Anda di halaman 1dari 4

Tanggunggan doktrin mengekemukakan diri :

S 16 - Setiap orang melalui perkataan kemukakan diri/ benarkan diri sebagai seorang pekongsi adalah bertanggungan.

Doktrin Estopel ( Prinsip Persekatan ) - Seseorang yang membenarkan kemukakan diri sebagai pekongsi, dihalang dari menafikannya.

Keadaan di mana tanggungan terpakai Seseorang membenarkan/ mengetahui namanya digunakan, dengan sendirinya mengemukakan diri sebagai pekongsi.

Kes : TOWER CABINET vs INGRAM Huraian : Sebuah firma telah memusnahkan nota-nota lama firma yang mana masih tertera nama seorang pekongi yang telah bersara. Nota-nota lama tersebut dengan secara tidak sengaja telah digunakan untuk berurusan dengan pihak ketiga. Keputusan : Pekongsi yang telah bersara tidak bertanggungan walaupun dia telah gagal memansuhkan namanya semasa berurusan dengan pihak ketiga. Kegagalan tersebut tidak bermaksud beliau membenarkan dirinya dikemukakan sebagai pekongsi.

Kenyataan yang dikemukakan, walau dari orang lain kepada orang lain, dengan sendiri bertanggungan sebagai pekongsi

Contoh : A beritahu B dia pekongsi XYZ. B beritahu C. Maka, A, dianggap kemuka diri pada C sebagai XYZ

Kenyataan/ kelakuan kemuka diri mestilah yang dapat mempengaruhi pihak ketiga memberi hutang kepada firma.

-Apabila si pemberi hutang memberi hutang disebabkan keyakinan dan terpengaruh dengan kenyataan yang dibuat, maka barulah seseorang itu bertanggungan atas kenyataan yang dibuat olehnya dan seterusnya bertanggungan atas hutang firma.

Tanggungan bagi pekongsi yang keluar dan masuk : - Bertanggungan semasa sebagai pekongsi, tidak selepas bersara .

3 prinsip - S 19

S 19 (1) - Pekongsi baru masuk tidak bertanggungan atas hutang firma sebelum menjadi pekongsi S 19 (2) - Sekiranya bersara, tidak akan terhenti bagi hutang-hutang sebelum bersara S 19 (3) - Pekongsi yang bersara boleh dilepaskan dari tanggungan jika ada perjanjian bahawa pekongsi baru akan menanggung hutangnya.

" Prinsip Novasi " - Bila pemiutang bersetuju dengan semua pihak yang berkenaan termasuk pekongsi baru bahawa dia akan menganggap pekongsi baru sebagai ganti kepada si berhutang lama.

Kes : COURT vs BERLIN Huraian : Plaintif, seorang peguam cara telah diambil bekerja oelh sebuah firma perkongsian. Firma tersebut menjalankan perniagaan menuntut hutang yang telah habis tempohnya bagi sebuah pihak firma. Perniagaan itu dijalankan di bawah nama " I Berlin", perkongsian terdiri dari Berlin yang merupakan pekongsi urusan, dan dua lagi sleeping partner. Semasa tuntutan untuk mendapatkan semula hutang masih di dalam prosiding, dua orang pekongsi yang merupakan sleeping partner telah bersara dari perkongsian. Plaintif meneruskan prosiding dan kemudiannya menyaman Berlin dan dua orang rakan kongsinya tadi untuk kosnya. Pekongsi yang telah bersara menolak tuntutan kos yang terlibat selepas persaraan mereka. Keputusan : Kedua-dua rakan kongsi itu turut bertanggungan terhadap kos yang terlibat selepas persaraan mereka. Ini adalah kerana pengambilan peguam cara untuk firma adalah satu kontrak yang berpanjangan sehingga segala prosiding itu berakhir.

S 38

S 38 (1) - Pihak ketiga berhak menganggap ahli lama sebagai ahli zahir sehingga mendapat notis tentang perubahan.

S 38 (2) - Sesuatu iklan dalam warta ( persekutuan/ Malaysia Barat ) menjadi notis kepada pihak-pihak yang tidak membuat urusan dengan firma sebelum tarikh pembubaran/ perubahan.

S 38 (3) - Seorang pekongsi tak bertanggungan selepas tarikh kematian/ kebankrapan/ persaraan mengikut :

a) iklan menjadi notis sebelum tarikh pembubaran b) pekongsi mati/ bankrap tak bertanggungan selepas mati/ bankrap/ bersara.

Anda mungkin juga menyukai