Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang
pada iktikad yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan ianya merupakan mazhab yang
paling dominan dalam sejarah umat ini serta benar mengikut apa yang dikehendaki oleh
ajaran dan amalan Islam. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dan apabila berakhirnya
zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, ajaran Islam semakin luas dan bilangan
umat Islam bertambah semakin ramai. Namun begitu, pertambahan umat Islam ini telah
menimbulkan pelbagai ideologi bagi permasalahan yang terjadi.
Berdasarkan ideologi-ideologi tersebut maka lahirlah fahaman-fahaman yang
kebanyakannya bertentangan dengan ajaran Islam. Hal ini jelas dinyatakan dalam hadis
Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a bahawa baginda s.a.w
bersabda Sesungguhnya Bani Israil berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan. Dan
sesungguhnya
umatku
(firqah),semuanya
akan
masuk
berpecah
neraka
menjadi
melainkan
satu
tujuh
puluh
golongan
tiga
iaitu
golongan
al-Jamaah.
Penyudah bicaranya, walaupun kini kira-kira 90% umat Islam di seluruh dunia
berpegang dengan iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah, namun setakat manakah yang
mengamalkan ajaran tersebut dengan sepenuhnya? Semoga dengan terhasil tugasan
ini dapat memberi penjelasan yang benar tentang takrif dan latar belakang Ahli Sunnah
wal Jamaah. Mudah-mudahan kaum muslimin akan terus berada di jalan yang benar
dan tidak sesekali tergelincir ke dalam iktikad yang sesat lagi menyesatkan jiwa dan
akidah Islam yang suci dan murni.
dan 'adil'nya mereka serta mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka itu dengan
sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat.
Golongan yang keempat ialah mereka yang mempunyai ilmu tentang sastera, nahu,
tasrif dan mengikuti perjalanan imam-imam dalam ilmu bahasa seperti al-Khali'l, Abu
'Amru bin al-'Ala, Sibawaih, al-Farra', al-Akhfash, al-Asma'i, al-Mazini dan Abi 'Ubaid,
dan lain-lain imam dalam nahu yang terdiri daripada golongan orang-orang Kufah dan
Basrah yang tidak mencampuradukkan ilmu mereka dengan bidaah-bidaah yang sesat
seperti kaum Qadariyah, Rafidah atau Khawarij. Sesiapa daripada mereka yang
cenderung kepada sesuatu daripada aliran bidaah sesat kaum tersebut, maka mereka
tidak termasuk ke dalam golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dan pendapatnya tidak
boleh dijadikan hujah lagi.
Golongan yang kelima ialah mereka yang mempunyai ilmu yang mantap berkaitan
dengan pembacaan Quran (qira'at) serta dari segi tafsir ayat-ayat Quran dan ta'wilta'wilnya yang sesuai dengan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah.
Golongan yang keenam ialah golongan ahli-ahli zuhud dan sufiyah (al-zuhhad alsufiyah). Mereka mempunyai pandangan yang tajam, serta mampu mengawal diri
daripada perkara yang tidak sepatutnya, dan mereka menguji diri dengan mendapat
pengalaman dalam bidang rohaniah (absaru fa aqsaru wa'khtabaru) serta mereka
mengambil iktibar sebaiknya dan redha dengan apa yang ditakdirkan oleh Allah.
Mereka sentiasa rasa memadai dengan rezeki yang sedikit (yang dikurniakan oleh Allah
kepada mereka), dan mereka tahu bahawasanya pendengaran, pemandangan dan hati
semuanya akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang dilakukan. Mereka juga
menghisab diri mereka di atas amalan yang dilakukan walau sebesar zarah, dan
mereka mempersiapkan diri mereka dengan persiapan yang sebaiknya bagi hari yang
penghabisan iaitu akhirat. Mereka menghuraikan ilmu mereka dengan menggunakan
jalan ibarat dan isyarat mengikut perjalanan ahli-ahli ilmu hadis, bukan mengikut
mereka yang mengeluarkan kata-kata kosong serta tidak melakukan apa yang baik
kerana riak dan mereka tidak meninggalkan apa yang baik itu kerana malu kepada
sesiapa. Agama golongan sufiyah ini adalah agama tauhid yang menolak tashbih dan
6
mazhab mereka ialah menyerah diri tunduk kepada Allah, bertawakkal kepadanya serta
tunduk taslim bagi perintahnya. Sentiasa memadai dengan apa yang direzekikan olehNya. Mereka berpaling daripada menentang apa yang ditentukan Allah. Mereka itu
adalah sebagaimana yang digambarkan dalam al-Quran.
Maksudnya: "Itulah pemberian daripada Allah yang dikurniakan kepada sesiapa vang
dikehendakinya dan Allah mempunyai pemberian yang amat besar'.
Golongan yang ketujuh ialah golongan yang bersiap sedia menjaga kubu-kubu
muslimin (di sempadan Negeri Islam) dalam menghadapi orang-orang kafir, berjuang
melawan musuh kaum muslimin, memberi perlindungan kepada para wanita dan
rumah tangga mereka serta menzahirkan pada kubu-kubu mereka itu mazhab Ahli
Sunnah wal Jamaah dalam hubungan mereka inilah Allah turunkan firmannya:
Maksudnya: "Dan mereka yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benarbenar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami".
Golongan kelapan ialah golongan yang mendokong mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah,
bukannya mendokong tempat-tempat yang merupakan syiar-syiar bagi golongangolongan yang sesat dan mengikut hawa nafsu. Yang dimaksudkan dengan golongan
ini ialah golongan yang beriktikad bahawa benarnya ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah,
berpegang kepada bab-bab keadilan Tuhan dan TauhidNya, wa'd, wa'id, dan mereka
merujuk kepada ulama' Ahli Sunnah dalam bimbingan ajaran-ajaran agama serta
mereka mengikut para ulama' dalam perkara-perkara furu' berkenaan dengan halal dan
haram. Mereka tidak beriktikad dengan perkara yang ada dalam pegangan golongangolongan ahli kesesatan. Inilah golongan-golongan yang berada dalam kalangan Ahli
Sunnah wal Jamaah. (Diedit dari koleksi ilmiah Muhammad Uthman el-Muhammady)
Keenamnya ialah kaum Jabbariyah yang mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak
terdaya apa-apa, usaha atau ikhtiar manusia tidak ada sama sekali. Mereka terdiri
daripada satu golongan sahaja.
Ketujuhnya ialah kaum Musyabbihah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa
Tuhan mempunyai sifat-sifat sebagaimana yang ada pada manusia, umpamanya Tuhan
ada tangan, ada kaki, duduk atas Arasy, naik tangga dan turun tangga dan sebagainya.
Mereka terdiri dari satu golongan sahaja.
Oleh itu, jumlah mereka semuanya adalah tujuh puluh dua golongan.
Al-Ittiba
- Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa mengikut al-Sunnah, meninggalkan
bidaah, bersatu dengan kaum muslimin yang lain dan menjauhkan diri
daripada perpecahan serta perselisihan dalam agama.
Al-Iqtida
- Golongan ini sentiasa mengikut jejak aimmat al-huda yang adil, kerana
mereka adalah contoh teladan yang baik tentang ilmu, amalan dan juga
dakwah. Seterusnya memelihara diri daripada golongan yang bercanggah
dengan mereka. Aimmat al-huda itu ialah para sahabat dan golongan yang
mengikut jejak mereka.
Sederhana (al-tawassut)
- Golongan ini sentiasa bersikap sederhana dalam iktikad, berbanding dengan
puak ghuluw (pelampau) dan puak tafrit (lalai). Demikian juga dengan amalan
dan tingkah laku.
10
Memelihara perpaduan
- Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa menjaga perpaduan kaum muslimin.
Mereka menjauhi segala factor yang boleh menimbulkan perpecahan dan
perselisihan antara mereka.
Kesatuan Pandangan
- Golongan ini sentiasa mengekalkan kesatuan pandangan dan pendirian
walaupun diantara mereka diantara mereka berjauhan jarak tempat dan juga
masa.
Menyampaikan nasihat
- Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa berusaha menyampaikan nasihat kerana
Allah dan Rasul-Nya.
11
12
Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan
kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan
sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitabNya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat
sejauh-jauhnya. (surah An-Nisaa:136)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
13
Penutup
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan akidah yang sejahtera daripada
sebarang bentuk penyelewengan.Rasulullah s.a.w menyebutkan hanya golongan Ahli
Sunnah wal Jamaah yang selamat tatkala terjadinya perpecahan, perselisihan dan
penyelewengan di tengah-tengah umat. Abdullah bin 'Amru r.a meriwayatkan bahawa
baginda s.a.w bersabda,
Maksudnya: "Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke
atas Bani Isra'il. Bani Isra'il telah berpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan
(ithnatain wa sab'ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh
tiga golongan (thalathin wa sab'in millatan) meleblhi mereka itu satu golongan
(millah). Semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan
wahidatan).
Mereka bertanya Baginda, "Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?".
Jawab Baginda, "(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan
hidupku dan para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)".
Jika difikirkan sabdaan Rasulullah s.a.w, terlalu kecil kumpulan yang terselamat
dari azab Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w menyatakan golongan yang mengikut ajaran
Rasul-Nya dan para sahabat baginda yang terselamat dari azab neraka Allah iaitu Ahli
Sunnah wal Jamaah. Tetapi persoalnnya kini, walaupun kita mengakui akan hal ini dan
kita juga mengaku bahawa kita berpegang dengan iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah, jika
dilihat pada zaman ini, sejauh manakah sunnah Rasulullah s.a.w yang dipraktikkan
dalam kalangan masyarakat?
14
15
Lampiran
Buku berkaitan Ahli Sunnah wal Jamaah
16
17
18