Soalan Utama Saksi 2 Defendan
Soalan Utama Saksi 2 Defendan
1) Boleh puan perkenalkan diri kepada Mahkamah dengan sebutkan nama, umur,
menetap dimana dan pekerjaan puan.
J: Saya Maimunah binti Jasin berumur 57 tahun menetap di No 4 Jalan Batu Lima
Taman Melor Cempaka, 40594, Shah Alam, Selangor dan saya seorang suri rumah
sepenuh masa.
8) Boleh puan jelaskan mengapa puan amat tertarik dan selesa dengan Melur
sehingga Puan berjanji untuk mengkahwinkan Melur dengan En Saif?
J: Sepanjang Saif berada di Mesir, selain ahli keluarga yang lain, Melur juga banyak
membantu dan menjaga saya ketika saya sakit dan saya dah anggap Melur sebagai
anak saya sendiri. Saya juga yakin jika Melur berkahwin dengan Saif rumahtangga
mereka akan harmoni dan bahagia.
9) Bagaimana penerimaan En Saif dan keluarga apabila puan memberitahu ada
berjanji untuk mengkahwinkan Melur dengan Encik Saif?
J: Saif dan keluarga kami menyambut baik perkara itu.
14) Boleh ceritakan dengan lebih lanjut apa yang terjadi pada hari itu?
J: Sekitar jam 8 malam, selepas saya siap solat maghrib, saya mendengar orang
menjerit dari luar rumah. Apa yang saya dengar adalah kata-kata yang tak enak
seperti “Kau tak adil la Saif”, “Saif kau pengecut la” dan “Saif buka pintu ini sebelum
aku robohkan”. Saya terkejut. Terus saya ajak dia masuk rumah sebab risau
mengganggu jiran-jiran.