Anda di halaman 1dari 29

KULIAH 7

PEMIKIRAN KREATIF
OBJEKTIF
Di akhir sesi pelajar akan dapat :
• Menerangkan konsep kreativiti.
• Memahami kepentingan kreativiti
• Menghuraikan ciri-ciri orang yang kreatif
• Membincangkan proses berfikir kreatif.
• Menjelaskan halangan kreativiti.

2
KREATIVITI

• Kreativiti diperlukan dalam kehidupan


seharian.
• Ia menjana idea yang boleh
dimanfaatkan untuk tujuan komersial.
• Pemikiran kreatif diperlukan bagi
menerbitkan kemungkinan baru dari
segi idea dan penyelesaian masalah.

3
KREATIVITI
• Creativity is hard to define.
• There is no agreement on on a single
definition.
• Secara umum makna kreativiti yang konkrit
tidak dapat dikemukakan.
• Sidney W. Tiedt (1961) dalam bukunya
Creativity mendefinisikan kreativiti sebagai
suatu hasil cipta yang baru dan asli, sesuatu
yang memperlihatkan hubungan yang baru,
juga penggunaan imaginasi dan penerokaan.
4
KEPENTINGAN KREATIVITI
• Menonjolkan mental yang sihat
• Insan kreatif sentiasa berfikiran positif
• Meningkatkan potensi diri
• Membantu syarikat mencapai competitive advantage
dalam ekonomi global
• Menemui kaedah baru dan lebih baik untuk
menyelesaikan masalah
• Memperkasa proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P)
• Memperkaya pelbagai disiplin ilmu pengetahuan
• Membangunkan bangsa/masyarakat 5
PERBEZAAN DEFINISI

• Parkhurst (1999) membezakan definisi


kreativiti kepada 3 jenis:

• Orang yang kreatif


• Proses yang kreatif
• Produk yang kreatif

6
PERBEZAAN DEFINISI

- Orang yang kreatif


Dilihat sebagai mempunyai
kebolehan-kebolehan tertentu,
pencapaian atau traits personaliti.

7
CIRI-CIRI ORANG KREATIF
“ Vincent R. Ruggiero (1987) dalam bukunya
The Art of Thinking menjelaskan bahawa insan
kreatif mempunyai ciri-ciri berikut:
• Dinamik (Dynamic)
• Berani (Daring)
• Banyak Sumber (Resourceful)
• Rajin Bekerja (Hardworking)
• Berdikari (Independent)
8
CIRI-CIRI ORANG KREATIF
• Dinamik (Dynamic)
• tidak membenarkan sama sekali minda mereka
menjadi pasif dan menerima tanpa soalan.
• sentiasa ingin tahu tentang semua benda (curiosity)
• membenarkan aktiviti gila-gila untuk menghasilkan
idea yang pelbagai.

• Berani (Daring)
• sentiasa bersikap terbuka terhadap pengalaman.
• suka mengenalpasti dan mencabar sesuatu idea,
pandangan, kepercayaan dan kenyataan. 9
CIRI-CIRI ORANG KREATIF
• Banyak Sumber (Resourceful)
• berupaya untuk melihat keperluan kepada
penambahbaikan dan mencadangkan kaedah
untuk melaksanakan penambahbaikan
• seeing the good in the bad
• percaya bahawa sentiasa ada jalan untuk
menyelesaikan masalah
• berupaya untuk bertindak secara efektif dan
membentuk konsep yang dapat
menyelesaikan masalah.
10
CIRI-CIRI ORANG KREATIF
• Rajin Bekerja (Hardworking)
• Problems are solved by a commitment of
time and energy
• Mempunyai keazaman yang kuat untuk
berjaya tanpa memikirkan berapa banyak
usaha yang diperlukan dan peluang kejayaan.
• Seperti kata Thomas Edison, “Genius is 99
percent perspiration and 1 percent
inspiration”.
• Memberi sepenuh perhatian kepada apa yang
dilakukan. 11
CIRI-CIRI ORANG KREATIF

• Berdikari (Independent)
• Tidak memerlukan pandangan atau
pengesahan orang lain terhadap idea yang
dicetuskan.
• Tidak kisah dilabelkan sebagai pelik
• Berdikari menjadikan insan kreatif lebih
yakin dan bebas untuk bercakap dan
bertindak.
12
PERBEZAAN DEFINISI
• Proses yang kreatif
• Kreativiti merupakan satu proses mental
• Yang berhubung dengan penghasilan sesuatu
produk
• Contoh penyelesaian masalah, idea baru,
konsep, bentuk artistik, teori /produk yang unik
(Reber, 1985)
• Torrance (1988) – proses mengesan kesukaran,
masalah, jurang dalam maklumat, elemen yang
tidak lengkap; membuat andaian & membentuk
hipotesis; membuat ulangkaji & menguji semula;
& mengkomunikasikan hasilnya. 13
PROSES BERFIKIR KREATIF
▪ Sukar bagi kita untuk mengemukakan tahap atau
proses berfikir kreatif ini secara konkrit.
▪ Para pengkaji dan peneliti bidang kreativiti
mengemukakan banyak pendapat tentang ini.
▪ Pandangan yang paling popular dan paling
tradisional tentang tahap berfikir kreatif ialah yang
dikemukakan oleh Graham Wallas (1926) dalam
bukunya The Art of Thought.
▪ Beliau merumuskan bahawa proses berfikir kreatif
melibatkan 4 langkah:
• Persediaan (preparation)
• Pengeraman (incubation)
• Iluminasi (illumination)
• Verifikasi (verification) 14
MODEL KREATIVITI WALLAS
• PERSEDIAAN
• Di peringkat ini, pemikir mengumpul segala
pengetahuan, bahan, maklumat untuk
memahami dan menjelaskan masalah “sebenar”
yang wujud atau produk yang hendak dihasilkan.
• Segala maklumat dan sumber relevan diterokai,
dipilih dan dinilai untuk memikirkan kesesuaian
penyelesaian.
• Pemikir menumpu kepada ideanya.
• Meneroka dan mengenalpasti implikasi, bahan dll
(making the strange familiar). 15
MODEL KREATIVITI WALLAS
• PENGERAMAN
• Tahap ini berlaku pada tahap aktiviti mental bawah sedar,
tidak sedar, dan hampir sedar.
• Pemikir masih lagi kabur tentang “apa” yang hendak
dihasilkan. Pemikir membuat refleksi.
• Tempoh pengeraman tidak menentu lamanya. Peluang
kejayaan kelihatan terhad.
• Di peringkat ini terdapat dua perkara yang berlaku pada
pemikir.
• Yang positif ialah pemikir mencari bahan, mengkaji,
menganalisis dan memikirkan masalahnya secara sedar
dan secara sukarela semasa jogging, menonton
televisyen, main golf dll.
• Yang negatif mungkin pemikir tidak mahu memikirkan
16
masalahnya secara sedar.
MODEL KREATIVITI WALLAS
• ILUMINASI
• Pengalaman “Aha!” atau “Eureka”.
• Peringkat iluminasi dianggap sebagai puncak proses
kreativiti.
• Di peringkat ini, pemikir dapat merubah persepsinya,
mendapat kombinasi idea baru atau satu transformasi
yang menghasilkan penyelesaian atau jawapan yang
memuaskan.
• Iluminasi datang di luar jangkaan pemikir. Pemikir
merasai keseronokan, penuh semangat dan kepuasan
kerana dapat menghasilkan idea /mencari
penyelesaian yang dikehendaki. 17
MODEL KREATIVITI WALLAS
• VERIFIKASI
• Proses menyemak idea atau jawapan yang
dihasilkan. Kemungkinan menghasilkan Eureka yang
tidak berguna.
• Di peringkat ini, produk yang sudah siap dihasilkan
akan disemak dan dinilai oleh pemikir.
• Penilaian oleh pakar atau orang berkepentingan
juga mungkin dilakukan bagi mengesahkan
kesesuaian penyelesaian atau kualiti produk dan
mencadangkan pindaan.
• Sekiranya idea yang dijanakan tidak boleh diguna
atau diterima, pemikir akan balik ke tahap
persediaan dan pengeraman. 18
PERBEZAAN DEFINISI
- Produk yang kreatif
• Ciri utama ialah dalam novelty.
• Produk itu mestilah amat berbeza
daripada produk yang sebelumnya.
• Contoh: “Fastskin” swimsuit oleh
Speedo pada 1996.

19
PRODUK YANG KREATIF
- Cyndi Kaplan menyatakan kreativiti
digunakan untuk menghasilkan dan
mengembangkan produk, perkhidmatan,
pasaran, pembungkusan, promosi,
pengiklanan dan penyelesaian masalah.

20
APLIKASI KREATIVITI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

• Adalah penting guru merancang kurikulum & unit-unit


pelajaran untuk memberi jumlah pengetahuan
mencukupi kepada pelajar supaya mereka sedia
menggunakanya apabila diperlukan.
• Langkah meningkatkan kreativiti pelajar:
• Meningkatkan knowledge base pelajar
• Memberi kebebasan kepada pelajar untuk belajar
melalui cubaan (trial & error)
• Menyediakan masa untuk buat eksperimen
• Mengajar pelajar bagaimana mengguna
kemahiran pemikiran kreatif 21
HALANGAN KREATIVITI
• Dalam kreativiti kebolehan menkonsepsikan
sesuatu idea adalah sangat penting.
• Terdapat 4 jenis halangan kreativiti (Adams,
1986):
• Halangan persepsi
• Halangan emosi
• Halangan budaya & persekitaran
• Halangan intelektual & komunikasi

22
HALANGAN PERSEPSI
• Jenis halangan yang menghalang seseorang daripada
mempersepsikan masalah /maklumat yang diperlukan
untuk menyelesaikan masalah tersebut – kita buat
andaian bahawa kita sudah tahu sesuatu.
• Melihat apa yang diharapkan sahaja – stereotyping
• Tidak boleh membezakan masalah
• Kecenderungan menetapkan batasan kepada sesuatu
masalah
• Tidak dapat melihat masalah dari pelbagai perspektif
• Ketepuan minda
• Kegagalan mengguna kesemua input sensori
23
HALANGAN EMOSI
• Perasaan marah, takut, bimbang dan benci boleh membunuh
idea-idea kreatif – boleh menganggu pemikir dan juga
penerima
• Takut membuat kesilapan/ gagal/ ambil risiko
• Tidak dapat bertoleransi terhadap ketidakpastian (terlalu
pentingkan keselamatan diri)
• Lebih suka menilai/ menghakim idea daripada menjanakan
idea
• Tidak dapat relaks, (mengeram’ & ‘sleep on it’)
• Kurang cabaran (masalah gagal mengekalkan minat
seseorang) lawan terlampau komited pada awalnya (hendak
berjaya dengan cepat/ overmotivation to suceed quickly)
• Tidak dapat membezakan realiti daripada fantasi. Walaupun
imaginasi adalah penting untuk pemikiran kreatif tetapi
24
imaginasi juga perlu dikawal supaya tidak lari daripada realiti.
HALANGAN BUDAYA &
PERSEKITARAN
Budaya:
• Taboo /kepercayaan karut/ pantang larang
• Tiada humor dalam penyelesaian masalah (Orang
serius tidak membenarkan orang lain berjenaka
semasa menyelesaikan masalah)
• Mementingkan penaakulan berbanding intuisi
• Pemikiran logikal lebih penting daripada imaginasi
• Sains lebih penting daripada seni dan sastera
• Mengekalkan tradisi lebih penting daripada
merubah
25
HALANGAN BUDAYA &
PERSEKITARAN
Persekitaran:
• Persekitaran tidak menyokong
kreativiti
• Menerima kritikan yang banyak
• Ketua autokratik

26
HALANGAN INTELEKTUAL &
KOMUNIKASI
Intelektual
• Kelengkapan intelek /mental kurang menyebabkan
pilihan taktik/ strategi mental untuk menyelesaikan
masalah tidak mencukupi
• Tidak ada fleksibiliti dalam penggunaan strategi
• Orang intelektual tidak mudah percaya kepada
arahan mudah. Mereka sering mencurigai
sekiranya idea/cadangan penyelesaian itu terlalu
mudah.

27
HALANGAN INTELEKTUAL &
KOMUNIKASI
Komunikasi
• Kekurangan maklumat betul atau menerima maklumat
salah
• Kekurangan kebolehan komunikasi
• Kurang kebolehan menyampaikan idea bukan sahaja
kepada yang lain tetapi kepada diri sendiri juga.
• Kemahiran bahasa tidak mencukupi untuk menyata dan
merekod idea (secara verbal, visual, muzik dll)
• Pemikiran visual adalah efektif untuk penyelesaian
masalah berkaitan bentuk, rajah, corak – berguna bagi
membentuk konsep.
28
RUMUSAN
• Kreativiti merupakan keupayaan menghasilkan sesuatu
yang baru melalui penggabungan pengetahuan dan
imaginasi tanpa memerlukan intelek istimewa atau IQ yang
tinggi.
• Kreativiti digunakan untuk menghasilkan dan
mengembangkan produk, perkhidmatan, pasaran,
pembungkusan, promosi, pengiklanan dan penyelesaian
masalah.
• Terdapat empat ciri-ciri orang yang kreatif iaitu dinamik,
berani, banyak sumber, rajin bekerja dan berdikari (Vincent
R. Ruggiero, 1987).
• Proses berfikir kreatif melibatkan empat langkah iaitu
persediaan, pengeraman, iluminasi dan verifikasi (Graham
Wallas, 1926).
• Halangan kreativiti terdiri daripada halangan persepsi,
halangan emosi, halangan budaya dan persekitaran serta
halangan intelektual dan komunikasi . 29

Anda mungkin juga menyukai