Anda di halaman 1dari 25

PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

TAJUK 1 PENGENALAN DAN KONSEP MATEMATIK

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan teori-teori yang berkaitan bagi
pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ia juga memberi penekanan kepada
konsep-konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

HASIL PEMBELAJARAN

i. Mengenal pasti teori-teori pengajaran dan pembelajaran Matematik


ii. Mengenal pasti konsep-konsep pengajaran dan pembelajaran
Matematik
iii. Menghuraikan teori-teori dan konsep-konsep pembelajaran
Matematik
iv. Menghubung kait teori-teori dan konsep pembelajaran Matematik
dalam amalan pendidikan

1
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

KERANGKA TAJUK
Behavioris &
Sosial

Teori Konstruktivisme
Pembelajaran
Matematik
Ekologikal

Perkembangan
Pengenalan dan Kognitif
Konsep
Matematik

Klasifikasi

Turutan/Seriasi
Konsep
Pengajaran
Matematik
Padanan satu
dengan satu

Konservasi

1.0 PENGENALAN

Bagaimana murid belajar Matematik? Adakah terdapat teori-teori pembelajaran


yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Matematik? Teori pembelajaran
selalu bertitik tolak dari sudut pandangan psikologi pendidikan tertentu. Dengan
wujudnya ilmu pengetahuan tentang pendidikan, maka psikologi dalam
pendidikan menjadi berkembang secara pesat. Terdapat beberapa teori
pembelajaran dalam psikologi pendidikan. Sejak beberapa tahun yang lalu, teori
behavioris yang dipelopori B.F. Skinner begitu dominan dalam dunia pendidikan.
Kini wujud beberapa teori baharu yang telah dibangunkan seiring dengan teori

2
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

behavioris bagi memenuhi keperluan dan kefahaman pengajaran dan


pembelajaran Matematik:

1. Teori Behavioris
2. Teori Konstrukvisme
3. Teori Pembelajaran Sosial
4. Teori Ekologikal
5. Teori Perkembangan Kognitif

1.1 Teori Pembelajaran Behavioris

Teori-teori pembelajaran behavioris dikemukakan oleh para ahli psikologi


behavioris seperti Thorndike, Ivan Pavlov dan B.F Skinner. Behaviorisme adalah
teori memfokus ke atas pemerhatian tingkah laku dan cara untuk meningkatkan
tingkah laku positif dan mengurangkan tingkah laku negatif (Kennedy et al.
2008). Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan
juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan
burung di dalam makmal.

Teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran berlaku apabila ada ikatan atau
hubungan yang diwujudkan antara rangsangan dan gerak balas. Mereka
berpendapat bahwa tingkah laku murid dipengaruhi ganjaran (reward) atau
pengukuhan (reinforcement) dari persekitaran sama ada baik atau sebaliknya.
Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan,
dikawal dan diramal. Teori ini mempunyai sejarah yang panjang dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik. Guru-guru mengaplikasi teori ini
menggunakan rangsangan dan gerak balas bagi pelaksanaan aktiviti latih tubi
dan latihan berterusan yang berulang-ulang dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik.

3
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

MEMIKIR
1. Bolehkah fikirkan satu kemahiran yang anda telah pelajari dalam
Matematik melalui pengulangan?
2. Apa berlaku apabila anda meneruskan untuk mengamalkan
kemahiran atau pengetahuan tersebut?
3. Apa berlaku apabila anda berhenti mengamalkannya?

1.2 Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial yang dipelopori Albert Bandura dalam tahun 1986 atau
disebut juga teori pembelajaran pemerhatian merupakan peluasan dari teori
pembelajaran behavioris yang tradisional. Berbeza dengan penganut behavioris,
Bandura memandang perilaku individu tidak semata-mata refleks secara
otomatik berdasarkan Rangsangan-Gerak balas (R-G) atau dipengaruhi
persekitaran, malah tingkah laku itu berubah akibat reaksi hasil interaksi antara
persekitaran dengan skema kognitif individu itu sendiri. Contohnya seorang
murid mungkin telah belajar bagaimana memudahkan kemahiran pecahan dalam
Matematik tetapi tidak dapat melakukannya dengan baik dalam ujian sebab
kemungkinan murid itu risau atau sakit atau tidak membaca dengan teliti sesuatu
soalan itu.

Teori ini juga dikenali sebagai teori kognitif sosial kerana melibatkan kedua-dua
faktor luaran dan dalaman mewujudkan interaksi bersama dalam proses
pembelajaran yang dikenali sebagai interaction of forces reciprocal determinism
oleh Bandura (Woolfolk, 1998):

1. Persekitaran – sumber/bahan, kesan tindakan dan setting fizikal


2. Faktor peribadi – kepercayaan, harapan (expectation), sikap dan
pengetahuan
3. Tingkah laku – tindakan individu, pilihan dan pernyataan lisan

4
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Bandura juga memberi penekanan dua jenis pembelajaran yang terdapat dalam
teori ini:

1. Enactive learning - pembelajaran melalui perlakuan (doing) dan


mendapat pengalaman daripada kesan atau akibat tindakan yang
telah dilakukan. Dalam enactive learning, kesan atau akibat
dikatakan sebagai pemberi maklumat tentang tindakan yang sesuai,
mencipta harapan dan mempengaruhi motivasi (Schunk, 1996)
2. Vicarious learning - pembelajaran melalui pemerhatian apa individu
lain lakukan

Prinsip asas pembelajaran menurut teori ini bahawa tingkah laku yang dipelajari
individu terjadi melalui peniruan (imitation) dan contoh perilaku (modeling).
Beberapa syarat keperluan bagi modeling dan peniruan yang efektif:

1. Tumpuan – Murid-murid hendaklah memberi tumpuan untuk belajar


melalui pemerhatian. Murid-murid lazimnya memberi tumpuan
kepada individu yang menarik, cekap dan disanjungi.
2. Pengekalan – Murid-murid hendaklah berusaha mengingat untuk
meniru tingkah laku seorang individu. pengekalan boleh ditingkatkan
melalui mental rehearsal (imaging imitating the behavior) dan amalan
sebenar di samping mengingat urutan langkah sesuatu proses.
3. Hasil – walaupun murid dapat mengingat urutan langkah tetapi
mungkin tidak dapat melaksanakannya dengan lancar. Oleh itu,
inidividu itu perlu lebih banyak latihan, maklum balas dan amalan
supaya lebih cekap
4. Motivasi dan Pengukuhan - teori ini juga masih memandang
pentingnya pelaziman. Melalui pemberian ganjaran dan hukuman,
seorang individu akan berfikir dan memutuskan perilaku sosial mana
yang perlu dilakukan.

5
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

MEMBUAT NOTA
Buat nota lima hasil pembelajaran yang boleh dicapai melalui
pembelajaran pemerhatian dalam pengajaran dalam bentuk peta
minda

REHAT
Jadilah seorang pemberani yang berhati teguh dan berjiwa kuat.
Anda memiliki semangat dan tekad.

1.3 Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Teori Pembelajaran Konstruktivisme adalah falsafah pendididkan berpegang


teguh kepada pendapat bahawa setiap murid akan membentuk atau membina
pengetahuan dan pengalaman bergantung pada konteks dan bersifat unik serta
tidak lazim diakses oleh individu lainnya. Pembelajaran konstruktivisme adalah
proses penglibatan atau penyertaan murid dalam aktiviti penyelesaian masalah
dan pemikiran kritikal yang sesuai dalam pembelajaran. Murid membentuk atau
membina pengetahuan sendiri melalui penjanaan idea dan pendekatan
berasaskan pengetahuan dan pengalaman lalu. Di samping itu, murid
mengapklikasi pengetahuan ini dalam situasi baharu dan mengintegrasi
pengetahuan baharu yang diperoleh dengan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada.

Konsep

1. Pembelajaran situasi berasaskan kontekstual supaya pengalaman


kognitif berlaku dalam aktiviti autentik seperti pembelajaran
berasaskan projek;
2. Aperantis kognitif atau persekitaran pembelajaran berasaskan kes
yang menghasilkan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna;

6
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

3. Social negotiation of knowledge, satu proses bagi murid murid


membentuk dan menguji kemahiran mereka dalam dialog dengan
individu lain atau masyarakat yang lebih besar.

Prinsip – Prinsip Dalam Pembelajaran Konstruktivisme

1. Pengertian diusahakan oleh murid sendiri baik secara individu


mahupun kumpulan,
2. Pengetahuan tidak dapat dipindahkan daripada guru kepada murid,
kecuali hanya dengan keaktifan murid itu sendiri untuk belajar,
3. Murid aktif membina secara terus menerus sehingga berlakunya
perubahan konsep ke arah yang lebih terperinci, lengkap, serta
sesuai dengan konsep ilmiah,
4. Guru sekadar membantu menyediakan saranan dan situasi agar
proses pembinaan murid berjalan lancar sesuai dengan kemampuan
murid.

Ciri-ciri pembelajaran matematik secara konstruktivisme:

1. Murid terlibat secara aktif dalam pembelajarannya,


2. Murid belajar konsep matematik, secara bermakna,
3. Murid belajar bagaimana cara belajar,
4. Maklumat baru harus dikaitkan dengan maklumat sebelumnya
sehingga bersatu dengan skemata yang telah dimiliki murid,
5. Orientasi pembelajaran adalah inkuiri dan penemuan,
6. Berorientasi pada pemecahan masalah

Belajar matematik, tidak sekadar learning to know, melainkan harus ditingkatkan


menjadi learning to do, learning to be, hingga learning to live together. Falsafah

7
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

pengajaran matematik perlu diperbaharui secara asas menjadi paradigma dalam


proses pembelajaran matematik:

1. Dari berpusatkan guru (teacher centered) menjadi berpusatkan


murid (student centered),
2. Dari berpusatkan pengajaran (teaching centered) menjadi berpusatkan
pembelajaran (learning centered),
3. Dari berasaskan kandungan (content based) menjadi berasaskan
kecekapan (competency based),
4. Dari hasil pembelajaran (product of learning) menjadi proses
pembelajaran (process of learning),
5. Dari penilaian sumatif (summative evaluation) menjadi penilaian formatif
(formative evaluation).

Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan


pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan
pemahaman murid. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan murid-murid
membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada murid-
murid tersebut. Jadi dunia pengalaman bukanlah kesimpulan berdasarkan data-
data empirik sahaja tetapi suatu bentuk epistimologi yang sesuai ( Akbar Suta
-Wijaya, 2002).

Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan


eksperimen di samping pembelajaran koperatif. Apabila murid-murid
bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak
langsung, murid-murid dapat membina pengetahuan baharu hasil daripada
pembelajaran secara kendiri. Piaget, salah seorang tokoh konstruktivisme
mengemukakan bahawa perkembangan kognitif bukanlah merupakan
pengumpulan dari kepingan maklumat yang terpisah, namun lebih merupakan

8
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

pembinaan suatu kerangka mental oleh murid untuk memahami persekitaran


mereka, sehingga mereka bebas membangun pemahamannya sendiri (Asikin,
2003).

REHAT
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang
celaka ialah jahil

1.4 Teori Ekologi Bronfenbrenner

Teori ekologi yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner pada tahun 1979


menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan organisma yang
terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu
sama lain. Berdasarkan teori ini, terdapat lima sistem yang mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak:

1. Sistem Mikro ialah persekitaran yang paling hampir dengan individu


seperti rumah dan ahli keluarga terdekat contoh ibu bapa abang adik
kakak
2. Sistem Meso merujuk kepada hubungan individu dengan individu lain
dalam persekitaran di mana individu itu berkembang seperti rumah,
jiran dan sekolah
3. Sistem Ekso merujuk kepada keadaan yang tidak melibatkan individu
secara langsung tetapi mempengaruhi sistem individu dan keluarga
seperti tempat kerja ibu bapa, pasar dan sebagainya
4. Sistem Makro melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi
oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat di samping
persekitaran yang abstrak merangkumi sistem kepercayaan dan
ideologi

9
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

5. Sistem Krono merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh


masa merujuk kepada peristiwa dan transisi yang berlaku dalam
persekitaran individu sepanjang hayatnya

LATIHAN
Huraikan lima sistem teori ekologikal dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik dalam bentuk pengurusan grafik

REHAT
“Waktu memang tak terbatas – tapi waktu kita terbatas”

10
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

1.5 Teori Perkembangan Kognitif

1.5.1 Teori Piaget

Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland,


merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman
bagaimana kanak-kanak belajar. Daripada kajian dan pemerhatiannya, Piaget
mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah
melalui empat peringkat:

i. Peringkat deria motor (0–2 tahun),


ii. Pra-operasi (2–7 tahun),
iii. Operasi konkrit (7–11 tahun) dan
iv. Operasi formal (11 tahun ke dewasa).

Walau bagaimanapun, usia tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar


itu sendiri. menurut Jere Confrey (1999) “Piagetian theory kindled my intense
enjoyment of children and deep respect for their capabilities.” Sebagai seorang
guru matematik sekolah rendah, guru harus memberi tumpuan terhadap
perkembangan murid-murid pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini
murid-murid hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman
konkrit. Oleh itu, bahan bantu mengajar dapat membantu murid-murid
memahami konsep matematik. Piaget berpendapat bahawa asas pada semua
pembelajaran ialah aktiviti murid-murid itu sendiri. Beliau juga menegaskan
kepentingan interaksi idea-idea antara murid-murid tersebut dengan kawan-
kawan sebaya penting untuk perkembangan mental.

Di samping itu, murid secara aktif membina pengetahuan dengan cara


berinteraksi dengan alam sekitarnya. Berdasarkan hasil interaksinya murid
mengembangkan Scheme(skema), bentuk tunggalnya Schema (ada pula yang

11
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

menyebutnya Schema dan Schemata). Skema merupakan memori atau


gambaran anak tentang sesuatu. Misalnya setelah anak bermain basikal dan
diberi penjelasan bahawa itu adalah basikal, ia kini memiliki skema tentang
basikal di dalam otaknya.

Selain skema, Piaget juga menunjukkan pentingnya Adaptasi dalam belajar.


Adaptasi merupakan proses di mana anak menyesuaikan skema yang
dimilikinya dengan situasi baru di persekitarannya. Setiap kali anak menghadapi
situasi atau hal baharu ia akan melakukan adaptasi. Adaptasi dilakukan melalui
dua cara iaitu Asimilasi dan Akomodasi. Asimilasi merupakan proses
menggabungkan maklumat baru dengan skema yang telah dimiliki. Melalui
proses tersebut pengetahuan manusia selalu bertambah.

Menurut Piaget, murid juga belajar melewati tahap Disequilibrium menuju


Equilibrium. Disequilibrium adalah suatu situasi di mana murid menjadi bertanya
dan ingin tahu kerana fenomena yang dihadapi tidak sesuai benar dengan
skema yang ia miliki. Jika pertanyaan tersebut terjawab maka murid kembali ke
situasi equilibrium, suatu keadaan di mana murid akan berasa puas untuk
seketika dengan jawapan atas pertanyaan dalam fikirannya.

Layari Internet
http://www.ripon.edu/academics/macs/summation/ 2010/articles/K.
%20Reedal%20-%20Piaget%20Theory.pdf
Buat rumusan hasil bacaan anda berkaitan teori Piaget tentang
pengajaran dan pembelajaran Matematik

12
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

1.5.2 Teori Bruner

Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang
dalam penulisan teori pembelajaran menegaskan bahawa pembelajaran secara
penemuan atau penerokaan iaitu mengolah apa yang diketahui murid itu kepada
satu corak dalam keadaan baharu (lebih kepada prinsip konstruktivisme). Bruner
menjelaskan terdapat empat aspek utama dalam teori pengajaran:

i. predisposition towards learning,


ii. kaedah bagaimana bentuk pengetahuan boleh dijana supaya ianya
dapat digarap oleh murid dengan baik,
iii. kaedah dan langkah paling berkesan bagi penggunaan bahan,
iv. bentuk dan tempoh pemberian ganjaran dan dendaan.

Terdapat lapan bidang dalam teori Bruner:

1. Nilai (Theory of value): Pengetahuan dan kemahiran apa yang


bermanfaat dalam pembelajaran? Apa matlamat pendidikan?
2. Pengetahuan (Theory of Knowledge): Apa itu pengetahuan?
Bagaimana ia berbeza dengan kepercayaan? Apa itu
kesilapan? Apa itu bohong?
3. Kejadian manusia (Theory of Human Nature): Apa itu manusia?
Bagaimana ia berbeza dari spesis lain? Apakah keterbatasan
potensi manusia?
4. Pembelajaran (Theory of Learning): Apa itu pembelajaran?
Bagaimana kemahiran dan pengetahuan diperoleh?
5. Pemindahan (Theory of Transmission): Siapa yang akan
mengajar? Dengan kaedah apa mereka akan mengajar?
bagaimana bentuk kurikulum?

13
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

6. Kemasyarakatan (Theory of Society): Apa itu masyarakat?


Institusi apakah yang terlibat dalam proses pendidikan?
7. Peluang (Theory of Opportunity): Siapa yang akan dididik? Siapa
yang akan disekolahkan? is to be educated?
8. Pemuafakatan (Theory of Consensus): Mengapa orang tidak
bersetuju? Bagaimana kemuafakatan dicapai? Pendapat siapa
boleh diguna pakai (precedence)?

Teori ini mempunyai tiga prinsip pengajaran:

1. Pengajaran mestilah mengambil kira pengalaman dan konteks


yang membuat murid bersedia dan berupaya untuk belajar
(kesediaan / readiness).
2. Pengajaran mestilah distruktur supaya murid murid menggarap
maklumat yang disampaikan (spiral organization).
3. Pengajaran hendaklah direka bagi menggalakkkan extrapolation
dan / atau mengisi ruang lompang (going beyond the information
given).

REHAT
“Waktu memang tak terbatas – tapi waktu kita terbatas”

1.5.3 Teori Gagne

Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak
membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis
pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori

14
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Piaget dan Bruner yang dikenali sebagai Taksonomi Hirarki Pembelajaran


Gagne.
Gagne (1997): “These [cognitive] theories propose that stimulation
encountered by the learner is transformed or processed in a number of
ways (i.e., through commitment to short-term memory, conversion to long-
term memory, and the retention and retrieval of that information) by
internal structures during the period in which the changes identified as
learning takes place.”
(Campos, 1999)

Taksonomi Hierarki Pembelajaran Gagne menyenaraikan lima kategori utama


hasil pembelajaran:

1. Maklumat Lisan: Mendeklamasi sesuatu dari ingatan


2. Kemahiran Inteklektual:
2.1 Diskriminasi: Mengenal pasti dua kumpulan benda adalah
berbeza
2.2 Konsep konkrit: Mengklasifikasi benda melalui bentuk
fizikal sahaja
2.3 Konsep Definisi: Mengklasifikasi benda secara bentuk
abstrak (dan mungkin secara fizikal)
2.4 Peraturan: Aplikasi prosedur mudah untuk menyelesaikan
masalah atau menyiapkan tugasan
2.5 Peraturan aras Tinggi: Aplikasi prosedur yang kompleks
(atau pelbagai prosedur mudah) bagi menyelesaikan
masalah atau menyiapkan tugasan
3. Strategi kognitif: Mecipta atau memilih proses mental khusus bagi
menyelesaikan masalah atau menyiapkan tugasan

15
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

4. Sikap: Memilih untuk tatacara berkelakuan yang menggambarkan


satu pemerolehan nilai baru yang diterima masyarakat atau
kepercayaan
5. Kemahiran motor: Mempamerkan tugasan fizikal yang mencapai
standard khusus yang dikehendaki

Gagne mempunyai lapan jenis pembelajaran:

1. Pembelajaran melalui Isyarat


2. Pembelajaran Rangsangan-Gerak balas
3. Rantaian
4. Assosiasi Lisan
5. Diskriminasi Pelbagai
6. Pembelajaran Konsep
7. Pembelajaran Prinsip
8. Penyelesaian Masalah

Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian


masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip
matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum
pernah dialami.

MEMBUAT NOTA
Buat catatan tentang teori hirarki pembelajaran Gagne dalam
bentuk peta minda

16
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

1.5.4 Teori Dienes

Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik,
pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah
merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk
menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk mempelajari. Mengikut
Dienes, konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat:

i. permainan bebas,
ii. permainan berstruktur,
iii. permainan mencari ciri-ciri,
iv. permainan dengan perwakilan,
v. permainan dengan simbol
vi. permainan dengan formalisasi.

Teori Dienes juga mengariskan beberapa prinsip bagaimana murid-murid


mempelajari matematik iaitu:

1. Prinsip Konstruktiviti
Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya
dengan analisis yang logik.
2. Prinsip Perubahan Perseptual
Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat
memaksimumkan konsep Matematik.
3. Prinsip Dinamik
Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan
eksperimen untuk membentuk satu konsep

17
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

1.5.5 Teori Pembelajaran Vygotsky

Vygotsky menekankan pentingnya memanfaatkan persekitaran dalam


pembelajaran. Persekitaran murid meliputi orang, kebudayaan, termasuk
pengalaman dalam persekitaran tersebut. Vygotsky menekankan kepentingan
hubungan antara individu dan persekitaran sosial dalam pembentukan
pengetahuan yang menurut beliau, bahawa interaksi sosial iaitu interaksi individu
tersebut dengan orang lain merupakan faktor terpenting yang dapat memacu
perkembangan kognitif seseorang.

Vygotsky berpendapat bahawa proses belajar akan terjadi secara efisien dan
efektif apabila murid belajar secara kooperatif dengan murid-murid lain dalam
suasana dan persekitaran yang menyokong (supportive), dengan bimbingan
seseorang yang lebih mampu, guru atau orang dewasa. Dengan hadirnya teori
pembelajaran Vygotsky ini, banyak pemerhati pendidikan yang mengembangkan
model pembelajaran kooperatif, model pembelajaran interaksi rakan sebaya
(peer interaction), model pembelajaran kelompok, dan model pembelajaran
penyelesaian masalah (problem solving).

Berkaitan dengan perkembangan intelektual murid, Vygotsky mengemukakan


dua idea:

1. perkembangan intelektual murid dapat difahami hanya dalam


konteks budaya dan sejarah pengalaman murid (Slavin, 1997),

2. Vygotsky mempercayai bahwa perkembangan intelektual


bergantung pada sistem tanda (sign system) setiap individu selalu
berkembang (Slavin, 1997).

18
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Sistem tanda adalah simbol-simbol yang secara budaya diciptakan untuk


membantu seseorang berfikir, berkomunikasi, dan memecahkan masalah,
misalnya budaya bahasa, sistem tulisan, dan sistem perhitungan. Berkaitan
dengan pembelajaran, Vygotsky mengemukakan empat prinsip seperti yang
dikutip oleh (Slavin, 1997) iaitu:

1. Pembelajaran sosial (social leaning).


Pendekatan pembelajaran yang dipandang sesuai adalah
pembelajaran kooperatif. Vygotsky menyatakan bahwa murid
belajar melalui interaksi bersama dengan orang dewasa atau
teman yang lebih cekap;

2. Zone of proximal Development (ZPD)


Murid akan dapat mempelajari konsep-konsep dengan baik jika
berada dalam ZPD. Murid belajar dalam ZPD jika murid tidak dapat
menyelesaikan masalah sendiri, tetapi dapat menyelesaikan
masalah itu setelah mendapat bantuan orang dewasa atau
rakannya (peer); Bantuan (support) dimaksud agar murid mampu
untuk melaksanakan tugas-tugas atau soalan yang lebih kompleks
daripada tahap perkembangan kognitif murid.

3. Aperantis Kognitif (cognitive apprenticeship).


Suatu proses yang menjadikan murid sedikit demi sedikit
memperoleh kecekapan intelektual melalui interaksi dengan orang
yang lebih pakar, orang dewasa, atau rakan yang lebih pandai;

4. Pembelajaran Mediasi (mediated learning).


Vygostky menekankan pada scaffolding. Murid diberi masalah yang
kompleks, sukar dan realistik, serta kemudian diberi bantuan
secukupnya dalam menyelesaikan masalah murid.

19
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Intipati teori Vigotsky adalah menekankan interaksi antara aspek internal dan
eksternal dari pembelajaran dan penekanannya pada persekitaran sosial
pembelajaran. Menurut teori Vigotsky, fungsi kognitif manusia berasal dari
interaksi sosial setiap individu dalam konteks budaya. Vigotsky juga yakin
bahawa pembelajaran terjadi semasa murid belajar menangani tugas-tugas yang
belum dipelajari namun tugas-tugas tersebut masih dalam jangkauan
kemampuannya atau tugas-tugas itu berada dalam zona of proximal
development mereka.

LATIHAN
Huraikan dengan terperinci pembelajaran menggunakan kaedah
scaffolding yang diketengahkan oleh Vygotsky bagi membantu
murid dalam Matematik

REHAT
Pengetahuan dan ketrampilan adalah alat, yang menentukan
kejayaan adalah tabiat.

1.6 Konsep Pengajaran Matematik

Berasaskan kepada corak perkembangan umum, murid-murid membentuk


beberapa konsep matematik yang akan menjadi asas kepada kemahiran
Matematik yang lebih kompleks. Konsep-konsep ini meliputi:

1.6.1 Konservasi Nombor

Satu konsep penting yang kanak-kanak kerap menghadapi masalah untuk


pemahaman ialah konservasi. Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga (2002),
konservasi bermaksud pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun

20
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

bagi mengatasi kemusnahan/kerosakan dan lain-lain. Dalam konteks matematik


khususnya aspek pranombor, konservasi dapat diertikan sebagai pemeliharaan
ilmu asas berkaitan dengan pranombor dalam kalangan murid. Untuk
memelihara atau memastikan ilmu berkaitan pranombor yang telah dikuasai oleh
murid ini bersifat kekal, aktiviti pengukuhan hendaklah dijalankan dari semasa ke
semasa. Dalam konservasi nombor, kiu (petunjuk) visual sangat penting bagi
membantu kanak-kanak. Jika sekumpulan objek diselerakkan, murid-murid
beranggapan bahawa jumlah objek tersebut lebih banyak berbanding objek yang
dikumpul dalam satu bekas. Adalah sangat penting untuk memberi tahu murid-
murid, walau berapa kali sekumpulan objek yang sama ditukar corak turutan/
susunan, jumlahnya tetap sama.

1.6.2 Padanan satu dengan satu

Dalam usaha murid untuk menggarap konsep konservasi, mereka perlu diberi
alat bagi membuktikan teori untuk diri sendiri. Di sinilah kemahiran padanan satu
dengan satu dapat dipraktikkan. Padanan satu dengan satu adalah proses
berkaitan menyentuh satu objek bagi setiap nombor yang dibilang dan disebut
secara kuat. Ianya kelihatan mudah tetapi bagi kebanyakan murid mendapati

ianya sukar untuk mengkoordinasi bilangan dan sebutan dengan pergerakan


tangan mereka. Kemahiran ini termasuklah  padanan satu dengan satu
(membilang satu item sekali sahaja dalam satu set)  Nombor Kardinal (1, 2, 3
dsb.)  Nombor Ordinal (pertama, kedua, terakhir, dsb.). Murid juga memerlukan
pengalaman berkaitan dengan padanan dan hubungan lain satu-dengan-banyak,
banyak-dengan-satu dan banyak-dengan-banyak (Kennedy et.al, 2008).

1.6.3 Pengkelasan

21
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Murid akan didedahkan dengan kemahiran mengkelaskan sesuatu benda


konkrit dan semi konkrit mengikut ciri-ciri yang ada padanya seperti
mengkelaskan mengikut saiz (besar/kecil, panjang/pendek, tinggi/rendah),
warna, bentuk dan jenis.

i) Warna
- mengenal warna
- menamakan warna
- mencantumkan kad warna
- mengasingkan warna
- mengasingkan warna dengan benda-benda
- mewarna mengikut arahan yang diberi

ii) Saiz
- membandingkan saiz benda konkrit yang ditunjukkan
- mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah, panjang/pendek
- menamakan saiz
- mengasingkan benda semi konkrit mengikut saiz
- memadankan saiz yang sama
- mewarnakan saiz yang sama

iii) Bentuk
- mengasingkan benda mengikut bentuk
- menamakan bentuk
- memadankan bentuk yang sama dengan benda-benda konkrit
- mewarnakan bentuk-bentuk yang sama

iv) Jenis

22
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

- menamakan benda mengikut jenis


- mengumpul benda mengikut jenis(semi maujud)
- mengkelaskan benda mengikut jenis(gambar)
- mewarna/melukis benda mengikut jenis

Kemahiran ini akan membantu murid membezakan sesuatu benda dan secara
tidak langsung akan membantu murid membezakan nombor dan simbol-simbol
matematik yang akan mereka temui dalam pelajaran selanjutnya.

1.6.4 Turutan / Seriasi

Turutan pula merupakan faktor penting bagi kebolehan pengaturan dalam


matematik. Murid perlu didedahkan dengan kemahiran mengatur objek-objek
mengikut saiz kecil, besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut
bilangan. Konsep turutan ini akan membolehkan murid mencari pertalian antara
satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik dengan yang
lain. Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui akan lebih
bermakna.

1.7 Pembentukan Konsep Nombor

i. menyebut dan menulis nombor


ii. menggunakan kemahiran hafalan dan pembilangan yang bermakna
iii. corak, padanan dan klasifikasi yang lebih kompleks
iv. memahami kefungsian matematik
v. memahami turutan dan susunan

1.8 Pembinaan Konsep Bentuk, Ukuran dan Geometrik

23
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

i. Memahami perbezaan (besar-kecil), kedudukan (dekat-jauh) dan


susunan perkataan (pertama atau kedua)
ii. Pemahaman dan penggunaan perkataan bentuk (bulat, segiempat)
dan memadan atribut bentuk dua-dimensi dan tiga-dimensi melalui
permainan atau lukisan.

1.9 Penggunaan Bahasa untuk Masa

Murid diperkenalkan dengan konsep masa dan menyatakan masa. Mereka perlu
didedahkan dengan kemahiran menamakan bahagian-bahagian dalam sehari
semalam iaitu pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam. Pemahaman
murid boleh dikukuhkan dengan meminta murid merekodkan aktiviti-aktiviti
mengikut bahagian siang dan malam.

Murid juga diperkenalkan dengan muka jam serta fungsi jarum panjang dan
jarum pendek dan menyatakan waktu dalam pecahan jam seperti
membahagikan muka jam pada 4 sukuan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan
adalah menamakan waktu dalam jam dan pecahannya, membuat jadual harian
dan mendapatkan maklumat daripada jadual sedia ada.

Murid juga didedahkan dengan kemahiran membaca maklumat dari kalendar


hari, hari bulan, minggu, bulan dan tahun serta penyelesaian masalah yang
berkaitan dengan masa dan waktu.

LATIHAN 1
Bincangkan implikasi teori konstruktivisme dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik

LATIHAN 2

24
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Huraikan lima sistem teori ekologikal dalam pengajaran dan


pembelajaran Matematik dalam bentuk pengurusan grafik

RUJUKAN

Campos, Tracy. (1999). Gagné’s Contributions to the Study of Instruction


http://chd.gse.gmu.edu/immersion/knowledgebase/theorists/cognitivism/
gagne.htm (Diakses pada 02/11/2010)

Kennedy, L.M., Tipps, S. and Johnson, A. (2008). Guiding Children’s Learning of


Mathematics. Belmont: Thomson Wadworth

Schunk, D.H. (1996). Learning theories: An educational perspective. 2nd edition.


Columbus, OH: Merrill

Slavin, R. E. (1997). Educational Psychology-Theory and Practice. 4th Edition.


Boston: Allyn and Bacon.

Woolfolk, A. E. (1998). Educational Psychology. 7th edition. Boston: Allyn and


Bacon
TAMAT
Sukses adalah sebuah perjalanan, bukan destinasi akhir

25

Anda mungkin juga menyukai