Anda di halaman 1dari 3

Asas akidah dalam Islam

Oleh: Ustaz Muhammad Iskandar Shah Bin


Ab.Ahmid

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada junjungan besar
kita Nabi Muhammad S.A.W. dan ianya adalah agama yang mempunyai teras yang amat
kental dalam keimanan dan di zahirkan dengan perbuatan. Berkata sayyid sabiq dalam
kitabnya Aqaaid Islamiyyah bermaksud keimanan merupakan akidah dan pokok yang di
atasnya berdiri syariat islam dan kemudian daripada pokok tersebutlah keluarnya cabangcabangnya, perbuatan itu merupakan syariat dan cabang-cabang yang di anggap sebagai
buah yang keluar dari keimanan serta akidah itu. Apa yang di perkatakan oleh sayyid
sabiq adalah iman merupakan asas bagi akidah dan tunjang yang kukuh dalam
mengukuhkan akidah seseorang. Akidah dan syariat tidak boleh tidak, mesti dan wajib
selari antara satu sama lain.Ianya saling memerlukan dan tidak boleh terpisah antara satu
sama lain.
Firman Allah : Barang siapa yang mengerjakan kebaikan baik lelaki mahupun
perempuan dan ianya beriman, maka pasti kami akan memberikan kehidupan yang lebih
baik dan pasti kami akan member balasan dengan pahalnya menurut apa yang telah
dikerjakan dengan sebaik-baiknya al-Nahl : 96
Firman Allah : Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan
bernuat kebaikan bahawasanya mereka itu akan memperoleh syurga yang di bawahnya
mengalir beberapa sungai al-Baqarah : 25
Dalam konteks ayat di atas, kita dapat lihat bahawa keimanan dan kelakuan atau
perbuatan tidak boleh di pisahkan antara satu lain. Ini kerana kita lihat bahawa orang
yang beriman akan menzahirkan keimanannya dengan berbuat amal soleh dan natijahnya
adalah seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. Dengan demikian itu, kita
dapat ketahui bahawa keimanan dan syariat tidak boleh bergerak bersendirian.
Iman dan Akidah
Takrifan Akidah
Di sebut oleh Dr. Abdul Karim Zaydan di dalam kitabnya al-Mufassal, jilid 5,
mukasurat ke 306, yang bermaksud Segala yang bertentangan dengan aqidah Islamiyah
dari sudut usul, makna dan kewajipannya, dan diketahui bahawa seseorang menentang
perkara ini dan dia meredhainya, serta diyakini di dalam hatinya, maka dengan itiqad ini
dan dengan cara ini jadilah seorang Muslim itu murtad.
Sumber aqidah di dalam islam adalah berasaskan kepada dua perkara iaitu alQuran dan as-Sunnah.Apabila sesuatu perkara berselisihan dengan kedua-dua sumber ini
maka aqidah itu adalah tidak berasas dan dianggap batil. Kerana asas aqidah tidak boleh
lari daripada al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran merupakan kalam Allah yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril dan

AQIDAH

mendapat ibadah apabila membacanya. Manakala as-Sunnah pula merupakan perkataan,


perbuatan, dan pengakuan Nabi terhadap sesuatu.
Asas aqidah
Asas aqidah seseorang muslim itu terdapat pada rukun Islam. Rukun Islam itulah yang
menjadikan seseorang itu berpegang kepada aqidah Islam atau tidak.
Rukun Islam :
123456-

Beriman kepada Allah


Beriman kepada malaikat
Beriman kepada kitab-kitab
Beriman kepada Rasul
Beriman kepada hari qiamat
Beriman kepada qada dan qadar

Rukun Iman yang telah kita pelajari sejak dari kecil lagi inilah yang menjadi pegangan
hidup kita dalam menjadikan asas dan panduan dalam kehidupan seharian kita agar tidak
terbabas dan terpesong ke jalan yang tidak mendapat redha Ilahi. Akan tetapi adakah kita
benar-benar mempraktikkanya dalam amalam kita seharian dan adakah kita mengerti apa
yang di sabdakan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda ditanya oleh Malaikat Jibril
mengenai Iman yang mafhumnya : Iman itu adalah kamu beriman kepada Allah,
malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari akhirat dan ketentuan yang baik
mahupun yang buruk.(riwayat Muslim).
Beriman kepada Allah
Keimanan kepada Allah S.W.T adalah perkara yang paling penting dalam menjalani
kehidupan seharian kita. Ini kerana alam ini terbina atas dua perkara Pencipta
Makhluk. Oleh itu, bagi sesiapa mengatakan bahawa tiadanya pencipta sekali gus dia
telah menafikan keimanannya kepada Allah. Allah yang mencipta segala makhluk yang
wujud di alam ini .Allah jugalah yang menentukan perjalanan setiap makhluk tersebut
dengan teratur mengikut sunahNya (ketetapanNya). Sebagaimana dijelaskan dalam Surah
Az Zumar, ayat 62 :

Maksudnya : Allah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah yang mentadbir
serta menguasai segala-galanya.

AQIDAH

Imam Abu Hanifah ketika ditanya oleh orang zindiq (orang islam yang
menyeleweng) tentang bukti adanya Allah. Maka Imam Abu Hanifah berkata, Berilah
masa untuk memikirkan satu berita yang sampai kepadaku. Kemudian Imam Abu
hanifah berkata, Ada sebuah kapal di laut yang membawa barang dagangan, tetapi
tiada jurumudi, tiada ketua dan tiada nahkoda namun dapat bergerak lancar. Lalu
orang zindiq berkata, Berita itu tidak boleh diterima akal. Bahkan orang yang
memberitahu tidak masuk akal. Lalu Imam Abu Hanifah menjawab, Celaka kalian.
Masakan alam sedemikian indah rapinya di langit dan di bumi jika tiada
penciptanya. Maka orang zindiq ini tunduk insaf dan memperbaharui agama (mengucap
dua kalimah syahadah dan bertaubat. Imam Abu Hanifah adalah ulama yang paling
pandai menggunakan Mantik untuk berhujah dengan golongan-golongan yang bermain
dengan fikiran. Banyak di antara mereka yang memikirkan tentang Allah dengan
menggunakan akal fikiran tetapi memisahkan al-Quran dan as-Sunnah.
Semoga kita memperolehi apa yang bermanfaat dari apa yang kita fahami dan kita
amalkan dalam kehidupan kita ini. Mudahan apa yang kita pelajari dapat kita jadikan
panduan dalam kehidupan kita dalam memacu kehidupan seharian kita.

Anda mungkin juga menyukai