Anda di halaman 1dari 10

MRSM KEPALA BATAS

Folio
LARI
BERHALAN
G
Nama : Khairul Azwari Bin Adnan
Kelas : 501
No. Maktab : 12354
Homeroom : Diamond 5
[FOLIO LARI BERHALANG] Tingkatan 5

Sejarah Lari berhalang


Lari berhalang atau steeplechase adalah salah satu acara balapan. Lari
berhalang adalah gabungan beberapa acara seperti lari jarak jauh , lari
berpagar dan lompatan air. Acara lari berhalang banyak dipertandingkan
dalam kebanyakan pertandingan olahraga sama ada di peringkat
kebangsaan atau antarabangsa.
[FOLIO LARI BERHALANG] Tingkatan 5

Asas lari berhalang

 Pakaian
Atlet dalam acara lari berhalang mesti memakai pakaian yang
sesuai dengan acara tersebut. Atlet juga perlu memakai kasut
spike yang diperbuat daripada bahan yang mudah kering dan
selesa untuk berlari.

 Pagar
Halangan pagar perlu berada dalam kawasan larian dan
berkeadaan stabil. Ukuran bagi pagar lompatan di trek larian
mestilah berkeadaan stabil. Ukuran bagi pagar yang berada di
lompat air adalah sama. Dalam acara 3 000 meter lari berhalang ,
seseorang atlet mesti berlari sebanyak tujuh setengah pusingan
dengan melepasi 28 halangan berpagar dan tujuh halangan
lompat air.

 Kolam untuk lompatan air


Bentuk kolam untuk lompatan air ialah segi empat sama dengan
ukuran setiap sisi 3.66 meter. Paras permukaan air perlu hampir
sama dengan permukaan trek. Kolam air dibina di luar atau di
dalam kawasan balapan.

 Jarak larian
Jarak larian acara lari berhalang ialah 3 000 meter. Kedudukan
kolam air yang berbeza menyebabkan trek larian dipendekkan
atau dipanjangkan. Sekiranya kedudukan kolam air di luar trek ,
trek larian dipendekkan kepada 390 meter untuk lompatan. Jika
kolam untuk lompatan air berada di dalam trek pula , trek larian
dipanjangkan kepada 410 meter.
[FOLIO LARI BERHALANG] Tingkatan 5

Kedudukan halangan Balapan Balapan


390 m 410 m
 Jarak dari permulaan ke 270 m 130 m
pagar pertama (setengah
pusingan)
 Pusingan pertama ke pagar 10 m 10 m
pertama
 Dari pagar pertama ke 78 m 82 m
pagar kedua
 Dari pagar kedua ke pagar 78 m 82 m
ketiga
 Dari pagar ketiga ke lompat 78 m 82 m
air
 Dari lompat air ke pagar 78 m 82 m
keempat
 Dari pagar keempat ke 68 m 72 m
garisan penamat
[FOLIO LARI BERHALANG] Tingkatan 5

KEMAHIRAN
Kemahiran lari berhalang melibatkan larian jarak jauh , lari berpagar dan
lompatan air.

Teknik lari berpagar

Terdapat dua kaedah untuk melepasi halangan berpagar , iaitu :

 Kaedah lompat pagar


 Kaedah lari berpagar

1. Kaedah lompat pagar

Atlet perlu memijak pagar sebelum melompat untuk melepasi


halangan.

Teknik kaedah lompat pagar :-

1. Lonjak dengan kaki dominan.


2. Ayun tangan semasa melompat.
3. Pijak bahagian atas pagar.
4. Kekalkan badan dalam posisi yang rendah. Lonjak dari pagar.
5. Mendarat atas bebola kaki hadapan.
6. Semasa mendarat , posisi badan dilajakkan ke hadapan.
[FOLIO LARI BERHALANG] Tingkatan 5

2. Kaedah lari berpagar

Kaedah ini sama seperti larian 400 meter lompat berpagar. Pelari tidak
memijak halangan berpagar tetapi terus melompar pagar tersebut.

Teknik lari berpagar :-

1. Lari terus ke arah halangan berpagar.


2. Ayun kaki hadapan dengan pantas ke posisi mendatar.
3. Luruskan kaki hadapan sambil condongkan sedikit badan hingga
rapat dengan kaki hadapan.
4. Tarik kaki belakang supaya berada di sebelah badan.
5. Semasa melepasi pagar , paha perlu selari dengan trek. Sudut di
antara paha dan betis lebih kurang 90 darjah (ibu jari kaki belakang
menghala keluar).
6. Mendarat dengan bebola kaki hadapan.
[FOLIO LARI BERHALANG] Tingkatan 5

Lompat air

Kemahiran lompat air adalah salah satu kemahiran yang mesti dikuasai
oleh atlet bagi memastikan kelancaran larian semasa melompat
melepasi kolam lompatan air.

Teknik lompatan air :-

1. Tambahkan kelajuan larian ketika berada pada jarak 10 meter


hingga 15 meter sebelum pagar.
2. Lonjak dengan kaki dominan dan kaki belakang di bawa ke
hadapan untuk memijak pagar halangan.
3. Bengkokkan kaki untuk memijak pagar. Elakkan daripada berdiri
tegak di atas pagar.
4. Rendahkan posisi badan untuk stabiliti.
5. Kaki belakang di bawa ke hadapan.
6. Lonjak dari pagar halangan.
7. Luruskan kaki dominan dan mendarat di hujung kawasan kolam
untuk lompatan air. Kawal imbangan badan ketika mendarat dan
teruskan larian.
[FOLIO LARI BERHALANG] Tingkatan 5

Ansur maju lari berhalang

Kemahiran lari berhalang boleh dikuasai dengan latihan bersistematik.


Latihan ini menggabungkan lompatan melepasi peti lombol dan dua
halangan pagar untuk memahirkan kita dengan teknik lompatan. Kita
boleh menganggarkan kelajuan dan jarak larian yang sesuai sebelum
melompat melepasi peti lombol dan halangan pagar.

Teknik ansur maju kemahiran melepasi halangan

1. Letak peti lombol berhampiran pasir mendarat untuk acara lompat jauh.
2. Letak dua pagar untuk acara lompat pagar kira-kira tiga meter dari peti
lombol.
3. Mula-mula lompat pagar pertama dan kedua , kemudian lompat peti
lombol. Pastikan peti lombol berkedudukan stabil dan permukaan
atasnya tidak berpasir.
4. Ulang larian sehingga empat atau lima pusingan tanpa henti.
[FOLIO LARI BERHALANG] Tingkatan 5

Undang-undang dan peraturan

Undang-undang dan peraturan pertandingan lari berhalang perlu dipatuhi


untuk mengelakkan larian dibatalkan. Antara peraturan dan undang-
undang lari berhalang , ialah :

1. Tidak mengganggu atau dengan sengaja menghalang pelari lain

semasa pertandingan.

2. Semua peserta mesti melompat atau mengharung air.

3. Larian dibataklan sekiranya peserta melompat ke kiri atau ke

kanan pagar atau meleretkan kaki di luar pagar.


[FOLIO LARI BERHALANG] Tingkatan 5

Keselamatan

Antara aspek keselamatan yang perlu dipatuhi dalam acara lari berhalang
adalah seperti yang berikut :
 Memastikan halangan pagar kukuh , stabil dan mampu
menampung berat atlet. Jika permukaan halangan telah rosak dan
boleh menyebabkan atlet tergelincir , gantikan dengan yang baru.
 Memastikan atlet tidak berlari terlalu hampir di belakang atlet lain
apabila menghampiri halangan pagar. Atlet digalakkan berlari di
sisi supaya dapat melihat halangan dengan jelas.
 Memastikan permukaan kolam untuk lompatan air diperbuat
daripada bahan konkrit , ditutupi dengan alas lembut atau
permukaan getah. Hal ini penting agar kasut spike atlet dapat
mencengkam dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai