Anda di halaman 1dari 15

BAB 9

OTAK MANUSIA DAN BAHASA

Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat:


1. Menjelaskan maksud konsep-konsep asas yang penting;
2. Menerangkan cara otak mengekod dan mendekod bahasa dan
pertuturan; dan
3. Menghuraikan pemerolehan bahasa kanak-kanak.

Bab 1: Pengenalan

RINGKASAN BAB
Bab 2: Morfologi

Pengenalan Bab 3: Fonetik


9.1 Konsep-konsep penting
9.2 Kedudukan bahasa dalam otak Bab 4: Sintaksis
manusia
9.3 Cara otak kod bahasa dan
pertuturan Bab 5: Semantik
9.4 Pemerolehan bahasa kanak-kanak
Bab 6: Variasi Bahasa
Rumusan Bab 7: Pragmatik
Latihan
Bab 8: Psikolinguistik
Rujukan
Bab 9: Otak Manusia dan Bahasa

Bab 10: Sosiolinguistik


PENGENALAN

Satu bidang kajian tentang hubungan antara bahasa dengan otak


serta sistem saraf manusia yang dimiliki oleh seseorang untuk
memproses bahasa disebut neurolinguistik. Bidang kajian ini
mengkaji hubungan antara bahasa dengan otak dan sistem saraf
manusia yang dimiliki oleh seseorang untuk memproses sesuatu
bahasa.

Bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi yang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan
masyarakat. Di sinilah wujudnya keterlibatan secara langsung otak manusia sewaktu
mengeluarkan bunyi bahasa. Bahasa reseptif ialah bahasa yang diterima melalui deria
pendengaran dan bacaan bahasa, iaitu ekspresi bahasa yang dihasilkan melalui percakapan dan
penulisan. Bahasa yang dibunyi oleh penutur pertama akan masuk ke dalam otak pendengar dan
seterusnya bahasa pendengar dan seterusnya bahasa pendengar akan dilontarkan sebagai tindak
balas sewaktu aktiviti berbahasa sedang berlangsung. Hal ini dapat ditunjukkan dalam Rajah
9.1 .

Bahasa Alat Pemerolehan Bahasa

Penutur Bahasa (LAD) pendengar

Rajah 9.1 Hubungan antara Penutur, LAD dan Pendengar dalam Proses
Pemerolehan Bahasa.

2
9.1 KONSEP-KONSEP PENTING

Konsep-konsep yang dibincangkan ialah neurolinguistik, pengekodan, bahagian otak dan fungsi
bahagian otak.

9.1.1 Neurolinguistik

Neurolinguistik ialah subbidang lingustik yang mengkaji perkaitan antara bahasa dan otak,
terutamanya korelasi antara kerosakan otak dan pertuturan serta kekurangan bahasa. Kajian ini
berkaitan dengan operasi neurologi yang terbabit dalam proses tanggapan strategi pemprosesan
maklumat, faktor daya ingatan dan pengawalan motor bahasa.

9.1.2 Pengekodan

Pengekdan merupakan proses menukarkan menjadi isyarat dengan cara ia dapat disampaikan
kepada individu-individu lain. Maksudnya proses ini menukarkan isyarat dalam sesetengah
sistem komunikasi menjadi mesejnya yang asal. Antomin bagi pengekodan pula ialah
penyahkodan.

9.1.3 Bahagian Otak

Otak mempunyai tiga lapisan. Bahagian pertama manjalankan perlakuan secara automatik.
Contohnya, bertindak menjaga keselamatan diri, melaksanakan keperluan diri dan membuat
keputusan. Bahagian kedua mengawal perasaan, mengawal ingatan, menerima, mentafsirkan,
dan menukar maklumat. Bahagian ketiga pula mengawal dan melakukan semua proses aktiviti
intelek. Bahagian kedua dianggap sebagai bahagian terpenting kerana berlaku interaksi perasaan
dengan alam pengajaran dan hendaklah dikawal agar proses pembelajaran menjadi seronok dan
tenteram.
Bahagian ini dapat digambarkan dalam Rajah 9.1.2

Bahagian otak 1 dan 2

1
2

Bahagian otak
ke-3

Rajah 9.1.2: Bahagian dan Fungsi Otak

Bahagian 1- menjalankan perlakuan secara automatik, contoh bertindak menjaga keselamatan


diri, melaksanakan keperluan diri dan membuat keputusan.

Bahagian 2- mengawal perasaan, mengawal ingatan, menerima, mentafsirkan dan menukar


maklumat.

Bahagian 3- mengawal dan melakukan semua proses aktiviti intelek.

Bahagian kedua pula dianggap sebagai bahagian terpenting kerana berlaku interaksi perasaan
dengan alam pengajaran dan hendaklah dikawal agar proses pembelajaran menjadi seronok dan
berkesan.

4
9.1.4 Fungsi Bahagian Otak

Otak mempunyai beberapa fungsi dan otak juga boleh dibahagi kepada hemisfera kiri dan
hemisfera kanan. Hemisfera kiri lebih berfungsi ke arah mengendali frasa yang membawa
makna yang nyata dalam sintaksis dan bertugas memproses fonem-fonem kemasukan dalam
ujaran. Manakala hemisfera kanan pula menyelesaikan makna-makna yang tersembunyi dan
membuat sintaksis serta mempunyai fungsi komunikasi kebahasaan. Analoginya aspek bahasa
tidak hanya bergantung kepada hemisfera kiri, tetapi juga pada hemisfera kanan. Jika otak
kanan cedera, maka boleh menyebabkan bahagian anggota badan sebelah kanan menjadi lemah.
Pergerakan gelombang otak kiri dengan otak kanan tidak sama untuk aktiviti yang berbeza.

Seseorang itu harus berfikir supaya kebolehan minda boleh dipertingkatkan. Norman
Geschwind (1979) adalah antara orang yang memberi penumpuan terhadap gangguan otak dan
beliau menjadi pelopor teori sindrom pemberhentian, kajian beliau yang pertama kali
membincangkan hubungan bahasa dengan otak. Kajian Diamond (1993) mendapati tikus yang
berusia 766 hari telah ditempatkan dalam sangkar mainan seperti roda, tangga, bola dan
sebagainya dan umurnya telah meningkat kepada 138 hari, iaitu menjadi 904 hari. Gardner
(1983) mendapati otak kiri menguasai perkara seperti bahasa, matematik dan lain-lain mata
pelajaran, manakala otak kanan menguasai perkara seperti muzik, imaginasi, penggambaran,
mengenal warna dan menilai objek secara keseluruhannya. Kebanyakan pelajar lebih
menumpukan usahanya kepada aktiviti otak kanan sahaja. Kajian-kajian tentang pencapaian
pelajar dalam pelajaran mendapati kebolehan pelajar akan meningkat jika kedua-dua otak kiri
dan kanannya berfungsi sama banyak dan daya pemusatan, ingatan, penggambaran imaginasi
dan pemikiran bertambah baik.

Kedudukan hemisfera kiri dan hemisfera kanan dapat digambarkan dalam Jadual 9.1.3.

Hemisfera Kiri Otak Hemisfera Kanan Otak

 Pemahaman dan penerbitan ucapan  Kebolehan kontruksi berpola


berbahasa  Proses gestalt, pengenalan muka dan
 Membaca gambar rumit
 Menulis  Lagu(muzik) dan seni
 Mengira/matematik  Pemahaman prosidi (intonasi dan
 Sains lain-lain) dan metafora
 Teknologi (perumpamaan dan lain-lain)
 Berfikir secara analitis dan rasional  Kegiatan intuisi
 Abstrak dan motivasi  Berfikir sintesis dan mesional/
 Mengamati fitur-fitur(bunyi) imaginatif

 Proses berurutan dan bersiri  Konkrit dan berpola

 Tempoh/berwaktu  Memahami ruang dan jarak

 Muzik  Proses serentak


 Pemahaman senda gurau/
jenaka/lelucon
 Pengenalan bentuk tiga dimensi

Jadual 9.1.3.Kedudukan Hemisfera Otak Kiri dan Hemisfera Otak Kanan

Sumber: Mangantar Simanjuntak(1990), Gardner(1983)

9.2 DI MANA LETAKNYA BAHASA DALAM OTAK MANUSIA

Pemerolehan bahasa ialah satu proses yang digunakan untuk memperoleh kecekapan berbahasa.
Menurut Henry Tarigan (1985), pemerolehan bahasa adalah suatu proses yang digunakan oleh
kanak-kanak melalui bunyi-bunyi bahasa yang dapat didengar tanpa disengaja. Kecekapan
bahasa kanak-kanak ini berkembang mengikut tahap umur, latar belakang sosial dan budaya
serta kebijaksanaan. Kajian perkembangan bahasa banyak menyatakan bahawa perkembangan
bunyi bahasa sejak kanak-kanak mula menghasilkan bunyi bahasa. Dalam kajian
perkembangan bahasa, hubungan antara perkembangan otak dengan perkembangan bahasa tidak
dapat diketepikan. Malah, perkembangan kognitif otak memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan bahasa, khususnya pada peringkat kanak-kanak. Menurut Brown (1980),
pembelajaran bahasa pada peringkat awal merupakan proses sosiologi. Kanak-kanak menyusun
kata dalam bentuk yang tidak matang semasa mereka bermain, meninjau, berfantasi, berfikir

6
dan bercakap. Schlesinger (1977) mencadangkan empat hipotesis:

1. Pencapaian kognitif kanak-kanak saling menjelaskan antara satu sama lain.

2. Sebahagian kanak-kanak mungkin menggunakan kaedah sensorimotor dalam


pemerolehan bahasa dan sebahagian lagi mungkin menggunakan pendekatan linguistik.

3. Faktor kognitif otak dan linguistik mungkin digunakan oleh kanak-kanak, tetapi pada
tahap pemerolehan bahasa yang berbeza.

4. Faktor kognitif dan linguistik tidak beroperasi secara serentak, tetapi saling membantu
dalam pemerolehan bahasa.

Hal ini menunjukkan bahawa hubungan perkembangan bahasa dengan perkembangan


kognitif berlaku seiring dengan perkembangan umur kanak-kanak tersebut dan sukar
dipisahkan. Bates (1976) menyimpulkan bahawa kanak-kanak menggunakan kognitif untuk
memahami kod tatabahasa dalam bahasa. Menurut Bates lagi, selepas tahap bayi dan
peringkat umur awal kanak-kanak, perkembangan koginitif dan perkembangan bahasa
berlaku seiring. Kanak-kanak sebenarnya mempelajari suatu kata dengan cepat. Kajian
menunjukkan bahawa kanak-kanak mendengar suatu kata baru dan kemudian membuat
hipotesis tentang kata itu. Pada tahap tinggi, perkembangan kognitif masih mendahului
perkembangan bahasa kanak-kanak tersebut (Bates dan Snyder 1987).

9.2.1 Bahasa dan Hemisfera Otak Kiri

Semua aspek tatabahasa yang terdiri daripada rumus sintaksis, semantik, fonologi dan leksikal
berada di medan-medan tertentu pada belahan kiri otak manusia. Terdapat empat pusat bahasa
disimpan di dalam otak kiri:

1. Medan Wernicke mengatur proses pemahaman terhadap bahasa yang dituturkan.

2. Medan Broca mengatur proses pengucapan berdasarkan makna kata yang didengar.

3. Girus Angular membantu proses (1) dan (2) dan menyimpan leksikal (kata-kata) untuk
aktiviti bahasa berikutnya.
4. Fasikulus dab Busur pula menghubungkan Medan Broca dengan Medan Wernicke dan
Girus Angular serta melancarkan komunikasi antara ketiga-tiga medan bahasa tersebut.

9.2.2 Bahasa dan Hemisfera Otak Kanan

Hemisfera kanan mempunyai fungsi komunikasi kebahasaan yang penting. Hemisfera kanan
mengendalikan semua fonem suprasegmental (prosidi dan metafora). Aspek-prosidi (intonasi,
tekanan suara, mimik muka, loghat), metafora (perumpamaan, bahasa kiasan dan sebagainya)
terletak di hemisfera kanan otak manusia. Aspek bahasa tidak hanya di hemisfera kiri, tetapi
juga hemisfera kanan yang melibatkan aspek gaya pertuturan dan peribahasa.

Hemisfera kiri mengendalikan kata-kata yang membawa makna tersurat dalam kalimat/ayat
sedangkan hemisfera kanan bertanggungjawab mengendalikan makna-makna tersirat.
Hemisfera kiri bertanggungjawab untuk memproses unit-unit masukan ucapan yang terpisah
dengan cara menganalisisnya sedang hemisfera kanan membuat sintesis daripada unit-unit yang
terpisah ini menjadi keselurahan wacana yang bermakna. Hemisfera kiri mengenal bahagian-
bahagian bahasa daripada rumus-rumusnya yang terdiri daripada sintaksis, semantik, fonologi
dan leksikal sedangkan hemisfera kanan mengenal keseluruhan bahagian-bahagian ucapan ini
sebagai Gestalt ucapan dalam konteks dan prosidinya.

9.2.3 Manfaat Hemisfera Otak dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Otak manusia selalunya bekerja sebagai satu keseluruhan dengan melibatkan semua bahagian
otak. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kerjasama otak kiri dan kanan ini dipanggil
suggestopedia. Kaedah suggestopedia mencadangkan agar kompleks emosi, motivasi,
pemikiran imaginatif dan rasional harus dilakukan secara serentak. Otak kanan dan kiri selalu
bekerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa terutamanya dalam membantu pelajar
memperoleh, belajar dan berkomunikasi.

Penekanan aspek otak kiri dan kanan ini perlu dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dengan
cara memberikan penekanan yang sama kepada mata pelajaran yang berkaitan pemikiran lisan
(hemisfera kiri) dan mata pelajaran berkaitan dengan pemikiran inovasi (hemisfera kanan).

8
Keseimbangan hemisfera kiri dan kanan ini member implikasi berikut:

1. Pelajar dapat menguasai bahasa dengan cepat dan dalam masa yang sama dapat
menguasai pelbagai ilmu Sains, Matematik dan Teknologi (positif).

2. Jika tidak memberi keseimbangan, maka pelajar gagal/lambat menguasai sesuatu bahasa
itu dan juga dalam mata pelajaran lain (negatif).

3. Contoh: dalam pengajaran kemahiran berfikir, perkayaan dan sebagainya penggunaan


kedua-dua hemisfera otak amat dipentingkan supaya pelajar dapat berfikir cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut dan mencari jalan penyelesaiannya dengan tepat.

9.2.4 Cara Mendidik Kedua-dua Hemisfera Otak

Dalam proses pembelajaran, pelajar digalakkan menggunakan kedua-dua belah otaknya. Dalam
hal ini, guru bahasa perlu tahu kebolehan setiap pelajarnya dalam pembelajaran bahasa.
Melalui, pengenalpastian tahap kebolehan bahasa pelajar ini, guru bahasa dapat merancang
aktiviti pengajaran dengan baik dan efektif dengan cara mengaitkannya dengan keupayaan
berbahasa pelajar berkenaan. Dalam pendidikan bahasa, fungsi otak kanan dan kiri pelajar
boleh digunakan oleh guru supaya pelajar-pelajarnya berupaya untuk menguasai pelajaran
bahasa dengan baik. Ini boleh dilakukan dengan cara melatih atau mendidik kedua-dua
hemisfera otak pelajar.

Bagi otak kiri, guru bahasa boleh membantu pelajar-pelajarnya mempelajari sesuatu maklumat,
isi penting dan lain-lain dalam pembelajaran bahasa dengan cara:

1. Melatih pelajar mengucapkan kembali setiap soalan dengan kata-kata pelajar sendiri.

2. Menyuruh pelajar mengumpul semua fakta tentang soalan dan tulisan semula fakta-fakta
tersebut.

3. Menyuruh pelajar menulis pertanyaan-pertanyaan baru tentang soalan-soalan itu


daripada pelbagai sudut.

4. Menyuruh pelajar mencari keganjilan-keganjilan yang tersirat dalam soalan dan


mencuba menerangkannya satu-persatu.

5. Berusaha agar pelajar mampu membahagikan soalan-soalan ke dalam dimensi-


dimensinya yang lebih kecil.

Bagi hemisfera otak kanan pula, guru bahasa boleh membantu pelajarnya mendidik atau melatih
otak kanannya dengan cara:

1. Melatih pelajar mencari maklumat-maklumat baru dan aneh dalam soalan atau masalah
yang dihadapi.

2. Menggalakkan pelajar membangkitkan analogi-analogi dan metafora yang memberi


sumbangan kreatif.

3. Melatih pelajar menggunakan metafora yang dihasilkan itu untuk menghubungkan satu
rujukan kepada satu rujukan lain.

4. Merumuskan setiap konsep dengan bahasa yang baik untuk membimbing pemikiran
kepada satu rujukan yang lain.

5. Menyusun kembali soalan dengan cara menukar konotasi soalan atau masalah.

9.3 BAGAIMANA OTAK MENGEKOD DAN MENDEKOD BAHASA DAN

PERTUTURAN

Mengikut Karmiloff~Smith (1986), terdapat dua perkara yang menyebabkan manusia


menggunakan bahasa. Pertama adalah untuk mengetahui sesuatu bahasa dan kedua manusia
tahu cara mengeskploitasi otak sewaktu menggunakan bahasa. Pengajaran bahasa yang tidak
melibat kedua-dua aspek itu ialah pengajaran yang tidak menepati konsep kesahan psikologi.
Sehubungan dengan hal ini,pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak harus terbatas kepada
pengajaran nahu sahaja, tetapi harus juga terlibat dengan psikososio seseorang (Keller-Cohen
1987).

Sebelum guru dapat menentukan kemahiran bahasa yang perlu diajar, mereka perlulah terlebih
dahulu mengetahui peringkat dan tahap pengetahuan bahasa yang telah diperoleh dan dikuasai
oleh pelajarnya itu. Contoh ujaran yang sering didengar oleh guru ialah “Cikgu, aku ingin tanya

10
kamu” atau “Cikgu, beg kamu ada berat ya”. Contoh seterusnya penyebutan kosa kata lebih
menjadi lebeh. Di sini letaknya peranan guru yang mengajar bahasa pertama (B1) dan bahasa
kedua (B2) untuk membantu pelajar-pelajarnya mempelajari B1 atau B2 dengan cepat dan
berkesan. Begitu juga dengan penggunaan imbuhan seperti kata bernari, bermakan, mencakap
dan berbaca selalunya disalahgunakan oleh pelajar, terutamanya pelajar yang mempelajari B2.

Dalam hal ini, guru-guru bahasa harus peka bahawa proses pembelajaran bahasa itu ada yang
berlaku secara semula jadi tanpa pengajaran daripada guru. Oleh yang demikian, guru bahasa
harus bersedia mengajar kecekapan bahasa pelajar dengan lebih berkesan. Penguasaan
penggunaan otak kiri dan kanan perlu ditekankan dalam proses pengajaran di dalam bilik
darjah. Pelajar harus didedahkan menguasai semua subjek yang berkaitan dengan pemikiran
hemisfera kiri dan hemisfera kanan dan bukannya hanya tertumpu kepada subjek yang
berkaitan dengan hemisfera kiri atau hemisfera kanan sahaja. Ini tidak menggalakkan
penggunaan kedua-dua hemisfera otak pelajar berkenaan.

Fokus utama disiplin neuropsikolinguistik adalah untuk mengetahui cara bahasa diperoleh dan
diproses dalam otak dari awal pemerolehan bahasa sehingga bahasa itu berkembang. Disiplin
ini juga dapat membantu guru bahasa mengetahui cara otak diorganisasi pada waktu
mengelolakan bahasa. Dengan kata lain, seseorang bahasa itu perlu dan harus:

1. Memastikan pelajarnya telah menguasai sepenuhnya aktiviti yang pertama kali diajar.

2. Berupaya membantu pelajar mereka mengaktifkan aktitviti mental.

3. Membawa pelajarnya kepada perkara yang berkaitan dan juga mengaitkan dengan
pengajaran yang lalu.

4. Membantu pelajar menyedari cara beberapa bahagian berkaitan dengan kajian yang lain
terhadap peraturan-peraturan yang menjadi dasar bagi perkara yang mereka sedang
pelajari.

5. Memberi peluang kepada pelajar menguji kaji pelbagai jenis maslah yang berlainan bagi
membantu mereka menyelesaikan masalah yang baru.

6. Mengadakan banyak aktiviti projek dalam pengajaran mereka.

7. Mewujudkan aktiviti yang mempunyai persamaan dengan kehidupan sebenar. Dengan


ini pelajar akan berasa lebih seronok untuk belajar kerana berada dalam situasi yang
sebenarnya.

9.4 PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK

Proses pemerolahan bahasa kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat. Hemisfera kiri


terlibat dalam pengendalikan penerbitan ucapan, pemahaman, membaca, menulis, matematik,
sains, teknologi, berfikir rasional, motivasi, mengamati bunyi dan muzik. Hemisfera kanan
terlibat dalam mengendalikan gambaran rumit, seni, metafora, berfikir, imaginasi, proses
serentak jenaka bentuk tiga dimensi dan memahami ruang. Hemisfera kiri dan kanan saling
bekerjasama sewaktu pemerolehan bahasa kanak-kanak di mana hemisfera kanan memproses
maklumat secara berkesan dan kemudian hemisfera kiri mengambil alih maklumat dan
membuatnya lebih sistematis.

Proses kerjasama otak kiri dan kanan dikenali sebagai aktiviti gabungan otak kanan dengan otak
kiri. Kanak-kanak memulakan percakapan mereka dengan perkataan yang tidak munasabah.
Kemudian kanak-kanak akan dapat menutur dengan kosa kata yang sama dengan ibu bapa atau
penjaga mereka apabila meningkatnya umur mereka. Seterusnya pengetahuan, ketrampilan dan
kesantunan berbahasa perlu dipraktikkan kerana kesantunan seseorang dapat dipancarkan
sewaktu berbahasa. Penggunaan bahasa yang baik dan betul dalam kalangan kanak-kanak
seterusnya dapat melahirkan ahli masyarakat yang cemerlang sewaktu berkomunikasi.

9.4.1 Peringkat Perkembangan Intelektual Kanak-kanak

Pemerolehan bahasa bagi seseorang kanak-kanak itu banyak dipengaruhi oleh perkembangan
intelektual kanak-kanak itu sendiri (Owen, Jr.1996). Semasa berumur sebulan sehingga enam
bulan kanak-kanak mula memperhatikan objek dan benda. Pada usia tiga bulan, kanak-kanak
berupaya membezakan keupayaan visual dan sewaktu berumur enam bulan, kanak-kanak dapat
membezakan bunyi. Kanak-kanak berusia tujuh bulan dapat menghasilkan bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh orang lain. Kanak-kanak berusia sembilan bulan dapat menghasilkan corak
intonasi yang berbeza. Kanak-kanak yang berumur 12 bulan sudah mengetahui nama mereka
serta dapat menggunakan kata ganti nama. Pada usia dua tahun, kanak-kanak sudah menguasai
200-300 perkataan. Pada usia tiga tahun, kanak-kanak dapat membina ayat mudah. Pada
peringkat umur lima tahun kanak-kanak telah mempunyai 2000 perkataan dalam memori

12
otaknya.

Kesimpulannya, dalam proses pengajaran guru bahasa perlu memberi perhatian yang sama
supaya keupayaan otak kiri dan kanan digunakan secara saksama. Guru bahasa perlu
mengambil kira aspek kebolehan berbahasa pelajarnya yang pelbagai sifatnya. Guru dapat
mengetahui kebolehan dan kecekapan berbahasa pelajarnya melalui aktiviti pengajarannya.
Melalui pengajaran ini, guru dapat mengenal kekuataan dan kelemahan berbahasa pelajarnya
dan seterusnya merancang aktiviti pengajaran dengan baik.

9.5 PENUTUP

RUMUSAN

Pakar bahasa dan otak percaya bahawa kajian tentang bentuk dan penggunaan bahasa akan
memperlihatkan prinsip fungsi otak, dan kajian fungsi otak mungkin menyokong atau
menolak teori linguistik yang tertentu. Untuk memahami perincian otaak manusia dan bahasa,
perlu membiasakan diri dengan konsep asas tentang struktur dan fungsi sistem saraf.

Cara otak berfungsi untuk mengekod dan menyahkod pertuturan dan bahasa, nampaknya
kena pada tempatnya untuk mengemukakan soalan sama ada bahagian dalam hemisfera kiri,
sistem pertuturan dan bahasa boleh dibahagikan mengikut fungsi subsistem fonologi,
semantik, dan sintaksis. Peranan otak dari awal pemerolehan bahasa sehingga bahasa itu
berkembang diproses oleh disiplin ini. Proses pemerolehan bahasa kanak-kanak berlaku
secara berperingkat-peringkat.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru bahasa perlu memperuntukan jumlah masa yang
seimbang bagi membantu para pelajar meningkatkan kecekapan sesuatu kemahiran bahasa.
LATIHAN

1. Andai kata anda sedang memegang pensel di tangan kiri dan anda ingin
menerangkannya. Bincangkan rangkaian peristiwa yang berlaku dalam sistem saraf
yang membolehkan anda memerikan pensel itu.

2. Mengapakah difikirkan bahawa fungsi pertuturan dan bahasa mungkin tidak unik
secara kognitif?

3. ‘Pergerakan bibir’ berlaku apabila sesetengah orang membaca. Bincangkan


bagaimana ini mungkin terjadi dengan menggunakan bahan yang telah anda pelajari
dalam bab ini.

14
RUJUKAN

Bates,E (1976). Pragmatics and sociolinguistic in child language.In. D.Morehead &

A.Morehead(Eds.). Normal and deficient child language.Baltimore: University Park


Press.

Bates.E. & Snyder.L. (1987). The cognitive hypothesis in language development. In

I.Uzgiris & I. Hunt (Eds.) Infant performaance and experience: New findings with the
ordinal scales.Urbana: University of Illinois Press.

Geschwind.N. (1979). Specializations of the human brain. Scientific American. 24(3):

180- 199.

Keller-Cohen,D.(1987). Context and strategy in acquiring temporal

connectives.Journal of Psycholinguistics Research, 16: 165-183.

Mangantar Simanjuntak.(1990). Pertumbuhan dan perkembangan bahasa kanak-

kanak.Jurnal Dewan Bahasa, 34:692-703.

Schlesinger.I. (1977). The role of cognitive development and linguistics input in

language acquisition. Journal of Child Language. 4: 153 – 169.

Anda mungkin juga menyukai