Anda di halaman 1dari 5

Bismillahhirrahmanirrahim.

Alhamdulillahirabbil alamin.
Wassolatu wassalamuala asyrofil anbiya’ iwal mursalim
Waala a’lihi wasohbihi ajmain.

Yang dihormati Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,
penjaga masa yang tetap setia dengan masanya, guru-guru yang dikasihi, rakan-
rakan seterusnya hadirin dan hadirat yang saya muliakan.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Salam sejahtera, pembuka bicara. Berdirinya saya pada hari ini adalah untuk
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “ Solat Pembentuk Sahsiah
Unggul ”.

Hadirin dan hadirat yang saya muliakan,

Definisi solat dari segi bahasa diambil daripada bahasa arab yang
membawa maksud: Doa memohon kebajikan dan pujian.

Adapun menurut para fuqahak iaitu : Beberapa ucapan dan perbuatan


yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, yang dengannya kita
beribadah hanya kepada Allah, menurut syarat-syarat yang telah ditentukan.

Solat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Solat
merupakan tiang agama dan ibadah wajib ke atas individu yang mukallaf.selagi
akalnya masih sihat dan waras.

Sidang hadirin yang saya hormati,

Jika kita lihat kejayaan insan-insan terdahulu, maka solatlah kunci segala-
galanya.Solat membentuk peribadi yang unggul. Sebagaimana Sultan
Muhammad Al-Fateh, siapa yang tidak kenal dengan baginda? Baginda ialah
salah seorang pahlawan Islam yang telah berjaya menawan Kota Konstantinople
dengan berkat kesungguhan baginda dalam menitik beratkan solat fardhu 5
waktu secara berjemaah kepada tentera-tentera baginda. Akhirnya kota yang
terkenal dengan kubu kuat lawan telah jatuh ke tangan Pahlawan Islam
terbilang.

Sebagaimana firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Dan perintahkanlah keluargamu ( serta umatmu )


mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun sabar mengerjakannya.

( Surah taha : ayat 132 )

Hadirin dan hadirat yang saya muliakan,

Pengaruh dan kesan positif solat kepada kehidupan umat islam terlalu
besar terutama dalam membentuk jiwa,diri dan berakhlak mulia.Malahan ibadah
solat berupaya menjadi benteng, mencegah diri daripada melakukan perbuatan
keji dan mungkar.

Sebagaimana firman Allah s.w.t,

Maksudnya : Sesungguhnya solat itu mencegah diri daripada melakukan fahsya


( dosa kecil ) dan mungkar ( dosa besar ).

( Surah Al-Ankabut : ayat 45 )

Oleh itu, rakan-rakan dan sidang hadirin yang saya kasihi. Bilamana kita
menjaga solat kita, pasti Allah akan memelihara diri kita daripada segala anasir
yang merbahaya seperti : Mencuri, merompak, membunuh, menyamun dan
sebagainya.
Seterusnya kita juga perlu tahu amalan yang pertama sekali akan dihisab
pada hari akhirat kelak ialah solat. Sebagaimana sabda nabi Muhammad s.a.w :

Maksudnya : Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali akan dihisab pada hari
kiamat mengenainya ialah solatnya.

Oleh yang demikian itu, duhai sahabat-sahabat sekalian, bangkitlah !


bangunlah! Marilah kita sama-sama menjadikan solat kita sebagai ibadah yang
paling utama dan berusaha untuk memperelokkannya kerana dari situlah akan
lahir generasi yang bersahsiah unggul dan berperibadi mulia sebagaimana
akhlak nabi kita Nabi Muhammad s.a.w.

Hadirin dan hadirat yang saya muliakan,

Melalui ibadah solat juga, ia melatih diri menjadi insan yang berdisiplin,
berketrampilan dan menepati masa, bilamana kita hendak solat, sudah masuk
waktu baru boleh solat. Begitu juga semasa belajar, perlu ada jadual dan
mengikut masa serta program yang telah ditentukan . Betapa pentingnya kita
menjaga masa telah ditekankan dalam Al-Quran. Allah telah berfirman :

Maksudnya : Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan. Kecuali


orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

( Surah Al-Asr : Ayat 1-3 )


Akhir sekali sebagai kesimpulannya, kita perlu sedar bahawasanya solat
adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada hamba-hambanya. Melalui
solat kita boleh berhubung terus dengan Allah s.w.t. Kita merintih, kita merayu
hanya kepadanya, bukan berharap kepada makhluk tapi mengharap kepada Al-
Kholik ( Tuhan sang Pencipta ).

Saya sudahi kalam saya dengan serangkap pantun:

Solat itu tiang agama,

Tunaikanlah dengan segera,

Itu pesan Rasul Utama,

Kunci Jalan tuju ke Syurga.

Wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah


hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai