Anda di halaman 1dari 5

Komunikasi Berkesan

Kehidupan melibatkan komunikasi. Komunikasi melibatkan perlakuan yang berbentuk isyarat, pertuturan, penulisan atau
penyelidikan. Nilai komunikasi adalah bergantung kepada sejauhmana kita dapat menguasai bidang komunikasi ini.

Komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea dan sikap daripada seseorang kepada seseorang. Komunikasi melibatkan
pengirim, penerima, media, mesej, maklum balas dan kawalan.

Komunikasi manusia dapat diperbaiki menerusi beberapa cara, iaitu dengan pemerhatian, mendengar apa yang tersurat dan
dengan maklum balas.

Komunikasi Berkesan membicarakan tentang Penulisan Berita, Rencana dan Ulasan. Antara kandungan Komunikasi Berkesan
ialah:

1. Kita dan komunikasi


2. Penulisan kewartawanan

3. Merancang penulisan

4. Gaya dan tatabahasa

5. Pengurusan masa dan teknologi

6. Wartawan sumber maklumat

7. Penyelidikan pengukuh maklumat

8. Apakah berita?

9. Falsafah penulisan berita

10. Teknik penulisan berita surat khabar

11. Penulisan/peliputan berita daripada siaran akhbar

12. Penulisan berita daripada ucapan, sidang akhbar, mesyuarat

13. Penulisan berita daripada kemalangan, kebakaran, bencana alam

14. Penulisan berita daripada kematian

15. Penulisan berita jenayah dan mahkamah

16. Penulisan berita penyiasatan

17. Penulisan berita radio dan televisyen

18. Konsep penulisan rencana


19. Jenis rencana

20. Konsep penulisan yang baik

21. Unsur penulisan yang baik

22. Konsep dan penulisan ulasan

23. Penggunaan huruf besar

24. Penggunaan singkatan dan akronim

25. Penggunaan tanda baca

26. Penggunaan penomboran

Komunikasi Berkesan, membicarakan tentang Penulisan Memo, Surat, Iklan dan Laporan (Minit Mesyuarat). Buku ini
dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Prinsip Umum, Penggarapan dan Keseragaman Gaya. Antara perkara yang
dibincangkan ialah:

Bahagian I: Prinsip Umum

 Kita dan komunikasi


 Mengetahui apa? Siapa?

 Struktur penulisan

 Berfikir sebelum menulis

 Gaya dan tatabahasa

 Pengurusan masa dan teknologi

1. Bahagian II: Penggarapan

 Penulisan memo

 Penulisan surat

 Penulisan laporan

 Penulisan laporan (Minit Mesyuarat)

 Penulisan Iklan

2. Bahagian III: Keseragaman Gaya

 Penggunaan huruf besar

 Pengunaan singkatan dan akronim


 Penggunaan tanda baca

 Penggunaan penomboran

Komunikasi Berkesan dapat membimbing meningkatkan kemahiran komunikasi dalam bidang penulisan berita, rencana dan
ulasan, manakala Komunikasi Berkesan dapat membimbing pembaca meningkatkan kemahiran komunikasi penulisan memo,
surat, laporan, minit mesyuarat, dan iklan.

dapat menambah keberkesanan dalam kemahiran komunikasi penulisan menerusi perkembangan bahasa dan kemahiran sosial,
dan mengembangkan kemahiran mengendalikan pelbagai maklumat supaya dapat menguasai, menilai dan mengatur maklumat
tersebut bagi tujuan sendiri, dan kemudian menyampaikannnya dalam bentuk yang berkesan apabila dikehendaki dalam
pekerjaan sehari-hari bagi faedah organisasi.

Dengan mengamalkan prinsip-prinsip komunikasi yang dikemukakan dalam buku ini, anda dapat meningkatkan kecekapan anda
untuk berkomunikasi secara berkesan.

Binaan Makna
Perkara yang penting dalam perbincangan tentang bahasa ialah binaan bunyi, binaan kata, binaan ayat dan binaan makna.
Bidang binaan makna agak jarang diperkatakan secara khusus. Biasanya bidang binaan makna diperkatakan semasa
membincangkan binaan bunyi, binaan kata dan binaan ayat. Pada kebiasaannya binaan makna hanya memperkatakan tentang
makna luaran sahaja.

Bab Pertama dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Pengenalan, Latar Belakang Semantik dan Rangkuman. Membincangkan
tentang bahasa, kita tidak terlepas daripada perkataan semantik, iaitu ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan.
Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula semantik ialah
kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara satu makna dengan makna yang lain
serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Bahagian latar belakang semantik, penulis telah membincangkan persoalan semantik bermula dari Zaman Yunani iaitu dari
Socrates (469 - 399 SM) sehingga tahun 1980-an. Antara tokoh yang disenaraikan ialah de Saussure, Charles Moris, John
Rupert Firth yang terkenal dengan Teori Semantik Kontekstual, Chomsky, J. McCawley, Mansoer Pateda, dan lain-lain lagi.

Chomsky dan McCawley mempunyai pengertian yang berbeza tentang semantik. Kesan daripada pertentangan itu maka
timbullah semantik generatif yang dipelopori oleh McCawley dan semantik interpretif yang dipelopori oleh Chomsky.

Bab kedua membincangkan tentang Semantik dan Ilmu Lain. Bab ini membincangkan secara sepintas lalu tentang peranan
makna dalam bidang disiplin ilmu yang lain seperti bidang falsafah, psikologi, antropologi dan sosiologi, susastera, sejarah,
komputer dan linguistik.

Para ahli psikologi berpendapat bahawa makna timbul daripada rangsangan dan tindak balas sesuai dengan gambaran fikiran
terhadap benda nyata dan tidak nyata dan juga hasil daripada proses pemelajaran seseorang. Sebaliknya daripada sudut
susastera, makna terdiri daripada lapisan makna biasa (makna bersurat), makna yang tersirat, makna kreatif dan makna pribadi.

Ditinjau dari segi linguistik, banyak ahli bahasa menyatakan bahawa makna telah wujud semasa bahasa masih berada pada
tahap struktur dalaman. Takrifan tersebut dapat dijelaskan dengan mengambil contoh bahasa Melayu yang mempunyai
pembinaan kata dengan cara pengimbuhan, pengulangan, dan pemajmukan (pemaduan) yang bertujuan untuk memperluaskan
makna.
Bab Ketiga memperkatakan tentang "Makna sebagai Sumber Perkataan". Beberapa teori diperkatakan di awal bab ini. Teori
yang dikemukakan ialah teori tekanan sosial, teori anomatopia, teori interjeksi, teori seruan, teori ding-dong, teori permainan
vokal, teori isyarat oral dan lain-lain.

Dalam "Takrifan Makna", penulis telah mengemukakan beberapa teori yang dikemukakan oleh ahli bahasa. Antara mereka
termasuklah Ferdinand de Saussure, Bloomfield, Firth, dan Chomsky. Kesimpulannya, semantik ialah cabang linguistik yang
mempelajari erti daripada kata, erti daripada ayat, erti daripada frasa, dan cara erti itu dibentuk. Daripada huraian yang
dilakukan, penulis menyimpulkan bahawa bahasa tidak sahaja memperlihatkan cara berfikir seseorang tetapi bahasa juga dapat
mengambarkan cara berfikir seseorang atau penutur yang menggunakan bahasa tersebut.

Bab Keempat bertudul "Perkataan dan Makna". Perkara-perkara yang dibincangkan ialah beberapa istilah yang amat erat
hubungannya dengan kata dan makna. Istilah yang dimaksudkan itu ialah sinonim, antonim, homonim, homofon, hiponin dan
emotif, luas dan sempit, gaya dan tekanan, laku dan situasi, taksa dan lojik. Berdasakan judul-judul tersebut penulis memberi
huraian terhadap sesuatu kata, sama ada kata itu mempunyai makna yan sama atau berbeza, atau perkataan tersebut
mempunyai bentuk yang sama tetapi berlainan makna dan berbagai-bagai lagi.

Bab Kelima bertajuk "Makna Gramatis". Makna gramatis ialah makna yang terrkandung dalam sesuatu imbuhan apabila
digabungkan dengan kata dasar mahupun dengan perkataan yang telah mendapat pengimbuhan sebelumnya (kata terbitan).
Makna gramatis dianggap suatu ciri yang istimewa dalam bahasa Melayu kerana bahasa Melayu memiliki ciri pengembangan
makna melalui pengimbuhan. Jika sesuatu kata dasar itu tidak cukup untuk mewakili makna yang dimaksudkan, maka kata
dasar tersebut dapat dibina dengan imbuhan sehingga menimbulkan makna yang baru.

Bab Keenam bertajuk "Makna Leksikal". Makna leksikal ialah makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang
terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Perkara yang dibincangkan dalam bab ini ialah apakah yang
dimaksudkan dengan kamus, bagaimana menggunakan kamus, kelompok kata dan kata paduan dan rangkuman.

Bab Ketujuh bertajuk "Makna Kata Tugas", iaitu perkataan yang bertugas memberi keterangan kepada kata inti. Hal-hal yang
dibincangkan dalam bab ini ialah pengenalan, Kata Tugas untuk Kata Nama, Kata Tugas untuk Kata Kerja, Kata Tugas untuk
Kata Sifat, Kata Tugas Memberikan Kata Karyaan, Kata Tugas untuk Ayat dan Rangkuman. Dari huraian yang diberikan,
dapatlah dirangkumkan bahawa kata tugas tidak memiliki makna tetapi ia memberi keterangan sama ada pada kata nama, kata
kerja, kata sifat, kata karyaan mahupun pada ayat. Walaupun kata tugas ini tidak memiliki makna, ternyata ia mempunyai tugas
yang penting dalam pembinaan makna kerana jika penggunaannya salah mengakibatkan makna keseluruhan ayat tersebut tidak
boleh diterima (tidak gramatis). Dengan demikian, penggunaan kata tugas sama pentingnya dengan penggunaan kata inti
kerana kedua-duanya saling melengkapi.

Bab Kelapan bertajuk "Makna Ayat". Hal-hal yang dibincangkan dalam bab ini ialah tentang makna tersurat, dan makna yang
tersirat yang dibahagikan kepada makna kiasan, bidalan, pepatah, perbilangan, lidah pendeta, cogan kata atau moto, pemeo,
dan ungkapan atau simpulan bahasa.

Menurut penulis, makna ayat dalam bahasa Melayu pada umumnya hanya membincangkan makna yang tersurat dan dapat
menolong kita memahami makna yang tersurat dan tersirat. Apabila seseorang itu telah memahami kedua-dua makna tersebut
baharulah ia akan mengetahui makna yang tersirat. Jadi untuk mempelajari sesuatu bahasa yang lengkap dan luas, maka
seseorang itu amat perlu mempelajari bentuk atau ayat yang tersirat.

Bab Kesembilan adalah merupakan kesimpulan daripada perbincangan yang telah dilakukan oleh penulis. Satu sifat bahasa
yang perlu disedari ialah sesuatu yang baharu atau yang asing pada mulanya tidak difahami tetapi jika ia sering diutarakan maka
ia menjadi mudah difahami. Jadi, pada dasarnya pemahaman terhadap bahasa ialah keseringan atau keberulangan. Jika
sesuatu perkataan itu sering diulang maka masyarakat pengguna akan mudah difahami.

Buku ini telah dapat menghuraikan konsep-konsep yang ada dalam bidang semantik dengan menggunakan bahasa yang
mudah. Penggunaan contoh yang banyak memudahkan pembaca untuk memahami sesuatu konsep atau huraian. Penulis buku
ini, Darwis Harahap adalah seorang pensyarah bahasa, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau
telah berjaya menulis dalam bidang kepakarannya. Semoga buku ini dapat memberi faedah kepada pengguna bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai