Anda di halaman 1dari 8

ABSTRAK

Penulisan ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui apakah yang

dimaksudkan dengan kurikulum berasas standard di Malaysia. Definisi

kurikulum menurut kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah

kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan

oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat

pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu

pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan

dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya.

Menurut pandangan Neagley & Evans, 1992; kurikulum bermaksud

semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah.

Selain itu, terdapat juga perbincangan pendapat dan pandangan pakar-

pakar mengenai kurikulum. Penulisan ini juga telah membincangkan

mengenai definisi kurikulum, pendapat dan pandangan pakar berserta

tokoh atau pengkaji berkaitan kurikulum. Antara lain, kajian ini juga

membincangkan tentang kurikulum secara umum di Malaysia. Terdapat

juga perbincangan secara umum mengenai kurikulum awal kanak- kanak

di Malaysia.
PENGENALAN

Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan

paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting

untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan.

Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan

pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai.

Dalam bentuk yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan

insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan

kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian.

Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses

kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu

seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran.

Dengan adanya ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan

dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya

di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan

datang.
DEFINISI KURIKULUM

Definisi kurikulum oleh kementerian Pendidikan Malaysia ialah kurikulum

merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah

sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu

rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai- nilai dan

norma, unsur- unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk

diperturunkan kepada ahli- ahlinya. Semua pengalaman yang dirancang dan

dikemukakan oleh pihak sekolah (Neagley & Evans, 1992). Semua pengalaman

pembelajaran yang diorganisasikan untuk pelajar- pelajar pada setiap peringkat

dalam institusi pendidikan. (Abdullah Mohd Noor & Ahmad Jaffin Hassan,

1992 dalam Zaini B. Abdullah, Falsafah dan Kurukulum Pendidikan). Terdapat

juga pendapat daripada beberapa pakar yang menyatakan bahawa kurikulum

sebagai usaha. Usaha menyeluruh yang dirancang oleh pihak sekolah untuk

membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditentukan.

(Inlow, 1976). Menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul pendidikan

dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian kritis dan boleh dikemukakan

dengan berkesan secara praktik. (Stenhouse, 1975).

Terdapat juga pendapat dari sesetengah pakar yang mendefinisikan

kurikulum sebagai rancangan di peringkat sekolah dan dalam bidang


pendidikan. Kurikulum ialah semua pembelajaran yang dirancang dan

dibimbing oleh sekolah. (Kerr, 1968 dalam Zaini B. Abdullah, Falsafah dan

Kurikulum Pendidikan). Kurikulum ialah rancangan yang menyediakan

kesempatan pembelajaran bagi memperoleh pelbagai tujuan menyeluruh dan

objektif spesifik yang berkaitan dengannya. Rancangan ini di bina oleh pusat

persekolahan untuk sesuatu populasi murid sekolah. (Saylor & Alexander,

1974). Selain itu, terdapat juga definisi yang menyatakan bahawa kurikulum

sebagai unsur kebudayaan. Kurikulum ialah pilihan daripada berbagai- bagai

unsur budaya yang terdiri daripada ciri sejagat, nilai am dan aspek khusus

sesuatu budaya. (Burtonwood, 1986).


KURIKULUM BERASAS STANDARD DI MALAYSIA

Kurikulum berasas standard di Malaysia ini merupakan salah satu program yang

dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum(BPK) untuk murid

tingkatan satu, program ini bermula sejak tahun 2017. Kurikulum Standard

Sekolah Menengah(KSSM) menggantikan (KBSM) yang digunakan dalam

sistem pendidikan Negara kita bermula tahun 1989 hingga tahun 2016.

Elemen merentas kurikulum (EMK) dalam KSSM merangkumi bahasa, sains

dan teknologi, pendidikan alam sekitar, patriotisme, nilai murni, keusahawanan,

kreativiti dan inovasi, teknologi maklumat dan komunikasi, pendidikan

keselamatan jalan raya, pendidikan kewangan, dan kelestarian global. Terdapat

tiga aspek kurikulum dalam pembaharuan KSSM. Pertama, penambahbaikan

kandungan kurikulum mengikut trend global dan tanda aras antarabangsa.

Kedua, aspek pedagogi iaitu menjurus kepada pendekatan pembelajaran secara

mendalam, kontekstual dan berkesan. Ketiga, perkembangan pembelajaran

murid yang ditaksir oleh guru secara berterusan (KPM, 2016). Pelaksanaan PBS

diteruskan di sekolah dan guru bertanggungjawab menjalankan pentaksiran

sekolah (PS) dengan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh LPM. Pentaksiran

sekolah melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan

pelbagai pendekatan dan strategi untuk mencapai PdP yang lebih berkesan dan
menarik. Selain itu, pentaksiran dilaksanakan menerusi penggunaan pelbagai

instrumen dan guru memberi pertimbangan profesional kepada murid bagi

menetapkan tahap penguasaan mereka semasa pentaksiran berlangsung. Guru

perlu merekod kemajuan murid dan menyediakan pelaporan tahap penguasaan

murid setelah selesai melaksanakan pentaksiran. Rekod ini bertujuan untuk

memberi maklumat sejauh mana tahap penguasaan murid kepada murid itu

sendiri, ibu bapa, pentadbir sekolah, dan pihak berkepentingan. Melalui standard

kurikulum berasas standard di Malaysia ini pula ialah ia mengintergrasikan

standard kurikulum ini dalam satu dokumen yang lengkap . Murid perlu

menguasai dan mempelajari ketiga-tiga standard ini yang merangkumi

pengetahuan, kemahiran dan nilai. Selain itu, DSKP bahasa Melayu

menggunakan pendekatan berbentuk modular dan mengaplikasikan

pembelajaran didik hibur di samping pentaksiran secara holistik untuk

mencungkil potensi murid. Secara tidak langsung, murid dapat meneroka

pelbagai bidang ilmu pengetahuan, memperkembangkan dan menilai keupayaan

penguasaan kemahiran berbahasa dengan berketerampilan dan kecekapan

berbahasa. Tujuan DSKP ini diwujudkan adalah untuk membantu memudahkan

guru melaksanakan pentaksiran dalam proses PdP. Semasa proses PdP dan

pentaksiran, guru hanya perlu merujuk kepada DSKP sahaja. Melalui kurikulum

baharu ini, guru akan mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui

Standard Pembelajaran. Standard pembelajaran adalah suatu penetapan kriteria


atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi

setiap standard kandungan.

Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang patut

diketahui dan dapat dilakukan oleh murid semasa persekolahan pada tempoh

masa yang ditetapkan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan

nilai. Menurut Robert S. Zais (1976), mengusulkan kurikulum sebagai kesatuan

yang tidak dapat dikesan tetapnya. Kesatuan ini terdiri daripada integrasi empat

komponen iaitu tujuan, isi, aktiviti dan penilaian. Tiap-tiap komponen

kurikulum berhubungan antara satu dengan yang lain seperti serpihan teka-teki

(puzzle) yang mesti dipadankan dengan tepat untuk mengeluarkan kurikulum

yang tidak dapat dilihat bentuknya. Model ini secara keseluruhannya

menunjukkan bahawa sistem logik dalaman kurikulum adalah berdasarkan

andaian falsafah yang menapis berbagai-bagai unsur dasar yang lain untuk

mempengaruhi kurikulum dan komponennya.

Menurut J.I Goodlad (1966), memberikan pandangan dengan

mengusulkan bahawa perancangan kurikulum dilakukan menerusi proses

penilaian dan pemerolehan yang bersifat rasional. Budaya terdiri daripada

pengetahuan melalui penyelidikan saintifik dan juga kebijaksanaan lazim iaitu

ilmu pengatahuan yang diketahui umum kerana telah diwarisi ataupun diperoleh

daripada penyelidikan. Nilai budaya diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan

sebagai matlamat pendidikan. Seterusnya matlamat pendidikan diperoleh dan


dinilai untuk dikemukakan sebagai objektif am pendidikan. Akhirnya objektif

am pendidikan diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai objektif

spesifik pendididkan. Bersama-sama dengan objektif am diadakan kesempatan

pembelajaran (KP) dan bersama-sama dengan objektif spesifik diwujudkan

pusat penyusun (PP). Pengetahuan sentiasa berkembang sehingga perlu

diajarkan kepada kumpulan demi kumpulan pelajar. Lantaran itu kurikulum

bergerak dinamik merentasi masa.

Anda mungkin juga menyukai