Anda di halaman 1dari 3

Kebaikan Perdagangan Antarabangsa -kebaikan perdagangan antarabangsa boleh

dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kebaikan kepada pengguna(1,2,3), kebaikan


kepada pengusaha(4,5,6,7) dan kebaikan kepada negara(8,9). 1.Memperoleh barang yang
tidak dikeluarkan di dalam negeri -Sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua
barang kerana terdapatnya pelbagai halangan seperti perbezaan iklim, tanih dan
sebagainya. Oleh itu, perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara
memperoleh barang yang tidak dikeluarkan oleh negara berkenaan. Misalnya, Jepun
yang tidak mempunyai gas asli cecair dapat menggunakan sumber tersebut apabila
menjalankan perdagangan antarabangsa dengan Malaysia 2.Menawarkan pilihan yang
pelbagai -Melalui perdagangan antarabangsa, pelbagai jenis barang dapat diimport.
Ini dapat memberikan pilihan yang pelbagai kepada pengguna mengikut cita rasa dan
kemampuannya. Sebagai contoh, rakyat Malaysia dapat memilih pelbagai jenis kereta,
sama ada model tempatan atau model import. Pilihan yang luas ini akan meningkatkan
taraf hidup para pengguna. 3.Menikmati barang dengan harga yang murah -Perdagangan
antarabangsa menggalakkan pengkhususan. Pengkhususan meningkatkan kemahiran dan
kecekapan pengeluaran dan membolehkan pengeluaran barang dikeluarkan secara besar-
besaran. Pengeluaran secara besar-besaran ini membolehkan barang dikeluarkan pada
harga yang lebih mudah dan dengan mutu yang lebih baik. 4.Meluaskan pasaran
-Perdagangan antarabangsa membolehkan lebihan penawaran dalam negara dieksport ke
luar negara. Hal ini demikian kerana pasaran antarabangsa adalah lebih luas
berbanding dengan pasaran tempatan. Pasaran yang lebih luas membolehkan firma
memperoleh keuntungan yang lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan pendapatan
negara. 5.Menggalakkan penggunaan teknologi -Melalui perdagangan antarabangsa,
pengeluar tempatan boleh mengimport mesin dan alat-alat yang lebih moden untuk
digunakan dalam proses pengeluaran. Kemasukan teknologi moden dapat meningkatkan
daya pengeluaran dan memesatkan perkembangan industri tempatan. 6.Meningkatkan
kecekapan pengeluaran -Apabila sesebuah negara menjalankan perdagangan
antarabangsa, maka wujudlah terhadap barang-barang yang dikeluarkan oleh negara
berkenaan. Persaingan ini akan menggalakkan pihak pengeluar menghasilkan barang
yang lebih bermutu dengan kaedah pengeluaran yang lebih cekap. Sebagai kesannya,
persaingan dapat menghalang firma monopoli mengenakan harga yang lebih tinggi. Di
samping itu, persaingan boleh juga menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
dan mempercepat penggunaan teknologi baru. 7.Menambah peluang pekerjaan -Dalam
ekonomi dunia yang sedang berkembang, permintaan terhadap barang eksport sesebuah
negara akan bertambah dari semasa ke semasa. Ini akan menggalakkan pengeluar dan
pelabur asing untuk membesarkan skala pengeluaran firmanya. Justeru peluang
pekerjaan yang lebih banyak akan dapat diwujudkan serta masalah pengangguran dalam
negeri akan dapat dikurangkan. 8.Menggalakkan pelaburan -Apabila sesebuah negara
menjalankan dasar ekonomi terbuka, maka negara tersebut dapat menggalakkan
kemasukan pelaburan asing. Malaysia membernarkan aliran masuk
pelaburan langsung asing (FDI), khasnya dalam sektor Eksport kerana FDI dapat
mempercepat pertumbuhan ekonomi. Selain itu, Malaysia membenarkan perkongsian
ekuiti dengan pelabur asing seperti yang berlaku dalam industri kereta nasional dan
penerbangan awam. 9.Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang -Perdagangan
antarabangsa dapat menggalakkan persefahaman dan kerjasam antara negara. Ini dapat
mewujudkan hubungan yang baik dari segi politik, sosial dan kebudayaan antara rakan
dagang.

Anda mungkin juga menyukai