Anda di halaman 1dari 32

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN

KEBANGSAAN VERSI 2018 (NPQEL 2.0)

PELAPORAN PERANTISAN 2
AZIZAH BINTI HASHIM
MISI
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

VISI
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
ISI KANDUNGAN

1. Analisis Persekitaran Borang P2-1

2. Matriks Tows/Pemilihan Inisiatif/Strategi Borang P2-2

3. Pemilihan Inisiatif/Strategi Berdasarkan Keutamaan/ Pemberatan Borang P2-3

4. Pelan Intervensi Perantisan 2 Borang P2-4

5. Refleksi BorangP2-5

6. Pelaporan Mingguan BorangP2-6

7. Format Pembentangan Perantisan 2 BorangP2-7

8. Senarai Semak Pemeringkatan Kompetensi Peserta (oleh Mentor) BorangP2-8

9. Senarai Semak Pemeringkatan Kompetensi Peserta (olehPenyelia) Borang P2-9

10. Log Kehadiran Perantisan 2


Borang P2-1
ANALISIS PERSEKITARAN

Nama Peserta: AZIZAH BINTI HASHIM No.Kad Pengenalan: 711002016446


Ambilan: 2 Tahun: 2018 Kumpulan: SRBE 6
Nama Sekolah Perantisan 2: SK.BATU ANAM,SEGAMAT

Arahan : Borang analisis persekitaran ini mestilah dilengkapkan oleh peserta berasaskan data dan maklumat

ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN ISU


KEPIMPINAN
BERKESAN 1. Guru besar 1. Tiada penyediaan 1. PIBG komited 1.Lokasi Penyelenggaraan
berpengalaman Perancangan sekolah kerosakan harta
(Rujuk SKKSM: lebih 30 tahun strategik jangka 2. 50% penjaga sebagai pusat benda sekolah
panjang. berpendapatan kegiatan
Pengurusan organisasi 2. UPSR 2017 RM3000 ke atas sukan MSSK,
Pengurusan Kurikulum 91.4% 2. GPK pengalaman MSSD
3. Kehadiran purata kurang 3 tahun menyebabkan
Pengurusan HEM sekolah 94% kerosakan
Pengurusan Kokurikulum 4. Kejayaan 3. Kewangan - kerap berlaku
kokurikulum memuaskan seperti
Pengurusan kewangan) peringkat negeri- tandas,pokok-
kawad kaki, story pokok bunga,
telling, sukan dinding
p.khas
PESEKITARAN, .
PENGAJARAN DAN 1. Rintis PAK 21 1. Kelas pra kurang 1. Sic+ dan SIP 3. 20% tahun 1 Kemahiran
PEMBELAJARAN 2. 2 kelas pra sedangkan 2. Fasi-LINUS tidak membaca Tahun 1
BERMAKNA 3. 1 kelas P.Khas permintaan tinggi bersekolah Mawar 24/24
4. Bilangan kelas pra/tadika LINUS
perdana 2. Kelas Pendidikan
(Rujuk SKKSM :
mencukupi Khas menumpang
Pengurusan Kurikulum kelas pra
5. Guru opsyen
Pengurusan HEM
cukup 3. Tahun 1 Mawar
Pengurusan Kokurikulum 24/24 orang murid
masih tidak tahu
ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN ISU
Pengurusan Fizikal) membaca
GURU BERKUALITI

(Rujuk SKKSM: 1. Guru pemeriksa 2.Pelaksanaan PLC kurang Sokongan guru pakar Kursus yang 50 % guru kurang
B.I seorang sekolah jiran dianjurkan oleh PPD mengamalkan
Pengurusan organisasi 2.Attitude guru novis tidak menepati Pak21 dalam Pdpc
Pengurusan Sumber Manusia; 2. 33/38 ijazah dengan keperluan
guru
Pengurusan Kurikulum 3. 35/38
Pengurusan HEM pengalaman lebih
5 tahun
Pengurusan Kokurikulum
Pengurusan Fizikal)
.
1. AJK PIBG Kehadiran ibu bapa dalam Ibu bapa sibuk bekerja Masih ada ibu bapa Kehadiran PIBG
komited setiap program sekolah berhutang bayaran dalam setiap
tidak mencapai 100% alatulis dan peralatan program tidak
2. Lokasi SKBA sekolah. memuaskan
Sokongan PIBG & strategik
Komuniti berdekatan
dengan
PULAPOL,balai
polis,klinik,
masjid jame Batu
Anam

Melalui analisis SWOT yang dikaji terdapat beberapa isu kritikal yang perlu diberi perhatian serius antaranya penyelenggaraan harta benda sekolah
setiap kali selepas menjadi tuan rumah disetiap acara kejohanan sukan MSSD dan MSSK , Amalan PAK 21 di kalangan guru yang masih lemah, kehadiran
ibu bapa yang kurang dalam setiap program dan yang paling penting dan perlu diberi perhatian ialah masalah Kemahiran membaca 24/24 orang murid Tahun
1 Mawar yang begitu membimbangkan.

Setelah mengenal pasti masalah SK.Batu Anam , mesyuarat bersama jawatankuasa kemajuan sekolah memutuskan isu Kemahiran membaca tahun 1
Mawar perlu diberi keutamaan dan perlu diambil tindakan segera agar murid ini dapat melepasi saringan LINUS yang akan berakhir pada 14 September
2018. Ini kerana sekiranya masalah membaca ini tidak diatasi segera akan membawa kepada kesan jangka panjang bukan sahaja menyebabkan pencapaian
peratusan menguasai setiap tahun akan terjejas sehingga UPSR kelak bahkan akan menyebabkan motivasi diri murid itu sendiri akan jatuh dan akhirnya
mereka tidak minat untuk hadir ke sekolah.Ini akan membawa kepada keciciran dan masalah kehadiran yang serius kepada sekolah.

Berdasarkan tulang Ishikawa terdapat 5 punca utama yang menyebabkan kelemahan membaca murid LINUS iaitu disebabkan oleh faktor manusia
yang diwakili oleh ibu bapa yang sibuk bekerja dan kurang memberi bimbingan untuk membaca dirumah selain sebahagian besar ibu bapa menyerahkan
tanggungjawab kepada nenek dan datuk sebagai penjaga.Latar belakang pendidikan yang rendah juga menyebabkan penjaga kurang pengetahuan untuk
membimbing. Sikap guru yang sambalewa mengajar yang mungkin disebabkan kurang kemahiran atau tidak berminat mengajar tahun 1 juga mempengaruhi
faktor murid lemah ditambah lagi dengan sikap murid itu sendiri yang tidak berminat untuk belajar.

Faktor seperti bahan yang terhad dan juga tiada modul khas untuk latih tubi murid membaca juga menyebabkan murid bosan dan tidak gemar
membaca.Murid memerlukan bahan yang sesuai mengikut tahap perkembangan kemahiran maka saya telah menyusun Modul Khas untuk digunakan oleh
murid mengikut konstruk. Peralatan seperti ICT tidak digunakan maka saya telah mengambil inisiatif menggunakan Zoom A iaitu pembelajaran interaktif
menggunakan Frog vle.Budaya persekitarann sekolah perlu mewujudkan sudut LINUS juga mampu menarik minat murid LINUS kerana murid dapat belajar
di mana sahaja di sekitar sekolah. Kaedah guru yang mengamalkan cara lama tidak memberi keseronokan maka kaedah PAK21 perlu diamalkan agar murid
sentiasa aktif dan melibatkan diri secara aktif setiap pdpc.
Borang P2-2
Merujuk Elemen Bidang Keberhasilan intervensi, nyatakan

Isu : KELEMAHAN MEMBACA MURID LINUS


Matlamat : Meningkatkan kemahiran membaca dengan lancar konstruk 1 hingga konstruk 12
MATRIKS TOWS/PEMILIHAN INISIATIF/STRATEGI
KEKUATAN (STRENGTH) KELEMAHAN (WEAKNESS)
1. Guru besar berpengalaman lebih 30 tahun 1. Tahun 1(1 kelas/) 23/24 orang murid tidak
2. UPSR 2017 91.4% boleh membaca.
DALAMAN 3. Kehadiran murid mencapai 94%
4. Rintis PAK 21 2. Kewangan - memuaskan
5. 2 kelas pra 3. Kelas pra kurang sedangkan permintaan
6. 1 kelas P.Khas tinggi
LUARAN 7. Bilangan kelas perdana mencukupi
8. Guru opsyen cukup 4. Kelas Pendidikan Khas menumpang kelas
9. Guru pemeriksa B.I seorang pra
10. 33/38 ijazah
11. 35/38 guru pengalaman lebih 5 tahun
12. Kejayaan kokurikulum peringkat negeri-
kawad kaki, sukan p.khas,story telling
PELUANG (OPPORTUNITIY) S+O W+O
1. AJK PIBG komited S1+ S8 + O3 + O4 W1+O1+O3+O4
2. Lokasi SKBA strategik berdekatan dengan S1.Membina jaringan khidmat kepakaran S3. Meningkatkan kemahiran
PULAPOL,balai polis,klinik, masjid jame Batu guru sekolah jiran dan bimbingan Sic+,Fasi Linus membaca murid tahun 1
Anam
3. Sic+ dan SIP,Fasi-LINUS S4. Meningkatkan kemahiran PAK21
4. Sokongan guru pakar sekolah jiran di kalangan guru dalam pdpc
ANCAMAN (THREATS) / CABARAN S+C/T W+C/T
(CHALLENGE)
1.20% tahun 1 tidak bersekolah pra/tadika S1+S8+T2+T3 W1+W2+W3
2. 30% ibu bapa berpendapatan RM1000 ke
bawah. Ibu bapa sibuk bekerja S2. Meningkatkan kesedaran ibu bapa S5. Meningkatkan sokongan komuniti
3. Kehadiran ibu bapa dalam setiap untuk memberi perhatian dan bimbingan melalui jalinan dengan tokoh tempatan
program sekolah tidak mencapai 100%
kepada anak-anak dan korporat
Strategi 1 S1- Membina jaringan khidmat kepakaran guru sekolah jiran dan bimbingan Sic+,Fasi Linusi
Strategi 2 S2- Meningkatkan kesedaran ibu bapa untuk memberi perhatian dan bimbingan kepada anak-anak
S3- Meningkatkan kemahiran PAK21 di kalangan guru dalam pdpc
Strategi 3
S4- Meningkatkan kemahiran membaca murid tahun 1
Strategi 4

Strategi 5 S5-Meningkatkan sokongan komuniti melalui jalinan dengan tokoh tempatan dan korporat

Setelah mengenalpasti punca isu murid tahun 1 Mawar lemah membaca, saya telah membina Matrik TOWS untuk menjana strategi berdasarkan kekuatan
dan kelemahan yang diperolehi melalui SWOT. Terdapat 5 strategi yang terhasil untuk membina program intervensi.(seperti di atas)
Borang P2-3

PEMILIHAN INISIATIF/STRATEGI BERDASARKAN KEUTAMAAN/ PEMBERATAN

Menggunakan skala likert 1 – Amat rendah 2 – Rendah 3 – Sederhana


4 – Tinggi 5 – Amat Tinggi

BIL KRITERIA PEMILIHAN STRATEGI 1 STRATEGI 2 STRATEGI 3 STRATEGI 4 STRATEGI 5


1 Tahap kebolehlaksanaan Proses kerja 3 3 2 5 5

2 Kompetensi staf yang bertanggungjawab 3 4 3 5 4

3 Sumber kewangan dan kos pembiyaaan berhemah 3 3 4 3 5

4 Kemudahan infrastruktur dan peralatan/kelengakapan 3 3 3 4 5

5 Andaian keupayaan mengatasi halangan 3 3 3 4 4


Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk 2 3 3 4 4
6
mencapai objektif, matlamat/isu, misi dan visi
7 Akur kepatuhan dengan mandat/arahan 3 3 3 5 4

8 Rekod keberkesanan yang lepas 2 3 3 4 3


9 Kesesuaian dengan persekitaran terkini 3 4 4 4 5

Jumlah Skor 25 29 28 38 39

Keputusan Keutamaan Strategi 5 3 4 2 1


SENARAI INISIATIF/STRATEGI MENGIKUT KEUTAMAAN

1. Strategi S5-Meningkatkan sokongan komuniti melalui jalinan dengan tokoh tempatan dan korporat
2. Strateg S4- Meningkatkan kemahiran membaca murid tahun 1
3. Strategi S2- Meningkatkan kesedaran ibu bapa untuk memberi perhatian dan bimbingan kepada anak-anak
4. Strategi S3- Meningkatkan kemahiran PAK21 di kalangan guru dalam pdpc
5. Strategi S1- Membina jaringan khidmat kepakaran guru sekolah jiran dan bimbingan Sic+,Fasi Linus

Melalui Matrik keputusan menunjukkan Strategi ke 5 berada ditempat pertama dan perlu diberi keutamaan tetapi mengambil kira kepada realiti
semasa dan hasrat sekolah untuk memastikan semua murid tahun 1 menguasai dan melepasi saringan linus yang akan dijalankan sehingga 14 September
selain disebabkan masa untuk saya menjayakan program perantisan yang begitu terhad maka melalui mesyuarat dan sumbang saran
penjajajaran semula dibuat dan ahli mesyuarat memutuskan untuk memilih strategi ke 4 iaitu meningkatkan kemahiran membaca murid Tahun 1
Mawar dengan kadar segera.

JUSTIFIKASI PEMILIHAN PROGRAM SINAR GEMILANG ANAKKU


Keputusan penjajaran semula memilih strategi ke 4 berdasarkan justifikasi berikut:
1. Melalui data LINUS murid tahun 1Mawar 24/24 orang murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Ini amat menyukarkan guru mata
pelajaran yang lain kerana mereka sentiasa memerlukan bimbingan untuk memahami , membuat latihan dan tugasan lain
2. Masalah membaca menyebabkan pencapaian dalam ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun 1M kurang 50% menguasai. Ini kerana murid.
tidak dapat membaca arahan untuk menyelesaikan masalah ataupun menjawab soalan secara bertulis.
3. Kekurangan bahan bacaan mengikut perkembangan dan kemahiran konstruk menyebabkan murid bosan untuk belajar maka saya telah menyediakan
Modul Bacaan Sinar Gemilang Anakku untk memudahkan guru membimbing dan murid membaca mengikut tahap.
4. Masalah LINUS adalah masalah serius dan perlu diatasi segera agar tidak berpanjangan dan memberi kesan jangka panjang ketika murid itu akan
menghadapi peperiksaan UPSR kelak kerana ini akan menjejaskan prestasi sekolah.
KEKUATAN DAN KELEMAHAN STRATEGI

BIL STRATEGI KEKUATAN KELEMAHAN


1 Meningkatkan kemahiran membaca i.Guru-guru yang berpengalaman dan komited dapat i. Tidak semua ibu bapa berpengetahuan
murid tahun 1
memberi kerjasama yang baik untuk menjayakan program dan berkemahiran untuk membimbing di
ii. Penggunaan Modul Sinar Gemilang yang mudah rumah menggunakan modul yang
mengikut konstruk memudahkan guru memberi disediakan.
bimbingan berterusan. ii. Sikap murid sendiri yang tidak berminat
iii.Masa untuk menjayakan program singkat dan untuk belajar.
berterusan sehingga di rumah.
iv.Memberi peluang kepada murid mengenal potensi diri
sendiri supaya tidak jauh ketinggalan dari murid lain.
v.Memperkasakan PLC di kalangan guru melalui program
Sinar Gemilang Anakku.
vi.Menggalakkan pelibatan ibu bapa untuk membantu
pencapaian penguasaan membaca anak-anak.

2 Membina jaringan khidmat kepakaran i.Adanya jurulatih daerah dan pegawai SIC+ yang mudah i. Kesibukan pegawai dengan jadual
guru sekolah jiran SIC+ dan Fasi dihubungi dan boleh memberi kerjasama program lain akan menjejaskan kelancaran
linus program.

3 Meningkatkan kemahiran PAK 21 i.Sekolah perantisan sendiri merupakan sekolah rintis i.Kurang kemudahan contohnya ICT yang
guru dalam Pdpc PAK21. mana talian internet yang terhad, bahan
ii.Guru-guru mata pelajaran Tahun 1 Mawar sediaada yang terhad dan tidak mencukupi.
15/15 mempunyai pengetahuan PAK21 ii. Tidak semua mahir dengan amalan
iii. Budaya PLC dapat dimantapkan melalui bimbingan PAK21.
rakan sebaya.
4 Meningkatkan kesedaran ibu bapa i.Memberi peluang mengeratkan hubungan antara anak- i.Sebahagian besar murid ditinggalkan dan
memberi bimbingan kepada anak- anak dan ibu bapa. dibesarkan oleh datuk dan nenek.
anak ii.Latar belakang keluarga yang bermasalah
dan sering tidak hadir untuk menjayakan
program sekolah.
iii.Ibu bapa/penjaga sibuk bekerja taiada
masa hadir ke sekolah.
5 Meningkatkan sokongan komuniti dan i.Membina jalinan antara pemimpin setempat dan i. Perubahan pucuk pimpinan melibatkan
jalinan dengan pemimpin setempat korporat menghulur kerjasama dalam bentuk sokongan penstrukturan semula di peringkat
dan tokoh korporat moral dan dana. kepimpinan setempat./kampung. Ketua
kampung belum dilantik.
ii.PIBG kurang pro aktif dan mengharapkan
gruru-guru untuk menggerakkan program
Untuk memastikan program yang dirancang berjalan lancar dan mencapai impak yang dihasratkan PinTas dibina
Borang P2-4

PELAN INTERVENSI PERANTISAN 2

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Kriteria Dapata
Bidang Data Pihak
Bidang TOV Kejayaan Kaedah Tempo Keperluan n
Keberhasilan Dikump Inisiatif Evidens Bertanggun Kos
Fokus Baseline (ETR / Pemantauan h Masa Sumber Penilaia
/ Aspirasi ul g Jawab
Indikator) n

Persekitaran Data Pedagogi Data LINUS 24/24 orang a. Program Sinar a. Soal selidik a.PBD Penyelaras 1 minggu Kos
Pengajaran LINUS dan 24/24 murid murid dapat Gemilang .Student voice 14/24 Linus 15/24 RM
24/24 pentaksira tidak lancar menguasai Anakku-Modul – 83.3% murid Modul murid 200
dan murid n membaca kemahiran Bimbingan khas murid dapat mencapai Penyelaras
pembelajaran mengua
tidak membaca yang digunakan menguasai TP 3 PBD MLT
bermakna lancar 1.1 Linus konstruk 1- dalam kelas dan modul sai Bahan
membaca 12 bersambung di 6/24 murid Guru mata Ketua modul Modul
1.2 rumah untuk TP 2 pelajaran panitia
Data PBD Elemen Data PBD 20/24 murid disemak dan b.Pemerhatian Tahun 1M (63%)
14 /24 PAK 21 14 /24 murid mencapai ditandatangani -sebelum, 4 /24 Guru-guru
murid Tahap TP 3 oleh ibu bapa semasa dan murid TP 1 mata
Tahap penguasaan perkembangan selepas pelajaran
penguasaa (TP) 1 , bacaan murid program tahun 1M
n (TP) 1 , 10 /24 TP 2
10 /24 TP
2 b.. Meningkatkan b.Borang SU PLC Guru
kompetensi guru c.Temubual- pemantaua pemulihan
Instrumen Instrumen 20/24 murid melalui mendapatkan n PAK 21 SU LDP
Learning Learning dapat -PLC pendapat,
walk- walk- 24/24 membaca -.LDP amalan pandangan c. l.aporan Penyelaras
24/24 murid perlu lancar tanpa PAK 21 dan komen program ICT
murid bimbingan bimbingan -ICT(Zoom guru tentang
perlu dalam guru A)sebagai salah program e.LW-
bimbinga membaca satu pengisian sebelum,se
n dalam program c. Laporan masa dan
membaca program selepas
d. Ganjaran
Bagi tujuan pemantauan pelaksanaan program, OPPM dibina bagi memastikan objektif program tidak tersasar dan menunjukkan langkah-langkah kerja yang
tersusun .Dan penambahbaikan program boleh dilakukan agar program lebih bermakna dan mencapai sasaran kepada murid.
REFLEKSI
Borang P2-5

1.1 ASPEK KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN


Sepanjang menjalani Perantisan 2 selama 18 hari saya mengamalkan beberapa gaya kepimpinan mengikut kesesuaian masa dan situasi
antaranya gaya kepimpinan demokratik dalam membuat keputusan akhir melalui pelibatan guru-guru dalam membuat keputusan.
Memandangkan saya bukan berada di sekolah sendiri maka saya perlu menghormati guru besar dan barisan pentadbir yang lain .Setiap
cadangan dan tindakan saya perlu berbincang dengan guru besar perantisan agar saya tidak melangkaui jawatan guru besar sedia ada. Setelah
mendapat keizinan guru besar perantisan baharulah saya menggerakkan guru penolong kanan dan guru-guru yang terlibat untuk berbincang dan
bermesyuarat dengan membentangkan analisis SWOT dan menjelaskan kepentingan dan keperluan program yang perlu diberi keutamaan dalam
waktu terdekat dan singkat tetapi masih mampu memberi impak jangka panjang . Ini kerana saya tidak boleh menggunakan kuasa veto dalam
menentukan program atau bagaimana saya hendak melaksanakan program.Sebaliknya saya memberi cadangan dan sumbangsaran bersama
guru-guru,MLT dan SLT sekolah untuk melaksanakan program ,yang penting program yang dijalankan mesti memberi impak jangka panjang
dan jangka pendek kepada murid dan guru-guru.

Apabila kertas cadangan dan PinTas dibentangkan guru-guru menerima dengan baik namun guru diberi galakan untuk
memperkembangkan kreativiti melalui semua projek dan keputusan yang dilakukan. Cara ini akan memberi kepuasan kepada guru cenderung
untuk lebih produktif dalam menghasilkan idea dan karya yang berkualiti. Peranan saya membimbing penyelaras dan setiausaha program untuk
membuat kertas kerja, minit mesyuarat,mengumpul data, laporan dan sebagainya. Saya telah melibatkan PIBG dan ibu bapa murid dalam sesi
mesyuarat kerana pelibatan ibu bapa amat penting untuk menjayakan program. Ibu bapa/penjaga dikehendaki menyemak dan memurunkan
tandatangan di setiap helaian bacaan murid sebagai tanda bimbingan telah dilaukan.Ibu bapa seronok dilibatkan secara langsung selain ibu
bapa dapat mengikuti perkembangan anak masing-masing. Guru-guru juga diberi Ladap Amalan terbaik PAK21 untuk meningkatkan
kompetensi individu melalui jaringan dan jalinan sekolah jiran dan PPD. Hasil Ladap akan dipraktikkan di dalam bilik darjah dalam Pdpc. PLC
dilaksanakan bagi memberi bimbingan kepada guru secara berkala dan saya sendiri beserta MLT terlibat dalam membimbing guru-guru novis
dan bermasalah.

Adakalanya juga saya mengamalkan gaya partisipative kepada pelibatan sepenuhnya dalam menjayakan program bagi memastikan
aktiviti berjalan lancar menggunakan kepakaran dan pengalaman guru yang dibuat secara bersama sebelum dan semasa program. Pendekatan
ini membantu saya mendapat keputusan yang terbaik dan dipersetujui secara bersama.Pihak .
Kepimpinan transfomasional juga perlu saya praktikkan kerana gaya ini mempunyai integriti dan kepintaran emosi yang tinggi dan memotivasi
guru melalui visi dan halatuju program yang dikongsi bersama dan berkomunikasi melalui rapport yang mesra dan baik. Saya lebih suka kepada
memujuk guru untuk menjayakan program bukan melalui paksaan untuk melakukan perubahan secara rela dan seronok bekerja bersama.
Pentadbir sekolah dilibatkan dengan pemantauan Learning Walk dan satu lagi alat pemantauan baru OPPM untuk memastikan sepanjang
pelaksanaan,keberkesanan dan kejayaan program. Postmortem dibuat bagi mendengar suara guru dan murid.Temubual dan soal selidik juga
diedarkan kepada guru dan murid.

Bagi memastikan kejayaan sekolah ,elemen kepimpinan sangat penting untuk mencorak dan menerajui perubahan. Seorang pemimpin
yang berketrampilan akan berubah mengikut keadaan dan situasi mengikut keperluan semasa dan iklim sekolah dalam amalan gaya
kepimpinan. Ini kerana setiap individu dalam sesebuah organisasi berbeza dan tidak boleh disamakan dengan individu di sekolah lain. Walau
bagaimanapun peluang menjalani perantisan di sekolah ini memberi pengalaman dan pengajaran berguna kepada saya untuk dipraktikkan kelak
bagaimana pemimpin yang berkesan dengan gaya kepimpinan demokratif,partisipatif dan transformasional dapat membimbing dan mengajak
guru-guru dan kakitangan bergerak seiring untuk menjayakan program ke arah kecemerlangan sekolah.

1.2 KEKUATAN PROJEK


Program Sinar Gemilang Anakku ini berfokuskan kepada kemahiran membaca murid LINUS Tahun 1 Mawar,maka sudah semestinya halatuju
program ini amat jelas untuk membantu mengatasi penguasaan membaca murid sekaligus meningkatkan nama baik sekolah 100% murid boleh
membaca. Berdasarkan justifikasi program ini dipilih selain permintaan guru besar sendiri agar saya dapat membantu mengatasi murid
membaca secara tidak langsung memberi laluan mudah kepada saya menjalankan program kerana sokongan guru besar dan guru-guru yang
sangat padu.

Pengisian program secara berterusan sepanjang sesi persekolahan bermula 7.30-1.00 tengah hari akan disambung di rumah selama
seminggu memberi ruang dan peluang murid untuk mengingati dan mempraktikkan bacaan tanpa gangguan perkara lain. Murid akan fasih dan
lancar membaca kerana proses yang sentiasa diulang-ulang membantu murid menyimpan kukuh dalam memori minda mereka. Penggunaan
Modul Khas mengikut konstruk 1 hingga 12 yang menekankan konsep ansur maju mudah ke susah, dari mengenal huruf vokal dan konsonan
,latih tubi kvkv sehingga membaca ayat dapat memudahkan murid membaca mengikut tahap. Melalui modul ini juga ibu bapa diberi panduan
untuk membimbing dan mengenalpasti status perkembangan anak masing-masing di rumah. Ini secara tidak langsung dapat membina hubungan
baik ibu bapa dan guru/sekolah dan yang lebih penting dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dengan murid itu sendiri melalui bimbingan yang
mesti diberikan di rumah melalui semakan bacaan yang perlu ditandatangani.

Peluang untuk pembangunan kapasiti guru dapat diaplikasikan melalui Ladap dan PLC guru yang dilaksanakan secara berterusan Guru-
guru dibimbing dan saling berkongsi kepakaran bersama rakan sejawat melalui Teacher sharing session,peer caching, Lesson study dan
sebagainya. Untuk menjadi seorang pemimpin yang kompeten saya perlu memastikan guru juga kompeten agar sekolah sentiasa cemerlang
dalam pelbagai bidang . Ini kerana, kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kebolehan dan kepimpinan seseorang pemimpin
membentuk budaya kerja berpasukan, mempunyai pengetahuan global , mempunyai kemahiran merancang secara strategik untuk menjana
segala sumber demi mencapai matlamat sekolah yang disasarkan. Oleh itu, saya perlu peka tentang perubahan dan keperluan pendidikan dalam
mencapai halatuju pendidikan Negara kita seperti mandat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk melahirkan pemimpin yang
berprestasi tinggi..
1.3 KELEMAHAN PROJEK

Walaupun projek ini mempunyai kekuatan dan sokongan padu dari pihak sekolah namun pelibatan ibu bapa/penjaga agak mengecewakan kerana di
peringkat awal ketika mesyuarat program hanya 8/24 ibu bapa yang hadir. Ibu bapa di kalangan murid yang tegar tidak kenal huruf tidak berusaha
untuk hadir bermakna murid yang bermasalah ini tidak dibimbing seperti yang sewajarnya di rumah. Dan murid itu jugalah yang sukar dibantu kerana
guru hanya mampu membimbing di sekolah sahaja. Ini bermakna ibu bapa bermasalah akan menyebabkan murid bermasalah ini berterusan. Saya
bersama guru besar dan YDP PIBG telah berkunjung ke rumah ibu bapa yang tidak hadir malangnya mereka tiada di rumah kerana sibuk bekerja
bahkan ada ibu bapa yang hanya menjadikan sekolah sebagai tempat asuhan dan tidak mementingkan pelajaran anak-anak . Sebahagian besar
menyerahkan tanggungjawab

Jangka masa program yang singkat tidak mencukupi untuk memberi bimbingan kepada murid yang baru hendak mengenal huruf, tambahan pula
murid tegar ini tidak dibimbing sepenuhnya di rumah menyebabkan mereka tidak mencapai sasaran program. Pelaksanaan program pada bulan
September juga agak kurang tepat kerana saringan membaca Linus Tahun 1 juga dilaksanakan bulan September, sewajarnya program intervensi
kemahiran membaca perlu dilakukan lebih awal bagi memastikan murid dapat melepasi saringan Literasi yang dilaksanakan diperingkat kementerian.

Pengisian program menggunakan frogvle agak terhad disebabkan pengetahuan sedia ada murid dalam mengendalikan komputer dan internet amat
terhad menyebabkan guru perlu mengajar cara-cara mengendalikan komputer terlebih dahulu sebelum mneggunakan aplikasi membaca Zoom A.
Pengisian PAK21 dalam pdpc yang menyediakan pelbagai aktiviti juga kurang diaplikasikan oleh guru ,menyebabkan murid cepat bosan membaca.
Hanya sebahagian kecil yang menggunakan kaedah dan aktiviti pdpc pak21 dan memberi suntikan semangat kepada murid.

Secara keseluruhan program ini memberi impak jangka panjang kepada murid untuk digunakan sepanjang kehidupan mereka dan jangka impak
jangka pendek menaikkan nama baik sekolah sifar linus walaupun begitu masih terdapat beberapa kelemahan yang masih boleh ditambah baik namun
tidak mengganggu hasrat program dilaksanakan.

1.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Sekiranya saya diberi peluang untuk memimpin saya perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan instruksional. Ini
kerana, fungsi utama kepimpinan instruksional ialah mendefinisikan dan menyampaikan matlamat sekolah. Dalam hal ini ,matlamat dan halatuju
program saya perlu jelas dan disampaikan kepada semua guru,ibu bapa/penjaga dan murid-murid dan diulang-ulang serta disebarluaskan agar ia jelas
dan difahami oleh warga sekolah. Hasrat sekolah untuk memastikan menjelang 2019 100 % murid boleh membaca dan sifar LINUS. Maka untuk
mencapai hasrat sekolah Sifar Linus maka program ini boleh diperluaskan kepada matapelajaran lain seperti Literasi bahasa Inggeris dan Numerasi
Matematik.

Dari segi pemantauan dan penyediaan maklum balas kepada proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditambahbaik untuk memastikan
Pdpc bermakna dan guru benar-benar berkualiti dan melindungi masa instruksional. Sepanjang pemerhatian saya mendapati guru-guru sibuk mengejar
sukatan pelajaran tahunan/DSKP tanpa mengambilkira penguasaan murid. Pdpc juga membosankan kerana guru kurang mempraktikkan amalan PAK21
sebagai kebiasaan. Guru masih ramai menggunakan cara lama. Di sini perlunya saya sebagai pemimpin lebih proaktif menggerakkan SLT dan MLT
untuk sama-sama memperkasakan pemantauan melalui Learning Walk. Maklum balas disampaikan kepada guru-guru untuk tujuan penyeliaan dan
penilaian yang berkaitan dengan amalan pengajaran yang dijalankan oleh guru sebagai penambahbaikan. Saya perlu memastikan sekolah mempunyai
objektif kurikulum yang jelas selari dengan kedua-dua kandungan yang diajar dalam kelas dan dengan ujian pencapaian. Fungsi menyelia dan menilai
pengajaran merupakan satu tugas utama PGB untuk memastikan matlamat sekolah diterjemahkan kepada amalan bilik darjah. Hal ini melibatkan
penyelarasan objektif bilik darjah guru dengan sekolah, menyediakan sokongan pengajaran kepada guru-guru, dan memantau pengajaran bilik darjah
melalui pencerapan dalam kelas. Aspek penyelarasan kurikulum biasanya disokong oleh interaksi dalam kalangan guru-guru mengenai isu-isu
pengajaran dan kurikulum.

Untuk mencapai hasrat itu saya perlu mengurus Program Instruksional bagi membentuk Iklim Sekolah yang Positif. Bagi fungsi mempromosi
pembangunan profesional, saya perlu menggunakan beberapa cara untuk menyokong usaha-usaha guru untuk meningkatkan pengajaran dengan
memperkasakan PLC. Saya akan memberi peluang kepada pentadbir dan gguru-guru untuk menambah pengetahuan dan kemahiran. Saya perlu
memaklumkan kepada guru peluang untuk pembangunan kakitangan dan mengetuai aktiviti latihan dalam perkhidmatan dengan menyertai kursus
dalaman mahupun luar sekolah yang dianjurkan oleh pelbagai agensi. Mereka boleh menyertai aktiviti perkembangan staf berkait rapat dengan
matlamat sekolah dan penyertaan sama ada seluruh sekolah atau berpusat pada kumpulan. Fungsi ini juga melibatkan guru agar dapat mengintegrasikan
kemahiran yang dipelajari semasa pembangunan kakitangan program dan membantu dalam pelaksanaan bilik darjah dan pengurusan sekolah.

Kejayaan sekolah tidak bergantung kepada pemimpin sahaja bahkan seluruh warga memainkan peranan penting dalam menyumbang kecemerlangan
sekolah.Suara guru dan murid tidak boleh dipandang remeh kerana produk utama sekolah adalah murid dan untuk menghasilkan produk yang
berkualiti sekolah perlukan guru yang berkualiti. Hubungan dengan PIBG dan komuniti juga amat penting bagi menyokong program sekolah selain
suntikan dana untuk menggerakkan program sekolah. Jaringan bersama sekolah-sekolah lain dapat membuka mata ,ruang dan peluang sekolah untuk
berkongsi pengalaman dan kepakaran ke arah kejayaan sekolah. Jalinan dengan sektor awam dan korporat, tokoh politik setempat dapat memberi ruang
lebih luas kepada sekolah untuk berkongsi manfaat dan meneroka peluang kerjasama untuk jangka panjang. Sebagai pemimpin yang berwawasan saya
perlu bijak dan merebut peluang untuk kebaikan dan kejayaan sekolah untuk masa akan datang.
PROGRAM SINAR GEMILANG ANAKKU
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA GURU-GURU MATAPELAJARAN TAHUN 1 MAWAR
TARIKH : 26 OGOS 2018 HARI : ISNIN MASA : 2.00- 4.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT AL GHAZALI SK.BATU ANAM

HARI KUALITI BERSAMA PIBG DAN IBU BAPA TAHUN 1 MAWAR


TARIKH : 28 OGOS 2018 HARI : SELASA MASA : 12.00- 2.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT AL GHAZALI SK.BATU ANAM

TURUT HADIR : EN.SHAHRULNIZAM BIN MOHD.SAID (PEGAWAI PPD,FASILINUS)


PROGRAM SINAR GEMILANG ANAKKU
PLC- PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PAK21 DALAM LINUS
TARIKH : 30 OGOS 2018 HARI : KHAMIS MASA : 2.00- 4.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT AL GHAZALI SK.BATU ANAM

PENCERAMAH : PN.NILAM BINTI MUHAMAD (JURULATIH DAERAH PAK 21) SK.BULOH KASAP,SEGAMAT

AKTIVITI :
1. BIMBINGAN GURU DALAM KELAS MENGGUNAKAN MODUL
2. BIMBINGAN GURU MENGGUNAKAN FROGVLE DALAM MAKMAL KOMPUTER
3. BIMBINGAN IBU BAPA/PENJAGA DI RUMAH
AKTIVITI :
2. REWARDS/GANJARAN KEPADA MURID YANG MENUNJUKKAN PENINGKATAN
Borang P2-6
PELAPORAN MINGGUAN
NAMA SEKOLAH SK.BATU ANAM,85100 SEGAMAT,JOHOR
PERANTISAN 2

KOD SEKOLAH JBA 7012


PERANTISAN 2

TARIKH AMALI 19 OGOS 2018 HINGGA 26 SEPTEMBER 2018

NAMA PENGETUA/ GURU MUHAMMAD ILHAM GANESH BIN ABDULLAH


BESAR PERANTISAN 2

REFLEKSI MINGGU 2/ (NYATAKAN MINIMUM 5 KEKUATAN


MINGGU 3/ MINGGU 4/
MINGGU 5/ KEPIMPINAN/PENGURUSAN & 5 PERKARA YANG PERLU
DIPERBAIKI. SETIAP KENYATAAN DISERTAKAN DENGAN
JUSTIFIKASI)

MINGGU 2
Kekuatan
i. Sepanjang pemerhatian, guru-guru dan semua staff bekerja
dalam keadaan yang selesa tanpa tekanan kerja. Guru-guru
senior menjadi mentor kepada guru-guru novis.Semua warga
sekolah melakukan tugasan tanpa banyak arahan dari pentadbir
kerana mereka tahu kerja masing-masing. Faktor fungsi
pemimpin amat jelas kelihatan yang mana gambaran yang
ditunjukkan oleh guru itulah gaya kepimpinan diplomasi guru
besar kerana pengalaman guru besar lebih 30 tahun dapat
membawa watak beliau yang disegani oleh semua warga
sekolah.
ii. Sambutan Ambang Merdeka peringkat Sekolah yang
diadakan menunjukkan kesatuan guru-guru dalam menghargai
tanah air dan mensyukuri nikmat kemerdekaan. Semua
guru,murid dan kakitangan dilibatkan dalam program jejak
merdeka.
Kelemahan
i. Kehadiran Mesyuarat program bersama ibu bapa Tahun
1mawar tidak begitu mendapat sambutan hanya 8/24 orang
sahaja kerana ibu bapa sibuk bekerja. Mesej yang hendak
disampaikan tidak mencapai sasaran program.

ii. Masih ada ruang yang memerlukan pemantauan dari pentadbir


dalam urusan pengurusan sekolah terutama dari segi MMI yang
mana kadangkala ada guru yang tidak mengambil berat soal
masa bersama murid terutama selepas waktu kokurikulum hari
Selasa dan Rabu. Begitu juga dengan pengurusan guru
ganti/relief tidak berjalan seperti yang diharapkan.

MINGGU 3
Kekuatan
i. Semua pentadbir merupakan guru Tahun 6 bermakna
kesungguhan pentadbir untuk menjaga kualiti UPSR tahun 6
mempengaruhi guru-guru lain untuk sama-sama menjaga
kualiti mata pelajaran masing-masing. Guru-guru tidak berkira
untuk mengajar Tahun 6 bagi memastikan masa berkualiti
dimanfaatkan sepenuhnya.

Kelemahan
ii. Kehadiran murid agak merosot 89% kerana cuti bersambung
Ahad (Keputeraan Ydp Agung) dan Selasa (Awal Muharam)
ibu bapa ambil peluang untuk pulang ke kampung atau bercuti
bersama keluarga.
MINGGU 4
Kekuatan
i. Sebagai tanda menghargai penat lelah dan usaha guru-guru
serta murid-murid, Program Rehat Minda Tahun 6 dapat
memberi ruang dan kesempatan guru-guru dan murid untuk
melapangkan fikiran. Anta pengisiannya ialah jamuan di
KFC dan mennton wayang.

Kelemahan
ii. Banyak aktiviti yang boleh mengeratkan silaturahim di
kalangan ibu bapa dan sekolah tidak diambil peluang.Ibu bapa
kurang dilibatkan secara langsung mahupun tidak langsung.

MINGGU 5
Kekuatan
Minggu peperiksaan UPSR (Isnin hingga Khamis).
1.Keperihatinan guru besar dan PIBG menyediakan sarapan
pagi,makan kudapan dan makan tengahari sepanjang hari peperiksaan.
2.Pentadbir menggalakkan pelibatan ibu bapa memberi sokongan
kepada calon-calon UPSR.
3. Guru-guru terus komited memberi bimbingan santai saat akhir
Kelemahan
1. Kehadiran ibu bapa kurang menggalakkan hanya 7%
disebabkan faktor kesibukan bekerja dan ibu bapa yang kurang
prihatin tentang pelajaaran anak-anak.

Pengakuan:
Saya mengaku bahawa laporan ini adalah karya saya sendiri. Saya bersedia untuk diambil tindakan oleh pihak IAB jika
didapati bahawa karya ini diciplak daripada hasil karya pihak tertentu yang terdahulu.

TANDATANGAN :
NAMA PESERTA: AZIZAH BINTI HASHIM NO.KAD PENGENALAN:711002016446
AMBILAN: 2 TAHUN: 2018 KUMPULAN: SRBE 6
NAMA PENSYARAH/PENYELIA : ENCIK LIEW FOOK SIN
TARIKH LAPORAN

Borang P2-7

FORMAT PEMBENTANGAN PERANTISAN 2

1. Pembentangan bagi Perantisan 2 dalam masa 10 minit melibatkan lima (5) slaid, berfokuskan:-

i. Tugasan dan justifikasi pemilihan


ii. Tindakan yang dilaksanakan
iii.Hasil tugasan dan implikasi kepada pendidikan

2. Fokus utama kepada perlakuan tindakan dan pemikiran serta interaksi peserta secara objektif semasa
membentang.

3. Peserta perlu pamerkan kesemua kompetensi berikut semasa membentang.

i. Berfikiran Strategik
ii. Membuat Keputusan
iii. Memimpin Perubahan
iv. Menyelesai Masalah
v. Memimpin Pembelajaran
vi. Membangun Kapasiti
vii. Membina Jaringan dan Jalinan
: Borang P2-8

SENARAI SEMAK PEMERINGKATAN KOMPETENSI PESERTA


(DIISI OLEH MENTOR - PENGETUA/GURU BESAR SEKOLAH PERANTISAN 2)

Nama Peserta: AZIZAH BINTI HASHIM No.Kad Pengenalan: 711002016446


Ambilan: 2 Tahun: 2018 Kumpulan: SRBE 6
Nama Sekolah Perantisan 2: SK.BATU ANAM,SEGAMAT
SILA TANDAKAN [/]
Bil. PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN SEMAKAN 1 SEMAKAN 2 CATATAN
Menyatakan objektif dan matlamat organisasi selari
1
dengan hala tuju misi dan visi
Memperkenalkan konsep atau tindakan baharu yang telah
2 diubahsuai ke dalam amalan sedia ada untuk
penambahbaikan pendidikan
Berupaya menerangkan idea-idea perancangan bagi
3
mencapai matlamat organisasi.
Mengadaptasi pemikiran kendiri berasaskan
4 data/maklumat dengan menyatakan rasional terhadap
perubahan.
Mengenal pasti dan menilai masalah menggunakan
5
data/maklumat
Menyatakan rancangan tindakan dan rasionalisasi (asas)
6
terhadap tindakan perubahan.
Membuat perancangan program dengan merujuk pelbagai
7
data dan maklumat.
Mengurus sumber yang menyokong persekitaran
8
pembelajaran.
Mengupayakan pemimpin pertengahan dengan memberi
9 panduan dan pendedahan mengikut keperluan dari
semasa ke semasa
Memberi maklum balas dan mengambil
10 tindakan susulan berfokus pada Masa
Instruksional.
Mempamerkan galakkan terhadap amalan perkongsian
11
ilmu dalam kalangan guru.
Membimbing pasukan secara terancang ke arah
12
matlamat yang sama
Membuat pemantauan pelaksanaan program dengan
13
mengumpul pelbagai data dan maklumat.
Catatan:

Tandatangan Mentor:Nama dan Cap Rasmi: Tarikh:

Borang P2-9
SENARAI SEMAK PEMERINGKATAN KOMPETENSI PESERTA
(DIISI OLEH PENYELIA)
Nama Peserta: AZIZAH BINTI HASHIM No.Kad Pengenalan: 711002016446
Ambilan: 2 Tahun: 2018 Kumpulan: SRBE 6
Nama Sekolah Perantisan 2: SK.BATU ANAM
SILA TANDAKAN [/]
SEMAKAN SEMAKAN SEMAKAN
Bil. PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN CATATAN
1 2 3
Menyatakan objektif dan matlamat organisasi selari
1
dengan hala tuju misi dan visi
Memperkenalkan konsep atau tindakan baharu yang
2 telah diubahsuai ke dalam amalan sedia ada untuk
penambahbaikan pendidikan
Berupaya menerangkan idea-idea perancangan
3
bagi mencapai matlamat organisasi.
Mengadaptasi pemikiran kendiri berasaskan
4 data/maklumat dengan menyatakan rasional terhadap
perubahan.
Mengenal pasti dan menilai masalah menggunakan
5
data/maklumat
Menyatakan rancangan tindakan dan rasionalisasi
6
(asas) terhadap tindakan perubahan.
Membuat perancangan program dengan merujuk
7
pelbagai data dan maklumat.
Mengurus sumber yang menyokong persekitaran
8
pembelajaran.
Mengupayakan pemimpin pertengahan dengan
9 memberi panduan dan pendedahan mengikut
keperluan dari semasa ke semasa
Memberi maklum balas dan mengambil
10 tindakan susulan berfokus pada Masa
Instruksional.
Mempamerkan galakkan terhadap amalan
11
perkongsian ilmu dalam kalangan guru.
Membimbing pasukan secara terancang ke
12
arah matlamat yang sama
Membuat pemantauan pelaksanaan program dengan
13
mengumpul pelbagai data dan maklumat.
Catatan:

Tandatangan Pensyarah Penyelia:


Nama Pensyarah Penyelia: Tarikh:

LOG KEHADIRAN PERANTISAN 2

Nama Peserta: No.Kad Pengenalan:


Ambilan: Tahun: Kumpulan:
Nama dan Alamat Sekolah/ Pejabat Asal:

Nama dan Alamat Sekolah Perantisan 2:

TANDATANGAN PENGETUA
TARIKH/
BIL. AKTIVITI GURU BESAR PERANTISAN
HARI
1/
KETUA JABATAN ASAL
Disediakan: Disahkan 1: Disahkan 2:

………………………… ……………………………….. ……………………………..


Tandatangan Peserta Tandatangan dan Cop Rasmi Tandatangan dan Cop Rasmi
Pengetua/Guru Besar Sekolah Perantisan 2 Pengetua/Guru Besar Sekolah/ Ketua
Jabatan Asal Peserta

Anda mungkin juga menyukai