Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti Kuliah :

Bincang dan huraikan mengapa prasekolah perlu menyediakan makanan bermasak


sendiri di prasekolah? Jika tidak, mengapa prasekolah tidak digalakkan memasak di
dapur prasekolah? Berikan hujah anda.

Pada pendapat saya, saya bersetuju bahawa prasekolah perlu menyediakan makanan
bermasak sendiri di prasekolah. Hal ini demikian kerana PPM di prasekolah mendapat
maklumat dan info penting tentang makanan seimbang yang perlu diambil oleh setiap kanak-
kanak semasa menghadiri kursus yang telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Sebenarnya, prasekolah perlu menyediakan makanan bermasak untuk kanak-kanak
agar mereka dapat mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang serta
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Memang tidak dinafikan bahawa prasekolah memainkan peranan yang penting dalam
menyediakan makanan bermasak. Hal ini demikian kerana dapat menggalakkan perkembangan
intelektual kanak-kanak semasa proses PdP. Dengan itu, kanak-kanak yang mempunyai
amalan pemakanan yang seimbang dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam
aktiviti pembelajaran. Sekiranya kanak-kanak yang kekurangan pemakanan sederhana dan
kelaparan akan mengganggu proses PdP.

Selain itu, kepentingan penyediaan makanan bermasak di prasekolah ialah memastikan


pemberian makanan yang bersih, berzat dan seimbang kepada kanak-kanak. Hal ini dapat
menjamin tumbesaran yang sempurna kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Tambahan pula, pemakanan seimbang juga dapat mengelakkan penyakit berjangkiti
dari semasa ke semasa. Contohnya, prasekolah menyediakan pelbagai makanan yang
mempunyai zat tinggi serta khasiatnya. PPM di prasekolah boleh menyediakan pelbagai jenis
makanan seperti bubur ayam, roti sandwich, nasi lemak dan sebagainya. Hal ini dapat
menimbulkan minat kanak-kanak dalam mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang.

Di samping itu, kepentingan penyediaan makanan bermasak di prasekolah ialah dapat


mewujudkan pelbagai makanan untuk menimbulkan minat kanak-kanak dalam amalan
pemakanan tersebut. PPM di prasekolah dapat menyediakan makanan dari segi warna dan saiz
potongan. Contohnya, PPM menyediakan lobak merah dan timun sebagai hiasan nasi goring
untuk menimbulkan minat kanak-kanak untuk makan. Dengan itu, kanak-kanak dapat makan
makanan tersebut dan mempunyai amalan pemakanan yang seimbang.
Kesimpulannya, saya memang bersetuju prasekolah perlu menyediakan makanan
bermasak. Dengan itu, kanak-kanak dapat mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang
dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak dapat memperkembang
kemahiran intelek semasa mengamalkan pemakanan yang secukupnya dan seimbang.

Anda mungkin juga menyukai