Anda di halaman 1dari 6

JENAMA KOPI 434 merupakan satu jenama kopi yang

sangat popular di Selatan Tanah Air khususnya di Muar,


Johor. Ini kerana menurun lamanweb syarikat tersebut,
meminum kopi akan mengikat tali silaturahim. Ia juga
dikatakan mampu menenangkan minda anda serta
meransangkan kreativiti dan daya pemikiran mereka
yang mengambil produk kopi. Secawan kopi yang
berkhiasat bermula daripada keperihatinan
penjagaannya di tapak semaian, penanaman pokok,
mennjaga agronomi tanaman, memetik hasil,
memproses kopi sehinggalah kepada hidangan kopi
disediakan untuk diminum. Kajian penulis yang pernah
bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Muar
selama 5 tahun mendapati, jenama kopi 434 amat
diminati oleh ramai penggemat kopi tempatan dan juga
diluar kawasan lain. Ini semua bermula di Sai Kee ketika
50 tahun yang lampau hasil daripada rasa dedikasi
syarikat yang penuh dengan kecintaan dalam
memproses kopi. Syarikat ini memang pakar dan
amat perihatin dalam pengeluaran, penyimpanan,
pemprosesan, pengadunan dan seterusnya dalam cara
pembungkusan demi merapatkan kepuasan citarasa
pengguna yang semakin menggalakkkan. Starikat ini
sentiasa berusaha menawan hati dan minda peminat
seluruhnya. Kami lakukan dengan penuh kecintaan dan

kami memproses kopi dalam suasana keriangan


keluarga dan hargadiri. Artikel malam Ahad ini saya
menulis dalam "Anim Agro Rechnology" mengenai kopi
jenama Kopi 434 yang dihasilkan asalusulnya di Muar,
Johor untuk rujukkan anda semua.

Membaca pada label didapati produk Kopi 434 telah pun


mendapat sijil kelulusan Status Halal daripada pihak
Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia. Kafe 434 merupakan satu
pusat dimana ia adalah tempat bertemu peminat kopi
untuk menikmati keenakan secawan kopi dan
menenangkan minda. Syarikat ada juga menghidangkan
Kopi-O Malaysia yang beraroma dan Kopi Espresso Itali
yang berkualiti. Cubalah roti bakar kami dengan
serikaya buatan sendiri. Kedudukan kedai yang
beralamat di 121, Jalan Maharani, 84000 Muar, Johor
(Depan Bas Stesen Bentayan) mendapat kunjungan dari
peminat kopi tempatan dan juga dari luar negara
khususnya dari Singapura (Sila lihat foto sebelah).
Setiap hari ada beberapa bas pelancong yang datang
untuk minum kopi dan membeli produk kopi dipremis ini.
Premis ini dibuka setiap hari iaitu dengan masa
perniagaan pada Isnin - Sabtu antara 8:30 AM - 5:30 PM
dan pada Hari Ahad antara 9:00 AM - 4:30 PM. Terdapat
banyak pilihan jenis kopi untuk diminum daripada yang

asli tradisional sehingga kepada produk kopi terbaru.


Walau pun penulis pernah menikmati kopi 434 dirumah,
sehingga kini belum berkesempatan untuk mengunjungi
Kafe 434 ini kerana kesukaran untuk dapatkan tempat
letak kereta.

Kajian penulis mendapati diantara produk popular


syarikat adalah Malaysia Elephant Bean AA banyak
didapati di Johor. Ia berasal dari benua Afrika. Dengan
saiz biji kopi yang besar, kopi berasnya apabila
dikeringkan berbentuk panjang dan mempunyai sais
super daripada biji kopi biasa. Rasanya yang unik,
memikat hati peminat kopi. Ia sudah digemari oleh
rakyat Malaysia sejak tahun 1960 an. Malaysia Elephant
Bean AA berasal daripada keluarga kopi jenis Liberica
yang jarang terjumpa. Oleh itu, nilai ekonominya sangat
tinggi setaraf dengan kopi jenis Arabica dan juga
Robusta. Pada masa ini hasilnya tidak dapat memenuhi
permintaan pasaran tempatan, apalagi bagi
permintaaan dari luar Negara. Malaysia Elephant Bean
AA semakin popular di kalangan orang ramai kerana ia
kini mendapat sambutan yang sungguh baik dari masa
kesemasa dan ini mempengaruhi permintanan dan turut
menyebabkan harganya meningkat. Kini, KOPI 434
telah mengusahakan empat ekar tanah di Muar, Johor
dengan tanaman kopi jenis Malaysia Elephant Bean AA

bagi tujuan penyelidikan untuk syarikat supaya hasil dan


mutunya boleh terus dapat dipertingkatkan.

Saranan syarikat mendapati golongan para petani kopi


di Malaysia pula digalakkan supaya menanam pokok
kopi jenis ini dengan lebih luas lagi. Dengan adanya
teknik-teknik penanaman yang berteknologi canggih dan
cara penjagaan yang betul seperti yang disarankan
olehJabatan Pertanian maka jumlah pengeluaran biji
kopi yang bermutu tinggi akan bertambah dan kawasan
tanaman kopi juga akan turut meningkat. Sebagai satu
dorongan kepada petani kopi dalam usaha
membangunkan sector penanaman kopi tempatan,
KOPI 434 bersedia menawarkan harga yang lebih tinggi
berbanding harga pasaran kepada mereka yang
mencapai mutu kopi piawaian antarabangsa. Sebagai
pengusaha industri kopi Malaysia, Syarikat KOPI 434
akan berusaha bersungguh-sungguh untuk syarikat
memperkenalkan jenama Malaysia Elephant Bean AA
sebagai satu symbol kejayaan industri kopi dan
kebanggaan rakyat Malaysia supaya ianya terkenal ke
serata dunia.

Bagaimanakah teknik dan memproses membancuh kopi


yang betul untuk minuman kopi di rumah?. Semua
orang memang boleh membancuh kopi sendiri tetapi
teknik membancuh kopi sebenarnya banyak rahsia.
Pertama sekali adalah melihat akan faktur 'Kesegaran'
kopi itu sendiri. Memilih jenama kopi yang popular
penting untuk mendapatkan kualiti. Elakkan membeli
dalam kuantiti yang banyak untuk menjamin kesegaran
serbuk kopi. Sebaiknya disyorkan agar kurangkan angin
dalam kopi dan simpan dalam berkas kedap angin
seperti balang kaca bertutup dan sebagainya.
Menentukan kualiti 'Air' sangat penting kerana
komponen 90% dalam secawan kopi ialah air. Periksa
dulu bekalan air setempat anda sama ada air yang
dimasak itu bersih atau tercemar. Adalah penting penulis
sering menapis air untuk mengasingkan klorin supaya
minuman kopi terasa enak. Jangan sekali-kali masak air
yang telah dimasak tetapi gunakan air baru untuk setiap
hidangan kopi kerana ia menjenaskan keenakan aroma
dan kelazatan kopi sebenar. Dalam membuat bancuhan
kopi, 'Sukatan' memainkan peranan penting. Adalah
disyorkan menggunakan 10 gram serbuk kopi untuk
satu cawan ukuran 200 ml (Sila lihat foto sebelah).
Tambahkan air sekiranya minuman kopi ini pekat untuk
mendapat kepekatan yang sesuai dengan citarasa.
Kepekatan ini walau pun pada saya agak subjektif,

kadar bancuhan tepat seperti saranan diatas amat


penting. Kalau terlalu banyak gula atau dicampur susu
maka nikmat kopi sebenar agak berkurangan. Peralatan
membancuh kopi sebenarnya ada banyak jenis
dipasaran diseluruh dunia daripada jenis tradisional
kepada jenis moden yang jenis elektronik. Pastikan
anda bersihkan semua peralatan dengan pencuci dalam
penyediaan setiap hidangan kopi. Terlebih dahulu kain
penapis hendaklah dibilas dengan air panas mendidih
sebelum digunakan. Hidangkan minuman kopi semasa
panas untuk menikmati aroma kopi sebenar dan kalau
sudah sejuk rasanya agak 'kureng sedikit'. Selamat
membancuh kopi dan minum sepuasnya. Wasallam!.

Anda mungkin juga menyukai