Anda di halaman 1dari 39

CTU231

Asas Perakaunan Islam

Topik 5:

Konsep Harta
(al-Mal) Dalam Perakaunan
Islam

Disusun Oleh:
Ustazah Noor Hasyimah Bt Sulaiman
1 1
Hasil Pembelajaran

Setelah mengikuti kuliah ini, pelajar dapat:

i. Menjelaskan konsep harta dalam Islam.

ii. Menghuraikan ciri-ciri harta yang dikategorikan sebagai harta dari perspektif Islam.

iii. Mengenalpasti cara memperolehi dan membelanjakan harta yang mematuhi syariat Islam.

iv. Menghuraikan jenis-jenis harta yang dikategorikan sebagai harta dari perspektif Islam.

2
Isi Kandungan

5.0 Konsep Harta (al-Mal) Dalam Perakaunan Islam:


5.1 Konsep Harta Dalam Harta
5.1.1 Definisi Harta
5.1.2 Kedudukan Harta Dalam Islam
5.1.3 Cara Memperolehi Harta Dari Perspektif Islam
5.1.4 Cara Membelanjakan Harta Dari Perspektif Islam
5.1.5 Larangan Dalam Mencari dan Menggunakan Harta
5.2 Ciri-Ciri Harta Dari Perspektif Islam
5.3 Perbezaan Antara Hak dan Manfaat
5.4 Jenis-Jenis Harta Dari Perspektif Islam
5.5 Kesimpulan
3
5.1.1 (a) Definisi Harta Dari Sudut Bahasa

• Perkataan ‘harta’ adalah sama dengan perkataan MAL


dalam bahasa Arab. Perkataan mal adalah mufrad dari
perkataan AMWAL. Ia juga bermaksud apa-apa yang
dimiliki dari segala sesuatu.

• Ibn Athir berpendapat, harta pada asalnya ialah sesuatu


yang DIMILIKI, terdiri dari emas dan perak dan kemudian
telah DIGUNA PAKAI dari setiap sesuatu yang diperolehi
dan dimiliki dari wang tersebut.

• Menurut kamus al-Munjid pula, harta bermaksud tiap-tiap


benda, barang perniagaan, harta alih, wang atau binatang
yang DIMILIKI sama ada secara individu atau kumpulan.

4
Samb…5.1.1 (a)

Menurut Kamus Dewan, harta


merupakan BARANG-BARANG
BERHARGA seperti rumah,
tanah, bangunan, barang kemas
dll yang dimiliki individu,
syarikat atau pertubuhan.

5
5.1.1 (b) Definisi Harta Dari Sudut Istilah

• Ibn Abidin (Hanafi) – sesuatu yang manusia


BERHAJAT KEPADANYA SECARA FITRAH dan ia
mestilah sesuatu yang BOLEH DISIMPAN untuk
kegunaan apabila diperlukan.

• Imam Syafie – sesuatu yang BERHARGA dan


hendaklah DIGANTI SEKIRANYA BERLAKU
KEROSAKAN.

6
6
Samb...5.1.1 (b)

• Abdul Karim Zaidan – sesuatu yang BOLEH


DIMILIKI atau AKAN DIMILIKI pada masa hadapan
dan ianya BERFAEDAH KEPADA MANUSIA.

• al-Zarqa` - apa yang dianggap BERGUNA dan


BERNILAI pada pandangan masyarakat adalah
harta.

• Wahbah al-Zuhayli – sesuatu yang DIPERLUKAN


dan MAMPU DIMILIKI oleh manusia samada
dalam bentuk benda (`ain) atau faedah (manfaat).
Contohnya kenderaan, bangunan dll.

7
5.1.2 Kedudukan Harta Dalam Islam

Semua harta yang ada di muka bumi


adalah MILIK MUTLAK ALLAH. Tidak
ada sesuatu pun yang menjadi milik
manusia secara mutlak.

“Segala yang ada di langit dan di bumi


adalah kepunyaan Allah”.
(al-Baqarah: 284)

8
Samb…5.1 2 Kedudukan Harta Dalam Islam
• Manusia berperanan sebagai PEMEGANG AMANAH dalam menjaga
dan menguruskan harta dengan baik. Manusia tidak boleh menganggu
hak milik orang lain dan perlu bertanggungjawab terhadap apa yang
diperolehi dan apa yang dibelanjakan. Manusia perlu menggunakan
harta dengan sebaik mungkin mengikut ketentuan syarak. Harta adalah
ujian dari Allah untuk manusia dan sewajarnya harta itu di gunakan ke
jalan Allah.

• “Ingatlah, Firman Allah s.w.t. kepada malaikat,"Sesungguhnya Aku akan


menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi (Adam). Maka jawab
mereka itu, "Adakah patut Engkau jadikan di atas muka bumi orang
yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedang kami
tasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Allah berfirman, "
Sesungguh nya Aku mengetahui apa-apa yang tiada engkau ketahui".

(al-Baqarah ayat 30)

9
Samb… 5.1.2 Kedudukan Harta Dalam Islam

• Manusia mestilah menggunakan dan menguruskan harta


dengan sebaik mungkin serta TIDAK MELAKUKAN
KEROSAKAN DI MUKA BUMI.

• Dan bila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kalian


membuat kerosakan di muka bumi:" Mereka menjawab,
"Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan
kebaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-
orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak
menyedarinya.
(al-Baqarah: 11-12)

10
Samb…5.1.2 Kedudukan Harta Dalam Islam

• Harta yang disediakan oleh Allah S.W.T. adalah


BANYAK DAN CUKUP MEMENUHI KEPERLUAN
MANUSIA.

• “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah


digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk
rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan
oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah
(tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah
nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)’’
(al-Mulk Ayat 15)

11
Samb…5.1.2 Kedudukan Harta Dalam Islam

• Tujuan diberi harta adalah untuk MENGUJI KEIMANAN,


supaya lebih kuat berusaha. Mengakui inilah realiti
kehidupan, manusia masing-masing saling memerlukan
antara satu sama lain.

• “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-


hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari
mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian
maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”
(al-Munaafiquun: 9)

12
5.1.3 Cara atau Kaedah Memperoleh Harta
• Melibatkan diri dalam AKTIVITI EKONOMI atau
dengan usaha sendiri seperti bekerja sendiri.

• Melalui PENSYARIATAN seperti pusaka, nafkah,


wasiat, pembahagian harta rampasan perang,
agihan zakat.

• KONTRAK PEMINDAHAN seperti jual beli, hutang


piutang, mas kahwin atau pemberian.

• BANTUAN orang lain baik individu, masyarakat atau


kerajaan seperti baitul mal dll.

13
5.1.4 Cara Membelanjakan Harta

(a) Perbelanjaan Wajib

i. NAFKAH – Seorang bapa bertanggungjawab untuk


memberikan nafkah kepada keluarga, isteri, anak-anak
dan ibubapa mereka.

ii. ZAKAT – Kewajipan setiap muslim untuk membayar


zakat sama ada zakat harta benda atau zakat fitrah.

iii. INFAQ WAJIB – derma yang disyaratkan oleh kerajaan


untuk membayarnya. Di Malaysia contohnya ialah
membayar cukai pendapatan.

14
Samb...Cara Membelanjakan Harta

(b) Perbelanjaan Sunat:

WASIAT – ialah harta yang telah dipesan oleh si mati kepada seseorang sebelum meninggal dan ia
berkuatkuasa selepas meninggal dunia. Maksimum harta yang boleh diwasiatkan hanya 1/3 daripada
keseluruhan hartanya.

WAKAF – sumbangan harta yang kekal boleh digunakan dalam jangka masa panjang untuk dimanfaatkan
oleh masyarakat. Contohnya seperti mewakafkan tanah, bangunan, buku, al-Quran dan sebagainya.

SEDEQAH - sumbangan yang diberikan tanpa mengharap sebarang balasan. Harta yang disedekahkan
boleh digunakan samada dalam jangka masa pendek atau panjang, dimanfaatkan oleh individu atau
masyarakat

HIBAH – Hadiah atau pemberian semasa seseorang itu masih hidup.

SUMBANGAN – cenderahati, hadiah, dll.

15
5.1.5 Larangan Dalam Mencari dan
Menggunakan Harta

(a) Larangan Dalam Mencari Harta:

• Larangan mencari harta dengan mengusahakan


perniagaan atau pengeluaran yang diharamkan
oleh Islam atau membahayakan peribadi, umum
atau kemuliaan masyarakat. Contohnya seperti
menjalankan perniagaan kelab malam, mengedar
dadah dan memalsukan matawang.

• Larangan terlibat dalam riba, rasuah, penipuan,


penyelewengan dan lain-lain.

16
Samb... Larangan Dalam Mencari dan
Menggunakan Harta

(b) Larangan Dalam Menggunakan Harta:

• Larangan menimbunkan harta tanpa dilabur atau


diusahakan.
• Larangan menggunakan harta yang
membahayakan peribadi, umum atau kemuliaan
masyarakat contohnya membeli dadah, membeli
tiket perjudian.
• Larangan menggunakan wang untuk perkara yang
diharamkan Islam seperti riba, rasuah, penipuan,
penyelewengan dan lain-lain.

17
5.2 (a) Ciri-Ciri Harta Dalam Islam

• Harta itu mesti WUJUD dan dianggap BERNILAI oleh


manusia seperti rumah, tanah dan emas.

• Harta ialah benda yang kita boleh KUASAI dan boleh


MEMANFAATKANNYA secara langsung. Contohnya
tanah, bangunan, rumah, kereta.

• Harta mestilah sesuatu yang BOLEH DIKUASAI PADA


MASA HADAPAN. Contohnya ikan di sungai atau
laut, mutiara di lautan, burung di udara, haiwan di
dalam hutan dan lain-lain.

18
Samb..Ciri-Ciri Harta

• Harta itu merupakan sesuatu dapat DISIMPAN


untuk waktu tertentu, atau waktu yang lama dan
boleh DIGUNAKAN DI WAKTU MEMERLUKAN,
boleh digunakan oleh sebahagian atau
masyarakat umum. Contohnya seperti wang,
emas, perak.

• Harta adalah sesuatu yang HALAL dan dibenarkan


oleh syarak. Samada dari sudut barang itu sendiri
atau cara memperolehinya. Contohnya seperti
banggunan, syarikat yang menjalankan aktiviti
halal, kereta dan lain-lain.

19
5.2 (b) Ciri-ciri Barang Yang Tidak Diklasifikasikan
Sebagai Harta Dalam Islam

• Sesuatu yang TIDAK BOLEH DIKUASAI tetapi dapat


dimanfaatkan seperti cahaya matahari dan udara tidak
dianggap harta.

• Sesuatu yang boleh dikuasai tetapi TIDAK CUKUP


DIMANFAATKAN seperti sebiji beras, setitik air atau sebiji
gula tidak dianggap sebagai harta.

• Barang yang HARAM DAN NAJIS tidak diklasifikasikan


sebagai harta dalam Islam seperti dadah, arak, bangkai
dan lain-lain.
• Harta yang DIPEROLEHI SECARA HARAM seperti melalui
perjudian, rasuah, rompakan dan lain-lain.

20
5.3 Perbezaan Antara Hak & Manfaat

HAK:
• KUASA yang diiktiraf syarak kepada seseorang untuk
MENGURUS HARTANYA.
• Hak yang berkaitan harta - mas kahwin, nafkah,
harta pusaka, wasiat, waqaf dll.

MANFAAT:
• Sesuatu yang BERFAEDAH KEPADA MANUSIA
dianggap sebagai harta.
• Boleh diperoleh melalui pinjaman, sewaan, waqaf,
dll.

21
5.4
Jenis-Jenis Harta
(al-Mal) Dalam
Perakaunan Islam

22
5.4 Jenis-Jenis Harta (al-Mal) Dalam
Perakaunan Islam

23
5.4.1 Harta Bernilai (Mutaqawwam) dan
Tidak Bernilai (Ghair Mutaqawwam)
(‫)مال غير متقوم( & )مال متقوم‬

(a) Harta Bernilai (Mutaqawwam):


• Adalah harta yang DIBENARKAN OLEH SYARAK
PEMILIKANNYA dan penggunaannya.
• Ia juga BERGUNA DAN BERMANFAAT kepada individu
atau kelompok manusia. Contoh: emas, rumah, kereta
dll.

(b) Harta Tidak Bernilai (Ghair Mutaqawwam):


• Harta yang TIDAK DIKUASAI atau BELUM DIMILIKI
seperti burung di udara, ikan di laut dll.
• Juga bermaksud HARTA YANG HARAM penggunaannya
kecuali darurat seperti arak, khinzir, ular dll.
24
Samb.. 5.4.1 Harta Bernilai & Tidak Bernilai.

Implikasi:
• Dalam masalah kontrak contohnya transaksi JUALBELI hanya
HARTA MUTAQAWWAM SAHAJA YANG BOLEH MENJADI
SUBJEK KONTRAK. Manakala HARTA GHAIR MUTAQAWWAM
TIDAK BOLEH DIJUAL BELI atau menjadi subjek kontrak.
Contohnya khinzir, arak, dan biawak tidak boleh dijual beli
kerana ianya tidak diklasifikasikan sebagai harta dalam Islam.

• Dari segi gantirugi pula, jika berlaku KEROSAKAN TERHADAP


HARTA MUTAQAWWAM INDIVIDU YANG MEMBUAT
KEROSAKAN MESTILAH MEMBAYAR GANTI RUGI. Tetapi
sekiranya individu tersebut merosakkan harta ghair
mutaqawwam beliau tidak perlu membayar ganti rugi kerana
harta tidak diikhtiraf syara’ pemilikannya.

25
5.4.2 Harta Alih (Manqul) dan Harta Tak Alih (Aqar)
(‫ )مال العقار‬Dan (‫)مال المنقول‬

a) Harta alih (manqul) adalah harta yang BOLEH


DIPINDAHKAN dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Contohnya kereta, komputer, emas dan lain-lain.

b) Harta tak alih/ tetap (‘aqar) ialah harta yang TIDAK


BOLEH DIGERAKKAN ATAU DIPINDAHKAN dari satu
tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya tanah dan
bangunan.
Perpindahan manqul kepada aqar: contoh pintu, saluran paip dan elektrik
jadi aqar kerana bersambung dan melekat dengan banggunan (aqar).
Perpindahan aqar kepada manqul: batu bata dan kayu daripada runtuhan
banggunan.
26
Samb… 5.4.2 Harta Alih dan Harta Tak Alih

Implikasi:

• Dalam masalah wasiat, penjaga


wasiat TIDAK BOLEH MENJUAL
HARTA TAK ALIH kecuali dengan
sebab yang tidak dapat dielakkan,
seperti untuk membayar hutang
orang yang di bawah jagaannya.
HARTA ALIH BOLEH DIJUAL PADA
BILA-BILA MASA.

Samb... Sumber: https://wasiat.com.my/mengenai-wasiat/

27
Samb… 5.4.2 Harta Alih dan Harta Tak Alih

Samb… Implikasi:

• Seseorang yang muflis boleh


dilelong hartanya untuk menebus
semula hutang.

• Akan tetapi, LELONGAN TERSEBUT


MESTILAH DIMULAKAN DENGAN
HARTA ALIH terlebih dahulu,
sekiranya nilai harta alih tidak
mencukupi barulah lelongan harta
tak alih dilakukan.
Sumber:
http://www.mdi.gov.my/images/documents/Publication/PanduanBankrap_150126.pdf 28
Samb… 5.4.2 Harta Alih dan Harta Tak Alih

Sumber:
http://www.mdi.gov.my/images/documents/Publication/Pand
uanBankrap_150126.pdf

29
5.4.3 Harta Ada Persamaan (Mithli) dan Harta
Ada Perbezaan Dengan Ciri-Ciri Khusus (Qimiy)
(‫ )مال القيمي‬dan (‫)مال المثلي‬

a) HARTA QIMIY ialah harta yang MEMPUNYAI CIRI-CIRI


YANG KHUSUS yang menjadi PENENTU KEPADA NILAI
HARGA samada terdiri daripada barang yang susah
didapati dipasaran seperti barang-barang antik atau
barang yang ada di pasaran tetapi mempunyai
perbezaan harga kerana perbezaan bilangan atau
sukatan serta sifat barang tersebut.

• Harta qimiy juga merupakan HARTA YANG SUKAR GANTI


dengan seumpamanya tetapi boleh dinilai dengan nilaian
yang subjektif. Contohnya bangunan, rumah, kereta antik,
perhiasan antic, buku terpakai dan lain-lain.

30
30
b) HARTA ADA PERSAMAAN (MITHLI) ialah harta Samb… 5.4.3 Harta Ada Persamaan
yang mempunyai persamaan (homogenus) dengan dan Harta Ada Perbezaan Dengan
harta lain samada dari segi bentuk dan nilai. Ianya Ciri-Ciri Khusus
dapat dibahagikan kepada empat bahagian:

AL- MAKILAT: MAWZUNAT:


Barang yang DISUKAT Barang yang DITIMBANG
seperti gandum, beras, seperti sayur, tepung dan
barli. gula.

‘ADADIYYAT: Barang yang AL-DHARIYYAT: Barang yang DIUKUR


DIBILANG yang mempunyai mengikut ukuran meter atau ela
seperti kain kapas, kain sutera dan
bentuk yang hampir sama lain-lain. Jika terdapat perbezaan
seperti telur, kuih karipap antara keduanya, perbezaan itu boleh
dan kelapa. diterima oleh semua pihak.

31
31
Samb… 5.4.3 Harta Ada Persamaan
dan Harta Ada Perbezaan Dengan
Ciri-Ciri Khusus
Implikasi:

• Jika MEROSAKKAN HARTA MITHLI maka perlu membayar


GANTIRUGI IAITU YANG SERUPA dengan barang yang telah
dirosakkan.

• Harta MITHLI boleh MENJADI HARGA TUKARAN dalam jualbeli.


HARTA QIMI TIDAK BOLEH.

• Jika seseorang ahli syarikat menuntut harta dibahagi sesama


mereka, PEMBAHAGIAN tersebut BOLEH DIBUAT KE ATAS
HARTA MITHLI SAHAJA. Untuk HARTA QIMIY TIDAK BOLEH
DIBUAT KECUALI ADA PERSETUJUAN AHLI SYARIKAT.

32
5.4.4 Harta Yang Berubah Bentuk Asalnya
(Istihlakhi: ‫ )مال اإلستحالك‬Dan Harta Yang Tidak
Berubah Bentuknya (Isti’maliy: ‫)مال اإلستعمال‬
Setelah Digunakan

a) Harta istihlakhi ialah harta yang HABIS


APABILA DIGUNAKAN dan BERUBAH
BENTUK. Contohnya minyak, makanan dan
minuman.

b) Harta isti’maliy ialah harta yang KEKAL


ZATNYA SELEPAS DIGUNAKAN. Ia boleh
DIGUNAKAN BERKALI-KALI seperti
pakaian, kereta, barang-barang perhiasan
dll.

3333
Implikasi:

• Hanya HARTA ISTI’MALIY SAHAJA


BOLEH DIWAKAFKAN kerana ia
BOLEH DIGUNAKAN DALAM
JANGKA MASA PANJANG dan
BOLEH MEMBERI MANFAAT
KEPADA MASYARAKAT kerana
sifatnya yang kekal walaupun
diguna berulang kali.

Rujuk:
http://www.wakafselangor.gov.my/index.php/wakaf/pengenalan-wakaf

34
35
Harta Intelek

• Termasuk dalam harta bermanfaat hasil keilmuan


kepakaran,pengalaman dll.

• Tidak boleh meniru, ciplak harta intelek.

36
Sila rujuk: http://www.myipo.gov.my/ms/myipo/

37
5.5 Kesimpulan

Islam membenarkan manusia untuk mencari


dan menggunakan harta kekayaan. Namun
sebagai umat kita hendaklah mencari harta
yang benar-benar halal di sisi Islam agar
kehidupan dan harta yang dimiliki sentiasa
diberkati oleh Allah swt.

38
Sekian,
Terima Kasih

39

Anda mungkin juga menyukai