Anda di halaman 1dari 2

PENERANGAN

🌸Doh dumpling ada dua jenis,tanpa tepur dan ada telur


🌸Siu mai adalah nama panggilan bagi dim sum dalam bahasa cina
🌸dumpling adalah dlm bentuk yg tertutup dan biasanya boleh direbus,digoreng dan dikukus manakala
siumai/dimsum pula sesuai di kukus
APA ITI CHAI KUE?
🌸Chai kue atau nama lain nya adalah choi pan juga sejenis dumpling cuma ia berbeza kerana tekstur nya
agak chewy dan transparent.

Filling Udang:
a)400g isi udang
b)1 sudu kecil minyak bijan
c)bawang putih goreng
d)garam dan gula
cara-caranya:
-masukkan isi udang dalam mangkuk dan campurkan kesemua bahan.
-garam dan gula secukup rasa.
-gaul sehingga rata kesemua bahan tadi

Filling Sayuran:
a)sebatang carrot
b)sebiji sengkuang bersaiz kecil
c)1 sudu kecil minyak bijan
d)udang kering (sangai)
e)garam dan gula
f)sedikit minyak masak
cara-caranya:
-sagat kasar carrot dan sengkuang dan asingkan.
-kisar halus udang kering dan asingkan.
-ambil kuali dan panaskan minyak, kemudian masukkan bahan a,b,d.
-kemudian masukkan minyak bijan dan garam gula secukup rasa. Tumis semua bahan sehingga layu.
*Jangan tumis bahan terlalu lama. Gaul sehingga rata sahaja.

Filling ayam:
a)400g isi ayam
b)1 sudu kecil minyak bijan
c)daun bawang(racik kasar)
d)carrot(dikisar kasar)
e)bawang putih goreng
f)garam dan gula
g)1 sudu makan chicken stock
cara-caranya:
-masukkan isi ayam dalam mangkuk dan campurkan kesemua bahan.
-chicken stock dan garam gula secukup rasa.
-gaul sehingga rata kesemua bahan tadi
Kuah Kicap:
a)3 sudu kicap lemak manis.
b)2 sudu kicap lemak masin.
c)sebiji limau kasturi.
cara-caranya:
-campurkan kesemua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati.

Kuah Sup:
a)ikan bilis kopek (segenggam)
b)sebatang daun bawang
c)bawang putih goreng
d)chicken stock untuk perasa
e)1 liter air
cara-caranya:
-Didihkan air dalam kuali, masukkan bilis, daun bawang, dan bawang putih goreng dan biarkan sehingga
semua bahan naik bau.
-kemudian masukkan chicken stock secukup rasa.
*dumpling mesti direbus asing sebelum dicampurkan dengan sup supaya sup tidak bertepung dan ganggu
rasa sup tersebut.

RESEPI KULIT CHAI KUE


100 gram tepung wheats starch
50gram tepung ubi
170ml air panas
Secubit garam
CARA2
-campurkan wheat starch dengan tepung ubi di dalam satu bekas
-masukkan garam,gaul sebati
-masukkan air panas sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh dan uli sehingga tidak melekat pada tangan
-tutup kan doh dlm bekas selama 15 minit
-uli dan boleh mula mencanai dan tekapkan bentuk bulat
Tips penting..
-sebelum mengukus pastikan loyang disapu dengan minyak masak atau alaskan dengan daun pisang atau
plastik yg tahan pns supaya chai kue tidak melekat pada permukaan loyang
-sapu minyak pada chai kue sebelum dikukus untuk mendapatkan tekstur berkilat dan mengelakkan chai kue
jd kering

Anda mungkin juga menyukai