Anda di halaman 1dari 34

UTC1012 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

SEMESTER 1 2020/2021

TAJUK :
PERANAN MASYARAKAT DALAM MENANGANI AKTIVITI SOSIAL BERISIKO (MAT
REMPIT/LUMBA HARAM/PENAGIHAN DADAH/JUDI/MINUMAN ARAK):SUATU
ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF PERADABAN ISLAM, CINA, INDIA DAN BARAT

KUMPULAN KULIAH : KMB2

SEMESTER 1
SESI AKADEMIK 2020/2021

NAMA PENSYARAH : DR. ROS AIZA BT MOHD MOKHTAR

NO. KUMPULAN : KUMPULAN 3


NAMA KUMPULAN : IKON REMAJA

NOMBOR NOMBOR
NAMA
MATRIK TELEFON
MUHAMMAD NOOR HAZIM BIN NORAZLAN 1200740 010-6525503
AIMAN NABILAH BINTI ABDUL KADER 1200736 019-9493359
BALQIS UMAIRAH BINTI BAHANUDDIN 1200738 019-3653877
ANIS SYAZWANI BINTI MOHD SAPUAN 1200735 011-23691859
NURUL SYAZWANI BINTI MOHD HELME 1200737 017-2635904
SYAZWANI ZAHIRAH BINTI SAHRUDIN 1200739 018-3217428
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA HALAMAN

i. PENGHARGAAN i

1. PENGENALAN 1
1.1 OBJEKTIF KAJIAN 1
1.2 SKOP KAJIAN 1-2
1.3 KAJIAN LITERATUR 2-3
1.4 METODOLOGI KAJIAN 3-4
2. DEFINISI DAN KONSEP AKTIVITI SOSIAL BERISIKO 4
2.1 DEFINISI DAN KONSEP AKTIVITI SOSIAL BERISIKO DARI 4-6
PERSPEKTIF MALAYSIA
2.2 DEFINISI DAN KONSEP AKTIVITI SOSIAL BERISIKO DARI 6-8
PERSPEKTIF ISLAM
2.3 DEFINISI DAN KONSEP AKTIVITI SOSIAL BERISIKO DARI 8
PERSPEKTIF BARAT
3. FAKTOR DAN KESAN AKTIVITI SOSIAL BERISIKO 9
3.1 SIKAP IBUBAPA YANG TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH 9-11
DALAM MENDIDIK ANAK
3.2 PENGARUH RAKAN SEBAYA YANG NEGATIF 11-12
3.3 PENGARUH MEDIA MASSA 12-14
4. PERANAN MASYARAKAT DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN 14
BARAT
4.1 PERANAN MASYARAKAT MENANGANI AKTIVITI SOSIAL 14-16
BERISIKO DI MALAYSIA
4.2 PERANAN MASYARAKAT DARI PERSPEKTIF ISLAM 17-20
4.3 PERANAN MASYARAKAT DARI PERSPEKTIF BARAT 20-22
5. KESIMPULAN DAN CADANGAN 23-24

6. BIBLIOGRAFI 25-27

ii. KEMAHIRAN ETIKA DAN PROFESIONAL ii-v


i. PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-
Nya maka kami telah dapat menyiapkan tugasan berkumpulan bagi subjek Penghayatan Etika
Dan Peradaban dengan jayanya. Insyaallah, tugasan berkumpulan ini akan memberikan
banyak manfaat kepada kami dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian
di masa hadapan.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah kami iaitu Dr. Ros Aiza bt Mohd Mokhtar kerana tidak jemu-jemu memberi
bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara-cara membuat tugasan berkumpulan mengikut
kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat
teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa kami
yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin
kami tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan
tugasan berkumpulan ini memerlukan motivasi, usaha dan buah fikiran.

Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada rakan-rakan kami yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan
mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat,
serta cadangan.

Akhir kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan berkumpulan
ini. Hanya Allah S.W.T sahaja dapat membalas budi kalian.

i
1.0 PENGENALAN
Masalah sosial merupakan satu fenomena yang hangat diperkatakan dan tidak dapat kita
elakkan daripada berlaku dalam masyarakat pada hari ini. Seringkali kita lihat di media
sosial, kaca televisyen dan juga di dada akhbar pendedahan berkenaan pelbagai kegiatan dan
aktiviti sosial berisiko yang berlaku dalam kalangan masyarakat seperti lumba haram,
penagihan dadah, minum arak, judi dan sebagainya. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk
mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan definisi dan konsep aktiviti sosial berisiko,
faktor dan kesan yang dihadapi daripada aktiviti sosial itu sendiri dan peranan masyarakat
dalam menangani isu ini dari pelbagai perspektif terutamanya Islam dan Barat. Selain itu,
kajian ini menerangkan maklumat latar belakang yang telah dikumpulkan meliputi beberapa
bidang pengetahuan yang relevan dengan kajian ini menerusi kajian perpustakaan dan juga
rujukan Internet. Akhir sekali, kita akan dapat lihat antara cadangan yang dapat dikemukakan
berdasarkan apa yang telah dijelaskan sepanjang kajian ini dilaksanakan.

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji peranan masyarakat dalam menangani isu
aktiviti sosial berisiko menurut suatu analisis peradaban Islam dan Barat. Terdapat tiga
objektif utama yang akan diperolehi di akhir kajian ini. Antaranya ialah :

i. Menerangkan definisi dan konsep aktiviti sosial berisiko


ii. Mengkaji faktor dan kesan aktiviti sosial berisiko
iii. Mengetahui peranan masyarakat dari perspektif Islam dan Barat

1.2 SKOP KAJIAN

Skop kajian kami meliputi pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia yang terlibat dengan
aktiviti sosial berisiko. Namun, kami lebih tertumpu kepada masyarakat Islam dan Barat.
Skop kajian yang tertumpu kepada masyarakat Islam dan Barat kerana kebanyakan mereka
banyak terlibat dengan aktiviti sosial berisiko terutamanya di Malaysia. Kami juga ingin
memfokuskan kepada definisi dan konsep aktiviti sosial berisiko, faktor dan kesan aktiviti
sosial berisiko serta peranan masyarakat dari perspektif Islam dan Barat khususnya di
Malaysia. Kami tidak membataskan kawasan kami kepada negeri atau penempatan khusus
namun penilaian dilakukan secara menyeluruh di negara Malaysia umumnya. Internet dan

1
perpustakaan menjadi rujukan untuk mencari maklumat tambahan iaitu buku-buku, surat
khabar, jurnal dan sebagainya. Selain itu, bahasa yang digunakan juga difokuskan.

1.4 KAJIAN LITERATUR


Kajian lepas ada yang meninjau mengenai faktor-faktor berlakunya aktiviti sosial berisiko
dari sudut individu itu sendiri, keluarga, rakan, sekolah dan masyarakat setempat. 1Faktor-
faktor ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian berkenaan. Kajian ini jelas
menunjukkan bahawa setiap individu terjebak dengan aktiviti ini mempunyai faktor yang
berbeza antara satu sama lain.

Kajian lepas ada yang mengatakan bahawa tingkah laku orang dewasa yang membina
mahligai keluarga dalam keadaan yang rapuh menyebabkan berlakunya aktiviti sosial
berisiko ini dalam kalangan anak-anaknya.2 Dalam kajian berkenaan turut membincangkan
pandangan Islam terhadap isu tersebut, di mana Islam telah menyatakan masyarakat sendiri
yang mendorong diri mereka kearah kebinasaan. Beberapa kaedah turut diketengahkan dalam
menangani isu ini dan kaedah ini dikaitkan dengan dua pegangan umat Islam iaitu Al-Quran
dan As-Sunnah.

Kepincangan institusi keluarga menjadi asas kepada wujudnya masalah sosial. 3


Perubahan tingkah laku individu dalam keluarga memerlukan campur tangan daripada
masyarakat kerana masalah sosial melibatkan aspek yang berkait dengan individu dan sosial
dalam masyarakat. Penulis turut berkongsi kajian berkenaan cara kawalan masalah sosial,
iaitu kawalan berbentuk formal dan tidak formal. Kawalan berbentuk formal melibatkan
sistem tatacara dan sistem autoriti seperti peraturan, undang-undang dan peranan agensi
seperti polis, mahkamah, pusat tahanan dan badan kebajikan masyarakat. Kawalan tidak
formal pula lebih cenderung untuk mensosialisasikan atau mengintegrasikan individu dengan
norma masyarakat melalui teguran, pujian dan usaha sokongan. Justeru itu, peranan yang
dimainkan oleh keluarga, jiran, sekolah dan sebagainya.

1
Fatimah Ali. (2007). Masalah Sosial Pelajar Dan Hubungannya Dengan Kemerosotan Pembelajaran. Jurnal
Usuluddin, hlm 150.
2
Zulkifli Haji Mohd Yusoff. (2004). Gejala Sosial Dalam Komuniti: Satu Sorotan Penyelesaian Dari Perspektif
Wahyu. Universiti Utara Malaysia, hlm 1.
3
Wahab, H. A. (2004). Masalah Sosial Di Bandar Semenanjung Malaysia: Tinjauan Daripada Perspektif
Masyarakat Malaysia. JATI-JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, 9, hlm 56.

2
Penulisan Ahmad Bashir Aziz menyentuh isu etika keagamaan mengenai penerapan
nilai nilai Islam adalah yang terpenting diberikan perhatian, kerana perlanggaran etika sering
dikaitkan dengan persoalan keperihatinan terhadap agama. 4 Penulis turut menegaskan
kepelbagaian agama dan budaya sebenarnya bukan alasan untuk mengandaikan masyarakat
majmuk sebagai punca kepada kegagalan penerimaan kerangka budaya berasaskan agama
namun setiap budaya mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam memandu masyarakat
kearah pembangunan mapan.

1.4 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan sahaja,
iaitu kajian yang tidak melibatkan aktiviti lapangan. Kaedah ini menjimatkan masa dan tidak
memerlukan kos yang tinggi. Walau bagaimanapun, kaedah ini terhad dari segi maklumat
yang berkaitan dengan tajuk kajian, kerana penyelidikan hanya bergantung pada bahan
rujukan di perpustakaan. Walau bagaimanapun, kaedah ini dianggap paling sesuai untuk
penyelidikan ini. Kaedah penyelidikan perpustakaan atau ‘Library Research’ adalah kaedah
umum yang digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan data dan bukti penyelidikan.
Kaedah ini biasanya merupakan kaedah utama untuk melakukan penyelidikan ilmiah sosial
dan penyelidikan ekonomi, kerana maklumat yang diperoleh adalah tepat dan dapat
digunakan sebagai rujukan untuk penyelidikan ilmiah. Kaedah ini adalah salah satu kaedah
penting untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan perbendaharaan ilmu mengenai
tugasan penyelidikan ini. Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk memperoleh sebanyak
mungkin penemuan atau maklumat yang berkaitan dengan topik penyelidikannya. Proses
mendapatkan maklumat tertumpu pada pembacaan dan rujukan daripada buku-buku, jurnal-
jurnal, majalah dan artikel-artikel tentang peranan masyarakat dalam menangani aktiviti
sosial berisiko menurut perspektif peradaban Islam, Cina, India dan Barat. Semua maklumat
yang diperolehi akan digunakan oleh pengkaji untuk menulis kajiannya. Pengkaji
menggunakan kaedah perpustakaan dengan memeriksa bahan bacaan dan penyelidikan
sebelumnya yang berkaitan dengan tajuk kajian. Pengkaji memeriksa semua bahan yang
dikaji oleh pengkaji mengenai perkara tersebut. Seterusnya, bahan tersebut akan dijadikan
sumber bacaan dan rujukan untuk membantu penyelidik membuat kajian yang lebih baik.
4
Aziz, A. B. (2004). Nilai Dan Etika Pengurusan: Analisa Dari Perpekstif Agama-Agama Di Malaysia.
Universiti Utara Malaysia, hlm 1.

3
2.0 DEFINISI DAN KONSEP AKTIVITI SOSIAL BERISIKO
Pada masa kini, gejala dan masalah aktiviti sosial berisiko di kalangan masyarakat semakin
membimbangkan tidak kira di dalam negara yang membangun atau yang sedang membangun
seperti Malaysia. Masalah sosial juga dikategorikan sebagai salah satu masalah yang tidak
dapat dielakkan dalam kalangan masyarakat pada zaman kini.

2.1 DEFINISI DAN KONSEP AKTIVITI SOSIAL BERISIKO DARI PERSPEKTIF


MALAYSIA

Secara amnya, aktiviti sosial berisiko adalah perilaku yang tidak berfaedah . Selain itu ia juga
merupakan satu aktiviti yang merangkumi tingkah laku yang negatif dan akan memberi kesan
buruk dalam kekuatan sistem dan struktur ekonomi sesebuah masyarakat, komuniti dan
negara .5 Bukan itu sahaja, masalah sosial merupakan perkara yang amat memerlukan
penyelesaian dan ia juga adalah perkara yang tidak diingini masyarakat kerana ia dapat
mengganggu ketenteraman masyarakat dan individu lain . Ia dapat dilihat melalui maksudnya
iaitu ‘masalah’ yang menunjukkan sesuatu perkara yang memerlukan jalan penyelesaian dan
‘sosial’ merupakan perkara yang berkaitan dengan masyarakat.6 Jelaslah bahawa masalah
sosial bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang rendah dan tidak dapat diendahkan
sama sekali. Masalah sosial juga dikatakan merupakan salah satu fenomena modenisasi dan
kejutan budaya yang melanda terutama di kalangan golongan remaja dan belia. Hal ini kerana
golongan muda merupakan golongan yang mudah terjebak dengan pengaruh-pengaruh sekitar
terutama sekali pengaruh rakan sebaya.

Masalah sosial di Malaysia dibahagikan kepada dua konsep dan perspektif berbeza
iaitu sosiologi dan krimonologi. Di dalam sosiologi, dikategorikan kepada salah laku norma
dan keadaan sosial di mana salah laku norma adalah bersifat secara tindak langsung kepada
ketidak seimbangan sosial dan merupakan keadaan yang boleh dipersoalkan kerana ia bersifat
boleh berubah bergantung kepada sesuatu keadaan, tempat dan masa.7 Sebagai contoh, antara
5
Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat
Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of Education Psychology &
Counseling, 1(7), hlm 116.
6
Wahab, H. A. (2004). Masalah Sosial Di Bandar Semenanjung Malaysia: Tinjauan Daripada Perspektif
Masyarakat Malaysia. JATI-JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, 9, hlm 55.

7
Wahab, H. A. (2004). Masalah Sosial Di Bandar Semenanjung Malaysia: Tinjauan Daripada Perspektif
Masyarakat Malaysia. JATI-JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, 9, hlm 56.

4
masalah sosial yang dianggap serius di sesetengah negara ialah kegiatan pelacuran dan
sesiapa yang ditangkap akan didenda mengikut kepada undang undang yang ditetapkan di
dalam negara tersebut. Namun begitu di beberapa negara kegiatan pelacuran dianggap
sebagai sumber pendapatan mereka dan merupakan kegiatan ekonomi yang dapat membantu
dalam meningkatkan pertumbuhan negara.8Selain itu dalam bentuk keadaan sosial pula
merupakan kesukaran fizikal yang dihadapi seseorang dan berlaku apabila keperluan
fisiologi, keselamatan, sokongan kumpulan, penghormatan dan ‘self-actualization’ tidak
dipenuhi.9 Hal ini akan menyebabkan mereka mula melanggar perkara yang telah ditetapkan
masyarakat. Selain itu dalam krimonologi, masalah sosial dikait rapat dengan aktiviti-aktiviti
jenayah dan ia banyak dilakukan oleh golongan bawah. Hal ini disebabkan mereka
mementingkan ‘trouble’, ‘toughness’, ‘smartness’, ‘excitement’, ‘fate’ dan ‘autonomi’.10

Kebanyakan masyarakat kini terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial yang berisiko.


Sebagai contoh mat rempit, lumba haram, penagihan dadah, dan judi. Menurut statistik yang
dikeluarkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, separuh daripada 2,094 dari Januari
hingga Jun 2017 kes kematian adalah berpunca daripada perlumbaan haram dan sebanyak
16,662 saman telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia yang melibatkan pelbagai jenis
kesalahan dalam aktiviti lumba haram.11Hal ini sangat membimbangkan masyarakat lebih-
lebih lagi apabila ia melibatkan orang muda. Bagi masalah sosial penagihan dadah pula,
berdasarkan laman web rasmi Agensi Anti Dadah Kebangsaan, pada 2018 seramai 2,908
pengguna telah terlibat dalam penyalahgunaan dadah semula dan ini menunjukkan masih
ramai bekas penagih dadah gagal mengekalkan diri bebas dadah. 12 Bilangan penyalahgunaan
dadah ini tanpa mengira usia baik muda mahupun tua dan tanpa mengira jantina lelaki
mahupun perempuan. Kes penagihan dadah ini juga merupakan salah satu masalah sosial
yang dikhuatiri oleh masyarakat di Malaysia kerana angka jumlah kesnya menjejak lima
angka setiap tahun. Oleh itu , dari perspektif Malaysia masalah sosial adalah sesuatu
perbuatan negatif yang tidak berfaedah dan akan memberi kesan buruk kepada negara.

8
Wahab, H. A. (2004). Masalah Sosial Di Bandar Semenanjung Malaysia: Tinjauan Daripada Perspektif
Masyarakat Malaysia. JATI-JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, 9, hlm 56.
9
Wahab, H. A. (2004). Masalah Sosial Di Bandar Semenanjung Malaysia: Tinjauan Daripada Perspektif
Masyarakat Malaysia. JATI-JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, 9, hlm 57.
10
Wahab, H. A. (2004). Masalah Sosial Di Bandar Semenanjung Malaysia: Tinjauan Daripada Perspektif
Masyarakat Malaysia. JATI-JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, 9, hlm 57.
11
Nur Hafizah Yusoff. (2020). Lumba Haram Dan Budaya Pertaruhan Di Bagan Ajam, Pulau Pinang. Journal
of Social Science and Humanities, 17(2), hlm 26.
12
Amran Idris, Fuziah Shaffie & Saralah Devi Mariamdaran. (2020). Faktor-Faktor Pencegahan Fenomena
Relapse Dalam Kalangan Pengguna Dadah. Asian People Journal, 3(2), hlm 163.

5
2.2 DEFINISI DAN KONSEP AKTIVITI SOSIAL BERISIKO DALAM PERSPEKTIF
ISLAM

Gejala sosial atau masalah sosial tidak akan berkurang atau berkesudahan sekiranya tanpa
mengambil langkah yang tegas atau drastik dalam menanganinya. Ia juga merupakan satu
tindakan negatif yang sekaligus akan menjejaskan maruah diri, kredibiliti, keluarga, dan
masyarakat. Zaman kini, masalah sosial bukan sahaja melanda di kawasan bandar, ia juga
melanda di kawasan setinggan.13 Di dalam perspektif Islam, antara contoh-contoh masalah
sosial yang mengakibatkan keruntuhan akhlak ialah pembuangan bayi, rogol, zina, dadah dan
pelbagai lagi.14 Selain itu, dalam perspektif Islam juga menyatakan bahawa konsep masalah
sosial berisiko berlaku disebabkan lupa tentang unsur terpenting dalam kehidupan psikologi
manusia iaitu unsur moral dan rohani akibat serangan ideologi yang didasari oleh dominasi
kehidupan moden yang materialistik, egoistik, dan hedonistik.15

Bukan itu sahaja, konsep masalah sosial di dalam perspektif Islam juga disebabkan
ideologi-ideologi sekularisme seperti sosialisme dimana ia memisahkan peranan pencipta dan
memberi kesan kepada hati dan jiwa manusia sehingga menyebabkan manusia menjauhkan
diri dari Allah S.W.T dan kemudian melupakanNya.16 Di samping itu, sekularisme juga
menggunakan konsep dimana yang memberi keuntungan dan kemudahan boleh diguna pakai
manakala yang memberi kesusahan dan kesukaran ditolak tepi menjadikan ruang keagamaan
17
menjadi sempit. . Oleh sebab itu, mereka akan mudah terpengaruh dan terjebak dengan
aktiviti-aktiviti yang negatif dan melanggar undang-undang. Tambahan pula, fahaman
sekularisme ini menghasilkan idea-idea dan pemikiran yang akan membawa kepada
kesesatan, pemisahan antara roh dan jasad, dunia dan akhirat atau sains dan agama
sehinggakan menurut pandangan mereka agama adalah candu kepada masyarakat. 18 Semakin

13
Zulkifli Haji Mohd Yusoff. (2004). Gejala Sosial Dalam Komuniti: Satu Sorotan Penyelesaian Dari Perspektif
Wahyu. Universiti Utara Malaysia, hlm 1.
14
Sahlawati Abu Bakar, Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail & Zanariah Dimon. (2017). Kaedah Al-Quran
Dalam Menangani Masalah Sosial: Kajian Di Pusat Perlindungan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Jurnal
Pengajian Islam, 10(1), hlm 58.
15
Sahlawati Abu Bakar, Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail & Zanariah Dimon. (2017). Kaedah Al-Quran
Dalam Menangani Masalah Sosial: Kajian Di Pusat Perlindungan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Jurnal
Pengajian Islam, 10(1), hlm 59.
16
Sahlawati Abu Bakar, Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail & Zanariah Dimon. (2017). Kaedah Al-Quran
Dalam Menangani Masalah Sosial: Kajian Di Pusat Perlindungan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Jurnal
Pengajian Islam, 10(1), hlm 59.
17
Mohd Yusri Ibrahim. (2019). Sekularisme: Faktor, Penyebaran Dan Langkah Mengatasinya Dari Sudut
Pandang Islam. International Journal of Humanities, Philosophy, and Language, 2(8), hlm 208.
18
Sahlawati Abu Bakar, Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail & Zanariah Dimon. (2017). Kaedah Al-Quran
Dalam Menangani Masalah Sosial: Kajian Di Pusat Perlindungan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Jurnal
Pengajian Islam, 10(1), hlm 59.

6
jelaslah bahawa sekularisme ini merupakan antara konsep bagaimana berlakunya masalah
sosial di dalam kalangan masyarakat di sesebuah negara kerana ia hanya mementingkan
kebebasan dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengambil kira unsur-unsur keagamaan.

Justeru itu, gejala sosial yang berkaitan dengan percanggahan agama boleh
dibahagikan kepada tingkah laku negatif yang berlanggar dengan nilai-nilai islam, akidah,
kemurniaan agama atau institusi keagamaan dan tatasusila. 19 Sebagai contoh, dari sudut
akidah gejala sosial berisiko dari perspektif Islam ialah seperti melakukan pemujaan selain
daripada Allah S.W.T.20Sebagai contoh yang paling dekat ialah ajaran sesat. Ajaran sesat
sememangnya merupakan antara masalah sosial berisiko dari perspektif Islam dalam konsep
berkaitan akidah. Hal ini kerana, ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang dibawa oleh
orang Islam atau bukan Islam yang telah mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut
berlandaskan Islam sedangkan ia bertentangan dengan akidah Islamiah, Al-Quran dan As-
Sunnah, mazhab muktabar serta bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 21 Manakala
dari sudut yang berkaitan dengan tingkah laku negatif dan pelanggaran Islam ialah minum
arak. Minum arak akan memberikan kesan yang buruk kepada badan mahupun akan memberi
kesan kepada orang sekeliling. Seperti yang kita tahu minum arak akan menyebabkan
seseorang itu mabuk dan bertindak secara agresif. Melalui portal rasmi Astro Awani
menyatakan sebanyak 67 kes kemalangan dengan tiga kematian telah dicatatkan hanya dalam
tempoh 5 bulan pada tahun 2020 dan didapati telah melebihi keseluruhan kes pada tahun
2018 iaitu 60 kemalangan dan 3 kematian. Jelaslah bahawa minum arak merupakan salah satu
gejala sosial yang berisiko dan bercanggah dengan islam. Ia bertentangan dengan Islam
kerana jelas di sebut dalam Al-Quran tentang pengharaman arak secara berperingkat rentetan
22
daripada peristiwa-peristiwa yang mendorong kepada pengharaman minum arak. Maka
dengan jelaslah bahawa masalah sosial berisiko di dalam perspektif Islam adalah perbuatan
yang telah melanggar larangan dan syariat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada
seluruh manusia di muka bumi ini.

19
Amini Amir Abdullah. (2014). Menangani Gejala Sosial Menurut Perspektif Islam. Universiti Putra
Malaysia, hlm 2.
20
Amini Amir Abdullah. (2014). Menangani Gejala Sosial Menurut Perspektif Islam. Universiti Putra
Malaysia, hlm 2.
21
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi’. (2007). Kajian Ajaran Sesat dalam Pengajian Islam: Satu Sorotan. Jurnal
Usuludin, 26, hlm 2.
22
Latifah Mohd Noor, Siti Rubaini Mat, Norhakimah Dhiaudin & Afif Arifin. (2018). Alkohol: Definisi,
Pengharaman, Metabolisme Dan Kegunaannya. ULUM ISLAMIYYAH, 23, hlm 40-41.

7
2.3 DEFINISI DAN KONSEP AKTIVITI SOSIAL BERISIKO DALAM PERSPEKTIF
BARAT

Ketika dunia mula menjejaki dekad ke dua abad 21, Semakin bertambah gejala sosial berisiko
yang perlu dikawal segera. Menurut perspektif barat, istilah masalah sosial adalah merujuk
kepada sesuatu keadaan sosial yang mengganggu atau merosakkan masyarakat. Sebagai
contoh, antara masalah sosial yang sering berlaku di barat ialah jenayah buli, keganasan
senjata api dan seksualisme. Terlalu banyak kes jenayah buli di negara-negara barat seperti
Amerika Syarikat. Buli merupakan satu perbuatan tingkah laku dominasi yang berulang
secara psikologi atau fizikal daripada seseorang atau kumpulan yang lebih berkuasa kepada
seseorang yang lemah.23 Seramai hampir lebih 5.7 juta atau 30% remaja di Amerika Syarikat
dianggarkan terlibat dengan gejala buli, sama ada sebagai pembuli, sasaran buli atau kedua-
24
duanya sekali. Gejala buli dianggap sebagai salah satu gejala sosial berisiko dalam
perspektif barat kerana ia akan memberi kesan jangka panjang dan jangka pendek seperti
kesan psikologikal, kesan fizikal, kesan terhadap sosial, kesan terhadap pembelajaran dan
kesan terhadap kerjaya dan kemasyarakatan.25

Selain itu, menurut perspektif barat antara masalah sosial berisiko yang tinggi ialah
kekerasan senjata api (gun violence). Hampir semua masyarakat di barat memiliki senjata
api. Menurut History Hub, hampir mencecah 40,000 orang mati di Amerika Syarikat
disebabkan oleh kecederaan senjata api pada tahun 2017. Kekerasan senjata api ini telah
terang-terangan mengganggu dan merosakkan masyarakat sekitar. Hal ini menyebabkan
masyarakat sekitar tidak boleh hidup dengan tenang dan tenteram. Secara amnya, apa sahaja
aktiviti yang dianggap merosakkan perilaku dan tindakan serta membahayakan orang
sekeliling adalah definisi dan konsep masalah sosial berisiko di dalam perspektif barat.

23
Amin Al Haadi Shafie, Azad Athahiri Anuar, Norsayyidatina Che Rozudi, Wan Ahmad Zakry Wan
Kamaruddin & Musa Mohamad. (2017). Mangsa Buli Dan Kesan Buli. Journal of Islamic Social Sciences and
Humanities, 11, hlm 111.
24
Norhayati Mat Ghani & Suriati Ghazali. (2015). Tindak Balas Pengguna Youtube Terhadap Kes Buli Dalam
Kalangan Remaja Di Malaysia. Sains Humanika, 6(1), hlm 11.
25
Amin Al Haadi Shafie, Azad Athahiri Anuar, Norsayyidatina Che Rozudi, Wan Ahmad Zakry Wan
Kamaruddin & Musa Mohamad. (2017). Mangsa Buli Dan Kesan Buli. Journal of Islamic Social Sciences and
Humanities, 11, hlm 114.

8
3.0 FAKTOR DAN KESAN AKTIVITI SOSIAL BERISIKO

Terdapat beberapa faktor yang wajar disebutkan sebagai asas kepada berlakunya aktiviti
sosial berisiko ini. Antara yang ketara ialah sikap ibubapa yang tidak bersungguh-sungguh
dalam mendidik anak, pengaruh rakan sebaya yang negatif dan pengaruh media massa.

3.1 SIKAP IBUBAPA YANG TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM


MENDIDIK ANAK

Dalam milenium globalisasi dan modenisasi ini, penyakit sosial acap kali wujud menghiasi
akhbar. Jelas sekali, masalah aktiviti sosial berisiko seperti gejala mat rempit, lumba haram,
penagihan dadah, judi dan minuman arak sering berkait rapat dengan kerosakan institusi
keluarga. Sikap ibubapa yang tidak bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak mereka
dianggap sebagai salah satu penyebab berlakunya kebejatan institusi keluarga seterusnya
mendorong kepada masalah sosial yang berleluasa dalam kalangan remaja. Menurut mantan
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sikap
sambil lewa ibubapa antara punca masalah sosial26.

Ibubapa seharusnya mengalirkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada anak-
anak mereka dan memelihara mereka seperti menatang minyak yang penuh. Namun begitu
terdapat sesetengah golongan ibubapa yang bersikap terlalu fokus dalam mengejar kekayaan
harta dan wang ringgit sehingga menyebabkan anak-anak mereka kurang mendapat perhatian
yang secukupnya. Keadaan ini bertambah buruk apabila sebilangan ibubapa begitu sibuk
dengan pekerjaan di pejabat sehingga mereka mengabaikan tanggungjawab mereka untuk
memantau tingkah laku anak-anak mereka. Mereka tidak sedar bahawa nilai materialistik
yang ada pada diri mereka menyebabkan mereka terlalu rakus mencari wang ringgit dengan
bekerja setiap masa sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Sebilangan ibubapa tidak
begitu mementingkan pertumbuhan anak-anak mereka. Ada yang menswastakan
tanggungjawab pendidikan anak-anak kepada pihak ketiga, seperti kakitangan bergaji, taska,
jiran, rakan dan banyak lagi.27 Ini sekali lagi bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh
mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang
26
Hafiz Marzukhi, (2017, 1 Oktober). Sikap Sambil Lewa Ibu Bapa Antara Punca Masalah Sosial - Tengku
Adnan. Astro Awani Online. Bahan diakses pada 22 Disember 2020, daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sikap-sambil-lewa-ibu-bapa-antara-punca-masalah-sosial-tengku-
adnan-156666.
27
Zulkifli Haji Mohd Yusoff. (2004). Gejala Sosial Dalam Komuniti: Satu Sorotan Penyelesaian Dari Perspektif
Wahyu. Universiti Utara Malaysia, hlm 6.

9
berpendapat bahawa ibubapa tidak boleh hanya memberikan tanggungjawab mendidik anak-
anak kepada guru di sekolah.28 Dengan erti kata lain, gaya keibubapaan yang tidak konsisten
adalah pendorong utama golongan muda terlibat dalam jenayah.29 Ini membuktikan bahawa
salah satu faktor yang mempengaruhi etika dan peradaban ialah keturunan iaitu
pembentukan tingkah laku adalah melalui proses pendidikan yang diterima oleh seseorang
dalam lingkungan budaya keluarganya.

Disebabkan kurangnya kasih sayang yang dicurahkan untuk anak-anak ini, maka
wujudlah jurang komunikasi antara ibubapa dan anak. Penyelidikan Wan Asiah mendapati
bahawa pengabaian cinta dan kurangnya komunikasi yang berkesan antara remaja dan
ibubapa mereka adalah penyebab utama gejala sosial .30 Hal ini demikian kerana apabila
wujud jurang komunikasi yang besar antara ibubapa dan anak, maka ibubapa tidak dapat
memahami anak mereka sebaiknya. Ibubapa tidak maklum apa yang dilalui dan apa yang
dirasai oleh anak-anak mereka. Jika didapati anak mereka melakukan kesalahan, mereka
lebih cenderung untuk memarahi, menengking dan menghukum anak mereka tanpa
menyiasat terlebih dahulu sama ada perkara itu benar atau sekadar khabar angin semata mata.
Oleh yang demikian, ramai remaja mengatakan bahawa mereka tidak suka berkongsi masalah
dengan ibubapa mereka, terutamanya yang melibatkan hal peribadi. Komunikasi dan
percakapan dengan ibubapa lebih formal dan rigid. 31 Ini juga mendorong kepada berlakunya
konflik yang besar antara ibubapa dan anak. Konflik antara remaja dan ibubapa mereka
biasanya disebabkan oleh beberapa faktor, seperti sikap ibubapa, tahap pengetahuan ibubapa,
harapan ibubapa untuk belajar dan kognisi ibubapa jangka panjang.32

Kanak-kanak lelaki yang dibesarkan oleh ibubapa mereka berisiko lebih tinggi untuk
melakukan tingkah laku menyimpang sekiranya mereka terlalu tegas atau berdisiplin dengan
diri sendiri (bertoleransi) dengan ibubapa mereka.33 Hal ini terjadi kerana, jiwa remaja anak-
28
Hafiz Marzukhi, (2017, 1 Oktober). Sikap Sambil Lewa Ibu Bapa Antara Punca Masalah Sosial - Tengku
Adnan. Astro Awani Online. Bahan diakses pada 22 Disember 2020, daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sikap-sambil-lewa-ibu-bapa-antara-punca-masalah-sosial-tengku-
adnan-156666.
29
N.K. Tharshini & Fauziah Ibrahim. (2020). Faktor-Faktor Berisiko Yang Menyumbang Kepada Tingkah Laku
Devian : Satu Kajian Ulasan Sistematik. Jurnal Perspektif, 12(1), hlm 32.
30
Fatimah Ali. (2007). Masalah Sosial Pelajar Dan Hubungannya Dengan Kemerosotan Pembelajaran. Jurnal
Usuluddin, hlm 151.
31
Fatimah Ali. (2007). Masalah Sosial Pelajar Dan Hubungannya Dengan Kemerosotan Pembelajaran. Jurnal
Usuluddin, hlm 151.
32
Habibie Ibrahim, Mazni Mustapha, Joki Perdani, Puteri Hayati Megat Ahmad & Nurul Hudani Md Nawi.
(2018). Peranan dan Tanggungjawab Ibu Bapa dalam Pengasuhan Anak dan Remaja. Asian Social Work
Journal, 3(5), hlm 3.
33
N.K. Tharshini & Fauziah Ibrahim. (2020). Faktor-Faktor Berisiko Yang Menyumbang Kepada Tingkah Laku
Devian : Satu Kajian Ulasan Sistematik. Jurnal Perspektif, 12(1), hlm 6.

10
anak ini memberontak setiap kali mereka dihukum. Mereka akan berasa terkongkong dan
akan bertindak dengan lebih agresif terhadap dunia luar. Dengan itu, mereka akan lebih
terdedah dalam melakukan aktiviti sosial berisiko. Hasil kajian Zainudin Sharif dan
Norazmah Mohamad Roslan (2011) menunjukkan bahawa ibubapa, orang dewasa, pendidik
dan semua komuniti harus memperhatikan pertumbuhan remaja dan memperhatikan
pertumbuhan mereka untuk membantu mereka mengelakkan diri daripada terjerumus dalam
gejala sosial negatif, yang akan membentuk belia tidak produktif.

3.2 PENGARUH RAKAN SEBAYA YANG NEGATIF

Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan, rakan sebaya bererti anak-anak muda yang sama
umurnya dalam satu kumpulan.34 Kawan yang mempunyai pengaruh positif dapat membentuk
keperibadian mulia dalam kalangan remaja. Namun, rakan yang negatif akan mendatangkan
bahaya kepada kehidupan kita, seperti api yang akan memusnahkan nyawa . Pengaruh rakan
sebaya juga merupakan faktor yang mempengaruhi remaja yang melibatkan diri dalam
masalah gejala sosial. KPM telah menyenaraikan 402 sekolah hotspot yang dikaitkan dengan
kes disiplin dan juga dadah di seluruh negara sebagai garis panduan dan salah satu langkah
pencegahan awal berikutan Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), KPM mencatatkan
kadar salah laku dan masalah disiplin murid adalah tinggi.35

Hal ini demikian kerana, menurut ahli psikologi, remaja cenderung meniru dan
mengikuti sikap rakan sebaya kerana mereka mempunyai nilai, sikap, identiti, dan perasaan
yang serupa. Biasanya mereka yang tidak mendapat perhatian dari rumah akan mencari rakan
sebaya yang boleh memenuhi ego dan keperluan mereka. 36 Tamsilnya, aktiviti sosial berisiko
seperi penagihan dadah sering kali dikaitkan dengan pengaruh rakan sebaya. Dapatan kajian
oleh Mahyuddin Bin Arsat dan Azizah Binti Besar menunjukkan bahawa sebanyak 50%
responden bersetuju bahawa mereka mudah menerima pelawaan rakan mereka untuk
mencuba dadah.37 Hal ini berlaku kerana, sebilangan besar remaja pada awalnya hanya

34
Maizatul Akmam & Abu Bakar. (2007). Perkaitan Antara Hubungan Keluarga, Pengaruh Rakan Sebaya Dan
Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Delinkuen Pelajar. Doctoral dissertation, Universiti Teknologi
Malaysia, hlm 25.
35
Absha Atiah Abu Bakar & Mohd. Isa Hamzah. (2019). Faktor Keterlibatan Remaja Dengan Masalah Sosial.
Jurnal Hadhari: An International Journal, 11(1), hlm 3.
36
Zulkifli Haji Mohd Yusoff. (2004). Gejala Sosial Dalam Komuniti: Satu Sorotan Penyelesaian Dari Perspektif
Wahyu. Universiti Utara Malaysia, hlm 7.
37
Mahyuddin Arsat & Azizah Besar. (2008). Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Pelajar. Satu Kajian Di Pusat
Serenti Tiang Dua,Melaka. Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia, hlm 7.

11
mengikuti pelawaan rakan mereka dengan keadaan terpaksa kerana takut dan bimbang
mereka akan disingkirkan daripada kumpulan rakan tersebut. Oleh itu, mereka sanggup
melakukan semua perkara yang diajak untuk dilakukan bersama oleh ahli kumpulan tanpa
mengira perkara itu mendatangkan kesan yang positif atau negatif terhadap diri sendiri dan
orang lain. Terdapat fakta empirikal menunjukkan bahawa faktor penolakan rakan sebaya
pada zaman persekolahan menyebabkan seseorang remaja mula memberontak serta
mahukan perhatian dan penerimaan daripada kawan-kawan yang seusia dengan mereka.
38
Hal ini menguatkan lagi bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan contoh kepada faktor
manusia yang mempengaruhi etika dan peradaban seseorang. Hakikatnya, remaja yang tidak
memilih rakan mereka dengan teliti tentu akan mengikuti tingkah laku negatif rakan mereka.

3.3 PENGARUH MEDIA MASSA

Arus globalisasi yang meningkat mulai tahun 1980 secara tidak langsung telah membawa
pengaruh yang besar ke atas kemampuan untuk mencapai maklumat tanpa sempadan dan
sekatan melalui teknologi maklumat khususnya Internet39. Media massa sangat memainkan
peranan yang amat penting dalam era globalisasi ini terutamanya dalam membentuk minda
masyarakat. Ramai orang lupa bahawa media massa dengan teknologi canggih sebenarnya
adalah salah satu faktor yang mempengaruhi budaya sosial, nilai, sikap dan tingkah laku.
Mereka semakin terdedah kepada dunia yang menyusut yang dipengaruhi oleh media massa,
yang ditunjukkan dengan menunjukkan adegan vandalisme di majalah, televisyen dan
Internet. Terdapat kajian tentang penglibatan remaja dalam aktiviti kurang sihat yang
berpunca daripada kemajuan teknologi maklumat telah dijalankan 40. Capaian laman web
pornografi yang boleh diakses dengan mudah, pembukaan banyak kafe siber dan adanya
kemudahan komputer di rumah dikatakan pendorong utama kepada masalah pornografi
Internet41. Banyak majalah berunsur kisah cinta yang melampau dan seks sama ada dalam
bentuk komik dan novel boleh mencuit emosi masyarakat lalu mencetuskan tingkah laku
yang tidak bermoral42. Mereka nantinya akan membentuk imej mereka melalui model-model
ini.
38
N.K. Tharshini & Fauziah Ibrahim. (2020). Faktor-Faktor Berisiko Yang Menyumbang Kepada Tingkah Laku
Devian : Satu Kajian Ulasan Sistematik. Jurnal Perspektif, 12(1), hlm 8.
39
Azlina Abdullah. (2010). Tema dan Isu Penyelidikan Mengenai Gejala Sosial pada Dekad Pertama Abad 21 di
Malaysia. Akademika, 78(1), hlm 8.
40
Azlina Abdullah. (2010). Tema dan Isu Penyelidikan Mengenai Gejala Sosial pada Dekad Pertama Abad 21 di
Malaysia. Akademika, 78(1), hlm 8.
41
Azlina Abdullah. (2010). Tema dan Isu Penyelidikan Mengenai Gejala Sosial pada Dekad Pertama Abad 21 di
Malaysia. Akademika, 78(1), hlm 8.

12
Televisyen yang juga merupakan antara saluran utama penyampai maklumat kepada
masyarakat kerap kali menayangkan filem-filem yang bertentangan dengan maruah bangsa
lalu merangsang kepada aktiviti maksiat. Kesan penayangan adegan-adegan yang tidak
bermoral di dalam filem mahupun drama seperti adegan cumbu, pendedahan aurat dan
berpelukan ini cukup mempengaruhi minda masyarakat. Di samping itu, jika tidak di
televisyen, filem-filem, bahan bacaan dan gambar-gambar yang meransang nafsu seks,
mereka juga boleh mendapat perkhidmatan untuk melepaskan hawa nafsu mereka dengan
mudah di kota besar mahupun kota kecil dengan harga yang murah sama ada di pasar gelap
atau pasar malam43. Media cetak dan eletronik banyak menyebarkan fahaman seks yang
keliru, pornografi, pornoaksi, kekerasan, keganasan melampau dan kehidupan yang liar iaitu
menyimpang dari budaya dan agama44. Kebanyakan filem yang dibawa masuk dari luar
negara mahupun filem di negara kita sendiri telah membawa norma yang bertentangan
dengan budaya kita. Filem ‘Hustlers’ dan filem ‘Mencari Cinta’ misalnya amat bertentangan
dengan nilai hidup masyarakat kita. Pakaian pelakon-pelakon dalam ‘Hustlers’ amat
menjolok mata. Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita serta adegan bersentuh-sentuhan
dalam filem ‘Mencari Cinta’ dikemukakan sebagai suatu perkara yang biasa sedangkan ia
amat bercanggah dengan Islam. Filem-filem dari dunia Hollywood dengan cara pemakaian
pelakon wanita yang ketat dan seksi serta banyak menggunakan perkataan kesat juga akan
merosakkan minda masyarakat dan mendorong mereka menjadi jahat serta membuatkan
mereka untuk cuba berpakaian seperti mereka45.

Kesannya, jika dilihat dengan cara pemakaian anak-anak muda pada masa kini
amatlah menyedihkan kerana mereka memakai pakaian yang terlalu mendedahkan aurat.
Bahkan cara pemakaian tersebut juga tidak ada masalah bagi mereka kerana mereka seolah-
olah menganggap perkara tersebut adalah trend terkini. Hal ini amat membimbangkan
terutamanya kepada masyarakat di negara kita yang majoriritinya adalah masyarakat yang
beragama Islam kerana jika masyarakat dari negara luar atau masyarakat yang menganut
agama lain seperti India, Cina dan Kristian melihat cara masyarakat Islam berpakaian seperti
itu maka semestinya mereka akan menganggap bahawa Islam tidak lagi relevan pada masa
42
Zulkifli Haji Mohd Yusoff. (2004). Gejala Sosial Dalam Komuniti: Satu Sorotan Penyelesaian Dari Perspektif
Wahyu. Universiti Utara Malaysia, hlm 8.
43
Zulkifli Haji Mohd Yusoff. (2004). Gejala Sosial Dalam Komuniti: Satu Sorotan Penyelesaian Dari Perspektif
Wahyu. Universiti Utara Malaysia, hlm 8.
44
Abdul Munir Ismail. (2016). Pengaruh Media Massa Terhadap Akhlak Pelajar. Organised by: Association of
Malaysian Researchers and Social Services Faculty of Teacher Training and Education, Universitas Syiah
Kuala, Darussalam, Banda Aceh, hlm 3.
45
Zulkifli Haji Mohd Yusoff. (2004). Gejala Sosial Dalam Komuniti: Satu Sorotan Penyelesaian Dari Perspektif
Wahyu. Universiti Utara Malaysia, hlm 9.

13
kini. Namun, apa yang dirisaukan kini, Dr Mohamed yang juga Timbalan Naib Canselor
Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) berkata, penggunaan media sosial atau gajet yang
keterlaluan atau melebihi had telah mengundang dan menimbulkan pelbagai masalah dalam
kehidupan remaja46.

4.0 PERANAN MASYARAKAT MENANGANI AKTIVITI SOSIAL BERISIKO


Inisiatif yang konkrit perlu diutarakan kerana aktiviti sosial berisiko ini masih menjadi barah
dalam masyarakat dan dikhuatiri menjadi adat kebiasaan masyarakat khususnya golongan
belia. Secara umumnya, semua pihak berperanan dalam menangani aktiviti sosial berisiko ini.
Akan tetapi, peranan masyarakat lebih besar dalam konteks ini kerana anggota masyarakat
yang ramai memudahkan proses pembanterasan aktiviti ini.

4.1 PERANAN MASYARAKAT MENANGANI AKTIVITI SOSIAL BERISIKO DI


MALAYSIA
Masyarakat antara pihak yang berperanan besar dalam memastikan aktiviti sosial berisiko
semakin berkurangan di Malaysia. Masyarakat mestilah melatih generasi muda sejak kecil
lagi mengenai tabiat baik secara moral agar sikap baik ini menjadi tabiat mereka. Justeru, isu
seperti ini tidak akan bangkit dan menjadi perkara yang dikhuatiri oleh masyarakat ketika
mereka dewasa kelak. Mereka yang terjebak dengan aktiviti ini pastinya akan beralih dan
kembali ke jalan asal selepas langkah konkrit diambil oleh masyarakat bak kata pepatah ‘air
cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan’. Persoalannya, apakah peranan masyarakat dalam
menangani isu ini?

Bagi menangani aktiviti sosial berisiko daripada semakin merebak, masyarakat


perlulah lebih kerap membuat kawalan sosial di kawasan kejiranan. Perkara ini supaya
mereka yang terjebak sukar untuk melakukan aktiviti kegemaran mereka dan segera
melupakan aktiviti tersebut. Mereka sangat tidak menyukai gangguan yang diterima ketika
membuat aktiviti sosial berisiko tersebut. Mereka lebih rela menjadi anti sosial dengan
bermain permainan yang terdapat di telefon seperti permainan ‘among us’, ‘mobile legends’,
‘PUBG’ dan sebagainya daripada sering dikejar dan ditanya oleh wakil yang bertugas. Secara
tidak langsung, aktiviti sosial berisiko ini semakin kurang mendapat perhatian dalam

46
Alzahrin Alias & Mohd Nasaruddin Parzi, (2015, 1 Mei). Remaja Terpengaruh Media Sosial. Berita Harian
Online. Bahan diakses pada 22 Disember 2020, daripada https://www.bharian.com.my/bhplus-
old/2015/05/50941/remaja-terpengaruh-media-sosial.

14
kalangan mereka. Jelasnya, kawalan ini mampu menyekat segala pergerakan yang menjadi
kebiasaaan mereka.

Kawalan sosial ini boleh dibuat dengan memantau dan mencatat segala pergerakan
keluar masuk anggota masyarakat dan juga orang luar ke dalam kawasan kejiranan mereka. 47
Melalui pendekatan ini, masyarakat yang terjebak dengan aktiviti sosial berisiko tidak dapat
keluar sesuka hati mereka dan merasakan seperti mereka sering diperhatikan. Hasilnya, isu
ini semakin kurang didengari kerana pengawalan yang ketat membataskan pergerakan
mereka. Kawalan sosial oleh masyarakat bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kes,
akan tetapi dapat menjimatkan kos sistem keselamatan.48 Justeru, masyarakat tidak perlu
mengeluarkan kos daripada poket masing-masing untuk membanteras isu ini.
Walaubagaimanapun, masyarakat perlu mengorbankan masa bersama keluarga kerana
tanggungjawab untuk mengawal aktiviti sosial berisiko adalah tanggungjawab yang utama.
Masyarakat mestilah mengenalpasti tahap kepentingan sesuatu tanggungjawab supaya
mereka tidak tersalah mengutamakan tanggungjawab. Hal ini kerana setiap anggota
masyarakat mestilah melaksanakan tanggungjawab yang lebih utama daripada
tanggunggjawab yang lagi satu. Tuntasnya, masyarakat juga mestilah sentiasa cakna dengan
perubahan sekeliling.

Masyarakat juga mestilah mengambil peduli antara satu sama lain tidak mengira
pangkat, umur, bangsa mahupun agama. Lebih-lebih lagi di kawasan yang mempunyai
penduduk yang padat seperti rumah flat, rumah teres dan sebagainya. Perkara ini sedemikian
supaya wujud suasana yang harmoni dalam kalangan masyarakat setempat. Hasilnya,
kesemua masyarakat berasa disayangi dan tiada satu pun yang terpinggir. Kajian ada
mengatakan bahawa kebanyakan mereka yang terlibat dengan aktiviti sosial berisiko adalah
kerana sikap tidak ambil berat sesama masyarakat.49 Mereka lebih gemar menguruskan hal
sendiri daripada bertegur dengan masyarakat lain. Dalam konteks mengambil berat,
masyarakat mestilah bijak dalam menzahirkan sikap ini. Hal ini bermaksud, masyarakat
perlulah menunjukkan perasaan ambil berat tepat pada masa dan keadaan seseorang. Justeru,

47
Zulfikri Abd. Wahab, Yohan Kurniawan & Haris Abd. Wahab. (2014). Pengurusan Masalah Sosial Yang
Berlaku Dalam Komuniti Pesisir di Kelantan, Jurnal Pengajian Melayu, 24, hlm 68.
48
Mohd Sufiean Hassan, Maizatul Haizan Mahbob & Mohd. Helmi Abd. Rahim. (2018). Skala Psikometrik:
Perspektif Kawalan Sosial Tidak Formal dan Pengukuhan Nilai Integriti Golongan Muda. Jurnal
Komunikasi:Malaysian Journal of Communication, 34(4), hlm 244.
49
Nasarudin Desa @ Man, Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Sabri Mohamad. (2018). Menangani
Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut Islam. Al-Turath Journal Of Al-Quran And Al-Sunnah, 3(1), hlm 58.

15
sikap ambil berat sesama masyarakat sangat penting namun perlulah diikuti dengan
kesesuaian.

Selain daripada itu, masyarakat perlulah menggembleng tenaga dengan mengadakan


program-program pencegahan dadah, arak, merempit dan sebagainya. 50 Program ini bertujuan
untuk mendedahkan keburukan secara terperinci daripada aktiviti sosial berisiko yang
semakin popular dalam kalangan masyarakat. Mereka yang terjebak dengan aktiviti ini
diwajibkan untuk menghadiri program-program seperti ini supaya objektif program tercapai.
Oleh hal yang demikian, ketua anggota masyarakat berperanan untuk memastikan mereka
hadir dan menyertai program tersebut. Walaupun ahli keluarga sendiri, ketua anggota
mestilah jujur dan beretika dalam menjalankan amanah supaya berlaku keadilan. Mereka
tidak boleh menyorokkan ahli keluarga yang terjebak dengan isu ini bagi menjamin
keharmonian dan kepercayaan masyarakat.

Program seperti ini boleh dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan anggota masyarakat sendiri. Hal ini kerana PDRM lebih mengetahui cara
mendidik dan mencegah mereka yang baru terjebak dengan aktiviti sosial berisiko ini. PDRM
juga lebih mengetahui denda dan hukuman kepada mereka yang terjebak mengikut tahap.
Jika dibandingkan dengan program yang dianjurkan oleh masyarakat sahaja, berkemungkinan
objektif program agak sukar dicapai. Tambahan pula, program bersama PDRM mampu
memperkenalkan lagi imej polis di mata masyarakat.51 Justeru, keadaan ini menepati slogan
PDRM iaitu `Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’. Masyarakat tidak lagi gerun apabila
terserempak dengan polis dan sanggup mengorbankan nyawa untuk membantu polis
menyiasat sesuatu kes. Oleh itu, masyarakat mestilah bersama-sama mengadakan program
pencegahan aktiviti sosial berisiko supaya setiap anggota masyarakat cakna dan mengetahui
kesan buruk daripada aktiviti sosial berisiko.

Jelaslah bahawa masyarakat mempunyai peranan yang begitu penting dalam


menangani aktiviti sosial berisiko dan tidak dapat disangkal lagi. Mereka mampu mengubah
gaya hidup atau norma kebiasaan yang salah kepada aktiviti yang bermoral.

50
Ahmad Shukri Mohd Nain, Paimah Atoma & Rozeyta Omar. (2004). Persepsi Penagih, Ibu Bapa Dan
Masyarakat Terhadap Dadah. Universiti Utara Malaysia, hlm 13.
51
Garret Dawum, (2019, 19 November). Perkukuh Kerjasama PDRM, Masyarakat Perangi Jenayah. Berita
Harian Online. Bahan diakses pada 23 Disember 2020, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/11/630049/perkukuh-kerjasama-pdrm-masyarakat-perangi-
jenayah.

16
4.2 PERANAN MASYARAKAT DARI PERSPEKTIF ISLAM
Dari perspektif Islam, semua anggota masyarakat berperanan untuk berbuat kebaikan dan
mencegah segala kemungkaran. Hal ini kerana Allah murka kepada mereka yang tidak
membanteras aktiviti sosial berisiko yang berlaku dalam pengetahuan mereka. Allah telah
berfirman dalam kitabnya yang mulia dengan mafhumnya “Orang-orang kafir dari Bani
Israil telah dilaknat melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Demikian itu
adalah kerana mereka menderhaka dan melampaui batas. Mereka saling tidak larang-
melarang dari perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya amat buruk apa
yang mereka telah lakukan."52 Jelasnya, tiada seorang pun daripada masyarakat terkecuali
untuk menangani aktiviti sosial berisiko kerana ia adalah tanggungjawab bersama. Tambahan
pula, Islam melihat kerosakan dan kemusnahan akhlak adalah disebabkan manusia itu
sendiri.53 Mereka bertanggungjawab terhadap segala perilaku dan tindak tanduk mereka. Oleh
hal yang demikian, masyarakat mestilah mengubah gaya hidup mereka sendiri jikalau tidak,
tiada siapa yang akan mengubahnya. Mereka akan terus hidup dengan corak sebegitu
sehingga mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya.

Menurut Islam, masyarakat berperanan dalam meningkatkan dan mengukuhkan


akhlak umat khususnya mereka yang terjebak dengan aktiviti sosial berisiko. Hal ini kerana
melalui pengukuhan akhlak, mereka tidak lagi mudah terpengaruh dengan budaya barat yang
melalaikan dan mengikuti hawa nafsu secara melulu. Mereka akan berfikir baik buruk
daripada perbuatan mereka itu dan memastikan masyarakat lain mendapat kebahagian yang
maksimum daripada keputusan mereka. Justeru, penerapan akhlak yang baik mampu
mempengaruhi pemikiran mereka untuk berfikir secara rasional. Masyarakat bolehlah
memantapkan akhlak mereka yang terjebak dengan mementingkan pendidikan sama ada
formal mahupun tidak. Pendidikan tidak formal juga penting supaya mereka lebih tenang
dalam mengendali masalah dalam hidup. Hasilnya, minda mereka terbuka untuk menerima
segala ujian dan bergerak seiring dengan perubahan masa dan suasana. 54 Oleh itu, mereka
lebih bijak dalam membuat keputusan yang menentukan hidup mereka. Tegasnya, Islam
sangat mementingkan pembangunan akhlak dan sahsiah dalam kehidupan masyarakat

52
Al-Quran. Surah Al-Maidah:5, 78-79.
53
Zulkifli Haji Mohd Yusoff. (2004). Gejala Sosial Dalam Komuniti: Satu Sorotan Penyelesaian Dari Perspektif
Wahyu. Universiti Utara Malaysia, hlm 10.
54
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2003). Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam: Punca Dan Penyelesaian.
Utusan Publications, hlm 9.

17
berbanding pembangunan fizikal. Jumlah perbincangan dalam Al-Quran jelas menunjukkan
aspek pembangunan insan lebih banyak dikupas daripada pembangunan fizikal. 55 Hal ini
kerana, secara tidak langsung, pembangunan sahsiah akan menunjukkan sikap fizikal
individu tersebut.

Selain itu, masyarakat juga boleh mengukuhkan akhlak mereka yang terjebak dengan
mengajarkan mereka segala akhlak Rasulullah SAW. Hal ini demikian kerana, akhlak
Rasullulah SAW yang sangat mulia merupakan terjemahan Al-Quran dan baginda terpelihara
daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. 56 Oleh hal yang demikian, sesiapa
yang mengikuti akhlak Rasulullah pasti mereka itu terlindung daripada terjebak dengan
aktiviti sosial berisiko ini. Sebagaimana yang kita maklum, Al-Quran adalah kitab suci dan
segala kandungannya adalah suci. Justeru, terbuktilah bahawa akhlak Rasullulah sangat mulia
dan mampu menghasilkan peribadi muslim sejati bagi sesiapa yang mengikutinya. Tambahan
pula, masyarakat masih belum terlambat untuk menerapkan akhlak mahmudah dalam diri
mereka yang terlibat dengan aktiviti sosial berisiko ini. Apabila mereka sering diajarkan
akhlak Rasulullah SAW, mereka akan cuba mengikut akhlak baginda kerana sifat semula jadi
manusia adalah ingin melakukan kebaikan. Mereka akan menolak segala perbuatan yang
bertentangan dengan apa yang sering mereka dengar. Tuntasnya, mereka dapat
menghindarkan diri daripada segala aktiviti yang tidak bermoral apabila mereka diajarkan
dengan akhlak mulia ini.

Bukan itu sahaja, malah masyarakat juga berperanan untuk menegur perbuatan
mereka yang salah dan menasihatinya dengan berhikmah. Hal ini supaya mereka tidak
berkecil hati dan lebih terbuka untuk menerima teguran. Dalam konteks berhikmah,
masyarakat mestilah bijak dalam menggunakan kata-kata yang sopan dan memadai sesuai
dengan keadaan mereka. Sesungguhnya, di dalam Al-Quran ada menyatakan panduan untuk
menegur kesilapan orang lain iaitu firman Allah yang bermaksud “Serulah (manusia) kepada
Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang
baik.”57 Ayat ini jelas menunjukkan ciri-ciri utama dalam mengajak manusia kearah kebaikan
adalah dengan berhikmah iaitu sesuai dengan keadaan dan kefahaman mereka. Cara yang
paling baik mestilah digunakan oleh masyarakat dalam menangani aktiviti sosial berisiko

55
Zulkifli Haji Mohd Yusoff. (2004). Gejala Sosial Dalam Komuniti: Satu Sorotan Penyelesaian Dari Perspektif
Wahyu. Universiti Utara Malaysia, hlm 10.
56
Nasarudin Desa @ Man, Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Sabri Mohamad. (2018). Menangani
Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut Islam. Al-Turath Journal Of Al-Quran And Al-Sunnah, 3(1), hlm 6.
57
Al-Quran. Surah An-Nahl:16, 125.

18
ini.58 Hal ini supaya mereka dapat menerima segala teguran kerana penggunaan bahasa yang
menyenangkan tanpa makian. Jika kelihatan tindak balas positif daripada mereka, masyarakat
perlulah menyokong mereka dan memberi dakwah secara beransur-ansur. Oleh hal yang
demikian, mereka tidak terasa terlalu ditekan dan didesak untuk berubah malah tidak juga
ditinggal terkapai-kapai. Tuntasnya, masyarakat yang menegur kesilapan dan kesalahan
sesama masyarakat dapat mengurangkan jumlah penglibatan dalam aktiviti sosial berisiko.

Cukup menarik juga, jika masyarakat menyelitkan kisah-kisah kaum terdahulu di


mana Allah telah menimpakan kebinasaan disebabkan keruntuhan akhlak mereka. Kaum
Tubba’, Kaum ‘Ad dan Kaum Thamud ditimpakan kebinasaan oleh Allah kerana mereka
bergelumang dengan dosa tanpa bertaubat setelah segala nikmat telah diberikan oleh Allah. 59
Penceritaan perlulah diceritakan dengan penuh semangat supaya mesej dapat disampaikan
dengan jelas. Melalui pendekatan ini, mereka akan lebih terkesan kerana mereka percaya
balasan Allah itu benar lebih-lebih lagi pelbagai kisah kaum terdahulu dikupas. Tambahan
pula, balasan tersebut juga dikenakan ke atas manusia, sama seperti mereka dan bukannya jin.
Tuntasnya, melalui penceritaan ini, mereka yang terjebak lebih faham dan gerun untuk
meneruskan perbuatan mereka yang membawa kepada kemurkaan Allah.

Masyarakat juga perlulah menunjukkan contoh yang baik supaya mereka tidak dapat
mengkritik dan mempertikaikan teguran yang diterimanya. Hal ini kerana tindakan seseorang
lebih cepat memberi kesan daripada percakapannya. Mereka lebih gemar memerhati tingkah
laku daripada mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut penegur. Sebagai
contoh, kebanyakan orang bukan Islam seperti penganut Budha, Hindu dan sebagainya bukan
melihat Islam melalui pendengaran daripada Al-Quran dan As-Sunnah akan tetapi mereka
melihat Islam daripada umatnya. Mereka akan terus memerhati tindak tanduk umat Islam
bagi mendapatkan suatu hipotesis. Begitu juga dalam menangani isu ini. Mereka yang
terjebak akan terus memerhati sehingga mereka berpuas hati dan dapat menerima segala
teguran. Jika semua anggota masyarakat berakhlak mulia, secara tidak langusng mereka yang
terjebak dengan aktiviti sosial berisiko ini akan terpengaruh dengan perubahan persekitaran
mereka yang positif. Hasilnya, mereka akan merasakan aktiviti mereka itu pelik dan janggal
untuk dilaksanakan. Justeru, kita mestilah berusaha untuk berakhlak mulia agar semakin
ramai golongan yang terjebak tidak lagi melakukan aktiviti tersebut.
58
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2003). Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam: Punca Dan Penyelesaian.
Utusan Publications, hlm 8.
59
Nasarudin Desa @ Man, Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Sabri Mohamad. (2018). Menangani
Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut Islam. Al-Turath Journal Of Al-Quran And Al-Sunnah, 3(1), hlm 7.

19
Menurut perspektif Islam, masyarakat juga bolehlah memberikan khidmat kaunseling
berbentuk patuh syariat kepada mereka yang terjebak dengan aktiviti sosial berisiko ini.
Melalui pendekatan ini, mereka dapat meluahkan segala isi hati mereka dan ketidakpuasan
hati yang menyebabkan punca penglibatan dalam dunia gelap itu. Mereka juga dapat
mengetahui cara untuk menyelesaikan masalah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah di
samping mengetahui cara untuk bertenang dan berfikiran rasional ketika menghadapi situasi
yang menyulitkan. Psikospiritual Islam, ‘ilaj syar’ie dan kaunseling syar’ie antara kaedah
yang boleh dilaksanakan dalam menangani isu ini.60 Melalui perkongsian ini, mereka berasa
lega kerana ada seseorang yang mampu mendengar luahan hatinya dan mampu memahami
situasi yang mereka sedang alami. Khidmat kaunseling patuh syariat dapat melahirkan
masyarakat yang berwawasan dan mempunyai jati diri yang tinggi. Hal ini kerana, semangat
yang tidak pernah putus diberikan kepada mereka yang terjebak supaya mampu keluar
daripada aktiviti tidak sihat ini. Tegasnya, khidmat kaunseling merupakan cara yang terbaik
bagi meluahkan segala isi hati mereka yang terbuku setelah sekian lama.

Intihanya, Islam sendiri menyuruh umatnya membanteras aktiviti sosial berisiko


supaya tidak merosakkan akhlak masyarakat lain. Islam juga menyuruh umatnya supaya
memiliki akhlak terpuji dan menggalakkan mereka saling tegur-menegur akan kesilapan
orang lain agar dapat hidup aman dan harmoni.

4.3 PERANAN MASYARAKAT DARI PERSPEKTIF BARAT

Perkembangan teknologi tanpa batasan yang berlaku hampir kepada seluruh dunia
menyebabkan belaku perubahan kehidupan dalam gaya hidup manusia. Perkembangan
teknologi manusia berkembang lebih pesat apabila memperoleh kebebasan dalam menerokai
sesuatu perkara yang baharu. Namun setiap perubahan atau pembaharuan pasti mendatangkan
kesan yang kurang baik. Gejala sosial dalam masyarakat berada di satu tahap yang
membimbangkan pemimpin politik mahupun rakyat biasa. Berbagai pihak merasa resah dan
gelisah dengan gejala berkenaan kerana dalam tempoh jangka panjang ia akan memberi kesan
negatif terhadap generasi mendatang. Hasil penulisan Zulkifli Haji Mohd Yussof (2004),

60
Prof Tan Sri Dr Kamal Hassan, (2019, 3 November). Tangani Gejala Sosial Melalui Pendekatan Bersepadu.
Berita Harian Online. Bahan diakses pada 22 Disember 2020, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/11/624591/tangani-gejala-sosial-melalui-pendekatan-
bersepadu.

20
beliau menyatakan masalah sosial berisiko tidak lagi melanda masyarakat membangun tetapi
mula mendatangkan masalah terhadap masyarakat yang sedang membangun seperti Malaysia.

Beberapa tindakan yang mula dijalankan mengikut konsep-konsep yang dicontohi


dari barat seperti psikologi, kerohanian dan perhubungan. Konsep yang dijumpai mengambil
contoh dan perspektif dari barat melibatkan masyarakat yang mempunyai peranan terbesar
dalam mengawal atau mengurangkan masalah sosial yang melanda di sesebuah negara. Dari
konsep psikologi menekankan tindakan awal yang perlu diambil semasa proses pembesaran
sesorang manusia. Masa remaja biasanya dilihat sebagai masa peralihan antara zaman kanak-
kanak dan dewasa, masa dimana orang muda terus mengembangkan sosial dan intelektual
kemahiran yang akan mempersiapkan mereka untuk peranan dan tanggungjawab orang
dewasa.61 Masyarakat berperanan untuk menjalankan aktiviti kaunseling dalam kalangan
pemuda di sesebuah negara. Sekolah adalah konteks sesuai untuk menerapkan penyelesaian
kaunseling bagi mengelakkan masalah sosial dan perkembangan kesihatan remaja. Hal ini
kerana, remaja menghabiskan banyak masa mereka di sekolah dan kebanyakan hubungan
sosial mereka tertumpu di persekitaran sekolah dimana mereka berkembang melalui interaksi
interpersonal dengan rakan sebaya. Penggunaan konsep kaunseling yang khusus untuk
membantu menyelesaikan masalah sosial dalam kalangan pelajar dicipta dan dinamakan
sebagai konsep REBT.62 REBT (Rational Emotive Behaviour Theraphy) merupakan teori
yang dibangunkan oleh Albert Ellis dimana Teori Rasional Emotif Perlakuan ini menekankan
kepercayaan yang tidak rasional pada diri individu yang menyebabkan berlakunya
permasalahan kepada emosi dan tingkah laku individu. Kaunselor-kaunselor dapat
mengaplikasi teori kaunseling REBT dalam proses menjadikan pelajar berdisplin mengikut
peraturan bukan sahaja di sekolah malah berakhlak mulia dengan individu di sekeliling
mereka apabila berada di rumah atau dalam persekitaran masyarakat.63

Kejayaan sesebuah negara dalam membendung dan mengurangkan masalah sosial


turut dipengaruhi oleh konsep kerohanian.64 Unsur kerohanian menjadi salah satu
kepentingan bagi sesebuah komuniti dalam usaha membantu mengurangkan masalah sosial

61
Harris, K. M., Duncan, G. J., & Boisjoly, J. (2002). Evaluating The Role Of “Nothing To Lose” Attitudes On
Risky Behavior In Adolescence. Social forces, 80(3), hlm 1007.
62
Ellis, A. (2005). Can Rational-Emotive Behavior Therapy (REBT) And Acceptance And Commitment
Therapy (ACT) Resolve Their Differences And Be Integrated?. Journal of Rational-Emotive and Cognitive-
Behavior Therapy, 23(2), hlm 155.
63
Alwi, N., & Shaari, A. (2017). Kesahan dan Kebolehpercayaan Intervensi Modul Kaunseling Rasional Emosi
Tingkah Laku. Jurnal Pembangunan Sosial, 20, hlm 70.
64
Aziz, A. B. (2004). Nilai Dan Etika Pengurusan: Analisa Dari Perpekstif Agama-Agama Di Malaysia.
Universiti Utara Malaysia, hlm 12.

21
berisiko yang menjadi kebimbangan semua pihak. Konsep kerohanian melambangkan
penghayatan individu terhadap agama yang dianuti, mampu melahirkan indidvidu yang
cemerlang sahsiah atau peribadi dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, emosi dan
sosial. Patuh dan pelaksanaan kehendak agama merupakan peranan sesebuah komuniti dalam
membendung maslah sosial berisiko. Mengikut nilai dan budaya Kristian dalam usaha
menangani masalah sosial masyarakat beragama Kristian harus mematuhi kehendak agama
yang mengandungi syarat ‘Old Testement’ dan ‘New Testement’. Kedua-dua lembaran ini
mengandungi sistem nilai dan etika yang tersendiri yang berkaitan dengan kehidupan.
Lembaran banyak membincangkan berkenaan larangan dan nasihat seperti jangan mencuri,
jangan berdusta, jangan melakukan maksiat, menghormati ibu bapa, mengutamakan etika dan
menjelaskan kebenaran. Nilai keagamaan yang berkaitan dengan kehidupan yang
diketengahkan dalam Kristian juga mempunyai beberapa persamaan dalam beberapa agama
yang lain untuk menjaga dan melindungi keharmonian negara.

Penglibatan rakyat dalam proses mengatasi atau membendung masalah sosial berisiko
menjadi kunci utama untuk membantu negara berkembang dengan lebih pesat tanpa
menghiraukan masalah yang berlaku di dalam sesebuah komuniti. Konsep perhubungan
menunjukkan peranan masyarakat menjadi tuntutan untuk membantu mengurangkan masalah
sosial yang berlaku. Masyarakat berperanan untuk menjadi penghubung atau pengadu kepada
pihak berkuasa terhadap semua masalah jenayah mahupun masalah sosial. Kerjasama
masyarakat dan polis adalah penting kerana mengikut pakar kriminologi iaitu St. John
Robilliard, Reiner dan Elmer H. Johson menyatakan hubungan polis dengan masyarakat
mempengaruhi keadaan jenayah dan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat.65 Segala
masalah jenayah ataupun sosial dapat diatasi sekiranya tindakan awal sentiasa diambil bagi
mengelakan kerumitan sesebuah permasalahan. Pertubuhan NGO dan badan sukarelawan
antara salah satu antara peranan yang tidak dapat dipertikaikan dalam usaha membantu
permasalahan sosial berisiko. NGO membuka peluang mewujudkan organisasi masyarakat
tersendiri yang mencerminkan kepelbagaian sesebuah masyarakat.66 Kesimpulannya
penglibatan rakyat bagi sesebuah negara untuk mengatasi sesebuah permasalahan amatlah
penting bagi membantu negara mencapai kejayaan.

65
Nor Azlinda Hj Nordin. (2019). Peranan Dan Tanggungjawab Masyarakat Terhadap Pencegahan Jenayah
“Cakna Pergaulan Anda”. Program “Cakna Pergaulan Anda” Cegah Jenayah Tanggungjawab Bersama, hlm
22.
66
Dr. Norma Mansor, (2014, 6 November). NGO Penuhi Keperluan Sosial Rakyat. Berita Harian Online. Bahan
diakses pada 22 Disember 2020, daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/11/15982/ngo-penuhi-
keperluan-sosial-rakyat.

22
5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Menerusi kajian yang telah dilakukan, dapat disimpulkan bahawa menurut pandangan dan
perspektif rakyat Malaysia, definisi dan konsep aktiviti sosial berisiko adalah satu aktiviti
yang tidak berfaedah. Ia juga merupakan tingkah laku yang negatif sehinggakan boleh
memberi kesan buruk kepada individu dan masyarakat lain. Selain itu dalam perspektif Islam
pula, aktiviti sosial berisiko adalah perbuatan yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh
Allah S.W.T kepada manusia manakala dalam perspektif Barat pula, perbuatan yang
dianggap merosakan perilaku dan membahayakan orang sekeliling dikira sebagai aktiviti
sosial berisiko. Aktiviti sosial berisiko ini berpunca daripada beberapa perkara iaitu sikap
segelintir ibubapa yang tidak bersungguh-sungguh dalam mendidik anak, pengaruh rakan
sebaya yang negatif dan juga pengaruh media massa. Hal ini boleh mendatangkan kesan yang
buruk kepada individu yang terlibat seperti mendorong mereka terjebak dengan salah laku
yang tidak produktif apabila tiada pantauan. Selain itu, ia juga boleh mendorong mereka
berkelakuan tidak bermoral disebabkan oleh pelawaan rakan-rakan sebaya serta boleh
terpengaruh dengan trend atau norma kehidupan yang bertentangan dengan masyarakat kita
yang banyak didedahkan di media masa kini. Oleh itu, semua pihak perlu memandang serius
aktiviti sosial berisiko seperti ini serta memainkan peranan penting bagi menangani isu ini
daripada terus berleluasa tanpa kawalan.

Perkara paling utama dalam cadangan membendung masalah sosial di dalam


masyarakat di negara kita ialah melalui ahli keluarga. Hal ini kerana ahli keluarga adalah
yang paling hampir dan paling signifikan dalam menghalang masalah sosial dari terus
merebak. Antara yang boleh dilakukan ialah ahli keluarga perlu memastikan antara satu sama
lain tidak terjebak dengan perkara negatif. Ahli keluarga yang lebih dewasa perlulah bersifat
dengan lebih matang dan dijadikan teladan untuk yang lebih muda. Perbanyakkan masa
diluangkan sesama adalah salah satu cara dalam membendung masalah sosial dari berlaku.
Hal ini kerana, ia akan menerbitkan rasa disayangi antara satu sama lain dan dapat
mewujudkan aura positif dalam setiap individu. Bukan itu sahaja, ahli keluarga juga perlu
mengetatkan peraturan di rumah. Sebagai contoh mengawal waktu keluar masuk rumah dan
mengambil tahu tentang aktiviti harian antara satu sama lain. Hal ini sekaligus dapat
mengurangkan masalah sosial berisiko seperti melepak, merempit dan lumba haram kerana
bukan sahaja di luar mempunyai peraturan malah di rumah juga.

23
Selain itu, dalam perspektif Islam antara cadangan dalam membendung masyarakat
daripada terlibat dengan gejala sosial adalah dengan mewajibkan seluruh masyarakat Islam
menyertai kelas-kelas agama supaya iman dalam dada dapat ditingkatkan. Sebagai contoh,
ibubapa wajib menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama dari darjah satu hingga
darjah enam. Bagi yang remaja dan dewasa diwajibkan untuk menyertai kelas-kelas agama di
masjid sekurang kurangnya seminggu dua kali. Hal ini dapat menimbulkan rasa insaf dan rasa
berdosa apabila berniat untuk melanggar suruhan dan perintah dari Allah S.W.T. Seperti yang
kita tahu melalui didikan agama dan moral adalah salah satu langkah yang paling berkesan
dan berupaya dalam membendung gejala maksiat dan gejala sosial. Oleh itu, dengan ajaran
agama ia boleh dijadikan pedoman dalam hidup supaya dapat membezakan apabila mereka
melakukan sesuatu mereka boleh berfikir dengan waras sama ada perkara yang mereka akan
lakukan itu adalah sesuatu perkara yang baik atau yang buruk.

Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan individu amat mudah
terdedah kepada pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan kini berada di hujung jari
sahaja, namun tidak semuanya sesuai untuk diketahui oleh segenlintir pihak seperi remaja.
Masalah keruntuhan akhlak seperti kelakuan tidak bermoral termasuklah pergaulan bebas
boleh dikatakan berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa sempadan yang diperolehi
oleh mereka. Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk menapis maklumat dengan
rasional, mereka akan terpengaruh dengan keseronokan yang dipamerkan serta mengambil
keputusan untuk meniru perlakuan tersebut. Cadangan yang dapat diketengahkan bagi
mengurangkan isu sebegini ialah dengan menyekat seratus peratus laman-laman sesawang
yang memaparkan kandungan negatif yang boleh mendatangkan masalah tingkah laku kepada
individu serta meletakkan sekuriti untuk mengakses aplikasi yang terdapat di media. Perkara
ini sedikit sebanyak dapat mengawal individu serta anak-anak muda terutamanya dalam
mempelajari sesuatu hanya dengan media sosial.

24
6.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Munir Ismail. (2016). Pengaruh Media Massa Terhadap Akhlak Pelajar. Organised
by: Association of Malaysian Researchers and Social Services Faculty of Teacher
Training and Education, Universitas Syiah Kuala, Darussalam, Banda Aceh, 1-12.
Absha Atiah Abu Bakar & Mohd. Isa Hamzah. (2019). Faktor Keterlibatan Remaja Dengan
Masalah Sosial. Jurnal Hadhari: An International Journal, 11(1), 1-17.
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2003). Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam: Punca Dan
Penyelesaian. Utusan Publications, 1-117.
Ahmad Shukri Mohd Nain, Paimah Atoma & Rozeyta Omar. (2004). Persepsi Penagih, Ibu
Bapa Dan Masyarakat Terhadap Dadah. Universiti Utara Malaysia, 1-13.
Al-Quran. Surah Al-Maidah:5, 78-79.
Al-Quran. Surah An-Nahl:16, 125.
Alwi, N., & Shaari, A. (2017). Kesahan dan Kebolehpercayaan Intervensi Modul Kaunseling
Rasional Emosi Tingkah Laku. Jurnal Pembangunan Sosial, 20, 63-75.
Alzahrin Alias & Mohd Nasaruddin Parzi, (2015, 1 Mei). Remaja Terpengaruh Media Sosial.
Berita Harian Online. Bahan diakses pada 22 Disember 2020, daripada
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/05/50941/remaja-terpengaruh-media-
sosial.
Amin Al Haadi Shafie, Azad Athahiri Anuar, Norsayyidatina Che Rozudi, Wan Ahmad
Zakry Wan Kamaruddin & Musa Mohamad. (2017). Mangsa Buli Dan Kesan Buli.
Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, 11, 109-124.
Amini Amir Abdullah. (2014). Menangani Gejala Sosial Menurut Perspektif Islam.
Universiti Putra Malaysia, 1-24.
Amran Idris, Fuziah Shaffie & Saralah Devi Mariamdaran. (2020). Faktor-Faktor Pencegahan
Fenomena Relapse Dalam Kalangan Pengguna Dadah. Asian People Journal, 3(2),
161-168.
Aziz, A. B. (2004). Nilai Dan Etika Pengurusan: Analisa Dari Perpekstif Agama-Agama Di
Malaysia. Universiti Utara Malaysia, 1-13.
Azlina Abdullah. (2010). Tema dan Isu Penyelidikan Mengenai Gejala Sosial pada Dekad
Pertama Abad 21 di Malaysia. Akademika, 78(1), 3-14.
Dr. Norma Mansor, (2014, 6 November). NGO Penuhi Keperluan Sosial Rakyat. Berita
Harian Online. Bahan diakses pada 22 Disember 2020, daripada
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/11/15982/ngo-penuhi-keperluan-sosial-
rakyat.
Ellis, A. (2005). Can Rational-Emotive Behavior Therapy (REBT) And Acceptance And
Commitment Therapy (ACT) Resolve Their Differences And Be
Integrated?. Journal of Rational-Emotive and Cognitive-Behavior Therapy, 23(2), 153-168.

25
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi’. (2007). Kajian Ajaran Sesat dalam Pengajian Islam: Satu
Sorotan. Jurnal Usuludin, 26, 1-22.
Fatimah Ali. (2007). Masalah Sosial Pelajar Dan Hubungannya Dengan Kemerosotan
Pembelajaran. Jurnal Usuluddin, 145-154.
Garret Dawum, (2019, 19 November). Perkukuh Kerjasama PDRM, Masyarakat Perangi
Jenayah. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 23 Disember 2020, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/11/630049/perkukuh-kerjasama-
pdrm-masyarakat-perangi-jenayah.
Habibie Ibrahim, Mazni Mustapha, Joki Perdani, Puteri Hayati Megat Ahmad & Nurul
Hudani Md Nawi. (2018). Peranan dan Tanggungjawab Ibu Bapa dalam Pengasuhan
Anak dan Remaja. Asian Social Work Journal, 3(5), 18-24.
Hafiz Marzukhi, (2017, 1 Oktober). Sikap Sambil Lewa Ibu Bapa Antara Punca Masalah
Sosial - Tengku Adnan. Astro Awani Online. Bahan diakses pada 22 Disember 2020,
daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sikap-sambil-lewa-ibu-bapa-
antara-punca-masalah-sosial-tengku-adnan-156666.
Harris, K. M., Duncan, G. J., & Boisjoly, J. (2002). Evaluating The Role Of “Nothing To
Lose” Attitudes On Risky Behavior In Adolescence. Social forces, 80(3), 1005-1039.
Latifah Mohd Noor, Siti Rubaini Mat, Norhakimah Dhiaudin,& Afif Arifin. (2018). Alkohol:
Definisi, Pengharaman, Metabolisme Dan Kegunaannya. ULUM ISLAMIYYAH, 23,
35-49.
Mahyuddin Arsat & Azizah Besar. (2008). Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Pelajar. Satu
Kajian Di Pusat Serenti Tiang Dua,Melaka. Doctoral dissertation, Universiti
Teknologi Malaysia, 1-9.
Maizatul Akmam & Abu Bakar. (2007). Perkaitan Antara Hubungan Keluarga, Pengaruh
Rakan Sebaya Dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Delinkuen Pelajar.
Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia, 1-27.
Mohd Sufiean Hassan, Maizatul Haizan Mahbob & Mohd. Helmi Abd. Rahim. (2018). Skala
Psikometrik: Perspektif Kawalan Sosial Tidak Formal dan Pengukuhan Nilai Integriti
Golongan Muda. Jurnal Komunikasi:Malaysian Journal of Communication, 34(4),
232-249.
Mohd Yusri Ibrahim. (2019). Sekularisme: Faktor, Penyebaran Dan Langkah Mengatasinya
Dari Sudut Pandang Islam. International Journal of Humanities, Philosophy, and
Language, 2(8), 202-216.
Nasarudin Desa @ Man, Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Sabri Mohamad. (2018).
Menangani Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut Islam. Al-Turath Journal Of Al-
Quran And Al-Sunnah, 3(1), 55-63.
N.K. Tharshini & Fauziah Ibrahim. (2020). Faktor-Faktor Berisiko Yang Menyumbang
Kepada Tingkah Laku Devian : Satu Kajian Ulasan Sistematik. Jurnal Perspektif,
12(1), 28-38.

26
Nor Azlinda Hj Nordin. (2019). Peranan Dan Tanggungjawab Masyarakat Terhadap
Pencegahan Jenayah “Cakna Pergaulan Anda”. Program “Cakna Pergaulan Anda”
Cegah Jenayah Tanggungjawab Bersama, 1-26.
Norhayati Mat Ghani & Suriati Ghazali. (2015). Tindak Balas Pengguna Youtube Terhadap
Kes Buli Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia. Sains Humanika, 6(1), 9-17.
Nur Hafizah Yusoff. (2020). Lumba Haram Dan Budaya Pertaruhan Di Bagan Ajam, Pulau
Pinang. Journal of Social Science and Humanities, 17(2), 25-35.
Prof Tan Sri Dr Kamal Hassan, (2019, 3 November). Tangani Gejala Sosial Melalui
Pendekatan Bersepadu. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 22 Disember 2020,
daripada https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/11/624591/tangani-
gejala-sosial-melalui-pendekatan-bersepadu.
Sahlawati Abu Bakar, Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail & Zanariah Dimon. (2017).
Kaedah Al-Quran Dalam Menangani Masalah Sosial: Kajian Di Pusat Perlindungan
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Jurnal Pengajian Islam, 10(1), 57-77.
Wahab, H. A. (2004). Masalah Sosial Di Bandar Semenanjung Malaysia: Tinjauan Daripada
Perspektif Masyarakat Malaysia. JATI-JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN
STUDIES, 9, 55-74.
Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh,
Melaka. Journal of Education Psychology & Counseling, 1(7), 115-140.
Zulfikri Abd. Wahab, Yohan Kurniawan & Haris Abd. Wahab. (2014). Pengurusan Masalah
Sosial Yang Berlaku Dalam Komuniti Pesisir di Kelantan, Jurnal Pengajian Melayu,
24, 56-77.
Zulkifli Haji Mohd Yusoff. (2004). Gejala Sosial Dalam Komuniti: Satu Sorotan
Penyelesaian Dari Perspektif Wahyu. Universiti Utara Malaysia, 1-14.

27
ii. KEMAHIRAN ETIKA DAN PROFESIONAL

MINGGU TARIKH AKTIVITI


 Memulakan sesi berkenalan bersama
19 Oktober 2020 ahli kumpulan menerusi aplikasi
whatsapp
 Berbincang bersama ahli kumpulan
berkenaan tajuk yang ingin dipilih.
 Membuat keputusan untuk memilih
Minggu 1
tajuk 13 iaitu ‘Peranan Masyarakat
21 Oktober 2020 Dalam Menangani Isu Aktiviti Sosial
Berisiko (Lumba haram/Mat
rempit/Penagihan dadah/Judi/Minum
arak) Suatu analisis menurut Peradaban
Islam, Cina, India dan Barat’.
 Berbincang bersama ahli kumpulan
bagaimana ingin memulakan tugasan
Minggu 2 26 Oktober 2020
dan maklumat apa yang diperlukan
untuk menyiapkan tugasan ini.
 Berbincang mengenai isi kandungan
tugasan kerana mempunyai pandangan
yang berbeza diantara ahli kumpulan.
Minggu 3 2 November 2020
 Bertanya kepada ahli kumpulan lain
bagi mendapatkan maklumat yang
betul berkenaan isi kandungan.
 Membuat perjumpaan di Microsoft
Minggu 4 9 November 2020 Teams bagi membincangkan objektif
kajian yang ingin dilaksanakan.

ii
 Membuat pembahagian tugas bersama
ahli kumpulan berdasarkan isi
kandungan seperti:

Nurul Syazwani & Syazwani Zahirah


-Pengenalan
-Objektif Pertama (Definisi dan
Konsep)
-Kesimpulan dan Cadangan

Balqis Umairah & Aiman Nabilah


-Skop Kajian
-Metodologi kajian
-Objektif Kedua (Faktor dan Kesan)

Minggu 4
Hazim & Anis Syazwani
-Kajian Litertaur
-Objektif Ketiga (Peranan Masyarakat)

 Bertukar pandangan berkenaan isi yang


perlu ada di dalam Kajian Literatur,
Metodologi dan Analisis Dapatan
Kajian.
 Pensyarah iaitu Dr. Ros Aiza
memperbetulkan objektif kajian semasa
waktu kelas online seperti:

Objektif Sebelum
 Untuk mengenalpasti peranan
masyarakat dalam menangani aktiviti

iii
sosial berisiko.
 Untuk mengkaji peranan masyarakat
mengikut perspektif Islam, Cina, India
dan Barat.
 Keberkesanan analisis menurut
peradaban Islam, Cina, India dan Barat
dalam menangani aktiviti sosial
berisiko.

Objektif Selepas
 Menerangkan definisi dan konsep
aktiviti sosial berisiko.
 Mengkaji faktor dan kesan aktiviti
sosial berisiko.
 Mengetahui peranan masyarakat dari
Perspektif Islam dan Barat.
 Ahli yang mendapat tugasan Peranan
10 November 2020 masyarakat mula mencari artikel yang
berkaitan dan mengumpulkannya.
 Memulakan penulisan berkaitan Kajian
Literatur.
Minggu 4 14 November 2020  Ahli yang mendapat tugasan Definisi
dan Konsep mula mencari artikel serta
maklumat yang berkaitan.
 Ahli yang membuat analisis berkenaan
15 November 2020 Peranan masyarakat mula menulis
bahagian masing-masing.

iv
 Ahli kumpulan berkongsi artikel dan
jurnal mereka yang ingin digunakan
bagi tujuan kajian ini di aplikasi
whatsapp.
 Ahli yang mendapat tugasan bahagian
16 November 2020
faktor dan kesan mula berbincang dan
mencari maklumat bagi bahagian
mereka.

Minggu 5  Mula menulis pengenalan bagi kajian


ini.
 Mencari lebih banyak lagi artikel
berkenaan faktor dan kesan serta
memulakan analisis mereka.
20 November 2020
 Memulakan penulisan berkaitan
Definisi dan Konsep aktiviti sosial
berisiko
 Bahagian faktor dan kesan siap
21 November 2020
dianalisis, ditulis dan digabungkan
 Berbincang dan memulakan penulisan
17 Disember 2020 berkaitan metodologi kajian dan skop
kajian.
 Membuat pembetulan bagi faktor dan
18 Disember 2020 kesan aktiviti sosial berisiko,
Minggu 8 Metodologi Kajian dan Skop kajian.
 Membuat pembetulan bagi Definisi dan
19 Disember 2020
Konsep serta peranan masyarakat.
 Menggabungkan semua bahagian
20 Disember 2020 menjadi satu laporan bermula dari
Penghargaan sehingga Bibliografi.

Anda mungkin juga menyukai