Anda di halaman 1dari 11

TITIK PERTEMUAN FALSAFAH DAN KEHIDUPAN PRAKTIS

1. PENGENALAN

Falsafah sering dianggap sebagai satu disiplin ilmu yang sukar difahami dan tidak releven dengan
keperluan hidup seharian. Manakala tokoh-tokoh ahli falsafah pula dipersepsikan sebagai golongan
ahli fikir yang tidak berpijak dibumi yang nyata. Mereka didakwa berfikir tentang perkara yang
abstrak dan hanya mengungkap idea-idea klasik yang diteorikan oleh tokoh-tokoh pemikir ulung
seperti Socrates, Plato, Aristotle, Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ibnu Miskawayh dan lain-lain. Padahal setiap
ilmu pengetahuan, mempunyai kebaikkan dan kegunaannya masing-masing. Begitu juga dengan ilmu
falsafah ini. Walaupun ramai yang menganggap ilmu falsafah itu sebagai suatu ilmu yang tidak
penting, hanya spekulasi, bersifat angan-angan, akan tetapi ia mempunyai kebaikkannya yang
tersendiri.

Dengan mempelajari falsafah, seseorang itu mampu memahami idea-idea dan pemikiran-pemikiran
yang pernah muncul dalam sejarah kemanusiaan dan dunia. Dengan kemampuan untuk memahami
pelbagai pemikiran yang muncul ini, samada individu itu terpengaruh dengan idea tersebut atau
menolak idea pemikiran itu dan membentuk sebuah idea pemikiran yang baru. Pada masa sama,
individu itu dapat memahami apakah dasar dan asas sesebuah idea pemikiran itu dibuat. Dengan
mengetahui dasarnya, ia dapat membuat kesimpulan dan keputusan sama ada idea tersebut mampu
memberi kesan dalam kehidupan atau sebaliknya.

Dalam tugasan kali ini, kita akan cuba mencari titik pertemuan antara falsafah dan kehidupan praktis
manusia supaya dapat membuktikan dan menolak hujah golongan yang menolak peranan dan
kepentingan dalam kehidupan dalam usaha mencapai kebahagiaan yang hakiki. Semoga tugasan ini
menepati kehendak dan kriteria pensyarah.

2. KONSEP FALSAFAH

Pengertian falsafah dapat ditinjau dari dua aspek iaitu dari segi semantik dan praktis.

i. Semantik = istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu


philos (bermakna kecintaan) dan sophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada
makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai
kebijaksanaan atau mencintai ilmu. (Mohamad Sholihin 2008:57)
ii. Praktis = falsafah bererti alam fikiran atau alam berfikir. Falsafah ertinya
berfikir, namun tidak semua semua perkara yang melibatkan berfikir adalah falsafah. Berfalsafah
adalah berfikir secara mendalam dan bersungguh dan falsafah ditinjau dari segi praktis adalah ilmu
yang mempelajari dengan bersungguh-sungguh tentang hakikat kebenaran dalam segala perkara.
(Mohamad Sholihin 2008:57)

2.1 Pengertian Falsafah daripada Perspektif Barat

Mengikut pendapat Socrates pembentukan pengetahuan yang murni amatlah penting untuk
mencapai kebijaksanaan. Tambahan lagi, beliau menyatakan bahawa falsafah berdasarkan dari
usaha melalui penyelidikan sejati untuk mencapai kebajikan. Falsafah Socrates adalah berpusatkan
kepada manusia dan tingkah lakunya. Beliau cuba menyelidiki pengetahuan yang murni dengan cara
mengamati yang konkrit dan menganalisanya hingga timbul sesuatu yang murni.(Fattah Hassan
2007:2)

Plato pula mengatakan bahawa falsafah ialah usaha untuk mencari kearifan melalui proses dialektik
dan usaha untuk mengetahui hal keadaan jiwa manusia. Konsep Plato mengenai falsafah adalah
pelbagai dan ini akan dapat diperhatikan dengan jelas dalam karaya-karyanya. Konsep Plato ini telah
mempengaruhi pemikiran Barat amnya dan ahli-ahli pendidik khususnya semenjak lebih daripada
dua ribu tahun dahulu.( Fattah Hassan 2007:2)

Thomas Aquinas ialah seorang tokoh falsafah yang besar dari abad ke-l3 iaitu abad ilmu
pengetahuan. Mengikut beliau falsafah ialah alat untuk menetapkan kebenaran ketuhanan sekadar
yang dapat dicapai oleh akal manusia. Tegasnya lagi kebenaran teologi (ketuhanan) yang diterima
oleh kepercayaan melalui wahyu tidak dapat ditentang oleh suatu kebenaran falsafah yang dicapai
dengan akal manusia. Ahli falsafah adalah bebas menyelidiki kebenaran ketuhanan asalkan
kesimpulannya tidak bertentangan dengan kebenaran-kebenaran yang tetap dari teologi.( Fattah
Hassan 2007:3)

2.2 Pengertian Falsafah daripada perspektif Islam

Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Jadi apabila
seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah, tidak kira sama ada falsafah
hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada
prinsip dan matlamat Islam. Sebaliknya, seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia
telah lebih dahulu mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi sangat susah ia menerima
falsafah Islam. Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak hal bertentangan dengan
kehendak Islam.(Rahman Abdullah 2002:295)

Mengikut pandangan peribadi, jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah atau
kebenaran" maka falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berasaskan ajaran
Islam. Dan ajaran Islam itu bersumberkan wahyu, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Ahli falsafah Islam
dari setiap zaman, apabila membincangkan tentang falsafah biasanya mereka tidak akan lari
daripada soalan-soalan berikut sebagai asas perbincangan, iaitu: Siapa anda(apa hakikat diri anda)?
Dari mana anda datang? Kenapa anda berada di sini(alam dunia)? Kemana anda akan pergi? Apa
tujuan hidup? Dan apakah hakikat mati?( Rahman Abdullah 2002:295)

3.3 Pandangan Negatif Terhadap Falsafah

Pada kurun kelima hijrah, berlaku pertentangan aliran dalam proses mencari kebenaran. Pada
ketika itulah, muncul al-Ghazali mewarnai persaingan tersebut lantas membuat penghakiman
dengan metodologi tersendiri terhadap pemikiran dan aliran-aliran yang ada.Hasil daripada kritikan
al-Ghazali terhadap falsafah, beliau telah berjaya menjatuhkan nilai ilmiah falsafah dari takhta
keagungan yang selama ini dipandang mulia oleh masyarakat. Beliau juga berjaya mendedahkan
secara terperinci segala kelemahan dan ilmu falsafah, terutama menerusi karyanya,Tahafut al-
Falasifah. Falsafah Islam yang ketika itu dipopulari oleh Ibnu Sina dan al-Farabi dan disanjung oleh
masyarakat menjadi hina dan dijauhi oleh umat Islam. (Mardzelah Mokhsin 2006:105)

Yang lebih menghairankan adalah pandangan yang menganggap aktiviti berfalsafah sebagai
sesuatu yang tidak berguna. Falsafah dianggap berbicara tentang sesuatu dengan terlalu abstrak,
sehingga seperti mengajak orang melayang tanpa menjejakkan kakinya di bumi. Kesan seperti ini
semakin parah kerana ungkapan-ungkapan falsafah dianggap terlalu rumit.

Kita perhatikan dalam keadaan masyarakat kita sekarang, aspek falsafah sangat tidak diberi
perhatian dan tidak begitu terdedah. Walaupun proses pembangunan negara berada pada tahap
yang tinggi dan semakin berkembang secara fizikal. Dalam aspek pengetahuan pula, pelbagai ilmu
sains muncul dalam proses memenuhi tuntutan kehidupan, namun pada masa sama falsafah tidak
pernah mendapatkan kedudukan baik kerana tidak mendapat perhatian luas. Hakikatnya idea
falsafah tidak diselitkan di pelbagai subjek dan media, padahal ia menjadi roh daripada disiplin ilmu
pengetahuan dan kehidupan. (Metro Harian14 Januari 2013)

Ramai manusia tidak menggemari falsafah kerana ia di katakan satu ilmu yang susah dan
merumitkan. Sebenarnya, falsafah itu sudah ada pada diri manusia itu sendiri. Setiap dari manusia
itu mempunyai falsafahnya sendiri. Falsafah yang di maksudkan disini adalah corak serta aktiviti
berfikir. Seseorang manusia akan berfikir apa yang hendak di lakukannya sepanjang seharian dia
bekerja. Ini bertujuan agar segala kerja dan tanggungjawab yang di pikulnya berjalan lancar.

3. TITIK PERTEMUAN FALSAFAH DAN KEHIDUPAN PRAKTIS


Dalam usaha mencari titik pertemuan dan pertembungan falsafah dalam kehidupan sesuatu
masyarakat mungkin banyak aspek dan seginya. Disini kita akan cuba mengaitkan sama ada falsafah
benar-benar berfungsi dalam kehidupan individu dan masyarakat. Oleh itu, saya hanya membawa
tiga isu yang berlakunya pertemuan antara falsafah dan kehidupan praktis manusia, antaranya:

i. Akhlak dan Moral

ii. Falsafah Pendidikan

iii. Agama dan ketuhanan

3.1 Akhlak dan Moral

Bagi Socrates, kebaikan adalah ilmu (virtue is knowledge). Ilmu bermakna pengetahuan
tentang konsep sesuatu dalam bentuknya yang objektif, bebas daripada penilaian individu. Socrates
menyatakan bahawa ramai orang bercakap tentang kebaikan, keburukan, keadilan, kebahagiaan,
kesederhanaan, dan lain-lain tetapi tidak arif tentang makna sebenar perkataan yang tersebut. Oleh
itu, tugas pertama ilmu , tambah Socrates adalah untuk memahami dengan tepat takrif, makna,
definisi perkataan tersebut. Sebab itulah, seseorang tidak akan melakukan kebaikan, melainkan
terlebih dahulu memahami apakah makna sebenar sesuatu kebaikan. (Nasir Omar 2010: 61)

Kesinambungan daripada itu, Socrates menambah bahawa, seseorang yang berilmu tidak akan
melakukan kesalahan. Semua kesalahan yang berlaku berpunca daripada kejahilan atau kepincangan
intelek mereka. Justeru, tidak ada seorang pun, dengan secara sukarela melakukan kesalahan.
Orang yang melakukan kesalahan adalah kerana mereka jahil atau mempercayai bahawa keburukan
itu sebagai kebaikan. Golongan yang melakukan keburukan tetapi mengetahui tentang keburukan
tersebut adalah lebih baik daripada golongan yang melakukan kesalahan tetapi jahil terhadap
kesalahan tersebut. (Nasir Omar 2010: 61)

Berbeza pula dengan konsep dan pemahaman Ibnu Miskawayh berkenaan falsafah akhlak. Bagi
Miskawayh, kata akhlak adalah bentuk jamak (plural) dari kata khuluq. Miskawayh memberikan
pengertian khuluq sebagai berikut: ( A. Mustofa 2004: 34)

Khuluq adalah peri-keadaan jiwa yang mendorongnya untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa
dipikirkan dan diperhitungkan sebelumnya. Dengan kata lain, khuluq adalah peri-keadaan jiwa yang
mendorong timbulnya perbuatan-perbuatan secara spontan. Peri-keadaan jiwa itu dapat merupakan
fitrah sejak kecil dan dapat pula merupakan hasil latihan membiasakan diri.

Apabila disebut falsafah akhlak dalam Islam, ia bukan bermaksud akhlak yang dicipta oleh falsafah
ataupun ahli falsafah Islam itu sendiri. Tetapi apa yang dimaksudkan adalah akhlak yang dicipta oleh
Islam dari segi asas-asas falsafahnya yang diolah dengan pendekatan falsafah. Ini bertujuan
memperlihatkan kedudukan sistem akhlak Islam mengatasi sistem akhlak ciptaan manusia. ( Haron
Din 2007:6)

Menurut Ibnu Miskawayh, beliau telah mengemukakan satu etika tentang contoh hidup yang tinggi
dan murni sebagai hamba Allah. Etika hidup tersebut boleh diringkaskan seperti berikut:

i. Pegangan agama yang mantap

Ibnu Miskawayh berpendapat bahawa matlamat utama setiap agama adalah untuk melahirkan
akhlak mulia. Ini tidak akan terhasil melainkan apabila setiap individu percaya bahawa agama adalah
sesuatu yang perlu untuk jiwa. Menurut beliau individu juga seharusnya mendapat sesuatu ganjaran
di dunia mengikut taraf dan kedudukannya. Dia tidak berhak meminta sesuatu yang bukan haknya,
tidak boleh mengurangkan apa yang telah diberi kepadanya, sentiasa berpandu kepada ajaran
agama serta berakhlak dengan akhlak mulia.(Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar
Antarabangsa)

ii. Usaha dari individu

Menurut Ibnu Miskawayh, akhlak merupakan faktor utama yang menjamin kesejahteraan
masyarakat. Akhlak amat penting dalam diri seseorang bagi memperbaiki dirinya dan masyarakat.
Beliau berpendapat bahawa akhlak yang baik dapat dihasilkan melalui usaha setiap individu di
samping latihan dan didikan tertentu.

Ibnu Miskawayh juga telah meletakkan satu garis panduan dalam menghayati konsep tolong-
menolong iaitu: kalau seseorang itu banyak melakukan pertolongan, dia berhak mendapat banyak
bantuan. Sekiranya dia melakukan sedikit pertolongan, maka sedikitlah bantuan yang akan
diperolehinya.

iii. Mengetahui hakikat jiwa

Setiap individu juga harus tahu hakikat jiwa manusia, apa itu jiwa, dari apakah ia dijadikan dan
kenapa ia dijadikan pada diri manusia. Beliau berpendapat bahawa jiwa bukan satu bentuk jisim
yang boleh dilihat dan bukan satu barang yang bernilai atau satu bahagian daripada perkara
tersebut. Ini kerana kedua-dua perkara tersebut tidak boleh menerima perubahan sedangkan jiwa
menerima perubahan. Jiwa yang ditakrifkan oleh Ibnu Miskawayh ialah satu perkara yang dapat
dirasai berdasarkan ilmu pengetahuan yang berbagai. (Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar
Antarabangsa)

iv. Menjalani hidup bermasyarakat

Beliau juga berpendapat seseorang individu tidak dapat mempraktikkan moral yang baik secara
menyeluruh sekiranya beliau tinggal keseorangan. Ini kerana kehidupan bermasyarakat menuntut
sikap tolong menolong, berlemah lembut dan berkasih sayang sesama manusia.

Ibnu Miskawayh menentang kehidupan bertapa kerana ia tidak membawa kepada kehidupan
berakhlak. Seseorang itu tidak seharusnya memencil diri dari masyarakat kerana kehidupan
bermasyarakat akan memberi banyak manfaat kepadanya dalam mengenali kebaikan dan
keburukan.
Orang yang hidup secara zuhud dan mengenepikan pekerjaan atau usaha, dianggap oleh Ibnu
Miskawayh sebagai mengamalkan perbuatan jahat kerana ia mengenepikan keperluan orang lain
terhadap dirinya. Orang yang mengharapkan pertolongan orang lain sedangkan dia sendiri tidak
menolong orang, adalah orang zalim dan musuh kepada masyarakat. Sekiranya dia merasakan
keperluan hidupnya hanyalah sedikit sahaja, maka dia harus sedar bahawa manusia lain memerlukan
banyak kepentingan daripada dirinya. (Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar Antarabangsa)

v. Bersahabat dengan orang yang baik

Menurut Ibnu Miskawayh, realitinya manusia yang berperibadi baik secara semulajadi, jumlahnya
adalah sedikit, manakala yang kurang baik secara tabie jumlahnya ramai. Di antara kedua golongan
ini ada juga yang bersikap sederhana. Golongan ini akan berubah melalui cara bersahabat dengan
orang-orang baik yang menasihati mereka ke arah kebaikan atau bersahabat dengan orang-orang
jahat yang mengajak mereka melakukan kejahatan. (Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar
Antarabangsa)

Ikatan persahabatan bagi Ibnu Miskawayh adalah satu perkara yang suci dan bermanfaat bagi
manusia. Orang yang baik adalah sahabat bagi dirinya sendiri dan juga untuk orang lain. Dia tidak
akan mempunyai musuh kecuali orang yang jahat. Orang yang bahagia adalah orang yang
mempunyai sahabat dan berusaha agar dirinya bermanfaat bagi sahabatnya. Manusia juga harus
bekerja dengan baik untuk membahagiakan orang lain dan selalu berbuat baik tanpa bersifat
munafik atau bermuka-muka. (Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar Antarabangsa)

Falsafah akhlak yang tinggi mencerminkan seseorang itu mempunyai pegangan dalam hidup
dalam proses mencapai kebahagian hakiki. Kebahagiaan tertinggi itu tidak lain adalah kebijaksanaan
yang menghimpun dua aspek,iaitu aspek teori yang bersumber pada keadaan penggunaan akal yang
membentuk tindak-tanduk seseorang dan aspek praktikal yang merupakan keutamaan jiwa yang
mampu melahirkan perbuatan yang baik. Para Nabi diutus oleh Allah tiada lain hanyalah untuk
menyampaikan ajaran syariat yang memerintahkan untuk memperoleh keutamaan dan menjauhi
keburukan-keburukan.(A. Mustofa 2004: 17)

Orang yang mencapai kebahagiaan tertinggi jiwanya akan tenang, mereka akan selalu berdampingan
dengan malaikat. Jiwanya diterangi oleh rahmat Ilahi dan merasakan nikmat atas kelazatan yang
tertinggi. Baginya tidak menjadi masalah apakah dunia datang kepadanya atau meninggalkannya,
apakah dunia kotor atau bersih. Dalam usaha mencapai kebahagiaan, manusia selalu menemukan
pedoman syariat yang memberikan petunjuk dan meluruskan jalan mencapai kebijaksanaan untuk
mengatur kehidupan sehingga akhir hayatnya. (A. Mustofa 2004: 18)

3.2 Falsafah Pendidikan

Terdapat ramai ahli falsafah yang cuba mendefinisikan falsafah pendidikan, yang mana semuanya
menuju kepada satu pengertian. Antara defines yang dibuat dapat dijelaskan seperti berikut :
i. Menurut G. Terry Page & J.B. Thomas:

Menurut beliau, falsafah pendidikan ialah:

branch of educational studies which elaborates educational objective and value. In the last century
emphasis has changed from a study of educational and philosophical writings to the analytical study
of educational problem, thought and practice

ii. Menurut Educational Encylopedia

Falsafah pendidikan didefinisikan sama dengan falsafah daripada proses pendidikan atau falsafah
daripada disiplin pendidikan. Hal ini bermakna falsafah pendidikan boleh dikatakan sebagai
sebahagian daripada disiplin pendidikan dalam erti kata ia terlibat dengan tujuan, bentuk, kaedah
atau hasil daripada proses mendidik atau falsafah pendidikan. (Fattah Hassan 2007:27)

Daripada aspek sejarahnya, falsafah pendidikan mengambil bentuk yang pertama diatas, tetapi
diakibatkan pengaruh falsafah analisis ia mengambil bentuk kedua di atas. Dalam bentuk pertama,
falsafah pendidikan dikembangkan oleh tokoh-tokoh seperti Aristotle, Augustine, Lock dan
sebagainya. Sebahagian daripada sistem falsafah mereka berdasarkan konsep-konsep etika, politik,
epistemologi dan metafizik zaman masing-masing. (Fattah Hassan 2007:28)

Walau bagaimana, dalam abad ke-20 falsafah pendidikan mula dikembangkan dalam school of
education dalam konteks asas pendidikan. Dengan itu, falsafah pendidikan dihubungkan dengan
bahagian lain daripada disiplin pendidikan seperti sejarah pendidikan, psikologi pendidikan dan
sosiologi pendidikan. Falsafah pendidikan adalah suatu yang praktik, yang berkait dengan soal
pendidikan.(Fattah Hassan 2007:28)

Setiap negara mempuyai falsafah pendidikan yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini
disebabkan faktor seperti falsafah negara, cita-cita pemerintahan, berlainan bentuk pemerintahan
dan corak kebudayaan. Di samping perbezaan itu pula, falsafah pendidikan tidak akan tetap buat
selamanya. Proses perubahannya berjalan terus dari suatu masa ke suatu masa mengikut faktor
yang dinyatakan. Pada masa ini, jelas negara-negara besar mempunyai falsafah dalam dunia masing-
masing berdasarkan falsafah masing-masing. (Fattah Hassan 2007:82)

Di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari sudut sejarah, falsafah
pendidikan negara lahir daripada proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan
negara Malaysia semenjak merdeka lagi. Umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan negara
yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan
negara.

Falsafah pendidikan negara ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan
negara yang agak panjang. Dalam zaman pensejagatan ini, sistem pendidikan kita merangkumi
pendidikan pra-sekolah sehingga ke pendidikan tinggi awam dan swasta. Jadual di bawah
menunjukkan antara cabang-cabang falsafah yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Cabang Ciri-ciri FPK Implikasi


Falsafah

Metafizik Menyeluruh dan bersepadu. Potensi dan kebolehan individu penting untuk
berkembang secara menyeluruh dan bersepadu
Maksudnya: badan ilmu
sejagat yang harus diajar oleh
guru dan dipelajari oleh murid

Epistemologi Usaha yang berterusan. Penyesuian diri mengikut peredaran zaman


dan perkembangan semasa amat penting, misalnya
Maksudnya: ilmu sentiasa teknologi maklumat(ICT), k-ekonomi dan
berubah, sebagainya,
Tiada ilmu mutlak Perubahan ilmu akan menggalakkan
perkembangan pengetahuan dan kemahiran diri,

Penekanan kepada pembelajaran sepanjang


hayat
Aksiologi (i)Kepercayaan dan Peranan hubungan vertikal (iaitu: individu
kepatuahan kepada Tuhan. dengan Tuhan),

Maksudnya:l unsur Peranan hubungan mendatar( iaitu: individu


kewujudan, peranan agama, dengan orang lain, individu dengan alam sekeliling,

(ii)Berakhlak mulia dan Penerimaan Tuhan sebagai Pencipyta yang


betanggungjawab. Maha Esa

Maksudnya: peranan nilai Kepentingan pengajaran agama dan moral,


moral, etika dan sahsiah
Fokus kepada pembinaan insan,

Penekanan kepada perkembangan sahsiah

Logik Berketerampilan. Keperluan prosedur kerja yang sistematik dan


betul
Maksudnya:kepentingan
penaakulan sah dan tidak sah. Pemupukan kompetensi diri

Falsafah pendidikan ialah proses yang mempunyai bipolar process(dua hubungan), iaitu yang
dididik dan pendidik. Pendidik khususnya para guru mempunyai falsafah mereka sendiri untuk
mendidik. Mereka mencari kebenaran, kenyataan dan kebijaksanaan untuk disampaikan kepada
yang dididik. Bagi menyampaikan pendidikan secara rasmi maka pendidikan berpusat di
sekolah.Oleh itu, sekolah berfungsi sebagai satu alat penyampaikan pendidikan kepada masyarakat.
(Fattah Hassan 2007:84)

3.3 Agama dan Ketuhanan

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan. Agama mempunyai makna yang lebih
luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah
mengenai aspek ketuhanan.Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak
dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia.

Mengikut skema Barat, era falsafah klasik atau antikuiti berakhir kira-kira pada kurun ke-15 Masihi.
Era ini diikuti pula oleh falsafah tamadun Abad Pertengahan Eropah yang berkembang mulai abad
ke-6 hingga abad ke-16 Masihi. Dalam dua era tersebut, perkembangan falsafah berkait rapat
dengan teologi dan agama Kristian. Falsafah menjadi alat untuk mendalami agama dan sekaligus
berfungsi memberi panduan rasional tentang alam dan kehidupan. ( Nasir Omar 2005:45)

Tetapi selepas abad ke-17 dan berterusan hingga ke era moden dan pasca-moden, peranan falsafah
mula terpisah daripada agama dan menjadi sebati dengan sains tabii dan ilmu-ilmu empirikal yang
lain. Era ini juga menyaksikan bahawa falsafah mula mengambil alih peranan wahyu dan dalam
sesetengah keadaan, falsafah menjadi musuh kepada teologi dan agama.( Nasir Omar 2005:45)

Justeru itu falsafah Barat Moden terbina berteraskan elemen seperti humanisme, rasionalisme,
emperisisme dn sebagainya. Falsafah yang bebas dari petunjuk wahyu dan unik bagi tamadun Barat.
Falsafah menjadi sekular lantaran ia melihat dunia sebagai realiti yang terpisah daripada Pencipta.
Manakala ajaran Tuhan (wahyu) tentang alam dan kehidupan menjadi terpinggir dan tidak releven
lagi. Falsafah Barat sekular telah memusnahkan idea asas Islam tentang fenomena alam semesta
sebagai tanda ciptaan dan kekuasaan Tuhan.(Nasir Omar 2005:46)

Oleh itu, jelaslah bahawa falsafah Barat moden amat bertentangan dengan falsafah Islam, kerana
falsafah Islam berpaksikan world view Islam iaitu berteraskan ilmu yang didasarkan kepada konsep
ketauhidan Allah dan kepada pandangan hidup bahawa Allah adalah Pencipta Maha Agung. Allah
adalah sumber segala jenis ilmu pengetahuan yang mampu di garap oleh manusia. (Nasir Omar
2005:33)

Sesetengah hukama Islam bukan lagi menganggap bahawa falsafah dan agama bersifat serasi
dan komplementari, bahkan agama mengarah pengikutnya supaya berfalsafah. Agama pada
dasarnya menggesa proses penggunaan akal dalam memahami kontitusi alam ini yang sekaligus
membawa kepada mengenali Tuhan itu sendiri. Penggunaan akal ataupun berfikir inilah yang
dinamakan proses berfalsafah oleh banyak hukama. Oleh itu agama menggesa manusia supaya
berfikir atau berfalsafah lantaran berfikir boleh menghasilkan ilmu dan makrifat. (Nasir Omar
2005:33)

Pendapat Ibn Rushd, hukama Islam terkemuka dalam perkara ini menarik perhatian kita.
Dalam penulisan beliau, terutama Fasl al-Maqal. Jelas bahawa percubaan beliau bukan lagi setakat
untuk membuktikan bahawa falsafah dan agama tidak bertentangan antara satu sama lain, tetapi
agama menggesa malah menwajibkan penganutnya mempelajari ilmu falsafah. (Nasir Omar
2005:34) Ibnu Rushd menegaskan bahawa:

Sekiranya bangsa asing telah menguasai ilmu tersebut (falsafah), maka merupakan suatu kewajipan
yang jelas ke atas kita supaya mempelajari dan mengambil faedah daripada apa yang telah mereka
perkatakan. Tidak kira sama ada bangsa tersebut beragama Islam atau tidak.

4. PENUTUP

Masalah dalam falsafah ialah masalah-masalah yang berkaitan dengan alam seperti asal usul (dulu),
perkembangan (sekarang) dan masa depan (akan datang). Malah, masalah itu juga berkaitan dengan
manusia, moral dan etika dan sebagainya. Ini kerana, skop atau perbincangan ilmu falsafah adalah
segala sesuatu yang ada wujud dalam alam ini termasuklah persoalan ketuhanan, wahyu, ilmu,
kebenaran dan lain-lain.
Dalam kehidupan seharian, manusia sudah tentu mempunyai kerangka tindakan atau kaedah
tertentu dalam menghadapi sesuatu situasi atau perkara. Apabila masalah dihadapi, pertamanya, dia
akan menentukan sikapnya terhadap perkara itu. Kemudian dia akan mencari kaedah yang sesuai
untuk menyelesaikannya. Begitu juga dengan falsafah. Kaedah untuk menyelesaikan masalah
falsafah itu banyak. Ia bergantung kepada pendekatan dan cara individu itu sendiri dalam
menyelesaikannya. Pendekatan antara seseorang dengan seseorang yang lain sudah tentu berbeza
berdasarkan kepada pengalaman peribadi, keilmuannya dan keupayaannya. Oleh itu, tanggapan dan
tindak balas sudah tentu berbeza antara satu sama lain. Apabila sudah berbeza, maka ia akan
membawa juga kepada perbezaan tindakan yang dibuat dan kesan yang bakal ditinggalkan.

Seterusnya, Ia akan mengambil tindakan atau melakukan kegiatan/aktiviti yang selaras


dengan kaedah yang telah difikirkan dan sikapnya terhadap masalah tersebut hasil daripada
kesimpulan masalah, sikap, kaedah dan kegiatan tadi. Kemudian, hasil dari itu akan memberi kesan.
Inilah peranan ilmu falsafah itu yang mana dalam menghadapi masalah-masalah kehidupan seperti
persoalan ketuhanan, kebenaran, kebahagiaan dan lai-lain akan memberi impak terhadap
kehidupannya.

Anda mungkin juga menyukai