Anda di halaman 1dari 5

LEADERSHIP AND CREATIVE BUILDING 1.

0
PCS INANAM
TEMA BESAR

“Big Enough to Impact, Small Enough to Care”

Sasaran Peserta : Pelayan yang terlibat dalam ibadah / service management

Tarikh dan Masa Cadangan

06 Februari 2022
02:00 Petang - 06.00 Petang

Membina Generasi Yang Bertumbuh Dalam Kristus dan


Menjadi Berkat Bagi Bangsa-bangsa

Kedua-dua bahagian dalam visi gereja ini jelas menerangkan ke mana arah pertumbuhan
Gereja PCS Inanam khususnya untuk lebih mendekatkan komunitinya kepada Tuhan. Program
Leadership and Creative building ini dijalankan oleh bidang Kesaksian dan Pelayanan dengan
harapan terdapatnya input dan output seperti berikut;

a. Setiap pelayan dan pemimpin yang berkaitan dengan service management (pengurusan
ibadah) dapat memahami dan menghayati visi gereja
b. Pemimpin dan pelayan dapat membuat keputusan dan melihat kemanakah arah yang
sedang ditujui oleh PCS Inanam

Kedua-dua input diatas sangat diharapkan akan dapat diterapkan ke setiap peserta yang
akhirnya menjadi satu output iaitu terhasilnya action plan / pelan tindakan ke arah service
management / pengurusan ibadah yang lebih berimpak. PCS Inanam teleh memulakan kembali
pelayanan yang telah “lama berehat” seperi backup singer, usher hospitaliti dan juga penari
rebana. Oleh itu wajar untuk melaksanakan satu program untuk bertujuan penstrukturan semula
pelayanan.
Cadangan Aturcara

MASA PENGISIAN PENERANGAN

02.00 Petang Ketibaan peserta Peserta yang hadir digalakkan untuk mengisi
02.30 Petang borang pendaftaran google form

02.30 Petang Doa Pembukaan Doa oleh Gembala Enosroy


02.45 Petang Sesi Nyanyian Lagu -
lagu pujian Sesi pujian dikendalikan oleh Staeffy dan
pemuzik

02.45 Petang Renungan : Melayani Ev Clarence Bob


03.30 Petang Lebih Sungguh
Membawa peserta untuk melihat tujuan
pelayanan seterusnya mendorong untuk
melayani

03.30 Petang Short Break and


03.45 Petang Coffee Time

03.45 Petang Talk 1 : The Protestant


04.15 Petang Liturgy
Sesi ini akan menceritakan tentang sejarah
Games for Talk 1 kewujudan liturgi yang digunakan oleh PCS,
bagaimana terbentuk dan rasionalnya.

04.15 Petang Short Sharing : The Rena D (Pengerusi Wanita)


04.30 Petang Power of Leadership Charles Ng (Pengerusi Belia)

04.30 Petang Creative Building 1 :


05.00 Petang To A Better Service
Management Peserta akan dibahagikan kepada dua
kumpulan akan diberikan tugasan yang
akhirnya akan digunapakai untuk service
management di PCS Inanam

05.00 Petang Renungan dan Gembala Enosroy Masangkil


05.40 Petang kesimpulan akhir:

BIG ENOUGH TO
IMPACT,
SMALL ENOUGH TO
CARE

05.40 Petang Makan malam dan


bersurai
Input Program

Melalui pengisian program yang telah dirancang, terdapat beberapa input yang diharapkan
untuk peserta.

Renungan 1 : Melayani Lebih Sungguh


Disampaikan oleh : Ev Clarence H

Tema untuk renungan pertama dipilih untuk menyegarkan semula motivasi pelayan-pelayan
untuk melayani di gereja ini setelah hampir dua tahun pandemik. Di samping itu, peserta akan
diingatkan semula tentang maksud pelayanan itu sendiri.

Talk 1 : The Protestant Liturgy


Disampaikan oleh :

Cerita tentang perjalanan pembentukan sebuah “aturcara pelayanan”, maksud sebenar liturgi,
dan transformasi tatacara ibadah dari zaman Katolik, Marthin Luther sehingga bagaimana
tatacara ibadah tersebut diberikan kepada masyarakat Rungus. Di akhir perkongsian ini peserta
memahami inti sebenar perjalanan ibadah umum dan mengapa ianya dikemas sedemikian
rupa.

Short Sharing : The Power Of Leadership


Disampaikan oleh : Rena D, Charles Ng

Peserta akan mendengar cerita bagaimana perjalanan hidup, penglibatan dalam pelayanan dan
bagaimana hubungan mereka dengan Tuhan semakin dekat. Tujuan daripada penyampaian
cerita ini adalah peserta akan melihat “pemuridan yang berjalan secara tidak langsung” melalui
pemberian tanggungjawab, delegasi tugas dan inspirasi hidup.

Renungan Akhir : Big Enough To Impact, Small Enought To Care


Disampaikan oleh : Gembala Enosroy Masangkil

Mengambil kata-kata bahawa sebuah gereja perlu menjadi cukup besar untuk memberikan
impak, dan juga cukup kecil untuk mengambil berat tentang jemaatnya, slot ini diharapkan
dapat menyedarkan peserta bahawa perjalanan acara ibadah yang efisien, teratur dan kreatif
dapat memberikan kesan kepada jemaat yang datang. Suasana ibadah yang selesa dan
dijalankan secara kreatif dapat lebih membantu jemaat untuk bertemu dengan Tuhan Yesus
melalui cara pelayan mengendalikan sesuatu tugas dan perjalanan ibadah itu sendiri.
Renungan akhir bertujuan untuk membawa pemimpin dan pelayan untuk melihat kembali
keperluan perjalanan ibadah yang lancar, kesannya terhadap perkembangan pelayanan
gereja serta meninggalkan nilai-nilai yang perlu diterapkan kepada semua pelayan.
Output Program

Terdapat beberapa output yang diharapkan daripada program ini melalui kuiz dan tugasan
kumpulan. (Sila rujuk aturcara)

Games for talk 1 : Kuiz Individu

Di dalam slot ini, peserta akan diminta untuk menjawab kuiz interaktif secara individu. Soalan
yang diberikan adalah berdasarkan topik yang diberikan di dalam Talk 1 : The Protestant
Liturgy. Peserta sendiri dapat menilai sejauh mana mereka mengetahui dan memahami proses
pembentukan “liturgi” yang digunakan oleh gereja.

Creative Building 1

Peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan diminta untuk melengkapkan tugasan
yang diberi dalam masa 15 minit dan diminta untuk membentangkan hasil perbincangan
kumpulan. Hasil daripada perbincangan ini akan diguna pakai dalam perjalanan ibadah
PCS Inanam.

Cara pelaksanaan : Ketua kumpulan akan diminta untuk mencabut 1 daripada dua tugasan
yang telah disediakan.

Tugasan 1 Tugasan 2

Soalan : Soalan :

Bagaimanakah suasana ibadah yang anda Anda diberikan kepercayaan untuk


rasakan dapat memberikan impak kepada membentuk satu pasukan (teamwork) untuk
jemaat yang datang. Ceritakan mengikut 3 mengendalikan service management /
bahagian. pengurusan Ibadah. Bina satu struktur
pelayanan berserta nama pemimpin yang
a. Sebelum Ibadah Bermula akan mengendalikan pelayanan tersebut.
b. Semasa Ibadah Bermula
c. Selepas Ibadah bermula Contoh :

Penyelaras Usher Ibadah 1: Jeniolin


Penyelaras Pemimpin Ibadah 1 : Jeniolin
Penyelaras Pemuzik Ibadah 2 : Jeniolin

Nota : Suasana Ibadah yang diinginkan Nota : Struktur Pelayanan yang dihasilkan
oleh peserta yang kumpulan Tugasan 1 akan digunakan di PCS Inanam
akan diusahakan untuk dilaksanakan di
PCS Inanam
Kesimpulan :

Di dalam PCS Inanam berusaha untuk kembali semula ke pelayanan yang pernah dijalankan
sebelum wujudnya SOP Perintah Kawalan Pergerakan, semua pelayan perlu untuk disegarkan
semula (refresh). Pelayan juga dapat merangka dan membentuk peribadi mereka sendiri dalam
menjalankan pelayanan di PCS Inanam. Diharapkan program yang singkat ini dapat memberi
impak kepada peserta untuk sama-sama mencapai visi gereja.

Tuhan Memberkati!

Disediakan oleh :
Phrydy A John
Bidang Kesaksian dan Pelayanan
PCS Inanam

Anda mungkin juga menyukai