan beberapa kemahiran berfikir yang
telah ditetapkan.

Fasa kedua pula lebih kepada pengajaran yang berlandaskan kepada aspek kognitif dan berfokus kepada
KBKK mengikut kesesuaian dengan penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mereka cipta.
Penekanan juga telah diberi kepada pemprosesan maklumat secara aktif melalui penaakulan dalam
mempelajari bidang-bidang di dalam sesuatu mata pelajaran.

Fasa ketiga adalah gabungan fasa pertama dan fasa kedua tetapi telah diperkembangkan lagi pada tahap
aplikasinya yang meliputi ciri-ciri metakognitif yang dimana refleksi terhadap pembelajaran telah
berlaku. Pada masa sekarang, fokus utama yang menjadi pertimbangan lebih menjurus kepada
kesepaduan, rekaan kurikulum yang holistik dan arahan.

Terdapat beberapa individu yang telah menyumbang kepada pembangunan berfikir di Amerika Syarikat.
Di antaranya seperti Lauren Resnick, Matthew Lipman, Howard Gardner, David Perkins, Robert Swartz
dan Robert Sternberg.

Mathew Lipman merupakan antara ahli falsafah yang terawal menggerakkan pembangunan kemahiran
berfikir di Amerika Syarikat. Mathew Lipman adalah seorang profesor dan sering merasa tidak senang
hati apabila memerhatikan pelajar-pelajarnya amat lemah dalam berfikir. Pada pendapat beliau, sesuatu
yang tidak betul berlaku tentang cara-cara mereka diajar semasa di bangku sekolah. Pelajar tersebut
dilihat seolah - olah sudah menjadi satu kebiasaan untuk mempelajari sesuatu fakta serta menerimanya
fakta atau pendapat tersebut tanpa diri sendiri menilainya terlebih dahulu. Mathew Lipman bertindak
dengan meninggalkan jawatan beliau dan mengasaskan Institute for the Advancement of Philosophy
for Children (I.A.P.C) di Montclair State College, New Jersey. Dalam masa empat puluh tahun beliau
bersama rakan sejawatannya telah membangunkan bahan-bahan bagi kegunaan di sekolah dan
bertujuan untuk membantu kanak-kanak (berumur 6 tahun hingga remaja) belajar berfikir. Program
beliau dikenali sebagai Philosophy for Children. Salah satu pengakuan yang dibuat oleh beliau ialah
dengan menganggap kanak-kanak sebagai ahli falsafah yang natural.

Sumbangan Howard Gardner telah diiktiraf di seluruh dunia dalam membangunkan kemahiran berfikir di
Amerika Syarikat iaitu merujuk kepada Teori Pelbagai Kecerdasan yang diperkenalkan oleh beliau pada
tahun 1983. Perkin pula menyumbang di dalam bidang pengajaran pemahaman, kecenderungan berfikir
dan pemikiran yang jelas. Bagi Sternberg, beliau telah memberi sumbangan dalam proses memikir
tentang kecerdasan dan pemikiran serta memperkenalkan kecerdasan kejayaan manakala Swartz telah
membantu guru-guru menyematkan kemahiran berfikir di dalam pengajaran mereka di dalam bilik
darjah.

Kemasyhuran gerakan pembangunan kemahiran berfikir di Amerika Syarikat telah menjadi batu asas
kepada sekurang-kurangnya dua pendekatan umum untuk pengajaran kemahiran berfikir. Bentuk
pengajaran yang diberi penekanan secara terus dalam proses berfikir serta penggunaan kaedah yang
menyokong pemikiran ini di dalam konteks kurikulum juga telah diistilahkan sebagai pengajaran untuk
berfikir. Pengajaran berfikir secara langsung bermaksud pelajar-pelajar belajar bagaimana menggunakan
strategi berfikir secara eksplisit dan dibimbing oleh guru-guru (Swartz dan Parks, 1994). Kebiasaanya,
pengajaran berfikir dijalankan secara berasingan iaitu dalam program yang direka bentuk khas dan diajar
berasingan daripada kurikulum piawai.

Pengajaran berfikir melibatkan penggunaan kaedah-kaedah untuk mengetengahkan pemahaman pelajar
tentang isi kandungan pelajaran. Kaedah-kaedah ini adalah seperti pembelajaran koperatif, pengelolaan
grafik, soalan aras tinggi, dialog Socratik, manipulatif dan pembelajaran inkuiri. Apabila pelajar-pelajar
ini memberi fokus terhadap isi kandungan pelajaran, terbukti tiada strategi berfikir yang berlaku secara
eksplisit. Hasilnya (daripada jawapan pelajar), dan bukannya proses (pemikiran pelajar) yang telah
menjadi fokus kepada pengajaran ini.

Baru-baru ini telah wujud pendekatan yang ketiga yang mana ia terdiri daripada ciri-ciri kaedah yang
digunakan sebelumnya dan telah dikenalpasti untuk pengajaran kemahiran berfikir. Pendekatan ini
dikenali sebagai Pendekatan Infusi.



4.4 Pengajaran Kemahiran Berfikir Di United Kingdom

Sumbangan terawal beberapa tokoh seperti Feuerstein, Lipman dan Edward de Bono telah
mengilhamkan satu usaha berimpak tinggi dalam bidang kemahiran berfikir di United Kingdom. Sehingga
kini, terdapat lebih kurang 30 bentuk program yang telah digunakan. Beberapa pendekatan pengajaran
berfikir ini telah dapat dikenalpasti untuk diserapkan ke dalam program kemahiran berfikir. Teori-teori
dan teknik-teknik di dalam bilik darjah juga telah dikenalpasti untuk memudahkan penggunaan program.
Misalnya, program yang berimpak tinggi digunakan untuk penyelesaian masalah secara kitaran seperti
TASC (Thinking Activity in a Social Context: Wallace dan Adams) atau yang menggunakan ACTS
(Activating Childrens Thinking Skills: McGuinness) mencontohi usaha Schwartz dan Parks di Amerika
Syarikat atau pendekatan infusi yang lain dalam mata pelajaran yang spesifik melalui strategi-strategi
pedagogi (berdasarkan kepada kerja-kerja yang dijalankan di pusat penyelidikan pemikiran di Universiti
Newcastle; cthnya berfikir melalui Geografi, berfikir melalui Sejarah, berfikir melalui Pengajaran Sekolah
Rendah).

Di antara program-program ini, terdapat satu usaha daripada Philip Adey dan Michael Shayer dari Kings
College di London yang menjadi rujukan utama. Bermula dengan projek Cognitive Acceleration Through
Science Education (CASE) yang dibangunkan pada 1980an dan awal 1990an untuk Key Stage 3, tugas
mereka telah dikembangkan kepada mata pelajaran lain dan juga kepada peringkat umur ini merupakan
penyelidikan yang terbaik dan memberi impak kepada kemahiran berfikir di United Kingdom.
Kebanyakan program dan pendekatan menekankan kepentingan bahasa, artikel dan perbincangan
sebagai elemen utama seperti pendekatan Berfikir Bersama. Falsafah untuk kanak-kanak di United
Kingdom juga dibangunkan dengan meluas menggunakan struktur pendekatan di dalam bilik darjah
sebagai elemen utama. Pengaruh Robert Fisher dalam pembangunan sumber-sumber di dalam bilik
darjah seperti membangunkan Community of Enquiring adalah amat signifikan sekali terutama untuk
membantu hasil kerja Karin Murris dan Society for the Advancement of Philosophical Enquiry in
Education (SAPERE).



4.5 Pengajaran Kemahiran Berfikir Di Malaysia

Penduduk Malaysia adalah seramai 25 juta orang dan terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu,
Cina dan India. Sistem pendidikan di Malaysia adalah berpusat, iaitu keseluruhan sekolah kebangsaan
mendapat peruntukan daripada kerajaan pusat. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama-sama
dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bertanggungjawab
mentadbir sistem pendidikan di sekolah-sekolah. Dalam KPM terdapat pelbagai bahagian profesional
dan pentadbiran yang bertanggungjawab ke atas pembentukan dan pelaksanaan dari aspek dasar
pendidikan. JPN, PPD dan pihak sekolah adalah pelaksana kepada dasar-dasar yang telah dibentuk oleh
KPM.

Sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini masih mengekalkan ciri-ciri sistem peninggalan pendidikan
British umpamanya seperti sistem pendidikan berpusat dan pelaksanaan peperiksaan. Kita sudah sedia
maklum dengan usaha-usaha pembaharuan yang telah bermula di Malaysia pada tahun 1957. Usaha
pembaharuan yang sangat ketara di Malaysia (Malaya sehingga 1965) telah bermula pada tahun 1956.
Penyata Razak yang dilaksanakan pada tahun 1956 telah menjadi batu asas kepada sistem pendidikan
yang baharu dengan mempunyai ciri-ciri negara merdeka dengan rakyat yang berbilang kaum.

Usaha pembaharuan bagi tujuan menambahbaik sistem pendidikan di Malaysia merupakan usaha yang
berterusan. Pada tahun 1979 misalnya, Jawatan Kuasa Kabinet telah mengkaji semula pelaksanaan dasar
pendidikan. Jawatan Kuasa tersebut telah melaporkan secara komprehensif berkenaan beberapa aspek
sistem pendidikan di Malaysia. Berdasarkan kepada cadangan daripada laporan Jawatan Kuasa ini, pihak
KPM telah membuat pertimbangan untuk mengkaji semula kurikulum sekolah rendah dan sekolah
menengah yang sedia ada. Pada masa yang sama program pendidikan guru juga telah diubahsuai untuk
memenuhi permintaan baharu. Kurikulum baru sekolah rendah yang dinamakan sebagai Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan pada tahun 1982 manakala Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) telah dilaksanakan pada tahun 1987. Merujuk kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) telah menyatakan;

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuaan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmoniaan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.

(Perancangan Pendidikan dan Bahagian Penyelidikan, 1994, p.vii)

Usaha-usaha pembaharuan dalam tahun 1980an adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang
terdapat di dalam FPK yakni melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Walau bagaimanapun, pada tahun 1990an, usaha-usaha pembaharuan telah difokuskan kepada
tuntutan Wawasan 2020 tetapi masih mengekalkan prinsip-prinsip di dalam FPK. Matlamat Wawasan
2020 ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan bukan sahaja dalam bidang
ekonomi tetapi juga dalam bidang politik, sosial, rohani, psikologi dan budaya.

Salah satu hasil daripada usaha-usaha pembaharuan dasar pendidikan di Malaysia ialah
memperkenalkan secara lebih serius usaha-usaha pengajaran kemahiran berfikir di sekolah secara
eksplisit. Usaha yang bersungguh-sungguh dalam mengajar kemahiran berfikir secara eksplisit di sekolah
telah berlaku pada tahun 1993 dan di institut pendidikan guru pada tahun 1994. Bagi mempersiapkan
guru-guru di sekolah dan pensyarah-pensyarah di IPG dalam mengajar menggunakan kemahiran berfikir
maka telah dijalankan kursus-kursus jangka pendek (satu hari) dan bengkel-bengkel (satu minggu).
Seminar-seminar dan bengkel-bengkel tersebut telah dikendalikan secara Pembelajaran Cepat,
Pembelajaran Optimum, Berfikir Kritis dan Kreatif dan menggunakan alat-alat berfikir berfikir
daripada Edward De Bono seperti Alat Berfikir CoRT (Cognitive Research Trust 1) sejak tahun 1980an
lagi.

Ada beberapa individu yang amat signifikan kerana telah menyumbang kepada gerakan untuk
membangunkan kemahiran berfikir ini di Malaysia. Di antaranya ialah Ungku Aziz, Abdullah Hassan, John
Arul Philips, Rajendran Nagappan, Ghazali Mustapha, Som Hj Nor, Mohammad Dahalan dan Shameem
Rafee Ghalia.



4.6 Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Sekolah.

Satu daripada objektif pendidikan sekolah menengah di Malaysia ialah untuk mengembang dan
memantapkan pemikiran rasional, kritikal dan kreatif. Walau pun ada matlamat lain seperti menguasai
ilmu dan kemahiran untuk digunakan dalam kehidupan seharian, kepentingan bagi pelajar untuk
mempelajari kemahiran berfikir secara rasional, kritikal dan kreatif adalah amat penting dan harus diajar
di sekolah. Untuk menegaskan selanjutnya kepentingan pengajaran kemahiran berfikir, dipernyatakan
dalam kurikulum, kandungan kurikulum menjurus kepada perkembangan kemahiran berfikir untuk
membolehkan pelajar dapat menilai, menerang, membeza, merumus dan menghasilkan idea construktif
dan berguna (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1989, m.s 6). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
juga menyatakan,

Antara perkara penting yang diambil kira dalam KBSM ialah perkembangan

kemahiran berfikir. Setiap guru dikehendaki untuk menggunakan kaedah dan

teknik pengajaran dan pembelajaran yang mendorong, memperkembangkan

dan memantapkan kebolehan berfikir di kalangan pelajar. Strategi ini berkait

rapat dengan tujuan KBSM yang menjurus kepada perkembangan intelek

(ms.27)



Sungguh pun pernyataan bagi pengajaran kemahiran berfikir yang telah terkandung dalam KBSM yang
mana telah digubal pada tahun 1988 dan telah dilaksanakan sejak itu, mantan ketua pengarah
pendidikan, Datuk Matnor Daim telah menyarankan kepada guru-guru Bahasa Inggeris keperluan untuk
mengajar kemahiran berfikir. Beliau mengatakan, Mereka (pelajar) harus belajar untuk mengguna
pakai idea dan perasaan yang terkandung di dalam teks yang mereka baca, dimana memerlukan
kemahiran berfikir (Indramalar, 1997 a). Beliau juga menyatakan, guru harus memikul tanggung jawab
untuk membentuk pelajar sebagai pemimpin yang berfikir. Dia juga yakin bahawa apabila pelajar
mempunyai kemahiran berfikir, mereka boleh menilai, memilih dan menyusun maklumat-maklumat
yang mereka terima.

Sungguh pun sudah wujud program mengajar kemahiran berfikir di sekolah, Kementerian
Pendidikan telah menyatakan yang, sistem pendidikan diperbaiki untuk menggalakan perkembangan
pemikiran rasional dan analitikal (Indramalar, 1997b) Beliau juga menyatakan kemahiran yang baru
seperti kemahiran dalam pemikiran yang rasional dan tertumpu, latihan dalam logik asas, memberi
penjelasan dan pemikiran kritikal adalah perlu untuk semua pelajar. Semua ini jelas menunjukkan usaha
Kementerian Pendidikan untuk menggalakan pengajaran kemahiran berfikir di sekolah-sekolah di
Malaysia.

Pada tahun 1993, Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan secara lebih sistematik program
kemahiran berfikir, telah mengenalpasti empat model yang boleh digunakan dalam bilik darjah (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1993). Model pertama oleh Robert Swartz dan Sandra Parks dan telah
disediakan oleh National Centre for Teaching Thinking di Boston. Model ini dikenali di Malaysia sebagai
Boston Model. Model kedua ialah Model KWHL di mana K adalah untuk Knowledge ( ilmu), W untuk
what (apa), H untuk how (bagaimana) dan L untuk learnt (belajar). Model yang ketiga merangkumi
CoRT 1 ( Widening the Perception) dan CoRT 4 (Creatif and Literal Thinking), yang kedua-duanya
dikembangkan oleh Edward de Bono. Model yang terakhir dinamakan Programmed Instruction in the
Learning of Thinking Skills (PILTS) yang telah dikembangkan oleh dua orang tempatan, John Arul Philips
dan Fatimah Hashim. Panduan daripada Kementerian Pendidikan telah memberi pilihan strategi, teknik
dan aktiviti yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar kemahiran berfikir di dalam bilik darjah.

Guru-guru yang akan dipilih daripada daerah-daerah dikenali sebagai Jurulatih Utama akan
didedah kepada kurikulum baru pengajaran berfikir seperti mana biasanya yang dilakukan dalam proses
pelaksanaan kurikulum baru. Setelah keempat model ini telah disampaikan kepada guru-guru Jurulatih
Utama yang telah dipilih, mereka akan menyapaikan pengatahuan kepada guru daripada setiap sekolah,
guru-guru peserta tersebut akan menyampaikan maklumat-maklumat yang telah dipelari akan
disampaikan kepada guru di sekolah masing-masing.



Selain daripada kurikulum dan garis panduan yang merangkumi keempat model, strategi, teknik,
dan aktiviti-aktiviti, model perancangan mengajar yang menunjukan bagaimana mengajar kemahiran
berfikir dengan menggunakan pendekatan infusi telah disediakan dan diagihkan kepada guru-guru.
Model-model perancangan mengajar ini adalah bagi pelbagai matapelajaran. Guru-guru adalah
digalakkan untuk menggunakannya untuk membuat perancangan pelajaran mereka. Penulis buku teks
juga diminta untuk memasukkan kemahiran berfikir dalam bahan tulisan mereka. Bahan-bahan
sokongan yang lain seperti Teaching and Learning Style with Left / Right Brain Techniques disediakan
dan diagihkan kepada Jurulatih Utama dari semasa ke semasa untuk dikongsikan dengan guru-guru di
sekolah.

Kementerian Pendidikan nampaknya mempunya tujuan yang spesifik berkaitan pengajaran
kemahiran berfikir di sekolah. Bagi memenuhi prinsip Falsafah Pendidikan Negara bsgi menyahut
cabaran Visi 2020, Kementerian Pendidikan mengumumkan satu polisi pada tahun 1994, iaitu pada
tahun 2000, secara minimum 60 peratus soalan-soalan peperiksaan umum akan menguji kemahiran
berfikir pelajar.





4.7 Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Maktab-Maktab Perguruan dan Universiti-Universiti.



Bahagian Latihan Guru telah membuat perubahan jangka tempoh latihan daripada lima semester
kepada dua semester untuk kursus pasca-degree untuk menampung perubahan yang perlu bagi
pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi. Perubahan ini telah berkuatkuasa di Maktab Perguruan pada
bulan Jun 1994. Bahagian Pendidikan Guru pada asasnya menggunakan Model Boston untuk melatih
guru-guru yang melatih atau mengajar guru-guru pelatih. Hampir semua kurikulum bagi pelbagai subjek
adalah menjurus kepada model ini. Garis Panduan Khas dan buku-buku sumber untuk guru-guru telah
dibuat pada tahun 1993 dan tahun 1994.

Model Boston atau Model Infusi menggalakan pengajaran Pemikiran Kritikal dalam semua
kandungan serta semua aras daripada menggunakan pre-packaged programme atau kurikulum.
Program ini memberi contoh-contoh untuk pelbagai aras gred, kawasan dan situasi kehidupan.
Kandungan utama penulis program adalah kemahiran yang sama boleh diajar, diberi penekanan dan
dijelaskan dalam konteks lain, sublek dan aras gred yang berlainan. (Swartz and Parks 1994) Program ini
memperkenalkan Pendekatan Infusi untuk pengajaran kemahiran berfikir. Berfikir kritis dan kreatif
harus diserapkan kedalam isi kandungan pengajaran yang bersifat campuran kedalam dua pendekatan
pengajaran yang telah digunakan oleh guru-guru. (1) Pengajaran berfikir secara terus menggunakan teks
bukan kurikulum, (2) menggunakan kaedah yang memperkenalkan cara berfikir di dalam kandungan
pengajaran (Swartz dan Parts, 1994). Pengajaran infusi agak serupa tetapi ia mempunyai kontras dengan
dua jenis pengajaran yang disebutkan di atas.

Pensyarah Maktab Perguruan telah didedahkan kepada Boston Model CoRT Thinking Tools cara
bagi melaksanakan pengajaran kemahiran berfikir menggunakan pendekatan infusi dalam pelbagai
kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bengkel selama empat hari di maktab
masing-masing pada awal tahun 1994. Semasa bengkel ini dijalankan, pebagai bahan digunakan dalam
program, strategi, dan teknik serta model rancangan mengajar telah diedarkan kepada para pensyarah.
Bahagian Pendidikan Guru telah menyediakan model pengajaran yang memperlihatkan bagaimana
kemahiran berfikir boleh diajar menggunakan pendekatan infusi. Terdapat matapelajaran seperti Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Ini sangat penting sebagai sumber bahan yang
digunakan dalam bengkel tersebut.

Sebelum Model Boston diguna pakai, ia terlebih dahulu diubah suai oleh pihak Bahagian
Pendidikan Guru untuk disesuaikan dengan keperluan tempatan. Komponen yang telah ditukar ialah
pengajaran secara infusi. Pengajaran infusi yang dicadangkan di dalam Model Boston ada empat
komponan; pengenalan isi kandungan dan proses, berfikir secara aktif, berfikir cara berfikir dan guna
cara berfikir. Bahagian Pendidikan Guru telah mengangkat model yang mempunyai lima komponen di
dalam pengajaran infusi: pengenalan kepada isi kandungan dan proses, berfikir secara aktif, berfikir cara
berfikir, aktiviti-aktiviti pengukuhan dan pengayaan dan guna cara berfikir. Komponen tambahan dalam
pengukuhan dan pengayaan telah dimasukan untuk menyediakan banyak peluang kepada guru-guru dan
pelajar-pelajar di dalam bilik darjah untuk memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran mereka
berkaitan kemahiran berfikir yang telah dipelajari.

Adalah menjadi harapan Bahagian Pendidikan Guru model yang berkesan digunakan dalam
pengajaran kemahiran berfikir. Ini boleh digunakan oleh pensyarah-pensyarah di kesemua 28 buah
Institut Pendidikan Guru di seluruh negara. Adalah juga menjadi harapan agar pengetahuan dan
kemahiran itu dikongsikan dengan bakal guru di Institut Pendidikan Guru serta guru-guru di sekolah
rendah dan menengah. Adalah dijangka seramai lima juta pelajar di sekolah-sekolah akan mendapat
faedah daripada pengetahuan dan kemahiran guru-guru mereka dalam pengajaran kemahiran berfikir.





4.8 Usaha Negara Malaysia Mengajar Kemahiran Berfikir Di Bilik Darjah

Perkembangan pengajaran berfikir adalah satu komitmen dan usaha berterusan di Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia, menerusi Pusat Perkembangan Kurikulum telah menunjukan usaha
walau pun telah sedikit menurun sejak tahun 1999 berbanding pada awal tahun 1990. Institusi Latihan
Perguruan kekal mementingkan pengajaran kemahiran barfikir dalam program-program latihan mereka.
Institusi perguruan sebenarnya telah membuat penambahbaikan yang ketara kepada pendekatan
pengajaran kemahiran berfikir pada tahun 1999 termasuklah dari istilah critical and creative thinking
skills kepada thinking skills untuk melebarkan skop dalam pengajaran kemahiran berfikir di institusi
perguruan.

Universiti tempatan telah menawarkan kursus pengajaran kemahiran berfikir pada tahun-tahun
kebelakangan ini, dan lebih tepat pada tahun 1998. Universiti seperti Universiti Putra Malaysia,
Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia, dan sekarang Universiti Pendidikan Sultan Idris telah
memperkenalkan kursus pada peringkat Diploma. Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan satu-
satunya yang menawarkan kursus tersebut di peringkat ijazah.

Anda mungkin juga menyukai