Anda di halaman 1dari 21

Biodiversiti dan Adaptasi |1

UNIT PELAJARAN 12 ALAM HAIWAN INVERTEBRATA III


HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Membincangkan tentang haiwan dalam Filum Mollusca. 2. Menghuraikan ciri-ciri haiwan dalam Filum Echinodermata. 3. Menerangkan tentang Filum Arthropoda.

PENGENALAN

Rajah 14.1. Interaksi antara haiwan dan tumbuhan dalam persekitaran. Organisma saling bergantung antara satu sama lain dalam satu ekosistem. Apakah yang anda perhatikan dalam Rajah 14.1? Ya, anda melihat seekor siput dan seekor belalang pada sehelai daun pada hari hujan. Unit ini tidak membincangkan tentang hubungan antara organisma sebaliknya membincangkan tentang kepelbagaian dalam tiga filum iaitu Mollusca, Enchinodermata dan Arthropoda. Bolehkah anda berikan satu contoh untuk setiap filum tersebut? Sekiranya tidak boleh, jangan bimbang. Ini kerana unit pelajaran ini akan memperincikan ciri-ciri setiap filum di atas.

Biodiversiti dan Adaptasi |2

ISI KANDUNGAN

i dalam dua bab yang lalu kita telah berbincang tentang lapan filum invertebrata. Dalam bab ini anda akan diperkenalkan dengan tiga lagi filum invertebrata yang maju iaitu Molluska, Echinodermata dan Arthropoda.

Apakah haiwan-haiwan dalam Filum Mollusca?


ollusca menurut bahasa Latin bermakna lembut (Mollis = lembut). Filum ini mengandungi pelbagai jenis invertebrata laut tropika dan darat termasuk siput, kerang, kepah, tiram, sotong dan lain-lain. Seperti artropod, moluska merupakan satu lagi kumpulan yang berjaya hidup di pelbagai pelosok alam. Filum ini merupakan filum yang kedua banyaknya dalam alam haiwan. Ia mengandungi lebih kurang 80 000 spesies yang masih hidup dan kira-kira 35 000 spesies yang sudah pupus dan menjadi fosil. Antara faktor-faktor yang menjayakan kemandirian kumpulan ini termasuk adanya cangkerang yang boleh melindungi badan haiwan ini daripada berbagai-bagai bahaya dan rintangan alam luar. Tambahan pula moluska mempunyai kepala berhampiran dengan kaki dan insang yang elok. Daripada segi evolusi, keadaan ini menguntungkan.

Kumpulan moluska disebut oleh ahli-ahli zoologi sebagai haiwan triploblastik. Ini bermakna bahawa perkembangan moluska daripada telur akan menghasilkan tiga bentuk lapisan germa. Daripada tiga lapisan germa inilah yang akhirnya melahirkan seekor moluska. Kumpulan moluska juga mempunyai simetri dwisisi dan membahagikan badannya kepada bahagian kanan dan kiri yang lebih kurang sama. Walau bagaimanapun kumpulan ini tidak terbahagi kepada segmen-segmen sebagaimana yang terdapat pada serangga dan cacing annelid. Moluska mempunyai badan yang berkembang dari depan ke arah belakang tanpa tersekat-sekat. Moluska mempunyai struktur yang disebut kaki. Ini adalah organ otot yang besar di bahagian sebelah bawah badan dan digunakan oleh kebanyakan moluska sebagai anggota pergerakan. Moluska juga mempunyai salur pencernaan yang dilengkapi dengan mulut dan anus. Kebanyakan moluska hidup sebagai herbivor. Walau bagaimanapun terdapat juga moluska yang hidup sebagai pemangsa seperti cumi-cumi (sotong). Beberapa spesies moluska menjadi perosak tanaman dan ada juga yang menjadi agen penyebar beberapa parasit. Kesemua moluska melainkan Cephalopoda mempunyai larva trokofor dan veliger dalam kitar hidupnya. Fasa larva ini amat menarik kerana larva yang serupa juga dijumpai pada annelid dan filumfilum yang lain.

Biodiversiti dan Adaptasi |3

Ciri-ciri filum Mollusca ialah: 1. Bersimetri dwisisi, triploblastik; terdapat di darat, laut dan air tawar. 2. Saluran pencernaan lengkap, berbentuk U atau berlingkar; mulut mempunyai radula (lidah bergigi). Dubur terbuka ke dalam rongga mantel. 3. Tubuh terbungkus dalam mantel yang nipis yang berupaya untuk merembeskan cangkerang; kaki adalah ventral, diubahsuai untuk berjalan, menggali dan berenang. 4. Sistem peredaran terbuka mengandungi jantung dorsal, dengan satu atau dua atrium dan satu ventrikel; biasanya terletak dalam rongga perikardium dan edaran darahnya daripada jantung ke sinuses ke insang dan kembali ke jantung: jantung sinuses insang jantung

5. Bernafas dengan adanya insang atau paru-paru dalam mantel atau oleh mantel atau melalui epidermis. 6. Perkumuhan melalui nefridium yang bersambung dengan rongga perikardium. Selom mengandungi nefridium, gonad dan perikardium. 7. Mempunyai sistem saraf dengan tiga pasang ganglion (serebrum, pedal dan visera) yang disambungkan dengan saraf-saraf memanjang dan melintang; mempunyai organ sentuh, bau, bintil mata atau mata kompleks dan statosis untuk pengimbangan. 8. Seks terpisah; beberapa daripadanya hermafrodit. Persenyawaan berlaku di luar atau di dalam. Badan moluska boleh dibahagikan kepada tiga bahagian berikut: i. Kaki digunakan untuk bergerak; mempunyai otot khas. ii. Visera terletak selepas kaki; mengandungi sistem pencernaan, perkumuhan (nefridium), jantung dan lain-lain. iii. Mantel tisu yang menyelubungi organ-organ visera; mengandungi kelenjar yang boleh membina cangkerang. Filum ini dibahagikan kepada enam kelas iaitu Gastropoda, Amphineura, Monoplacophora, Scaphopoda, Bivalvia (Plecypoda) dan Cephalopoda (Rajah 14.2).

Biodiversiti dan Adaptasi |4

Rajah 14.2. Haiwan dalam kelas Gastropoda (A), Amphineura (B), Monoplacophora (C), Scaphopoda (D), Bivalvia (E) dan Cephalopoda (F).

Kelas Gastropoda
Kelas ini merupakan filum Mollusca yang mempunyai kepala dengan satu atau dua pasang tentakel. Menjalani proses torsion. Visera berlingkar dalam cangkerang. Berkaki besar dan ventral. Cangkerang sama ada berbentuk kon atau berlingkar-lingkar. Contoh haiwan dalam kelas ini ialah Achatina fulica (daratan), Lymnea rubiginosa (air tawar), Conus (laut) dan Aplysia (laut).

Kelas Amphineura
Haiwan-haiwannya mempunyai badan berbentuk bujur, silinder dan bersimetri bilateral. Tiada torsion. Kaki ventral pada dorsal terdapat lapan plat cangkerang. Mulut dan anus terpisah di pangkal dan di hujung. Terdapat beberapa pasang filamen insang. Kesemuanya marin. Contoh haiwan dalam kelas ini ialah Chiton.

Kelas Monoplacophora
Kelas ini merupakan filum Mollusca yang mempunyai badan berbentuk bujur, bersimetri bilateral dan mempunyai pengsegmenan metamerik bahagian dalam. Kumpulan ini merupakan kumpulan moluska yang bersegmen. Berkaki ventral. Mantel mempunyai cangkerang pada dorsal. Contoh haiwan dalam kelas ini ialah Neopilina.

Biodiversiti dan Adaptasi |5

Kelas Scaphopoda
Haiwan-haiwannya mempunyai cangkerang yang panjang dan tajam. Kesemuanya haiwan marin dan terbenam di pasir atau rumput. Tiada tentakel. Contoh haiwan dalam kelas ini ialah Dentalium.

Kelas Bivalvia (Plecypoda)


Kelas ini merupakan filum Mollusca yang mempunyai dua cangkerang yang serupa dan disebut kepak kanan dan kiri. Kedua-dua kepak ini disambungkan pada bahagian dorsal dengan satu ligamen engsel. Bersimetri dwisisi. Tiada kepala dan makan secara menuras. Kaki berbentuk lidah. Contoh haiwan ini adalah kepah, tiram, kerang, kupang, Anadara, Corbicula dan lain-lain.

Kelas Cephalopoda
Haiwan-haiwannya mempunyai simetri dwisisi. Mempunyai cangkerang di dalam, di luar atau tiada langsung. Mempunyai kepala yang besar dengan mata yang kompleks Mempunyai mulut dengan rahang yang berduri dan beberapa tentakel. Mempunyai kelenjar dakwat. Seks dalam individu berbeza. Contoh haiwan ini adalah Loligo, Octopus, Sepia dan Nautilus.

Cuba anda jawab soalan-soalan berikut: Apakah ciri-ciri haiwan dalam filum Mollusca? Apakah kelas-kelasnya? Berikan contoh-contoh haiwan dalam kelas ini. Bina peta minda yang mengandungi filum, kelas dan contoh genus bagi filum Mollusca.

Apakah filum Echinodermata?


chinodermata menurut bahasa Greek bermakna kulit landak (Echinos = landak; derma = kulit). Filum ini terdiri daripada haiwan invertebrata seperti tapak Sulaiman (bintang laut), landak laut, bintang bulu pelepah dan timun laut yang kesemuanya bersimetri radial, pentamer dan mempunyai badan yang berduri. Enchinodermata juga tidak berkepala mahupun berotak. Ia hanya boleh bergerak dengan perlahan dan boleh dikatakan kesemuanya marin, melainkan satu spesies timun laut, Synapta similis yang selalunya berhabitat di air payau. Echinodermata merupakan penghuni dasar laut dan kumpulan inilah yang menjadi ahli terbesar organisma bentos. Echinodermata boleh didapati dari zon pasang surut hingga ke kedalaman kira-kira 6 000 meter.

Biodiversiti dan Adaptasi |6

Sesetengah Echinodermata boleh berenang walaupun kebanyakannya hanya boleh merangkak di atas dasar laut. Tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan kecil serta bahan-bahan organik yang terdapat di pasir dan lumpur merupakan makanan utama haiwan ini. Filum Echinodermata tidak mempunyai spesies yang menjadi parasit kepada haiwan lain walaupun terdapat Echinodermata yang hidup secara komensal. Echinodermata mempunyai sejarah yang lama iaitu daripada era Kambrian hingga sekarang. Dianggarkan terdapat kira-kira 20 000 spesies yang telah pupus dan menjadi fosil dan kira-kira 6 000 spesies yang masih hidup. Echinodermata mempunyai badan yang penuh dengan duri dan rangka yang keras dan terbina daripada kalsium karbonat. Dengan badan yang sedemikian rupa, maka Echinodermata tidak begitu popular untuk menjadi bahan makanan melainkan kumpulan timun laut dan beberapa spesies landak laut yang menjadi makanan istimewa di Timur Jauh. Walau bagaimanapun rangka-rangka Echinodermata boleh dan telah digunakan sebagai baja. Tapak Sulaiman (bintang laut), landak laut dan timun laut makan bahan-bahan organik yang terdapat di lumpur dan pasir di dasar laut. Haiwan-haiwan ini terlibat dalam proses pemuliharaan bahan kumuh di dasar laut dan sekali gus memainkan peranan yang penting terhadap pereputan bahan organik di dasar laut. Pantai tanpa Echinodermata akan menjadi pantai yang busuk. Tapak Sulaiman (bintang laut) pula boleh mendatangkan masalah kepada manusia kerana tapak Sulaiman ini suka memakan Bivalvia termasuk kepah dan tiram. Seekor tapak Sulaiman boleh menelan kira-kira 12 ekor tiram. Di Pulau Tioman terdapat sejenis tapak Sulaiman Acanthester planci yang memakan polip terumbu karang yang terdapat di pulau tersebut. Hal yang demikian amat menyedihkan kerana keindahan terumbu karang yang menjadi tumpuan utama para pelancong di pulau ini akan terjejas. Ciri-ciri dalam filum Echinodermata ialah: 1. 2. 3. 4. Semuanya marin dan hidup bebas. Simetri jejari pada dewasa dan dwisisi pada larva. Mempunyai selom dan tiga lapisan germa; tidak ada kepala, otak atau segmen mutlak. Mempunyai rangka dalam yang terbina daripada plat-plat kalsium karbonat. Rangka ini selalunya menjalar keluar macam duri (seperti pada landak laut). Maka inilah sebabnya ia dinamakan Echinodermata. Terdapat kaki tiub. Digunakan untuk pergerakan. Terdapat sistem ambulakrum. Seks terpisah dan persenyawaan berlaku di luar tubuh. Mempunyai sistem vaskular air. Ini merupakan sistem tiub yang mengandungi air. Dengan adanya injap, air boleh dialirkan ke tempat-tempat yang tertentu; juga berguna untuk pergerakan.

5. 6. 7. 8.

Haiwan dalam filum ini dibahagikan kepada lima kelas iaitu Kelas Asteroidea, Kelas Echinoidea, Kelas Ophiuroidea, Kelas Holothuroidea dan Kelas Crinoidea (Rajah 14.3).

Biodiversiti dan Adaptasi |7

Rajah 14.3. Haiwan dalam filum Echinodermata, Kelas Asteroidea (A), Kelas Echinoidea (B), Kelas Ophiuroidea (C), Kelas Holothuroidea (D) dan Kelas Crinoidea (E).

Kelas Asteroidea
Kelas Asteroidea mempunyai tubuh berbentuk bintang dengan lima cabang (pentagonal) pipih dan setiap cabang mempunyai alur iaitu tempat terletaknya kaki tiub. Badannya berduri dan madreporit aboral. Anus terletak di bahagian oral manakala mulut terletak di bahagian aboral. Oleh yang demikian bahagian bawah badan merupakan bahagian anterior manakala bahagian atas badan merupakan bahagian posterior. Terdapat tiga order iaitu Phanerozonia, Spinulosa dan Forcipulata dan contoh genus ialah Asterias.

Kelas Echinoidea
Haiwan dalam kelas ini badannya berbentuk bujuk atau berbentuk jantung atau macam piring, tanpa tangan. Ia mempunyai rangka dalam daripada kalsium karbonat dan membentuk dinding kulit dan berduri. Alur ambulakrum tersembunyi serta kaki tiubnya mempunyai pelekat. Terdapat lima order iaitu Lepidocentroida, Melonechninoida, Diadematoida, Clypeastroida dan Spatangodia dan contoh genus ialah Echinus (landak laut).

Kelas Ophiuroidea (Tapak Sulaiman Rapuh)


Haiwan dalam kelas ini mempunyai badan berbentuk bintang dan pipih. Mempunyai lima hingga enam lengan yang berduri dan panjang. Tiada alur ambulakrum. Ia bergerak menggunakan lengan dan tidak menggunakan kaki tiub. Terdapat dua order iaitu Streptophiurae dan Zygophiurae dan contoh genus ialah Ophiothrix.

Biodiversiti dan Adaptasi |8

Kelas Holothuroidea
Haiwan mempunyai tubuh seperti sosej atau cacing. Bertubuh lembut dan tiada tangan atau duri-duri. Badannya macam kulit. Mulut mempunyai tentakel. Haiwan ini terbaring dengan menggunakan bahagian tepi, bukan di atas bahagian oral seperti kelas-kelas lain. Terdapat lima order iaitu Dendrochirota, Aspidochirota, Elasipoda, Molpadonia dan Apoda. Contoh genus ialah Holothuria.

Kelas Crinoidea
Kelas ini kebanyakannya mengandungi spesies yang telah menjadi fosil dan beberapa spesies yang primitif. Spesies yang telah menjadi fosil kebanyakannya tergolong dalam kumpulan lili batu (stone lilies) yang hidup dengan banyaknya semasa era Paleozoik. Kumpulan yang masih hidup terbahagi kepada dua iaitu lili laut (sea lilies) yang mempunyai batang sesil serta kumpulan yang hidup bebas dan boleh bergerak disebut bintang bulu pelepah. Kelas ini mempunyai ciri-ciri berikut iaitu sesil dan mempunyai batang. Mulut terdapat di tengahtengah dan menghala ke atas. Alur ambulakrum terbuka. Ia mempunyai tangan yang berpinul. Badannya berbentuk hemisfera. Tiada madreporit. Kaki tiub tidak mempunyai pelekat. Anus terdapat di bahagian oral. Contoh genus ialah Antedon.

Cuba anda lakukan aktiviti dan jawab soalan-soalan berikut: Bezakan di antara kelima-lima kelas dalam filum Echinodermata berdasarkan ciri yang haiwan ada. Adakah haiwan-haiwan ini senang dijumpai? Di mana anda boleh jumpainya? Pilih satu ciri yang membolehkan Echinodermata beradaptasi dengan jayanya. Berdasarkan ciri tersebut, cadangkan bagaimana haiwan ini mengimbangkan populasi di ekosistem persisiran pantai?

Bina peta minda yang mengandungi filum, kelas, order dan contoh genus bagi filum Echinodermata.

Biodiversiti dan Adaptasi |9

Apakah yang terdapat pada haiwan dalam filum Arthropoda?


alam kira-kira 10 filum yang terdapat di dunia hanya dua filum sahaja yang berjaya hidup dan membebaskan dirinya daripada sentiasa memerlukan air iaitu Arthropoda dan Chordata (kecuali kelas Pisces). Filum-filum lain seperti Mollusca, walaupun berjaya hidup di daratan dan bebas daripada lingkungan air tetapi kumpulan ini memerlukan habitat yang lembap dan hanya aktif pada masa-masa yang tertentu sahaja pagi atau petang.

Filum Arthropoda merupakan filum yang terbesar di dunia. Lebih daripada satu juta spesies telah dikenal pasti dan setiap tahun jumlah ini meningkat apabila spesies baru ditemui. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa lebih kurang 80% daripada haiwan-haiwan yang terdapat di dunia adalah daripada filum ini (Jadual 14.1). Haiwan-haiwan tersebut sama ada dijumpai di darat, di laut atau di air tawar. Arthropoda merupakan invertebrata yang mempunyai organisasi badan yang istimewa dan kumpulan ini dipercayai berasal daripada kumpulan cacing dalam filum Annelida. Ciri-ciri filum Arthropoda ialah: 1. Bersimetri dwisisi dan mempunyai tiga lapisan germa. Ia mempunyai segmen yang bersambung (apendej bersambung); mempunyai kepala, toraks serta abdomen yang jelas atau bersatu. 2. Mempunyai kutikel keras yang terbina daripada polisakarida bernitrogen dan protein yang disebut kitin. Kutikel ini merupakan rangka luar (eksoskeleton) haiwan invertebrata. Pada sudut yang tertentu rangka ini tipis dan lembut, oleh itu pergerakan boleh dilakukan. Rangka luar pada masa-masa yang tertentu dibuang (menyalin kulit) dan yang baru akan tumbuh menggantikan yang lama. Dengan cara ini, artropod akan membesar daripada satu peringkat (instar) kepada peringkat yang lain. 3. Rongga badan adalah hemosol. Tiada selom. Jantung terdapat di bahagian dorsal. 4. Perkumuhan dilakukan dengan adanya struktur tubul (tubul Malphigi) yang mempunyai bukaan ke salur pencernaan. 5. Bernafas dengan insang, trakea, paru-paru buku atau permukaan badan. 6. Sistem saraf amat maju; mempunyai otak (dorsal) dan saraf tunjang (ventral); mempunyai organ deria seperti antena, mata ringkas atau majmuk, organ pendengaran (serangga) dan statosis (Krustasea). 7. Seks terpisah dan persenyawaan berlaku di dalam; telur mempunyai yolka yang banyak; bermetamorfosis ke bentuk dewasa. 8. Pada keseluruhannya tidak ada gerak balas keimunan.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 10

Jadual 14.1. Komposisi dan peratusan haiwan yang terdapat di dunia. Animalia Arthropoda (78%) Lain-lain (22%) Insecta (76%) Lain-lain (2%) Mollusca (8%) Chordata (6%) Annelida (1.2%) Aschelminthes (1.2%) Platyhelminthes (0.9%) Echinodermata (0.5%) Porifera (0.4%) Invertebrata lain (3.8%)

Filum Arthropoda mempunyai dua subfilum iaitu Mandibulata dan Chelicerata.

Subfilum Mandibulata
Arthropoda dalam subfilum ini mempunyai ciri-ciri berikut iaitu: 1. Mempunyai mandibel. 2. Terdapat di darat, marin dan air tawar. 3. Badan mempunyai dua bahagian sahaja iaitu sefalotoraks dan abdomen atau tiga bahagian iaitu kepala, toraks dan abdomen. 4. Mempunyai sepasang atau dua pasang antena. 5. Bernafas melalui insang atau trakea. 6. Perkumuhan melalui tubul Malphigi. 7. Seks dalam individu berlainan. Terdapat empat kelas iaitu Chilopoda, Diplopoda, Crustacea dan Insecta (Rajah 14.4).

Rajah 14.4. Empat kelas dalam subfilum Mandibulata, Chilopoda (A), Diplopoda (B), Crustacea (C) dan Insecta (D).

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 11

Subfilum Chelicerata
Kumpulan ini terdiri daripada artropod yang mempunyai ciri berikut: 1. Tiada antena. 2. Mempunyai enam pasang apendej. Pasangan pertama -----------------------------------kelisera Pasangan kedua --------------------------------------pedipalpa dan empat pasang kaki 3. Badan terbahagi kepada dua bahagian iaitu prosoma (sefalotoraks) dan opistosoma (abdomen). 4. Bernafas melalui insang, paru-paru buku atau trakea. Ada dua kelas penting iaitu kelas Pentastomida dan kelas Arachnida (Rajah 14.5). Jadual 14.2 menunjukkan ciri-ciri umum bagi kumpulan terpenting.

Rajah 14.5. Haiwan-haiwan dari kelas Pentastomida (A) dan Arachnida (B).

Kelas Arachnida
Kelas ini mempunyai kira-kira 10 order dan yang penting ialah Araneida (labah-labah), Scorpionida (kala) dan Acarina (hama dan caplak). Haiwan dalam kumpulan ini merupakan artropoda yang boleh dijumpai di merata-rata tempat dan memainkan peranan yang penting dalam kawalan semula jadi kerana kebanyakan ahlinya bersifat karnivor. Beberapa spesies araknida terlibat dalam penyebaran beberapa penyakit penting pada manusia dan haiwan ternakan. Kala dan labah-labah pula boleh mengganggu manusia dengan gigitannya yang berbisa. Arachnida boleh dikenali dengan sifat-sifat berikut iaitu kepala dan toraks bersatu menjadi sefalotoraks. Tiada antena. Apendej yang pertama disebut kelisera. Apendej kedua dinamakan pedipalpa (organ deria) dan mempunyai fungsi yang sama seperti antena pada serangga. Mempunyai empat pasang kaki (peringkat dewasa). Bernafas melalui trakea atau insang.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 12

Jadual 14.2 Ciri-ciri umum bagi kumpulan terpenting Filum Arthropoda Kelas Crustacea Ciri-ciri Sefalotoraks dan Pembahagian abdomen tubuh Antena Mulut
2 pasang Mandibel, maksila, maksiliped (2 pasang) Sepasang setiap segmen Insang atau permukaan tubuh 2, di bahagian belakang dari toraks Ada peringkat larva

Insecta
Kepala, toraks dan abdomen 1 pasang Mandibel, maksila, labium (1 pasang) 3 pasang toraks Trakea 1, di hujung abdomen Ada peringkat larva Hemimetabolous Holometabolous Kebanyakan daratan Nyamuk

Arachnida
Sefalotoraks dan abdomen Tiada Kelisera, pedipalpa

Chilopoda
Kepala, toraks dan abdomen 1 pasang Mandibel, maksila (2 pasang)

Diplopoda
Kepala, toraks (pendek) dan abdomen (panjang) 1 pasang Mandibel, maksila (1 pasang)

Kaki Organ respirasi Bukaan seks

4 pasang di sefalotoraks Paru-paru buku atau trakea 1, di segmen kedua dari abdomen Langsung (tiada peringkat larva) kecuali caplak dan hama Kebanyakan daratan Kala

1 pasang setiap segmen Trakea 1, di hujung abdomen Langsung

2 pasang setiap segmen Trakea 1, di segmen ketiga dekat kepala Langsung

Perkembangan

Habitat Contoh

Air masin, air tawar, daratan Udang galah

Kesemuanya daratan Lipan

Kesemuanya daratan Miliped

Jadual 14.3. Perbezaan antara caplak dan hama. Hama (mites) Badan mempunyai bulu-bulu panjang Hipostom terselindung dan tidak berduri Kecil, kebanyakannya mikroskopik Tekstur badan macam membran Pedipalpa tanpa segmen Kelisera kecil macam pencukur atau jarum Caplak (tick) Selalunya tidak berbulu dan kalau berbulu ia pendek Hipostom terdedah dan berduri Besar, makroskopik Tekstur badan macam kulit Pedipalpa bersegmen Kelisera besar berkitin dan mempunyai gigi

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 13

Seterusnya dipaparkan kekunci ringkas kelas Arthropod perubatan. KEKUNCI RINGKAS ENAM KELAS ARTHROPOD PERUBATAN 1. Badan macam cacing ..............................................................................2 Badan terbahagi kepada bahagian-bahagian tertentu ...........................3 2. Tanpa kaki bagi peringkat dewasa, dua pasang cangkuk ventral dekat mulut, badan mempunyai garis-garis bulat tetapi tanpa segmen; dua pasang kaki di peringkat larva; endoparasit .............................................................................................PENTASTOMIDA Mempunyai beberapa pasang kaki .........................................................4 3. Kaki, lima pasang atau lebih; dua pasang antena, akuatik atau semiakuatik .................................................................................CRUSTACEA Tiga atau empat pasang kaki ..................................................................5 4. Satu pasang kaki per segmen .............................................................CHILOPODA Dua pasang kaki per segmen ..............................................................DIPLOPODA 5. Dewasa mempunyai tiga pasang kaki; badan terbahagi kepada kepala, toraks dan abdomen; bersayap atau tidak; sepasang antena ................................................................................INSECTA 6. Dewasa mempunyai empat pasang kaki; badan mempunyai sefalotoraks (kepala dan toraks bercantum) dan abdomen; tanpa sayap dan tanpa antena ............................................................ARACHNIDA

Kelas Pentastomida (Linguatulida)


Pentastomid merupakan parasit salur pernafasan haiwan vertebrata terutama sekali kelas Reptilia. Badan Pentastomid berbentuk macam cacing dan mempunyai cangkuk untuk melekat kepada epitelium paru-paru. Sesetengah haiwan dalam filum ini mempunyai sepasang apendej di bahagian anterior sementara mulutnya terletak di bahagian kelima. Oleh sebab itu ia diberi nama Pentastomida. Telur haiwan ini diedarkan keluar bersama-sama sputum dan akan tertelan oleh haiwan mamalia kecil yang merupakan perumah perantara haiwan ini. Pentastomida dahulunya diletakkan sebagai satu daripada kumpulan cacing tetapi oleh sebab morfologi dewasa dan larvanya mirip kepada Arthropoda maka ia sekarang diletakkan dalam subfilum Chelicerata. Kelas ini mempunyai ciri-ciri berikut iaitu: 1. Tidak mempunyai kepala yang jelas; badan macam cacing tetapi tanpa segmen walaupun ia banyak mempunyai anulus. 2. Tanpa sistem peredaran darah, pernafasan dan perkumuhan. 3. Salur pencernaan lurus dan mulut mempunyai dua cangkuk.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 14

4. Seks dalam individu berlainan. 5. Larva mempunyai dua pasang kaki macam hama.

Kelas Crustacea
Kelas ini merupakan kumpulan ketam, udang dan lain-lain yang mempunyai berbagai-bagai bentuk badan; kecil dan besar. Kumpulan tersebut memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi dan kesihatan manusia. Kebanyakan Crustacea seperti Daphnia, Cyclops dan Cypris merupakan zooplankton dan memainkan peranan yang amat penting dalam rantai makanan ikan. Ketam dan udang pula menjadi makanan yang lazat bagi manusia. Sesetengah Copepoda menjadi perumah perantara cacing Dracunculus dan cacing pita ikan Diphyllobothrium latum. Crustacea mempunyai ciri-ciri berikut iaitu pelan tubuhnya bersimetri bilateral dan pengsegmenan metamer. Badannya dibahagikan kepada sefalotoraks dan abdomen. Ia mempunyai dua pasang antena dan mempunyai karapes. Seksnya dalam individu berlainan.

Kelas Diplopoda
Kelas ini juga dikenali dengan nama miliped dan mengandungi kira-kira 8,000 spesies. Kebanyakan spesies miliped mempunyai kelenjar yang boleh merembeskan bahan-bahan kimia yang bahaya seperti sianida, kuinon dan iodin. Miliped adalah haiwan karnivor dan memakan serangga lain, tumbuhan dan bahan-bahan yang reput. Oleh itu, miliped merupakan artropoda yang memberi manfaat kepada manusia. Miliped boleh dikenali dengan adanya ciri-ciri berikut iaitu tubuh terbahagi kepada kepala dan badan. Saiz badannya kira-kira 20cm panjang. Setiap segmen mempunyai dua pasang kaki. Kepala mempunyai sepasang antena, mandibel, maksila dan dua kumpulan oselus. Jantina berbeza, ada jantan dan betina. Diplopoda selalunya oviparus.

Kelas Chilopoda
Kelas ini juga disebut dengan nama sentiped dan mengandungi kira-kira 3,000 spesies. Sentiped merupakan artropoda karnivor dan memakan haiwan-haiwan kecil seperti serangga, labah-labah, cacing dan kadangkala cicak dan ular-ular kecil. Kelas ini dikenali dengan ciri-ciri berikut iaitu berbadan panjang dan dibahagikan kepada kepala dan badan. Sentiped selalunya 2-30 cm panjang. Kepala mempunyai sepasang antena dan tiga pasang alat mulut iaitu mandibel dan dua pasang maksila. Setiap segmen mempunyai sepasang kaki. Jantina berbeza, ada jantan dan betina. Chilopoda bersifat oviparus. Chilopoda (lipan) mempunyai taburan yang kosmopolitan. Ia mempunyai seks yang berbeza. Betina selalunya oviparus atau viviparus. Chilopoda yang baru lahir mempunyai bilangan segmen yang sama dan bentuk yang sama dengan dewasa. Ia selalu menghuni di tempattempat gelap, di bawah kayu reput, batu-batan dan sampah-sarap. Lipan selalu mencari makan

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 15

pada waktu malam. Mangsanya dibunuh melalui racun yang terdapat di kuku kaki pertamanya. Lipan penting kerana beberapa spesies boleh menggigit dan mempunyai racun yang bisa. Kebanyakan sentiped tidak mengganggu manusia. Sentiped hanya menggigit kalau diganggu. Bisa gigitan lipan bergantung pada banyaknya bisa yang dapat disuntikkan ke dalam tubuh mangsa dan ini pula bergantung pada saiz lipan tersebut. Gigitan lipan yang kecil selalunya tidak memberi apa-apa kesan, manakala spesies yang besar boleh membahayakan kita.

Kelas Insecta (Hexapoda)


Kelas ini merupakan kumpulan Artropoda yang terbesar dan mempunyai berbagai-bagai jenis dan reka bentuk badan. Sifat-sifat Insecta merangkumi bernafas dengan trakea, badan dibahagikan kepada tiga bahagian yang nyata iaitu kepala, toraks dan abdomen. Kepala mempunyai mata majmuk dan empat pasang apendej iaitu antena, mandibel, maksila dan labium. Toraks mempunyai tiga segmen dan setiap segmen mempunyai sepasang kaki. Selalunya segmen kedua (mesotoraks) dan segmen ketiga (metatoraks) mempunyai sepasang sayap. Abdomen selalunya mempunyai sebelas segmen dan tidak mempunyai kaki. Apendej seks selalu terdapat di segmen sembilan (pada jantan) sementara segmen akhir selalunya mempunyai serkus iaitu organ seks. Pada serangga betina pula segmen lapan selalunya diubahsuai untuk bertelur. Seks terpisah, persenyawaan dalam ovum dengan banyak yolka dan cangkerang pelindung. Perkembangan dengan melakukan beberapa salin kulit (ekdisis) atau mengalami peringkat nimfa untuk metamorfosis tidak sempurna atau mengalami peringkat larva dan pupa bagi metamorfosis sempurna. Partenogenesis terdapat pada beberapa spesies. Perkembangan telur setelah disenyawakan adalah seperti berikut: Oviparus = mengeluarkan telur dan menetas di luar tubuh. Ovoviviparus = mengeluarkan telur, dieramkan dan menetas dalam tubuh induk. Viviparus = beranak (tidak bertelur). Kelas Insecta dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar iaitu Apterygota yang tidak mempunyai sayap yang terbahagi kepada empat order dan Pterygota yang mempunyai sayap atau keturunan bersayap yang terbahagi kepada 23 order. Pterygota dibahagikan kepada dua kumpulan berikut iaitu Exopterygota iaitu sayap berkembang di luar, metamorfosis tidak sempurna; telur nimfa dewasa. Satu kumpulan lagi ialah Endoptrygota iaitu sayap berkembang di dalam, metamorfosis sempurna, telur larva pupa dewasa. Kumpulan Endopterygota mempunyai perkembangan peringkat pupa kerana berlakunya metamorfosis sempurna. Serangga-serangga yang mempunyai kitar hidup metamorfosis lengkap berpeluang menjalani perkembangan morfologi yang ketara di antara peringkat remaja

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 16

(juvenil) dan dewasa. Fungsi utama peringkat remaja ialah pertumbuhan dan perkembangan sementara peringkat dewasa pula berfungsi untuk pembiakan dan penyebaran. Keperluan makan juga berbeza bagi peringkat larva dan peringkat dewasa. Justeru itu keduadua peringkat ini mempunyai ekologi yang berlainan. Pemisahan ini bermakna yang seranggaserangga daripada kumpulan ini berupaya mengeksploitasi semaksimumnya ceruk (niche) ekologi kediamannya sebagai larva dan sebagai dewasa. Perkara ini memberi sumbangan yang besar terhadap kejayaan serangga di dunia. Apterygota terbahagi kepada empat order iaitu Collembola (serangga fosil), Protura, Diplura dan Thysanura (gegat). Subkelas Pterygota mempunyai 23 order dan kebanyakan order mempunyai ptera yang bermakna sayap. Contohnya Diptera adalah dua sayap; Coleoptera, colea bermakna perisai dan Lepidoptera, lepide bermakna sisik. Berikut disenaraikan 22 order Pterygota berserta makna serta contohnya. 1. Order Orthoptera (Ortho = arus; ptera = sayap). Merangkumi enam famili iaitu belalang, katitid, cengkerik, lipas, mentadak dan belalang Mekah (stick insects). 2. Order Odonata (pepatung). 3. Order Ephemeroptera (mayfly). 4. Order Psocoptera (posids dan kutu buku). 5. Order Plecoptera (lalat batu). 6. Order Embioptera (webspinners). 7. Order Thysanoptera (teritip). 8. Order Strepsiptera (Stylopid). 9. Order Mecoptera (lalat kala). 10. Order Trichoptera (lalat kadis). 11. Order Neuroptera (neuro = sayap). 12. Order Mallophage (makan bulu). 13. Order Anoplura (kutu). 14. Order Homoptera (riang-riang, belalang). 15. Order Hemiptera (Greek: Hemi = separuh). 16. Order Dermaptera (lelawi). 17. Order Coleoptera (Coleos = perisai) contohnya kumbang. 18. Order Lepidoptera (kupu-kupu dan rama-rama). 19. Order Diptera (dua sayap), contohnya lalat. 20. Order Isoptera (sayap sama), contohnya lebah, semut dan anai-anai. 21. Order Hymenoptera (Hymen = membran); contohnya lalat gergaji, tebuan dan lebah madu. 22. Order Siphonoptera (Siphon = tiub; Aptera = tanpa sayap), contohnya pinjal.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 17

Tahukah anda ciri-ciri kupu-kupu dan rama-rama? Dapat anda bezakan keduanya? Biasanya kupu lebih cantik dan lebih berwarna-warni daripada rama-rama. Jadual 14.4 membezakan ciriciri kupu-kupu dan rama-rama. Jadual 14.4. Perbezaan antara kupu-kupu dan rama-rama. Kupu-kupu Antena Berlobus Badan Kurus Aktif Siang Sayap masa Terlipat ke atas

Rama-rama Filiform; plumos Gemuk Nokturnal (malam) Mendatar atas belakangnya

Pernah anda melihat anai-anai? Adakah ia sama seperti semut? Jadual 14.5 menunjukkan perbezaan antara semut dan anai-anai. Jadual 14.5. Perbezaan antara semut dan anai-anai. Anai-anai Sayap lebar, empat dan sama saiznya Sayap banyak mempunyai urat-urat kecil. Antena moniliform macam butang Order Isoptera Semut Kecil, sayap hadapan lebih besar daripada sayap belakang Urat sayap kurang jelas. Antena genikulat; macam siku Order Hymenoptera

Cuba anda uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut: Dapatkah anda sebutkan ciri-ciri haiwan Arthropoda? Bezakan haiwan dalam kelas Chilopoda dan kelas Insecta? Bolehkah anda nyatakan kepentingan ekonomi filum Arthropoda?

Bina peta minda yang mengandungi filum, subfilum dan kelas bagi filum Arthropoda. Pilih satu jenis serangga dan cuba anda kenal pasti ordernya. Tuliskan ciri-ciri yang terdapat padanya yang menyebabkan anda mengkategorikannya sebagai order tersebut. _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 18

Baiklah, di dalam Unit Pelajaran 14 ini anda telah didedahkan kepada tiga lagi filum invertebrata. Anda telah didedahkan kepada filum Mollusca, filum Echinodermata dan akhir sekali filum Arthropoda. Apakah ciri-ciri sepunya yang dipunyai oleh haiwan invertebrata? Bagaimana ciri-ciri yang ada pada haiwan berbeza dalam setiap filum? Kesemuanya telah dibincangkan dalam unit pelajaran 12, 13 dan 14. Selamat mengulangkaji!

RINGKASAN
1. Mollusca mengandungi pelbagai jenis invertebrata laut tropika dan darat termasuk siput, kerang, kepah, tiram, sotong dan lain-lain. 2. Ia mempunyai cangkerang yang boleh melindungi badan haiwan ini daripada berbagaibagai bahaya dan rintangan alam luar. Ia juga mempunyai kepala berhampiran dengan kaki dan mempunyai insang. 3. Kumpulan moluska juga mempunyai simetri dwisisi dan membahagikan badannya kepada bahagian kanan dan kiri yang lebih kurang sama tetapi tidak mempunyai segmen. 4. Tubuh terbungkus dalam mantel yang nipis yang merembeskan cangkerang; kaki adalah ventral, diubahsuai untuk berjalan, menggali dan berenang. Mollusca mempunyai sistem peredaran terbuka. 5. Echinodermata terdiri daripada haiwan invertebrata seperti tapak Sulaiman (bintang laut), landak laut, bintang bulu pelepah dan timun laut yang kesemuanya bersimetri radial, pentamer dan mempunyai badan yang berduri. 6. Ia juga tidak berkepala mahupun berotak. Ia hanya boleh bergerak dengan perlahan dan boleh dikatakan kesemuanya marin. 7. Filum ini mempunyai kaki tiub yang digunakan untuk pergerakan. 8. Ia juga mempunyai sistem ambulakrum dan mempunyai sistem vaskular air. Ini merupakan sistem tiub yang mengandungi air. Dengan adanya injap, air boleh dialirkan ke tempat-tempat yang tertentu; juga berguna untuk pergerakan. 9. Filum Arthropoda merupakan filum yang terbesar di dunia. Lebih daripada satu juta spesies telah dikenal pasti dan setiap tahun jumlah ini meningkat apabila spesies baru ditemui. Lebih kurang 80% daripada haiwan-haiwan yang terdapat di dunia adalah daripada filum ini. 9. Badan haiwan ini bersimetri dwisisi dan mempunyai tiga lapisan germa. Ia mempunyai apendej bersambung; mempunyai kepala, toraks serta abdomen yang jelas atau bersatu. 10. Mempunyai kutikel keras yang merupakan rangka luar (eksoskeleton) haiwan invertebrata. Rangka luar pada masa-masa yang tertentu menyalin kulit. 11. Rongga badan adalah hemosol. Tiada selom. Jantung terdapat di bahagian dorsal. 12. Perkumuhan dilakukan dengan adanya struktur tubul (tubul Malphigi) yang mempunyai bukaan ke salur pencernaan.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 19

13. Bernafas dengan insang, trakea, paru-paru buku atau permukaan badan. 14. Sistem saraf amat maju dan mengalami metamorfosis. 15. Contoh haiwan ialah labah-labah, ketam, udang, serangga, lipan dan lain-lain lagi.

PETA KONSEP DAN JAWAPAN A


Mollusca Monoplacophora (Neoplina) Bivalvia (Clams) Gastropoda (Helix) Amphineura (Chiton)

Scaphopoda (Dentalium)

Cephalopoda (Loligo)

Crinoidea

Articulata (Antedon)

Phanerozonia (Asteropectenc) Asteroidea Spinulosa (Solaster)

Forcipulata (Asterias) Eyryalae (Gorgonocephalus) Echinodermata Ophiuroidea Ophiurae (Ophiothrix) Stirodonta (Arbacia) Camarodonta (Echinus) Clypeastroida (Clypeaster) Echinoidea Dactylochirotida (Sphaerothuria) Aspidochirotida (Holothuria) Dendrocchirotida (Thyone) Holothuroidea Elasipodida (Peniagone) Molpadiida (Caudina) Apodida (Synapta) Spatangoida (Echinocardium)

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 20
Crustacea

C
Mandibulata Chilopoda Diplopoda

Insecta

Arthropoda
Arachnida Chelicerata

Pentastomida

KATA KUNCI
1. Mollusca 2. cangkerang 3. triploblastik 4. trokofor 5. veliger 6. simetri dwisisi 7. radula 8. rongga mantel 9. sistem peredaran terbuka 10. nefridium 11. hermafrodit 12. kaki 13. visera 14. Echinodermata 15. simetri radial 16. pentamer 17. selom 18. kaki tiub 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. ambulakrum sistem vaskular air Arthropoda apendej bersambung kutikel eksoskeleton salin kulit hemosol metamorfosis antena tubul Malphigi sefalotoraks kelisera cangkuk karapes miliped sentiped oviparus

PENILAIAN KENDIRI
1. Terangkan secara umum ciri-ciri haiwan dalam filum Mollusca. Seterusnya terangkan secara spesifik setiap kelasnya. 2. Senaraikan haiwan-haiwan dalam filum Echinodermata. Apakah ciri sepunya haiwanhaiwan ini?

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 21

3. Berikan ciri yang terdapat pada filum Arthropoda menyebabkan ia berjaya hidup di darat. Dapat anda senaraikan kepelbagaian haiwan dalam filum ini?

RUJUKAN
Arbain Kadri (1990). Invertebrata: Panduan Berilustrasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Audesirk, T., & Audersirk, G. (2010). Biology Life on Earth: Prentice Hall. Alters, S., & Alters, B. (2006). Biology Understanding Life. USA: John Wiley and Sons, Inc. Johnson, G.B (2009). The Living World. New York: McGraw Hill Higher Education. Starr, C., Evers, A., and Starr, L. (2007). Basic concepts in biology (6th Ed.) Singapore: Thompson/Brooks/Cole Sumber foto: http://www.telegraph.co.uk/gardening/gardeningpicturegalleries/9432354/Macro-photographsof-snails-and-insects-in-the-rain-by-Vadim-Trunov.html http://lancerey.deviantart.com/art/Garden-Variety-Gastropoda-118229146 http://debby-spenyossi.blogspot.com/2011/11/kingdom-animalia.html http://www.manandmollusc.net/advanced_introduction/moll101monoplacophora.html http://biodidac.bio.uottawa.ca/thumbnails/filedet.htm?File_name=SCAP005P&File_type=jpg http://www.evrimteorisi.info/fosiller/bivalve2 http://phylogame.org/classification/cephalopoda/ http://seanet.stanford.edu/Asteroidea/index.html http://courses.washington.edu/mareco07/students/leia/leiaweb/homesite/echinoidea.html http://siera104.com/bio/echin.html http://www.flmnh.ufl.edu/reefs/guamimg/echinodermata/holothuria/index.html http://www.agefotostock.com/en/Stock-Images/Rights-Managed/H44-10900901 http://kdhellner.tripod.com/id19.html http://tolweb.org/Spirobolida/ http://www.discoverlife.org/20/q?search=Crustacea http://www.123rf.com/photo_14013694_it-belongs-to-papilionidae-lepidoptera-insecta-we-foundit-in-guangzhou-guangzhou-higher-education-m.html http://en.wikipedia.org/wiki/Pentastomida http://s1041.beta.photobucket.com/user/Seyerbero/media/Arachnida/Lycosidae.jpg.html?fromLe gacy=true

Anda mungkin juga menyukai