Anda di halaman 1dari 28

PEMBUKTIAN

DAN
KETERANGAN
(YANG DISEPAKATI ULAMA`)

SHA 2073
NADIAH BINTI HJ MOHD ZIN
FAKULTI UNDANG-UNDANG, GOVERNAN & HUBUNGAN
ANTARABANGSA
SYAHADAH
• Dari sudut bahasa, al-syahadah bermaksud menghadirkan, penerangan atau khabar yang
pasti, iaitu kata-kata yang diucapkan hasil daripada maklumat yang diperoleh melalui
penyaksian.
• Dari sudut terminologi pula, kesaksian bermaksud pemberitahuan yang benar untuk
mensabitkan sesuatu hak dengan lafaz syahadah dalam majlis penghakiman.
• kesaksian juga ditakrifkan sebagai pemberitahuan tentang sesuatu hak orang lain
terhadap orang lain dengan lafaz “aku bersaksi”.
• kesaksian difahami sebagai pemberitahuan oleh seseorang saksi dalam suatu majlis
kehakiman tentang sesuatu hak orang lain dengan lafaz kesaksian. Kesaksian juga
merupakan salah satu cara pembuktian yang penting selepas iqrar (pengakuan) kerana
dalam sesetengah keadaan kesaksian menjadi pembuktian tunggal terhadap sesuatu
dakwaan dan seterusnya dapat membantu hakim membuat keputusan.
• Bayyinah dan syahadah adalah keterangan saksi.
• Al-Syahadah dari sudut bahasa bermakna hadir.

• Ia juga bermaksud perkhabaran yang pasti (khabar qat‘i). Perkatan ini sama
maknanya dengan al-bayyinah kerana melalui keterangan ini,sesuatu kebenaran
dapat diperjelaskan.

• Perkataan al-bayyinat adalah kata jama‘ kepada al-bayyinah yang bermakna saksi
kerana dengannya sesuatu hak dapat dijelaskan

• Dari sudut istilah ia bermaksud suatu perkhabaran tentang sesuatu dengan


lafaz yang khusus iaitu lafaz asyhadu (aku bersaksi atau aku naik saksi).
SYARAT-SYARAT SYAHĀDAH

• Syarat baligh dan berakal merupakan dua syarat utama dalam syarat penyampaian
kesaksian atau syurūt tahammul . Syarat lain melibatkan syarat Islam sebagai syarat
utama.
BILANGAN SAKSI

• kesaksian wanita biasanya timbul dalam perbincangan tentang bilangan saksi kerana
Islam menetapkan bilangan tertentu dalam kes-kes tertentu untuk dipenuhi selain
dari syarat-syarat syahādah. Pandangan ulama yang mengatakan wanita boleh
menjadi saksi dalam semua kes atas alasan perubahan ‘urf semasa.
• bilangan saksi wanita adalah cenderung kepada pandangan mazhab Maliki yang
menerima seorang saksi wanita dalam kes-kes yang di bawah pengetahuan dan
kepakaran wanita sahaja berbeza dengan pandangan mazhab Shafi’i yang
menetapkan lebih dari seorang saksi Wanita.
• Zina , qazaf memerlukan tahap pembuktian yang sangat tinggi melalui iqrar atau
keterangan empat orang saksi lelaki. kesalahan rogol diletakkan di bawah kategori
hirabah maka hanya dua orang saksi diperlukan secara minimum dan implikasi
keterangan juga akan berbeza jika rogol dikategorikan di bawah takzir, maka
syahādah bukan sesuatu yang mandatori.
AL-YAMIN (SUMPAH)
• Dalam bahasa Arab, al-yamin bermaksud kekuasaan.
• Al-yamin juga bermaksud tangan kanan kerana kekuatan tenaga yang ada pada tangan
tersebut menyebabkan orang Arab memegang tangan kanan apabila bersumpah.
• Istilah lain yang digunapakai juga merujuk kepada al-yamīn ialah al-halaf, al-istihlaf, al-Ila’
dan al-qasam
• Sudut istilah pula, al-yamīn ditakrifkan sebagai: “Suatu lafaz yang digunakan untuk
menyatakan (mensabitkan) haknya terhadap sesuatu perkara atau menafikan sesuatu
perkara dengan menyebut nama Allah S.W.T atau sifat-sifatNya”.
• Dari segi terminologi, al-yamin ditakrifkan sebagai menguatkan maksud kata-kata yang
tidak sabit, dengan menyebut satu daripada nama atau sifat Allah dalam lafaz tertentu.
AL-YAMĪN GHAIR AL-QADHA’IYYAH &
AL-YAMĪN AL-QADHA’IYYAH
• Terdapat DUA jenis sumpah, iaitu sumpah di luar mahkamah (Al-Yamīn ghair Al-Qadha’iyyah) dan sumpah di
dalam mahkamah (Al-yamīn Al-qadha’iyyah)
• . Kedua-dua al-yamīn bertujuan untuk menguat dan mengukuh sesuatu tetapi terdapat beberapa perbezaan
dari segi hukum dan kaedah pemakaiannya.
• Al Yamin di luar mahkamah adalah tidak tergolong dalam kategori pembuktian yang diterima untuk sabitan
apa-apa kes.
• SUMPAH DI DALAM MAHKAMAH yang dilakukan atas permintaan hakim merupakan suatu kaedah
pembuktian yang hendaklah dilakukan dengan menggunakan lafaz Allah SWT dan sifat-Nya. Al-Yamin di
dalam mahkamah menjadi keterangan (al-Bayyinah) dan boleh diterima pakai untuk sabitan di dalam kes
mal sahaja. Apa-apa bentuk al-Yamin atau sumpah di dalam kes-kes yang melibatkan jenayah seperti hudud,
qisas dan taa’zir tidak boleh diterima pakai sebagai pembuktian untuk sabitan.
• Sumpah diterima sebagai suatu kaedah pembuktian dalam Islam, berdasarkan dalil daripada al-Quran dan
sunah, seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud,
“Keterangan (albayyinah) hendaklah diberikan oleh pihak pendakwa dan sumpah (alyamin) oleh
pihak yang mendakwa”
AL-YAMĪN DI LUAR MAHKAMAH
(AL-YAMĪN GHAIR AL-QADHA’IYYAH)
• Al-Yamīn di luar mahkamah juga bertujuan untuk menguat dan mengukuhkan sesuatu
perkara. Tetapi al-yamīn ini tidaklah menjadi salah satu cara pembuktian berbeza dengan al-
yamīn di dalam mahkamah.
• Al-Yamīn ghair al-Qadha’iyyah bergantung sepenuhnya kepada niat yang orang
melafazkannya, sekiranya lafaznya berbeza dari apa yang diniatkannya ia disebut sebagai
‘Tauriyyah’.
• “Tauriyyah” bermakna niat seseorang bersumpah berbeza dengan perkataan zahir sumpah
yang dilafaz olehnya. Misalnya seseorang itu bersumpah untuk tidak memakan daging,
namun hati berniat sebaliknya atau ia hanya berniat untuk tidak memakan danging kambing
sahaja.
• Tauriyyah semasa bersumpah adalah tidak dibenarkan samasekali sekira bertujuan
untuk menganiayai orang lain bahkan ia merupakan perbuatan yang diharamkan.
Walau bagaimanapun bersumpah demi menolak segala bentuk kezaliman, menjaga
hak-hak seseorang atau untuk menjaga iman dan akidah setelah dipaksa oleh
pemerintah yang zalim maka dibenarkan tauriah bahkan ia dianggap perkara yang
mulia di sisi agama.
• Pembahagian al-yamīn di luar mahkamah boleh dibahagikan kepada empat iaitu al-
yamīn al-munaqidah, al-yamīn al-lagha, al-yamīn al-ghumus dan al-Yamin Mubahalah
AL-YAMĪN AL-MUNAQIDAH

• Al-yamīn al-Munaqidah iaitu sumpah yang bersungguh-sungguh dan sah. Ia


merupakan suatu sumpah terhadap sesuatu perkara pada masa yang akan datang
sama ada untuk dilaksanakan atau meninggalkan sesuatu perkara.
• Sekiranya seseorang itu melanggar apa yang disumpahkannya maka wajib
dikenakan kafarah.
• Bersumpah dengan nama Allah dengan maksud memang untuk bersumpah dengan
ketentuan syara’..
AL-YAMĪN AL-LAGHA
• Jenis sumpah sia-sia yang mana orang yang melafazkan sumpah tersebut tidak
berniat untuk bersumpah.
• Ianya juga boleh ditakrifkan sebagai sumpah terhadap sesuatu yang tidak
disangkakan menepati ianya bersumpah sebagaimana ia bersumpah akan tetapi
ternyata tidak tepat atau dalam erti kata lain sumpah yang dimaksudkan dengan
sesuatu tetapi lidah menyebut perkataan lain.
• Para fuqaha berpendapat bahawa sumpah jenis ini tidak dikenakan kafarah kepada
sesiapa yang melanggarnya. Ia boleh diambil kira sebagai sumpah yang tidak
mempunyai kesan hukum ke atasnya.
• Menurut Mazhab Shafie sumpah lagha yang berhubung dengan hak orang lain
seperti talak dan Ila’ maka ianya tetap sah.
AL-YAMĪN AL-GHUMUS

• Sumpah bohong yang merendahkan hak-hak atau bertujuan membuat dosa dan
khianat serta ia tergolong di antara dosa-dosa besar. Ghumus itu bermaksud
menjerumuskan pelakunya ke dalam neraka.
• Pendapat mazhab Shafie diwajibkan juga kafarat kepada sumpah bohong ini. Ini
adalah kerana sumpah ghumus adalah termasuk di dalam sumpah almunaqidah kerana
bersumpah degan menggunakan nama Allah.
• Pendapat Mazhab Maliki berpendapat tidak boleh dibayar kafarat kepada yang
melanggar sumpah ghumus kerana keberanian untuk berdusta dengan menggunakan
nama Allah S.W.T. tidak wajar dihukum dengan kafarat , bagi mereka yang sumpah
berbohong ini maka kesalahan itu sudah cukup dibalas dengan neraka.
AL-YAMIN MUBAHALAH
• Al-Yamin al-mubahalah ialah sumpah saling melaknat sesiapa yang berbohong
antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah.
• Perkara yang perlu diberi perhatian pada sumpah mubahalah ialah ianya adalah
bentuk sumpah di luar mahkamah yang berlaku untuk mempertahankan diri dan
bukan untuk melakukan tuduhan kepada orang lain.
• Sekiranya apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil atau berbohong orang
yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu.
• Perlu diingat keperluan kepada al-Yamin mubahalah tidak menjadi tuntutan
sekiranya kes sedang dibicarakan di Mahkamah. Ini kerana ianya boleh
mengganggu proses keadilan di Mahkamah yang melibatkan banyak kaedah
pembuktian yang lain seperti al-Iqrar, al-Syahadah dan al-Qarinah.
• Sumpah mubahalah dianjurkan hanya selepas pelbagai cara diusahakan untuk
menyelesaikan perbalahan dan sekiranya terus buntu barulah ianya boleh
dilaksanakan.
AL-YAMIN MULA’ANAH
Persaksian-persaksian yang dikuatkan dengan sumpah, digandingkan dengan laknat
dari arah suami dan disertai dengan doa murka Allah dari sisi isteri. Menduduki posisi
hukuman al- qadzf (tuduhan zina) pada hak suami dan menduduki hukuman had zina
pada hak istri.
Dinamakan li'an kerana sumpah seorang lelaki pada ucapannya yang kelima bahwa
Allah melaknatnya jika ia berdusta. Dan karena salah satu dari keduanya dusta dan hal
ini tidak bisa dipungkiri, sehingga dia terlaknat.
Sebagian ahli ilmu yang lain mengatakan bahwa mula'anah adalah sumpah suami
dengan lafaz khusus yang menyatakan bahwa isterinya berzina atau menolak anaknya
isteri dari dirinya dan sumpahnya istri untuk mendustakan suaminya terhadap perkara
yang dituduhkan oleh suami.
SYARAT-SYARAT SAH LI’AN
1. Li’an suami mendahului lian isteri.
2. Kedua-dua suami isteri mesti menyebut perkataan-perkataan li’an. Jika salah seorang
menukar lafaz penyaksian dengan lafaz lain seperti aku bersumpah atau dia menukarkan
perkataan laknat dengan perkataan murka atau sebaliknya, li’an tersebut tidak sah. Ini
kerana lafaz li’an diterangkan dengan jelas dalam al-Qur’an al-Karim dan mesti
digunakan semasa melakukan lian.
3. Kelima-lima penyaksian (lafaz li’an yang disebut sebanyak lima kali) hendaklah
dilakukan secara mualat dan berturut-turut. Oleh itu ia tidak boleh dipisahkan oleh
sebarang perkara yang dianggap uruf sebagai pemisah.
4. Hakim wajib memberikan nasihat dan mengingatkan kedua-dua pasangan supaya tidak
berbohong. Contonya berkata: perhitungan sebenar kamu terserah kepada Allah. Salah
seorang daripada kamu adalah pembohong. Adakah sesiapa yang ingin bertaubat?
KESAN-KESAN LI’AN

• Kesan-kesan yang akan timbul apabila berlakunya li’an ialah:-


1.Gugur had Qazaf daripada suami. Had Qazaf itu akan dijatuhkan kepada isteri yang
dili’an.
2.Wajib had zina ke atas isteri yang tidak meli’an suaminya. Jika isteri itu meli’an suaminya
maka gugurlah had zina tersebut daripada isteri.
3.Bercerai di antara suami isteri selama-lamanya sebagai talak ba’in.
4.Tidak boleh dinasabkan anak yang tidak diakui oleh suami yang meli’an isterinya kepada
suami tersebut, jika suami menolak anak itu pada li’annya. Walaubagaimanapun anak itu
tetap menjadi nasab kepada isteri yang dili’an.,
• Tidak halal (haram selama-lamanya) bagi suami yang meli’an isterinya berkahwin
semula dengan isteri yang dili’annya sekalipun isteri tersebut telah berkahwin
dengan beberapa suami yang lain.
RADDUL YAMIN
Mengikut mazhab Syafie, dalam keadaan inilah orang yang mendakwa dikehendaki
bersumpah mengaku bahawa sesuatu hak yang didakwa itu adalah haknya.
Dalam Fiqh Sunnah berpendapat, kaedah ini hanya terbatas kepada perkara-perkara
yang melibatkan harta sahaja. Ia tidak terpakai perkara-perkara jenayah dan hudud.
Telah berlaku ijma’ dalam penggunaan kaedah ini dalam urusan harta.
AL-YAMĪN DI DALAM MAHKAMAH
(AL-YAMĪN AL-QADHAIYYAH)
• Al-yamīn al-Qadhaiyyah adalah semata-mata untuk menguatkan pendakwaan bagi pihak
yang bertelingkah seterusnya menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak yang terbabit.

• Al-Yamīn al-Qadhaiyyah berfungsi untuk mensabitkan atau menafikan sesuatu dakwaan ke


atas seseorang dan ia bergantung kepada niat orang yang mengarahnya iaitu Hakim.

• Al-Yamīn al-Qadhaiyyah tidak menerima tauriyyah sepertimana yang berlaku dalam al-
yamīn di luar mahkamah melainkan di hadapan hakim yang zalim.

• Menurut kitab-kitab fiqh, al-yamīn yang dilaksanakan dalam sesuatu penghakiman terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu Yamīn al-Mudda’a ‘alaih,Yamīn al-Mudda’i dan Yamīn al-Syahid.
YAMĪN AL-MUDDA’A ‘ALAIH
• Yamīn al-Mudda’a alaih ialah sumpah yang dilafazkan oleh yang kena dakwa atas
arahan hakim merujuk kepada permohonan yang mendakwa bagi menguatkan
jawapan terhadap dakwaan. Ia juga dikenali sebagai Yamīn al-Asliyyah, Yamīn al-
Dafī’ah dan Yamīn Al-Rafī’ah.
• Ulama’ Hanafiyyah juga menamakan sebagai sumpah wajib (Yamīn al-Wajibah).
• Para ulamak bersepakat terhadap perlaksanaan sumpah jenis ini .
YAMĪN AL-MUDDA’I

• Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya hanya menerima Yamīn al-Mudda’a alaih
(sumpah yang didakwa) dan menolak selain daripada itu.
• Jumhur yang terdiri daripada Maliki, Shafie, Hanbali dan lain-lain menerima pakai
yamīn al-Mudda’i.
• Menurut para ulamak yang menerima Yamīn al-Mudda’i, ia terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu Yamīn al-Jalibah, Yamīn alTuhmah dan Yamīn al-Istizhar.
a. Yamīn al-Jalibah
Sumpah yang dilaksanakan oleh al-mudda’i untuk mensabitkan hak-haknya. Sebab-sebab yang
memerlukan sumpah ini adakala ianya keterangan seorang saksi sahaja iaitu sumpah bersama
seorang saksi (al-yamīn ma’a al-Syahid).

b. Al-Yamīn al-Tuhmah
Sumpah yang diarah oleh Hakim kepada orang yang mendakwa bertujuan untuk menolak dakwaan
yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Sumpah ini diterima pakai oleh mazhab Maliki dan
Zaidiyyah.

c.Yamīn al-Istizhar
Yamīn alIstizhar juga disebut sebagai Yamīn al-Istithaq dan ulamak Maliki menamakannya sebagai
Yamīn al-Istibra’ iaitu sumpah yang dilakukan oleh orang yang mendakwa atas permintaan hakim
untuk menolak tohmah terhadapnya selepas ia mengemukakan dalil dan keterangan yang diperlukan
dalam dakwaan. Ia merupakan penyempurnaan dalil atau keterangan seperti kesaksian dan hasil
daripada itu sabitlah dakwaan di sisi hakim.
Yamīn al-Istizhar ini dilaksanakan bagi tuntutan yang berhubung dengan hak ke atas
orang yang ghaib atau mati. Yamīn al-Istizhar di laksanakan untuk mengelakkan
tohmahan atau dengan kata lain untuk mengukuhkan lagi keputusan yang telah dibuat
oleh hakim sekalipun setelah hakim berpuashati dengan keterangan pendakwa dan
terdapat dua saksi.
YAMĪN AL-SHAHID
• Yamīn al-Shahid akan dilaksanakan oleh saksi sebelum sesuatu kesaksian dibuat.
• Sumpah ini bertujuan memberi kebenaran atas kepercayaan.
• Al-yamīn jenis ini menjadi ganti kepada tazkiah (pembersihan atau penyuburan)
kepada saksi dan ia diharuskan menurut pendapat Maliki, Zaidiyyah, Ibn Qayyim, Ibn
Abu Laili.
• Yamīn al-Shahid dilaksanakan disebabkan kefasadan yang amat ketara dan
kelemahan agama umat masa ini.
• Namun begitu Jumhur ulamak menolak Yamīn al-Shahid
HUKUM AL-YAMĪN
YANG DIMAKSUDKAN HUKUM AL-YAMĪN IALAH KESAN SUMPAH SETELAH IA DILAKSANAKAN
DI HADAPAN HAKIM.

Hukum Yamīn al-Mudda’I


Menurut Jumhur Ulamak, apabila mudda’i melafazkan sumpah maka sabitlah hak baginya
sekalipun sumpah berserta seorang saksi menurut pendapat yang paling sahih bagi Shafie
dan pendapat yang muktamad bagi Maliki. Namun menurut Ulamak Hanafi, al-yamīn tidak
berlaku melainkan bagi pihak mudda’a alaih
Hukum Yamīn Al-Mudda’a Alaih
Para ulamak bersepakat mengenai kesan sumpah mudda’a alaih iaitu menamatkan
perselisihan dan menggugurkan dakwaan keatasnya. Namun pengguguran dakwaan
tersebut adalah bersifat sementara menurut jumhur selain dari Malikiyyah sehinggalah
mudda’i membawa keterangan.
Hukum Yamīn al-Istizhar

Yamīn al-Istizhar tidak menjadi sebagai asas pembuktian, ia hanya berfungsi bagi
menambah kekuatan dan ketenangan serta menguatkan keputusan hakim yang dibuat
oleh Hakim beserta dengan bukti-bukti lain yang telah dikemukakan kepadanya.
SYARAT-SYARAT PERLAKSANAAN
AL-YAMĪN
al-Yamīn yang dilaksanakan tidak akan diambil kira sekiranya tidak menepati syarat-syarat yang
telah ditetapkan. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili, syarat-syarat al- Yamīn al-Qadhaiyyah yang
disepakati di kalangan ulama’ adalah seperti berikut:

i. Hendaklah yang bersumpah itu seorang yang mukallaf dan melakukan sumpah dengan redha
bukan dalam paksaan. Oleh itu sumpah yang dilakukan oleh orang bodoh, dipaksa, kanak-
kanak dan orang yang tidur adalah tidak diambil kira.
ii. Hendaklah mudda’a alaih menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh mudda’i terhadapnya.
Sekiranya mudda’a alaih mengaku atau mudda’i cukup keterangan maka sumpah tidak
diperlukan. Menurut jumhur sumpah yang dikenakan apabila menuntut gagal membawa
keterangan atau tidak mempunyai keterangan yang kukuh. Jika yang menuntut mempunyai
keterangan yang kuat maka tidak sah memintanya bersumpah.
iii. Hendaklah pihak mudda’i memohon kepada hakim supaya lawannya bersumpah
dan hakim hendaklah mengarah pihak mudda’a alaih bersumpah. Sekiranya
mudda’i tidak meminta mudda’a alaih bersumpah maka hakim tidak berkuasa
untuk berbuat demikian.
iv. Hendaklah al-yamīn bersifat syakhsiyyah iaitu dibuat secara langsung untuk
dirinya. al-Yamīn tidak boleh dibuat untuk pihak lain kerana ia berkait rapat
dengan tanggungan orang yang bersumpah dan agamanya. Oleh itu wakil atau
wali tidak boleh sama sekali melaksanakan sumpah dan hendaklah ditangguh
sehinga ia baligh.
v. Kes yang dilaksanakan sumpah hendaklah tidak ada kaitan dengan hak Allah
S.W.T semata-mata seperti hudud atau qisas. Para ulamak bersepakat menyatakan
hak Allah S.W.T semata-mata tidak boleh dilaksanakan sumpah
vi. Hendaklah bersumpah dengan menyebut nama Allah S.W.T atau sifatsifat-Nya.

Anda mungkin juga menyukai