Anda di halaman 1dari 1

Banjir Di Kampung Saya

Pada musim tengkujuh, hujan turun dengan tidak berhenti-henti di kampung

saya. Sudah tiga hari tetapi hujan masih turun mencurah-curah. Air sungai semakin
naik dan akhirnya mencapai paras bahaya. Keesokannya air sungai melimpah dan
mula menenggelami kawasan kampung.
Kami berasa bimbang lalu memindahkan barang-barang ke tempat yang
tinggi. Kami juga mengemaskan barang-barang dan dokumen-dokumen yang penting.
Air semakin tinggi dan kami berasa cemas. Nasib baik pasukan penyelamat
muncul di kampung kami. Dengan tidak berlengah, ibu dan ayah membawa kami
adik-beradik melarikan diri dengan menaiki bot penyelamat.
Kami dibawa ke tempat yang selamat iaitu balai raya. Kedudukan balai raya
lebih tinggi kalau dibandingkan dengan bangunan lain. Tempat ini telah dijadikan
pusat pemindahan sementara. Di sini, kami diberi bantuan makanan dan rawatan
perubatan. Keadaan di sini riuh-rendah dan tidak selesa. Selama dua malam di sini,
saya tidak melelapkan mata saya kerana khuatir tentang barang-barang dalam rumah
saya.
Pada hari ketiga, air pun surut. Kami dibenarkan pulang. Sepanjang perjalanan
pulang kami terlihat sampah-sarap bertaburan dan bangkai binatang ternakan mati
bergelimpangan. Apabila sampai ke rumah, kami hampir pengsan melihat rumah kami
penuh dengan lumpur. Barang-barang kami telah rosak dan berbau hapuk. Dengan
perasaan geram dan sedih, kami membersihkan rumah kami.
Banjir amat merugikan. Saya berharap banjir tidak akan melanda lagi di
kampung saya.

Anda mungkin juga menyukai