Anda di halaman 1dari 99

PENGARUH pemikiran Muhammad bin

Abdul Wahhab dalam TERBITAN JAKIM:

KAJIAN TAHUN 2006- 2016

Penulis

Mohammad Syahiidd Bin Tusiran

UUM, Sintok, Kedah Darul Aman

1
PENGARUH SALAFI WAHHABI DALAM JURNAL TERBITAN JAKIM:

KAJIAN TAHUN 2006- 2016

1.0 Pendahuluan

2.0 Latarbelakang Permasalahan Kajian=2/3 page, kepada pengaruh pemikiran

Muhammad abd Wahhab, Manhaj, kerangka pemikiran< manhaj pemikiran,

pengaruh pemikiran Muhmad abd wahhab daLAM JURNAL TERBITAN JAKIM,

pemikiran akan lebih jelas dan mudah diterangkan

Bab 1-latar belakang 20-30page- permasalahan kajian & objektif kajian 3shj) soalan

kajian 3shj, metodologi kajian, sekandary kajian (pandangan ulamak), dan tidak

duduk dalam bab satu,

Bab 2 sorotan karya & kerangka teori) kesimpulannya gape yang belum dikaji, hiding

muhhamad/ kedua kajian jurnal jakim, keragka teori (mengkaji pengaruh teori),

Bab Tiga- pemikiran, sejarah dan perkembangan 20-30page overview

(Contant analisis sahaja)

Soalan kajian –

Objektif

2
3.0 Sejarah Perkembangan

4.0 Perkembangan Di Malaysia

5.0 Permasalahan Kajian

5.1 Isu-Isu Yang Menyebabkan Kajian Ini Perlu Dilakukan

5.2 Pandangan Mufti-Mufti Di Malaysia

5.3 Pandangan Para Ulamak Dan Tokoh-Tokoh Sarjana Islam

5.4 Kesan-Kesan Yang Berlaku Kepada Masyarakat

5.5 Kesan Kepada Nilai Kebudayaan Dan Akhlak Islam

6.0 Persoalan Kajian

7.0 Objektif Kajian

8.0 Kepentingan Kajian

9.0 Skop Kajian

9.1 Tema Kajian

9.2 Lokasi Kajian

9.3 Sampel Kajian

10.0 Definisi Operasional

11.0 Kajian Literatur

12.0 Kajian Teori

13.0 Metodologi Kajian

13.1 Kerangka Konseptual Dan Teoritikal

3
13.2 Kaedah Pengumpulan Data

13.3 Sampel Kajian

13.4 Kaedah Analisis Data

14.0 Pengorganisasian Tesis

15.0 Rumusan

16.0 Bibliografi

1.0 Pendahuluan

Dewasa ini penyebaran pengaruh ajaran sesat kian berkembang dan menular dengan

pantas dan cepat. Sepertimana yang berlaku terhadap penyebaran ajaran fahaman pengaruh

4
salafi wahhabi yang menampakkan semakin bertambah agresif dengan siri-siri pengeboman

yang mengorbankan nyawa orang awam yang tidak berdosa.

Oleh yang demikian masalah pengaruh salafi wahhabi yang berlaku kini merumitkan

lagi keadaan apabila perkara ini melibatkan persoalan agama atau perlaksanaan agama Islam

dalam kehidupan masyarakat. Pengaruh perkembangan ajaran Islam berkembang pesat dan

hebat ke serata dunia dalam suasana yang aman, harmoni, sejahtera dan sentosa. Penyebaran

Islam luas berkembang ke serata pelusok dunia tanpa mengira warna kulit, keturunan, benua

dan perbezaan kebudayaan dalam masyarakat. Hasil kesan penerimaan sebegini adalah

bermula dari pengaruh baik yang berjalan secara berhikmah dan bertatasusila tinggi dalam

mengekalkan tradisi kebudayaan unggul dalam Islam.

Pengaruh yang baik akhirnya sebati dalam masyarakat nusantara khasnya bagi

masyarakat melayu yang semakin meninggi keberadabannya hasil dari kemuliaan yang

ditonjolkan dalam Islam. Namun pengaruh buruk adalah agenda cabaran getir masakini yang

menghakis nilai-nilai jatidiri kemelayuan semakin berubah kepada dan nilai-nilai pengaruh

salafi wahhabi. Penyebaran pengaruh salafi wahhabi semakin hari mulai diikuti dan

pengaruhnya kian melebar ke pelusok ke semenanjung tanah air Malaysia dan berkembang

dalam pelbagai aspek.

Kerapuhan sistem asas dalam pendidikan agama atau pendidikan Islam khususnya

dalam ilmu tauhid, dalam kebudayaan melayu, amalan tradisional, atau adat turun temurun,

perpegangan dalam mazhab syafie, dan amalan tasawwuf yang kurang mendapat sambutan

tinggi memberi ruang dan peluang pengaruh salafi wahhabi bertapak dengan baik. Anasir dan

5
pengaruhnya menampakkan Islam berkembang secara baru dan lebih mudah difahami akan

tetapi pengaruhnya membawa Islam ke jalan yang pincang, salah dan bertentangan dengan

ajaran yang dianjurkan Islam dari jalannya yang benar.

2.0 Latar Belakang Permasalahan Kajian

Menurut kajian bahawa penguasaan dan kejayaan besar pengaruh bahaya doktrin salafi

wahhabi dengan mengetengahkan tiga asas pengaruh salafi wahhabi yang utama. Sikap

mengkafirkan dan menghalalkan darah para ulamak dan umat Islam wujud dalam fahaman

mereka. Dan keadaan ini pernah berlaku dibeberapa tempat termasuk di Najd di mana

kemunculan pengaruh salafi wahhabi bermula. Dan ciri utama yang kedua mereka

mengasaskan Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah dengan maksud kerangka

kefahaman yang berbeza dengan fahaman Islam sebenar.

Oleh itu, asas kefahaman yang salah dalam ilmu tauhid sudah meresap dan sebati

untuk difahami dengan jalan dan cara yang salah dari kacamata Islam. Dan asas pengaruh

fahaman salafi wahhabi yang ketiga adalah membimbangkan iaitu hasil dari mentafsirkan nas-

nas berkaitan Al-Sifat secara literal. Maka dengan berkefahaman yang mudah, ringkas dan

jelas menambahkan lagi keyakinan bagi mereka yang bahawasanya Islam tidak mungkin

difahami dengan jalan yang rumit, sukar dan payah. Oleh yang demikian, pentafsiran sebegini

mengundang kekliruan dan kesilapan dalam memahami konteks Islam sebenar dalam

kehidupan. (Zamihan Mat Zin, 2018: 89).

6
Maka dengan itu, pengkaji memandang bahawa ancaman pengaruh salafi wahhabi di

dunia Islam sudah semakian meluas dan pesat berkembang. Oleh itu, terdapat beberapa

permasalahan yang berlaku hasil dari pengaruh salafi wahhabi yang menyempitkan dan

menekan peradaban ulamak-ulamak Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah sedangkan pada

para ulamak AhliSunnah Wal Jamaah sahaja memiliki kemampuan dan kepakaran yang

pelbagai dalam segenap perkara dan bidang yang mereka ceburi dan kaji.

Maka dengan merujuk tokoh ulamak hadis dari pengaruh salafi wahhabi adalah seperti

Syeikh Nasaruddin Al-Bani, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dan ramai dari kalangan

ulamak-ulamak lain yang membawa fahaman dan pengaruh salafi wahhabi selain mereka

sangat taksub dengan aliran dan pendapat mereka sendiri dan menganggap lemah dari sudut

pandangan para ulamak lain dari kalangan ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selain itu, kesan hasil dari penelitian dan sifat taksub kepada pandangan para ulamak

salafi wahhabi semata akan mengakibatkan mereka memberikan tonjolan dan nama baru

ulamak mereka dalam dunia Islam serba moden dengan hasil tulisan dan pandangan mereka

menjadi antara pandangan ulamak yang kuat dan hebat sumbangan mereka terhadap dunia

perkembangan ilmu-ilmu Islam. Dengan itu, terbuktilah bahawasanya terkesan pada unsur-

unsur penulisan jurnal-jurnal penyelidikan Islam dengan sifat mempamerkan pengaruh

fahaman salafi wahhabi itu adalah kebaikan untuk masyarakat dan para pengkaji dalam

penulisan mereka selain memberi persepsi positif terhadap ilmu yang mereka bawa dan

memberi persepsi negatif selain mengkeji dan mencai maki para ulamak tasawwuf seperti

7
Imam Ghazali, Syeikh Junaid Al-Baghdadi, Ibnu `Arabi dan lain-lain ulamak yang beraliran

tasawwuf atau bertariqat.

Rentetan dari sikap dingin terhadap pandangan ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah

maka akhirnya menimbulkan syak wasangka buruk, menimbulkan keresahan, dan membawa

kekeliruan, perselisihan pendapat yang mengundang perbalahan dan muncul sifat salah faham

berkenaan dengan konsep tasawwuf itu sendiri terhadap para ulamak yang cenderung

mengamalkan amalan sufi dalam kehidupan mereka.

Bermula dari sifat dingin sebegini adalah sangat menimbulkan permusuhan terhadap

mereka yang beraliran fahaman Asya’irah dan secara tidak langsung kerana konsep Ahli

Sunnah Wal Jamaah tidak pernah menolak konsep fahaman dan ilmuan ulamak tasawwuf dan

pandangan mereka dalam perbahasan ilmu-ilmu yang mereka ketengahkan dalam tulisan-

tulisan mereka.

Masalah pengaruh salafi wahhabi dikesan dan didapati berlaku pada tulisan-tulisan

jurnal, bahkan juga pada buku-buku penulisan ilmiyah. Oleh itu kekeliruan sama ada bentuk

penerimaan dan kekeliruan dari kalangan masyarakat yang menganggap pengaruh salafi

wahhabi ini adalah budaya pengaruh yang memberi impak positif kepada masyarakat adalah

mengelirukan dan merumitkan lagi keadaan.

Menurut Mohd Aizam Mas`od (2013:105) dalam kesimpulan tulisannya menyatakan

bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab tidaklah betujuan untuk membawa fahaman baru atau

mazhab baru yang terkeluar daripada mazhab empat yang utama. Alasan yang dikemukakan

8
beliau bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab pernah mengatakan: “Dan adapun mazhab

kami adalah mazhab Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Ahli Sunnah pada perkara furu` dan

kami tidak mengajak berijtihad, tetapi apabila nyata kepada kami Sunnah Sahihah daripada

Rasulillah S.A.W maka kami mengamalkannya dan tidak sekali-kali kami

mendahulukannya”. Maka hal dari penulisan sebegini adalah mampu dibuktikan dengan

penulisan dan bukannya dibuktikan dengan tingkahlaku dan perbuatan beliau sendiri.

Ditambah lagi dengan kefanatikan pengaruh salafi wahhabi terhadap tokoh idola

Muhammad bin Abdul Wahhab yangmana mengakui menjadikan Ibnu Taimiyyah dan

muridnya iaitu Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah bukanlah anggapannya sebagai ikutan yang

membuta-tuli. Dan keberlangsunggan keadaan begitu Muhammad bin Abdul Wahhab

menjelaskan dalam kitab Al-Ittijah Al-Salafi m/s: 49, bahawa ketikamana mengutuskan dan

menjelaskan risalah kepada seorang ulamak di ngeri Iraq iaitu Abdul Rahman bin `Abdullah

Al-Suwaidi dengan katanya: “Dan aku memberitahu kepada kamu dengan penuh kesyukuran

sebagai seorang pengikut Sunnah dan bukannya seorang pembid`ah, sedangkan akidah dan

mazhabku adalah mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dokongan para muslimin. Hal sebegini

sepertimana Imam mazhab yang empat dan pengikut mereka sehingga Hari Qiamat”.

Bagi menjelaskan rentetan dari kekeliruan serta permasalahan yang berlaku, penulis

membahagikan kepada dua bahagian memberi fokus perbincangan dalam latar belakang

permasalahan kajian iaitu yang pertama berkaitan dengan sejarah perkembangan pengaruh

salafi wahhabi dan yang kedua iaitu perkembangan pengaruh salafi wahhabi di Malaysia.

9
3.0 Sejarah Perkembangan

Sejarah awal aliran salafi wahhabi yang telah diasaskan oleh Muhammad bin Abdul

Wahhab bin Sulaiman bin Ali (1115-1206H bersamaan 1703-1792M) pada kurun ke-18

masihi di Negeri Najd. Manakala Najd adalah sebuah negeri yang terletak di sebelah timur

Madinah Al-Munawwarah. Ianya pernah disifatkan oleh Rasulullah S.A.W sebagai satu

tempat yang zahir padanya fitnah dan tanduk syaitan.

Hal ini diperjelaskan oleh sebuah hadits oleh Imam Al-Bukhari dalam sohihnya pada

juz ke-6, pada bilangan hadits 6681 yang bermaksud: “Ya Allah, berkatilah Negeri Syam

kami dan kau berkatilah Negeri Yaman kami!”. Lalu sahabat bertanya: “Negeri Najd kami

wahai Rasulullah?”. Baginda bersabda lagi sambil mengulangi doa yang sama: “Ya Allah,

berkatilah Negeri Syam kami dan kau berkatilah Negeri Yaman kami!”. Lalu sahabat

bertanyakan lagi soalan yang sama dan menyangka bahawa Rasulullah S.A.W akan

mendoakannya pada doa yang ketiga. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: “Di sanalah (Najd)

timbulnya gempa bumi (kekacauan), fitnah dan munculnya tanduk syaitan!”. Sememangnya

Negeri Najd itu sendiri terbahagi kepada dua bahagian. Iaitu Najd Al-Yamani dan Najd Al-

Hijaz. Namun yang dimaksudkan adalah yang terletak di timur Madinah Al-Munawwarah.

(Syamsuddin Al-Khatib Al-Syirbini juz ke2: 241).

Muhammad bin Abdul Wahhab mendapat kefahaman agama dari ayahanda beliau

yang bertugas sebagai qadhi mazhab Hanbali. Namun beliau mengambil pendapat beberapa

tokoh ulamak Hanbali yang keras dan fanatik terhadap pandangan Ibnu Taimiyyah Al-

10
Harrani. (Tarikh Mazhab Al-Islami: 210). Setelah itu beliau sendiri menyimpulkan dengan

beberapa ijtihadnya sendiri untuk disebarluaskan dakyahnya kepada masyarakat. Dan

menggunakan cara kekerasan melibatkan ribuan orang Islam terkorban. Walaupun begitu

ayahandanya tetap dengan pendekatan seperti biasa dalam mazhab Hanbali dan begitu kecewa

dengan sikap anaknya. (Ibnu Humaid, 1989: 275).

Pada tahun 1139H Muhammad bin Abdul Wahhab bersama ayahandanya ke

Huraimilah. Dan berlaku perselisihan beliau dengan ayahandanya dalam hal pendapatnya

dalam mazhab. Beliau berkeinginan untuk membasmi segala permasalahan dan kekeliruan

dalam agama dan beliau sangat berpendirian keras terhadap perlakuan bid`ah, syirik dan

khurafat yang berlaku dalam masyarakat. Oleh itu, maka pada tahun 1153H, beliau merasakan

dirinya lebih bebas dalam mengemukakan pendapat dan dakyahnya dengan fahaman yang

keras. Oleh kerana padangannya yang keras dan ekstrem maka penerimaan dakyahnya dari

kalangan masyarakat agak hambar.

Beliau berkesempatan berkongsi politik bersama Gabenor `Uyainah iaitu Uthman bin

Hamad bin Mu`ammar. Walau bagaimanapun selepas daripada perlaksanaan hukum rejam ke

atas penzina wanita yang dituduh berzina dengan hukuman keras sehinggakan masyarakat

merasakan pertentangan konflik yang sangat kuat dan tertekan. Lantaran peristiwa yang

berlaku menyebabkan akhirnya ramai di kalangan rakyat tidak mahu membayar cukai kepada

kerajaan. Muhammad bin Abdul Wahhab ditekan kerana melakukan kekerasan sehingga

membuatkan Gabenor Uyainah menghalaunya dari Uyainah setelah lapan bulan bekerjasama.

11
Sesetengah ahli sejarah juga menyebut bahawa gabenor tersebut juga bercadang untuk

memberikan hukuman bunuh terhadap beliau namun tidak dilaksanakan.

Setelah itu, Muhammad bin Abdul Wahhab mendapat rakan kongsi baru iaitu

Muhammad bin Sa`ud sebagai penghulu masyarakat badwi di Dar`iyyah di Madinah. Dan

hasil dari kesepakatan ini mereka telah menghasilkan satu gerakan keteteraan berpusat di

padang pasir Najd secara rahsia dari Kerajaan Islam Uthmaniyyah. Jalinan hubungan mereka

melebar dari akidah, dakwah hingga ke ekonomi. Maka oleh sebab itu, fahaman salafi

wahhabi bukan sekadar berkisar pada dakwah semata-mata, bahkan mereka menghunus

pedang untuk memerangi golongan yang menentang gerakan mereka. Lantaran itu , mereka

juga menganggap golongan yang menentang mereka sebagai golongan mungkar yang wajib

diperangi. (Muhammad Abu Zuhrah, juz-1: 209).

2.2 Perkembangan Di Malaysia

Pengaruh dari era zaman yang panjang dari sudut keberaan permulaan pengaruh salafi

wahhabi di Malaysia di mana ketika berlaku pertempuran Linggi dan Melaka yang bertempur

dengan Belanda pada tahun 1756 hingga 1758 iaitu selama dua tahun manakala Yamtuan

Muda Riau ke-4. Raja Haji pada tahun 1777 hingga 1784 daripada Kerajaan Johor-Riau yang

merupakan keberlangsungan kerajaan Melaka gugur syahid dengan badik di satu di satu

tangan dan Kitab Dalaail Khairot di tangannya yang lain di Teluk Ketapang, Melaka.

12
Ketikamana Riau di serang Belanda yang permulaannya tewas enam buah kapal dan

kemudiannya sebanyak 17 buah kapal kecil yang diketuai oleh Kapal Malakka`s Velaren iaitu

sebuah kapal besar yang diketuai oleh Arnolds Lemker selama tempuh sembilan bulan. Dalam

keadaan demikian menyebabkan Sultan Ibrahim Selangor dan pemerintah Rembau datang

membantu Riau. Akhirnya keadaan kapal besar berkenaan meletop dan menyebabkan dan

mengorbankan semua anak kapal yang lain dan menyebabkan Belanda terpaksa berundur ke

Melaka. Namun begitu, keadaan agak tragis kerana Raja Haji bersama-sama Sultan Ibrahim

yang membuat serangan kecundang setelah penjajahan Belanda yang dibantu oleh kapal-kapal

besar yang lain bernama Utrecht dan Princess Louisa yang bertolak dari Betawi.

Kekuatan mereka yang berpegang dengan aliran mazhab dan tareqat seringkali

mendapat serangan dari penjajah dan kesan pengaruh salafi wahhabi yang mula berkembang

dengan pesat untuk menumbangkan kekuatan Kerajaan Turki Uthmaniyah yang berkembang

sehingga ke Benua Asia. Maka dalam kurun ke 18 sehingga kurun berikutnya, Syeikh Abdul

Samad Al-Palembani (1710-1829) pendukung Tareqat Khalwatiyah dan Samamaniyyah dari

gurunya Syeikh Abdul Karem Al-Samman setelahmana dimaklumkan oleh saudaranya

bahawa Syeikh Abdul Qader (Mufti Kedah), bersama-sama dengan Tunku Muhammad Saad

dan Dato` Kama Jaya bertempur dengan Siam yang melanggar Kedah di Alor Ganu, Haadyai

dan Singgora sehingga Syeikh Abdul Samad sendiri gugur syahid di Singgora manakala

Tunku Muhammad Saad dan rakannya yang lain terpaksa berundur ke Pulau Pinang.

Para ulamak terkenal seperti Syeikh Abdul Samad beribadah dan menjaga ratib

membuktikan sikapnya yang beramal dengan ilmu dan penglibatannya dalam peperangan

13
menentang pencerobohan Belanda dan Siam. Begitu juga yang berlaku kepada Syeikh Daud

Al-Fattani (1769-1847) pulang ke Nusantara untuk misi jihad menentang Siam (1832).

Namun akhirnya beliau kembali ke Makkah sebagai buruan politik Siam di samping menulis

berpuluh-puluh tajuk berkenaan dengan fiqh ibadah. Dan keadaan tersebut menjadi semakin

tragis dan menyedihkan apabila terdapat percubaan membongkar kubur Syeikh Daud oleh

para pengikut Muhammad bin Wahhab ketikamana mereka telah menguasai tanah bumi Hijaz

untuk kali ketiga di awal abad ke-20 masihi. Hal ini berikutan jenazahnya masih utuh

dipindahkan dari Taif ke Makkah oleh anak saudaranya. Syeikh Ismail Daud Al-Fattani juga

dikenali dengan panggilan nama Nik Mat Kecil iaitulah pengarang bagi Kitab Matlaul

Badrain.

Begitu juga hal yang berlaku di India, ketikamana Nawab Begal Sirajud Daulah

bertempur dengan Robert Clive hingga ke titisan darah terakhir di dalam Battle Of Plassey

(1757) dan kemudiannya era baru Britsh di India pada 1762 dan seterusnya merampas

Filipina. Pada masa yang sama, semboyan menghapuskan gejala syirik dan Bid`ah dari

Muhammad bin Abdul Wahhab yang telah berpakat dengan Amir Muhammad bin Sa`ud.

Kesimpulannya, fakta sejarah jelas menunjukkan fahaman pelampau dan ekstrem

gejala pengaruh fahaman salafi wahhabi yang aktif dengan gerakan mereka. Malah kuasa

politik yang dikuasai oleh mereka adalah bertujuan untuk menyebarluaskan lagi fahaman

mereka. Mereka tetap bertindakbalas apabila dakyah propaganda mereka disekat sehingga

sanggup melancarkan peperangan sehingga memberi kesan terhadap keutuhan Daulah

14
Uthmaniyyah kepada kejatuhannya. Hal ini memberi kesan kuasa terhadap Bani Sa`ud

sehingga tertegaknya kerajaan wahhabi secara rasmi pada tahun 1932M.

Maka akhirnya penyebaran dakyah pengaruh salafi wahhabi semakin mendapat

tempat dari kalangan intelektual, para pemimpin, dan komuniti dalam masyarakat oleh kerana

sebagai jalan singkat bagi mendapatkan kefahaman agama yang mudah dan merasakan

terdapat pelbagai sifat penyelewengan agama yang patut dibenteras yangmana fahaman salafi

wahhabi sangat terkenal dengan sikap membidahkan sesuatu perkara, menganggap sesatu

sesuatu perkara yang tidak sahih dari Nabi Muhammad S.A.W

5.0 Permasalahan Kajian

Berdasarkan kajian yang dijalankan mendapati beberapa perkara akan dibincangkan

dalam permasalahan kajian. Iaitu pertamanya adalah isu-isu yang menyebabkan kajian ini

dijalankan. Manakala yang kedua iaitu, analisa pendangan dari para mufti-mufti bagi

mendapatkan respond dari mereka. Dan yang ketiga iaitu, berdasarkan pandangan dari para

alim ulamak dan tokoh-tokoh sarjanawan Islam. Dan yang keempat iaitu, kesan yang bakal

berlaku dalam masyarakat. Dan yang terakhir adalah kesan kepada nilai kebudayaan dan

akhlak Islam secara umumnya.

5.1 Isu-Isu Yang Menyebabkan Kajian Ini Perlu Dilakukan

Kajian ini perlu dijalankan adalah atas beberapa sebab kebimbangan yang berlaku

dalam penulisan bagi mengekang penularan pengaruh salafi wahhabi yang berkembang pesat

15
dengan pelbagai cara dan pendekatan mereka yang berbeza terutama sekali melibatkan

penulisan jurnal-jurnal terbitan Jakim. Kepekaan pihak berwajib menangani gelaja salafi

wahhabi yang semakin meruncing adalah tidak diendahkan.

Menurut Muhammad `Uthman Al-Muhammady bahaya terhadap akidah akan

menyebabkan kepada kekufuran sama ada tentang sifat-sifatNya, Af`alNya dan tentang

rasulNya dan kerasulan. Hal sedemikian akan menyumbang kepada bahaya terhadap hidup

kerohanian, kepada tidak sahnya ibadah, dan akhirnya kataksuban kepada guru-guru rohaniah

yang sesat dan menyesatkan.

5.2 Pandangan Para Mufti-Mufti Di Malaysia

Keputusan di peringkat persekutuan telah diputuskan berdasarkan Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-106

yang bersidang selama dua hari iaitu pada 20hb hingga 21hb Oktober 2014 bahawasanya telah

membuat keputusan serta memperakukan dari segi perundangan Ahli Sunnah Wal Jamaah

adalah mazhab rasmi bagi Negara Malaysia manakala aliran syiah serta salafi wahhabi pada

masa kini tidak selari dengan arus perdana yangmana kedua-dua aliran pemikiran sebegini

boleh mendatangkan perbalahan dan pepecahan kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Selaras dengan hampir kesemua negeri-negeri di Malaysia yangmana masing-masing

memiliki penasihat-penasihat agama dan para mufti yang dijadikan orang pakar rujuk nombor

satu sebelum segala keputusan dan perbicangan urusan agama diserahkan untuk dilaksanakan

sebaiknya sejajar dengan fatwa yang dikeluarkan di peringkat persekutuan. Maka menurut

16
pandangan Jabatan Mufti Negeri Selangor juga berpegang dengan ajaran Ahli Sunnah Wal

Jamaah bagi mengelak universiti sebar ajaran Syiah dan Wahhabi juga telah diputuskan agar

mereka yang berdegil dikecam dan boleh diberikan tindakan sewajarnya ke muka pengadilan.

Dan begitu juga yang telah dikeluarkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan

yang diputuskan oleh Datuk Mohd Yusuf Ahmad telah memutuskan dalam mesyuarat tersebut

bahawa fahaman wahhabi bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Maka

sebarang bentuk penyebaran fahaman itu di Negeri Sembilan oleh mana-mana pihak atau

individu sama sekali diharamkan.

Dan menurut pandangan lain dari keputusan fatwa Negeri Kelantan terbitan Majlis

Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menyatakan bahawa yang klasik, yang

bercanggah dengan Ahli Sunnah ialah seperti Mu`tazilah, Jabariah, Qadariah, Murji`ah,

Khawarij (dengan aliran yang timbul kemudian dalam sejarah), Batiniah Rafidhah (Syi`ah)

dan lain-lainnya sebagaimana yang tersebut dalam teks-teks seperti Al-Milal Wa Nihal oleh

Al-Syahrastani dan sepertinya termasuk ke dalamnya juga aliran yang dibawa oleh

Muhammad bin Abdul Wahhab dengan ciri-cirinya.

Begitu juga yang berlaku di Negeri Perak oleh Jabatan Mufti Negeri Perak bagi

keputusan mesyuarat jawatankuasa fatwa Negeri Perak pada tahun 2004 bahawa aliran yang

diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab bin Sulaiman bin Ali yang berasal dari Negeri

Najd dan golongan ini tidak selesa dengan gelaran golongan wahabi kerana ia membawa

persepsi negative di kalangan umat Islam. Oleh itu, mereka menggunakan pelbagai istilah

seperti Salafiyyah, golongan Ahli Sunnah dan sebagainya. Mereka sangat taksub kepada

17
pandangan Ibnu Taimiyyah yang cenderung kepada pengaruh salafi wahhabi yang berlawanan

dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah melibatkan masalah furuk (Fekah) dan permasalahan usul

(Akidah).

Dan antara ciri-ciri dakyah pengaruh salafi wahhabi iaitu menolak dan menyesatkan

pengamal pendekatan tauhid sifat 20. Mereka juga menganggap syirik berbagai amalan ahli

sunnah seperti salawat syifa` dan lain-lain. Tambahan pula, pengikut aliran Asya`irah dan

Maturidiyyah tidak layak digelar sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dan yang terakhir

menganggap pelaku pelbagai amalan, maka pelakunya di kira bid`ah yang sesat dan akan

menjadi penghuni neraka.

Keputusan yang dibuat oleh utara tanah air Malaysia iaitu Jabatan Mufti Negeri

Kedah Darul Aman pada tanggal 3hb Muharram 1431H bersamaan 23hb Januari 2010 yang

dipengerusikan oleh Dato Syeikh Muhammad Baderudin bin Hj Ahmad bahawa pengaruh

fahaman salafi wahhabi tidak disebar dan doktrin lain sepertimana nama lain seperti pengikut

salafi, ataupun tajdid yang berleluasa untuk diamalkan di negeri tersebut.

Keadaan ini berlaku juga di Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Mufti Tuan Haji

Said bin Haji Ibrahim dilahirkan berasal dari Kampung Kedai Lalat, Kelantan 1923M dan

bertugas di Negeri Sabah berpendapat bahawa beliau menentang sekeras-kerasnya pandangan

dari Ibnu Taimiyyah dan menolak fahaman mujassimah yang menjadi pegangan aliran

pengaruh salafi wahhabi dalam negeri tersebut. Lantas kewibawaan beliau seringkali menjadi

pakar rujuk hal ehwal berkaitan urusan pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah

Persekutuan (JAWI).

18
Susulan negeri-negeri lain seperti Negeri Johor antara negeri-negeri terawal membuat

keputusan serius berkenaan dengan pengaruh salafi wahhabi yang menular dan tersebar luas.

Keputusan tersebut adalah hasil Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang dipengerusikan oleh Datuk

Sayyid `Alawi Tohir Al-Haddad pernah dua kali dilantik sebagai Mufti Negeri Johor iaitu

pada 1934 hingga 1941 dan 1948 hingga 1951 yangmana beliau mengatakan dalam fatwanya

bahawa pengaruh salafi wahhabi akan menjadikan permusuhan kepada orang yang bersalahan

dengannya atau adat kebiasaan yang berlaku kepada puak Khawarij iaitu orang-orang yang

membenci Saidina `Ali Karromallahu wajhah dan adat ahli bid`ah yang menyelahi puak-puak

Islam kerana sahabat-sahabat Nabi S.A.W.

Dan dari kalangan tabieen iaitu mereka yang kemudian dan imam-imam mazhab yang

empat dan sekalian ulamak mazhab mereka bersalah-salahan pada beberapa masalah dalam

masalah fekah tetapi mereka itu tiada berseteru (bermusuh) diantara setengah dengan

setengahnya dengan sebab bersalah-salahan ambilan itu kerana bukannya bersalahan pada

perkara usul (asal masalah), bahkan pada furuknya (cawangan-cawangan masalah) sahaja.

Selain itu beliau juga turut menyentuh Kaum Muda yang diertikan sebagai kumpulan orang-

orang yang tiada bercakap memahami tentang agama Islam namun mereka bersungguh-

sungguh menghampirkan diri dan menyatukan agama Islam kepada agama yang lain menurut

(Fatwa Mufti Kerajaan Johor 1936-1961: 397-398).

Dan negeri-negeri lain sepertimana Jabatan Mufti Negeri Melaka yang meletakkan

Qaul Muktamad yang diikuti berdasarkan syeksyen 42, yangmana hanya menerima Mazhab

19
Syafie dan tiga mazhab yang lain iaitu tidak terlalu tegas dan longgar dalam memberikan garis

panduan. Sepertimana juga berlaku bagi Jabatan Mufti Negeri Terengganu menjawab

persoalan khilafiyyah dengan baik walaupun sebenarnya ancaman pengaruh salafi wahhabi

menghukumkan amalan tersebut adalah salah dan sesat. Contohnya memfatwakan hukum

sunat membaca talqin dan sambutan Maulidur Rasul.

Dalam hal ketegasan tidak sepertimana yang ditunjukkan oleh Jabatan Mufti Negeri

Pahang adalah amat dikagumi apabila jelas menyatakan ketegasan bahawa tegahan dan

larangan menyebarkan ajaran salafiyyah wahabiah dan seumpamanya di Negeri Pahang. Hal

ini berdasarkan sebulat keputusan yang telah dibuat oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa

Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang pada 19hb Febuari 2014. Larangan tersebut juga

melibatkan larangan bacaan ajaran salafi wahhabi dan penceramah jemputan yang membawa

kepada berlainan mazhab dan akidah, membid`ahkan amalan khilafiyyah dan membawa

kepada perpecahan masyarakat hasil dari penyebaran dakyah tersebut. Lantaran keengganan

dan keingkaran dari berbuat demikian boleh dikenakan tindakan dibawah Enakmen Jenayah

Syariah 2013.

Maka dengan ini jelaslah pendirian para-para mufti dari negeri-negeri sepertimana

Mufti Kedah, Mufti Pahang, Mufti Negeri Sembilan, Mufti Wilayah Persekutuan, Mufti

Johor, Mufti Sabah dan Mufti Perak bersepakat berkenaan dengan ancaman pengaruh salafi

wahhabi yang membahayakan keselamatan dan keharmonian perpaduan masyarakat Islam di

Malaysia.

5.3 Pandangan Para Ulamak Dan Tokoh-Tokoh Sarjan Islam

20
Kewibawaan tokoh-tokoh sarjanawan Islam dalam mengupas dan memberikan

jawapan tuntas berdasarkan kewibaan dan ketokohan mereka amat-amat diharapkan dan

disegani. Di antara mereka yang tersenarai sebagai tokoh dan sarjanawan Islam itu iaitu;

Pertama: Iaitu tokoh ulamak yang pertama adalaha bekas Mufti Mesir Dr. Ali Jum`ah

mengatakan bahawa salafi wahhabi adalah gerakan militan dan teroris.

Kedua: Dr Ahmad Tayyib, merupakan Rektor Syeikh Al-Azhar mengatakan wahhabi tidak

sepatut menyebut dirinya salafi kerana mereka tidak berpijak kepada manhaj salaf.

Ketiga: Dr. Yusuf Qardawi sebagai seorang intelektual Islam banyak menulis dan ulamak

fiqh terkenal Mesir mengatakan salafi wahhabi adalah gerakan fanatik buta yang beranggapan

dirinya paling benar tanpa salah. Dan mereka juga menganggap yang lain selalu salah tanpa

ada kebenaran sedikitpun. Gerakan wahhabi di Gazza menurutnya lebih menyukai untuk

memerangi dan membunuh sesame muslim berbanding membunuh kaum yahudi itu sendiri.

Keempat: Dr Wahbah Az-Zuhailiy, Mufti Syiria, ahli fiqh mengatakan bahawa salafi

wahhabi mengkafirkan jamaah tabligh dan mereka lebih suka mengkafirkan mejoriti muslim

selain dirinya sendiri.

Kelima: Kiyai Haji Siradj, Ketua Pengerusi Badan Nahdatul Ulamak Indonesia (PBNU)

mengatakan bahawa teroris moden berakal dari idealogi wahhabi.

Keenam: Syeikh Hisyam Kabbani, adalah sebagai Ketua Tareqat Naqsyabandi Dunia,

mengatakan bahawa salafi wahhabi adalah suatu gerakan neo-Khawarij berfahaman keras

21
sehinggakan sanggup menghalalkan darah sesame muslim dan terlibat dalam pembunuhan

Khalifah Saidina `Uthman bin `Affan R.A.

5.4 Kesan-Kesan Yang Berlaku Kepada Masyarakat

Pengaruh Islam ke dalam kebudayaan bangsa melayu tidak dapat dipisahkan sejak

zaman berzaman. Namun begitu pengaruh ancaman terhadap keharmonian kebudayaan tinggi

dan perpaduan hasil jalinan kemuliaan akhlak membuatkan bangsa melayu seringkali

terancam dengan gejala pengaruh salafi wahhabi dan pengaruh ajaran sesat lainnya yang

saban waktu agak membimbangkan dan kesannya membawa kepada masyarakat yang tidak

aman dan seringkali gelisah dengan permasalahan kekeliruan dan perbezaan pendapat yang

membinggungkan.

Dan hal sebegini disokong oleh Muhammad `Uthman Al-Muhammady dalam Al-

Bayan keluaran Majlis Agama Islam Negeri Johor bahawa kelainan dalam pegangan yang

diamalkan akan membawa kepada berpuak-puak secara terlalu terasing antara satu dengan

yang lain, bukan berpuak-puak yang ada kaedah di kalangan mereka sebagaimana yang ada

antara mazhab-mazhab dalam Ahli Sunnah. Dan keadaan berpuak-puak ini, bilamana tajam

dank eras akan pegangannya akan membawa kepada kerosakan hidup bermasyarakat,

mengganggu rumah tangga dan hubungan sesama jiran tetangga secara harmoni. Lantaran itu

ia boleh membawa kepada perceraian, dan yang lebih berat lagi daripada itu, berdasarkan

sejarah yang pernah berlaku golongan-golongan berkenaan menunjukkan bahawa bahayanya

22
terlalu besar sekiranya terus dibiarkan penyebaran idealogi salafi wahhabi terus berkembang

pesat dan bebas. Dengan ini, maka membawa kepada bahaya hidup bermayarakat.

5.5 Kesan Kepada Nilai Kebudayaan Dan Akhlak Islam

Nilai kebudayaan dan akhlak Islam akan bakal tergadai seandainya pengaruh dakyah

salafi wahhabi berkembang dalam masyarakat. Kelalaian dan terabainya sifat-sifat mulia yang

terhakis dalam ajaran tasawwuf yang mulia membuatkan individu muslim itu hanya dikenali

dengan namanya sahaja yang mulia. Namun sebaliknya tersimpan sifat-sifat mazmumah

mencela dan menghina para ulamak tasawwuf seperti Imam Ghazali dan Ibnu Junaid Al-

Baghdadi. Hal ini disokong oleh Muhammad `Uthman Al-Muhammady bahawa gejala

pentafsiran secara keras yang bukan secara Ahli Sunnah secara terang-terangan dan

membahayakan nilai-nilai akhlak Islam.

Dengan kehilangan mata rantai sebagai mutiara berharga dalam masyarakat Islam

akan menjadikan kegagalan dalam memperoleh kelebihan dan keberkatan akhlak sepertimana

akhlak yang dibawa oleh Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W.

6.0 Persoalan Kajian

23
Dalam kajian yang dijalanakan ini, pengkaji menyenaraikan sebanyak lima persoalan bagi

menjelaskan pengaruh salafi wahhabi dapat dipastikan kebenaran dan keabsahan dalam

jurnal-jurnal terbitan Jakim. Dan antara persoalan-persoalannya adalah seperti berikut;

1) Sejauh manakah tahap pengetahuan dan kefahaman Jakim terhadap gejala pengaruh

salafi wahhabi bagi para penulis jurnal penyelidikan Islam terbitan Jakim?.

2) Apakah tahap persepsi para penulis jurnal terhadap pengaruh salafi wahhabi yang

memberi kesan terhadap terhadap jurnal penyelidikan Islam terbitan Jakim?.

3) Apakah tahap kesedaran para penulis jurnal tentang ciri-ciri pengaruh salafi wahhabi

terhadap penulisan jurnal penyelidikan Islam terbitan Jakim?.

4) Bagi mengenal pasti, apakah perbezaan yang signifikan dalam aspek persepsi

pengaruh salafi wahhabi antara pengkaji dengan para penulis jurnal penyelidikan

Islam terbitan Jakim?.

5) Sejauhmanakah pengaruh fahaman salafi wahhabi memberi impak baik atau buruk

kepada Jakim dan penulis jurnal penyelidikan Islam terbitan Jakim?.

7.0 Objektif Kajian

24
Kajian ini dijalankan berdasarkan penyelidikan terhadap jurnal-jurnal penyelidikan

Islam terbitan Jakim bagi mengenalpasti sejauhmana pengaruh salafi wahhabi dalam tulisan

tersebut selain bagi memastikan tulisan-tulisan tersebut tidak membawa kepada ancaman

pengaruh salafi wahhabi yang boleh membahayakan keharmonian dan keselamatan

masyarakat berbilang kaum dan bangsa di Malaysia.

Tujuan kepada kepentingan objektif kajian ini dijalankan, adalah dibahagikan kepada

dua jenis objektif kajian. Iaitu dibahagikan kepada objektif umum dan objektif khusus.

Kedua-dua objektif kajian ini adalah sebagai garis panduan untuk memastikan kajian yang

dijalankan menepati matlamat kajian dijalankan dan bagi memastikan perjalanan kajian benar-

benar menepati garis panduan di mana pencerahan berkenaan pengaruh salafi wahhabi dapat

dibuktikan pada jurnal-jurnal terbitan Jakim sama ada benar atau tidak diakhir kajian

dijalankan.

7.1 Objektif Umum

Objektif umum adalah bertujuan untuk mengenalpasti segala bentuk pengaruh salafi

wahhabi yang bergerak melalui penulisan-penulisan jurnal penyelidikan Islam dan

penglibatan secara tidak langsung adalah fokus khusus kepada Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) dalam memberikan kefahaman yang baik lagi berkualiti kepada para

pembaca dan penyelidik

Objektif umum adalah bertujuan untuk mengenalpasti segala bentuk pengaruh salafi wahhabi

yang bergerak melalui penulisan-penulisan jurnal penyelidikan Islam dan penglibatan secara

25
tidak langsung adalah fokus khusus kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

dalam memberikan kefahaman yang baik lagi berkualiti kepada para pembaca dan penyelidik.

7.2 Objektif Khusus

Dalam kajian yang dijalankan, objektif khusus adalah bagi menumpukan kajian yang

dijalankan ini secara khususnya dan terperinci. Dan bagi memastikan objektif khusus kajian

berjalan, maka objektif-objektif khusus yang diperlukan adalah seperti berikut;

i. Mengkaji persepsi pengaruh salafi wahhabi terhadap jurnal-jurnal penyelidikan Islam


terbitan Jakim. Mengenalpasti artikal-artikal dalam jurnal yang didapati terkesan
dengan pengaruh Muhammad bin Abdul Wahhab, 50 tahap

Menilai artikel-artikel kebarangkalian pengaruh salafi wahhabi wujud atau tidak


terhadap jurnal-jurnal penyelidikan Islam terbitan Jakim. Untuk menilai tahap
pengaruh

ii. Mengkaji tema penulisan artikal yang dipengeruh dengan pemikiran


Muhammad bin Abdul Wahhab

iii. Untuk menilai tahap pengaruh Muhammad bin Abdul Wahhab

Ada pengaruh atau tidak?


Tema2 yang wujud?
Tahap setakat mana?
(200 page keseluruhan)

iv. Menganalisa data-data kualitatif berkaitan pengaruh salafi wahhabi terhadap jurnal-
jurnal penyelidikan Islam terbitan Jakim.

26
v. Mengenalpasti pengaruh salafi wahhabi dalam tulisan-tulisan jurnal penyelidikan
Islam terbitan Jakim.

8.0 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian terhadap pengaruh salafi wahhabi dalam jurnal-jurnal

penyelidikan Islam terbitan Jakim di sepanjang penerbitannya pada 2006 hingga 2016. Maka

bermula dari kesedaran itulah, pengkaji merasakan bahawa kajian secara menyeluruh terhadap

harus dilakukan untuk melihat Jakim sebagai agensi jabatan kemajuan Islam terlepas dan

bebas dari sebarang pengaruh salafi wahhabi, dan antara lain kepentingan kajian dijalankan

adalah seperti berikut;

i. Kepentingan kajian kepada pihak univerisiti, adalah bertujuan untuk mengetahui

sejauhmanakah pengaruh salafi wahhabi itu difahami dan wujud dalam agensi Jabatan

Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) bagi membentuk keperibadian terpuji

mahasiswa selain membantu membendung ancaman keselamatan terhadap negara.

ii. Kepentingan kajian terhadap pengkaji dan masyarakat, semoga dapat memberi

gambaran sebenar bahawa sejauhmanakah bukti kebenaran mengenai pengaruh salafi

wahhabi yang wujud dalam jurnal-jurnal terbitan Jakim dari 2006 hingga 2016.

27
iii. Kepentingan kajian kepada pihak Jakim, para pengkaji dan masyarakat semoga

dapatan kajian mengenai bahaya pengaruh salafi wahhabi boleh dijadikan panduan

agar pendekatan dakwah melalui penulisan-penulisan jurnal penyelidikan Islam tidak

mendatangkan persepsi yang buruk dan salah terhadap ajaran Islam yang paling

sempurna dan menyeluruh.

Kajian yang dihasilkan diharap dapat membantu Jakim mengambil langkah dan

inisatif untuk meningkatkan kualiti karya penyelidikan Islam dalam tulisan-tulisan jurnal

terbitannya. Dengan itu, mutu kecemerlangan dalam bidang penulisan dapat dipertingkatkan

lagi dan membawa kepada karisma dan kewibawaan penulis akan hasil tulisan-tulisan mereka

ke persada antarabangsa.

Dengan penghasilan kajian ini juga dapat membantu memberi input kepada pihak

Jakim untuk membuat perancangan dan persediaan dengan lebih jitu seperti menilai kembali

mutu penulisan yang dihasilkan agar bebas dari pengaruh salafi wahhabi dalam penulisan

mereka. Penyelidik ingin menegaskan bahawa kajian yang dibuat mempunyai pelbagai

kepentingan berdasarkan persoalan kajian yang telah dikemukakan. Maka dengan ini

penyelidik juga mengharapkan agar hasil dapatan kajian ini nanti dapat membantu

meningkatkan kecemerlangan Jakim secara umumnya dan jurnal penyelidikan Islam secara

khususnya.

9.0 Skop Kajian

28
Kajian ini memberi tumpuan hanya kepada analisa dokumen dan responden dari

kelompok para penulis karyawan ilmiah bagi jurnal penyelidikan Islam terbitan Jakim dengan

melihat kepada implementasi intervensi kepakaran mereka dalam bidang kajian masing-

masing. Selain itu, impak implementasi tersebut kepada para pembaca dan komuniti juga

dikaji untuk dinilai sama ada memberikan impak yang positif atau sebaliknya. Pemilihan

responden dari kalangan para penulis jurnal penyelidikan Islam untuk melihat dasar pendirian

mereka yang tidak terjebak dengan pengaruh salafi wahhabi dalam penulisan mereka. Selain

dari itu, proses pemilihan secara rawak yang bersifat “conveience” iaitu dalam pemilihan

responden kajian dan kesan menggunakan teknik persempelan bertujuan dalam kajian

triangulasi bagi memilih satu satu perwakilan.

Selain itu, jumlah responden dalam sola selidik ini amat bergantung kepad bilangan

soal selidik yang dipulangkan semula kepada pengkaji. Segala edaran kepada responden

bergantung kepada pengkaji dan banyak kekangan yang dilalui sepanjang proses

pengumpulan yang dijalankan bagi mencukupkan bilangannya. Data-data yang diperolehi

daripada kajian kes pengaruh salafi wahhabi itu hanya menggambarkan transformasi yang

berlaku di kawasan kajian dijalankan dan tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur dapatan

kajian di peringkat nasional umumnya. Dan dengan ini kajian ini dapat membantu

penambahbaikan dan menguatkan pendirian perpegangan dari terjebak dengan anasir

pengaruh salafi wahhabi dalam penulisan.

Oleh yang demikian, mak skop kajian ini adalah meliputi beberapa perkara asas yang

menjadi bahagian landasan dalam kajian ini iaitu tema kajian, lokasi kajian dan sampel kajian.

29
Dari pelbagai aspek seperti faktor, pengaruh dan strategi dapat mempengaruhi amalan

pembacaan yang memberi kesan kepada pengaruh salafi wahhabi terutama sekali yang

melibatkan tujuan pelajar bagi tujuan peperiksaan, penulisan ilmiah ataupun mengisi masa

lapang. Dengan ini, maka akhirnya kajian dilakukan untuk melihat adakah terdapat hubungan

antara strategi pengaruh salafi wahhabi sama ada berlaku atau tidak dalam penulisan jurnal

penyelidikan Islam terbitan Jakim.

9.1 Tema Kajian

Tema kajian ini berjudul “Pengaruh Salafi Wahhabi Dalam Jurnal Terbitan Jakim;

Kajian Tahun 2006 Sehingga 2016”. Kajian ini hanya tertumpu kepada penulisan jurnal

penyelidikan Islam terbitan Jakim dari sudut perbincangannya yang menyeluruh dan skop

penulisan yang meluas berkaitan dengan hal ehwal urusan Islam. Oleh kerana tema kajian ini

memerlukan skop fokus perbincangan berkitan dengan pengaruh salafi wahhabi sahaja

9.2 Lokasi Kajian

Lokasi kajian dijalankan adalah tertumpu kepada tulisan-tulisan jurnal penyelidikan

Islam iaitu penulisan Jurnal Penyelidikan Islam, dari bilangan ke-19 hingga ke-26, iaitu

bermula dari tahun 2006/1428H hingga ke tahun 2016/1437H. Karya penulisan ilmiah

tersebut adalah hasil terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di Putrajaya.

9.3 Sampel Kajian

Kajian ini menggunakan teknik persampelan adalah dari sampel pengaruh salafi

wahhabi yang terdapat dalam penulisan jurnal penyelidikan Islam terbitan Jakim dari 2006-

30
2016. Dan dari keseluruhan data-data dokumen kepada data-data yang lebih khusus. Selain

itu, menurut Babbie (1986), kaedah persempelan juga bertujuan dilakukan setelah pengkaji

mengkaji bahawa populasi berkenaan dapat memenuhi matlamat kajian. Persempelan cara ini

membolehkan pengkaji memilih informan tertentu bagi memudahkan perkembangan terhadap

sesuatu teori yang dibentuk (Glaser & Straus, 1967). Maka Maxwell (1996) memberikan

empat faktor kepentingan kaedah persempelan dijalankan antaranya iaitu:

Pertama: Dapat mewakili atau sebagai contoh (typicality) tentang latar, individu dan

aktiviti-aktiviti yang dipilih. Dan kedua iaitu dapat mencukupkan heteroginitisesuatu populasi

atau variasi maksimum (Mile & Huberman, 1994). Yang ketiga, pemilihan sampel yang

sengaja dipilih bertujuan untuk meneliti kes kajian. Dan keempat, iaitu dapat membentuk

perbandingan secara khusus dalam menjelaskan sebab-sebab perbezaan antara latar dan

individu.

Berdasakan kenyataan tersebut dikukuhkan lagi oleh Marshall dan Rossman (1989)

yang mengatakan bahawa sampel informan mampu menghasilkan data-data untuk sesuatu

kajian kerana ia mengambil kira latar atau “setting” yang bersesuaian. Manakala Goetz dan Le

Compte (1984) dan Merriam (1991) menerangkan juga bahawa dengan kaedah persempelan

sebegini bertujuan sebagai “criterion based sampling” yang bermaksud bahawa pengkaji

perlu membentuk kretiria asas atau piawai “standard” kepada unit yang dikaji.

Oleh yang demikian, kaedah persempelan digunakan untuk memilih responden yang

spesifik bagi mendapatkan maklumat tertentu yang tidak dapat diperoleh daripada semua

31
individu secara satu persatu. Namun menurut Neuman (2011) dan Krathwohl (1998)

mengatakan bahawa kaedah persempelan bagi tujuan tertentu diterima untuk situasi tertentu

sama ada kajian kuantitatif mahupun kualitatif. Berdasarkan individu yang dipilih nanti atas

dasar kepakaran sedia ada atau pengetahuan mereka terhadap isu yang dikaji dan berdasarkan

kepentingan responden berkenaan sebagai sumber yang kaya dengan maklumat mengenai isu

yang dikaji (Leedy dan Ormrod, 2005).

10.0 Definisi Operasional

Penyelidik berperanan menerangkan akan istilah dan operasional yang digunakan

dalam penyelidikan dalam bahagian ini. Maka istilah-istilah yang digunakan adalah berkait

rapat dengan istilah-istilah khusus berhubung dengan kajian yang dijalankan. Dengan ini

dapat membantu pembaca bagi memahami kajian yang dijalankan dan mengelak daripada

berlakunya persepsi yang berbeza dan berlainan dari apa yang dikehendaki dalam

penyelidikan ini.

11.0 Kajian Literaturer

Dalam kajian ini, pengkaji menerangkan sorotan-sorotan kajian-kajian terdahulu yang

terdapat padanya penyataan atau fakta bagi menyokong objektif penyelidikan. Berdasarkan

melihat kepada beberapa bentuk pemerhatian terhadap kerangka teori dibina bagi menyokong

kepada penyelidikan yang dijalankan bahawa teori yang digunakan bukanlah rekaan semata-

32
mata. Oleh itu, model sesuai menjadi rujukan serta panduan bagi membantu penyelidikan

dijalankan dengan baik.

Dalam sorotan dunia Islam yang luas dan pesat berkembang. Terdapat beberapa

permasalahan yang berlaku hasil dari pengaruh salafi wahhabi yang menyempitkan dan

menekan peradaban ulamak-ulamak Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah, antara

permasalahan yang terdapat dalam penulisan jurnal penyelidikan Islam adalah seperti berikut:

i. Merujuk kepada Syeikh Nasaruddin Al-Bani, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab

dan ramai dari kalangan ulamak-ulamak lain yang membawa fahaman dan pengaruh

salafi wahhabi tanpa merujuk kepada para ulamak hadist yang mempunyai autoriti

dalam bilang ilmu hadis,

ii. Penulisan jurnal dipengaruhi unsur-unsur membawa pengaruh fahaman salafi wahhabi

dalam penulisan mereka dengan memberi persepsi negatif dan mengkeji ulamak

seperti Imam Ghazali yang beraliran tasawwuf atau bertariqat,

iii. Menimbulkan keresahan, kekeliruan, perselisihan dan menimbulkan sifat salah faham

berkenaan dengan konsep tasawwuf itu sendiri terhadap para ulamak yang cenderung

mengamalkan amalan sufi dalam kehidupan mereka.

33
iv. Menimbulkan permusuhan terhadap aliran yang sealiran Asya’irah secara tidak

langsung kerana konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak pernah menolak konsep

ulamak tasawwuf dan pandangan mereka.

v. Jakim gagal memberikan peranan membawa Islam secara berkualiti dan bernilai dan

konsep berjamaah dalam perkara yang tidak sepatutnya dimusuhi, dikecam dan dihina

melainkan mereka yang bertentangan dari panduan Al-Qur’aan dan Sunnah.

Oleh itu beberapa perkara menjadi saranan penulis memandangankan terdapat

beberapa unsur-unsur pengaruh salafi wahhabi dalam penerbitan jurnal-jurnal penyelidikan

Islam terbitan Jakim. Maka antara unsur-unsur pengaruh salafi wahhabi yang terdapat dalam

penulisan tersebut adalah seperti berikut:

I. Penjelasan Meragukan Pengaruh Salafi Wahhabi Dalam Penulisan Jurnal

Terdapat beberapa penulisan jurnal penyelidikan Islam yang ditulis dan diterangkan

mengandungi unsur-unsur yang meragukan dan mengelirukan berkenaan dengan pengaruh

salafi wahhabi yang ditulisan oleh Aizam Masod dan beberapa penulis lain. Mereka benar

secara jujur mengetahui akan bahaya ancaman tersebut dalam masyarakat akan tetapi cuba

menganggap fahaman tersebut sebagai tidak membahayakan dan kerangka menafikan yang

sebenarnya pengaruh fahaman salafi wahhabi ini sebenarnya sudah difatwakan sebagai

menyimpang dari panduan Islam sebenar selain mengganggu membawa masalah terhadap

keharmonian dan perpaduan kaum masyarakat Islam di Malaysia.

34
Tambahan terdapat juga perbincangan bertajuk, Hadis palsu dan dhoif, pengertian dan

kesan hasil tulisan Muhamad Hapizi Sulaiman (2015). Beliau berpendapat bahawa gejala

musibah yang berlaku menimpa umat Islam berabad-abad lamanya hasil pertama ialah

tersebar luasnya hadis-hadis dhaif (lemah) dan maudhu’ (palsu) di kalangan mereka. Sehingga

kini perkara ini terus berleluasa dalam kalangan masyarakat tidak terkecuali di Malaysia.

Keberlangsungan sebegini tidak terkecuali mereka terjebak dan mengambil rujukan para

ulamak-ualamak dari pengaruh salafi wahhabi sebagai rujukan dalam memahami satu-satu

persoalan dalam urusan menjelaskan urusan berkenaan dengan urusan-urusan agama Islam

termasuk mengaanggap banyak penyelewengan fakta oleh ulamak-ulamak terdahalu yang

juga temasuklah kalangan ulamak-ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Imam Ghazali r.h,

Imam Jalaluddin Al-Suyuti r.h dan Imam Al-Nawaawi r.h bagi mengaburi pandangan para

pembaca dan para penyelidik.

Oleh itu perkara ini menjadi menjadi bertambah sukar dan rumit dengan betambahnya

jaringan pengaruh salafi wahhabi menggunkan doktrin provokasi terhadap pandangan ulamak

Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan kritikan pelbagai cara kerosakan budaya dan akhlak

khususnya melalui pengaruh penulisan atau penulisan jurnal-jurnal atau sama ada juga

melalui media internet atau pelbagai jaringan sosial lain terbaru dan sebagainya.

Kerosakan yang berlaku akhirnya doktrin mereka menganggap bahawa penyebaran

hadis lemah dan hadis palsu yang meluas mengakibatkan kesan negatif kepada pegangan umat

Islam hari ini, antaranya berkaitan masalah-masalah aqidah yang bersifat aneh, janggal, ghaib

dan ada juga yang berkaitan perkara-perkara pensyariatan atau proses dimana hukum

35
diperintahkan sesuatu perintah berlaku pada awalnya. Peningkatan pengaruh komunikasi dan

perkongsian maklumat yang salah dan tidak benar telah meningkatkan lagi pemahaman hadis

yang salah, yang menyaksikan penyebaran maklumat palsu tentang hadis Nabi SAW.

Keadaan ini juga telah menyebabkan penyebaran maklumat palsu mengenai Islam, hadis

dicemari dan menyebabkan gangguan kepada sumber kedua agama ini.

Menurut Muhamad Hapizi Sulaiman (2015), dengan berlakunya perkara sebegini

mencetuskan kepercayaan dan kefahaman songsang mengenai Islam dan ajarannya. Peranan

dan fungsi hadis menyempurnakan kelompongan dan memperincikan serta menghuraikan

sumber dari panduan wahyu dari Allah. Sumber kedua iaitu hadis-hadis pula tersebar dalam

masyarakat berlaku terlalu banyak, sehingga mereka hampir tidak pernah menyebut hadis

sahih walau terdapat banyak faktor yang dapat menghentikan mereka daripada menyebut

hadis dhaif. Abdullah bin Mubarak mengatakan: “Bahawa menyebutkan hadis sahih itu adalah

menyibukkan diri dari yang dhaifnya atau hadis yang lemah”. Maka hadis yang disampaikan

mestilah melalui riwayat, sanad dan matan.

Maka keperluan menjaga, memelihara dan mendalami ilmu hadis adalah tuntutan atau

fasal sebagai rukun asas bagi aliran fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah sehinggakan hadis-

hadis nabi dan kepincangan dan muncul setelah timbul sesudah kewafatannya SAW. Dari

kalangan seluruh sahabat baginda merasa kebimbangan akan hilangnya hadis-hadis maka para

sahabat akhirnya berusaha menjaga hadis dengan menghafaz selain menanda dan

mengumpulkannya sebaik mungkin. Namun tiada yang lebih membayakan selain daripada ini

36
adalah masyarakat memahami dan menerima hadis tanpa meneliti terlebih dahulu dalam

segala amalan mereka.

Penjelasan oleh Muhamad Hapizi Sulaiman (2015), seolah-olah menampakkan

penulisan secara ilmiah dan bermanfaat bagi para pengkaji dan pembaca walaubagaimanapun

sebenarnya adalah mengelirukan mereka berdasarkan ancaman pengaruh salafi wahhabi yang

mudah difahami dengan mudah dan jelas. Dewasa ini keadaan realitinya terhadap penulis

tersebut menggunakan kepentingan menulis diruangan jurnal dengan cara mengelirukan

apabila beliau mengambil sumber rujukan penulisan dari beberapa tokoh yang digunapakai

dan memberi impak sokongan terhadap pengaruh fahaman salafi wahhabi iaitu seperti Abd

Karim Abdullah Khidr, (2004) sepertimana karangan kitab berjudul, Hadis Dhaif Wa Hukm

Al-Ihtijaj Biha. Beliau mengambil sumber rujukan dari Al-Albani, iaitu Muhammad

Nashiruddin. (1997).

Buku rujukan kedua iaitu “Silsilah hadis Dha’if dan Maudhu”oleh Muhammad

Nasiruddin, (2008), “Silsilah Al-Ahadis Ad- Dhaifah Wa Al-Maudhu’ah”, Riyadh oleh

Muhammad Nasiruddin (1988M). Karya-karya mereka masing-masing merujuk kepada para

ulamak yang berpengaruh dalam fahaman salafi wahhabi di peringkat antarabangsa. Maka

dengan itu, bukti-bukti dan ciri-ciri wujudnya pengaruh salafi wahhabi dalam penulisan jurnal

penyelidikan Islam terbitan Jakim dan tidak boleh dinafikan bahawasanya ia juga

menunjukkan bukti yang jelas bahawasanya pengaruh salafi wahhabi adalah berdasarkan

tokoh-tokoh gerakan menjadi rujukan utama dan perkara ini berlaku.

37
II. Penghinaan Terhadap Imam Ghazali

Permulaan tulisan jurnal dinyatakan oleh Abdul Hayei Abdul Shukor (2006), dalam

pandangan beliau mempertikaikan ketokohan dan kehebatan ilmuan seperti Imam Ghazali r.h

dalam pandangan. Kehebatan beliau dalam dunia ilmu Islam sehingga mengatakan bahawa

tokoh kasyaf teragong yang dikemukakan sebagai contoh tiga tokoh sufi yang berpengalaman

dan banyak menyumbang dalam penyebaran dalam ilmu yang berteraskan kasyaf. Mereka

ialah Abu Hamad Ghazali, Ibnu 'Arabi dan Abdul Karim Al-Jili.

Pandangan Imam Ghazali r.h mengakui bahawa sifat kasyaf tidak dapat diperolehi

melalui jalan biasa yang dilakukan oleh orang kebanyakan dan hanya melainkan dengan

melalui jalan taqwa dan mujahadah semata. Malah menurutnya tidak semua orang yang

berjaya mampu dan berpeluang mendapatkannya. Ilmu kasyaf tidak boleh dijelaskan melalui

penulisan disebabkan jelas bertentangan dengan hukum syarak. Namun keadaan sebegini

sudah dijelaskan sepertimana dalam kitabnya Manhaj Al-`Abidin menerusi dua rangkap bait

syair yang dihubungkan kepada Ali Zainal `Abidin yang bermaksud: “Kadangkala ilmu ini

kalau aku hebahkan rahsianya, nanti aku dituduh penyembah berhala. Orang Islam akan

menghalalkan, kerana menganggap baiknya perkara keji yang mereka lakukan itu”.

Kebimbangan Imam Ghazali r.h secara jelas memberi tanggapan bagi pihak Abdul Hayei

Abdul Syukor beralasan apabila dituduh sebagai penyembah berhala dan layak dibunuh

kerana perbuatan itu jelas bertentangan dengan syariat dan ini jelas mengaggap ilmu tasawwuf

adalah sudah tersasar dari jalan yang benar.

38
Tulisan terdahulu Imam Ghazali r.h menjelaskan yang menjelaskan berkenaan

permasalahan kasyaf dengan katanya; “Hendaklah duduk dengan hati yang kosong, penuh

keinginan kepada Allah, fikirannya tidak dipisahkan dengan bacaan Al-Qur'an Al-Kareem dan

tidak juga dengan meneliti tafsir, tidak menulis hadith dan sebagainya. Cukup dengan lisan

berterusan menyebut Allah..Allah.. Allah”. Kelebihan hasil dari limpahan pengetahuan ilmu

kasyaf ke dalam hati seseorang itu sehingga mampu mendengar suara Al-Haq akan berlaku

sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Ghazali r.h bahawa: “Khulwah itu hanya berlaku

ibarat dalam rumah yang gelap, andainya ia tidak mempunyai tempat gelap maka masuklah

kepalanya dalam baju, atau selimutnya dengan kain. Dalam keadaan itu ia akan mendengar

seruan Al-Haq dan menyaksikan keagungan Rububiyyah”. Oleh yang demikian, apa yang

dijelaskan oleh Imam Ghazali r.h dengan katanya: “Apabila Allah menjaga urusan hati,

nescaya melimpah-limpah rahmat ke atasnya. Lantas teranglah nur pada hati, semakin

lapanglah dada dan terbukalah baginya rahsia pada alam malakut”.

Selain itu, tambahan pula menampakkan situasi yang jelas bahawasanya Abdul Hayei

Abdul Shukor (2006), tidak menganggap Imam Ghazali RH sebagai seorang yang berfalsafah,

berimaginasi yunani atau berkhayal dengan perkara yang tidak difahami umat Islam. Malahan

pula beliau diiktiraf sumbangannya dalam dunia Islam sebagai seorang yang berpengetahuan

mendalam berkenaan dengan ilmu tasawwuf dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Namun berbeza pandangan tulisan jurnal penyelidikan Islam yang diruntaikan dan

diperhalusi oleh Zakaria Stapa (2016), yang menulis jurnal penyelidikan Islam menganggap

bahawa: “Al-Qur`aan dan Sunnah teras kerjaya keilmuan Imam Ghazali” bahawa beliau

39
merupakan seorang tokoh intelektual tersohor di timur dan di barat. Ketokohan Imam Ghazali

r.h amat sukar ditandingi oleh mana-mana tokoh yang pernah dilahirkan oleh tamadun Islam

itu sendiri. Namun keilmuan beliau sangat ensiklopedik di mana beliau dapat menguasai

pelbagai jenis ilmu yang terdapat pada zaman beliau umpamanya, Ilmu Tasawuf, Ilmu Fekah,

Ilmu Usul Fekah, Ilmu Kalam, Ilmu Falsafah serta Ilmu Hadis melalui nasihat yang baik. Dan

apa yang lebih menarik pada diri Imam Ghazali ialah kekuatan pendirian beliau yang tidak

silau dan tenggelam dalam kehebatan tradisi keilmuan Yunani yang sudah tersebar luas pada

masa itu.

Keadaan menjadi lebih menjadi semakin terkenal dan mendapat tarikan dunia ilmuan

apabila beliau berjaya menonjolkan identiti ilmuan Islam unggul berpaksikan asas panduan

Al-Qur`aan dan Sunnah. Oleh yang demikian maka tulisan ini menambahkan lagi akan

keyakinan bahawa kejayaan kecemerlangan ketokohan keilmuan Imam Ghazali r.h adalah

hasil dua bidang ilmu yang sangat rapat hubungannya dengan beliau iaitu akhlak dan tasawuf.

Dalam bidang akhlak pula, khususnya dalam proses pembentukannya Imam Ghazali

r.h menegaskan bahawa aspek roh perlu dididik dengan pendekatan Al-Mujahadah dan Al-

Riyadah supaya selaras dengan kehendak syarak. Menurut Imam Ghazali r.h ukuran bagi baik

dan buruk akhlak mestilah ditentukan oleh syarak dan akal murni manusia yang tunduk

kepada kehendak aturan syarak. Dalam bidang tasawuf pula, beliau bukan hanya pendokong,

malah merupakan benteng pertahanan utama tasawuf sunni iaitu tasawuf yang mengikat

pelbagai amalan dengan Al-Qur`aan dan Sunnah. Menurut menunjukkan dengan jelas bahawa

40
metode penulisan beliau memberikan keutamaan kepada Qur`aan dan Sunnah di mana setiap

topik didalamnya dimulai dengan pandangan kedua-dua sumber hukum tersebut.

Kewibawaan dan ketokohan beliau dalam menyebarluaskan pengaruh ilmu tasawwuf

dalam kehidupan manusia telah berjaya menonjol memaparkan pada dunia luar bahawasanya

Imam Ghazali r.h seorang tokoh yang cukup terkenal bermula dari timur hingga ke barat

seluruh pelusuk dunia. Lantaran begitu, ketokohan keilmuannya amat dikagumi dunia dan

dunia amat mengenali kewibawaan beliau dalam ilmu tasawwuf. Para pakar penyelidik dan

pengkaji menjadikan sumber bahan rujukan kitab-kitab atau terjemahannya di beberapa

institusi pendidikan dalam negara khsusnya di Malaysia. Berdasarkan penyelidikan yang

dilakukan di negeri Kelantan pada awal 1980-an, kitab-kitab Ihya Ulum Al-Din, Minhaj serta

Sirur Al-Salikin yang diterjemah dan disyarah semula oleh Syeikh `Abdu Samad Falembani

sangat mendapat tempat dalam pengajian-pengajian di peringkat pondok-pondok, madrasah-

madrasah dan di pelbagai institusi pengajian khususnya bidang pengajian Islam. Maka jelas

terbukti hasil karya beliau memberi sumbangan yang sangat bermanfaat di sektor pendidikan

dan bidang ilmu sosiologi Islam. Pengaruh Imam Ghazali di barat dan dunia eropah meluas

berkembang melalui penterjemahan pelbagai karya tulisan beliau sebagai seorang ilmuan

muslim tersohor pada zaman pertengahan.

Permulaan dunia ilmuan Imam Ghazali r.h bermula dari latar belakang diri dan kerjaya

yang dikenali nama sebenar AI-Ghazali iaitu Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin

Ahmad Al-Tusi. Lantaran itu, beliau terkenal dengan panggilan Imam Ghazali. Mendapat

gelaran Abu Hamid dan diberi pelbagai gelaran lain, terutamanya sebagai Hujjatu Islam.

41
Beliau dilahirkan pada tahun 450H (1058/1059M) di sebuah kampung bernama Ghazlah yang

terletak di pinggir bandar Tus, Khurasan dan kembali ke rahmatullah pada tanggal hari Isnin,

14 haribulan Jamadilakhir tahun 505H atau bersamaan pada 18 haribulan Disember 1111M

iaitu di bandar kelahiran beliau di Tus. Wilayah Khurasan adalah terletak dalam negeri Parsi.

Namun begitu, terdapat sedikit pertikaian pendapat berkenaan asal usul keluarga Imam

Ghazali, sama ada mereka berasal dari arab tulen atau bangsa parsi. Pandangan yang

mengatakan Imam Ghazali berbangsa arab berhujah bahawa keluarga beliau telah berpindah

dan menetap di Negeri Parsi sejak negeri tersebut dibuka oleh Islam.

Terdapat pendapat mengatakan pengaruh Islam telah begitu sebati dalam gaya hidup

dan pengalaman keluarga tersebut sehingga unsur-unsur arab dan farsi sudah menjadi begitu

kuat dan sebati dalam kehidupan harian mereka. Keadaan ini termasuk dalam hal yang

berhubung dengan pemberian nama dan perkara-perkara lain seumpamanya. Ayahanda Imam

Ghazali merupakan seorang yang kuat beragama, warak, salih dan fakir. Dia sanggup bekerja

sendiri memintal kain suf untuk dijual bagi menyara pendapatan seisi keluarganya.

Kehidupan sehariannya bermula bersama ayahandanya di kedai terletak di Bandar Tus

yangmana mencari sumber pendapatan bagi menyara keluarganya. Dia juga merupakan

seorang yang sangat cintakan ilmu dan para ulama dan hal ini terbukti dengan kekerapannya

menghadiri majlis-majlis ilmu yang dikendalikan oleh para ulama. Dan ternyata malahan

malahan lebih dari itu lagi sehinggakan beliau kerap pula membiayai majlis-majlis seumpama

itu pada kadar semampunya. Dan lantas kesudahan akhirnya beliau meninggal dunia

ketikamana Imam Ghazali masih kecil iaitu semasa beliau berumur kira-kira enam tahun.

42
Selepas dari meninggal ayahandanya, maka penjagaan dan pendidikan Imam Ghazali

serta adiknya telah diwasiatkan pemeliharaan dan penjagaannya kepada seorang sahabat

kepada ayahandanya yangmana beliau adalah seorang sufi yang salih. Dibesarkan Imam

Ghazali dan telah dimasukkan ke salah sebuah sekolah agama di Bandar Tus bagi

mempelajari ilmu fiqh daripada Syeikh Ahmad Al-Radhakani. Syeikh Ahmad adalah salah

seorang dari fuqaha terkenal di bandar tersebut.

Namun kemudiannya beliau berhijrah ke Jurjan untuk mendalami ilmu fiqh. Di sana

beliau berguru pula dengan salah seorang ulama bernama Imam Abu Qasim Ismail bin

Mas'adah Isma'iliy. Maka bermula dari guru tersebut beliau mempelajari apa yang dinamakan

sebagai Al-Ta 'liqah iaitu catatan-catatan semacam buku yang mengandungi pelbagai nukilan

dan mudhakkirat berhubung dengan pelbagai furuk atau permasalahan-permasalahan kecil

dalam ilmu Fiqh Shafi 'iyyah. Selang beberapa lama, maka beliau kemudian kembali semula

ke Tus dan menetap selama kurang lebih tiga tahun bagi menguasai segala yang dipelajari di

Jurjan. Lantas seterusnya dalam proses pencarian ilmu, Imam Ghazali telah berhijrah pula ke

Naysabur iaitu bandar yang paling besar di wilayah Khurasan pada waktu itu.

Maka sepanjang beliau berada di Naysabur, beliau berguru dengan seorang tokoh ilmu

Kalam Ash'ariyyah yang terkenal iaitu 'Abdu Ma'ali Juwayni terkenal dengan gelaran Imam

Haramain. Dalam tempoh berada di Naysabur Imam Ghazali telah belajar bersungguh-

sungguh sehingga beliau mahir dalam pelbagai bidang ilmu, seperti ilmu Fiqh Mazhab

Syafi'e, Ilmu Khilaf, Jidal, Usul Al-Din, Usul Al-Fiqh, Mantiq, Hikmah dan Falsafah. Imam

43
Ghazali didapati terus-menerus mendampingi gurunya sehinggakan Imam Haramain

meninggal dunia pada tahun 478H/1084M.

Setelah kematian Imam Haramain menyebabkan Imam Ghazali r.h pergi berangkat

meninggalkan Naysabur bergerak ke Ma`askar atas jemputan majlis-majlis ilmua terdiri dari

kalangan pimpinan menteri di ketuai menteri Nizam Al-Muluk yang berada dibawah naungan

Sultan Malik Shah Al-Saljuqi. Pada zaman tersebut para ulamak disitu mengiktiraf keparan

bidang yang dimiliki oleh Imam Gazali dan akhirnya dilantik sebagai guru di Madrasah

Nizamiyyah di Baghdad pada tahun 484H ketika usia beliau 34 tahun sehingga puncak

keilmuan beliau terserlah dan menonjol pada waktu itu.

Sambutan terhadap pengajian beliau pada masa itu mendapat perhatian hebat

sehinggakan turut dihadiri dari kalangan ulamak-ulamak terkemuka sehingga menjangkau

kehadiran seramai 400 orang seperti, Ibnu `Aqil, Abu Khattab dan ulamak-ulamak lain.

Suasana tersebut dinyatakan oleh Ibnu `Asahir bahawa kedudukan penghormatan negara dan

masyarakat terhadap Imam Ghazali r.h di Baghdad pada waktu itu adalah lebih tinggi

mengatasi penghormatan terhadap para pembesar negeri dan raja-raja mereka. Suasana

tersebut diungkapkan oleh Ibnu Isma'il Farisi dengan katanya: “Sesungguhnya semua orang

akan menjadi terpegun dengan pengajaran serta pandangan-pandangan idea sehinggakan

beliau layak digelar Imam Al-Iraq sewaktu berkhidmat di Negeri Khurasan.

Bermula dari saat gaya penghayatan ilmu tasawuf Imam Ghazali r.h yang menyingkap

keperibadian beliau sebagai lambang kehebatan serta kemuncak aliran ilmu tasawuf dan

44
menjadi benteng utama kekuatan ilmu tasawuf aliran semenjak dari masa itu. Maka keadaan

menjadi semakin jelaslah bahawa ilmu tasawuf berupa amalan dan pegangan ilmu tasawuf

kukuh sebagai dan pecahan asas-asas terdiri akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Penekanan

keutamaan pendidikan Islam oleh Imam Ghazali r.h adalah bentuk pemulihan akhlak dalam

bentuk amali agar menjamin seseorang individu meningkat dan terus menaik ke tahap

kesempurnaan seorang insan dan berpeluang menjadi sebagai hamba Allah yang soleh.

Hasil keberkesanan yang dibawa oleh Imam Ghazali r.h berjaya menghasilkan para

pengikut aliran tasawuf bersadarkan amalan dan pegangan berlandaskan kepada pegangan

dengan Al-Qur`aan Al-Kareem dan hadis Nabi s.a.w disusuli ucapan para sahabat nabi dan

para tabiin. Keberkesanan pendidikan beliau memperlihatkan jelas apabila beliau membuat

pengakuan dan mengisyaratkan kecenderungan terhadap aktiviti atau amalan utama dari

golongan sufi iaitu sifat senantiasa berusaha mengatasi halangan-halangan nafsu dan

membentengi diri dengan sifat bermujahadah atau kesungguhan dengan tekun dalam

membersihkan diri daripada unsur-unsur akhlak dan sifat tercela dalam Islam. Akhirnya

individu mampu mengosongkan hatinya daripada segala sesuatu selain Allah S.W.T

disamping menghiaskan Al-Qolb iaitu hati tersebut dengan memperbanyakkan zikir kepada

Allah.

Menurut pandangan Imam Ghazali r.h hubungan yang rapat dengan tradisi kerohanian

adalah hasil kemunculan tokoh-tokoh sufi seperti Harith Muhasibi, Abu Talib Makki dan

Junayd Baghdadi. Setelah itu, hasil kajian dan pembacaan menjadikan pegangan kukuh

terhadap tokoh-tokoh sufi tersebut jelas nyata dikuasai oleh unsur-unsur mementingkan aspek

45
kejiwaan manusia serta cara gaya mempertingkatkan akhlak mulia dalam diri seseorang

menuju arah jiwa yang lebih sempurna dan lebih bernilai penghampiran dirinya di sisi Allah

SWT dengan pelbagai amalan dan ibadah.

Telah dinayatakan dalam Ihya' Ulumuddin bahawa Imam Ghazali r.h menggambarkan

peranan ilmu tasawuf sunni sehinggakan para alim ulamak mengaguminya dan

menganggapnya sebagai sebuah kitab yang amat besar peranan dan manfaatnya dalam

memberikan arah kerohanian umat Islam sebenar. Lantaran itu, dari kalangan mereka seperti,

Hafiz Imam Faqih Abu Fadl 'Iraqi berkata: “Bahawa sesungguhnya kitab Ihya' adalah

tergolong karya Islam utama dalam memberikan pengetahuan berkenaan halal dan haram

selain ilmu-ilmu zahir dan batin. Manakala menurut Imam Nawawi r.h berpendapat bahawa:

“Hampir-hampir kemuliaan kitab Ihya' itu menjadi Al-Quran”. Manakala Syeikh 'Abdullah

Al-Idrus memberikan beberapa sudut pandangan beliau mengenai Imam Ghazali r.h dengan

menyatakan bahawasanya: “Tidak ada jalan dan manhaj bagi kita selain Al-Kitab dan Sunnah.

Namun kesemuanya itu telah pun dihuraikan oleh Hujjatu Islam Ghazali di dalam kitab-

kitabnya. Manakala Ihya 'Ulum Al-Din merupakan gambaran daripada huraian terhadap Al-

Kitab Al-Sunnah dan Al-Tariqah”.

Memandang terhadap kandungan kitab Ihya' menggambarkan bahawa Imam Ghazali

r.h seolah-olah menjelaskan perjalanan seseorang sufi ke arah peningkatan unsur akhlak

menerusi mujahadah Al-Nafs iaitu kesungguhan terhadap diri melawan hawa nafsu serta

pengambilalihan oleh unsur akhlak terpuji dari akhlak dikeji dan terkeji. Maka sehingga

akhirnya mampu menyampaikan seseorang itu mengenal Tuhannya ke tahap mengenal Allah

46
iaitu mengenal jalan kehidupan ini dengan jalan mengenal Allah sebagai Yang Maha Pencipta

lagi Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. Tambahan pula, hal ini diperkukuh lagi dengan cara

pendekatan yang dibuat oleh Imam Ghazali r.h berdasarkan tulisannya adalah memulakan

setiap pembicaraan dengan menyebut-nyebut ayat-ayat suci Al-Qur`aan Al-Kareem, hadis

Nabi, athar dari sahabat, tabiin serta akhbar daripada kalangan orang-orang soleh.

Oleh yang demikian maka tidak hairanlah bahawa isi kandungan Ihya` itu

memperlihatkan secara jelas adunan rapi antara unsur akidah, fiqh dan tasawuf berdasarkan

perincian rukun-rukun, syarat-syarat dan adab-adab yang perlu dituruti dan dipatuhi dalam

bentuk adab-adabnya yang mulia dan tersusun rapi. Lantaran sudut gambaran pandangan

Imam Malik r.h menyatakan bahawa: “Mereka yang mempelajari fiqh dan mengetepikan

tasawuf adalah fasiq, sesiapa yang mempelajari tasawuf sehingga mengetepikan fiqh pula

adalah zindiq, dan sesiapa yang menghampirkan kedua-duanya dianggap kebenaran berjaya

direalisasikan secara sempurna”.

Penggabungan antara aspek fiqh dan tasawuf, dapatlah disimpulkan bahawa bidang

ilmu tasawuf anutan Imam Ghazali dikuasai oleh tunjang unsur-unsur yang bersifat

keperibadian baginda Rasulillah SAW. Dalam sepanjang perjalanan laluan ilmu tersebut

seterusnya mencerminkan kewibawaan diri beliau sebagai seorang pendokong aliran tasawuf

yang kuat lagi handal. Kekuatan keilmuan beliau mencakupi bidang syariat Islam ditambah

aliran akidah dan fiqh beliau jelas serta bernaung di bawah mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah

panduan dari Al-Ash'iroh dari sudut akidah, manakala dalam fiqh pula, jelas mengikut

Mazhab Syafi'e.

47
Kewibawaan Imam Ghazali r.h ternyata berjaya memberi satu definisi akhlak yang

mantap dan mengukuhkan. Manakala dalam ilmu mantik klasik mengambil istilah Jamik`

iaitu merangkumkan semua sudut berkenaan dengan subjek yang ditakrifkan, dan istilah

Manik' iaitu mengetepikan semua sudut yang tidak berkenaan dengan perkara yang

ditakrifkan. Terdapat definisi yang dirumus sukar untuk dicabar dan disangkal oleh sesiapa

pun jua. Namun selanjutnya Imam Ghazali r.h berusaha menjelaskan kesempurnaan akhlak

yang baik atau mulia. Oleh kerana sebab persoalan akhlak merupakan persoalan batin, maka

pembicaraan dan analisis Imam Ghazali r.h sudah berjaya memasuki bidang psikologi

kerohanian yang cukup mendalam bagi memudahkan pemahaman yangmana akhirnya beliau

membuat Tamsil iaitu contoh perbandingan dengan aspek zahir diri manusia.

Dan menurut beliau lagi, keelokan dan keindahan gambaran zahir manusia tidak akan

sempurna secara mutlak tanpa gabungan beberapa aspek. Contohnya melihat pada gambaran

muka yang tidak akan kelihatan cantik dan sempurna hanya disebabkan kecantikan sepasang

biji mata sahaja. Walaupun sedangkan keadaan aspek anggota lain seperti hidung, mulut serta

pipi cacat dan hodoh. Begitu juga perihalnya keadaan batin manusia tersebut. Ia memerlukan

gabungan beberapa elemen untuk berupaya mempamerkan keindahan dan kecantikan hati.

Dalam memandang aspek batin yang indah serta cantik itulah nantinya akan melahirkan

perlakuan akhlak yang baik dan mulia.

Terdiri dari empat kekuatan diri manusia yang menentukan kesempurnaan akhlaknya

iaitu yang pertama iaitu Kekuatan Daya Ilmu, kedua iaitu Kekuatan Daya Marah, ketiga pula

48
iaitu Kekuatan Daya Syahwat, dan yang terakhir iaitu Kekuatan Daya Keadilan. Seterusnya

dijelaskan oleh Imam Ghazali lagi, iaitu apabila keseluruhan rukun-rukun tersebut berada

dalam keadaan baik maka elemen keadilan dapat melaksanakan daya kekuatan terhadap

ketiga-tiga elemen yang lain. Maka akhirnya nanti terhasillah pameran dan paparan perlakuan

akhlak yang baik, mulia serta mulia pada diri seseorang. Beliau menjelaskan lagi dalam

ktabnya bahawa: “Adapun bermula kekuatan ilmu, maka kebaikan dan kesesuaian serta

kewajarannya berada pada keadaan kekuatan ilmu tersebut memudahkannya serta boleh

membezakan antara kebenaran dan kedustaan pertuturan dan membuat perbezaan

perbandingan antara hak dan yang batil dalam sudut akidah dalam perlakuan seseorang”.

Melalui daya kekuatan ilmu yang baik dan sejahtera mampu menghasilkan tindakan

berhikmah serta kebijaksanaan membawa kepada pangkal utama kepada perlakuan akhlak

yang baik dan terpuji. Dan hikmah sebegini terungkap sepertimana dalam Surah Al-Baqarah

pada ayat ke 269 dan maksudnya: “Katakanlah wahai Muhammad! Hanya Allah SWT

sahajalah yang memberikan hikmah kebijaksanaan ilmu yang berguna kepada sesiapa yang

dikehendaki-Nya menurut aturan yang ditentukan-Nya. Dan sesiapa diberikan hikmah itu,

maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang sangat banyak”.

Selain itu, kekuatan marah dapat dirasakan kebaikan apabila keadaan diri menjadikan

suasana tertekan kepada suasana lapang. OLeh itu, kedua-dua sifat tersebut mestilah

diperlakukan mengikut had dan kadar kebijaksanaannya masing-masing. Demikianlah pula

halnya berlaku pada kekuatan syahwat di mana kebaikan dan kewajarannya berlaku apabila

berada di bawah panduan hikmah lagi harmoni yangmana berada di bawah panduan akal dan

49
syarak yang sempurna. Hal sebegini akan menjadi bertambah baik apabila kekuatan keadilan

menjadi suatu usaha penyesuaian antara sifat syahwat dan sifat marah. Maka dalam

perbicaraan tentang definisi akhlak bahawa beliau juga memperincikan dengan menyebut

peranan akal dan syarak dan kedua-duanya merupakan piawaian sebenar dalam mengukur

kebaikan dan keburukan akhlak seseorang itu.

Menurut ukuran penilaian syarak dan akal akan menghasilkan kategori akhlak yang

baik dan begitulah sekiranya keburukan yang dikategorikan punca bertambah keji dan hina.

Namun begitu individu muslim tetap akan berusaha mencapai serta mengembangkan sistem

akhlak Islam. Maka dengan itu sebagai rumusan bahawa keseluruhan sistem tersebut

diasaskan atas dua tabiat semulajadi manusia iaitu Karektor Ilahi dan Karektor Kemanusiaan.

Menurut perinciannya iaitu Karektor Ilahi ialah sistem atau perlakuan yang dikehendaki oleh

Allah S.W.T dan manakala perlakuan tersebut wajib diikuti oleh manusia mengikut cara

khusus sepertimana yang diperintahkan oleh Allah SWT selain dijelaskan oleh baginda

Rasulillah s.a.w melalui perintah dan peringatannya.

Manakala karektor kedua iaitu Karektor Kemanusiaan merujuk kepada sistem umum

yang tidak ditentukan perinciannya oleh wahyu Ilahi. Dan menurut sumber asal Al-Qur`aan

hanya mengungkapkan dasar-dasar umum sistem supaya manusia mampu untuk manusia itu

memerhati dan mengamati kehidupan seharian bersesuaian dengan kehidupannya.

Kepelbagaian kedudukan lalu terkelompok dalam karektor kemanusiaan adalah hal-hal

berkaitan sistem politik dalam kehidupan yangmana wahyu Ilahi tidak datang dalam bentuk

50
yang perincian tentang sistem politik. Maka dengan itu sesebuah negara bergantung

sumbangan kesungguhan dan ijtihad akal manusia.

Mereka perlu mengatur perjalanan kerja-kerja amali harian kerajaan berdasarkan ciri

umum yang telah ditetapkan oleh wahyu Ilahi dan bergabung untuk memberikan perspektif

kepada keseluruhan sistem akhlak dalam Islam. Dan perjalanan kajian beliau kefahaman

bahawa sistem akhlak Islam itu cukup luas ibarat seluas kehidupan manusia itu sendiri. Dan

dalam perkara ini tidak ada satu ruang kosong pun yang tidak dijejaki oleh sistem nilai yang

diberikan oleh sistem akhlak Islam kerana terkandung secara terperinci dalam wahyu Ilahi

yang bakal ditampung oleh akal manusia dan beroperasi menerusi satu institusi khusus yang

dinamakan dengan ijtihad dalam urusan kehidupan manusia itu sendiri.

Berlaku pelbagai perkara yang menyimpang dari perlakuan pembersihan diri

seseorang manusia dalam keadaan akal manusia itu sendiri dapat menguasai dirinya

sedangkan perangai atau makhluk yang tidak berakal pun boleh diubah. Oleh itu, masakan

pula binatang boleh berubah daripada keadaan liar menjadi jinak, atau anjing berubah dari

buas menjadi terlatih dan pula kuda berubah daripada keadaan liar dan sukar untuk

ditunggang menjadi senang dikawal dan dilatih mengikut arahan dan perintah. Maka

sekiranya diamati sudah tentu akhlak manusia boleh diubah dan dibentuk menjadi baik lagi

mulia.

Jika seseorang yang jahat tidak semestinya akan terus menjadi jahat sepanjang

kehidupannya sudah tentu dengan menjadikan dalil agama dan logik akal bagi memperkukuh

51
keyakinan dalam ilmu pendidikan beliau sewajarnya dikagumi. Jelas secara logiknya,

kalaulah seekor binatang buas boleh dijinakkan dengan program latihan, maka manusia

berakal sudah tentu boleh diubah dan dibentuk perangai atau sifatnya dan begitulah saranan

oleh Imam Ghazali r.h mampu membentuk akhlak melalui Mujahadah yang bermaksud

kesungguhan melawan nafsu bagaikan satu jihad dan Riyadah iaitu praktikal dan latihan.

Dalam erti kata lain, kerangka besar terhadap setiap pelan bertindak usaha pembentukan

akhlak mesti diisi penuh dengan penambahan kegiatan kesungguhan dan praktikal semakin

kian berfungsi sebagai modus operandi bagi menjejaki masalah agar dapat diatasi dengan

segera.

Maka Imam Ghazali r.h berkata didalam Ihya': “Adapun orang yang mahu dirinya

menjadi seorang berakhlak pemurah, maka caranya adalah bahawa dia memaksakan dirinya

melakukan perbuatan pemurah iaitu perbuatan membelanjakan harta. Seseorang itu perlu

sentiasa terus menggesa dirinya dan bersungguh-sungguh bertekun melakukannya secara

paksaan dan bermujahadah dengan dirinya dalam melakukan perkara tersebut iaitu perbuatan

membelanjakan harta, sehingga perkara tersebut menjadi tabiat dirinya serta mudah untuk

dilakukan olehnya”.

Pendidikan melalui ketekunan dalam membuat seberapa banyak kebaikan dan

kebajikan dan akhirnya dengan itu dia akan menjadi seorang yang berjiwa pemurah.

Demikianlah pula yang berlaku kepada seorang itu mahu menjadikan dirinya sebagai seorang

yang tawaduk sedangkan sifat takabbur menguasai diri. Oleh itu, antara cara iaitu perlu

sentiasa tekun melakukan perbuatan golongan tawaduk dalam jangka masa tempoh yang agak

52
lama lagi masa yang panjang. Sepanjang tempoh tersebut, bermujahadah dengan memaksa

diri sehingga sifat tawaduk itu menjadi tabiat dan suatu akhlak yang digemarinya. Kesemua

akhlak-akhlak terpuji dari segi syarak boleh dicapai menerusi cara ini dan menjadikan

perbuatan yang muncul daripada seseorang itu dapat dirasakan dengan kelazatan dan

kemanisannya melalui amal kebajikan untuk dirinya. Oleh itu lahirlah kelazatan dengan

perbelanjaan harta dan bukannya membelanjakan harta dalam keadaan dia berasa benci.

Menurut keseluruhan pandangan Imam Ghazali r.h tentang pembentukan akhlak mulia

dikenalpasti mampu memberi tumpuan nilai akhlak yang hendak dibentuk dan akhirnya

membawa kepada kemanisan dan kelazatan iman dalam mentaati perintah Allah SWT.

Proses kesungguhan dan praktikal perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan

penuh semangat. Dan proses pertama akan tersingkap kebaikan-kebaikan dalam saranan-

saranan Al-Qur`aan dan Sunnah atas keyakinan yang bertambah. Namun perkara umum dapat

disesuaikan dengan tuntutan waktu dan tempat secara ibadah. Hal ini menunjukkan jelas

bahawa beliau menggunakan Al-Qur`aan Al-Kareem dan Sunnah sebagai teras dalam

pemikiran dan kerjaya keilmuan beliau. Imam Ghazali r.h tidak pernah sekali-kali terpalit

dengan idea-idea asing lantas meninggalkan tunjang utama kewajipan asas kepada setiap

muslim walau dalam apa jua kerjaya yang diceburi. Pendekatan sebegini dipegang dan

ditunjukkan oleh tokoh besar tersebut menjadikan model ikutan seluruh masyarakat Islam

dunia agar berterusan kekal sebagai umat yang berjaya, bermaruah tinggi dan beradab mulia.

III. Penghinaan Terhadap Ilmu Tasawwuf

53
Perkembangan dunia ilmu khususnya ilmu tasawuf adalah sesuatu yang tinggi dalam

dunia Islam masakini. Melalui pendekatan interpretasi dan adaptasi dilakukan oleh para

penulis Jurnal Penyelidikan Islam Jakim iaitu bermula penulisan pada tahun 2006 agak

memberi gambaran negatif pada ilmu dan dunia tasawuf walaupun pekembangan ilmunya

berada dalam keadaan ketamadunan Islam yang semakin meningkat pesat. Namun bagi

penulis Abdul Fatah Haron Ibrahim 2006, menyatakan bahawa Imam Ghazali tidak

sepatutnya diberikan penghormatan atau diberikan penghormatan tinggi dengan sebab

memberikan penghormatan selepas kewafatan Muhammad SAW masih boleh ditukar ganti

dan boleh diwarisi ke atas Imam Ghazali r.h.

Maka adalah suatu penghinaan terhadap Imam Ghazali dengan memandang rendah

terhadap beliau dengan sebab seolah-olah kenyataan atau kewibawan Imam Ghazali itu

membawa kepada syirik, mistik dan seolah-olah telah berlaku perbuatan khurafat di kalangan

manusia yang berlaku taksub kepada beliau. Penghinaan demi penghinaan sebegini sudah

lama bermula dan dilakukan khusus dari pengaruh salafi wahhabi bagi memerangi gejala

perlakuan syirik dalam masyarakat Islam walhal tidak berlaku sama sekali.

Rentetan bermula dari penentangan atas fahaman Wahdat Al-Wujuud yang memberi

erti “Allah SWT ialah segala-gala dari yang wujud”. Oleh yang demikian ahli hakikat yang

tergolong dari kalangan ahli tasawuf dan ahli hakikat mendapat gelaran aliran hulul atau

Wahdat Al-Wujuud. Asas permulaan aliran ini adalah dengan mengutamakan sifat Ihsan,

yangmana mereka mengatakan bahawa alam ini terbit daripada Allah SWT seperti cahaya

matahari terbit daripada matahari. Oleh yang demikian tuduhan dan lemparan fitnah terhadap

54
ilmu tasawuf dan Imam Ghazali r.h adalah tuduhan fitnah yang sengaja direka. Terdapat juga

tuduhan mengatakan bahawa wujud tanggapan fahaman berkenaan menganggap ilmu

tasawwuf sebagai ilmu yang menghayalkan yang diambil dari yunani.

Terdapat pandangan lain mengaitkan dengan amalan ritual fahaman syiah ini

merupakan suatu penghinaan yang akhir-akhir ini terang-terangan berlaku dan disebarkan

dalam masyarakat agar masyarakat meninggalkan amalan yang berkaitan ilmu tasawwuf dan

supaya ilmu tersebut tidak lagi diamalkan dan menjadi sumber kebudayaan yang baik dalam

masyarakat. Akhirnya penghinaan sebegini merendah-rendahkan maruah jatidiri dan

keperibadian akhlak yang unggul lagi mulia. Namun secara tidak langsung penghinaan

terhadap ilmu tasawwuf membuka kebejatan akhlak manusia ke arah untuk mencapai

keredhaan Allah dan melanggar batasan perihal beradab sesama manusia.

IV. Sifat Permusuhan Yang Bertentangan Islam

Pengkaji memandang ulasan oleh Abdul Fatah Haron Ibrahim 2006 adalah berupa

andaian yang menglirukan masyarakat kerana pandangan persepsi berbeza sehingga sifat

mendatangkan permusuhan terhadap para alim ulamak tasawwuf khususnya Imam Ghazali r.h

dan sepatutnya tidak diberikan penghormatan dan tidak sepatutnya diberikan nilai atau

mendapat sanjungan pujian dari kalangan para alim ulamak lain. Namun apa yang dinyatakan

oleh Abdul Fatah Haron Ibrahim menyatakan pembahagian empat bahagian asas bagi ilmu

tasawuf dan pembahagian tersebut adalah seperti Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat.

Lemparan tuduhan mengatakan bahawa ilmu tasawuf sebagai sempit jelas mengisyaratkan

55
bahawa dengan tasawuf menjadi penyebab faktor kelemahan serta kemunduran sesebuah

masyarakat dan negara. Fenomena asal kepada timbulnya tasawuf dalam Islam ialah

kedapatan golongan yang seringkali tekun melakukan amal ibadat lantas zuhud serta tidak

mengabdikan diri kepada kesenangan dunia, kemewahan atau kebendaan duniawi semata.

Kalangan mereka yang sebegini digelar dengan gelaran orang tasawuf. Mereka juga digelar

dengan gelaran “Sufism” iaitu mereka yang berfahaman sufi. Dan gelaran lain mereka yang

menggelarkan tasawuf itu dengan gelaran “mysticism” iaitu mistik atau fahaman mistik

terhadap sesuatu pengaruh ilmu yang pelik lagi aneh.

Terdapat kelompok yang diberi nama diri mereka sebagai ahli hakikat dan orang yang

mengikut hukum fiqh sah batal maka itulah dinamakan orang syariat. Mereka menjelaskan

bahaya ke atas selain ahli hakikat bagi mereka yang beramal dengan amalan syariat cara

tasawuf bagi orang tasawuf tidak cukup amalan syariat dengan menyempurnakan

kesempurnaan rukun, syarat sah dan batal akan tetapi namun apa yang mahukan adalah

hikmat dan isi batin di sebalik amalan tersebut. Menurut pandangan Abdul Fatah Haron

Ibrahim telah dijelaskan dengan terperinci dalam tulisan jurnalnya bahawa sikap seperti ini

jika kurang hati-hati terhadap bahayanya iaitu:

i) Pertama: Ibadah yang tidak dilakukan dalam hati akan hikmat bagi menyingkap rahsia isi

batin ibadat itu, pada pandangan orang sufi, isi sembahyang atau ibadat seseorang itu

hanyalah terlihat pada kulit sahaja tanpa ada apa-apa isi atau hikmat dan lalu ianya dianggap

sebagai ibadat seseorang itu sia-sia semata.

56
ii) Kedua: Ibadah yang dilakukan dalam hati akan hikmat dan rahsia isi batin dikhuatiri tidak

setakat mengikuti apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali r.h tetapi boleh terjebak ke dalam

ajaran Batiniyyah lalu mengatakan: “setiap amalan syariat itu ada zahir dan ada batin". Pada

zahirnya atau kulitnya iaitu hanya pada luaran sahaja sedangkan batin itu isi iaitu hanya pada

dalaman atau hati sahaja. Namun sekiranya mampu mendapatkan kulitnya maka isi sudah

menjadi tidak berguna.

Menurut Abdul Fatah Haron Ibrahim lagi bahawa ajaran Syiah Batiniyah membawa

pengaruh dan kesan ke dalam ajaran tasawuf. Tujuan mereka kata zahir itu kulit dan batin itu

isi dan meramalkan jika dapat pada isinya maka kulit tidak berguna ialah kerana hendak

dibuang syariat seperti sembahyang dengan kata-kata mereka iaitu berpadalah sembahyang itu

dengan ingat di hati tanpa perlu kepada rukuk dan sujud. Dengan hanya tanpa memenuhi akan

rukun-rukun syarat sah dan perkara membatalkan sembahyang. Oleh kerana ini, maka

sembahyang hakikat pada namanya. Mereka yang berpendapat contohnya seperti kata

batiniyyah iaitu sembahyang mempunyai rupa ( I ). Dan ( r ) seperti kepala. Dan ( r ) itu

seperti bahu. Dan kedudukan badan akan menegak atau itu seperti ( r ). Maka apabila berada

dalam keadaan posisi sujud atau duduk itu seperti ( z ). Maka dengan ini, pandangan

batiniyyah di negara ini. Oleh itu kita tidak perlu lagi melakukan sembahyang kerana diri kita

sendiri adalah atas rupa yang barangkali pengarangnya tidak ada maklumat tentang ajaran

Syiah Isma'iliyah Batiniyah. Dan kenyataan ini adalah hasil karangan karya sebuah kitab

terjemahan yang dilakukan di Makkah dalam tahun 1312H mengenai ilmu tasawuf dalam bab

Targhib Tarhib iaitu menakutkan seksaan Allah SWT dan menggemarkan taat kepadaNya.

57
iii) Ketiga: Dari kalangan golongan ahli hakikat merasakan angkuh dan melebihi dirinya

dalam masyarakat dengan merasakan: “Akulah orang hakikat sedangkan engkau hanya orang

syariat sahaja”. Adapun berlaku kelainan fahaman di antara mereka.

a) Pendapat yang mengatakan: “Sesiapa berfekah sahaja tidak bertasawuf, dia itu

fasik. Sesiapa yang bertasawuf sahaja tidak berfekah maka dia itu zindik. Dan sesiapa yang

mengamalkan kedua-duanya barulah betul dan benar”.

b) Pendapat yang mengatakan bahawa fekah itu seperti kulit dan tempurung kelapa.

Manakala tasawuf itu seperti isi dan santan kelapa. Maka apa yang diperlukan adalah isi dan

santan, manakala kulit dan tempurungnya dibuang. Oleh yang demikian kedudukan

sebenarnya adalah hikmat atau rahsia batin amalan syariat seperti yang dikehendaki oleh

orang tasawuf. Perkara tersebut adalah baik tetapi bahayanya juga terbukti di atas iaitu orang

yang sudah tidak boleh membezakan di antara hikmah atau rahsia batin sama ada benar atau

salah. Sedangkan kalau tidak tahu rahsia batin pun dikira sebagai tidak mengapa dan amalan

mereka dikira sah. Oleh sebab itu, maka Allah SWT tidak mentaklifkan lebih daripada apa

yang manusia semampunya melakukan.

Pada zaman Rasulullah SAW seluruh bangsa arab memeluk Islam yang

kebanyakannya adalah orang badawi yang hidup secara berhijrah dan berpindah-randah tidak

menetap di satu tempat. Sebab itu tidak ada peluang bagi mereka untuk meningkatkan cara

berfikir dengan waras dan kematangan. Maka setelah mereka memeluk Islam dari Rasulullah

SAW dan namun baginda tidak pemah mengajar apa pun kepada mereka hikmah atau rahsia

batin di sebalik amal ibadat zahir yang mereka lakukan.

58
Menurut pandangan oleh Ibnu Hazm (1064M) amal ibadah sepertimana yang

disyariatkan tidak akan menjadi aman dari tekanan ahli hakikat dan tipu daya fahaman

batiniyah walaupun mengatakan bahawa setiap amalan zahir itu adalah batin. Maka zahir

amalan itu adalah pada kulitnya dan batin amalan iaitu mementingkan hati semata dan tidak

mementingkan pada kulit atau luaran. Oleh sebab yang demikian, maka mereka yang amat

sensitif dengan doktrin zahir dan batin sepertimana Ibnu Hazm berpendapat: “Ketahuilah

bahawa agama Allah SWT itu zahir semata-mata dan tiada batin dan terang semata-mata tiada

rahsia. Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW tidak menyembunyikan syariat walaupun satu

perkataan apa lagi kalau lebih banyak dari itu. Oleh sebab itu juga, Rasulullah tidak sekali-

kali mengajarkan orang tertentu seperti isteri, sepupu perempuan atau lelaki dan lantas

menyembunyikannya.

Dan menurut Abdul Fatah Haron Ibrahim lagi bahawa sekiranya Rasulullah SAW

menyembunyikan sesuatu bukanlah dia bersifat tabligh iaitu bersifat menyampaikan dakwah

sebagaimana disuruh Allah SWT. Maka sesiapa mengatakan demikian maka dia itu kafir.

Maka dalam hal ini penulis merasa tulisan tersebut adalah sangkaan bukur yang tidak patut

dinukilkan walaupun sifatnya adalah mengekang dan menafikan daripada ianya sebenarnya

tidak akan berlaku.

Dan apabila disebut zahir atau batin menurut Abdul Fatah Haron Ibrahim oleh sebab

itu pandangan tersebut tidak boleh dipisahkan dengan kepercayaan syiah. Mereka percaya

bahawa Rasulullah mengajar ilmu zahir dan ilmu batin kepada Ali seorang sahaja. Menurut

59
fahaman syiah lagi bahawa ajaran batin itu berdasarkan hadith Nabi Muhammad SAW.

Dengan ini tidak hairan jika didapati ada pengaruh syiah dalam tasawuf menurutnya lagi.

Maka dalam ilmu tarekat bagi orang tasawuf sentiasa menganggap diri mereka istimewa

dengan gelaran ahli hakikat. Lantas dalam pandangan mereka beranggapan bahawa jalan

kepada hakikat itu adalah tarekat. Perkataan tarekat itu bererti jalan sebagai panduan dalam

melakukan amal ibadat hanya berpandukan kepada segala apa yang disampaikan oleh

Rasulullah SAW secara tidak langsung dan perkara ini sudah berada dalam panduan syariat

Islam.

Namun begitu, mereka sudah lebih berada dalam kedudukan teratas dari syariat dan

kebiasaannya bilamana disebut tarekat tasawuf maka ia adalah berbentuk amalan-amalan zikir

dan wirid yang dibaca sekian banyak menurut arahan guru dan mursyid masing-masing dari

kalangan mereka yang sealiran. Maka tidak hairanlah bahawa salasilah tareqat ini tidaklah

muncul serentak dengan kelahiran sesebuah tareqat itu. Menurut Abdul Fatah Haron Ibrahim

bahawa keadaan salasilah tarekat ini muncul terkemudian iaitu setelah ahli tasawuf merasa

akan kelemahan mereka sendiri. Pengaruh amalan tarekat memerlukan kepada sanad atau

kaedah berantaian antara guru-guru mereka yang terdahulu agar mendapat kepercayaan

daripada murid-murid tasawuf serta mendapat kepercayaan terbuka kepada orang ramai.

Selain itu, terdapat dakwaan dikatakan dengan pandangan: “Tarekat kami adalah yang

benar kerana munculnya dengan wasilah atau pertalian antara secara terus melalui empat

orang wali teragung iaitu Saidina Ali bin Abu Talib dengan wasilah Kamil bin Ziad, Hussain

bin Ali dengan wasilah Ibrahim bin Adham, Ja'far Sadiq dengan wasilah Abu Yazid Bistami

dan 'Ali bin Musa dengan wasilah Ma'ruf Al-Karakhi” dan ia secara langsung menurut

60
fahaman pengaruh salafi wahhabi bahawa perkara sebegini adalah kesesatan syirik yang nyata

sedang berlaku.

Menurut keterangan dari Abdul Fatah Haron Ibrahim menjelaskan bahawa Abu Yazid

Al-Bistami yang meninggal dunia pada tahun 261H/874M tidak berkesempatan menemui

Ja'far Sadiq yang meninggal pada tahun 148H/765M. Maka kedudukan Tareqat Naqsyabandi

di Malaysia mendakwa bahawa mereka memiliki salasilah tareqat mereka sampai kepada

Nabi Muhammad SAW melalui Saidina Abu Bakar hingga kepada Muhammad Amin Al-

Kurdi. Beliau adalah seorang penulis buku berjudul “Tanwir”. Beliau juga mempunyai

puluhan atau ratusan tareqat tasawuf di dunia Islam sepanjang zaman.

Mereka kesemuanya mendakwa bahawa amalan tareqat masing-masing itu semuanya

ada sanad atau salasilah sampai kepada Rasulullah. Walaupun berlaku perselisihan antara

mereka namun tidaklah seperti yang berlaku dalam permasalahan fekah. Masalah sering

berlaku pertikaian sama ada kesahihan atau rajih marjuh, satu qaul dengan yang lain

melibatkan satu-satu mazhab dengan yang lain. Namun dalam amalan ilmu tareqat tasawuf

tidak berlaku seperti itu.

Menurut Abdul Fatah Haron Ibrahim lagi, di antara tokoh sufi di Mesir iaitu Imam

Abdul Halim Mahmud menjelaskan bahawa kesemua tareqat diterima dari Rasulullah SAW

sama ada pada waktu berjaga atau mimpi. Ini bererti Rasulullah SAW sendiri hadir untuk

mengajar wirid atau zikir tarekat itu kepada syeikh-syeikh mereka masing-masing. Sebanyak

ratusan tarekat tasawuf di dunia beranggapan mungkin ada lagi yang akan muncul dan amalan

tareqat antara mereka berbeza sama ada baik amalan zikir dan kaedah mereka berzikir.

61
Namun mereka percaya bahawa Rasulullah sendiri mengajar tarekat itu sama ada pada waktu

berjaga atau mimpi dengan kaedah ajaran yang berbeza antara satu dengan yang lain.

Tambahan lagi menurut pandangan Aizam Masod juga beranggapan bahawa menurut kaum

sufi yangmana Rasulullah itu tidak wafat. Selain itu beliau juag beranggapan itulah metode

zauq atau perasaan semata dan bukanlah berpandukan akal yang sedar, sihat dan dalam

keadaan rasional. Oleh sebab itulah ajaran berkenaan dengan tarekat tasawuf itu ditolak

menurutnya.

Ilmu tasawuf terus menerus difitnah dan diburukkan dengan sebab bimbingan seorang

guru yang mursyid. Dan seorang guru yang mursyid itu diumpamakan oleh Aizam Masod

sendiri bahawa sebandingan dengan fikrah Imam Maksum terutama dalam ajaran syiah. Dan

menurut fahaman syiah pula, wajib patuh membuta tuli dan tidak salah kerana Allah tidak

mengira kesalahan dalam diri imam tersebut. Dan imam-imam mereka dari kalangan Syiah

Batiniyyah dan juga sikap yang sama pengikut tarekat tasawuf terhadap guru mursyid mereka.

Tambahan lagi, hanya dengan menurut Tarekat Naqsyabandi dalam kitabnya Tanwir Al-

Qulub mengatakan adab-adab murid terhadap gurunya yang mursyid sebanyak dua puluh tiga

adab, antaranya:

a) Mengongkan kemuliaan pada gurunya sama ada dalam bentuk zahir atau batin. Dan

menyumbangkan khidmat kepadanya dengan penuh tanggungjawab kepercayaan

bahawa ilmu itu tidak akan tercapai kecuali melalui guru.

62
b) Seseorang murid hendaklah menyerahkan dengan rela hati tanpa terikat atas segala

tindak tanduk murid tersebut terhadap gurunya serta memberikan curahan khidmat

kepada gurunya dengan tenaga atau harta benda walaupun menyebabkan kehilangan

pekerjaan ataupun menjadi papa.

c) Tidak dibenarkan menegur ke atas syeikhnya sekalipun pada zahirnya nampak haram

atau larangan dalam agama, akan tetapi pada batinnya adalah perbuatan terpuji

sepertimana berlaku kisah Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s.

d) Tidak dibenarkan sesekali meminati perempuan yang diminati oleh gurunya untuk

dikahwininya atau janda gurunyawalaupun bercerai mati. Namun tanggapan mereka

dianggap isteri gurunya itu dianggap sama seperti isteri Junjangan Baginda Nabi

SAW. Sehinggakan disini dianggap bahawa ilmu tasawuf itu hanya menitik beratkan

kepada amalan nafsu seks

Menurut Aizam Masod lagi menekankan bahawa Rasulullah SAW sendiri mendengar

dan menerima cadangan dari sahabatnya seperti Salman Al-Farisi ketikamana menggali parit

dalam peperangan Khandak dan mendengar strategi dari para sahabat ketika berada dalam

peperangan Uhud agar dengan perancangan yang dibuat boleh memberikan perangsang atau

kejayaan bagi umat Islam. Namun begitu, dalam dunia ilmu tasawuf imam dianggap oleh

Aizam Masod sebagai tidak benar serta mendakwa imam-imam mereka tahu segala yang

berlaku dan terdapat dalam isi langit dan bumi. Mereka dilarang untuk mengetahui kelemahan

gurunya walaupun dilihatnya sebagai terlalu banyak tidur pada waktu sahur. Dan persamaan

63
ini dinyatakan oleh Aizam Masod bahawa pimpinan syiah juga berlaku pada perkara yang

sama yangmana mereka dianggap Maksum iaitu tidak menanggung dosa dan kesalahan atas

mereka.

Menurut Abdul Fatah Haron Ibrahim 2006, mempertikaikan kedudukan para guru atau

para syeikh mursyid mampu kasyaf itu berada pada menilai kebenaran atau sebaliknya

walaupun membuat penilaian perkara subjektif adalah mustahil. Oleh yang demikian, maka

Abdul Fatah Haron menyatakan agak sukar diterima kerana kemampuan guru-guru mereka

boleh standing atau setaraf dengan wali atau Nabi Muhammad SAW atau Nabi Khidir atau

mendatangkan kepercayaan syiah terhadap imam-imam mereka dan ini membawa kepada

lebih mirip kepada “escapism” iaitu mengasingkan diri daripada menerima realiti kehidupan

sebenar.

Menurut beliau lagi, pada zaman Ghazali pada tahun 1111M bersamaan tahun 505H

apabila Perang Salib bergolak serta berkecamuk di Palestin. Namun saya tidak temui

walaupun satu ayat daripada tulisan dari Imam Ghazali r.h ketiadaan seruan terhadap umat

Islam untuk seruan jihad menentang musuh yang datang dari eropah mengimpikan menakluk

dan menawan bumi Islam Palestin. Dan beliau meninggal dunia iaitu pada tahun 1099M dan

pada tahun 1111M terdapat kalangan tentera-tentera kristian datang dari eropah akhirnya

berjaya menawan Baitul Muqaddis dan berjaya menegakkan Kerajaan Quds Latiniyah.

Kemunculan oleh Imam Ghazali yang dianggap oleh pengkritik menganggap beliau sendiri

menukar doktrin jihad berperang kepada Jihad Asghar iaitu jihad kecil atau perang kecil.

64
Lantaran itu Imam Ghazali memperkenalkan Jihad Akbar iaitu jihad yang paling besar

atau peperangan yang besar iaitu dengan hanya melawan hawa nafsu sendiri. Tentunya jihad

akbar atau perang besar lawan nafsu itu dianggap oleh pengkritik adalah lebih senang kerana

tidak memerlukan peralatan senjata perang dan peluru. Namun apabila ianya menggadaikan

nyawa kerana hanya menumpukan pada berzikir dan sikap berseronok semata bagi mencari

kepuasan seks dianggap sebagai perkara yang tiada unsur kebenarannya menurut Abdul Fatah

Haron Ibrahim.

Selain itu, doktrin pembawakan pengaruh salafi wahhabi juga wujud dengan

mengatakan bahawa jika orang tasawuf sanggup bermati-matian mempertahankan hadith

tersebut dan menganggap oleh pengkritik bahawa ungkapan tersebut tidak terdapat dalam

kitab-kitab hadith sahih lagi terpilih dan mencuba untuk ambil jalan tengah dengan membuat

takwilan sepertimana mengatakan bahawa: “Siapa yang mengenali dirinya fanak maka

kenallah dia bahawa Allah SWT itu Baqa' dan sesiapa kenal dirinya lemah, kenallah bahawa

Allah SWT itu Maha Kuasa”. Dan perkara sebegini dianggap sebagai perkara yang sengaja

diada-adakan bagi membolehkan perkara yang tidak mampu dilakukan itu boleh dilaksana

menurut penulis jurnal.

Sebagai contoh yang lain adalah seperti perbincangan “Barangsiapa yang mengenal

akan dirinya maka dia akan mengenal penciptanya. Maka perbincangan sebegini tidak asing

lagi dalam ilmu Tasawuf dan menurut Abdul Fatah Haron Ibrahim lagi bahawa orang tasawuf

tentunya melatah mengatakan Tuan Kassim Ahmad menolak hadis secara total akan tetapi

juga Nur Muhammad diertikan sepertimana keadaannya Hakikat Muhammadiyah. Menurtu

65
penulis jurnal lagi bahawa penggunaan kalimah sebegini dilagukan secara meluas

sehinggakan dalam kitab Maulid Berzanji dianggap sebagai Al-Qur`aan kedua dikalangan

setengah orang melayu itu sendiri.

Maka ancaman doktrin yang dibawa oleh pengaruh salafi wahhabi yang beranggapan

bahawa perkara tersebut atau rekaan ulamak tasawuf itu sebagai menyesatkan dan merupakan

bukti bahawa konsep falsafah dalam ilmu tasawuf sehingga mendatangkan pelbagai persepsi

yang akan menganggap aliran ini akhirnya menyimpang dari jalannya yang benar. Kenyataan

provokasi terhadap aliran tasawuf ini disokong oleh penulis jurnal penyelidikan Islam oleh

Abdul Hayei Bin Abdul Shukor 2006, dalam tulisannya bertajuk, “Kasyaf dalam ajaran kaum

sufi” menjelaskan bahawa kasyaf iaitu melihat perkara yang tersingkap disebalik zahirnya

adalah merupakan persimpangan jalan yang memisahkan kaum sufi dengan majoriti umat

Islam lain.

Menurutnya lagi sebenarnya aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah sepakat memutuskan

bahawa Al-Qur`aan, Sunnah, Ijmak ulamak dan Qias perbandingan kesamaan sebagai sumber.

Panduan tersebut sebagai penunjuk jalan jelas kepada akidah, syariat dan akhlak yang betul

menurut pandangan para ulamak. Namun pengkritik yang terpengaruh dengan fahaman salafi

wahhabi menganggap ianya sudah berjaya dicemari ajarannya oleh kaum sufi yang

menjadikan kasyaf para wali, mimpi dan yaqazah iaitu melihat orang yang telah mati dalam

keadaan sedar, dan bahkan mampu melihat sendiri apa tercatat di lauh mahfuz sebagai sumber

hukum yang tidak boleh dipertikaikan dan adalah perkara yang tidak wujud sama sekali

sebenarnya dalam Islam.

66
Terdapat seorang penulis yang berusaha untuk memusuhi tradisi orang Islam sehingga

langung mengatakan dalam perbincangan bahawa isu pengaruh salafi wahhabi dan

berpandangan positif terhadap doktrin salafi wahhabi. Namun menurut Mohd Aizam Mas'od

2006 menilai semula pengaruh salafi wahhabi yang dianggap negatif dalam masyarakat itu

adalah perlu. Buktinya terdapat dalam tulisan beliau bertajuk, Isu wahhabiyyah,

menanganinya secara realiti, dan beliau mengatakan bahawa sungguhpun mutakhir ini timbul

keresahan dan kebimbangan beberapa pihak yang tidak senang hati terhadap penyebaran

ajaran pengaruh salafi wahhabi yang dikatakan semakin berleluasa di seluruh negara.

Persoalan yang timbul dalam masyarakat dan masih tertanya-tanya siapakah yang

dimaksudkan dengan golongan salafi wahhabi dan apakah doktrin fahaman mereka itu sama

ada salah atau berpihak pada kelompok yang benar atau sebaliknya. Namun persoalan lain

yang timbul dan membingungkan juga adakah mereka tergolong dalam golongan Ahli Sunnah

Wal Jamaah atau termasuk ke dalam sebahagian ajaran sesat sehingga perlu dibanteras dan

perangi sehingga ke akar umbi.

Namun pendirian kerajaan menurut kenyataan jurnal yang ditulis oleh Aizam Masod

menjawab bahwa mereka menanganinya berdasarkan keputusan panel kajian akidah yang

diurus tadbir oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mendapati persoalan yang diutarakannya

itu membawa kepada sifat kerisauan dan kebimbangan itu dianggap sebagai ancaman yang

boleh dikawal dan sepatutnya masyarakat menilai dari sudut sumbangan pengaruh salafi

wahhabi dalam membenteras amalan syirik dan khurafat dalam masyarakat. Maka ini

menunjukkan ancaman pengaruh salafi wahhabi yang sedang aktif menular masuk dalam

67
masyarakat terus dibiarkan dan tidak diambil tindakan serius sepertimana ajaran sesat yang

lain. Maka kekeliruan dan kesangsian sebegini mampu menggugat keharmonian dan kesucian

Islam sehinggakan menurut Aizam Masod sendiri menyatakan bahawasa isu ini bukan perkara

baru berlegar dalam masyarakat dan tidak perlu berlaku provokasi terhadap pengaruh salafi

wahhabi sebenarnya yang akan memburukkan lagi dan menambahkan lagi masalah social

dalam masyarakat.

Menurutnya Aizam Masod lagi bahawasanya pada hakikatnya isu salafi wahhabi

bukanlah satu isu baru, bahkan isu ini telah lama bertapak semenajk awal lagi di Semenanjung

Tanah Melayu dengan kemunculan kumpulan dikenali sebagai Kaum Muda pada awal abad

ke-20 yang lalu dan membawa kepada kegusaran masyarakat setempat. Lantas, pergerakan

dakyah dan pengaruh salafi wahhabi ini memberi kesan sehingga beberapa orang pelajar

Malaysia dan pelajar Indonesia menimba ilmu pengetahuan agama diluar negara seperti di

Mekah, Mesir dan India akhirnya terpalit dengan pengaruh berkenaan dan dibawa balik ke

tanah air.

Sewaktu ketikamana di negeri Mekah pengaruh gerakan salafi wahhabi didokongi oleh

pandangan idea dari Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah. Dan manakala

pengaruh di Mesir timbul gerakan Islah yang dipelopori oleh Muhammad Abduh dan Rasyid

Ridha. Selain itu, keadaan seperti ini juga berlaku di India dengan berkembangnya ajaran

yang dibawa oleh Waliyyullah Dahlawi. Walau bagaimanapun menurut pandangan dari

Aizam Masod bahawa beliau menafikan yang isu tersebut dibawa dan dipelopori oleh tokoh-

tokoh gerakan ajaran sesat iaitulah Abdullah bin Wahab dan Nasaruddin Al-Bani yang banyak

memberi sumbangan kepada dunia intelaktual penguasaan hadis yang telah banyak

68
mempengaruhi golongan intelektual Islam terpengaruh dengan kemampuannya mentashih dan

mentahqiq hadis-hadis dari kitab-kitab sunan yang masyhur.

Namun begitu, menurut penulis kekeliruan tulisan ilmiah yang dibawa oleh Aizam

Masod pada tahun 2006, sepatutnya tidak membawa kepada pandangan yang menggusarkan

kebanyakan negeri dan kebanyakan pertubuhan berteraskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selain itu juga menggusakan pihak berwajib berdasarkan hasil keputusan fatwa oleh mufti-

mufti negeri-negeri sekian lama memfatwakan pengaruh fahaman salafi wahhabi adalah dikira

sebagai fahaman dan ajaran sesat dan bertentangan Islam.

Dalam pendekatan yang meraikan fahaman salafi wahhabi sebagai ajaran yang tidak

dianggap oleh beliau sebagai bercanggah dengan Islam ini adalah mengelirukan kebanyakan

pihak termasuk sebahagian masyarakat Islam di Malaysia. Namun begitu sedangkan keadaan

yang berlaku adalah sebaliknya. Menurutnya pandangan dari Aizam Masod lagi, bahawa di

Malaysia gerakan dakwah salafi wahhabi yang dibawa oleh Kaum Muda ini akhimya lebih

dikenali oleh masyarakat awam sebagai kumpulan salafi wahhabi banyak memberikan impak

baik dalam masyarakat. Oleh yang demikian, Kaum Muda tersebut amat sinonim dengan

fahaman salafi wahhabi memandangkan cara pergerakan mereka yang agak agresif dalam

membasmi perkara yang dinilai dari sudut kaca mata mereka adalah amalan yang

bertentangan Islam.

Fahaman pengaruh salafi wahhabi sudah menampakkan semakin jelas merupakan

panggilan yang seringkali dicanang oleh musuh-musuh tradisi puak wahhabi seumpama

69
kumpulan-kumpulan tarekat dan golongan Asya'irah beraliran kesufian. Hal ini merupakan

satu fakta yang tidak boleh dipesongkan oleh mana-mana pihak. Pertentangan antara mereka

sememangnya pernah berlaku antara Kaum Muda dan Kaum Tua satu masa dahulu. Walau

bagaimanapun isu ini terus didiamkan sahaja tanpa mengembalikan permusuhan dan tanpa

ada pihak yang kembali memukul gendang menghingarkan suasana mengajak masyarakat

berbicara semula berkisar isu yang kian semakin menyepi ini.

Dalam menangani isu ini, sewajarnya kita berpendirian jelas dan tegas selain perlu

meneliti dan mendekati permasalahan yang berlaku tentang apakah isu sebenar yang

sepatutnya ditangani agar kekeliruan dan api permusuhan tidak terus marak membara. Maka

sekiranya masalah bagi menangani isu-isu kontroversi yang ditimbulkan oleh kumpulan ini

adalah seperti menolak amalan tahlil arwah, membacakan talqin mayat untuk peringatan

sewaktu di kubur, bacaan wirid selepas solat fardhu secara beramai-ramai, bacaan Surah

Yasiin yang dibacakan pada malam Jumaat dan hinggakan tuduhan dari pengaruh salafi

wahhabi sendiri yang sengaja menuduh dengan bid'ah membid'ah yang bermula dengan kafir

mengkafirkan antara satu dengan lain dan bahaya akhirnya kemuncak pengaruh sebegini

boleh menghalalkan untuk ditumpahkan darah umat Islam yang tidak sealiran mereka. OLeh

itu pekara sebegini walaupun dipandang hanyalah bersifat khilafiyyah namun kecenderungan

mereka adalah ke arah memecahbelahkan kesatuan dan perpaduan umat Islam itu sendiri.

Langsung bertitik-tolak dari persoalan ini perlulah ditegaskan bahawa perlu bersama dan

berganding bahu memulakan langkah dalam menangani gerakan salafi wahhabi agar tidak

dibiarkan begitu sahaja.

70
Menurut Aizam Masod bagi menjawab sama ada pengaruh fahaman salafi wahhabi ini

merupakan satu kumpulan sesat yang perlu dibanteras sehingga ke akar umbi ataupun tidak

adalah melihat kepada konteks Malaysia bahkan bermakna kita juga terjebak ke dalam

menghukum sebuah negara besar umat Islam itu sebagai sesat katanya. Oleh itu, begitu juga

terhadap beberapa ulamak Islam dahulu dan kini yang tersohor jug dituduh sebagai sesat

seperti Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Imam Al-Zahabi, Ibnu Kathir, Ibnu Abi

Al-Izz, Muhammad bin Abdul Wahab, Ibnu Uthaimin, Ibnu Baz, Nasir Al-Din Al-Albani dan

selainnya.

Maka dengan ini jelaslah bahawasanya pendapat yang menuduh sesat atas sesebuah

negara yang beraliran pengaruh salafi wahhabi atau menuduh ulamak dari kalangan pengaruh

salafi wahhabi itu sebagai sesat atau seumpamanya. Akhirnya jelas menunjukkan pendirian

dan sikap berbaik-baik dengan pengaruh fahaman salafi wahhabi ini seumpama membiarkan

amalan ajaran sesat itu adalah gagal diperangi sedangkan ajaran-ajaran sesat lain

kebanyakkannya tumbuh bagai cendawan segar hasil dari sikap pendidiran yang tidak jelas

dan kurang meyakinkan.

Selain dari itu, sikap aliran pengaruh fahaman salafi wahhabi sendiri mensasarkan

maksud matlamat mereka untuk menghidupkan amalan berpandukan ajaran ulamak mazhab

salaf dalam memahami akidah Islam adalah seolah-olah dari kalangan ulamak mazhab Al-

Syafiee dan ulamak Asya`irah itu adalah dari kalangan ulamak yang salah lagi sesat. Justeru

pandangan sebegini merumitkan dan membawa kepincangan dalam Islam dalam konteks

sebenar. Dan disini antara perkara yang menyedihkan adalah perkara tersebut berlaku

71
bukanlah sepertimana yang digambarkan dan diaibkan oleh kalangan pendokong pengaruh

salafi wahhabi. Hal ini dibuktikan sendiri oleh penulis jurnal iaitu oleh Aiman Al-Akiti dalam

tulisannya berkenaan topik Ahli Sunnah Wal Jamaah di Maghribi. Tambahan disokong pula

oleh pendapat yang sama iaitu oleh Zakaria Stapa berkenaan dengan kehebatan tokoh Imam

Ghazali, dan kemudiannya hasil tulisan oleh Mohd Nasir Omar berkenaan topik

perkembangan sistem pendidikan pada zaman kegemilangan ketamadunan Islam di Andalusia

terbukti akan kejayaan mereka.

Menurut penulis, hasil kedangkalan memahami senario bermazhab di Malaysia yang

telah sinonim dengan mazhab fiqh beraliran Syafi'iyyah (mazhab Syafi'e) serta aqidah Ahli

Sunnah Wal-Jamaah beraliran Asya'irah Maturidiyyah amat menyumbang kepada sikap

bernas berhujjah dan perdebatan berlaku secara berterusan tanpa mereka yang berfahaman

salafi wahhabi bersikap menghormati pandangan masyarakat tempatan. Ini jelas menurut

pandangan Abdul Shukor Husin bahawa tidak keterlaluan jika kita rumuskan bahawa

masyarakat Islam Malaysia khususnya orang awam dalam aspek aqidah, fahaman aliran

Asya'irah adalah sinonim dengan Ahli Sunnah adalah perkara yang sudah lama sebati

semenjak zaman berzaman walaupun hakisannya mula ketara berlaku.

Sementara aliran lain seperti Salaf oleh Ibnu Taimiyyah dan Wahhabiyyah tidak

begitu dikenali atau tidak dianggap sebahagian daripada aliran Ahli Sunnah. Oleh itu apabila

aliran ini dibincang dan diketengahkan ke dalam masyarakat walaupun untuk tujuan ilmiah,

maka masyarakat Islam terasa ganjil dan resah kerana terdapat kelainan dengan apa yang

mereka fahami dan hayati. Maka hakikat hasil tulisan oleh Abdul Shukor Husin (1998)

berdasarkan topik Ahli Sunnah Wal-Jamaah Pemahaman Semula. Hal sebegini menunjukkan

72
bahawa ianya adalah berbalik kepada isu wahhabi. Setiap dari pendirian yang jelas perlu

diambil. Dan pegaruh fahaman Wahhabiyyah itu sekali-kali bukan golongan yang terkeluar

daripada Ahli Sunnah ini juga adalah kenyatan yang membimbangkan.

Beliau menganggap bahawa mengeluarkan mereka daripada Ahli Sunnah bermakna

kita juga terjebak ke lembah fanatik yang sama seperti sebahagian mereka. Oleh itu apa yang

perlu ditangani adalah kesilapan dan kesalahan metod dakwah mereka yang menjadi punca

timbulnya isu-isu kontroversi di dalam masyarakat dan bukan sehingga memperkatakan dan

membesarkan isu-isu lain yang langsung tiada kena mengena dengan fenomena yang sedang

berlaku khususnya di kalangan umat Islam Malaysia pada hari ini.

Penulis memandang kekeliruan oleh Aizam Masod 2006, dengan memebawa persepsi

kebaikan atas sumbangan pengaruh salafi wahhabi membawa doktrin yang menampakkan

kesungguhan memerangi perkara syirik, khurafat, bid’ah adalah sumbangan besar mereka

dalam ilmu hadis. Walau bagaimanapun apabila diteliti dan diamati maka jelaslah bukan

memiliki apa-apa kebaikan sedikitpun melainkan lebih banyak perselisihan dan kemudaratan

dalam Islam dan kepada umat Islam akan tercetus.

Kemudaratan yang dibawa oleh pengaruh salafi wahhabi bukanlah boleh dilihat terus

pada pandangan kasar manusia akan tetapi kemudaratan yang sebalik akan boleh

membinasakan iman, akan hilang panduan ibadah berdasarkan ulamak mazhab Al-Syafiee

dan akhirnya boleh memusnahkan sifat akhlak mulia lagi terpuji sepertimana yang ditonjolkan

oleh Imam Ghazali r.h. Bahaya pengaruh ancaman fahaman salafi wahhabi pernah berlaku

73
sewaktu ketika dahulu di Tanah Melayu iaitu perdebatan antara Kaum Muda dan Kaum Tua.

Walaupun pengaruh salafi wahhabi membahayakan kebudayaan hasil permusuhan mereka

semenjak zaman berzaman memusuhi tradisi kemelayuan dan adat tradisi melayu.

Namun mereka melihat adat tradisi masyarakat melayu yang mulia itu dipandang

sebagai amalan khurafat dan syirik disisi mereka. Maka pertentangan seperti ini menyebabkan

terdapat masyarakat yang menolak dan ada masyarakat yang menerimanya dengan hati yang

terbuka disebabkan kejahilan mereka sendiri.

Maka bermulanya disinilah berlakunya perkembangan pengaruh salafi wahhabi terus

menerus berlaku lantas diterima dalam pendidikan agama Islam hasil doktrin sifat jujur dan

menjaga kepentingan dan kesucian Islam adalah tanggungjawab mereka. Di antara contoh-

contoh yang berlaku dan diperangi oleh mereka adalah seperti amalan bacaan tahlil kepada

arwah, membaca talqin di kubur sebagai peringatan kepada mereka yang hidup, membaca

akan bacaan wirid berjamaah selepas solat fardhu, dan bacaan surah yaasin dan tahlilan

yangmana kesemuanya dihukum sebagai amalan bid’ah yang sesat langsung adalah amalan

yang direka-reka dan tiada panduannya dari baginda Nabi SAW.

Menurut pandagan dari Aizam Masod menyatakan bahawa berlaku amalan bid’ah

pada usul akidah iaitu menolak sebarang konsep tasawuf teosofi yang ditambah dalam akidah

Ahli Sunnah Wal Jamaah. Justeru itu, pihak Jakim menolak sekeras-kerasnya sepertimana

berlaku dalam konsep Wahdatu Al-Wujuud, Martabat Tujuh dan Nur Muhammad. Dan dalam

perkara cabang ibadah seperti membaca talqin ke atas mayat, tahlil arwah, upah membaca Al-

Qur’aan, wirid berjamaah dan sebagainya adalah tidak termasuk perkara bid’ah bahkan

74
diharuskan untuk melakukannya walaupun sebenarnya dalam aliran pengaruh salafi wahhabi

menafikannya. Namun berlaku juga pada perkara adat seperti bersalaman selepas solat fardhu

lima waktu, atau mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul juga tidak termasuk perkara

bid’ah.

Namun walau bagaimanapun tulisan pada tahun 2012 tajuk jurnal bilangan yang ke 26

oleh Akhrun Musa menyebut tentang, analisis penularan fahaman liberalism pluralisme

agama dalam pergerakan NGO atau institusi bebas di Malaysia. Dan hasil berlakunya

pengaruh doktrin fahaman liberal, plural ke atas Islam juga ancaman pengaruh salafi wahhabi

membawa kepada perubahan struktur pemikiran agama Islam ke tahap yang berubadah dari

kedudukannya yang asal. Namun analisis yang menceritakan arus liberalism agama adalah ini

merupakana fenomena besar yang tidak dapat dibendung dan meluas sehingga kini.

Mereka membina jaringan kukuh dan melalui ledakan informasi melalui pelbagai

saluran yang tidak terkawal ini membolehkan dokrin mereka bergerak lebih pantas. Doktrin

sebegini mampu meruntuhkan struktur agama-agama besar dunia sebelum dan Islam terus

kukuh sebagai sebuah agama yang masih berusaha untuk terus berjaya menyelamatkan

ketulenan agamanya.

Namun kemasukan fahaman asing yang bertentangan dengan akidah Islam ini dilihat

telah didakyahkan oleh mereka yang telah keliru dengan falsafah ilmu dan akidah Islam,

menyebabkan lahir kekeliruan dalam mendepani permasalahan akidah dan isu-isu pemikiran.

Sebahagian mereka barangkali telah diasuh dengan doktrin fahaman salafi wahhabi di

75
institusi-institusi barat yang bermaksud barat bukan hanya dalam erti kata tempat dan bagsa

bahkan satu bentuk wordview iaitu cara berfikir dan menangkap sesuatu yang sememangnya

telah lama berstrategi dalam memecahbelahkan perpaduan kesatuan dan akidah umat Islam di

negara ini.

V. Ketiadaan Ahli Ilmuan Dalam Bidang Penulisan Yang Bewibawa

Menurut pandangan Mohd Fauzi Hamat 2008, pada tulisan beliau bertajuk, cabaran

pengukuhan akidah di Malaysia, tumpuan aspek pendekatan pengajaran. Beliau menjelaskan

bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan istilah baru digunakan secara rasmi dalam dunia

akademik selepas dari kemunculan ilmu kalam. Definisi tersebut dikemukakan bagi

mencakupi umat Islam yang berpegang dengan kedua-dua sumber tersebut sebagai panduan

hidup mereka, sekalipun terdapat perbezaan tafsiran dari beberapa aspek terhadap sesuatu isu

yang dibincangkan. Kemunculan istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah pertalian erat

munculnya Imam Abu Hasan Al-Ash'ari yang mengasaskan mazhah Asya'irah bagi menolak

beberapa fahaman Muktazilah yang dilihat tidak selaras dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan

bertentangan dengan apa yang dipegang oleh jamaah kaum muslimin.

Imam Abu Hasan Al-Ash'ari dan para pengikutnya dan juga termasuk Abu Mansur Al-

Maturidi bangkit menolak pandangan-pandangan golongan Muktazilah dan mensabitkan apa

yang dinyatakan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kemudian pandangannya diikuti oleh

jamaah muslimin. Lantaran itu kumpulannya terkenal disebut sebagai Ahli Sunnah Wal

Jama`ah. Namun demikian, patut dinyatakan di sini bahawa golongan Muktazilah telah

76
memberi sumbangan yang besar dalam menentang beberapa fahaman bid`ah dalam akidah

dibawa oleh beberapa golongan yang membawa ajaran yang tidak selaras dengan akidah

Islam seperti fahaman yang membawa doktrin penyerupaan Tuhan dengan makhluk iaitu Al-

Tashbih, dan penjisiman Tuhan iaitu Al-Tajsim, serta sifat alam yang lama atau bertempoh

masa tertentu dan secara tidak langsung fahaman tersebut menolak adanya kebangkitan

manusia pada hari akhirat nanti.

Menurut Abdul Shukor Husin lagi menyebutkan bahawa mazhab Asya`irah dikatakan

sebagai mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana selain dari kedudukan manhaj akidah yang

dipegang oleh aliran tersebut yang mengambil sikap pertengahan antara dua aliran yang

melampau. Iaitu pandangan melampau dalam berpegang kepada zahir-zahir nas seperti aliran

Al-Musyabbihah dan Al-Mujassimah. Dan pandangan melampau iaitu dalam berpegang pada

akal sebagaimana perpegangan golongan ahli Muktazilah. Manakala aliran salafiyyah pula,

mereka juga pada umumnya merupakan aliran yang dominan dalam mazhab disebut sebagai,

Al-Naz`ah Al-Salafiyyah Hiya Al-Sa'idah Bi Sifat `Amah Lada Al-Asydirah. Ia adalah

sebagaimana yang dapat dilihat pada pemikiran Abu Bakar Al-Baqillani, Imam Al-Haramain,

Al-Imam Ghazali dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian penjelasan yang dibawa oleh Abdul

Shukor Husin ini adalah pandangan yang mengelirukan dan lebih memihak kepada

memandangan positif kepada bahaya pengaruh salafi wahhabi.

Menurut penulism sudah lamanya bertapak aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam

konteks alam Melayu dan termasuk juga yang berlaku di Malaysia. Kesenian dan

kebudayaannya berlaku dalam keadaan yang sangat unik dan meninggikan lagi keistimewaan

77
rumpun melayu sebagai rumpun yang bertamadun tinggi dan jatidiri kemelayuan sejati.

Namun setelah Islam disebarkan ke rantau ini berlaku kemunculan pengajian akidah dan amat

ditekankan dalam institusi-institusi pendidikan pondok, masjid dan madrasah. Aliran mazhab

yang diketengahkan dalam pengajian ini ialah Mazhab Al-Asya`irah agar masyarakat lebih

jelas dan terdedah dengan aliran dunia Islam yang lebih jelas.

Dalam sistem pendidikan pesantren pula, terutama sekali pengajian agama di

Indonesia subjek usuluddin dikira sebagai antara pelajaran utama yang diberikan dalam

pengajaran asas dalam pengajian Islam sebagai pengajian keagamaan, selain dari ilmu Fekah.

Pada umumnya, pengajian ini berlatar belakangkan aliran Al-Asya`irah. Maka ini dilihat

berdasarkan hampir keseluruhan karya akidah yang digunakan sebagai teks pengajaran adalah

terdiri daripada hasil-hasil tulisan ulama' berlatar belakangkan aliran al-Asya`irah. Karya-

karya ini turut menggunakan metod aqhah atau hujahan dalam bentuk dialektika yang

berasaskan logik Aristotle dalam membahaskan isu-isu akidah semata.

Maka kini dalam bentuk pengajian akidah di peringkat menengah dan tinggi seperti

diperingkat universiti di rantau ini telah dibuat beberapa perubahan dan penyesuaian dengan

dimasukkan pemikiran ulamak beraliran salafiyyah seperti lbnu Taymiyyah, Ibnu Al-Qayyim

Al-Jawziyyah dan lain-lain lagi ulamak dari mereka yang memberi sokongan kepada bahaya

pengaruh salafi wahhabi walaupun terdapat dari kalangan mereka yang sebenarnya bukanlah

pendokong kepada pengaruh salafi wahhabi di peringkat antarabangsa.

78
Maka kewujudan pengaruh konsep tauhid aliran Salafiyyah oleh Ibnu Taymiyyah di

Indonesia berlaku awal dengan menyerap melalui aliran salafiyyah Muhammad Abdul

Wahhab dari Arab Saudi dan aliran salafiyyah dari Mesir. Kelihatan ketulenan dan kejujuran

pengaruh salafi wahhabi yang seolah memihak untuk memelihara kesucian Islam apabila

aliran mereka ini amat menekankan perjuangan membersihkan akidah dan ibadah kaum

muslimin daripada bid`ah, khurafat dan membebaskan dari pemikiran tasawuf menyimpang

dari asas-asas Islam. Justeru mereka terus segera menyeru umat agar kembali mengikuti

ajaran Islam yang suci dan murni. Hal yang sama juga berlaku di Malaysia, walaupun rata-

rata pemikiran akidah umat Islam adalah mengikut akidah aliran Al-Asya`irah. Namun

keadaan Islam yang berlaku di Perlis masih terdapat mereka beraliran salafiyyah yang

berpegang kepada akidah salafiyyah. Kini di negara kita, aliran Asyairah dipertahankan oleh

para ilmuwan.

Manakala pemikiran Al-Asyairah tetap masih mendominasi sistem pengajian akidah di

Malaysia sama ada dalam bentuk formal dan informal, baik di sekolah pondok mahupun

universiti. Dan mereka terus menerus mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

khususnya hasil pelajar berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Manakala sukatan Al-

Azhar masih mendominasi sukatan pengajian akidah di Malaysia sama ada di peringkat

menengah atau peringkat tinggi. Dan di peringkat menengah, sukatan Thanawiyyah Al-Azhar

digunakan bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) membuktikan aliran

tersebut bukan semata menjadi panduan rasmi agama Islam di tanah air akan tetapi skop

pengajian juga masih selari dengan perpegangan kepada panduan akidah Ahli Sunnah Wal

Jamaah.

79
Masih terdapat pengajian akidah yang berdasarkan bilangan pengaruh pelampau

agama selain ajaran-ajaran sesat lain yang difatwakan menyeleweng dari panduan Islam

sebenar, terdapat juga pengaruh fahaman yang bertentangan Islam sepertimana fahaman

sekularisma atau liberalisma yang sememangnya bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal

Jamaah. Sebaliknya mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mazhab yang mengambil jalan

pertengahan selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 143 yang

bermaksud: “Dan demikianlah sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus,

Kami jadikan kamu wahai umat Muhammad SAW satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu

layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia tentang benar dan yang

salah dan Rasulullah SAW pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan

kamu”. Maka iaitu maksudnya, agama yang paling layak untuk kekal ialah agama yang yang

kamu dapati keadaannya pertengahan antara keketatan dan kelembutan kelonggaran.

Maka Islam mempunyai tabiat berbeza tentunya mendapat sesuatu ajaran yang boleh

memperelokkan keadaannya sama ada di hari kembali manusia kepada Allah iaitu pada hari

akhirat atau dalam kehidupannya di dunia ini, dan terhimpun padanya kebaikan dunia dan

akhiratnya. Maka umat Islam akan lemah dan berada dalam keadaan haru biru sekiranya

mereka mengambil pendekatan pemikiran yang dibawa tidak memenuhi ciri-ciri tersebut.

Oleh itu, misalnya pendekatan yang terlalu mengagungkan akal atau mengabaikan

peranan akal dalam mentafsirkan yahyu atau pendekatan yang menyukarkan dan

membebankan iaitu Al-Tasydid, atau Al-Ifrat iaitu terlalu melakukan sesuatu secara

melampau-lampau, ataupun pendekatan Al-Takhfif iaitu terlalu ringan dan langsung tidak

80
menekankan, ataupun Al-Tafrit iaitu terlalu tidak memandang sehingga membawa kepada

liberal dalam agama. Menurut penulis tulisan jurnal oleh Irfan bahawa pengamalan umat

Islam di sepanjang sejarah terhadap pendekatan kesederhanaan atau Al-Ik`tidaal adalah

perkara yang menyebabkan terhapusnya pergerakan-pergerakan pelampau dalam agama”.

Penulis dalam hal ini bersetuju dengan hujah Mohd Farid Mohd Shahran mengatakan

bahawa walaupun ulamak Asya`irah banyak membicarakan tentang aspek kewujudan Tuhan,

maka tidak bermakna tauhid yang menjadi penekanan Asya`irah adalah tauhid Rububiyyah

semata-mata, akan tetapi mereka tidak pernah membezakan secara tegas antara tauhid

Rububiyyah dan Uluhiyyah. Maka apa yang difahami sebagai tauhid Uluhiyyah dan

Rububiyyah iaitu gabungan dan jalinan baik dalam penerangan akidah ulamak-ulamak

Asya`irah dan membawakan konsep-konsep yang berbeza kepada satu matlamat yang sama

iaitu supaya terhindar dari belenggu fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Islam

termasuk pengaruh bahaya fahaman salafi wahhabi selain ancaman bahaya fahama

liberalisme.

Maka seterusnya pendapat yang diutarakan oleh Mohd Fakhruddin Abdul Mukti

(2002), bahawa menurutnya persoalan tauhid semata-mata adalah untuk mengisbatkan

kewujudan Allah SWT yang menjadi Pencipta alam ini tanpa menyentuh aspek kepentingan

beribadat kepada Pencipta tersebut. Dan pengajaran atau pengajian akidah yang berlangsung

dalam masyarakat melayu sejak sekian lama berasaskan metodologi ulamak kalam yang gagal

melahirkan manusia muslim yang beribadat dengan sepenuh hati terhadap Allah SWT adalah

disebabkan kejahilan mereka yang tidak memahami konsep akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

81
secara betul dan mendalam. Selain itu, ditambah pula dengan kelalaian dengan kesibukan

urusan dunia sehingga gagal untuk memberikan kepentingan kefahaman dalam agama adalah

bukan menunjukkan agama itu gagal memainkan peranannya. Oleh itu, sebagaimana yang

menjadi tuntutan tauhid Uluhiyyah itu sendiri adalah kepentingan seseorang individu muslim

itu mengabdikan diri kepada Allah adalah dengan sebab tanggungjawab besar sebagai seorang

hamba Allah yang berhak untuk menEsakan Allah dari segala bentuk kefahaman atau ajaran

yang bertentangan, atau terkeluar dari ajaran Islam.

Namun bagi pengkaji, perkara ini adalah sesuatu yang merugikan sekiranya umat

Islam kini bertelagah mengenai soal pendekatan yang diperkenalkan oleh para ulamak-ulamak

terdahulu dengan pelbagai cara dan pendekatan mereka yang berbeza. Namun matlamat ilmu

yang mereka ingin dan sampaikan itu adalah tetap untuk memperoleh kebaikan kepada

masyarakat Islam menghayati Islam dengan sebenar-sebanr pengahayatan agar sepanjang

hidup mereka berlandaskan kepada pegangan akidah yang meyakinkan dan tidak terjerumus

kepada perkara atau amalan yang boleh membinasakan diri dan masa depan.

Maka akhirnya sudah menjadi perana dari kalangan para ilmuwan dan para pendidik

dewasa kini sepatutnya memahami konsep ijtihad itu sendiri untuk tujuan kesedaran dalam

masyarakat selain bersesuaian dengan pendekatan manhaj dakwah bagi mengelak dari

menimbulkan unsur-unsur perpecahan dalam masyarakat kerana ianya bertentangan dengan

konsep maksud dakwah iaitu matlamat serta tujuan dakwah itu sendiri disampaikan. Oleh

yang demikian adalah pengekalan pendekatan Ahli Sunnah Wal Jama`ah berdasarkan huraian

Asya`irah atau Maturidiyyah yang lebih dicenderungi oleh majoriti ulamak dan umat Islam di

82
rantau ini. Hanya walaupun terdapat sedikit kelemahan di dalamnya, Rasulullah SAW pernah

menyebutkan bahawa umat Islam tidak akan berijmak atas jalan yang salah atau sesat,

sebagaimana hadis, dari Ibnu `Umar r.a. dengan katanya, Sesungguhnya sabda Rasulullah

SAW: dengan katanya “Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpunkan umatku atau

katanya, umat Muhammad di atas kesesatan, dan tangan Allah iaitu memberi makna

pertolongan Allah adalah bersama jemaah iaitu orang Islam, dan sesiapa yang mengasingkan

diri dari jemaah di dunia ini, ia akan mengasingkan diri di dalam neraka kelak”.

13.0 Metodologi Kajian

Metodoligi kajian berperanan menerangkan berkenaan dengan kaedah-kaedah

perlaksanaan kajian yang digunapakai dalam kajian ini. Dan antara elemen yang diperlukan

dalam metodologi kajian adalah kerangka konseptual dan teoritikal, kaedah pengumpulan

data, sampel kajian dan kaedah analisis data. Penjelasan secara terperinci akan dijelaskan satu

persatu bagi menganalisis ketepatan kajian ini dijalankan.

Menurut pendapat Mohd Salim, (2010), Abdul Ghaffar, (2001) menyatakan bahawa

kaedah kajian merupakan bahagian yang penting untuk memastikan kajian yang dijalankan

menggunakan kaedah dan prosedur dengan cara yang betul agar matlamat bagi objektif

sesuatu kajian dapat dicapai berdasarkan data yang sah dan boleh dipercayai.

13.1 Kerangka Konseptual Dan Teoritikal

83
Kerangka konseptual dan teoritikal adalah kebergantungan kepada teori pengaruh

dalam melaksanakan kajian ini dengan baik. Oleh yang demikian gambar rajah dibawah ini

menunjukkan bagaimana proses konseptual kajian ini dijalankan.

Kerangka Kerja Operasi

Kenal pasti masalah dan persoalan

Proses pengumpulan maklumat

Proses penyediaan intrumen kajian set soal selidik

Kajian statistik sebenar

Pengumpulan data

Analisis data

Penulisan kesimpulan dan perbincangan serta


rumusan kajian

Pembentangan

Rajah 1.2: Kerangka Kerja Operasi Serta Kajian Analisa Data

84
13.1 Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konsep dibagunkan adalah sebagai panduan kepada penyelidik dalam

memahami kajian yang dijalankan dan mengenal pasti persoalan kajian yang timbul bagi

mencapai objektif kajian supaya dapat memberi fokus lebih kepada persoalan yang

diperbincangkan dan melancarkan lagi perjalanan kajian secara teratur dan tersusun.

Menurut pandangan dari Suppi Efandy Rahim (2007), kerangka konsep didefinisikan

sebagai pernyataan yang memberi makna suatu konsep atau istilah tertentu. Namun istilah

tersebut seringkali digunakan dalam kaedah penyelidikan kuatitatif. Selain itu, ia berfungsi

sebagai pengganti istilah teori atau kerangka teori dengan mensyaratkan adanya beberapa

kondisi tertentu. Pembinaan kerangka teori ini juga dibina berlandaskan Teori Metakognisi

dalam pengajaran melalui pembacaan adalah kerana untuk mengukuhkan konsep yang dibuat

oleh penyelidik dalam kajian ini. Teori yang dibangunkan oleh Vygotsky (1978) merupakan

aspek utama dalam penggunaan strategi pembacaan. Menurut beliau lagi, pendekatan kognisi

dalam aktiviti pembacaan dilihat sebagai konsep pemikiran atau daripada sudut apa yang

pembaca fahami berlandaskan pembacaan yang dibuat.

Walau bagaimanapun kajian ini merupakan kajian kualitatif, nemun dari segi

pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan pembentukan kerangka konsep

85
penyelidikan bagi membantu penyelidik dalam kajian ini mengenai pengaruh salafi wahhabi

dalam jurnal terbitan Jakim, kajian tahun 2006 hingga 2016.

Kerangka Konsep

PENGARUH SALAFI WAHHABI DALAM JURNAL TERBITAN JAKIM:

KAJIAN TAHUN 2006- 2016

TUJUAN FAKTOR PENGARUH STRATEGI

PENULISAN LUARAN DAN JENIS

JURNAL DALAMAN PENULISAN

JURNAL

PERSEKITARAN TOPIK JURNAL PANDUAN


PEPERIKSAAN HASIL
-Keluarga -Kebudayaan -Fiqh Mazhab

-Komuniti Al-Syafie KAJIAN

-Institusi -Ibadah PENGARUH

(pensyarah dan -Akidah SALAFI


PENULISAN
perpustakaan) -Akidah Islamiyah Asya`iroh WAHHABI
ILMIAH

-Tasawwuf atau -Akhlak Imam

Akhlak Al-Ghazali Rajah 1.1:


MENGISI
Kerangka
MASA

LAPANG
Konsep

PSIKOLOGI Penyelidikan

Jurnal-Jurnal -Minat Terbitan Jakim

INDIVIDU
86
-Sikap
14.0 Pengorganasian Teori

Kajian ini menggabungkan penggunaan metode kuantitatif dan kualitatif untuk

mengumpul dan menganalisa data. Bagi metode kuantitatif, pengkaji membuat perbandingan

berdasarkan penulisan, pemantauan dan penyelidikan, laporan balik daripada borang, dan

refleksi penulisan jurnal serta temubual dengan para pegawai-pegawai kerajaan terlibat.

Kajian ini juga dapat dijadikan sandaran untuk memperkukuh dan bukti dokumentasi

bagi menentukan kesahihan dan ketulenan hasil penulisan jurnal yang telah diterbitkan oleh

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

13.2 Kaedah Pengumpulan Data

Pengumpulan data dalam kajian ini dibuat melalui dua peringkat pengumpulan. Yang

pertama adalah berdasarkan kajian rintis dan kedua adalah melalui kajian lapangan. Kedua-

duanya saling berkait antara satu sama lain kerana peringkat rintis adalah untuk menyokong

perlaksanaan kajian lapangan seperti kaedah kajian, responden kajian, pendedahan dan

pengalaman pengkaji. Tujuan kajian rintis ini adalah menilai kesesuaian konteks, mengenal

pasti logistik yang mungkin berlaku apabila menggunakan kaedah yang dicadangkan sama

ada membina dan menguji kecukupan instrument kajian. Maka dengan itu, protocol

penyelidikan terbentuk dan dapat mengenal pasti kesesuaian menggunakan bahasa dan ayat

dalam soal selidit yang diedarkan. Oleh itu maka kaitan antara peringkat kajian rintis dan

kajian lapangan akan dapat dilaksana dengan baik.

87
13.3 Sampel Kajian

Tujuan kaji selidik dijalankan adalah menentukan kategori jenis-jenis material yang

digunakan, skop geografi serta keperluan pentadbiran (Abu Bakar, 1995). Bagi melancarkan

sesebuah penyelidikan dilakukan, maka penyelidik perlu mengenalpasti terlebih dahulu

populasi yang sesuai sebagai bahan kajian. Maka dalam populasi ini nanti perlu dikenalpasti

terlebih dahulu supaya tidak timbul masalah kerana bidang penyelidikan perlu dikaji terlebih

dahulu serta data dan makluman yang perlu dikumpulkan (Abd Rashid, 2009).

Oleh itu, populasi dalam kajian yang dijalankan digunakan untuk merujuk kepada

keseluruhan individu dalam kumpulan dimana dapatan kajian akan diperoleh. Populasi yang

dipilih oleh penyelidik dalam kajian ini adalah para penulis ilmiyah Jurnal Penyelidikan

Islam. Maka dengan ini sampel kajian yang diperoleh akan mengesahkan kesahihan fakta

yang ditulis dan akan menjadi hasil kajian yang bermanfaat untuk tulisan kajian ini.

13.4 Kaedah Analisis Data

Segala data kuantitatif bagi kajian ini dikumpulkan melalui kaedah tinjauan dengan

menjadikan sola selidik sebagai alat kayu ukur untuk menentukan ketepatan dan kesahihan

data yang diperoleh. Pengkaji menggunakan analisis data statistik deskriptif keseluruhan data

untuk melihat pengaruh salafi wahhabi yang wujud dalam penulisan jurnal yang diterbitkan

oleh pihak Jakim. Selain itu, ia juga untuk melihat tahap dan peringkat dalam setiap variable

88
yang digunakan bagi mengetahui implementasi intervensi pengaruh sosial dan impak kepada

kesejahteraan komuniti di Malaysia hasil dari penulisan-penulisan tersebut.

Kajian berdasarkan kes pengaruh salafi wahhabi dalam yang akan diperolehi akan

dikenal pasti. Data-data dalam kajian kes pengaruh salafi wahhabi ini berbentuk kuantitatif

yang dikumpulkan menggunakan kaedah analisis dokumen hasil penulisan jurnal

penyelidikan Islam terbitan Jakim 2006-2016, dan kaedah temu bual. Semasa proses temu

bual dijalanakan, alat perakam suara digunakan untuk merekodkan setiap butiran individu

dengan informan masing-masing. Sebanyak lima orang responden dari Jakim diperlukan

dalam kajian ini.

Bermula dari transkipsi rakaman tersebut mengambil masa selama tiga bulan untuk

diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Data temubual yang telah dianalisis berdasarkan

prosedur yang disarankan oleh Creswell (1998) iaitu melibatkan proses meringkas, mengkod,

mengklasifikasi dan mentafsir data. Temubual yang dijalankan secara mendalam dapat

memberikan gambaran sebenar tentang pengalaman responden bagi mendapatkan data yang

tepat dan tulen. Lantaran itu, maklumat temubual dikumpulkan sehingga mencapai tahap tepu

(saturation) iaitu maklumat yang diberikan responden baru semasa temu bual memberikan

sedikit tambahan maklumat baru yang ada kaitan dengan persoalan kajian berbanding

responden sebelumnya (Merriam, 1998).

Langkah pertama yang telah diikuti dalam menganalisis data temu bual ialah

meenyusun dan meringkaskan data. Dalam proses ini, transkipsi temubual dan kategori kod

dihasilkan. Kategori kod bagi data ini diperolehi daripada penulisan catatan, “rephrasing”

89
iaitu pernyataan informasi berdasarkan kefahaman pengkaji dan “indentifying” iaitu

pernyataan yang bermakna untuk dimuatkan dalam huraian. Bagi langkah kedua, data

berkenaan yang diperolehi seterusnya diproses disusun dan diagregat semua dengan mengenal

pasti tema daripada dapatan keseluruhan data. Ketikamana dilakukan pembahagian mengikut

tema kajian ini. Maka terdapat keadaan yang mana data yang sama berada dalam kod yang

berbeza. Semasa proses berjalannya analisis interprestasi dapatan kajian ini, pengkaji

menggunakan perisisan IPHONE dalam menentukan tema kajian yang dilakukan.

Langkah ketiga adalah membina kerangka penulisan atau penceritaan semula yang

dapat difahami. Dalam melengkapkan penulisan ini, maka setiap tema dibaca berulang-ulang

kali bagi menghasilkan kerangka penulisan atau cerita yang mengaitkan implementasi

intervensi sosial dan impak baik kepada kesejahteraan masyarakat di Malaysia. Selain

menggunakan data temu bual, penulis menghasilkan data berdasarkan data dari analisis

dokumen berkaitan. Bertitik tolak dari rujukan kepada dokumen-dokumen tersebut lalu

dilakukan perbandingan dengan dapatan temu bual melalui kaedah triangulasi untuk kesahan

dapatan kajian ini.

Maka dengan ini akhirnya hal ini dapat memastikan data kualitatif bagi kajian kes

pengaruh salafi wahhabi ini akan lebih bermakna. Scott dan Garner (2013), Punch (2000) dan

Merriam (1998) mengatakan triangulasi berfungsi memeriksa kebenaran data dengan cara

membandiingkan data yang diperolehi dari sumber lain di samping meningkatkan lagi

kesahan data dan memberi hasil kajian yang mendalam. Triangulasi boleh dijalankan dengan

90
menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan laporan yang dikeluarkan oleh pihak yang

berautoriti atau pihak berwajib.

14.0 Pengorganisasian Tesis

Kajian ini diorganisasikan secara dua peringkat iaitu kajian rintis dan kajian sebenar.

Kajian rintis adalah bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan maklumat dalam soal

selidikit yang diedarkan. Hal ini kerana semua kajian yang dilaksanakan amat mementingkan

hasil dapatan yang sah dan boleh dipercayai. Kesahan merujuk kepada penilaian yang dibuat

terdahap kesesuaian dalam mentafsir dan tindakan yang dibuat terhadap skor-skor kajian

(Johnson dan Cristensen, 2000). Tafsiran sebegini disokong oleh Neuman (2011) mengatakan

kesahan berkait dengan kebenaran dan merujuk kepada kesesuaian antara pembinaan atau

cara pengkaji mendatangkan konsep idea dan mendefinisikan sesuatu konsep berdasarkan

ukurannya tertentu.

Manakala menurut Merriam (1998) pula, kedua-dua elemen ini dapat memastikan

pengetahuan yang diperolehi melalui kajian ini dapat dipercayai dan menyumbang kepada

perkembangan ilmu sedia ada. Merriam (2009) berpendapat lagi, bahawa isu kesahan dalaman

dan luaran serta kebolehpercayaan adalaha sangat penting dalam penyelidikan kerana kualiti

dapatan kajian bergantung kepada aspek kesahan dan kebolehpercayaannya. Oleh sebab itu,

kedua-dua aspek ini bermula dari awal perlaksanaan, pengumpulan data, penganalisaan data

sehinggalah kepada penulisan laporan kajian. Maka akhirnya isu berkaitan kejujuran dan etika

91
penyelidik untuk memungut dan menganalisis data serta membentangkannya sebagai hasil

kajian.

15.0 Rumusan

Secara keseluruhannya pengaruh salafi wahhabi membawa impak buruk yang

membahayakan etika penulisan jurnal penyelidikan Islam terbitan Jakim. Dan konflik yang

berlaku adalah berdasarkan beberapa ciri-ciri berikut yang sedia dikenalpasti, antaranya

adalah seperti berikut:

i. Mengambil sumber dan bahan rujukan kepada Syeikh Nasaruddin Al-Bani, Syeikh

Muhammad bin Abdul Wahab dan ramai dari kalangan ulamak-ulamak lain yang

membawa fahaman dan pengaruh salafi wahhabi tanpa merujuk kepada para ulamak

hadist yang mempunyai autoriti dalam bilang ilmu hadis,

ii. Penulisan jurnal dipengaruhi unsur-unsur membawa pengaruh fahaman salafi wahhabi

dalam penulisan mereka dengan memberi persepsi negatif dan mengkeji ulamak

seperti Imam Ghazali yang beraliran tasawwuf atau menganggap ianya adalah dari

aliran bertariqat yang sesat atau salah dalam Islam,

92
iii. Menimbulkan keresahan, kekeliruan, mendatangkan perselisihan dan menimbulkan

sifat salah faham terhadap konsep tasawwuf itu sendiri terhadap para ulamak yang

cenderung mengamalkan amalan sufi dalam kehidupan mereka.

iv. Menimbulkan permusuhan terhadap aliran yang sealiran Asya’irah secara tidak

langsung kerana konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak pernah menolak konsep

ulamak tasawwuf dan pandangan mereka.

v. Kegagalan insitutusi Jakim dalam memberikan peranan membawa Islam secara

berkualiti dan bernilai dan konsep berjamaah dalam perkara yang tidak sepatutnya

dimusuhi, dikecam dan dihina melainkan mereka yang bertentangan dari panduan Al-

Qur’aan dan Sunnah.

Oleh itu beberapa perkara tersebut sebagai saranan penulis memandangankan terdapat

beberapa unsur-unsur pengaruh salafi wahhabi dalam penerbitan jurnal-jurnal penyelidikan

Islam terbitan Jakim sepanjang sepuluh tahun terbitannya dalam kajian ini.

93
15.0 Bibliografi

Muhammad bin Abdu Al-Wahhab, 2008M/ 1429H, Kitabu Al-Tauhid, Maktabah `Ibaadu
Al-Rahmaan dan Maktabah Al-Ulum wa Al-Hikam, Mesir.

Muhammad bin Abdu Al-Wahhab, 1999M/ 1420H, Usuulu Al-Imaan, Wazarotu Al-Syuun
Al-Islamiah Wa Al-Awqaaf Wa Al-Dak`wah Wa Al-Irsyad, Riyadh.

Muhammad Naseruddin Al-Baani, 1995M/ 1415H, Silsilah Al-Ahaadith Al-Soheehah,


Maktabah Al-Ma`aarif Li Al-Nasyr wa Al-Tauzik`, Riyadh.
Abi Ishaa` Al-Huwainiy, 1989M/ 1410H, Samth Al-Laaey, Maktabah Al-Tau`iyah Al-
Islamiah, Giza, Mesir.

Muhammad bin Sooleh Al-`Uthaimen, 2011M/ 1422H, `Akidah Ahli Al-Sunnah Wa Al-
Jamaa`ah, Maktabah Al-Ta`aawani Li Al-Da`kwah wa Al-Irsyad Bi Sulthon,

Jurnal Penyelidikan Islam, Bil 19, 2006/1428H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Putrajaya, Cetakan Jakim, Putrajaya.

Jurnal Penyelidikan Islam, Bil 20, 2007/1429H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Putrajaya, Cetakan Jakim, Putrajaya.

94
Jurnal Penyelidikan Islam, Bil 21, 2008/1430H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Putrajaya, Cetakan Jakim, Putrajaya.

Jurnal Penyelidikan Islam, Bil 22, 2009/1431H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Putrajaya, Cetakan Jakim, Putrajaya.

Jurnal Penyelidikan Islam, Bil 23, 2010/1432H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Putrajaya, Cetakan Jakim, Putrajaya.

Jurnal Penyelidikan Islam, Bil 24, 2011/1433H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Putrajaya, Cetakan Jakim, Putrajaya.

Jurnal Penyelidikan Islam, Bil 25, 2012/1434H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Putrajaya, Cetakan Jakim, Putrajaya.

Jurnal Penyelidikan Islam, Bil 26, 2013/1435H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Putrajaya, Cetakan Conceptpress Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor.

Jurnal Penyelidikan Islam, Bil 27, 2015/1436H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Putrajaya, Cetakan Cetak Jitu Sdn Bhd, Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.

Jurnal Penyelidikan Islam, Bil 28, 2016/1437H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Putrajaya, Cetakan Cetak Jitu Sdn Bhd, Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.

Mohammad bin Saari, Jakim Empat Dekad, Memacu Transformasi Pengurusan Hal
Ehwal Islam. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 2012.

Daniel Ungureanu. Wahhabism, Salafism and the Expansion of Islamic Fundamentalist


Ideology. Romania: University of Lasi, 2008.

95
James M.Dorsey. Wahhabism vs. Wahhabism: Qatar Challenges Saudi Arabia.
Singapore: S. Rajaratnam School of International Studies. 2013.

Stephane Lacroix. Isim Review. Salafism. Al-Bani`s Revolutionary Approach to Hadith.


Leiden: South Dutch. 2008: 6.

Roisin Hinds. Islamic Radicalisation in North and West Africa Drivers and Approaches
to Tackle Radicalisation. United Kingdom: GSDRC. International Development. College of
Social Sciences. University of Birmingham. 2013.

Jacob Olidort. Salafism: Ideas, recent history, politics. Washington D.C. 2016.

Chris Chaplin. Imagining the land of the Two Holy Mosques: The Sosial and Doctrinal
Imaortance of Saudi Arabia in Indonesian Salafi Discourse. United Kingdom: University
of Cambridge. 2014.

Mark R. Bissinger. Journal of Democracy, Islamist Parties and Democracy. United States
of America: The Johns Hopkins University Press. 2008.

Conerly Casey. States of Emergency: Armed Youths and Mediations of Islam in


Northern Nigeria. Los Angeles: University of Carlifornia. 2014.

Natalia V. Kosheva. Muslim Da`wah and its influence on Islamic Studies of the USA.
Belarus. 2014.

Quintan Wiktorowicz. Anatomy of the Salafi Movement. United States of America.


Washington D.C. 2005.

Sadashi Fukuda. Wahhabism and the Devolopment of Salfism: The nature and policy
trend of Salafis. Japan. 2013.

96
Khushal Khan. The Creeping Wahhabization in Pukhtunkhwa: The Road to 9/11.
Virgina: Independent Scholar Stafford. 2011.

Charles Kurzman, Carl W. Ernst. Islamic Studies in U.S. Universities. Chapel Hill:
University of North Carolina. 2012.

Jonathan Brown. The Carnegie Papers, Salafis and Sufis in Egypt. Washington:
Massachusetts Avanue. 2011.

Christopher M. Blanchard. The Islamic Traditions of Wahhabism and Salafiyya.


Washington D.C: Independence Avanue. 2006.

Anshumali Shukla. Wahhabism and Global Terrorism. Patiala. Punjab: Punjab University.
2014.

Thomas Hegghammer. Jihadi Salafis or Revolutionaries?, On Religion and Politics in the


Study of Militant Islamism. New York: Columbia University Press. 2009.

Lucy Barkley. Has Wahhabi Islam played a part in the rise of global terrorism?. Wales:
University of Wales: Trinity Saint David. 2012.

Paul L. Heck. An Early Response to Wahhabism form Morocco: The Politics of


Intercession. Washington D.C: Georgetown University. 2012.

Syafiq Hashim. States And Religon Considering Indonesian Islam as Model Democration
for The Muslim World. Berlin: Liberal Institute. 2013.

Vlada Azinavic. Challenges to International Security: The Case of Bosnia-Herzegovina.


Sarajevo: Human Security in the Western Balkans (HUMSEC). 2007.

97
Simon Mabon, Grant Helm. Da`ish, the Ikhwan and Lessons from History. Lanchester:
The Foreign Policy Centre. 2016.

Martin Van Bruinessen. Wahhabi influences in Indonesia, real and imagined. Leiden.
South Holland: International Institute for the study of Islam in the Modern. 2002.

Hayat Alvi. The Diffusion of Intra-Islamic violence and terrorism: The impact of the
proliferation of salafi wahhabi ideologies. Rhode Island: Middle East Review of
International Affairs (MERIA). 2014.

May Darwish. The Ontological (In) security of similarity: Wahhabism versus Islamism in
Saudi Foreign Policy. Hamburg: German Institute of Global and Area Studies (GIGA). 2014.

Fawaz A. Gerges. ISIS and the Third Wave of Jihadism. Cambridge: Cambridge University
Press. 2014.

Stephane Lacroix. Post-Wahhabism in Saudi Arabia?. Sciences Po. Paris: 2005.

E. Van Donzel, W.P Heinrichs, G. Lecomte, E.J Brill. The Encyclopedia Of Islam, C.E
Bosworth. Leiden: The Netherlands. 1995: 900.

Ricardo Rene. Mercy or Wrath: The Competing Ideologics of Sufism and Wahhabism in
North Africa and the Sahel. Binghamton: The Research Foundation of the State University
of New York. 2013.

Mervyn F. Bendle. Secret Saudi Funding of Radical Islamic Groups in Australia.


Melborne: National Observer. 2007.

Ronald A. Simkins. The Contexts of Religion and Violence. Omaha, Nebraska: The Kripke
Center. 2007.

98
Haslinda Binti Waimin. Ajaran Sesat: Pengaruh Dan Kesannya Terhadap Masyarakat
Islam, Satu Kajian Di Banting. Bangi Lama: Kolej Islam Darul Ehsan (KUIS). 2000.

Jabatan Mufti Negeri Perlis. Hukum Tahlil Arwah dan Khatam al-Qur`an untuk arwah.
Kangar. 2013. http//mufti.perlis.gov.my.

Muhammad Isma`il Al-Muqaddam, 2008M/1429H, Khowatir Hawla Al-Wahhabiyyah, Daru


Al-Tauhid Li Al-Turath, Wardiyan, Iskandariyah, Mesir.

99

Anda mungkin juga menyukai