Anda di halaman 1dari 9

3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization

PENULISAN ILMIAH BERKAITAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA: SUATU


TINJAUAN AWAL
Sumayyah Ali @ Awang
Fakulti Tamadun Islam
Universiti Teknologi Malaysia
sumayyah5@live.utm.my

Dr. Abdul Hafiz Abdullah


Fakulti Tamadun Islam
Universiti Teknologi Malaysia
abhafiz@utm.my

ABSTRAK

Masyarakat Malaysia menganggap ilmu qiraat satu ilmu yang agak asing bagi mereka, kerana
kurangnya pendedahan terhadap ilmu ini. Para pelajar yang mengambil pengkhususan dalam ilmu
qiraat juga kurang menguasainya dengan baik. Penyelidik ingin merungkai permasalahan ini melalui
kajian kepustakaan dengan menyoroti kajian-kajian ilmiah yang lepas berkaitan ilmu qiraat dari
sumber jurnal, tesis, kertas kerja dan buku. Kertas kerja ini juga bertujuan untuk mengenalpasti
kekurangan yang berlaku dalam bidang kajian berkaitan ilmu ini. Hasil kajian dapat membantu bakal
penyelidik untuk melakukan penambahbaikan dalam bidang kajian bagi membantu masyarakat
mengenali ilmu qiraat dengan lebih jelas. Justeru itu, para pelajar juga dapat menguasainya dengan
lebih kukuh. Dapatan menunjukkan bahawa kajian ilmiah dan pembukuan ilmu qiraat ke dalam
bahasa Melayu agak sedikit dan kurang membantu dalam perkembangan ilmu qiraat. Kajian-kajian
ilmiah yang lalu terutamanya di IPTA berbentuk penguasaan terhadap ilmu qiraat, menunjukkan
para pelajar (yang menjadi responden kajian) masih lemah dalam menguasainya. Apatah lagi
masyarakat yang tidak mempelajari sejarah ilmu qiraat, sudah tentu ilmu ini agak asing bagi
mereka. Para penyelidik dan penulis ilmiah perlu lebih banyak menterjemahkan ilmu qiraat ke dalam
bahasa Melayu, supaya penguasaan terhadap ilmu qiraat semakin mantap bagi para pelajar
khususnya dan semakin jelas pemahaman bagi masyarakat secara amnya.

Kata kunci: ilmu qiraat, permasalahan, kajian ilmiah

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Al-Quran adalah Kalam Allah S.W.T. yang dinukilkan dalam bahasa Arab dan ia merupakan mukjizat
yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan Malaikat Jibril A.S. bermula
dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah al-Nās. Nuruddīn ‘Atar (1993: 10), menyatakan
al-Quran al-Karim disampaikan kepada kita secara mutawatir (tidak diragukan lagi kesahihannya)
yang mana menjadi satu ibadah apabila membacanya dan mendapat ganjaran pahala.

Salah satu ilmu yang terdapat di dalam al-Quran ialah ilmu Qiraat. Ilmu ini merupakan satu cabang
ilmu pengajian Islam yang penting dan berkait rapat dengan pelbagai disiplin ilmu terutamanya

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization
ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by http://WorldConferences.net 217
dalam pentafsiran al-Quran. Ilmu Qiraat berkembang dengan meluasnya pada zaman Rasullullah
S.A.W. dan selepas kewafatan baginda. Namun ia dianggap asing pada awal kemunculannya oleh
lapisan masyarakat Islam di Malaysia (Sedek, 2008: 118). Hakikatnya, ilmu ini bukanlah suatu ilmu
yang asing bagi mereka kerana al-Quran yang dibaca sekarang merupakan sebahagian daripada ilmu
Qiraat itu sendiri (Murshidi, 2010: 1).

2. Definisi Ilmu Qiraat

Terjemahan dari sudut bahasa menurut al-Mu‘jam al-‘Arabīy al-Asāsīy (1988: 974) bahawa kalimah
al-Qirā’āt adalah kata jamak bagi perkataan qirā’ah )ٌ‫ (قِرَ اءَة‬yang merupakan masdar iaitu kata nama
terbitan bermaksud bacaan. Fayrūz Abādī menerangkan dalam Al-Qāmūs al-Muhīt (1998: 49)
kalimah qirā’ah )‫ (مصدر‬ini diambil daripada kata kerja qarā’a (ٌَ‫ ) َقرَ أ‬yang bererti membaca juga
menunjukkan kepada perbuatan masa lalu dan yaqra’u )ٌ‫ ) َی ْقرَ أ‬perbuatan masa kini.

Menurut istilah pula, Imam Ibn al-Jazari (1999: 9) qiraat ialah suatu ilmu yang membicarakan tentang
pelaksanaan (bacaan) atau cara menyebut kalimah-kalimah al-Quran dan perbezaannya (qiraat
tersebut) disandarkan kepada orang yang menaqalkannya (imam-imam qiraat). Abd al-Fattāh al-Qādī
(1995: 5) pula mendefinisikan qiraat sebagai suatu ilmu yang membahaskan tentang cara menyebut
kalimah-kalimah al-Quran dan jalan menunaikannya dari segi persamaan dan perselisihan serta
menyandarkan setiap bentuk bacaan kepada perawinya. Mengikut sudut pandangan Muhammad
Salim Muhaisin (1998: 16), qiraat merupakan satu ilmu tentang cara untuk menyebut kalimah-
kalimah al-Quran beserta dengan kepelbagaian padanya yang disandarkan kepada periwayatannya.
Manakala Al-Dumyāṭī (1998: 6) mendefinisikan ilmu qirā’āt sebagai ilmu yang diketahui daripadanya
kesepakatan orang-orang yang menaqalkan kitab Allah dan juga perbezaan mereka pada ḥadhaf,
ithbāt, taḥrīk, taskīn, al-faṣl, al-waṣl dan sebagainya dari segi keadaan, menyebut, pertukaran dan
pendengaran.

Definisi oleh Imam Ibn al-Jazari, Abd al-Fattāh al-Qādī dan Muhammad Salim Muhaisin mempunyai
persamaan namun bagi Al-Dimyāṭī sedikit berbeza hanya dari sudut penerangannya sahaja.
Penyelidik menyimpulkan bahawa qiraat adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab dan
merujuk kepada cara bacaan al-Quran yang berbeza sebutannya di antara satu perawi dengan
perawi yang lain.

3. Permasalahan Kajian

Sejarah mencatatkan ilmu qiraat kelihatan agak asing pada awal kemunculannya di Malaysia.
Pengetahuan berkaitan ilmu ini kurang mendapat perhatian bahkan masyarakat merasa satu
kelainan dan janggal apabila mendengar istilah-istilah dalam ilmu qiraat. Sebilangan dari mereka
juga tidak tahu bahawa al-Quran yang mereka bacakan itu merupakan sebahagian daripada ilmu
qiraat iaitu menurut Riwayat Ḥafṣ ‘An ‘Āṣim (Abdullah, 2008: 9). Masyarakat tidak mendapat
pendedahan dan motivasi mengenai ilmu ini sehingga sesiapa yang membaca qiraat ketika itu
dianggap salah (Ahmad Najib dan Nor Hazrul, 2014: 223). Mereka tidak biasa mendengar dan kurang
pendedahan terhadap riwayat-riwayat yang lain. Skop bacaan al-Quran disempitkan kepada satu
riwayat sahaja sekiranya diteliti melalui majlis-majlis dan program-program al-Quran (Murshidi,
2010: 2).

Kini pengajian ilmu qiraat di Malaysia bukan lagi suatu yang asing. Muhammad Hafiz et al. (2011: 1)
menyatakan pengajian ilmu ini menunjukkan kepada perkembangan yang positif sejak beberapa

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization
ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by http://WorldConferences.net 218
dekad yang lalu. Hal ini dapat dilihat melalui pertumbuhan maahad tahfiz di setiap negeri yang
menjadikan ilmu qiraat sebagai subjek wajib bagi para pelajar yang menghafaz al-Quran. Subjek
qiraat juga diterapkan kepada para pelajar sekolah di peringkat menengah melalui Kelas Kemahiran
al-Quran (KKQ). Tidak kurang juga, hampir setiap institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang
menawarkan pengajian ilmu qiraat di peringkat ijazah sarjana muda kepada mahasiswa dan
mahasiswi mereka (Muhammad Hafiz et al., 2011: 3). Selain itu, ilmu qiraat mula disiarkan melalui
perantaraan media elektronik yang mengenengahkan bacaan-bacaan qiraat dan pertandingan
akademi al-Quran bagi menyebarluaskan lagi ilmu ini (Abdullah, 2008: 10).

Pendedahan terhadap ilmu qiraat bukan sahaja mendapat perhatian di kalangan para pelajar yang
menuntut dalam bidang pengajian Islam. Bahkan masyarakat awam yang terdiri dari golongan muda
dan golongan tua mula menunjukkan minat mereka terhadap ilmu ini melalui penyertaan yang
memberangsangkan pada program-program al-Quran atau kelas-kelas pengajian al-Quran yang
dianjurkan (Murshidi, 2010: 4).

Tidak dapat disangkal bahawa fenomena ini menggambarkan perkembangan yang positif. Namun
begitu, penguasaan terhadap ilmu ini masih berada di peringkat pengukuhan berdasarkan dapatan-
dapatan kajian yang lalu kerana objektif pembelajaran masih belum tercapai. Melalui kajian
kepustakaan ini penyelidik membuat sorotan dan tinjauan pada kajian-kajian ilmiah berkaitan bidang
ini untuk mengesan kekurangan yang berlaku dalam bidang penyelidikan.

4. Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini ialah:


a) Mengumpul antara kajian-kajian ilmiah berkaitan ilmu qiraat dari sumber jurnal, tesis, kertas
kerja dan buku.
b) Menyorot antara kajian-kajian ilmiah berkaitan ilmu qiraat dari sumber jurnal, tesis, kertas
kerja dan buku.
c) Mengenalpasti kekurangan yang berlaku dalam bidang kajian berkaitan ilmu qiraat.

5. Skop Kajian

Penyelidik mengumpul dan menyorot kajian-kajian ilmiah yang lalu berkaitan dengan bidang ilmu
qiraat. Bagi memfokuskan kajian ini dengan lebih jelas, penyelidik membataskan sorotan ke atas
kajian-kajian ilmiah berkaitan bidang ilmu ini bermula dari tahun 2001 hingga ke tahun 2015. Abdul
Fatah dan Mohd Majid (1993: 161) menjelaskan batasan kajian ini bertujuan untuk mendapatkan
gambaran yang lebih jelas tentang situasi masalah bagi memudahkan sesuatu kajian dibuat dengan
skop yang lebih kecil tetapi bersifat in-depth.

6. Metodologi Kajian

Penyelidik menggunakan kaedah kajian kualitatif yang melibatkan metode penentuan subjek,
metode pengumpulan data dan metode pengkajian perpustakaan bagi mencapai objektif kajian.

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization
ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by http://WorldConferences.net 219
6.1 Metode Penentuan Subjek

Peringkat pertama kajian ini dimulakan dengan metode penentuan subjek. Penyelidik menentukan
subjek iaitu fokus bagi tahun kajian-kajian ilmiah yang lalu untuk membuat sorotan. Setelah
ditentukan, penyelidik memilih kajian-kajian ilmiah berkaitan dangan bidang ilmu qiraat bermula
dari tahun 2001 hingga ke tahun 2015.

6.2 Metode Pengumpulan Data

Seterusnya penyelidik menggunakan metode pengumpulan data dengan mengumpulkan kajian-


kajian ilmiah berkaitan ilmu qiraat. Penyelidik membahagikan kajian-kajian ilmiah yang telah
dikumpulkan mengikut jenis seperti jurnal, tesis, kertas kerja dan buku. Hasil dapatan dari
pengumpulan data yang dilakukan, penyelidik senaraikan dalam bentuk jadual pada fasal tujuh agar
mudah untuk dirujuk.

6.3 Metode Pengkajian Perpustakaan

Melalui metode pengkajian perpustakaan pula penyelidik membuat sorotan kajian dan tinjauan
untuk mengenalpasti kekurangan dan kelemahan yang berlaku dalam bidang ilmu qiraat. Hasil dari
sorotan yang dilakukan dapat membantu bidang penyelidikan ilmu ini dan para pengkaji di masa
hadapan supaya penguasaan ilmu qiraat berada ditahap yang lebih kukuh.

7. Kajian-kajian Ilmiah

7.1 Jurnal

Bil Tajuk Tahun Universiti Terbitan


1 Pendidikan Qirā’at: Satu Sorotan Sejarah 2015 KUIS E – Jurnal Penyelidikan
Dan Inovasi. Jilid II, Isu I
2 Ketokohan Al-Tabari Dalam Ilmu Qiraat Dan 2015 UNISZA Jurnal Islam Dan
Pandangan Beliau Terhadap Al-Ahruf Al- Masyarakat
Sab’ah Kontemporari. Bil. 10
3 Hubungan Antara Tahap Kemahiran Al- 2015 UPSI Tinta Artikulasi Membina
Quran Guru Dan Pencapaian Tajwid Al- Ummah. 1(1)
Quran Pelajar KKQ Di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
4 Pembelajaran Kurikulum Qiraat: Satu Kajian 2015 KUIS The E-Journal Of Sultan
Terhadap Persepsi Pelajar Syukbah Qiraat Alauddin Sulaiman Shah.
Di DQ Dan MTQN Vol 2: Bil 1
5 Keberkesanan Kurikulum Qiraat Di 2014 KUIS E – Journal Of Arabic
Kalangan Pelajar Darul Quran: Satu Studies And Islamic
Tinjauan Awal Civilization
6 Metodologi Qiraat Ibn Kathīr Dalam Juz 2013 UNISZA Jurnal Islam Dan
‘Amma Masyarakat
Kontemporari. Jilid 6 (7)
7 Pemahaman Guru Tentang Konsep Asas 2012 IPG (JB) Journal Of Islamic And
Ilmu Qiraat, Qiraat Imam Asim Dan Qiraat Arabic Education. 3 (2)
Imam Hamzah
8 Ikhtilaf Qiraat Kitab Turjuman Al-Mustafid 2012 UM International Journal On

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization
ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by http://WorldConferences.net 220
Oleh Syeikh Abd Rauf Al-Fansuri: Satu Quranic Research.
Sorotan Vol.(2), No.2
9 Perbezaan Qiraat Mutawatirah Dan 2011 UNISZA Jurnal Islam Dan
Aplikasinya Dalam Ayat-Ayat Munakahat Masyarakat
Kontemporari. Jilid 4 (7)
10 Pelaksanaan Kelas Kemahiran Al-Quran Di 2011 UKM Journal Of Islamic And
Malaysia: Satu Analisis Arabic Education. 3 (1)

7.2 Tesis

Bil Tajuk Jenis Tahun Universiti


1 Penguasaan Pengajian Qiraat Secara Dalam Sarjana 2014 UM
Talian: Kajian Di Madinah International
Islamic University (MEDIIU) Shah Alam
2 Al-Qiraat Al-Mutawatirah Dan Kesannya Sarjana 2013 UM
Terhadap Pentafsiran Al-Quran: Kajian
Terhadap Kitab Marah Labid Li Kashf Ma‘Na
Al-Quran Al-Majid Karangan Nawawi Al-
Bantani Tumpuan Terhadap Surah Al-
Baqarah
3 Kesalahan Huraian Ilmu Qiraat: Kajian Sarjana 2012 UM
Terhadap Karya Ilmu Qira’ah Al-Quran
Pelajaran Qiraat Al-Sab‘Ah (Qiraat Tujuh)
Susunan Drs. Abdul Malik Yamint
4 Sumbangan Muḥammad Sālim Muḥaysin Doktor 2011 UM
Dalam Ilmu Qirā’āt: Kajian Terhadap Kitab Falsafah
Al-Hādī
5 Riwayat Hafs Bin Sulayman Al-Kufi: Kajian Sarjana 2010 UM
Perbandingan Antara Tariq Al-Shatibiyyah
Dengan Tariq Al-Jazariyyah
6 Surah Yasin: Kajian Perbandingan Antara Sarjana 2010 UM
Qiraat Nafi‘ Dan Qiraat ‘Āsim Riwayat Hafs
7 Perbezaan Qiraat Tujuh Dalam Surah Al- Doktor 2009 UM
An‘Ām: Satu Kajian Dari Segi Morfologi Falsafah
8 Bacaan Qiraat ‘Āsim: Kajian Terhadap Guru- Sarjana 2008 UM
Guru Al-Quran Di Daerah Melaka Tengah
9 Kaedah Bacaan Qiraat Hamzah: Kajian Di Sarjana 2008 UM
Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor
10 Pengajian Al-Qirā’āt Di Maahad Tahfiz Al- Sarjana 2007 UM
Quran Majlis Agama Islam Kelantan: Suatu
Kajian Terhadap Riwayat Syu ‘Bah ‘An ‘Āsim

7.3 Kertas Kerja

Bil Tajuk Tahun Seminar


1 Tahap Kesedaran Dan Mutu Bacaan Umat 2015 Seminar Qiraat Peringkat
Islam Di Malaysia Sekarang Dalam Kalangan Kebangsaan Kolej Islam

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization
ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by http://WorldConferences.net 221
Masyarakat Awam Dan Guru-Guru Al-Quran Antarabangsa Sultan Ismail Petra
(KIAS)
2 Kemahiran Al-Quran Di Kalangan Masyarakat: 2015 Seminar Qiraat Peringkat
Pengalaman PQM Bersama LUTH Dan Kolej Kebangsaan Kolej Islam
Komuniti Antarabangsa Sultan Ismail Petra
(KIAS)
3 Metod Imam Syatibiy Dalam Qiraat Tujuh 2015 Seminar Qiraat Peringkat
Kebangsaan Kolej Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra
(KIAS)
4 Pengaruh Dan Kesan Qiraat Terhadap Makna 2015 Seminar Qiraat Peringkat
Ayat Kebangsaan Kolej Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra
(KIAS
5 Sumbangan Dato’ Hj. Mohamad Nor Bin 2015 Seminar Qiraat Peringkat
Ibrahim Terhadap Qiraat: Tinjauan Khusus Kebangsaan Kolej Islam
Terhadap Buku Suluhan Dar al-Naim Antarabangsa Sultan Ismail Petra
(KIAS
6 Persepsi Pensyarah Terhadap Konsep 2014 International Conference on
Pendidikan Qiraat: Satu Kajian Di DQ Dan Postgraduate Research (ICPR)
MTQN
7 Kajian Komperatif Antara Qiraat Asim Dan 2012 The 2nd Annual International
Nafi, Implikasi Pada Hukum Fiqh Qur’anic Conference
8 Qiraat: Pengenalan, Perkembangan Dan 2012 Seminar Qiraat Peringkat
Cabaran Kebangsaan Kali Ke-3
9 Penyelewengan Dalam Ilmu Qiraat : 2011 Seminar Wahyu Asas Tamadun
Kajian Terhadap Karya Ilmu Qiraah Al-Quran Universiti Sains Islam Malaysia
Pelajaran Qiraat Al-Sab’ah (Qiraat Tujuh) (USIM)
Susunan Drs. Abdul Malik Yamint
10 Keberkesanan Mempelajari Ilmu Qiraat: 2011 Seminar Qiraat Peringkat
Antara Harapan, Cabaran Dan Penyelesaian Kebangsaan Universiti Islam
Masalah Antarabangsa Malaysia

7.4 Buku

Bil Tajuk Penulis Penerbit Tahun


Penerbitan
1 Pengenalan Ilmu Qiraat Mohd Rahim Bin Mahsuri Timur Sdn. 2001
Jusoh Bhd.
2 Manhaj Qiraat 10 Beserta Dalil Mohd Nazri Bin Pustaka Salam Sdn. 2010
Matan Imam As-Syatibi Dan Matan Abdullah Bhd.
Ad-Durrah
3 Kaidah Qirāāt Tujuh menurut Ṭarīq Ahmad Fathoni Institut PTIQ & 2009
Syāṭibiyyah Institut Ilmu Al-
Quran (IIQ) Jakarta
4 Qiraat Sepuluh Surah Al-Fātiḥah & Mohd Rahim Bin Pustaka Khodim Al- 2013
Aḍ-Ḍuḥā Hingga An-Nās dari Ṭarīq Jusoh & Mohd Mushaf
Asy-Syāṭibiy dan Ad-Durrah Lazim Abu Bakar

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization
ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by http://WorldConferences.net 222
5 Usul Al-Qirā’āt Ibnu Kathīr (Al-Bazzī Mohd Rahim Bin Pustaka Khodim Al- 2009
& qunbul) Dan Abu ‘Amrū (Ad-Dūrī Jusoh Mushaf
& As-Sūsī) Dari Ṭarīq Syāṭibiyyah
6 Riwayat Syu‘bah Bin ‘Ayyāsy Usul Mohd Rahim Bin Pustaka Khodim Al- 2012
& Farasy Qirā’āt ‘Āṣim Bin Abī An- Jusoh Mushafm
Najjud Al-Kūfi Dari Ṭarīq Asy-
Syāṭibi & Al-Jazari
7 ‫أصول القراءات وافع المدوي دري طريق‬ Mohd Rahim Bin Pustaka Haji Abdul 2007
‫الشاطبية قالون دان ورش‬ Jusoh Majid
8 ‫) حفص دان شعبة‬1( ‫اختالف الروايتيه‬ Nik Ja‘far Bin Nik Darul Fikir Sdn. Bhd. 2012
Ismail

8. Dapatan Kajian

Melalui kajian-kajian ilmiah yang lalu, penyelidik mendapati bahawa kajian ilmiah dan pembukuan
ilmu qiraat ke dalam bahasa Melayu agak sedikit dan kurang membantu dalam perkembangan ilmu
qiraat. Kajian-kajian ilmiah di IPTA yang berbentuk penguasaan terhadap ilmu qiraat, menunjukkan
para pelajar (yang menjadi responden kajian) masih lemah dalam menguasainya. Dapatan kajian ini
disokong dengan hasil kajian oleh Zainora dan Mustafa (2014) iaitu kajian keberkesanan kurikulum
qiraat di kalangan pelajar Darul Quran (JAKIM) mendapati tahap penguasaan ilmu qiraat adalah
(3.3%) berada di tahap yang sangat baik, (10%) baik, (50%) di tahap sederhana, (26.7) di tahap yang
lemah dan (6.7%) adalah sangat lemah. Para pelajar menghadapi masalah kurang memahami asas
kaedah Qiraat Sab’ah, kurang mahir membezakan bacaan Usul Qiraat dengan Farshy Huruf, kurang
menguasai istilah-istilah penting dalam pengajian qiraat, kurang mahir membaca ayat-ayat al-Quran
mengikut Qiraat Tujuh, kurang mampu menerangkan kaedah-kaedah bacaan qiraat tujuh kepada
masyarakat dan kurang mampu membaca al-Qur’an dengan pelbagai kaedah bacaan qiraat. Hal ini
menunjukkan keberkesanan dan penguasaan ilmu qiraat dikalangan para pelajar berada di tahap
sederhana. Sedek Arrifin (2008) turut menyokong tahap penguasaan yang sederhana dikalangan
para pelajar kerana 60% kurang mampu menerangkan kaedah-kaedah bacaan qiraat Hamzah dalam
hasil kajiannya.

Antara punca yang menyebabkan penguasaan ilmu ini berada di tahap yang sederhana ialah
kekurangan bahan-bahan rujukan dalam bahasa Melayu. Menurut Muhammad Hafiz et al. (2011: 1)
antara cabaran yang dihadapi oleh pelajar untuk menguasai ilmu qiraat adalah jumlah rujukan dalam
bahasa Melayu yang amat terhad. Hana Pizi (2007) turut menyatakan bahawa kajian, penulisan dan
penterjemahan dalam bidang ilmu qiraat masih sangat berkurangan. Faktor ini juga merupakan salah
satu punca terhadap pelajar jabatan tahfiz di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
kurang mampu untuk mengamalkan qiraat dalam hasil kajian Abd Rahman Abd Ghani et al. (2012)
selain dari masa yang tidak mencukupi, penggunaan bahasa Arab melalui medium pengajaran dan
pembelajaran serta kesukaran subjek qiraat itu sendiri.

9. Kesimpulan Dan Cadangan

Mempelajari al-Quran merupakan tuntutan yang begitu besar ke atas umat Islam. Al-Qabisi (1955),
meletakkan kemahiran al-Quran sebagai aspek pertama yang perlu diajar kepada kanak-kanak
sebelum mengajarkan pengetahuan yang lain. Menurut Wan Bakar Wan Dagang (1994), kemahiran
al-Quran juga merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh orang Islam. Ini menunjukkan

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization
ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by http://WorldConferences.net 223
penguasaan terhadap kemahiran ini berkait rapat dengan keupayaan seseorang dalam menjalankan
kehidupan sebagai Muslim.

Semua pihak perlu mengambil inisiatif dan peranan agar ilmu al-Quran dan qiraat berkembang dan
mencapai kepada tahap keberkesanan yang baik agar objektif pembelajarannya tercapai. Berikut
adalah saranan dan cadangan dari penyelidik bagi memperkasakan lagi bidang ilmu qiraat dari segi
penyelidikan dan pembelajaran:

a) Memperkenalkan asas pengenalan ilmu qiraat sebagai modul atau subjek matapelajaran
kepada pelajar-pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) oleh pihak kementerian.
b) Memperbanyakkan kajian ke atas kitab-kitab turath yang berkaitan kajian kualitatif oleh
pengkaji dan penulis tempatan kerana dapatan kajian kuantitatif banyak menunjukkan tahap
penguasaan ilmu qiraat masih lemah di kalangan masyarakat.
c) Memfokuskan kajian yang berupa terjemahan ilmu qiraat ke dalam bahasa Melayu oleh para
pengkaji agar dapat melengkapkan lagi rujukan bagi pelajar jurusan ilmu ini khususnya dan
masyarakat secara amnya. Cadangan ini turut disokong oleh Mohd Nadzri (2006) kerana
mendapati kekurangan bahan-bahan rujukan tentang qiraat dalam bahasa Melayu menjadi
punca kecetekan pengetahuan di kalangan masyarakat Islam Malaysia.

Rujukan

‘Atar, Nuruddin (1993). ‘Ulum al-Quran al-Karim. Cetakan pertama. Damshīq: Dār al-Ṣobah.

Abd Rahman Abd Ghani dan Zainora et al. (2012). Kurikulum Pengajian dan Permasalahan Qiraat di
KUIS: Kajian di Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat. Jurnal Pengajian Islam, Unit
Pembangunan dan Penyelidikan, Akademi Islam KUIS.

Abdul Fatah Abdul Malik dan Mohd Majid Konting (1993). Memahami Penyelidikan Pendidikan: Satu
Pengenalan. Serdang: Fakulti Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia.

Abdullah Hashim (2008). Bacaan Qiraat ‘Āṣim: Kajian Terhadap Guru-Guru Al-Quran Di Daerah
Melaka Tengah. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Falsafah.

Ahmad Najib Abdullah dan Nor Hazrul Mohd. Salleh (2014). Perkembangan Kajian Berkaitan Qiraat
al-Quran di Malaysia: Satu Tinjauan. Jurnal al-Basirah. Bil. (4): 222-234.

Al-Dumyāṭī, Shihāb al-Dīn Aḥmad bin Muḥammad bin Aḥmad bin ‘Abd al-Ghanī (1998). Ittiḥāf
Fuḍalā’
al-Bashar bī al-Qirā’āt al-Arba‘ah ‘Ashr. Bayrūt: Dār al-Kutub al-‘ilmiyyah.

Al-Fayrūz Abādī, Abu Ṭāhir Muḥammad (1998). Al-Qāmūs al-Muḥīt. Bayrūt: Mu’assasah al-Risālah.

Al-Qābisi, Abū al-Ḥasan ‘Ali Muḥammad Khalaf (1955). Al-Risālah al-Mufaṣṣolah li ahwāl al-
muta‘alimīn wa ahkām al-mu’allimīn wa al- muta‘alimīn. Qāherah: Dār Iḥyā’ al-Kutub al-
‘Arabiyyah.

Al-Qādī, Abd al-Fattāḥ (1995). Al-Budūr al-Zāhirah fī al-Qirā’āt al-‘Ashr al-Mutawātirah min ṭarīq al-
Shātibīyyah wa al-Durrah. Qāherah: Maktabah ‘Īsā al-Bāb al-Halabī.

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization
ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by http://WorldConferences.net 224
Ibn al-Jazarī, Shams al-Dīn Abī al-Khayr Muḥammad (1999). Munjid al-Muqri’in. Lubnān: Dār al-Kutub
al-‘ilmiyyah.

Jamā‘at Min Kibār al-Lughawiyyīn al-‘Arab (t.t), al-Mu‘jam al-‘Arabīy al-Asāsīy, Jāmi‘ah al-Duwal al-
‘Arabiyyah: al-Munazzamah al-‘Arabiyyat li al-Tarbiyyat wa al-Thaqāfah wa al-‘Ulūm.

Mohd Nadzri Mohd Khir @ Mt Akhir (2006). Qiraat Nāfi‘ Riwayat Qālūn: Satu Kajian Fonetik.
Universiti Malaya: Tesis Sarjana Falsafah.

Muhaisin, Muḥammad Sālim (1998). Al-Qirā’āt wa Atharuhā fī ‘Ulūm al-‘Arabiyyah. Bayrūt: Dār al-
Jayl.

Muhammad Hafiz Saleh, Abd Muhaimin Ahmad dan Norazman Alias. (2011). Keberkesanan
Mempelajari Ilmu Qiraat: Antara Harapan, Cabaran dan Penyelesaian Masalah. Seminar
Qiraat Peringkat Kebangsaan. 19-20 November. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences.
Muhammad Hana Pizi Abdullah (2007). Pengajian Al- Qirā’āt Di Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis
Agama Islam Kelantan: Suatu Kajian Terhadap Riwayat Shu‘Bah ‘An ‘Āṣim. Universiti Malaya:
Tesis Sarjana Falsafah.

Murshidi Abdul Hamid (2010). Surah Yasīn: Kajian Perbandingan Antara Qiraat Nāfi‘ Dan Qiraat ‘Āṣim
Riwayat Ḥafṣ. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Falsafah.

Sedek Ariffin (2008). Kaedah Bacaan Qiraat Hamzah: Kajian Di Darul Quran Kuala Kubu Baru,
Selangor. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Falsafah.

Wan Bakar Wan Dagang. (1994). Generasi al-Quran: Perancangan dan Pelaksanaannya. Seminar
Pendidikan al-Quran. Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri dan Maktab
Perguruan Islam, Bangi.

Zainora Daud dan Mustaffa Abdullah (2014). Keberkesanan Kurikulum Qiraat di Kalangan Pelajar
Darul Quran: Satu Tinjauan Awal. E - Journal of Arabic Studies And Islamic Civilization. 169-
180.

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization
ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized by http://WorldConferences.net 225

Anda mungkin juga menyukai