Anda di halaman 1dari 5

(Tugasan 2)

Ciri Pemimpin Berkesan

Kepimpinan mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Para pengkaji telah


mengemukakan beberapa ciri kepimpinan. Pertama, kepimpinan wujud dalam
apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan bersistematik. Kepimpinan ini
berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti dalam
organisasi. Kedua, kepimpinan mempunyai pertalian yang rapat dengan
kuasa. Kuasa merujuk kepada keupayaan atau kekuatan yang seseorang
individu atau kumpulan untuk menjadikan individu atau kumpulan lain berubah
mengikut haluan tertentu. Ketiga, fungsi kepimpinan mengandungi tugas-tugas
menetapkan matlamat dan menyusun, mengarah serta menyelaras usaha-
usaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Keempat, kepimpinan
adalah satu proses mempengaruhi. Sekiranya tanpa pengaruh, maka tidak
wujud konsep kepimpinan. Ia adalah satu proses berterusan, bukan hanya
dilaksanakan atau diamalkan apabila keadaan terdesak atau apabila berlaku
krisis. Ciri yang kelima, setiap keadaan memerlukan corak gelagat kepimpinan
yang tertentu kerana gelagat atau cara yang bersesuaian untuk sesuatu
keadaan mungkin tidak sesuai untuk keadaan yang lain. Oleh kepimpinan
adalah fungsi khusus, bukan bersifat umum. Keenam, sesiapa pun tidak boleh
memaksa orang lain membuat sesuatu yang mereka tidak mempunyai minat
terhadapnya. Kepimpinan berkait rapat dengan pengaruh yang bergantung
kuat kepada keupayaan memujuk. Membuat pengikut berusaha ke arah
mencapai matlamat organisasi adalah ciri utama dalam proses kepimpinan.
Ketujuh, kepimpinan yang berkesan memberi kepuasan kepada pengikut dan
ini menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.

Menurut Wan Azmi Ramli (2001), menjelaskan bahawa ciri kepimpinan


berhubung kait dengan kemahiran yang ada pada pemimpin yang mahir dalam
seni kepimpinan. Ciri-ciri utama tersebut ialah pertama, kemampuan untuk
menggunakan kuasa dengan berkesan dan dengan cara yang
bertanggungjawab. Kedua, kemampuan untuk memahami bahawa manusia
mempunyai kuasa motivasi yang berlainan pada masa-masa yang berlainan
dan dalam situasi yang berlainan dan tertentu. Ketiga, kemampuan untuk
2

memberi inspirasi. Keempat, kemampuan untuk bertindak mengikut cara yang


akan mencipta ilham yang dapat memberikan gerak balas dan merangsang
motivasi.

Pemimpin menjalankan tugas motivasi orang bawahannya untuk


mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkannya. Seseorang pemimpin
perlu menjadi seorang yang mudah disukai oleh orang bawahannya. Ciri
mudah diterima disukai oleh orang bawahan adalah perkara penting kerana
seseorang pemimpin ini hanya dapat mempengaruhi mereka yang dipimpinnya
supaya mengubah sikap, pemikiran dan tingkah lakunya apabila mereka
menyukai pemimpin. Sebagai pemimpin yang mahu memiliki daya pengaruh
yang tinggi maka pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri yang disukai oleh orang
bawah. Antaranya, beri kerjasama tanpa diminta, bersikap baik hati, sabar
mendengar, murah dengan penghargaan, menggunakan bahasa positif,
berminat pada orang lain, mudah bersetuju dan bersikap positif .

Menurut McGregor (dalam Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2007),


kepimpinan bukannya ciri-ciri yang ada pada diri seseorang individu, melainkan
ia suatu perhubungan yang rumit dan kompleks antara keempat-empat faktor
di atas. Kouzes dan Posner pernah membuat kajian di tiga puluh buah negara
di mana mereka bertanya, “Ciri-ciri yang bagaimanakah yang mesti ada pada
seseorang pemimpin yang kepimpinannya sanggup mereka sokong dan patuhi
dengan sukarela”. Menurut kedua-dua penyelidik itu jawapan yang sentiasa
mereka terima ialah, mereka mahukan pemimpin yang mempunyai empat sifat:
mereka itu jujur, berwawasan, mampu mencetuskan ilham dan semangat
perjuangan serta memiliki kemahiran memimpin. Mereka mahukan pemimpin
yang mempunyai integriti dan amanah, mempunyai arah perjuangan yang
jelas, yakin dan bersemangat, dan terbukti dapat melaksanakan apa yang
dirancangkan.
3

Personaliti Pemimpin Berkesan

Beberapa ciri personaliti yang sering dikaitkan dengan seorang pemimpin.


Personaliti berikut ialah;

•      Keyakinan kendiri

            Merujuk kepada sejauh manakah individu itu berasa selesa dengan


pertimbangan, keupayaan dan kemahirannya. Individu yang tidak berkeyakinan
tidak suka menanggung risiko dan berasa tidak selesa apabila terpaksa
membuat keputusan. Pemimpin yang berkeyakinan lebih berjaya berbanding
dengan pemimpin yang rendah keyakinan kendiri.

•      Bertanggungjawab

            Individu yang bertanggungjawab cenderung melaksanakan


kerjayadengan penuh hati-hati dan bersedia mematuhi peraturan
yangditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan dengan kejayaan seseorang
pemimpin.

•      Penyesuaian

            Merujuk kepada ketahanan dan keupayaan emosi menghadapi


tekanan, konflik, dan kekecewaan. Pemimpin yang berupaya mengharungi
rintangan-rintangan ini adalah lebih berkesan mberbanding dengan pemimpin
yang tidak boleh menyesuaikan diri dalam keadaan tertekan

•      Suka bergaul/ramah

            Sifat ini juga disebutkan sebagai penting dalam kejayaan


kepemimpinan kerana orang yang suka bergaul biasanya memperolehi banyak
pengalaman dan mudah mempengaruhi orang-orang dalam organisasinya.

            Merujuk kepada sifat amanah, mudah bekerjasama, mesra, dan sopan.


Orang seperti ini mudah bekerjasama dengan orang lain. Manakala sifat orang
yang sukar diterima, biasanya tidak sabar, muram, syak wasangka, dan sukar
bekerjasama dengan orang lain.
4

•      Berorientasi Pencapaian

            Individu yang berorientasi pencapaian berusaha melaksanakan


tugasdengan jayanya kerana individu ini akan hanya berasa puas jika ia
beroleh kejayaan. Individu seperti ini cenderung bekerja keras, bercita-cita
tinggi dan suka persaingan. Manakala orang yang rendah orientasi pencapaian
adalah tidak bercita-cita tinggi, suka dengan keadaan yang sedia ada, dan
pasif serta usaha-usahanya adalah sedikit, kecuali jika ia dijanjikan ganjaran
ekstrinsik.

Kesimpulan

Kepimpinan ialah proses di mana seseorang individu mempengaruhi


anggota-anggota yang lain di dalam kumpulannya ke arah mencapai tujuan
dan matlamat kumpulan itu. Dengan kata lain, kepimpinan ialah proses yang
sangat berkaitan dengan pengaruh, yang mana seseorang pemimpin itu
berjaya mempengaruhi orang bawah yang dipimpin supaya mengubah sikap
dan tingkah laku mereka. Seseorang pemimpin mempunyai teknik-teknik yang
dapat digunakannya bagi mengubah sikap dan tingkah laku orang-orang lain.
Teknik-teknik yang digunakan tidak perlu memaksa orang bawah supaya
berubah. Mereka yang dipengaruhi supaya berubah masih dapat memilih sama
ada mahu berubah atau tidak mahu berubah.

Kepimpinan tidak dapat lari daripada konsep pemimpin dan pengikut.


Tanpa pengikut maka tidak berlaku kepimpinan. Setiap pemimpin ada
pengikutnya yang memberi taat setianya kepada pemimpin mereka. Hal ini
berkait secara langsung dengan ciri-ciri pemimpin yang mudah diterima oleh
pengikut. Pemimpin yang mempunyai ciri-ciri mudah disukai oleh orang
bawahan memudahkan mereka mempengaruhi orang bawah mengubah sikap,
pemikiran dan tingkah laku mereka. Peranan pemimpin ini sangat besar
kepada sesebuah organisasi atau kumpulan. Pemimpin ini berfungsi mengubal
visi dan misi organisasi serta mencipta strategi-strategi bagi mencapainya.
Para pemimpin ini menentukan tuju-arah masa depan organisasinya.
5

Bibliografi

Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad. (2010).
Gaya-gaya Kepimpinan dalam Pendidikan. Batu Caves: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Ab. Aziz Yusof. (2010). Gelagat Organisasi Satu Pendekatan Strategik. Sintok:
Universiti Utara Malaysia.

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. (2007) Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan
Aplikasi di Tempat Kerja. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Aizzat Mohd Nasurdin, Intan Osman dan Zainal Ariffin Ahmad. (2006). Pengantar
Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd dan
Universiti Sains Malaysia.

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. (2011). Gaya Kepimpinan di Tempat Kerja. Batu
Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Al. Ramaiah. (2009). Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya: IBS
Buku Sdn. Bhd.

Azman Che Omar. (2003). Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Salleh Lebar. (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di Malaysia.


Petaling Jaya: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah. (2010). Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Razali Mat Zin. (1996). Kepimpinan dan Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Robiah Sidin. (1988). Asas Pentadbiran. Petaling Jaya: Cipta Sdn. Bhd.

Scherr, A. L. dan Jensen, M. C. (2007). A New Model of Leadership. Harvard NOM


Research Paper No. 06-10 dan Barbados Group Working Paper No. 06-02.

Wan Azmi Ramli. (2001). Pengurusan Terkini. Kuala Lumpur: Golden Books Centre
Sdn. Bhd.

Yahya Don. (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Batu Caves: PTS


Professional Publishing Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai