Anda di halaman 1dari 25

SEMESTER 2 SESI 2017/2018

KPD 3026

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2

KAJIAN TINDAKAN

(PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG YANG BERKESAN DALAM


MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID TINGKATAN 2
DALAM TAJUK BULATAN)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO.MATRIK

NIK NURAINI BINTI NIK ASLI D20151070947

KUMPULAN : AT14A

NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR . NOR’AIN BINTI MOHD

TAJUDIN
ISI KANDUNGAN

Muka surat

PENGHARGAAN............................................................................................ 1
ABSTRAK........................................................................................................ 2
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU.......... 3-4
2.0 FOKUS KAJIAN..................................................................................... 4-9
3.0 OBJEKTIF KAJIAN.............................................................................. 9
3.1 Objektif umum
3.2 Objektif khusus
4.0 KUMPULAN SASARAN....................................................................... 9
5.0 REKA BENTUK KAJIAN..................................................................... 10-11
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN.................................................................... 11-18
6.1 Tinjauan Masalah
6.2 Analisis Tinjauan Masalah
6.3 Tindakan yang dirancang dan cara pelaksanaannya
6.3.1 Aktiviti 1
6.3.2 Aktiviti 2
6.4 Pemerhatian Aktiviti
6.4.1 Pemerhatian Aktiviti 1
6.4.2 Pemerhatian Aktiviti 2
6.5 Refleksi Selepas Aktiviti
7.0 REFLEKSI KAJIAN.............................................................................. 18-19
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.............................................. 19
BIBLIOGRAFI....................................................................................... 20
LAMPIRAN............................................................................................ 21-23
PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-nya laporan kajian tindakan

ini dapat disempurnakan sebagaimana adanya. Dalam proses pelaksanaanya, saya sangat

terhutang budi dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang

telah memberi kerjasama dan sumbangan yang tidak terhingga.

Penghargaan ini, pertamanya kami tujukan khas buat Profesor Madya Dr. Nor’ain Binti

Tajudin selaku pensyarah subjek KPD3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran II yang telah

banyak memberi panduan dan tidak jemu-jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam

menyiapkan laporan kajian tindakan ini.

Keduanya saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang

Berusaha Tuan Pengetua SMK (LKTP) Maokil En. Azmi Bin Sukiman yang memberi

kerjasama penuh dan membenarkan kajian dijalankan di sekolah beliau. Seterusnya,

penghargaan yang tidak terhingga kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat secara

langsung dan secara tidak langsung dengan kajian ini.

Terakhirnya, tidak lupa juga dikesempatan ini saya merakamkan ucapan ribuan terima

kasih buat ahli keluarga tersayang yang banyak memberi daya inspirasi kepada saya begitu

juga buat rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi sokongan moral dalam

menyiapkan kajian tindakan ini. Allah jualah yang mampu membalas jasa dan sumbangan

kalian, semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada semua.

1
PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG YANG BERKESAN DALAM
MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID TINGKATAN 2
DALAM TAJUK BULATAN

OLEH:
NIK NURAINI BINTI NIK ASLI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, MALAYSIA

SEKOLAH:
SMK (LKTP) MAOKIL, LABIS JOHOR

ABSTRAK

Proses pengajaran dan pembelajaran topik bulatan mendapati murid menghadapi kesukaran
semasa menyelesaikan aktiviti berkaitan sifat-sifat bulatan Kajian ini dijalankan untuk
memperbaiki kelemahan kemahiran menerang guru dalam meningkatkan kefahaman murid
dalam tajuk bulatan tingkatan 2. Seramai 27 orang murid tingkatan 2 dan seorang guru terlibat
dalam kajian ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan murid dalam
memahami topik bulatan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian video,
perbincangan dengan guru melalui borang penilaian fasa menerang, lembaran aktiviti yang
dijalankan dan temu bual dengan kumpulan sasaran. Hasil tinjauan menunjukkan guru
mempunyai kelemahan dalam proses menerang pengajaran dan pembelajaran berkaitan topik
bulatan. Dua sesi pengajaran dan pembelajaran (60 minit setiap sesi) telah dijalankan dalam
tempoh 2 hari iaitu guru menggunakan alat bantu mengajar dengan menunjukkan demonstrasi
yang disertakan dengan intonasi suara yang berbeza-berbeza. Keputusan daripada pemerhatian
video, borang penilaian fasa menerang dan melalui lembaran aktiviti telah menunjukkan
bahawa proses penerangan guru masih lagi lemah dimana murid masih menunjukkan sikap
kurang berminat semasa proses pembelajaran dijalankan. penilaian guru subjek matematik di
sekolah tersebut juga menunjukkan penerangan guru masih mempunyai kelemahan di mana
hasil pembelajaran yang ditetapkan tidak semuanya tercapai. Melalui lembaran aktiviti yang
dijalankan murid masih mempunyai kelemahan dalam menyelesaikan soalan-soalan yang
berkaitan bulatan. Walau bagaimanapun, saya telah mencadangkan inisiatif seterusnya bagi
bagi memperbaiki kelemahan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi mata pelajaran Matematik dalam

topik bulatan berkaitan ciri-ciri bulatan, saya dapati bahawa hasil pembelajaran yang

ditetapkan tidak semuanya tercapai kerana kelemahan saya dalam fasa menerang. Dalam

pengajaran tersebut saya gagal memberikan penerangan yang jelas kepada murid-murid.

Mereka tidak dapat memahami dengan jelas sifat-sifat bulatan yang terdapat pada bulatan

walaupun telah didedahkan semasa pengajaran. Hanya segelintir sahaja murid yang mampu

mengulas kembali sifat yang terdapat pada bulatan. Hal ini kerana semasa membuat aktiviti,

mereka masih keliru dan banyak menyoal saya kembali berkaitan bahagian bulatan. Masa yang

diberikan untuk mereka menyelesaikan aktiviti digunakan hanya untuk menerang kembali

kepada setiap orang murid. Masih ada juga murid yang bertanya perkara yang sama walaupun

telah dinyatakan sebelum ini dalam sesi pengajajaran dan pembelajaran.

Selain itu, sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan saya mempercayai

bahawa saya telah berjaya menjelaskan berkenaan sifat-sifat bulatan kepada murid-murid

dengan jelas. Hal ini kerana, selepas penerangan diberikan berkenaan topik tersebut saya

berulangkali bertanya kepada mereka tahap kefahaman mereka. Kebanyakan mereka

memberikan kata-kata positif dengan jawapan “faham”. Saya dengan yakin menyimpulkan

bahawa mereka memahami pengajaran pada hari tersebut. Namun sebenarnya hanya

sebahagian sahaja yang faham apa yang telah diajar dan kebanyakannya hanya berdiam diri

dan tidak menunjukkan minat untuk belajar.

Kelemahan saya dalam menyampaikan maklumat pengajaran kepada murid ini berjaya

dikesan melalui pemerhatian video yang telah dirakam semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Selain itu, kelemahan semasa sesi penerangan dijalankan juga dapat

diketahui melalui borang penilaian yang telah saya berikan kepada guru matematik di sekolah

3
tersebut semasa menilai proses pengajaran. Beliau mengatakan bahawa saya kurang mahir

dalam pengajaran semasa fasa menerang. Saya juga dapat mengesan kelemahan saya dalam

kemahiran menerang melalui lembaran aktiviti yang telah diselesaikan oleh murid-murid di

mana mereka gagal menyelesaikannya dengan sempurna.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk memilih masalah ini untuk diperbaiki agar

lebih baik di kemudian hari. Untuk itu, saya perlu mencari kaedah alternatif lain yang berkesan

bagi mengatasi masalah ini agar kefahaman murid meningkat dan sekali gus dapat

memperbaiki kelemahan saya sendiri.

2.0 FOKUS KAJIAN

Melalui penilaian yang telah dibuat bagi mengetahui masalah yang dihadapi, saya mendapati

bahawa murid sukar memahami tajuk yang diajar disebabkan oleh kelemahan guru dalam fasa

penerangan dalam menjelaskan berkaitan sesuatu topik. Oleh itu, bagi memperbaiki teknik

penerangan guru agar hasil pembelajaran yang dirancang dapat dicapai dengan jayanya, saya

telah mencari maklumat secara terperinci berkaitan degan kemahiran menerang yang betul.

2.1 Kemahiran Menerang

Kemahiran menerang merupakan suatu kemahiran memberi kefahaman kepada murid.

Keupayaan menyampaikan secara logik dan jelas adalah sangat penting bagi seorang guru.

Kemahiran ini ialah kemahiran untuk mencerita, menjelaskan, menggambarkan, memindahkan

sesuatu perkara yang diketahui kepada orang lain. Kemahiran ini sangat memerlukan

kebijaksanaan guru dalam mengendalikannya. Pada kebiasaannya, kemahiran ini digunakan

dalam peringkat perkembangan dimana ia digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep

atau isi kandungan pelajaran kepada murid.

4
Penggunaan kemahiran menerang mempuyai objektif dimana guru dapat

menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran kepada murid dalam masa yang

singkat. Hasilnya, murid dapat memahami sesuatu konsep atau isi pelajaran dengan lebih cepat,

mudah dan tepat. Dengan menggunakan kemahiran menerang, proses atau prosedur seperti

menjalankan uji kaji atau menyelesaikan masalah matematik dapat dihuraikan. Malah

kemahiran menerang juga mampu menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau

meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.

2.2 Jenis-Jenis Kemahiran Menerang

Kemahiran menerang terbahagi kepada tiga jenis iaitu penaakulan (why), interpretatif

(meaning) dan deskriptif (how).

Penerangan jenis penaakulan merupakan penerangan yangn menggunakan proses logik

untuk menjawab soalan seterusnya menstruktur semula konsep atau idea yang dibina. Sebagai

contoh, guru menunjukkan gambar sebiji bola. Murid memberitahu guru bahawa gambar

tersebut merupakan sebiji bola. Guru bertanya tentang kepentingan bola dalam kehidupan

seharian. Murid menjawab semasa bermain bola sepak. Guru bertanya apakah bentuk bola

tersebut. Murid menjawab bola berbentuk bulat. Kemudian guru menerangkan bahawa bola

berbentuk bulat adalah untuk memudahkan bola itu bergerak. Oleh itu, contoh sumber mesti

mencukupi supaya guru aknan memberikan input degan menyeluruh dan disertakan bahan

bukti kepada murid.

Manakala menerang secara interpretatif pula ialah menghuraikan maksud sesuatu

istilah atau penyataan, idea, konsep, prinsip ataupun teori. Contohnya, menerangkan bahawa

bola tidak boleh berbentuk segi empat. Guru menunjukkan model segi empat dan menerangkan

kepada murid kenapa bola mesti berbentuk kerana memudahkan bola untuk bergerak.

5
Penerangan yang disampaikan oleh guru haruslah berdasarkan pengetahuan sedia ada murid

yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna.

Akhir sekali, menerang secara deskriptif pula ialah menghuraikan proses, struktur dan

prosedur sesuatu kerja. Dalam masa yang sama arahan yang jelas diberikan termaksuklah juga

langkah-langkah pengendalian sesuatu kerja. Penerangan secara deskriptif ini mampu

membantu murid faham dengan jelas sesuatu maksud, konsep, fakta, isi pelajaran dan

sebagainya dengan ringkas dan padat.

2.3 Prinsip-Prinsip Kemahiran Menerang

Terdapat empat prinsip utama yang perlu ditonjolkan dalam kemahiran menerang iaitu:

a) Gunakan kejelasan

Guru harus menumpukan kepada aspek yang spesifik seperti gunakan contoh, ilustrasi

dan media yang relevan dan menarik, fokus semula dengan membuat ringkasan, gunakan

bahasa mudah serta sesuai dengan murid, elak kekaburan dan penggunaan ayat tidak relevan.

Sebagai contoh, guru menggunakan ilustrasi dengan menunjukkan kad bergambar pelbagai

jenis yang menunjukkannya berbentuk bulat. Penggunaan ilustrasi kad bergambar dapat

memberi penerangan yang sangat jelas kepada murid dalam memahami isi pembelajaran

tersebut. Melalui contoh-contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar, ia akan dapat membantu

merangsang pelbagai jenis deria murid serta memudahkan kefahaman dan

memperkukuhkannya dalam ingatan mereka. Oleh itu, contoh-contoh ilustrasi atau sumber

pengajaran hendaklah ditentukan dan disediakan terlebih dahulu oleh guru sebelum sesi

pembelajaran dilaksanakan.

b) Gunakan Penegasan

6
Penggunaan variasi intonasi guru semasa di bilik darjah amat penting. Hal ini dapat

membezakan guru sedang marah, tegas dan bersikap lembut. Oleh itu, guru harus menunjukkan

beza penunjuk atau penyerlah pergerakan dan gerak isyarat. Penegasan intonasi amat penting

dalam satu proses pembelajaran kerana guru dapat memastikan proses pembelajaran berjalan

dalam keadaan yang lancar dan kondusif.

c) Urutan dan kesinambungan

Dengan menggunakan pendekatan induktif atau deduktif. Pendekatan induktif

melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat

generalisasi atau kesimpulannya. Manakala pendekatan deduktif pula boleh ditakrifkan sebagai

sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu rumus, prinsip, hukum, teorem

atau peraturan didikuti dengan aplikasinya ke atas contoh yang khusus. Kadang kala

pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang

baru daripada rumus, prinsip, teorem atau peraturan yang telah diketahui. Guru juga boleh

membantu murid untuk mengingati sesuatu perkara (prompts). Gunakan variasi dan kata

penghubung dalam penyampaian di samping pelbagaikan kelajuan penyampaian. keadaan ini

dapat mengelakkan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi bosan.

d) Dapatkan maklum balas murid

Dalam proses mendapatkan maklum balas, berlakunya interaksi dua hala antara guru

dan murid. Guru mestilah sentiasa melibatkan murid sepanjang sesi penerangan dengan melihat

reaksi dan tingkah laku murid. Sekiranya murid menunjukkan perhatian kepada guru, ini

menunjukkan murid seronok dan berminat untuk mengikuti sesi pembelajaran. Guru juga perlu

wujudkan peluang murid untuk menunjukkan kefahaman, minat serta sikap yang baik.

2.4 Komponen Kemahiran Menerang dengan cara yang betul

7
Rajah 1: Komponen yang terdapat dalam Kemahiran Menerang

2.5 Impak Penggunaan Kemahiran Menerang

Antara kesan penggunaan kemahiran menerang ini akan memberikan kesan yang amat positif

seperti berikut:

1. Murid-murid dapat memahami konsep dan isi pelajaran dengan lebih cepat, mudah dan

tepat.

2. Murid dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur.

8
3. Murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru kerana

penerangan yang diberikan menarik dan bermakna.

4. Melalui contoh-contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar yang digunakan ia dapat

membantu merangsang pelbagai jenis deria murid serta memudahkan kefahaman dan

memperkukuhkannya dalam ingatan mereka.

5. Aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan dan ini membolehkan guru menambah

aktiviti didalam proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Objektif umum kajian tindakan ini dilakukan adalah untuk memperbaiki kelemahan saya dalam

fasa penerangan pada sesi pengajaran yang akan datang bagi memastikan murid akan lebih

memahami tajuk yang diajarkan dan untuk mewujudkan pengajaran yang lebih teratur.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Murid dapat mengenal bahagian bulatan dengan betul.

3.2.2 Murid dapat menerangkan sifat-sifat bulatan dengan tepat.

3.2.3 Murid dapat membina bulatan dan bahagian bulatan berdasarkan syarat

yang diberi dengan tepat.

3.2.4 Murid bekerjasama melaksanakan aktiviti dengan bersungguh-sungguh.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 27 orang murid tingkatan 2 di

sekolah SMK (LKTP) Maokil, Labis Johor. Dalam kajian ini, murid yang terlibat adalah

seramai 8 orang murid lelaki dan 19 orang murid perempuan.

9
5.0 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana

sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Reka bentuk kajian yang digunakan adalah

berbentuk kajian tindakan. Lazimnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang

dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Misalnya, guru boleh menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya

untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajarannya.

Pada asasnya, setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur iaitu menyelidik dan

bertindak. Kedua-dua unsur ini kemudiannya dikembangkan dan diperincikan kepada model-

model penyelidikan yang menjadi ikutan penyelidik tindakan. Dalam kajian ini, saya

menggunakan model Kemmis dan McTaggart (1988) sebagai rujukan.

Model Kemmis dan McTaggart (1988) iaitu ‘action research cycle’ merupakan model

yang biasanya digunakan dalam menjalankan kajian tindakan. Terdapat 4 elemen utama dalam

model ini iaitu:

1. Mereflek (reflect)

2. Merancang (plan)

3. Bertindak (action)

4. Memerhati (observe)

10
Rajah 2: Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)

Pada gelungan pertama (Cycle 1), proses kajian tindakan bermula dengan guru

menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani.

Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang

dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses

pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

Jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke

Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru

mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Model ini ialah ia

sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang

menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan

tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 Tinjauan Masalah

11
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal

bagi kajian ini. Contohya adalah seperti berikut:

6.1.1 Pemerhatian

Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Saya telah membuat

pemerhatian terhadap tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung melalui pemerhatian video. Daripada pemerhatian tersebut saya mendapati

murid tidak dapat menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan baik dan sering menyoal

perkara yang sama berkenaan topik bulatan walaupun perkara tersebut telah diterangkan

sebelum ini. Murid juga kurang memberi perhatian semasa guru menerangkan proses

pengajaran dan pembelajaran.

6.1.2 Temu bual

Kaedah lain yang saya gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara tidak formal

terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat

mengenali punca sebenar murid tidak memahami berkaitan sifat-sifat bulatan. Hal ini

mendapati bahawa penerangan guru berkaitan topik tersebut kurang jelas.

Contoh soalan adalah seperti berikut:

1. Adakah teknik pengajaran yang saya gunakan menyeronokkan?

2. Adakah teknik yang saya gunakan dapat membantu membangkitkan rasa ingin tahu

anda?

3. Apakah kelemahan yang kamu rasa semasa proses pengajaran berlangsung?

4. Pada pendapat anda, aspek manakah yang harus saya perbaiki di masa akan datang?

6.1.3 Perbincangan dengan guru

12
Saya juga telah menggunakan perbincangan sebagai alat untuk mengumpul maklumat iaitu

melalui perbincangan dengan guru mata pelajaran Matematik kelas sasaran. Saya telah

meminta beliau untuk menganalisis kekuatan dan kelemahan pengajaran saya bagi mata

pelajaran ini melalui borang penilaian kajian tindakan (menerang).

6.1.4 Analisis lembaran aktiviti

Melalui analisis lembaran aktiviti yang telah dilaksanakan oleh murid, saya dapat menilai

sejauh mana pemahaman murid terhadap topik bulatan berkaitan sifat-sifat bulatan

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah

Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau masalah yang

menyebabkan murid gagal memahami topik bulatan dengan jelas.

6.2.1 Pemerhatian

Pemerhatian dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi

berdasarkan tigkah laku murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

Tingkah Laku Murid Peratus

Kesungguhan 30

Aktif dalam pembelajaran 30

Kurang memberi tumpuan 20

Tidak memberi tumpuan 20

Jumlah 100

Jadual 1: Tingkah Laku Murid

13
6.2.2 Temu bual

Melalui temu bual yang dijalankan didapati murid tidak dapat memahami pengajaran

dengan jelas di mana penerangan yang diberikan guru tidak dapat membantu

meningkatkan pemahaman murid terhadap pembelajaran.

Bil. Maklumat Peratus

1 Teknik pengajaran yang menyeronokkan 20

2 Membangkitkan rasa ingin tahu 20

3 Kurang memahami apa yang diajar 30

4 Memperbaiki proses semasa menerang pengajaran 30

Jumlah 100

Jadual 2: Analisis temu bual dengan murid

6.2.3 Perbincangan dengan guru

Daripada perbincangan dengan guru berkaitan kekuatan dan kelemahan saya dalam

pembelajaran, guru menyimpulkan bahawa pengjaran saya lemah pada fasa menerang.

Bil Perkara yang dinilai Catatan


1 Kemahiran ilustrasi - Kurang memberikan
1. Contoh-contoh yang mencukupi. contoh berkaitan topik
2. Contoh-contoh yang berkaitan/sesuai. yang diajar.
3. Contoh-contoh jelas dan menarik. - Contoh yang diberi tidak
4. Media pandang-dengar yang merangsangkan berapa jelas dan susah
pembelajaran. untuk difahami.
2 Penyusunan pemikiran/idea -kurang memberi rangsangan
1. Perkembangan idea yang teratur. kepada murid untuk
2. Pelbagai rangsangan untuk mengekalkan belajar.
motivasi belajar. - penerangan lisan yang tidak
3. Penerangan lisan yang jelas dan tepat. jelas dan terdapat sedikit
kekeliruan.

Jadual 3: Borang Penilaian fasa menerang

14
6.3 Tindakan yang dirancang dan cara pelaksanaannya

Daripada tinjauan yang telah dibuat berdasarkan kelemahan guru dalam fasa penerangan yang

menyebabkan murid menghadapi masalah dalam memahami sesuatu topik, saya mengambil

inisiatif untuk rancangan pengajaran harian yang seterusnya dengan menggunakan bahan bantu

mengajar yang relevan dan berkait dengan topik yang diajar semasa proses menerang bagi

membantu murid memahami dengan lebih jelas berkenaan topik yang diajar. Saya juga akan

memberi lembaran aktiviti yang lebih mudah dan jelas tentang aktiviti yang akan dijalankan.

6.3.1 Aktiviti 1

Saya memulakan pembelajaran pada hari seterusnya dengan menggunakan bahan bantu

mengajar yang berkait dengan topik yang diajar.

a) Aktiviti ini memerlukan murid untuk menggunakan kertas bulatan yang diedarkan

guru untuk memahami ciri-ciri bulatan.

b) Murid dikehendaki melipat kertas tersebut sehingga mereka dapat menentukan sifat

simetri bulatan yang merupakan salah satu ciri-ciri bulatan.

c) Guru menggunakan papan putih untuk menerangkan dengan lebih jelas berkenaan ciri-

ciri bulatan.

d) Soal jawab antara guru dan murid dijalankan untuk mengcungkil idea murid sekaligus

menguji pemahaman murid terhadap topik yang telah dipelajari.

6.3.2 Aktiviti 2

Saya meneruskan lagi pembelajaran pada hari seterusnya dengan langkah inisiatif kedua

iaitu dengan menyediakan lembaran aktiviti yang lebih jelas dan mudah bagi membantu

murid memahami topik yang diajar.

15
a) Aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis. Murid-murid diberikan satu set soalan yang

mengandungi 1 soalan yang lebih jelas.

b) Soalan yang diberikan kepada murid merangkumi kedua-dua topik yang telah diajar

iaitu sifat bulatan dan ciri-ciri bulatan.

c) Murid menyelesaikan aktiviti tersebut berdasarkan tempoh masa yang diberikan.

6.4 Pemerhatian aktiviti

Guru membuat pemerhatian berdasarkan kedua-dua aktiviti yang telah dijalankan.

6.4.1 Pemerhatian Aktiviti 1

Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran murid ini mula menunjukkan minat

untuk melipat kertas yang diedarkan bagi mengetahui hasil yang akan diperolehi. Mereka

juga mula memberi perhatian semasa proses penerangan diberikan. Namun, masih terdapat

lagi beberapa orang murid yang masih tidak melaksanakan aktiviti yang dijalankan dengan

serius dan tidak menunjukkan minat semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan.

6.4.2 Pemerhatian Aktiviti 2

Lembaran aktiviti dijalankan selepas aktiviti 1 dijalankan yang bertujuan untuk

meningkatkan lagi pemahaman murid terhadap topik tersebut. Berdasarkan pemerhatian

guru, kumpulan sasaran ini tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik.

Masih terdapat murid yang tidak memahami kehendak soalan walaupun soalan yang

diberikan adalah jelas dan mudah.

16
6.5 Refleksi Selepas Aktiviti

Berdasarkan kedua-dua alternatif atau aktiviti yang telah dijalankan, saya masih tidak berpuas

hati dengan hasil yang diperolehi dan saya berpendapat bahawa alternatif yang digunakan

dalam fasa penerangan adalah tidak terlalu kukuh untuk mengatasi kekurangan yang dihadapi.

Hal ini kerana masih terdapat murid yang mengalami masalah dalam memahami sifat dan ciri-

ciri bulatan walaupun guru telah mendedahkan menggunakan cara yang berbeza dalam kedua-

dua rancangan pengajaran. Semasa aktiviti 1, murid tidak dapat mengenal dan menentusahkan

ciri-ciri bulatan yang diajar degan baik. Pada aktiviti 2 pula, murid tidak dapat menyelesaikan

soalan yang diberikan dengan sempurna oleh kerana kekurangan pada aktiviti pertama.

Selepas sesi pengajaran, saya dan guru saya berbincang tentang maklumat yang

diperoleh semasa sesi mencerap berlangsung. Guru saya membentangkan dapatannya

berdasarkan borang penilaian yang telah dibina.

Bil Sub kemahiran Tahap


1 2 3
1 Menggunakan alat bantu √
2 Membuat demonstrasi √
3 Menggunakan tekanan suara dan petunjuk keutamaan √

Jadual 4: Dapatan Pencerapan

Melalui kedua-dua aktiviti yang dijalankan, alat bantu mengajar yang digunakan oleh

guru masih tidak berjaya sepenuhnya dalam menyampaikan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu

mengambil inisiatif dengan memperbanyakkan lagi bahan bantu mengajar bagi yang

bersesuaian dengan topik. Melalui aktiviti dia atas juga guru mempunyai kelemahan dalam

membuat demonstrasi. Saya didapati masih kekok dan malu-malu untuk membuat demonstrasi

di hadapan kelas. Saya mengaku bahawa saya memang kurang berjaya membuat demonstrasi

17
semasa memberi penerangan kerana kekurangan pada diri saya. Saya berjanji akan

memperbaiki subkemahiran ini pada masa akan datang dengan berlatih sendirian sebelum

masuk ke kelas. saya juga berjaya mengaplikasi subkemahiran menggunakan tekanan suara

dan petunjuk keutamaan dalam penerangan saya. Ini merupakan kekuatan saya dan saya akan

amalkan semasa pengajaran saya pada tempat-tempat yang sesuai.

7.0 REFLEKSI KAJIAN

Secara keseluruhannya, berdasarkan kajian yang telah dijalankan guru masih gagal

menerangkan dengan baik proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkat pemahaman

murid tingkatan 2 dalam tajuk bulatan. Hal ini disebabkan oleh inisiatif yang diambil guru

dalam memperbaiki kelemahan menerang tidak kukuh. Oleh itu, guru mesti mengambil

langkah lain dalam mengatasi kelemahan tersebut agar tidak berulang perkara yang sama.

Selain itu, kegagalan dalam meningkatkan kefahaman murid dalam memahami topik

yang diajar juga adalah disebabkan masa yang diperuntukkan singkat. Guru telah menyediakan

rancangan pengajaran harian yang mengambil masa selama 60 minit, namun guru hanya

mampu menggunakan masa selama 30 minit untuk menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran. Pada hari tersebut, masa yang sepatutnya digunakan untuk sesi pengajaran

digunakan untuk program sekolah iaitu perhimpunan pagi yang telah mengambil masa selama

setengah jam. Hal ini telah menyebabkan hasil pembelajaran yang ditetapkan tidak dapat

dicapai secara keseluruhan.

Faktor kesihatan juga merupakan salah satu perkara yang telah menghalang pengajaran

dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Hal ini kerana, semasa pengajaran dan pembelajaran

dijalankan, terdapat beberapa orang murid yang demam menyebabkan mereka tidak dapat

18
fokus terhadap pembelajaran yang diajar dan impakya mereka tidak dapat menyelesaikan

aktiviti yang dijalankan dengan sempurna.

Namun antara kesemua faktor-faktor yang diterangkan diatas, faktor yang jelas

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar adalah teknik yang

guru gunakan semasa mengajar. Hal ini kerana, pendekatan yang digunakan tidak menarik

perhatian murid dan membosankan. Oleh itu, saya perlu memikirkan cara untuk

memperbaikinya kearah yang lagi baik sehingga masalah ini dapat diselesaikan. Hal ini adalah

berdasarkan model Kemmis dan McTaggart (1988) dimana pada geluangan kedua (Cycle 2),

jika sesuatu masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru mestilah mengulangi semula proses

sehinggalah masalah itu diselesaikan.

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan masih kurang memberangsangkan minat

murid dan tidak dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu topik dalam subjek

matematik, saya bercadang untuk menggunakan inisiatif lain bagi menangani masalah yang

dihadapi. Saya akan cuba memperbaiki lagi kaedah penerangan saya yang masih lemah dalam

menerang sesuatu topik menggunakan contoh illustrasi yang bersesuaian dengan pembelajaran.

Walau bagaimanapun, saya akan terus mengekalkan kecemerlangan yang telah saya

peroleh dari kajian ini, terutamanya dalam menggunakan suaran dan intonasi yang sesuai dalam

pembelajaran. Hal ini kerana, penggunaan suara yang tidak jelas dan dengan satu nada sahaja

akan menyebabkan murid merasa bosan. Justeru, untuk kajian yang seterusnya saya akan

menyampaikan pengajaran dengan lebih semangat dan ghairah untuk meningkatkan

kefahaman murid dalam sesuatu topik pembelajaran.

19
BIBLIOGRAFI

Aini. (2009, December 05). Tugasan kelas: Model Kajian Tindakan. Retrieved from

https://gb5023researchaction.wordpress.com/2009/10/29/tugasan-kelas-model-kajian-

tindakan/

Cart. (2011). 3. Kemahiran Menerang. Retrieved from http:// cartiecaideas. blogspot. com/

2011/11/3-kemahiran-menerang.html

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah

Laku.Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sabitha Marican. (2006). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Sulaiman Md. Yassin, Mohd Salleh Lebar & Azlina Abu Bakar @ Mohd. (2002). Komunikasi

dalam Pengajaran dan Kepimpinan Pendidikan. Kuala Lumpur: Karisma Publications

Sdn Bhd.

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusof (2006). Kaedah Mengajar dan

Kemahiran Interpersonal. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

20
LAMPIRAN

1. Pemerhatian video

Aktiviti 1

Aktiviti 2

21
2. Borang Penilaian

22
3. Lembaran Aktiviti

23

Anda mungkin juga menyukai