Anda di halaman 1dari 4

SGDU4143 :

Bab 4. PengurusanStrategikDalamPendidikan

Bab 4. Pengimbasan Persekitaran Dalaman Sekolah

4.1 Pendahuluan

Analisis persekitaran dalaman merupakan analisis maklumat yang diperolehi daripada

organisasi itu sendiri. Ia bertujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan organisasi

tersebut. Menurut Fiedler (2002), analisis sumber dalaman dapat mengenal pasti

kekuatan sumber dalaman yang digunakan untuk melaksanakan strategi seperti

kemudahan bangunan, peralatan dan sumber kewangan serta imej organisasi yang

tinggi di mata pelanggan dan pihak berkepentingan

4.2 Struktur Organisasi

Struktur organisasi yang ringkas hanya mempunyai dua tahap sahaja iaitu pengurus

atau pemimpin sekolah dan pekerja atau staf. Ini selalunya terdapat padas esebuah

organisasi atau institusi yang lebih mudah melaksanakan strategi yang diatur.

Walaubagaimanapun, kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepimpinan yang

diterajui oleh pemimpin itu sendiri dalam melaksanakan strategi yang telah dirancang.

Apabila sesebuah organisasi itu berkembang, maka struktur organisasinya juga

berkembang sejajar dengan keperluannya.

Dalam sektor pendidikan, struktur organisasi adalah berlainan sedikit dengan

organisasi/ firma yang lain kerana ‘input’nya terdiri manusia dan ‘output’nyajuga

diukur dan direkodkan tahap pencapaian prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Kebiasaannya, struktur organisasi matrik digunakan di dalam sektor pendidikan

keranaini amat berkesan dan mudah dilaksanakan.Contohnya apabila diadakan sesuatu

MCL Consultant Sdn. Bhd. ..


… ms …52
SGDU4143 :
Bab 4. PengurusanStrategikDalamPendidikan

majlis atau program, semuaahli yang terlibatakan bersama-sama mengembleng tenaga

melaksanakan program tersebut dengan lancar. Ahli jawatankuasa akan dibentuk dan

staf akan diagihkan kepada tugas-tugas mengikut kepakaran dan kemahiran yang ada

pada seseorang.

4.3 Sistem Kepercayaan Nilai dan Budaya

Kepercayaan ini merujuk kepada kepercayaan yang dikongsi bersama oleh semua

pihak yang berada di dalam sesebuah organisasi itu. Lazimnya, kepercayaan terbentuk

hasil daripada gabungan beberapa faktor seperti agama, kefahaman politik, falsafah,

legenda dan mitos disamping faktor-faktor lain yang mampu mempengaruhi

kepercayaan

4.4 Sumber Manusia

Sumber manusia merupakan aset penting dalam sesebuah organisasi dalam usaha

untuk mencapat matlamat organisasi. Tanpa sumber manusia, sesebuah organisasi

tidak dapat menggerakkan operasinya dengan berkesan. Dengan itu, penilaian terhadap

sumber manusia merupakan aspek penting yang harus diberi penekanan untuk

mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesebuah organisasi.

4.5 Budaya, Nilai dan Polisi

Pihak pengurusan yang dapat membentuk satu budaya kerja yang bersih, cekap dan

amanah akan dapat meningkatkan kualiti dan mampu berdaya saing dengan organisasi

yang terbaik. Begitu juga dengan organisasi yang diurus berasaskan kepada ajaran

agama akan mampu mewujudkan satu budaya kerja yang lebih berkualiti.

Secaraamnya, nilai merupakan sesuatu yang sangat dikehendaki melibatkan unsur

penglibatan dan pemilihan. Ini disebabkan kebanyakan tingkahlaku yang dipilih

melibatkan nilai, individu yang berkenaan atau nilai kelompoknya.Justeru itu,

MCL Consultant Sdn. Bhd. ..


… ms …53
SGDU4143 :
Bab 4. PengurusanStrategikDalamPendidikan

pemilihan nilai-nilai adalah penting bagi proses pembangunan. Penghasilan nilai-nilai

ini akan mengakibatkan pihak lain melabel kita sebagai masyarakat membangun yang

tidak bermoral. Penerapan nilai-nilai murni ini haruslah bersifat menyeluruh dan

melibatkan setiap orang kerana tingkahlaku dan nilai mencerminkan nilai keseluruhan

rakyat Malaysia.

Elemen nilai dan budaya organisasi yang sedia ada perlu dipertimbangkan secara

mendalam kerana impaknya sangatbesar terhadap wawasan. Jika nilai-nilai positif

seperti semangat kerjasama, hormat-menghormati, menepati masa, rajin, tekun,

amanah dan sebagainya sedia wujud dalam sesebuah organisasi, ia akan menja

dipemangkin yang boleh mempercepat pencapaian wawasan. Sebaliknya, jika wujud

nilai-nilai negatif seperti berpecahbelah, kerja bersendirian, tiadaperasaanhormat-

menghormati, tidakjujur, tidak menepati masa dan sebagainya menguasai organisasi,

maka tindakan pemulihan terpaksa dilakukan terlebih dahulu sebelum wawasan

dibentuk dalam organisasi tersebut. Inia dalah menjad itanggungjawab pihak

pengurusan atasan, masyarakat setempat dan juga pihak yang berwajib untuk

memperbetulkan suasana yang wujud itu. Setelah budaya negatif itu dibetulkan,

makabarulah wawasan tersebut boleh diaju dan dibahaskan untuk diterima pakai.

Keberkesanan sesebuah organisasi dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan salah satu

faktor ialah polisi yang telah ditetapkan atau dirangka terhadap sesebuah organisasi.

Polisi tersebut mempunyai pandangan yang pesimis tentang pengaruh organisasi

terhadap kejayaan ahlinya. Pengaruh pemimpin merupakan faktor signifikan dalam

mempengaruhi keberkesanan organisasi. Di samping faktor kepimpinan, faktor

persekitaran dan budaya organisasi, jangkaan yang

tinggiterhadappencapaiansertapenilaian yang kerap dilakukan juga membantu

MCL Consultant Sdn. Bhd. ..


… ms …54
SGDU4143 :
Bab 4. PengurusanStrategikDalamPendidikan

meningkatkan pencapaian ahli organisasinya. Keberkesanan organisasi juga

mempunyai hubungan dengan kebolehan sedia ada ahli. Walaupun kecemerlangan dan

keberkesanan organisasi dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti sosioekonomi, lokasi

,sumber kewangan, peralatan yang mencukupi serta tahap kebolehan sedia ada ahli,

namun pihak pengurusan harus optimis dalam mengaplikasikan amalan-amalan

pengurusan dan strategi organisasi bagi menjamin keberkesanannya.

Semasa melakukan analisis dalaman organisai, perkara yang boleh dijadikan panduan

adalah sepertiberikut:

i. imej dan prestasi organisasi

ii. keberkesanan struktur

i. budayaorganisasi

ii. stail dan gayak epimpinan

iii. motivasi staf keseluruhan

iv. komitmen staf sokongan

v. kawalan kos/ perbelanjaan

vi. hubungan interpersonal

MCL Consultant Sdn. Bhd. ..


… ms …55

Anda mungkin juga menyukai