Topik 9 Pendekatan Bertema: Pengenalan
Topik 9 Pendekatan Bertema: Pengenalan
PENGENALAN
Pendekatan Bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas
dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia
menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran
artistic.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan
minat murid dan guru. Tema bukan sahaja sebagai tajuk atau subjek tetapi tema
meneroka pengalaman manusia dari segi pandangan atau perspektif dan seringkali boleh
menimbulkan isu. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepada
pelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema
memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.
OBJEKTIF
Pada akhir topik ini, anda akan dapat:
1. menyatakan tujuan pendekatan bertema;
2. menerangkan kelebihan pendekatan bertema;
3. menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan pendekatan bertema;
4. menjelaskan hubungjait tema dengan matapelajaran; dan
5. membincangkan 3 jenis tema.
PETA MINDA
OUM
147
PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9
9.1 PENGENALAN
Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar
konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru
untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari program yang tidak
tersusun berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertema
juga membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran
termasuk juga bidang-bidang kurikulum.
Justeru itu, memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan
unit pembelajaran. Ini adalah kerana banyak masa dan usaha yang perlu diberikan untuk
meningkatkannya. Terdapat banyak tema dan cara untuk mengkategorikan pendekatan
itu. Di sini, disenaraikan panduan untuk memilih tema yang boleh meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar:
(a) Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah seperti berikut:
berasaskan konsep
berasaskan kemahiran
berasaskan kandungan dan kemahiran
berfokus kepada isu
berfokus kepada projek
berorientasikan kajian kes
OUM
148
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA
(iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema, terutamanya dari
segi penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat
mengajar dengan menunjukkan contoh-contoh yang sebenar dan ’hands on’
tidak kepada guru Cuma bercerita sahaja tanpa memberi pengalaman langsung
kepada pelajar.
.
(v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih
Guru hendaklah berminat dengan tema yang dipilih dan ini akan dapat
memotivasikan dan mempertingkatan lagi penglibatan pelajar terhadap aktiviti
yang dijalankan.
(vi) Pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar
Pastikan tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan
pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran dari yang
mudah kepada yang lebih mencabar.
OUM
149
PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9
(b) Kekuatan
(i) pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal
dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan
muzik berasaslam tema yang diberi
(ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti
yang tinggi
(iii) pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan
(iv) berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru
(v) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan
(vi) dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran
(c) Isu/Cabaran
(i) kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran
(ii) untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan
(iii) hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza
(iv) sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas
(v) kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza
Tema yang dipilih dijadikan sebagai bahan untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti
kemahiran bertutur, membaca, menulsi, asas matematik, berfikir dan emosi serta sosial.
Selain itu pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar meluaskan pengetahuan
melalui tema yang dipilih.
(a) Bagaimana memilih tema yang sesuai untuk digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran?
Pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang penting dalam perkembangan
sesuatu unit. Prinsip asas bagi penciptaan tema untuk improvisasi ialah mudah dan
berfungsi. Tema wujud dalam kehidupan seharian. Pilih tema yang berkaitan dengan
kehidupan seharian anda dan cuba terokai.
OUM
150
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA
Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu anda untuk memilih
tema.
Apakah konsep atau isu utama yang penting pada tema yang dipilih?
Apakah hasil pembelajaran yang sering ada pada setiap sukatan?
Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan?
Bagaimanakah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu pelajar berfikir?.
Mampukah pelajar membuat perkaitan yang signifikan di antara disiplin-
disiplin yang lain?
Bolehkah tema yang dipilih itu menarik dan sesuai kepada pelajar?
Adakah bahan-bahan sumber mencukupi untuk mengajar unit ini?
Tema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkan kemahiran
diri pelajar. Terutamanya kemahiran 3 M (membaca, menulis dan mengira) yang menjadi
OUM
151
PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9
tunjang kepada falsafah pendidikan negara yang dapat memperkembangan tahap potensi
pelajar yang menyeluruh dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosialisasi .
OUM
152
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA
9.3.1 Tema-Persekitaran
Organisma hidup dengan persekitaran tidak dapat dipisahkan dan sentiasa berinteraksi di
antara satu sama lain. Persekitaran merangkumi elemen fizikal dan sosial. Persekitaran
fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu memberi
kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaran sosial dipengaruhi oleh
gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Elemen –
elemen fizikal dan sosial ini berinteraksi dengan tahap perkembangan kanak-kanak,
pengalaman lalu, masa dan ruang perlindungan.
Dalam kajian permainan merentas budaya, mendapati permainan olok-olok akan menjadi
lebih kompleks apabila kanak-kanak didedahkan dengan bahan dan alatan permainan
yang mencerminkan persekitaran yang spesifik terhadap budaya dan berkaitan dengan
pengalaman kanak-kanak.
Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup adalah alam
semula jadi, buatan manusia dan teknologi. Ekosistem akan mengimbangi alam sekitar
supaya semua kehidupan hidup dengan berharmoni.Perubahan buatan manusia terhadap
persekitaran seperti penerokaan hutan , tapak pembinaan perumahan dana lain-lain akan
mengakibatkan kesan positif dan negative terhadap kehidupan manusia. Teknologi telah
membawa perkembangan dan perubahan kepada manusia. Teknologi juga melahirkan
dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Dalam Seni,
teknologi menawarkan cara untuk mencapai matlamat-matlamat artistik, cendiakawan,
penghasilan dan persembahan. Teknologi yang menarik dan hebat mampu menarik minat
dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dalam bidang kesenian.
OUM
153
PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9
Berikut adalah satu contoh pelajaran Sains yang mengintegrasikan aktiviti-aktiviti Muzik,
Seni Visual dan Pendidikan Jasmani:
Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui gambar,
rakaman video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan
pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat
perkusi.
OUM
154
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA
Kesimpulan dari perbincangan itu secara tidak langsung akan dapat membantu,
untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains)
mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik)
menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza
(seni visual)
melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)
OUM
155
PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9
Persekitaran- Teknologi
Tema yang terkandung dalam persekitaran- teknologi adalah bercorak globalisasi, dunia
tanpa sempadan, komunikasi melalui internet, pelbagai jenis pengangkutan dan lain-lain.
Tema ini boleh digunakan dalam mengajar topik-topik daripada mata pelajaran lain seperti
bahasa, sain, kaijan tempatan dan lain-lain lagi.
Mari kita lihat situasi masyarakat yang memberi penekanan terhadap manusia, sosial dan
budaya. Kanak-kanak tidak dapat hidup secara bersendirian. Mereka perlu bergantung
OUM
156
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA
kepada masyarakat. Banyak pihak perlu memberi sokongan – sebagai contoh pihak polis,
pemandu bas, pegawai bank. Kanak-kanak mempelajari pelbagai peranan yang
dimainkan oleh manusia dan mereka lakonkan peranan-peranan ini dalam kehidupan
seharian mereka.
Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran kanak-kanak. Setiap insan
juga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisan masyarakat seperti
pemungut sampah berperanan untuk memungut sampah, tukang kebun menjaga taman
bunga, tukang masak memasak makanan dikantin, pemandu bas membawa kanak-kanak
kesekolah. Selain interaksi sosial dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman dapat
mempengaruhi dalam pergaulan kanak-kanak.
Kebudayaan adalah cara kehidupan yang merangkumi pelbagai perbezaan mengikut latar
belakang, keluarga dan individu. Kepelbagaian dan perbezaan menjadikan individu itu
unik. Elemen-elemen kepelbagaian termasuklah umur, jantina, kebolehan, bangsa, status
sosial agama, saiz dan perwatakan. Kepelbagaian dan perbezaan ini boleh menyeronokan
dan mengecewakan dalam usaha kita mencari kehendak individu, minat dan kebolehan.
Guru perlu memastikan bahan-bahan budaya yang pelbagaii boleh diperolehi untuk
permainan kanak-kanak.
Latihan 9.1
Apakah yang anda faham tentang tema masyarakat dalam pendekatan
bertema?
OUM
157
PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9
Dalam pembelajaran sains, penghasilan pohon keluarga sebagai suatu projek dapat
membantu pelajar memperolehi proses sains seperti memerhati, membuat inferens,
berkomunikasi dan menginterpretasi data. Pohon keluarga dipamerkan sebagai
gambarajah membentuk suatu persembahan grafik yang dapat berkomunikasi secara
terus kepada pelajar pelbagai maklumat mengenai ahli-ahli keluarga dalam suatu
cara yang ringkas, secara langsung dan mudah difahami.
Contoh: Kekeluargaan
Manusia tinggal dlam kumpulan keluarga yang berbeza
Setiap keluarga mempunyai sejarahnya tersendiri
Manusia menggunakan bahasa bertulis dan bahasa lisan untuk berkomunikasi
Keluarga mengajar mengajar kanak-kanak untuk menghargai sesuatu
Keluarga saling bantu-membantu.
Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya. Pembelajaran
sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat membantu seseorang itu
untuk meningkatkan tahap kesedaran dan untuk lebih mendalami tentang masyarakat
bersama dan juga pengalaman disamping mengharrgai pelgai budaya yang wujud dalam
masyarakat kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar Tema
Masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
bagi muzik, pergerakan dan seni visual.
OUM
158
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA
Latihan 9.2
Berdasarkan contoh Kekeluargaan di atas bincang dengan rakan pemerhatian
anda terhadap penyataan yang terdapat dalam tema masyarakat yang boleh
digabungkan ke dalam kurikulum.
Agaknya, dia
mengata akulah tu
Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk
menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan
memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi berlaku dalam konteks
yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi iaitu fizikal, budaya, psikologikal
sosial dan temporal.
Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata dimana komunikasi berlaku seperti dalam
bilik atau ruang legar atau ditaman. Konteks budaya pula merujuk kepada peraturan dan
norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang dipindah dari satu generasi kepada satu
generasi yang seterusnya. Konteks sosio-psikologikal pula merangkumi seperti contoh
hubungan status dikalangan peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan
peraturan budaya sesuatu masyarakat dimana komunikasi berlaku. Manakala dalam
konteks temporal ianya merangkumi masa dan tarikh serta silam semasa kemunikasi telah
berlaku.
Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar dan menerima
mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organ-organ deria. Walau pun anda
biasanya memikirkan tentang mesej sebagai verbal, anda juga boleh berkomunikasi
secara bukan verbal. Contohnya pakaian yang anda pakai, cara anda berjalan, berjabat
tangan, mengangguk kepala, menyisir rambut, duduk dan senyum atau menghantar
mesej. Kesemuanya mengenai anda berkomuniksi.
Komunikasi sering mendatangkan sedikit kesan ke atas seseorang atau beberapa orang
yang terlibat semasa berkomunikasi. Sebagai contoh, anda boleh mendapat pengetahuan
atau mempelajari bagaimana untuk menganalisa, membuat sintesis atau menilai sesuatu.
Semua ini merupakan kesan intelektual atau kognitif. Anda mungkin boleh mendapat atau
mengubah sikap, kepercayaan, emosi dan perasaan anda. Semua ini adalah kesan
afektif. Anda mungkin akan belajar pergerakan badan yang baru seperti melontar bola
atau mengecat lukisan serta perlakuan verbal dan bukan verbal yang sesuai. Ini
merupakan kesan-kesan psikomotor.
OUM
159
PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9
Sistem mesej yang digunakan untuk berkomunikasi yang bermakna dengan orang lain.
Sistem ini mengandungi aspek verbal dan bukan verbal.Bahagian verbal adalah bahasa-
perkataan, frasa dan ayat-ayat yang hendak digunakan. Manakala bentuk bukan verbal
merangkumi pelbagai elemen – hubungan ruang, orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi
muka, gerakan mata, sentuhan dan variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.
Latihan 9.3
1. Memberi kuliah
4 Melukis gambar
8 Mempersembahkan drama
9 Mengenyit mata
10 Berbisik
Strategi Pengajaran-pembelajaran
Guna gamitan (gesture) atau pergerakan badan untuk berkomunikasi antara satu sama
lain ketika memerhati haiwan.
Pada sekeping kertas, anda dikehendaki melukis pelbagai haiwan yang dilihat
semasa mengembara dihutan.
OUM
160
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA
Aplikasikan teknik kolaj pada lukisan haiwan itu dengan mengkhusus pada jenis
jalinannya sama ada jalinan tampak atau jalinan sentuh.
Seni visual
Minta pelajar meniru perlakuan haiwan berbeza yang mereka jumpa dalam hutan.
Gunakan stail ”Ikut Macam Saya” agar pelajar menerima pengukuhan dalam konsep
perbezaan antara haiwan.
Pergerakan
Diatas lantai yang bertanda, semasa membuat pergerakan haiwan yang berbeza
dengan iringan pelbagai tempo daripada instrumen perkusi pelajar mengikut ketua
untuk menekap rupa-rupa geometri berikut:
Segi tiga sama
Segi empat sama
Segi empat tepat
Pentagon
Heksagon
Oktagon
Bulatan
Muzik dan matematik
Kelaskan haiwan yang anda jumpa. Guna tanda gundalan untuk menunjukkan
bilangan haiwan yang anda telah kelaskan.
Matematik dan sains.
Objektif Pembelajaran:
Pelajar akan diajar untuk;
1. memahami dan menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan bentuk-
bentuk dua matra (2M) dan
2. menghuraikan dan mengelaskan bentuk-bentuk 2-M yang biasa
OUM
161
PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9
Hasil Pembelajaran:
Pelajar akan dapat:
1. menghuraikan ciri-ciri bentuk 2-M
2. menyusun bentuk 2-M dan
3. mencipta reka bentuk dengan bentuk-bentuk 2-M
Penilaian:
Seni Visual : Mereka cipta corak teselasi/mereka cipta corak dengan menggunakan
bentuk 2-M (seperti seperti segiempat sama, segitiga, bulatan,
segiempat tepat, bintang)
Muzik : nyanyi lagu berjudul ”shapes” sama ada secara individu atau
berkumpulan.
ICT : guna perisian komputer (ms paint) untuk melukis dan membuat reka
bentuk 2-M/teselasi.
2. Secara individu atau dalam kumpulan sepuluh orang, pegang tangan dan membentuk
formasi untuk menunjukkan bentuk-bentuk 2-M seperti seperti segiempat sama,
segitiga, bulatan, segiempat tepat, bintang sambil menyanyikan lagu ”shape”
dibawah.
Matematik, Muzik dan pergerakan
OUM
162
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA
Rajah 9.7: Contoh isyarat dan pergerakan badan untuk membuat bentuk-bentuk
OUM
163
PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9
RUMUSAN
Topik ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap
kefahaman dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta
dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik,
pergerakan dan seni visual.
GLOSARI
Gamitan – Gesture (pergerakan badan)
Teselasi – Puzzles
UJIAN 1
1. Senaraikan 5 cara memulakan pelajaran menggunakan pendekatan bertema untuk
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar.
2. Huraikan bagaimana 5 cara itu dapat memberi kesan dan mempengaruhi sesi
pengajaran dan pembelajaran anda.
OUM
164
TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA
UJIAN 2
RUJUKAN
Dauer, V. P. & Prangrazi R. P. (1989). Dynamic physical education for elementary school
children. New York: Macmillan Publishing Company.
Edwards, L. C. (1997). The creative arts: A process approach for teachers and children.
New Jersey: Prentice Hall.
Freeland, K., & Hammond, K. (1998). Curriculum for Integrated Learning: A Lesson Based
Approach. New York: Delma Publishers.
Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya:
Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Salmah, Ayob. (1998). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya: Flo Enterprise
Sdn. Bhd.
OUM
165