Anda di halaman 1dari 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

XBHM3103
PENGURUSAN KESIHATAN PEKERJAAN

NAMA :

NOMBOR MATRIK :

NO KAD PENGENALAN :

NOMBOR TELEFON :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

September 2019
ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

2.0 FUNGSI PERKHIDMATAN PERUBATAN KECEMASAN, TINDAKAN DAN


PERSEDIAAN KECEMASAN

3.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

4.0 HASIL DAPATAN

5.0 PEMBANGUNAN PROGRAM PERTOLONGAN CEMAS

6.0 ISU DAN CABARAN EMS DI PREMIS

7.0 KESIMPULAN

RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

2.0 FUNGSI PERKHIDMATAN PERUBATAN KECEMASAN, TINDAKAN DAN


PERSEDIAAN KECEMASAN

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), pertolongan bermaksud perbuatan atau
hal yang memberi bantuan kepada org lain. Manakala cemas pula bermaksud keadaan dimana
setiap saat mereka berada dalam keadaan bahaya. Berdasarkan Wikipedia, pertolongan
cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang
tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari
satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua
orang dengan peralatan yang minimum.

Untuk pengetahuan semua, pertolongan cemas ini sangat penting bagi mengurangkan
kesengsaraan mangsa selepas berlakunya kemalangan sementara menunggu pertolongan
daripada pihak perubatan. Sebagai contoh, terdapat kemalangan jalan raya yang
mengakibatkan seorang remaja lelaki yang merempuh pokok menggunakan kereta. Kita
sebagai masyarakat yang prihatin berserta dengan ilmu pertolongan cemas memberi
pertolongan terhadap mangsa tersebut dengan teknik yang betul supaya tidak berlakunya
perkara yang tidak diingini berlaku seperti kematian. Dengan bantuan awal sebelum pihak
perubatan datang, kita telahpun mengurangkan kesengsaraan mangsa dengan pertolongan
cemas terbabit.

Dengan ilmu pertolongan cemas yang kita ada, kita mungkin dapat menyelamatkan nyawa
orang lain. Pertolongan cemas bukannya mudah dan bukannya susah untuk dilaksanakan.
Bagi melaksanakan pertolongan cemas ini, teknik dan kaedah melakukannya amat penting
untuk diketahui. Teknik dan kaedah yang betul dapat mengurangkan risiko kegagalan
rawatan awal untuk mangsa. Oleh itu, pertolongan cemas ini mestilah diketahui oleh
masyarakat supaya dapat membantu dan menyelamatkan orang lain.

Menurut Azizah (2012), pertolongan cemas dilakukan ke atas pesakit bertujuan untuk
membantu menyelamatkan nyawa mangsa. Contohnya, mangsa lemas dalam keadaaan yang
tidak sedarkan diri ataupun mangsa yang mengalami pendarahan yang teruk. Hal tersebut
mampu mengancam risiko kehilangan nyawa ke atas mangsa. Maka, ahli pertolongan cemas
perlu menangani situasi yang mampu mengancam nyawa pesakit dengan memastikan
pernafasan pesakit dalam keadaan tidak terganggu dan masih bernafas. Pendarahan yang
berlaku seperti yang dinyatakan tadi yang berlaku ke atas pesakit juga perlu diberhentikan
dengan segera.

Seterusnya, bantu mula bertujuan untuk mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih
teruk. Hal ini kerana sekiranya pertolongan cemas tidak dilakukan dengan segera ke atas
mangsa yang mengalami kecederaan. Maka, dibimbangi akan mendatangkan kesan yang
lebih buruk. Sebagai contoh, bahagian luka yang tidak dibalut dengan segera akan
mendatangkankan jangkitan kuman. Maka, pentingnya pengurusan kecederaan dengan kadar
segera bagi mengelakkan kesan sampingan yang lebih teruk kepada mangsa mahupun
penyelamat.

Selain itu, terdapat beberapa prinsip am pertolongan cemas yang perlu dipatuhi oleh setiap
orang yang hendak memberikan bantu mula ini. Yang terutama ialah menentukan tindakan
yang perlu diambil sebelum memulakan bantuan. Oleh itu, perhatikan sekiranya terdapat
punca bahaya ditempat kemalangan. Kedua, tentukan keselamatan diri sendiri sebelum
memberi bantuan kepada pesakit. Hal ini yang demikian agar individu yang hendak memberi
bantuan tidak menerima ancaman bahaya daripada persekitaran dan pesakit. Malahan,
langkah tersebut juga dilakukan agar kualiti pertolongan cemas diberikan ke atas mangsa
adalah baik dan sesuai mengikut situasi pesakit juga. Kemudian, beri bantuan kepada mangsa
hanya kalau benar-benar tahu asas pertolongan cemas. Untuk seseorang individu yang tidak
mengetahui berkenaan dengan asas bantu mula tidak digalakkan untuk membantu mangsa.
Oleh sebab yang demikian, individu tersebut mestilah meminta pertolongan daripada orang
yang mengetahui asas pertolongan cemas dan terus membuat panggilan kecemasan.

3.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

4.0 HASIL DAPATAN

5.0 PEMBANGUNAN PROGRAM PERTOLONGAN CEMAS


6.0 ISU DAN CABARAN EMS DI PREMIS

7.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai