Anda di halaman 1dari 42

1.

PENGENALAN

Pendidikan slam prasekolah bertujuan untuk memberi kemahiran asas slam
kepada murid serta membimbing mereka melakukan ibadah dan berakhlak mulia,
gembira melakukan amal soleh dan mengelak diri daripada melakukan perbuatan
mungkar.
"Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih
yang menganut agama slam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan
pengajaran agama slam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
(Akta Pendidikan 1996 - Akta 550 Bab 10, Seksyen 50 Perkara 1)
Bersesuaian dengan peruntukan yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996
seperti yang tersebut di atas, maka pendidikan kerohanian iaitu Pendidikan slam
mula diperkenalkan pada peringkat awal kanak-kanak lagi atau di peringkat
prasekolah. Kurikulum Pendidikan slam di peringkat prasekolah telah dirangka dan
dimurnikan dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003) bersesuaian dengan
peringkat pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak prasekolah. Semakan
semula ke atas kurikulum tersebut telah dijalankan pada 2008-2009 dan digantikan
dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada 2010. Semakan
kurikulum ini bertepatan dengan proses transformasi yang berlaku dalam pendidikan
di Malaysia.


. KONSEP DAN AMALAN KEROHANIAN BERDASARKAN PANDANGAN
AGAMA DAN AJARAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kerohanian bermaksud perihal rohani
dan sifat-sifat rohani. Kerohanian berasal daripada perkataan rohani yang
bermaksud batin yang berkaitan dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani merupakan

sesuatu yang berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk
fizikal dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan lebih kepada sifat dalaman
yang melibatkan semangat seseorang.

Menurut Muhammad 'Uthman El-Muhammady dalam satu artikelnya yang
bertajuk Nilai-nilai Kerohanian Dalam Pembangunan Tamadun di Malaysia (30 Julai
2002), rohani itu merujuk kepada zat bukan benda, atau zat kerohanian yang halus,
yang dinisbahkan kepada tuhan yang merupakan paksi peribadi manusia itu sendiri,
yang datangnya dari alam bukan benda, disebut sebagai ,,2,,27 di sisi Tuhan.

Kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad, merujuk kepada perkara-
perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas,
membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia.
Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang
melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik.

2.1 Agama slam

Dalam slam, kerohanian bertunjangkan atau berpaksi kepada tauhid yang
membawa pengertian tentang keesaan Tuhan; kesepaduan pemahaman tentang
alam bukan benda dan alam kebendaan; dunia dan akhirat; hidup ibadat dan hidup
"adat; agama dan sains; hukum dan moral atau etika; hidup kekeluargaan dan
masyarakat serta umat; metafisika dan estetik; kegiatan jasmani dan kontemplasi
atau tafakur, wahyu, nubuwah dan akal manusiawi; agama dan tamadun serta
budaya; dan pancaindera, akal fikiran serta pengalaman rohani.

2.1.1 Rukun man Sebagai Teras Kerohanian slam

slam itu mudah dan memudahkan, justeru itu untuk memahami konsep kerohanian
slam adalah mudah. Kerohanian dalam slam bersandarkan tauhid kepada Allah
SWT. Tauhid bermaksud mengesakan Allah, Tuhan yang tiada sekutu bagi-Nya,
yang bersifat segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebenaran, kebesaran dan
keadilan. Kefahaman tentang kerohanian slam berkait rapat dengan soal keimanan.
man bermaksud pembenaran hati, manakala dari segi istilahnya iman adalah
membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan
anggota badan.
ngkau beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitab-Nya, para rasulNya,
kepada hari akhir dan engkau beriman kepada takdir, yang baik mahupun yang
buruk.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas merupakan jawapan Rasulullah SAW ketika Jibril bertanyakan
kepadanya tentang iman. Jawapan ini juga dikenali sebagai Rukun man, iaitu:
i. Beriman dan mempercayai kewujudan Allah SWT,
ii. Beriman dan mempercayai adanya malaikat,
iii. Beriman dan mempercayai kitab-kitab yang telah diturunkan,
iv. Beriman dan mempercayai rasul-rasul adalah utusan Allah SWT,
v. Beriman dan mempercayai bahawa hari kiamat itu pasti akan berlaku,
dan
vi. Beriman dan mempercayai Qadha' dan Qadar Allah.
Rukun iman ini menjadi asas kepada kerohanian slam. Walau
bagaimanapun, kesempurnaan kerohanian itu hanya akan dicapai melalui amalan-
amalan kerohanian. Pelengkap kepada kesempurnaan ini yang juga dianggap
sebagai amalan kerohanian digariskan sebagai Rukun slam.

2.1.2 Rukun slam Sebagai Amalan Kerohanian slam


Dalam slam wujud lima tiang seri yang menjadi asas kekuatannya. a dinamakan
'al-arkan al-slam' ataupun 'rukun slam'. Rukun slam ini merupakan perkara-
perkara yang perlu diamalkan oleh umat slam untuk melatih dan memperoleh
kerohanian yang sejati. Lima rukun slam itu alah:
i. Mengucap dua kalimah syahadah.
-' .~ ~ ~=~ ~ +~ -' ` ` ~+~
Maksudnya, "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah
dengan sebenar-benarnya) melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa
Muhammad itu adalah Pesuruh Allah."
Mengucapkan dua kalimah syahadah bermaksud kesaksian terhadap
dua perkara. Pertama, hanya Allah SWT sahajalah Tuhan yang wajib
disembah dan ditaati. Kedua, mengakui setulusnya bahawa Muhammad SAW
sebagai nabi dan rasul yang dibangkitkan Allah SWT kepada kita. Bagi umat
slam pengucapan kalimah syahadah yang suci ini perlu diucapkan setiap hari
sebagai amalan untuk mensucikan kerohanian diri
ii. Mendirikan dan mengerjakan solat lima waktu
Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu
kebaikan.Dari segi syarak, solat bermaksud perkataan-perkataan dan
perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri
dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Solat merupakan amalan yang
menjadi kewajipan yang utama dalam slam. Bagi umat slam, solat yang
didirikan atau dikerjakan dengan sempurna dapat membentuk kerohanian
yang tinggi dan mencegah diri daripada melakukan kemungkaran. Firman
Allah dalam surah Al Ankaabut ayat 45;
VVBb B 0 @f 1JNBb C0,
P_1Bb F ,f P_1Bb P;1V
BABb

N1Bb, N HC, Bb @m0 N Bb,


1 B _qV
Maksudnya, "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) apa yang telah
diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat(dengan
tekun). Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan)
keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih
besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui
apa yang kamu kerjakan."
iii. Mengeluarkan zakat
Zakat diklasifikasikan sebagai rukun slam yang ketiga, difardhukan dalam
bulan Syawal tahun ke 2 hijrah. Dari segi bahasa ialah membersih dan
menyubur dan dari segi Syarak ialah mengeluarkan sebahagian dari harta
yang tertentu diberikan kepada yang berhak menerimanya. Firman Allah SWT
At Taubah ayat 103;
@. =1,_0 1C)@ V
@HV, B6 V@, @1 F f
VP_1@ N =1 N Bb, @ @1

Maksudnya, "Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah
(zakat), supaya dengannya ngkau membersihkan mereka (dari dosa) dan
mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka,
kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan
(ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui."
Kewajiban berzakat bergantung kepada cukup syarat-syaratnya. Bagi
umat slam yang mampu, hukumnya adalah wajib dan ini juga dianggap
sebagai fardhu ain bagi yang tidak mampu. Amalan slam mementingkan
aspek kemasyarakatan. Tujuan zakat ini adalah untuk membantu masyarakat
atau golongan yang susah seperti fakir miskin dan anak-anak yatim. Amalan
ini juga bertujuan untuk membersihkan diri dan harta si pemberi zakat dan
seterusnya memperbaiki aspek kerohanian si pemberi zakat.
iv. Mengerjakan ibadah puasa

Puasa bermaksud menahan diri dari makan dan minum dan dari segala
perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah
terbenam matahari. Hukum melakukan ibadah puasa ini adalah wajib, sunat,
makruh dan haram mengikut jenis puasa dan keadaannya Hukumnya wajib
dilakukan pada bulan Ramadhan setiap tahun. Hukum wajib juga terpakai
bagi puasa qada Ramadhan, puasa kifarah dan puasa nazar. Firman Allah
SWT dalam surah Al Baqarah ayat 183;
B0 CBb Fb_1b, @1JH P@1
B,@Bb BAH @1JH [V CBb
P1C N1 _fJV
Maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa."
Tujuan berpuasa adalah untuk mendidik jiwa dan memberi kesedaran
kepada umat slam itu sendiri. Umat slam keseluruhannya yang telah cukup
syaratnya diminta berpuasa dan berlapar agar mereka dapat merasakan
kesusahan hidup seperti saudara-saudara seislam mereka yang hidup susah.
Puasa juga sebenarnya melatih kerohanian umat slam agar tidak lupa diri.
v. Menunaikan Haji
badat haji merupakan salah satu rukun slam yang mesti dilaksanakan oleh
setiap muslim yang mukalaf. Hukumnya wajib sekali seumur hidup apabila
memenuhi syarat-syaratnya. Walaupun belum ada kemampuan untuk
mengerjakannya, setiap umat slam hendaklah berazam untuk menunaikan
ibadat haji dan sentiasa berusaha untuk melaksanakan perintah Allah SWT
tersebut. Haji merupakan kewajipan yang mesti ditunaikan bagi
melengkapkan rukun slam yang kelima. Firman Allah dalam surah Al mran
ayat 97;
=@ 6b, 6,1. Bf @f F
, 0b@ CAH Bqqb, N , [V B1Bb
@= 6Bb BJBb =@f d

A@P P , AAH T Bb 1A
1Bb
Maksudnya, " di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang
menunjukkan kemuliaanNya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. dan
sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia.Dan Allah
mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah,
iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadaNya. dan sesiapa yang kufur
(ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya
(tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

Kerohanian dalam slam mementingkan kesempurnaan.
Kesempurnaan ini wujud melalui kombinasi hakikat dan syariat yang mana
berlandaskan Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Hakikat atau keimanan
diperkukuhkan dan diterjemahkan kepada syariat atau perlakuan seperti
beribadah, menjaga kesucian, membuat kebaikan dan hidup bermasyarakat
yang menjurus kepada akhlak slamiah.

2.2 Agama Kristian

Agama Kristian juga dikenali sebagai agama Nasrani yang dibawa oleh Jesus Christ
(Nabi sa) lebih kurang 2000 tahun yang lampau. Kitab suci Kristian adalah Bible
yang terdiri daripada Old Testament (Perjanjian Lama) dan New Testament
(Perjanjian Baru). New Testament (Perjanjian Baru) turut mengandungi kitab njil,
yang asalnya diturunkan Tuhan kepada Nabi sa (Jesus). Yahudi menolak New
Testament kerana mereka tidak mengiktiraf Nabi sa sebagai seorang nabi,
sebagaimana orang-orang Kristian yang menolak kitab Al Quran kerana mereka
tidak mengiktiraf Nabi Muhammad SAW. Namun begitu Kristian menerima Old
Testament dan menggabungkannya bersama New Testament yang dikenali sebagai
Bible pada hari ini.


Pelbagai tradisi keagamaan, kepercayaan, dan cara sembahyang yang
memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam kristianiti. Terdapat pelbagai
aliran dalam agama Kristian dan tiga aliran utama atau terbesar telah dibentuk
selama dua ribu tahun dahulu ialah; Katholik Rom, iaitu merupakan mahzab
terbesar, dengan melebihi daripada satu bilion penganut; Ortodoks (Ortodoks Timur
Dan Ortodoks Timur Tengah); dan Protestan yang juga terdiri daripada pelbagai
mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, njil,
dan Pentekostalisme.

Majoriti penganut aliran Kristian mempercayai Jesus adalah jelmaan tuhan,
iaitu tuhan mengambil sifat dan bentuk manusia, dan merupakan personaliti kedua
dalam Triniti Suci yang datang ke bumi untuk menyelamatkan atau menebus dosa
manusia dengan kematian melalui pengorbanan (disalib) yang kemudian kembali
daripada kematiannya untuk bersama-sama dengan Bapanya di syurga. Walau
bagaimanapun, ada juga sebilangan aliran Kristian seperti Saksi-saksi Jehovah,
penganut-penganut Unitarianisme dan ahli-ahli sains Kristian mempercayai Jesus
diilhami oleh Tuhan dan bukannya jelmaan Tuhan pada dirinya.

2.2.1 Kristianisme

Seorang Kristian yang benar ialah orang yang percaya kepada Jesus dan percaya
kepada hakikat bahawa Jesus mati di atas salib sebagai penebusan dosa manusia
dan bangkit semula pada hari ketiga sebagai bukti bahawa Jesus telah berjaya
memenangi kematian dan mampu memberi hidup kekal kepada mereka yang
mempunyai iman di dalam-Nya. Yohanes 1:12 berkata, "Tetapi semua orang yang
menerima-Nya diberi-Nya kuasa untuk menjadi anak Tuhan, iaitu mereka yang
percaya kepada nama-Nya; Seorang Kristian yang benar ialah anak Tuhan,
sebahagian daripada keluarga Tuhan, dan seorang yang mempunyai nyawa baru di

dalam Kristus. Tanda seorang Kristian yang baik ialah kasih sayang terhadap orang
lain dan taat setia kepada kata-kata Tuhan (1 Yohanes 2:4, 2:10).

Antara empat prinsip utama dalam ajaran agama Kristian ialah:
i. terdapat satu tuhan yang mencipta seluruh alam,
ii. berpegang pada konsep triniti iaitu Tuhan Bapa,Tuhan Anak dan
Tuhan Kudus,
iii. ajaran Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Manusia harus mencintai
tuhan serta melayan semua orang dengan adil dan hidup secara
aman damai, dan
iv. Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkahlakunya
didunia. Seseorang kristian yang taat kepada agamanya akan
menikmati kehidupan abadi selepas mati manakala seseorang yang
berdosa akan menghadapi kesengsaraan abadi.

Hidup dalam dosa menghalang hubungan yang rapat dengan Tuhan,
penganut agama Kristian yang masih hidup berdosa tidak akan menikmati hubungan
yang rapat dengan Tuhan. Walau bagaimanapun, Kristian akan menang dalam
pertempuran dengan dosa ini jika mereka membaca Kitab njil dan mematuhi firman
Tuhan dalam hidup mereka; serta sudi menerima ajaran daripada Roh Kudus;
tunduk kepada pengaruh Roh Kudus dan mematuhi ajaran Tuhan melalui Roh
Kudus.

Agama Kristian adalah mengenai kepercayaan pengorbanan dan penebusan
dosa yang diwarisi oleh manusia. Agama Kristian juga mempercayai dosa-dosa
yang telah diampunkan melalui penebusan dosa dan bangkit semula daripada
kematian. Konsep yang difahami adalah denda dosa penganut kristian telah dibayar
dan mereka boleh menikmati hubungan yang rapat dengan Tuhan. Penganut

Kristian boleh memenangi sifat dosa semulajadi dan berjalan dengan Tuhan dalam
keadaan taat-setia. nilah agama Kristian yang sebenar mengikut ajaran Kitab njil.

2.3 Agama Buddha

Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha
Sakyamuni (Siddhartha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum
masihi. Agama Buddha tersebar ke benua ndia dalam 5 kurun selepas Baginda
meninggal dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah
menyebar ke tengah, tenggara dan timur Asia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan
sebagai tiga aliran utama, iaitu Theravada (Bahasa Sanskrit: Sthaviravada),
Mahayana, and Vajrayana. Agama Buddha terus menarik orang ramai menganutnya
di seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta penganut. Agama Budddha
dikenali sebagai salah satu agama yang paling besar di dunia.

2.3.1 Pengasas Buddhisme

Menurut Ven. Dr. K. Sri Dhammanandadalam Buku Kepercayaan Buddhis atau
What Buddhist Believe, terbitan Buddhist Missionary Society of Malaysia, Gautama
Buddha merupakan pengasas kepada apa yang kini dikenali sebagai Buddhisme.
Gautama Buddha tinggal di nbeliau Utara pada abad ke-6 S.M. Namanya ialah
Siddhatta dan nama keluarganya ialah Gotama. Gelaran "Buddha" diberi setelah
beliau bebas dari kejahilan dan menyedari kebenaran. ni bermakna 'yang bebas
dari segala kejahilan', 'yang terjaga, tersedar dan terbebas dari segala kejahilan'.
Lazimnya, beliau menggelar dirinya Gotama atau Sakyamuni.
Buddha tidak pernah mendakwa dirinya sebagai anak ataupun rasul tuhan.
Buddha adalah manusia unik yang mencapai pencerahan di atas usahanya sendiri.
Tiada seorang pun yang boleh dianggap sebagai gurunya. Atas usahanya sendiri,

beliau menyempurnakan sepuluh kualiti teragung iaitu murah hati, disiplin,


melepaskan kehidupan duniawi, kearifan, ketekunan, kesabaran, kebenaran,
kegigihan, cinta-kasih dan ketenangan minda. Melalui pemupukan mindanya, beliau
membuka pintu kepada segala pengetahuan. Beliau memahami segala yang perlu
difahami, memupuk segala yang perlu dipupuk dan menghapus segala yang perlu
dihapus. Sesungguhnya, tiada guru agama yang setanding dengan beliau dari segi
pemupukan dan pencapaian.

2.3.2 Buddhisme

Buddhisme merupakan satu falsafah, satu agama atau kehidupan. Menurut
Buddhisme, kehidupan ialah gabungan minda (nama) dan jasad (rupa). Minda terdiri
daripada gabungan sensasi, persepsi, aktiviti mental dan kesedaran deria. Jasad
pula terdiri daripada gabungan empat elemen, iaitu pejal, cecair, pergerakan dan
haba.

Buddhisme terbuka kepada tradisi dan adat resam asalkan tidak menjejaskan
kebajikan orang lain. Buddha menasihati pengikutnya agar jangan mempercayai
sesuatu sematamata kerana itu ialah adat resam tradisional. Walau bagaimanapun,
ini tidak bermakna mereka digalakkan untuk meninggalkan semua amalan
tradisional secara mendadak. Seseorang itu mesti mengkaji dan mengujinya dengan
teliti. Jika adat resam itu didapati munasabah dan berfaedah demi kebahagiaan kita
serta kebajikan orang lain, barulah kita terima dan amalkan tradisi dan adat tersebut.
ni sememangnya merupakan pengisytiharan yang paling liberal yang pernah dibuat
oleh manamana guru agama. Sikap toleransi terhadap tradisi dan adat resam
orang lain tidak diberi perhatian oleh sesetengah ahli agama lain.

Ajaran-ajaran Buddha dijadikan sebagai agama dan dibukukan dalam Bahasa
Pali oleh pengikut-pengikutnya yang setia. Empat Kebenaran Mulia yang didapati di

bawah Pokok Bo yang menjadi asas agama Buddha. Empat Kebenaran Mulia
tersebut merangkumi perkara-perkara berikut :
i. Hidup ini penuh dengan kesengsaraan dan penderitaan, iaitu
semua yang hidup harus menghadapi umur tua, penyakit dan mati.
ii. Manusia mendeirta kerana nafsu untuk memperoleh kekayaan dan
keseronokan untuk keselesaan hidup.
iii. Manusia patut menghapuskan nafsunya untuk melepaskan diri
daripada kesengsaraan.
iv. Cara untuk menghapuskan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah
dengan mengikut Jalan Lapan Lapis.

Jalan Lapan Lapis atau Jalan Pertengahan menjadikan seseorang mengawal
fikiran dan membentuk tingkah laku yang baik. Jalan Lapan Lapis menjadi teladan
bagi pengikut-pengikutnya. Hukum-hukum atau panduannya ialah :
a. Pengetahuan yang baik
b. Pemikiran yang baik
c. Keinginan yang baik
d. Kelakuan yang baik
e. Kehidupan yang baik
f. Perkataan yang baik
g. Usaha yang baik
h. Pertapaan yang baik
Jalan ini mencadangkan jalan tengah untuk mencapai hidup yang baik dengan
mengamalkan tiga amalan yang suci iaitu bersedekah; mencari ilmu pengetahuan

dan kesucian; dan mengelakkan diri daripada membunuh, menipu, berzina dan
mencuri.
Selain itu, agama Buddha juga menerima beberapa kepercayaan seperti
Nirvana, kelahiran semula dan karma daripada agama Hindu. Matlamat Buddha
ialah pencapaian Nirvana, iaitu tahap kebahagiaan yang kekal dan tidak dilahirkan
semula selepas beberapa kelahiran.

2.4 Agama Hindu

Dalam buku Tuntunan Dasar Agama Hindu (milik Depatemen Agama R) yang
disusun oleh Drs. Anak Agung Gde Oka Netra, agama Hindu adalah agama tertua di
dunia yang dianuti oleh manusia. Agama Hindu berasal dari ndia. Agama Hindu
berkembang kira-kira 1500 S.M. bersamaan dengan kedatangan orang-orang Arya
(ndo German) ke ndia utara. Mereka mula-mula menduduki daerah Sungai ndus,
yang kemudian bercampur dengan penduduk asli yang terdiri dari suku bangsa
dravida dan lain-lain suku yang tinggal di ndia Utara. Kepercayaan bangsa Arya
yang berpadu dengan kepercayaan penduduk asli menjadi semacam Syncretisme
yang membentuk agama Hindu.

Agama Hindu disebut Sanatana Dharma, yang berarti: agama yang kekal
atau kebenaran yang abadi. Melalui ungkapan ini orang Hindu menyatakan
keyakinan mereka bahawa agama tidak terikat oleh zaman. Agama seiring dengan
kehidupan kerana agama adalah santapan rohani manusia. Selain itu disebut juga
sebagai Waidika-Dharma yang berarti agama weda. anya bersesuaian dengan
kepentingan kitab Weda yang menjadi kitab dasar agama Hindu.

2.4.1 Hinduisme

Agama Hindu berkembang daripada falsafah dan idea-idea orang ndia. Oleh itu,
ada yang berpendapat bahawa Hinduisme lebih berbentuk cara kehidupan daripada
agama. Agama Hindu tidak mempunyai pengasas dan tidak mempunyai sebuah
kitab suci. Walau bagaimanapun, sesetengah penganut Hindu menganggap
Bhagavadgita sebagai kitab suci. a mengandungi nyanyian-nyanyian dewata dan
mengajar tentang cara-cara kebahagiaan dan ketinggian hidup manusia. Pengajar
agama Hindu dikenali sebagai Nyanmar dan Alwar.

Orang Hindu percaya kepada jelmaan tuhan. Oleh itu, mereka menyembah
kepada ramai dewa dan juga dewi. Pada mulanya mereka menyembah kepada
dewa Agni (Dewa Api), Surya (Dewa Matahari) dan ndra (Dewa Peperangan).
Lama-kelamaan, mereka menyembah 3 orang dewa jelmaan yang digelar Trimurti (3
jelmaan) yang mempunyai peranan tertentu iaitu Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu
(Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Berdasarkan kepercayaan tuhan
tersebut telah wujud 2 mazhab yang terpenting dalam agama Hindu iaitu Mazhab
Saivisme dan Mazhab Vaishnavisme.

Orang Hindu juga percaya kepada Hukum Karma, kelahiran semula selepas
mati. Penganut Hindu percaya bahawa roh seseorang tidak akan mati bersama-
sama jasadnya tetapi masuk ke dalam jasad yang lain dan dilahirkan semula untuk
memulakan kehidupan yang baru. Kepercayaan ini berteraskan bahawa jenis
kehidupan ini ditentukan oleh Hukum Karma. Karma dalam Bahasa Sanskrit
bererti tindakan dan hasil-hasilnya. Oleh itu, karma ialah tingkah laku seseorang
pada masa hidupnya dan akan menerima hasilnya pada kehidupan yang akan
datang mengikut sama ada karmanya baik ataupun buruk. Jika seseorang itu
membuat kebaikan dan menyembah tuhan, ia akan dilahirkan kembali ke dalam
kasta yang lebih tinggi untuk menikmati kehidupan yang baik. Jika seseorang itu
terus berkelakuan baik, ia akan terus meningkat tinggi sehingga ia tidak boleh
dilahirkan semula dan rohnya akan mencapai tahap Moksha atau Nirvana. ni
bermakna rohnya akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir semula ke dunia.


2.5 Ajaran Confucius

Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau
berasal dari keluarga Lu di wilayah Shangtung, dimana tempat beliau dilahirkan.
Nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze. Beliau mahir tentang Li iaitu susunan tingkah
laku yang baik. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 479SM semasa berusia 72
tahun. Semua ajarannya telah dibukukan oleh pengikut-pengikutnya.

Confuciusisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan
ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme
berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang
menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila
Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab
"kebolehan mengamalkan 5 kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan.
Kebaikan itu ialah budi bahasa, amanah, kerajinan dan sifat baik.

Ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau rukun bangsa. Antara
ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada
negaranya. Dalam ajaran Confucius, terdapat 5 jenis perhubungan baik yang
menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu :
i. Pemerintah dengan rakyat
ii. bu bapa dengan anak
iii. Suami dengan isteri
iv. Abang dan adik
v. Kawan dan kawan

Menurut beliau setiap individu mempunyai tugasan dan tanggungjawab terhadap


pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan
bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus
menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka
sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih saying patut
diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan
anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan
sebuah keluarga yang besar.

2.6 Ajaran Taoisme

Taoisme berasaskan ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu. Menurut lagenda, Lao Tze
adalah seorang pegawai yang penting di istana Dinasti Chou. Beliau mula
menyebarkan falsafahnya selepas meninggalkan jawatannya. Beliau mempunyai
ramai pengikut. Lao Tze dianggap oleh pengikut-pengikutnya sebagai nabi bagi
ajaran Taoisme.

Ajaran Taoisme terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching.
Ajaran yang terkandung dalam buku ini adalah reaksi terhadap ajaran Confucius.
Ajaran Confucius menekankan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan
negara tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta. Tao
membawa maksud "cara atau "jalan bagi mencapai keharmonian alam semesta.
Ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran
di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf.

Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan
mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan
upacara yang merugikan. Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme ialah manusia
harus bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Lao Tze menganggap bahawa

seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau


tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan
alam.

Penganut-penganut Taoisme memandang hina terhadap perkara-perkara
keduniaan. Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan mengubah benda-
benda semula jadi. Menusia tidak boleh mengubah cara hidup melalui tindakan
undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao Tze
mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya
bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Lao Tze mahu mempraktikkan
cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusia dapat
hidup dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu disebabkan oleh mereka
diajar ilmu pengetahuan dan diberi tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze "tenangkan
diri, kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum wujud lagi. Ajaran Lao Tze
hanya sebuah negeri yang kecil penduduk. Di dalam negeri tersebut tidak ada
sebarang bentuk pemerintahan. Penduduknya tidak pernah melawat antara satu
sama lain tetapi boleh hidup dengan gembira.

2.7 Ajaran Shintoisme

Shintoisme juga dikenali sebagai "jalan tuhan merupakan agama asli masyarakat
Jepun yang bermula dari zaman silam dan mitos. a dianggap sebagai agama yang
secara penuhnya dimiliki oleh masyarakat Jepun tanpa mempunyai pengaruh
daripada luar.

Ajaran ini berkembang daripada tradisi komuniti asli. Sewaktu tahap awal ia
wujud dalam bentuk yang paling mudah iaitu tradisi rakyat dan berpusat pada
semangat di sekeliling kehidupan masyarakat, kampung dan persekitaran.

Kepercayaan ghaib atau kami ini wujud dalam alam sekitar, pokok, gunung,
air, api dan sebagainya. Perkataan kami ini juga sering kali diterjemahkan sebagai
Shinto. Kepenitngan agama ini terletak pada sifatnya yang bertujuan membentuk
rasa taat setia kepada keluarga diraja dan kepada negara dengan cara memupuk
rasa patriotik yang meluap-luap berdasarkan anggapan bahawa negara dan raja-
rajanya mempunyai unsur-unsur ketuhanan.

. PENDIDIKAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK
PRASEKOLAH BERDASARKAN KSPK

Menurut perspektif slam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh
dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang
bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. a
bertujuan melahirkan insan yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.

Pendidikan kerohanian dan moral dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
yang terdapat dalam KSPK adalah merupakan kurikulum yang terancang. annya
merupakan suatu wadah pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

3.1 Pendidikan slam dan Moral Prasekolah
3.1.1 Pendidikan slam
Dalam KSPK, pendidikan slam prasekolah terkandung dalam tunjang Kerohanian,
Sikap dan Nilai. Pendidikan slam merupakan salah satu daripada dua komponen
yang terdapat dalam tunjang ini. Komponen kedua ialah Pendidikan Moral yang juga

berorientasikan kerohanian untuk kanak-kanak bukan beragama slam.Tunjang


Kerohanian, Sikap dan Nilai penting bagi pemupukan nilai-nilai slam dan nilai-nilai
murni masyarakat yang berbilang kaum ke arah melahirkan rakyat negara Malaysia
yang percaya kepada Tuhan, berperibadi mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Antara objektif selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berteraskan tunjang
Kerohanian, Sikap dan Nilai khususnya komponen Pendidikan slam ialah, murid
dapat mengetahui asas Rukun man, Rukun slam, sirah Rasulullah SAW dan
melafazkan dua kalimah syahadah. Pada masa yang sama, murid dapat bersuci,
berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah
SAW dan melakukan amalan harian mengikut adab. Murid juga dapat mengenal
asas bahasa Al Quran, huruf hijaiyah dan jawi serta menghafaz beberapa surah
pendek dan doa pilihan. Semua objektif ini boleh dicapai melalui fokus pembelajaran
yang telah digariskan dalam KSPK. Terdapat lima fokus pembelajaran pendidikan
slam prasekolah dalam KSPK, iaitu:

a) Akidah
Dalam fokus pembelajaran ini, terdapat empat standard kandungan yang perlu
disampaikan kepada murid-murid prasekolah, iaitu:
i. Mengetahui Rukun man. Standard pembelajaran yang ditetapkan
dalam standard kandungan ini hanyalah menyebut dan menyatakan
enam Rukun man.
ii. Mengetahui Rukun man pertama iaitu beriman kepada Allah. Standard
pembelajarannya ialah menyebut dan menyatakan empat sifat-sifat
wajib Allah dan menyebut nama-nama Allah (Asma'ul Husna).
iii. Mengetahui Rukun slam. Standard pembelajarannya ialah menyebut
dan menyatakan lima rukun slam.

iv. Melafazkan Kalimah Syahadah. Standard pembelajarannya ialah


melafazkan dua kalimah syahadah dengan maknanya.

b) badah

Terdapat tiga standard kandungan dalam fokus pembelajaran ini. Standard-standard
kandungan tersebut ialah:
i. Bersuci dari najis. Standard pembelajarannya ialah menyatakan cara-
cara bersuci daripada hadas (buang air kecil dan air besar) dan cara-
cara menjaga kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat solat.
ii. Melakukan wuduk. Standard pembelajaran yang ditetapkan ialah
mengenal anggota wuduk, menunjukkan had anggota wuduk,
melakukan wuduk dengan betul dan tertib dengan bimbingan.
iii. Mendirikan solat. Standard pembelajaran untuk murid prasekolah ialah
menyebut nama solat, menyatakan bilangan rakaat solat lima waktu,
menyatakan nama dan waktu solat (pagi, tengah hari, petang, malam)
dan melakukan pergerakan solat dengan betul mengikut tertib dengan
bimbingan.



c) Sirah

Fokus pembelajaran ini hanya mengandungi satu standard kandungan iaitu
mengetahui sirah Rasulullah SAW. Standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh
murid ialah boleh menyebut nama Rasulullah SAW, menyebuat nama ahli keluarga

baginda (ibu, bapa, datuk dan bapa saudar) serta menceritakan tentang peristiwa
kelahiran Rasulullah SAW.

d) Akhlak

Fokus pembelajaran ini mengandungi dua standard kandungan iaitu:
i. Mencontohi akhlak Rasulullah SAW. Standard pembelajaran yang
digariskan ialah menyebut akhlak Rasulullah SAW iaitu sabar,
bercakap benar, rajin, bijaksana dan amanah dan memberi contoh
akhlak-akhlak tersebut.
ii. Melakukan amalan seharian mengikut adab seperti melafazkan
doa. Standard pembelajarannya pula ialah melafazkan basmalah dan
hamdalah; menyatakan adab dengan bimbingan dan tanpa bimbingan
(sebelum, semasa dan selepas makan/minum); menyatakan adab
dengan bimbingan dan tanpa bimbingan ( masuk dan keluar tandas);
melafazkan doa masuk dan keluar tandas; melafazkan doa penerang
hati dan doa naik kenderaan; dan menyatakan adab menghormati ibu
bapa, ahli keluarga, guru dan rakan sebaya.

e) Asas Bahasa Al Quran dan Tulisan Jawi

Fokus pembelajaran ini mengandungi tiga standard kandungan iaitu:
i. Mengetahui bahasa Al Quran yang meliputi standard pembelajaran
yang telah ditetapkan iaitu menyebut huruf hijaiyah dengan bimbingan
dan tanpa bimbingan; mengenal bentuk huruf hijaiyah; mengenal pasti
bunyi huruf mengikut tanda bacaan (athah, kasrah dan Dhommah);
dan menyebut dan mengenal beberapa perkataan dalam bahasa Al

Quran dengan sebutan yang betul ( nombor 1 - 10 dan anggota


badan).
ii. Mengetahui huruf jawi iaitu menyebut huruf-huruf jawi dengan
bimbingan dan tanpa bimbingan; mengenal pasti bentuk huruf jawi;
mengenal pasti bentuk setiap huruf jawi; menyebut huruf-huruf jawi
yang bersambung dengan huruf vokal alif, wau dan ya; dan
membunyikan huruf-huruf jawi yang bersambung dengan huruf vokal
alif, wau dan ya.
iii. Menghafaz beberapa surah dari juzu' Amma. Standard pembelajaran
yang perlu dicapai oleh murid ialah menghafaz empat surah Al Quran
iaitu Al atihah, Al Ikhlas, Al alaq dan An Nas.

3.1.2 Pendidikan Moral

Pendidikan moral adalah komponen dalam tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai yang
disediakan untuk murid-murid yang bukan beragama slam. Selepas mengikuti
aktiviti-aktiviti berteraskan komponen pendidikan Moral ini. Murid boleh
mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan, kerajinan, kasih sayang, kejujuran,
berdikari, keberanian, baik hati, berdidiplin, berterima kasih, toleransi, keadilan,
menghormati, bertanggungjawab, kerjasama, hemah tinggi serta kesederhanaan.
Semua objektif ini boleh dicapai melalui fokus pembelajaran yang telah digariskan
dalam KSPK.
Terdapat 16 nilai atau fokus pembelajaran Pendidikan Moral prasekolah
dalam KSPK, iaitu:
a) Kepercayaan kepada Tuhan
Nilai ini merujuk kepada keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam
dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan agama masing-masing
selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Standard kandungan yang disediakan ialah mengetahui dan


menghormati kepercayan dan pantang larang pelbagai kaum. Standard
pembelajaran yang telah ditetapkan adalah menyatakan bahawa manusia
adalah ciptaan Tuhan; membezakan ciptaan Tuhan dan rekaan manusia;
dan menyatakan Tuhan adalah pencipta alam.
b) Baik hati
Nilai ini bermaksud kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri
dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus
ikhlas.
Membantu ahli keluarga, warga sekolah dan orang lain adalah
standard kandungan yang terdapat dalam fokus pembelajaran ini. Standard
pembelajarannya pula ialah memberi bantuan kepada ahli keluarga dan
warga sekolah dan orang lain.
c) Bertanggungjawab
Nilai ini merujuk kepada kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan
tugas dan tanggungjawab serta kewajipan dengan sempurna.
Standard kandungannya ialah bertanggungjawab terhadap diri dan
persekitaran kelas. Standard pembelajaran yang telah digariskan ialah
menjaga kebersihan, keselamatan harta benda sendiri dan kelas prasekolah
dengan bimbingan dan tanpa bimbingan; dan melaksanakan tanggungjawab
sebagai seorang murid dengan bimbingan dan tanpa bimbingan.
d) Berterima kasih
Nilai ini merujuk kepada perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan
pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau
pemberian.
Standard kandungannya ialah mengamalkan sikap berterima kasih.
Standard pembelajaran yang diharapkan adalah murid boleh mengucapkan

terima kasih secara lisan atau bukan lisan atas bantuan, penghargaan dan
sumbangan yang diterima.
e) Hemah tinggi
Nilai ini membawa maksud beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam
pergaulan seharian.
Standard kandungannya ialah beradab sopan dalam pergaulan
seharian. Standard pembelajaran yang telah digariskan ialah menunjukkan
tingkah laku yang bersopan dalam pergaulan seharian dengan bimbingan
dan tanpa bimbingan; melafazkan tutur kata yang bersopan dengan
bimbingan dan tanpa bimbingan; dan menyatakan cara-cara bertingkah laku
sopan.
f) Hormat-menghormati
Nilai ini bermaksud meghargai dan memuliakan seseorang serta
menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang
bersopan.
Terdapat dua standard kandungan dalam fokus pembelajaran ini iaitu:
i. menghormati anggota keluarga. Standard pembelajaran yang
ditetapkan ialah menyatakan dan menunjukkan taat dan hormat
kepada ahli keluarga; dan menyatakan sebab mengapa perlu
hormat kepada ahli keluarga.
ii. menghormati orang dewasa, rakan dan masyarakat setempat.
Standard pembelajaran pula ialah menunjukkan cara
menghormati orang dewasa, rakan dan masyarakat setempat
dengan bimbingan dan tanpa bimbingan; dan melafazkan
ucapan bertatasusila bersesuaian dengan situasi dan masa
dengan bimbingan dan tanpa bimbingan.

g) Kasih sayang
Nilai ini merujuk kepada kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
Standard kandungannya ialah menyayangi diri, keluarga dan orang
di sekeliling. Standard pembelajaran yang ditetapkan ialah bercerita tentang
orang yang disayangi; bercerita tentang kebaikan ahli keluarga; menyatakan
sebab mengapa perlu menyayangi ahli keluarga; menyatakan menunjukkan
sifat kasih sayang kepada diri sendiri, keluarga dan orang di sekeliling secara
lisan dan bukan lisan; menyatakan tanggungjawab diri terhadap keluarga; dan
mengenali keistimewaan diri dan menunjukkan bakat.
h) Keadilan
Nilai ini pula merujuk kepada tindakan dan keputusan yang tidak berat
sebelah.
Mengamalkan sikap adil dalam perlakuan seharian merupakan
standard kandungan dalam fokus pembelajaran ini. Standard pembelajaran
yang diharapkan boleh dicapai oleh murid ialah mengamalkan sikap adil
dalam sesuatu aktiviti seperti permainan dengan bimbingan dan tanpa
bimbingan guru.
i) Keberanian
Nilai ini merujuk kepada kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan
yakin dan tabah.
Standard kandungan yang disediakan ialah berinteraksi dengan yakin
di sekolah. Standard pembelajaran yang perlu dicapai ialah berani mencuba
sesuatu tugasan yang baru; dan berani bercakap atau bertutur menggunakan
ayat yang mudah; berani melibatkan diri dalam aktiviti.
j) Kejujuran
Nilai ini bermaksud bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam
setiap perlakuan.

Standard kandungannya ialah mengamalkan sikap jujur dalam diri dan


pergaulan dengan ahli keluarga, rakan dan guru. Standard pembelajaran
yang ditetapkan ialah mengenal sikap jujur melalui simulasi dan cerita;
memohon maaf apabila melakukan kesalahan; mengenal pasti tindakan yang
jujur dalam cerita yang didengar; mengamalkan sifat jujur pada diri dan
rakan; dan sentiasa bercakap benar kepada anggota keluarga, rakan dan
guru.
k) Kerajinan
Nilai ini merujuk kepada usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan
bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.
Standard kandungannya ialah mengamalkan sikap rajin dalam
perlakuan harian. Menunjukkan dan mengamalkan sifat rajin dalam
pengurusan diri serta dalam menjalankan tugasan merupakan standard
pembelajaran yang telah ditetapkan.
l) Kerjasama
Nilai ini bermaksud kesediaan dalam melakukan sesuatu untuk kepentingan
bersama atau kumpulan.
Standard kandungan yang telah disediakan ialah mengamalkan sikap
kerjasama dengan rakan, jiran dan masyarakat setempat. Standard
pembelajarannya pula ialah melakukan dan menjayakan aktiviti secara
berkumpulan; menyatakan faedah bekerja dalam kumpulan; menyatakan
aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat secara berkumpulan; dan mengamalkan
sikap tolong-menolong dengan rakan, jiran dan masyarakat setempat.
m) Kesederhanaan
Nilai ini pula bermaksud bersikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang
lain.

Standard kandungannya ialah mengamalkan sikap berjimat cermat


dalam penggunaan barang keperluan. Standard pembelajaran yang
digariskan ialah mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan
barang keperluan dengan bimbingan dan tanpa bimbingan guru.
n) Toleransi
Nilai ini merujuk kepada kesanggupan untuk bertolak ansur, sabar dan
kebolehan mengawal diri demi kesejahteraan hidup.
Terdapat dua standard kandungan yang terdapat dalam fokus pembelajaran
ini iaitu:
i) mengamalkan sikap sabar dalam perlakuan seharian. Standard
pembelajarannya pula ialah bersedia menunggu giliran; dan
ii) mengamalkan sikap bertolak ansur dengan rakan sebaya.
Standard pembelajarannya ialah saling berkongsi dalam
menggunakan peralatan di dalam kelas; mengamalkan sikap
tolak ansur dengan rakan dalam situasi tertentu; dan
menyatakan faedah bertolak ansur semasa menjalankan aktiviti
kumpulan.
o) Berdikari
Nilai ini merujuk kepada kebolehan diri mengurus diri sendiri yang melibatkan
aspek pengurusan diri dengan mengurangkan pergantungan terhada orang
lain.
Standard kandungannya ialah mengamalkan sikap berdikari dalam
pengurusan diri. Standard pembelajaran yang telah ditetapkan ialah
mengurus diri sendiri dengan bantuan dan tanpa bantuan guru.
p) Berdisiplin
Nilai ini merujuk kepada kebolehan untuk mematuhi peraturan dan norma
hidup sama ada melibatkan diri sendiri, orang lain, masyarakat atau sesuatu
institusi.

Standard kandungan dalam fokus pembelajaran ini ialah mengamalkan


sikap berdisiplin dalam kelas. Standard pembelajarannya pula ialah mematuhi
arahan guru atau ketua kumpulan; mematuhi arahan yang ditentukan di kelas
atau sekolah; dan mematuhi peraturan kelas.

3.2 Amalan Kerohanian dan Moral Dalam Pendidikan Prasekolah

Setiap fokus pembelajaran dalam Pendidikan slam dan Pendidikan Moral
prasekolah berlandaskan KSPK menitikberatkan atau menjurus kepada amalan-
amalan kerohanian dan moral. Amalan kerohanian bertujuan untuk membentuk asas
dalaman akhlak yang kukuh manakala amalan moral merujuk kepada pelahiran
sesuatu tingkah laku dalam bentuk praktikal berlandaskan akhlak yang baik.
Tujuannya adalah untuk membentuk dan membina modal insan yang
berkeperibadian sesempurna mungkin.

Dalam usaha untuk mencapai tujuan tersebut, kurikulum kerohanian dan
moral dalam KSPK yang telah disediakan boleh diklasifikasikan kepada tiga aspek
utama iaitu, hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan manusia
dan hubungan manusia dengan persekitarannya. nilah aspek-aspek dalam nilai
kerohanian dan moral yang cuba diterapkan di peringkat awal kanak-kanak.

3.2.1 Hubungan Manusia Dengan Tuhan

Hubungan ini merujuk kepada hubungan manusia dengan Tuhan mengikut agama
dan kepercayaan masing-masing. Hubungan ini amat penting kerana ia merupakan
suatu elemen yang asas bagi seseorang manusia. Elemen ini akan menentukan
cara hidup dan pemikiran seseorang manusia itu.


Dalam pendidikan slam, hubungan ini merujuk kepada hubungan manusia
dengan Allah SWT (hablum minallah). Sebagai contoh, amalan kerohanian dan
moral dalam Pendidikan slam yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan
Allah SWT boleh didapati pada fokus pembelajaran yang pertama iaitu tentang
akidah yang melibatkan pegangan atau kepercayaan yang perlu ada pada setiap
orang slam untuk membentuk keimanan. Justeru itu, murid prasekolah diajar
tentang rukun iman dan rukun islam sebagai asas akidah. Murid prasekolah diajar
melafazkan kalimah syahadah beserta maksudnya. ni sebagai latihan kerohanian
untuk mengesahkan ketuhanan Allah SWT dan kerasulan Muhammad SAW sebagai
pembawa ajaran atau agama Allah. Seterusnya, perhubungan manusia dengan
Allah SWT ini dimantapkan lagi melalui fokus-fokus pembelajaran yang lain seperti
ibadah, akhlak dan asas bahasa Al Quran. Kesemua fokus pembelajaran ini terarah
untuk memberi ilmu berupa pengetahuan dan tingkah laku dalam menjaga
hubungan dengan Allah SWT yang akhirnya akan melahirkn akhlak yang sempurna
bagi umat slam.

Dalam Pendidikan Moral, hubungan manusia dengan Tuhan menjurus
kepada tentang kewujudan Tuhan yang mencipta manusia dan alam. Amalan
menghormati kepercayaan dan pantang larang adalah untuk mendidik murid-murid
tentang kebebasan pelbagai agama untuk berkomunikasi atau berhubung dengan
Tuhan dan kepercayaan. Nilai ini dinamakan kepercayaan kepada Tuhan yang
merupakan salah satu daripada 16 nilai dalam komponen Pendidikan moral.
Hubungan dengan tuhan juga merujuk kepada amalan kerohanian dan moral
berlandaskan lain-lain nilai yang telah digariskan dalam KSPK.

3.2.2 Hubungan Sesama Manusia
Amalan kerohanian dan moral yang bermakna dalam membentuk hubungan
sesama manusia di kalangan murid-murid prasekolah juga merupakan satu elemen

yang penting dalam pendidikan slam dan moral murid prasekolah berlandaskan
KSPK.

Dalam Pendidikan slam, fokus pembelajaran sirah dan akhlak Rasulullah
SAW misalnya, antara lain bertujuan untuk menyemai rasa kasih sayang dan
kepentingan keluarga dalam kehidupan murid-murid prasekolah. Mencontohi akhlak
Rasulullah SAW dijadikan sebagai panduan untuk murid-murid hidup bermasyarakat
atau proses menjalinkan hubungan sesama manusia sama ada dalam ruang lingkup
prasekolah ataupun di luar prasekolah.

Dalam Pendidikan Moral pula, 16 nilai utama boleh dijadikan panduan dalam
membina dan menjalinkan hubungan sesama manusia. Murid dilatih untuk
mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan moral sebagai persediaan untuk menempuh
cabaran hidup. Dengan kata lain, amalan kerohanian dan moral berperanan untuk
membentuk modal insan yang seimbang dari segi rohani dan moralnya bersesuaian
dengan keperluan diri, agama, bangsa dan negara.

3.3 Pemupukan Amalan Kerohanian dan Moral
Pemupukan amalan kerohanian dan moral dalam pendidikan prasekolah sama ada
pendidikan slam atau moral sebenarnya merujuk kepada proses pengajaran dan
pembelajaran dan latihan-latihan untuk mengamalkan aspek-aspek kerohanian dan
moral oleh murid-murid prasekolah.

3.3.1 Pemupukan Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Pemupukan melalui aspek ini merupakan suatu proses yang terancang. Seorang
guru perlu merancang isi pembelajaran yang hendak disampaikan dan hasil
pembelajaran yang hendak dicapai. ni bagi menentukan pemupukan amalan
kerohanian yang bermakna boleh dicapai.


Dalam proses pembelajaran, guru perlu memahami tahap pertumbuhan dan
perkembangan murid serta minat murid. Proses pembelajaran hendaklah
menyeronokkan murid dan tidak formal. Kaedah-kaedah pembelajaran seperti
belajar melalui permainan, bercerita, nyanyian, latihan amali atau dalam bentuk hasil
seni berupaya memberi pengalaman yang bermakna kepada murid-murid
prasekolah. Sebagai contoh, pembelajaran huruf hijaiyah boleh dipelajari melalui
nyanyian dan aktiviti mewarna sebagai satu hasil seni. Sirah dan akhlak Rasulullah
SAW boleh dipelajari melalui aktiviti bercerita atau main peranan agar murid dapat
merasai suasana pembelajaran yang bermakna.

Begitu juga halnya dengan Pendidikan Moral. Pembelajaran yang dirancang
seharusnya memberi peluang kepada murid untuk memahami dan mempraktikkan
nilai-nilan yang terdapat dalam kurikulum tersebut. Pelbagai kaedah dan strategi
yang boleh digunakan untuk memberi pembelajaran yang bermakna kepada murid.
Antaranya seperti bercerita, menonton rancangan yang berkaitan dengan moral,
simulasi atau main peranan dan memberi murid kepercayaan dan tanggungjawab.

Penilaian terhadap proses pembelajaran juga perlu dijalankan. ni untuk
memastikan sama ada hasil pembelajaran telah dicapai atau belum dicapai. Kuiz-
kuiz agama yang mudah boleh dijalankan di samping penaksiran pencapaian murid
secara berterusan.

3.3.2 Pemupukan Melalui Latihan
Pemupukan melalui latihan merujuk kepada praktikal atau amalan yang dilakukan
oleh murid-murid prasekolah. Pemupukan amalan kerohanian dan moral ini lebih
bermakna sekiranya amalan tersebut dijadikan sebagai rutin harian. Pada peringkat
awal, pemupukan dengan cara ini dilihat sebagai bentuk latihan harian. Sehingga ke
suatu peringkat, latihan ini akan bertukar menjadi suatu amalan harian pula.


Sebagai contoh, amalan berdoa. Murid-murid perlu dilatih untuk membaca
doa sebelum menjalankan sesuatu aktiviti. Contohnya berdoa sebelum sesi
pembelajaran bermula; berdoa sebelum dan selepas makan; dan berdoa sebelum
masuk dan selepas keluar tandas. Apabila murid telah terbiasa dengan berdoa,
maka ianya akan menjadi amalan harian mereka.

Begitu juga halnya dalam pembentukan akhlak murid-murid prasekolah ini.
Mereka perlu diberi panduan dan latihan dalam membentuk akhlak yang baik.
Sebagai contoh, murid-murid dilatih memberi salam kepada guru dan rakan-rakan
ketika hadir ke sekolah dan waktu hendak balik; mengucapkan terima kasih apabila
diberi makanan atau buku; meminta izin apabila hendak ke tandas; dan membasuh
tangan sebelum dan selepas makan atau selepas menggunakan tandas. Semua
aspek ini perlu dilatih sehingga ia menjadi suatu amalan kerohanian dan moral
dalam kalangan murid-murid.
Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah kepekaan guru terhadap
persekitaran dan komunikasi murid-murid prasekolah. a merujuk kepada latihan
yang tidak dirancang oleh guru. Sebagai contoh, apabila berlaku perlakuan atau
komunikasi yang tidak baik dalam kalangan murid prasekolah, guru perlu
menanganinya secara berkesan. Guru bukan hanya perlu menyelesaikan masalah
yang berlaku sebaliknya mencegah agar masalah yang sama tidak akan berulang
melalui penerapan nilai dan amalan kerohanian yang betul. Contohnya, apabila ada
murid yang bergaduh dan berebut peralatan atau tidak mematuhi peraturan,
disamping menyelesaikan masalah yang dihadapi, guru perlu menerapkan nilai
kerohanian slam seperti mencontohi akhlak Rasulullah SAW atau nilai toleransi
dalam pendidikan moral yang telah dipelajari. Sekiranya ada murid yang makan
dengan keadaan yang tidak teratur, guru perlu menerapkan amalan kebersihan dan
adab makan slam yang baik.

Secara keseluruhannya, dalam usaha memupuk amalan kerohanian yang


bermakna, seorang guru perlu memahami bahawa amalan kerohanian slam adalah
suatu proses yang berterusan dan relevan pada setiap masa. Di samping
pemupukan amalan kerohanian melaui proses pembelajaran pendidikan slam yang
terancang, guru juga perlu peka kepada persekitaran dan keadaan semasa.
Pemupukan amalan kerohanian melalui latihan dan menangani masalah dengan
bijak juga perlu diambil kira agar murid-murid dapat melalui pengalaman yang
bermakna dalam mempelajari aspek-aspek dalam amalan kerohanian dan moral.

Pendidikan kerohanian dan moral sebenarnya perlu diterapkan dan dipupuk
sepanjang masa murid berada dalam prasekolah, tanpa mengira sama ada dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran, rutin pagi, pengurusan diri, rehat atau semasa
makan. Amalan kerohanian dan moral tidak semestinya diwujudkan sebagai sesuatu
aktiviti yang khas, sebaliknya amalan-amalan ini sentiasa relevan mengikut
keperluan situasi dan masa.

. RANCANGAN PENGAJARAN SLOT PENDIDIKAN ISLAM



Nama Kelas : Prasekolah Mutiara.
Bilangan Murid : 25 orang murid.
Tarikh : 1 Mac 2011.
Hari : Selasa
Masa / tempoh : 8.00 pagi 8.30 pagi (30 minit).
Tunjang : Kerohanian, Sikap dan Nilai - Pendidikan slam
Tema : Diri Saya.
Subtema : Rakan Saya.
Topik : Solat Lima Waktu.
Fokus : P 2.0 - badah.
Standard Kandungan : P 2.3 - Mendirikan solat.
Standard Pembelajaran : P 2.3.3 - Menyatakan nama dan waktu solat
(pagi, tengah hari, petang malam).
Objektif : Murid-murid boleh menyatakandengan betul 3
daripada 5 nama-nama solat beserta dengan
waktunya (pagi, tengah hari, petang, malam)
secara lisan menggunakan bahasa yang mudah.
Pengetahuan sedia ada murid : Murid-murid pernah melihat ahli keluarga atau
masyarakat slam mengerjakan solat.
Bahan Bantu Belajar : Bahan digital - persembahan MS- Powerpoint
Kesepaduan : KM 6.1.1 - Melahirkan perasaan terhadap
unsur-unsur keindahan alam secara
lisan dan perlakuan.

PSE 2.1.3 - Bersikap positif tentang kebolehan


dan kekurangan/kelemahan kendiri.
Penerapan Nilai : Kebersihan, berhati-hati, kerjasama dan teliti.
KB : Meneliti bahagian-bahagian kecil dan
keseluruhan.
Kecerdasan Pelbagai : Visual Ruang dan Muzik

LANGKAH
/ MASA
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
BAHAN
BANTU
BELAJAR
CATATAN
Set nduksi
( 5 minit )
- Lagu Mari Bersolat:
Mari kita bersolat, bersolat,
bersolat,
Mari kita bersolat,lima waktu,
Subuh ,Zuhur dan Asar serta
Maghrib juga Isya,
Kerjakan dengan jaya setiap
masa.
Mari kita bersolat, bersolat,
bersolat,
Mari kita bersolat,lima waktu
Subuh dua rakaat Zuhur empat
Asar empat,
Maghrib tiga rakaat Isyak empat.
- Contoh soalan:
a. Pernahkah anda melihat
orang mengerjakan solat?
b. Apakah yang
dimaksudkan dengan
solat?

- Murid-murid diminta
mendengar dan
menyanyi bersama-
sama lagu Mari
Bersolat.







- Berbual dan bersoal
jawab tentang solat.
- Murid-murid diberi
penerangan tentang
kewajipan mendirikan
solat.
- Video lagu. - Kecerdasan
Pelbagai:
Muzik
- Nilai:
Mematuhi perintah
Allah iaitu
mendirikan solat.
- mpak:
Langkah 1
( 10 minit )
- Nama-nama solat:
a. Subuh
- Murid diperkenalkan
nama-nama solat
- Bahan digital
(persembahan
- Kesepaduan:
PSE 2.1.3 Berskap

b. Zuhur
c. Asar
d. Maghrib
e. syak

- Lirik Lagu:
Satu tangan bilangan lima,
Dua tangan bilangan sepuluh,
Waktu sembahyang ada lima,
Zuhur Asar Maghrib Isyak
Subuh.

melalui nyanyian lagu.
- Murid membaca lirik
lagu dengan bimbingan
guru.

- Murid diminta
mendengar lagu dan
menyanyi bersama-
sama.
- Murid-murid diminta
menyatakan nama-
nama solat yang
terdapat di dalam lagu
yang telah dinyanyikan.

ms power-
point)
positif tentang
kebolehan dan
kekurangan/kelem
ahan kendiri
- Kecerdasan
Pelbagai:
Muzik
- Nilai:
Mematuhi arahan,
memberi perhatian
dan memberi
kerjasama.
- mpak:
Langkah 2
( 10 minit )
- Nama-nama dan waktu-
waktu solat:
a. Subuh - pagi
b. Zuhur - tengah hari
c. Asar - petang
d. Maghrib - petang
e. syak - malam




- Soalan Lisan:
Contoh:
S: Bilakah waktu solat
Zuhur?
J: Tengah hari.
S: Bilakah waktu solat
Subuh?
- Murid diperkenalkan
dengan waktu-waktu
solat berdasarkan
paparan gambar.
- Murid diminta meneliti
bahagian-bahagian dan
keseluruhan gambar
dengan bimbingan guru
untuk menentukan dan
menyatakan waktu.

- Sesi soal jawab
tentang waktu solat dan
murid diminta
menjawab secara lisan
menggunakan bahasa
yang mudah.
- Bahan digital
(persembahan
ms power-
point)
- Kesepaduan:
KM 6.1.1
Melahirkan
perasaan terhadap
unsur-unsur
keindahan alam
secara lisan dan
perlakuan.
- Kecerdasan
Pelbagai:
Visual - Ruang dan
masa
- KBKK
Meneliti bahagian-
bahagian kecil dan
keseluruhan
- Nilai:
Kerjasama, teliti

J: Pagi. dan menghargai


alam.
- mpak:

Penutup
( 5 minit )
- Nama-nama dan waktu-
waktu solat:
a. Subuh - pagi
b. Zuhur - tengah hari
c. Asar - petang
d. Maghrib - petang
e. syak - malam
- Soalan nteraktif
Contoh Soalan:
Bilakah waktu solat
Subuh?
Pilihan Jawapan:
a. Pagi
b. Petang
c. Malam
- Murid-murid diminta
menjawab soalan
berdasarkan paparan
soalan.
- Murid diminta memilih
dan klik pada jawapan
yang betul berdasarkan
pilihan jawapan yang
telah disediakan.
- Sesi pembelajaran
diakhiri dengan
menyanyikan lagu Mari
Bersolat.
- Bahan digital
(persembahan
ms-
powerpoint)
- Kesepaduan:
PSE 2.1.3 Berskap
positif tentang
kebolehan dan
kekurangan/kelem
ahan kendiri
- Nilai:
Kerjasama dan
menjaga
kebersihan.
-mpak:
(Disediakan
selepas sesi P&P)

. PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL



Bahan digital yang bertajuk Solat Lima Waktu adalah satu persembahan elektronik
yang berbentuk interaktif. Bahan ini mengandungi standard pembelajaran
prasekolah berasaskan KSPK. Fokus pembelajaran ialah ibadah dan semua
standard pembelajarannya dirangkum ke dalam standard kandungan mendirikan
solat.

Bahan digital ini sebaik mungkin dibangunkan agar ianya mesra pengguna
dengan utiliti akses kendiri. Guru atau murid boleh memilih kemahiran pada menu
utama. Menu utama mengandungi pelbagai navigasi aktiviti berdasarkan kemahiran
mendirikan solat untuk kanak-kanak prasekolah yang terdapat dalam KSPK. Antara
standard pembelajaran yang terdapat dalam bahan digital ini ialah menyatakan
nama-nama solat; menyatakan waktu solat seperti pagi, tengah hari, petang dan
malam; bilangan rakaat solat lima waktu dan pergerakan-pergerakan dalam solat.

si kandungan bahan digital ini terdiri daripada penerangan konsep
pembelajaran dan latihan. Penerangan konsep pembelajaran dilakukan
menggunakan lagu dan paparan gambar. Lagu digunakan untuk memudahkan
murid-murid memahami dan menghafal isi pelajaran dengan mudah. Penggunaan
teks terhad kepada nama-nama solat dan waktu solat sahaja. ni disebabkan, pada
peringkat awal murid-murid prasekolah belum boleh membaca. Walau bagaimana
pun, pembelajaran menggunakan lirik lagu ada digunakan. Pembacaan lirik lagu
adalah dengan bimbingan guru iaitu, guru membaca dan diikuti oleh murid. ni
bertujuan untuk memperkenalkan perkataan dalam lagu dan murid boleh
menyebutnya dengan jelas. Contohnya:
"Satu tangan bilangan lima, Dua tangan bilangan sepuluh,Waktu sembahyang ada
lima, Zuhur Asar Maghrib Isyak Subuh."

Berdasarkan lagu dan lirik, murid-murid boleh boleh menyanyi dengan seronok dan
menghafal lirik lagu yang juga merupakan isi pelajaran.

Latihan yang disediakan dalam bahan digital ini adalah berbentuk interaktif.
Pilihan jawapan terdiri daripada nama-nama solat itu sendiri. Bagi soalan tentang
waktu-waktu solat, paparan perkataan beserta gambar seperti pagi, tengah hari,
petang dan malam digunakan sebagai pilihan jawapan untuk memudahkan murid-
murid memilih jawapan yang sesuai. Aspek motivasi ketika menjawab sama ada
betul atau salah juga dititikberat. Unsur-unsur keseronokan dan galakan diolah
dalam bentuk animasi yang mudah pada paparan jawapan yang betul atau salah.

Kemudahan butang-butang navigasi dalam setiap paparan slaid disediakan
untuk memudahkan pengguna bergerak dari satu slaid ke satu slaid yang lain. Perlu
diingat, sekirannya bahan digital yang digunakan untuk akses kendiri, butang-butang
navigasi ini perlu disediakan. Secara tidak langsung bahan digital ini boleh dijadikan
bahan pengayaan atau pengukuhan pada bila-bila masa diperlukan.

Walau bagaimanapun, semasa pembentangan penggunaan bahan digital ini,
terdapat kelemahan yang dikesan pada bahan digital ini. Antaranya ialah bahan
digital ini agak berat ketika beroperasi. Mungkin ini disebabkan jumlah video yang
banyak dan kepelbagaian hyperlink dalam bahan digital ini. Perkara ini saya ambil
notis dan membuat penambahbaikan yang bersesuaian.

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan penghasilan bahan ini.
Kekuatan utama yang boleh saya katakan ialah bahan digital ini merangkumi semua
kemahiran tentang mendirikan solat bagi murid-murid prasekolah. Bahan ini juga
mesra pengguna yang mana guru atau murid boleh menggunakannya sebagai
bahan bantu pengajaran dan pembelajaran.

BIBLIOGRAFI


Agama Kristian; Pertembungan Di Antara Kepentingan Diri. Capaian pada 20. Februari
2011. Laman Sesawang: http://theinfoaktifcorner.blogspot.com/2010/12/pertembungan-
kepentingan-diri-dalam.html

Alister E. McGrath. 1999. hristian Spirituality An Introduction. Blackwell Publishers.
Capaian pada 22 Februari 2011. Laman Sesawang: http://www.stjohnadulted.org/spir_1.htm

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. 2009. Draf Dokumen
Standard Prasekolah Kebangsaan.

ara Hidup Dan Budaya. Capaian pada 22 Februari 2011. Laman Sesawang:
http://www.what-buddha-taught.net/BM/Dhammananda_Apa_Buddhis_Percaya.htm#11

Drs. Anak Agung Gde Oka Netra. Tuntunan Dasar Agama Hindu. Capaian pada 20 Februari
2011. Laman Sesawang: http://singaraja.wordpress.com/2008/03/17/mengenal-agama-
hindu-edisi-16-sejarah-agama-hindu/

Dr Chan Ka Po. Spirituality And Buddhism. Capaian pada 22 Februari 2011. Laman
Sesawang: http://kr.buddhism.org/~skb/down/papers/083.pdf

PG Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Modul Prasekolah PRA3108 Perkembangan
Kerohanian dan moral.

Jas Laile Suzana Jaafar, 2002. Psikologi Kanak-kanak & Remaja. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.


Haliza Hamzah. Joy N. Samuel.2008. Perkembangan Kanak-kanak disi Kedua. Siri
Pendidikan Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mohd Rumaizuddin Ghazali. Hak Kanak-Kanak Dalam Islam. Capaian pada 20 Februari
2011. Laman Sesawang: http://www.mindamadani.my/content/view/176/2/

Muhammad 'Uthman El-Muhammady. Nilai-Nilai Kerohanian Dalam Pembangunan
Tamadun Di Malaysia. Capaian pada 20 Februari 2011. Laman Sesawang:
http://www.oocities.com/traditionalislam/NilainilaiKerohanianDalamPembangunanTamaddun
DiMalaysia.htm

Nik Rosila Nik Yaacob. 2010. Pendidikan Kerohanian dan Moral Prasekolah. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Prof. Madya Dr. Mastura Badzis. Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan
Binaan Kurikulum yang Integratif. Capaian pada 20 Februari 2011. Laman Sesawang:
http://www.perapi.com/artikel/pendidikan-anak-anak/15-pendidikan-awal-kanak-kanak-
islam.html


















LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai