Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : 7/8


Minggu Praktikum : Ketujuh
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 9 – 13 September 2012
Tajuk Jurnal : Masalah Pengawalan Kelas Sewaktu
Peperiksaan Dijalankan.

Minggu ini merupakan minggu keenam saya menjalankan sesi pengajaran


dan pembelajaran. Namun begitu, hanya pada hari Ahad sahaja sesi P & P
dijalankan. Pada minggu ini juga merupakan minggu peperiksaan dan saya
perlu mengawas kelas peperiksaan serta kelas KSSR. Untuk kelas KSSR,
sesi P & P juga tidak dijalankan kerana jadual dirombak mengikut kelas
peperiksaan.

1. Analisis
Masalah yang timbul adalah murid-murid kelas KSSR tidak menjalankan
sesi P & P dan ini menimbulkan suasana yang agak bising dan boleh
mengganggu kelas peperiksaan. Selain itu, semasa sesi pengawalan kelas
dijalankan murid-murid tidak dapat dikawal terutama untuk kelas 2 Al-
Ghazali. Mereka juga tidak mahu mendengar arahan yang diberikan dan
tidak mahu melakukan kerja yang diberikan. Keadaan ini menyebabkan
beberapa orang guru lain terpaksa campur tangan semasa saya mengawal
kelas ini.

2. Cadangan Tindakan Susulan


a) Saya perlu cuba mendalami cara pengurusan bilik darjah dengan baik.
b) Saya juga haruslah mendalami aktiviti apa yang sesuai dijalankan
semasa melakukan kelas ganti.
c) Saya perlu lebih bersikap tegas dan tidak melayan karenah murid-
murid yang memerlukan perhatian.
d) Saya juga perlu meminta nasihat dan pandangan daripada rakan-rakan
yang mengalami masalah yang sama.
e) Saya perlu merujuk nasihat guru pembimbing untuk menghadapi dan
bagaimana cara mengajar Pendidikan Jasmani yang baik.

3. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin agar
masalah yang sama tidak akan berulang lagi untuk sesi praktikum akan
datang.

Disemak oleh guru pembimbing Disahkan oleh pensyarah penyelia

Tandatangan : ……………………… Tandatangan : ……………………….

Tarikh : ……………………… Tarikh : ………………………..

Nama : ……………………… Nama : ………………………..

Anda mungkin juga menyukai