Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.

t dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada rakan-rakan yang


disayangi. Pada hari ini kami bertiga nak mempromosikan sebuah buku yang bagi kami amat
menarik dan dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Rakan-rakan jangan risau, kami
bukan nak mempromosikan buku-buku akademik, tetapi kami ingin mempromosikan sebuah
buku yang kawan-kawan dapat baca untuk mengisi masa lapang. Saya yakin kalau kawan-
kawan beli buku ni, mesti takkan rugi. Kawan-kawan nak tau tak buku apa yang kami akan
promosikan? Baiklah, buku yang akan kami promosikan pada hari ini bertajuk Pinocchio.
Mesti kawan-kawan dah pernah baca buku yang bertajuk Pinnochio kan? Tapi, sabar dulu.
Buku yang akan kami promosikan hari ini adalah lain daripada yang lain. Maksudnya, buku
tersebut lebih menarik daripada buku-buku yang telah kawan-kawan baca.

Sebelum tu, kawan-kawan pernah tak dengar lagu Pinocchio? Jom kita dengar lagu
Pinnochio. Menyanyi sekali ya.

VIDEO

Seperti cerita yang kita ketahui, melalui pembacaan buku dahulu dan video nyanyian tadi,
Pinocchio wujud apabila Gapetto, pengukir kayu membuat sebuah boneka. Pari-pari kesian
melihat kehidupan Gapetto yang keseorangan lalu membuat Pinocchio menjadi boneka yang
hidup. Gapetto menghantar Pinocchio ke sekolah supaya dia menjadi budak lelaki sebenar.
Pinocchio mempunyai sifat suka menipu. Kemudian,pari-pari membuat hidung Pinoccho
menjadi panjang akibat daripada suka menipu. Pinocchio insaf dan hidungnya dikembalikan
ke bentuk asal. Akhirnya, Pinocchio menjadi budak lelaki yang sebenar.

Tetapi, berdasarkan buku yang ingin kami promosikan ini, buku ini mempunyai jalan cerita
yang lebih menarik berbanding buku cerita Pinocchio yang telah kita baca.

Pertama sekali, saya akan terangkan maklumat buku ini. Tajuk buku ini ialah Pengembaraan
Pinocchio. Buku ini telah diterjemahkan oleh Maisara Ainulsofia Abdul Rashid. Buku ii telah
diterbitkan pada tahun 2014 oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia di Kuala Lumpur.

Sinopsis ringkas

Geppeto, merupakan seorang pengukir kayu yang miskin dan tinggal bersendirian. Setelah
dia selesai menghasilkan boneka tersebut, tiba-tiba boneka tersebut bergerak-gerak dan
menari-nari. Setelah itu, Gepetto membuat keputusan untuk menghantar Pinocchio ke
sekolah dan berkawan dengan budak lelaki sebenar. Keesokannya, Pinocchio pergi sekolah
dan singgah di teater boneka bertali. Di situ, dia telah mendapat lima keping duit syiling
tembaga. Semasa dalam perjalanan pulang, Pinocchio terjumpa seekor rubah dan seekor
kucing. Mereka menyatakan bahawa Pinocchio boleh menukarkan syiling tembaga tersebut
menjadi sebatang pokok yang boleh mengeluarkan beribu-ribu syiling emas sekiranya di
tanam di Padang Ajaib. Pinocchio percaya lalu mengikut mereka tanpa menyedari dia
sebenarnya ditipu oleh dua penipu yang ingin merompaknya. Mereka cuba membunuh
Pinocchio tetapi dia telah diselamatkan oleh pari-pari. Pari-pari membawa Pinocchio ke
istananya dan bertanya mengapa dia tidak pergi ke sekolah. Pinocchio menjawab bahawa
dia sudah pergi ke sekolah. Tiba-tiba, hidungnya menjadi panjang seperti dahan pokok.
Pinocchio menangis ketakutan. Pari-pari itu menyatakan bahawa sekiranya dia berbohong,
hidungnya akan menjadi panjang tetapi sekiranya dia bercakap benar, hidungnya akan
kembali ke bentuk asal. Kemudian, hidungnya dikembalikan ke bentuk asal dan pari-pari
memberi amaran sekali lagi.

BERHENTI DI SITU. Sebenarnya ada banyak lagi sambungan cerita ni sebab terdapat
banyak lagi watak yang terlibat dalam pengembaraan Pinocchio ini. Berdasarkan synopsis
yang diceritakan, apakah watak tambahan yang ada dalam cerita ini?

Terdapat 9 watak yang terlibat dalam kisah Pengembaraan Pinocchio ini. Antara watak yang
terdapat dalam cerita ini ialah Pinocchio, pari-pari, Gepetto, rubah, kucing, Romeo, Alidoro,
Nelayan dan ikan yu. Terdapat kisah-kisah yang menarik berlaku antara Pinocchio dan
watak-watak tambahan tersebut. Kawan-kawan nak tau tak kesudahan synopsis cerita ini?
Apa yang berlaku antara Pinocchio dan ikan yu? Siapa Romeo? Kawan-kawan nak tau tak?
Kalau nak tau, kenalah beli buku ni, barulah tahu kesudahannya.

Sekarang, saya akan nyatakan nilai dan pengajaran yang dapat kita contohi daripada watak-
watak utama cerita ini. Yang pertama adalah watak Pinocchio. Kalau watak Pinocchi ni, saya
tak suka bila dia berbohong. Ini kerana Gepetto sangat berharap supaya Pinocchio pergi ke
sekolah seperti budak lelaki lain. Tetapi, apa yang saya suka pada Pinocchio ni ialah dia
sangat sayang pada Gepetto. Dia juga sangat suka mengembara.

Seterusnya, watak pari-pari. Pari-pari ni dia suka tolong pinnochio. Pari-pari ni jugak bagus
sebab dia bagi pengajaran kat Pinocchio supaya Pinocchio tak ulang lagi kesalahan yang
sama. Dia juga sangat sayang pada Pinocchio sebabtu dia bagi pengajaran. Sebab dia
taknak Pinocchio jadi jahat.

Akhir sekali ialah Gepetto. Gepetto ni bagus. Sebab dia sedar akan kepentingan pendidikan
walaupun dia hanya seorang tukang kayu. Buktu=inya, dia menghantar Pinocchio ke sekolah
bagi mendapatkan pendidikan. Dia juga amat menyayangi Pinocchio.

Baiklah sekarang boleh saya akan menerangkan tentang kelebihan dan kebaikan buku ini.

Yang pertama, saya dapat memantapkan penggunaan kosa kata saya. Sebabnya dalam
buku ni ada banyak kosa kata. Jadi, saya boleh menambah kosa kata dan melihat
penggunaan ayat yang betul. Jadi, saya boleh gunakan ketika membuat karangan dalam
pepeeriksaan.

Seterusnya, saya suka buku ni sebab dia ada gambar yang berwarna-warni. Jadi, bila baca
buku tu saya tak bosan pon. Rasa seronok sebab sambil baca dapat tengok gambar-gambar
yang cantik dan berwarna-warni.

Selain itu, buku cerita ni jugak menggunakan perkataan-perkataan yang mudah untuk kita
faham. Berdasarkan apa yang saya baca, takde langsung perkataan yang susah dan saya
tak faham. Semuanya mudah difahami. Oleh itu, saya sarankan supaya kawan-kawan pergi
membeli buku ini. Jika tidak, kawan-kawan dah lepaskan peluang.

Kemudian, saya suka sebab buku ni lain daripada yang lain. Buku ni ada menerangkan
tentang kisah yang lebih mendalam. Contohnya, tentang rubah dan kucing yang hendak
merompak Pinocchio. Sebenarnya, di muka surat belakang ada menyatakan dengan lebih
terperinci tentang apa yang berlaku. Oleh itu, kita dapat memahami dengan lebih jelas. Jadi
sangat bagusla dan itu merupakan antara sebab mengapa kawan-kawan perlu beli buku tu.

Saya rasa dah banyak yang kami terangkan tentang buku ni. Lupa nak beritahu, syarikat
penerbitan buku ni, ada buat promosi untuk pelajar kita membeli buku ni sempena kempen
membaca ini. Jadi marilah kita ramai-ramai pergi beli. Tak rugi pun. Dapat potongan harga
lagi. Harga sebenar buku ni RM 15 tapi harini dapat RM 10 je. Jadi apa tunggu lagi. Jomla
beli. Gunakan duit anda ke arah benda yang berguna. Sekian terima ksih

Anda mungkin juga menyukai