Anda di halaman 1dari 6

Tarikh 18 Disember 2019

Masa 10:00 - 11:00 AM (1 jam)

Kelas 5 Cemerlang

Bilangan Pelajar 30 Orang

Subjek Kimia Tingkatan 5

Tempat Bilik Darjah

Kebolehan Pelajar Sederhana

Topik Bab 1 : Keseimbangan Redoks

Subtopik 1.1 Pengoksidaan dan penurunan(1.1.1 Memerihalkan tindak balas redoks)

Pengetahuan Pelajar Sebelum Murid mempunyai pengetahuan sedia ada tentang konsep pemindahan elektron di Tingakatan 4 berkaitan
topik Ikatan Kimia)

Objektif Pembelajaran Murid akan dapat menerangkan tindak balas redoks

Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran,murid akan dapat :


a)Menyatakan definisi tindak balas redoks
b)Menjelaskan maksud proses pengoksidaan dan penurunan dengan contoh dari segi :
i)Penambahan dan kehilangan oksigen
ii)Penambahan dan kehilangan hidrogen
iii)Pemindahan elektron
iv)Perubahan nombor pengoksidaan

Alat Bantu Mengajar Pen marker,Papan putih,handout,kertas mahjong

Kaedah Pengajaran Perbincangan dan Persoalan

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Arahan langsung(direct instruction),kerjasama(collaborative)

Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif Analisis

Analisis Tugas Guru menyediakan bahan pembelajaran untuk pengajaran

Nilai Murni Rasa ingin tahu,Menghargai,Berjimat-cermat


PERMULAAN PENGAJARAN

Fakta/Prinsip/ Arahan Guru Tugas Pelajar/ Peruntukan


Subtopik Aktiviti Masa

Pengenalan Jangkaan Jawapan : 10 minit


ringkas Guru bertanya kepada pelajar contoh aplikasi tindak balas pengoksidaan dan penurunan pada Bahan Berkarat
kehidupan seharian?
Paku
Guru bertanya kepada pelajar contoh bahan mudah berkarat?
Terdedah kepada
Guru bertanya kepada pelajar tentang contoh yang dipilih? udara(O2) dan air(H2O)

Tumpukan perhatian
Guru memberikan contoh lain aplikasi tindak balas redoks pada kehidupan seharian: dan berikan respon
1)Pembakaran iaitu ketika memasak di dapur menggunakan gas asli
Contoh gas asli digunakan ialah cecair propana(C3H8),gas oksigen digunakan sebagai untuk Nilai Murni :
menyokong proses pembakaran. Ingin tahu

C3H8 + O2 = CO2 + H2O

2)Bateri dan sel elektrokimia iaitu tindak balas pengoksidaan dan penurunan berlaku untuk
menghasilkan tenaga elektrik

3)Kerosakan makanan iaitu makanan akan cepat basi Nilai Murni :


Vitamin C dalam jus buah mudah teroksida apabila dibuka,perlu dihabiskan secepat mungkin Amalan berjimat-
untuk mendapatkan nutrient vitamin C cermat
Supaya dapat mengelakkan pembaziran makanan

4)Proses Fotosintesis
Tumbuhan menyerap karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen yang digunakan untuk Nilai Murni :
manusia bernafas Menghargai alam
Menjaga alam sekitar dengan tidak menebang pokok sesuka hati untuk tujuan keseimbangan sekitar
alam.
FASA PEMBANGUNAN

Fakta/Prinsip/ Arahan Guru Tugas Pelajar/ Peruntukan Masa


Subtopik Aktiviti

Pembangunan Langkah 1 : Kuliah dan perbincangan Tumpukan 10 minit


konsep penting perhatian dan
Guru memjelaskan definisi tentang tindak balas redoks iaitu tindak balas kimia yang melibatkan memberikan
proses pengoksidaan dan penurunan yang berlaku secara serentak. respon

Pengoksidaan ialah suatu proses yang melibatkan penerimaan oksigen,kehilangan


hidrogen,pendermaan elektron dan peningkatan nombor pengoksidaan unsur.

Penurunan ialah suatu proses yang melibatkan kehilangan oksigen,penerimaan


hidrogen,penerimaan elektron dan pengurangan nombor pengoksidaan unsur.

Guru menulis sebuah jadual untuk menggambarkan bagaimana tindak balas redoks berlaku
supaya dapat memudahkan murid memahaminya.

Pengoksidaan Penurunan
O + -
H - +
e - +
No.

Contoh penambahan dan kehilangan oksigen


Guru menulis sebuah persamaan kimia di papan putih melibatkan proses pembakaran gas asli 5 minit
yang dibincangkan sebentar tadi.
C3H8 + 5O2 = 3CO2 + 4H2O
Guru bertanya soalan kepada pelajar :
Kenalpasti tindak balas itu dari segi proses pengoksidaan atau penurunan beserta agennya?
Jawapan :
Pengoksidaan berlaku dimana karbon menerima oksigen untuk membentuk CO2 dan C3H8
dijadikan agen penurunan
Penurunan berlaku dimana gas oksigen(O2) kehilangan satu atom oksigen untuk membentuk
H2O dan O2 dijadikan agen pengoksidaan
Contoh penambahan dan kehilangan hidrogen 5 minit
Guru menulis sebuah persamaan kimia di papan putih

Br2 + 2HF = 2HBr + F2


Kenalpasti tindak balas itu dari segi proses pengoksidaan atau penurunan beserta agennya?
Pengoksidaan berlaku dimana HF kehilangan hidrogen untuk membentuk F2 dan HF
dijadikan agen penurunan.
Penurunan berlaku dimana gas bromin (Br2) menerima hidrogen untuk membentuk HBr dan
Br2 dijadikan agen pengoksidaan.

Contoh Pemindahan elektron dan Perubahan nombor pengoksidaan 15 minit


Guru menulis sebuah persamaan kimia di papan putih
Al + O2 = Al2O3

Guru bertanya soalan kepada pelajar:


1) Persamaan kimia seimbang dan Persamaan setengah?
Jawapan : Persamaan kimia seimbang : 4Al + 3O2 = 2Al2O3
Persamaan kimia setengah : Al = Al3+ + 3e
O2 + 4e = 2O2-

2) Daripada persamaan kimia setengah Al = Al3+ + 3e , Kenalpasti tindak balas itu ialah
pengoksidaan atau penurunan beserta agennya?
Jawapan : Al mengalami pengoksidaan kerana
Atom Al menderma elektron
Nombor pengoksidaan Al bertambah daripada 0 = +3
Al terima oksigen
Al agen penurunan

3) Daripada persamaan kimia setengah O2 + 4e = 2O2- , Kenalpasti tindak balas itu ialah
pengoksidaan atau penurunan beserta agennya?
Jawapan : Oksigen mengalami penurunan kerana
Oksigen menerima elektron
Nombor pengoksidaan oksigen berkurang daripada 0 = -2
Oksigen ialah agen pengoksidaan
Langkah 2 : Aktiviti
Setiap kumpulan
Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan H2S + Cl2 = S + HCl diberikan satu 10 minit
persamaan
kimia
Setiap kumpulan diberikan satu persamaan kimia daripada senarai persamaan kimia ini :
2CuO + C = 2Cu + CO2
H2S + Cl2 = S + HCl Aktiviti ini
H2 + CuO = H2O + Cu dilengkapkan
Cl2 + 2HI = 2HCl + I2 bersama dengan
ahli kumpulan
Berdasarkan persamaan kimia diberi: dan
1)Kenalpasti Bahan dioksidakan,Bahan diturunkan,Agen pengoksidaan dan Agen penurunan. perbincangan
sesama murid
Seterusnya,seorang wakil dari setiap kumpulan akan membentangkan jawapannya di papan dilakukan.
putih supaya murid-murid lain dapat melakukan semakan terhadap jawapan rakan-rakannya.
Jawapan yang salah akan dibetulkan oleh ahli kumpulan lain.

AKHIR PENGAJARAN

Fakta/Prinsip/ Arahan Guru Tugas Pelajar/ Peruntukan Masa


Subtopik Aktiviti

Ringkasan Guru meminta pelajar untuk melengkapkan latihan di dalam modul yang diberi di rumah dan Tumpukan 5 minit
perbincangan dilakukan pada kelas seterusnya perhatian dan
memberi respon
Guru meminta pelajar untuk meringkaskan pelajaran yang dipelajari.
Pelajar diminta
Guru memberitahu kepada pelajar tentang pelajaran yang seterusnya iaitu tindak balas redoks untuk
berdasarkan nombor pengoksidaan dan kaitan nombor pengoksidaan unsur dengan nama bertanyakan
sebatian mengikut sistem penamaan IUPAC. soalan
sekiranya
terdapat
persoalan
Refleksi

(Refleksi akan ditulis setelah selesainya pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah)

Anda mungkin juga menyukai