Anda di halaman 1dari 11

HIJRAH DAN KEPIMPINAN

RASULULLAH SAW
PIMK3393
PENGHIJRAHAN
RASULULLAH KE MADINAH
KEPENTINGAN HIJRAH DAN KAITANNYA DENGAN KEPIMPINAN, DAKWAH
DAN KEHIDUPAN
▪ Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab
pada masa itu dan masyarakat Islam pada hari ini.
▪ Setelah berlaku peristiwa hijrah ke Madinah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan
aman dan tanpa berselindung lagi, sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering
terganggu. Hijrah juga telah dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada
pelbagai suku, budaya dan agama
▪ Perpaduan ini telah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah.
▪ Di samping itu juga, dengan adanya hijrah Nabi, maka wujud kiraan tahun hijrah dalam
takwim Islam
▪ Takwim hijrah ini telah mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua,
Khalifah Umar al-Khattab
▪ Antara kepentingan hijrah juga menunjukkkan bahawa sikap toleransi kaum dan
tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat cemerlang
▪ Walaubagaimanapun peristiwa hijrah ini juga telah memperlihatkan bahawa wanita juga dapat
memainkan peranan penting selain sebagai suri rumah untuk menggerakkan kemajuan
sesebuah negara.
▪ Melalui peristiwa hijrah inilah menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi
Muhammad S.A.W. Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi
memperjuangkan Islam.
Kaitan hijrah dengan kepimpinan, dakwah dan kehidupan

Kepimpinan

▪ Hijrah merupakan permulaan dari kepimpinan Rasulullah SAW di Kota Madinah. Setelah
hijrah, Rasulullah SAW menjadi pemimpin politik dan pemimpin agama di Madinah.
▪ Rasulullah SAW memainkan peranan utama dalam membangunkan sistem pemerintahan yang
adil di Madinah. Ini menunjukkan bagaimana hijrah dapat membantu mengukuhkan peranan
kepimpinan Rasulullah sebagai ketua yang adil dan bijaksana
Dakwah:

▪ Hijrah membuka peluang baru bagi Rasulullah SAW untuk menyebarkan dakwah Islam
dengan lebih efektif. Di Madinah, ramai penduduk yang menerima Islam dan menegakkan misi
Rasulullah SAW.
▪ Di Madinah, Rasulullah SAW juga mendirikan masjid sebagai pusat dakwah dan pendidikan
Islam. Masjid Nabawi menjadi tempat bermesyuarat, belajar, dan mengajar ajaran Islam
kepada umatnya
Kehidupan:

▪ Hijrah juga melibatkan perubahan besar dalam kehidupan Rasulullah SAW dan para pengikutnya.
Mereka meninggalkan Mekah, tempat mereka telah menghadapi banyak tentangan dan cabaran, untuk
memulai kehidupan baru di Madinah.

▪ Di Madinah, Rasulullah SAW juga terlibat dalam pembentukan perjanjian dengan berbagai suku dan
komuniti setempat.
▪ Rasulullah menegaskan bahawa pentingnya toleransi dalam agama dan kerjasama dalam pembentukan
masyarakat Islam awal.
SOALAN
1. Siapakah Mus’ab bin Umair?
2. Sebutkan lima faktor-faktor kejayaan Mus’ab bin Umair dalam menjalankan tugasnya di
Madinah sehingga terbentuknya perjanjian Aqabah Kedua.
3. Nyatakan strategi dakwah Rasulullah SAW bermula selepas penurunan wahyu yang pertama
sehingga turunnya perintah Allah agar Nabi berdakwah secara terang-terangan.

Anda mungkin juga menyukai