Anda di halaman 1dari 14

VAP3023

(PENGAWALAN PEROSAK)

LAPORAN MAKMAL

DIAGNOSIS PENYAKIT TUMBUHAN

NAMA PENSYARAH :
Dr. FAIZAH BINTI ABU KASSIM

KUMPULAN :
B
BIL NAMA NO. MATRIK

1. AHMAD AMIR FIRDAUS BIN ABU BAKAR D20201095706

2. MOHAMAD FAIZAL BIN CHE RAHIM D20201094911

3. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZAIDI D20201095703

4. MOHAMAD FUAD BIN ZAMIM D20201095712


Tajuk Experimen : Diagnosis Penyakit Tumbuhan

1. PENGENALAN

Diagnosis penyakit tumbuhan adalah proses mengidentifikasi penyebab gangguan


atau kerosakan pada tumbuhan, yang disebabkan oleh berbagai faktor seperti patogen,
keadaan persekitaran, atau faktor genetik. Pentingnya diagnosis yang tepat adalah untuk
memahami sifat penyakit tersebut dan mengambil tindakan yang sesuai untuk
mengendalikannya. Diagnosis penyakit tumbuhan melibatkan pengamatan secara
langsung pada tumbuhan yang terinfeksi, serta analisis makmal untuk mengesahkan jenis
patogen atau faktor penyebabnya (Agrios, 2005). Langkah awal dalam diagnosis biasanya
melibatkan pemerhatian gejala-gejala khas yang terjadi pada tumbuhan, seperti perubahan
warna, pembengkakan, atau lesi pada daun, batang, atau akar. Kemudian, sampel
tumbuhan yang terinfeksi dapat dianalisis menggunakan mikroskop atau teknik biokimia
untuk mengidentifikasi patogen atau gejala yang spesifik (Schumann & D'Arcy, 2010).
Diagnosis penyakit tumbuhan juga dapat dibantu oleh teknologi seperti penggunaan
sensor dan kamera untuk mengesan gejala penyakit secara lebih awal, memungkinkan
petani dan ahli pertanian untuk mengambil tindakan pencegahan atau pengendalian yang
lebih efektif (Mahlein, 2016). Pengenalpastian penyakit tumbuhan melibatkan penentuan
keadaan persekitaran dan agen penyebab penyakit. Proses ini juga membantu merancang
langkah-langkah kawalan untuk membendung suatu penyakit daripada menular kepada
tumbuhan lagi terutamanya tanaman makanan. Namun, langkah-langkah kawalan
bergantung kepada pengecaman yang betul bagi penyakit dan agen penyebabnya. Oleh
itu, diagnosis adalah salah satu aspek yang paling penting dalam pengecaman penyakit
tumbuhan. Tanpa pengecaman yang betul tentang penyakit dan agen penyebab penyakit,
langkah kawalan penyakit boleh membuang masa dan wang dan boleh menyebabkan
kematian pada tanaman makanan.

2. OBJEKTIF
a. Untuk mengenalpasti gejala penyakit tumbuhan melalui pemerhatian.
b. Untuk melaksanakan aktiviti pengkulturan Fungus dan Bakteria daripada sampel
tumbuhan.
c. Untuk melaksanakan pengesahan dan penentuan mikrob menggunakan mikroskop.
3. PROSEDUR
a. Senarai Radas dan Bahan
Nama Bahan Kuantiti Catatan

Lactophenol Cotton Blue 1 botol

Sampel Kacang Panjang 1 unit

Media PDA 4 unit

Media NA 4 unit

Etanol 70% secukupnya

Lesung dan Alu 1 unit

Plate 2 unit

Slaid Kaca 8 unit

Penitis 1 unit

Blade 1 unit

Gegelung Inokulasi 1 unit

Air Suling secukupnya

Bikar 2 unit

Hokey Stick 4 unit

Tisu secukupnya

Slaid Mikroksop 8 unit

Forsep 1 unit

Pita Parafilm secukupnya

Mikroskop Elektrik 1 unit


b. Langkah Kerja Penyediaan Kultur Fungus (Media Potato Dextrose Agar) 1.
Sampel kacang panjang dipotong kepada 4 bahagian kecil (3cm) dengan
menggunakan blade.
2. Sampel direndam dalam larutan Etanol 70% selama 2 minit.
3. Sampel direndam dalam air suling selama 2 minit kemudian dikeringkan
dengan menggunakan tisu.
4. Parafilm pada piring petri PDA dibuka lalu kepingan sampel kacang panjang
dimasukkan dalam media PDA dengan menggunakan forcep.
5. Piring Petri PDA dibalut dengan menggunakan Pita Parafilm.
6. Piring Petri PDA dilabel dengan nombor matrik pelajar.
7. Kultur disimpan dalam bekas pengeraman selama 14 hari sebelum proses
pengenalpastian dilakukan.

c. Langkah kerja Penyediaan Kultur Bakteria (Media Nutrien Agar)

1. Sampel kacang panjang dipotong kepada bahagian kecil (3cm) dengan


menggunakan blade.
2. Sampel direndam dalam larutan Etanol 70% selama 2 minit.
3. Sampel direndam dalam air suling selama 2 minit kemudian dikeringkan
menggunakan tisu.
4. Sampel dihancurkan dengan menggunakan lesung dan alu, sedikit air suling
ditambah pada sampel.
5. Sampel yang telah dihancur dititiskan sebanyak 1 titik ke dalam Media NA
dengan menggunakan penitis.
6. Titisan sampel diratakan (Spread) dengan menggunakan Hokey
Stick. 7. Piring Petri NA dibalut dengan menggunakan Pita Parafilm.
8. Piring Petri NA dilabel dengan nombor matrik pelajar.
9. Kultur disimpan pada bekas pengeraman selama 14 hari sebelum proses
pengenalpastian dilakukan.
d. Langkah Kerja Pengesahan menggunakan Mikroskop
1. Mikrob yang tumbuh pada permukaan Media NA dan Media PDA diambil
dengan menggunakan gegelung inokulasi yang telah disterilkan .
2. Sampel fungus diletakkan di atas slaid kaca lalu diwarnakan dengan 1 titis
Lactophenol Cotton Blur.
3. Penutup Slaid diletakkan di atas sampel yang telah diwarnakan. Penutup
hendaklah dilakukan dengan perlahan-lahan bagi mengelakkan buih halus
daripada terhasil.
4. Slaid yang mengandungi sampel Fungus kemudian diletakkan di bawah
mikroskop untuk memperhatikan ciri-ciri morfologi seperti hyphae dan
bentuk bagi mengenal pasti spesis Fungus.
5. Gambar Fungus diambil bagi tujuan laporan.
6. Koloni tunggal yang terbentuk pada Media NA diambil dengan
menggunakan gegelung inokulasi yang telah disterilkan.
7. Koloni tunggal bakteria diletakkan di atas slaid kaca lalu diwarnakan
menggunakan 1 titis Lactophenol Cotton Blue.
8. Penutup Slaid diletakkan secara perlahan untuk menggelakkan buih halus
terhasil.
9. Slaid yang mengandungi koloni tunggal bakteria kemudian diletak di bawah
mikroskop untuk memerhati ciri-ciri morfologi seperti bentuk dan jenis strain.
10. Gambar bakteria yang jelas diambil bagi tujuan laporan.
4.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
4.1 PEMERHATIAN PERTUMBUHAN
I. Media PDA (Sebelum Pengeraman)

Rajah 1 : Media PDA sebelum proses pengeraman

II. Media NA (Sebelum Pengeraman)

Rajah 2 : Media NA sebelum proses pengeraman


III. Media PDA (selepas satu minggu)

Rajah 3 : Pembentukan miselium Fungus selepas pengeraman

IV. Media NA (selepas satu minggu)

Rajah 4 : Pembentukan Koloni Tunggal selepas pengeraman


4.2 PEMERHATIAN DIBAWA MIKROSKOP

I. Media PDA

Rajah 5 : Pembentukan Hyphae Fungus dijumpai dibawah mikroskop

II. Media NA

Rajah 6 : Bakteria berbentuk tidak tetap dan dalam bentuk gumpulan


4.3 PERBINCANGAN

Experimen diagnosis penyakit tumbuhan terdiri daripada pemerhatian simptom,


pertumbuhan kultur mikrob (Fungus dan Bakteria) dan pemerhatian dibawah mikroskop.
Prosedur umum dalam diagnosis ini ialah penyediaan sampel, pengkulturan, staining
dan penentuan melalui mikroskop. Experimen ini dimulakan dengan pemerhatian
terhadap simptom pada sampel tumbuhan iaitu sampel cili merah. Hasil pemerhatian
mendapati bahawa tumbuhan yang dijangkiti penyakit akan mengalami simptom seperti
perubahan warna, tekstur menjadi lembik dan mengeluarkan bau yang busuk. Oleh itu,
sampel untuk tujuan kultur tisu perlulah di ambil pada sebelah tempat berlaku jangkitan
kerana mikrob yang ada pada sebelah kawasan yang belum dijangkiti belum aktif dan
sesuai untuk dikultur.

Bagi Pengkulturan Mikrob pula, terdapat 2 jenis media yang digunakan iaitu
Potato Dextrose Agar (PDA) yang berfungsi untuk pengkulturan Fungus manakala
Nutrient Agar (NA) untuk pengkulturan Bakteria. Sebanyak 4 piring petri PDA dan 4
piring petri NA bagi setiap ahli dalam kumpulan, setiap ahli akan mendapatkan satu
media PDA dan satu media NA untuk menjalankan pengkulturan. Untuk Media PDA,
pengkulturan menggunakan cebisan sampel pada ukuran 1 cm pada permukaan media
manakala untuk media NA, sampel dihancurkan lalu jus sampel ditebarkan pada
permukaan media menggunakan Hokey Stick. Pengeraman kultur mikrob mengambil
masa selama 14 hari untuk tumbuh sebelum proses pemerhatian di bawah mikroskop
dilakukan. Selepas 14 hari, hasil pertumbuhan mikrob dalam media mengalami
kontaminasi iaitu 4 daripada 5 terkontaminasi akibat amalan aseptik yang kurang ketika
melaksanakan inokulasi. Hasil mendapati daripada 4 kultur PDA, hanya 1 piring petri
sahaja yang berjaya tumbuh tanpa kontaminasi manakala daripada 4 kultur NA, hanya 1
sahaja piring petri sahaja yang menjadi dan sesuai digunakan untuk tujuan
pengenalpastian mikrob di bawah mikroskop. Pertumbuhan Fungus pada media PDA
dapat dilihat melalui pembentukan miselium berupa kapas halus manakala pertumbuhan
bakteria pada media NA dapat dilihat melalui pembentukan single colony yang
berwarna putih krim. Sampel mikrob kemudian akan melalui proses pemerhatian
morfologi dibawah mikroskop bagi tujuan pengenalpastian jenis mikrob. Bakteria dan
Fungus akan melalui proses staining iaitu teknik yang digunakan untuk meningkatkan
kontras dan membezakan spesimen biologi pada tahap mikroskopik menggunakan
bahan kimia pewarna iaitu Lactophenol Cotton Blue. Semasa penyediaan slaid
mikroskop, buih perlu dielakkan kerana akan menyebabkan kekeliruan dan menganggu
proses pemerhatian dibawah mikroskop.
Hasil pemerhatian morfologi dibawah mikroskop mendapati bahawa, pada kultur
Fungus (rujuk rajah 5) hypae tidak dapat dilihat kerana miselium terlalu tebal
menyukarkan pengenalpastian ciri-ciri morfologi Fungus tersebut. Hal ini disebabkan
oleh sampel yang diambil terlalu tebal dan kesalahan teknik ketika mengambil sampel
dari piring petri. Namun pada kultur bakteria pula, morfologi bakteria berbentuk tidak
tetap dan dalam bentuk gumpalan antara bakteria lain. Hasil kajian telah mengenalpasti
bahawa sampel tumbuhan yang berpenyakit mempunyai jangkitan akibat Fungus dan
Bakteria secara serentak. Kegagalan pengenalpastian morfologi Fungus yang
disebabkan oleh teknik yang tidak tepat perlu diperbetulkan agar tidak menjejaskan
experimen akan datang. Kadar kontaminasi yang tinggi iaitu 8 daripada 10 disebabkan
oleh amalan aseptik yang tidak dipatuhi seperti tidak memakai PPE, Radas yang tidak
steril atau parafilm yang tidak ketat.
5. KESIMPULAN

Kesimpulan proses diagnosis penyakit tumbuhan adalah bahawa ia merupakan


langkah kritikal dalam pertanian moden untuk memastikan kesihatan dan
produktiviti tumbuhan. Dengan mengenal pasti punca gangguan atau kerosakan
pada tumbuhan, sama ada disebabkan oleh patogen, keadaan persekitaran, atau
faktor genetik, diagnosis membantu petani dan pakar pertanian mengambil
tindakan yang sewajarnya untuk mengawal penyakit tersebut. Dengan
menggunakan pemerhatian langsung, analisis makmal, dan teknologi terkini,
diagnosis penyakit tumbuhan menjadi semakin tepat dan cekap. Oleh itu,
memahami dan melaksanakan proses diagnosis penyakit tumbuhan dengan betul
dapat membantu dalam mengekalkan kelestarian pengeluaran tanaman dan
kejayaan pertanian secara keseluruhan. Diagnosis penyakit tumbuhan amat
penting dalam mengesahkan suatu penyakit dan mengambil langkah-langkah
pembendungan awal sebelum penyakit menular. Penularan penyakit akibat
Mikrob akan memusnahkan hasil tanaman seterusnya menjejaskan para petani
terutamanya untuk tanaman makanan. Kajian telah mendapati bahawa tumbuhan
yang terkena penyakit akan mengalami perubahan fizikal sama ada warna akan
berubah kepada warna coklat, tekstur lembik dan mengeluarkan bau busuk. Hasil
kajian juga telah menunjukkan pertumbuhan Fungus dan Bakteria di dalam 2
media yang berbeza. Hal ini membuktikan bahawa sampel bawang terkena
penyakit akibat Fungus dan bakteria. Hasil penentuan morofologi mendapati
bahawa hanya sampel bakteria sahaja yang dapat dilihat ciri-ciri morfologi iaitu
bentuk tidak tetap manakala untuk Fungus, hypae tidak dapat dilihat akibat
miselium yang terlalu tebal dan bergumpal.
LAMPIRAN
RUJUKAN

Agrios, G. N. (2005). Plant Pathology (5th ed.). Academic Press.

Mahlein, A.-K. (2016). Plant Disease Detection by Imaging Sensors - Parallels and
Specific Demands for Precision Agriculture and Plant Phenotyping. Plant Disease,
100(2), 241–251. https://doi.org/10.1094/pdis-03-15-0340-fey

Schumann, G. L., & D'Arcy, C. J. (2010). Essential Plant Pathology (2nd ed.). The
American Phytopathological Society.

Anda mungkin juga menyukai