Anda di halaman 1dari 5

PUNCA OBESITI

(TEMA) Obesiti dapat ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai berat


badan yang berlebihan. Dalam erti kata lain, obesiti ialah badan yang tidak ideal dengan
ketinggian. (ISU) Pada zaman yang semakin pesat dengan revolusi
perindustrian seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, semakin banyak remaja
yang menghadapi masalah obesiti. Kebanyakan remaja pada zaman sekarang kurang
menjaga bentuk atau fizikal badan mereka. Fenomena ini terjadi kerana para remaja
suka makan makanan segera yang tinggi dengan kalori. Remaja menganggap bahawa
obesiti sebagai satu fenomena biasa. Buktinya, Institut Jantung Negara (IJN) dalam
kajiannya pada tahun 2007 melaporkan bahawa 60 peratus remaja telah menghidap
penyakit jantung pada tahun tersebut. Sepatutnya, setiap individu perlu berpegang
teguh serta mengamalkan cogan kata yang berbunyi badan sihat, otak
cerdas. (ARAHAN) Persoalannya, apakah punca-punca masalah kegemukan dalam
kalangan remaja yang semakin mewabak pada era ini?

(ISI 1) Punca masalah obesiti dalam kalangan remaja semakin merebak pada
masa ini ialah para remaja tidak mempraktikkan amalan pemakanan
seimbang. (HURAIAN – MENGAPA) Pada zaman revolusi perindustrian ini, banyak
syarikat makanan segera yang berkalori tinggi dan berlemak tinggi. Bagi ibu bapa yang
bekerja, mereka senang dan gembira dengan perkembangan perindustrian makanan
segera ini kerana mereka tidak sempat menyediakan makanan untuk anak-anak lantaran
berkejar-kejar ke tempat kerja. (CONTOH – BAGAIMANA) Jadi, anak-anak
dibekalkan dengan makanan segera seperti sosej, nuget, burger dan sebagainya.
Senario ini dapat dibuktikan apabila pensyarah dari Unit Makanan dan Kesihatan
Universiti Malaya telah membuat bancian mengenai gaya pemakanan harian bagi
remaja. Hasilnya, sebanyak 70 peratus remaja yang ibu bapanya bekerja terpaksa
mengambil makanan segera sebagai makanan harian. (UNGKAPAN
MENARIK) Jelaslah bahawa ibu bapa pada zaman ini lebih mengutamakan hal-hal
lain daripada anak sendiri ibarat anak kera di hutan disusui, anak di rumah mati
kelaparan. (PENEGAS) Tuntasnya, remaja zaman ini yang tidak mengamalkan
pemakanan seimbang telah menatijahkan obesiti dalam kalangan mereka.

(ISI 2) Punca lain bagi masalah kegemukan dalam kalangan remaja kini ialah
mereka tidak bersukan dan beriadah.(HURAIAN – MENGAPA) Fenomena ini terjadi
kerana mereka leka dengan hiburan daripada kaca televisyen dan corong-corong radio,
lebih selesa tidur malah sikap mereka sendiri yang malas untuk bersukan atau beriadah.
Remaja yang malas juga tidak suka bersukan mahupun bersosial dengan masyarakat
luar. Remaja lebih gemar melakukan aktiviti yang langsung tidak mendatangkan
faedah. (CONTOH – BAGAIMANA) Buktinya, kita sering melihat remaja kini lebih
cenderung melepak, merokok, merayau-rayau dan sebagainya. Mereka berpelesiran ke
sana dan ke sini seperti tiada arah tujuan. (HURAIAN CONTOH – KESAN) Sikap ini
tentulah tidak mendatangkan kesedaran kepada para remaja untuk menjaga kesihatan
diri. (PENEGAS) Pendek kata, jelaslah bahawa remaja yang kurang gemar bersukan
dan beriadah telah menyumbang kepada masalah obesiti yang melanda Malaysia pada
alaf baharu ini.
(ISI 3) Punca lain tercetusnya masalah kegemukan dalam kalangan remaja juga
adalah kerana sikap remaja itu sendiri. (HURAIAN – MENGAPA) Sikap remaja yang
tiada pendirian dan suka terpengaruh menyebabkan mereka suka mengambil makanan
ringan. Bukan itu sahaja, remaja juga tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang
implikasi yang bakal dihadapi oleh mereka jika terlalu banyak mengambil makanan
yang berlemak serta berkalori tinggi yang akhirnya akan mengundang penyakit obesiti.
Mereka terlalu mengikut hawa nafsu. (CONTOH – BAGAIMANA) Apabila syarikat
pengeluar makanan segera mencipta produk baharu, mereka akan mengiklankan
produk itu kepada orang awam.(HURAIAN CONTOH – KESAN &
UNGKAPAN) Cara ini telah menyebabkan remaja terpengaruh oleh iklan-iklan yang
yang indah khabar daripada rupa. Unit Psikologi dari Universiti Kebangsaan
Malaysia telah menyatakan bahawa remaja sekarang kurang kesedaran terhadap
kesihatan diri mereka. (PENEGAS) Ringkasnya, sikap remaja itu sendiri akan
mengundang masalah obesiti.

(ISI 4) Kegemukan dalam kalangan remaja juga berpunca daripada sikap ibu
bapa yang kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka. (HURAIAN – MENGAPA
& UNGKAPAN) Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak bagai menatang minyak
yang penuh sehingga mengikut telunjuk mereka. Apabila anak-anak hendak makan
apa-apa pun, ibu bapa akan memberikannya walaupun makanan tersebut tidak
berkhasiat dan kurang sesuai dengan tumbesaran anak-anak mereka.(CONTOH –
BAGAIMANA) Ibu bapa akan memenuhi hasrat anak-anak yang ingin makanan
segera seperti yang terdapat di Restoren McDonald, Pizza, KFC dan lain-lain
lagi. (HURAIAN CONTOH – KESAN) Unit Kesihatan dari Hospital Universiti
Malaya telah membuat kajian mengenai ayam goreng di KFC bahawa ayam tersebut
mengandungi garam yang tinggi, lemak yang tinggi serta berkalori tinggi yang
mengundang sahaja mengundang obesiti malah turut mengundang penyakit kronik
yang lain. (PENEGAS) Konklusinya, kegemukan dalam kalangan remaja
bertitik-tolak daripada sikap ibu bapa yang kurang menjaga pemakanan anak-anak
mereka sejak kecil lagi.
(PENUTUP – KESIMPULAN ISI-ISI) Secara intihanya, beberapa punca
yang telah dibincangkan menjadi pencetus masalah obesiti di negara kita. Masalah ini
kian serius dan membimbangkan semua pihak. (CADANGAN) Oleh itu, ibu bapa
perlulah menggalakkan anak-anak mereka makan makanan yang berkhasiat.
Masyarakat juga haruslah melakukan anjakan paradigma supaya tubuh badan mereka
sihat selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan insan yang badan cergas,
minda cerdas. Kerajaan juga boleh mengadakan kempen secara besar-besaran
mengenai keburukan obesiti ini. Kempen yang dijalankan juga sewajarnya
secara berketiak ular dan bukan bermusim sahaja atau seperti hangat-hangat tahi
ayam sahaja. (HARAPAN) Komitmen daripada semua pihak sudah pasti dapat
merealisasikan usaha negara untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang
dan terbilang dalam menuju Wawasan 2020 yang kita semua impikan.

4. LANGAKAH MENANGANI OBESITI

1. Penjagaan makanan:

Cara makanan yang baik adalah cara makanan ‘orang miskin’ iaitu makan makanan
biasa seperti nasi sayur, dan sejenis protin sahaja setiap kali makan utama dan makan
besar hanya sekali sekala sahaja. Begitulah cara orang miskin makan. Mereka hanya
makan besar sekali sekali seperti ketika ada jemputan kenduri. Sebab itulah banyak
orang miskin kurus. Bagi menjaga pemakanan yang baik, kawalan nafsu makan adalah
sangat perlu. Badan kita adalah apa yang kita makan. Kuih-mueh muih patut makan
dengan banyak. Seperti yang ditulis di atas kueh banyak mengandungi bahan-bahan
yang boleh menggalakkan kegemukan. Jika hendak bersnek, ambillah buah seperti
jambu, sengkuang, betik dan sebagainya.

2. Elakkan makanan ringan/ makanan segera:

Penjajahan Barat bukan setakat mengongkong politik dan ekonomi kita agar serasi
dengan mereka bahkan turut melibatkan budaya kita termasuklah jenis makanan kita.
Mereka menjadikan negara kita sebagai tempat lambakan barangan mereka. Salah satu
produk mereka adalah makanan ringan dan makanan segera. Makanan dan minuman
jenis ini mengandungi bahan-bahan yang sudah diproses yang sudah hilang keasliannya.
Pewarna dan perasa tiruan, kandungan gula dan lemak yang tinggi boleh mengganggu
sistem penghadaman den pembesaran badan yang kemudiannya menggalakkan
kegemukan.

3. Bersenam:

Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan


sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah.
Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan
mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah
kegemukan berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja memproses
makanan dalam badan tidak dapat befungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan
oksigen.

4. Kawal nafsu makan:

Makanan yang dihidangkan bukan untuk dimakan semuanya. Kita hanya perlu makan
yang diperlukan oleh badan kita sahaja untuk melakukan kerja harian kita. Seseorang
itu mungkin berkata, "Saya makan apa-apa sahaja. Badan saya tidak gemuk," kata-kata
itu mungkin betul untuk masa iu. Akan tetapi, perubahan mungkin berlaku apabila ia
menjangkau usia 40-an dan hal itu sudah banyak kita lihat dalam realiti kehidupan
dalam mana seseorang yang ‘slim’’ketika usia belasan dan 20-an tahun tetapi menjadi
gemuk setelah usia 40-an. Oleh itu, khasnya untuk generasi muda, kawal nafsu makan
hari ini untuk keselesaan hari esok.

Menarik & matang:


i. Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Ismail
Noor berkata, “Gejala obesiti yang tidak dibendung boleh melemahkan struktur
masyarakat kerana sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif
dan berpenyakit.”
ii. Kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga
18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat.
iii. Kerajaan benar-benar memandang serius masalah obesiti di kalangan
rakyat dengan menubuhkan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom)
iv. Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek
mengandaikan makanan segera umpama bom jangka yang boleh meledak
menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda.
v. Petikan hadis yang bermaksud jagalah masa sihat kamu sebelum datang
masa sakit jelas menunjukkan betapa pentingnya kesihatan sebagai aset yang
paling berharga kepada manusia.
vi. Institut Jantung Negara (IJN) dalam kajiannya pada tahun 2007
melaporkan bahawa 60 peratus remaja telah menghidap penyakit jantung.
vii. 70 peratus remaja yang ibu bapanya bekerja terpaksa mengambil
makanan segera sebagai makanan harian

Anda mungkin juga menyukai