Anda di halaman 1dari 67

Give a man a fish and you

feed him for a day. Teach a


man to fish and you feed
him for a lifetime
-Lao Tzu-
KONSEP PELABURAN WAKAF

1. Konsep pelaburan.

2. Asas-asas pelaburan dalam perspektif Islam.

3. Bentuk-bentuk pelaburan dan isu-isu Syariah.


Apa Itu Pelaburan?

Perkataan pelaburan dalam bahasa arab disebut sebagai al-


Istithmar(Invesment).
Berasal daripada kata thamar yang bermaksud muatan pohon atau jenis-jenis
harta.
Manakala al-thumur bermaksud emas dan perak dan harta yang dibuahkan.
Sedangkan kata thamroh bermaksud banyak harta yang dapat dimanfaatkan,
berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 34:




Maksudnya: dan dia mempunyai kekayaan besar, maka ia berkata kepada kawannya (yang mukmin)
ketika bercakap-cakap dengan dia: "Hartaku lebih banyak dari pada hartamu dan pengikut-pengikutku
lebih kuat".
Apa Itu Pelaburan?

Maka kata Istithmar (masdar dari kata asal Istathmara)


menunjukkan kepada mencari buah atau yang dimaksudkan
adalah menggunakan harta dan mengerjakannya sehingga
harta tersebut menjadi bertambah dan berkembang sepanjang
masa.

Istithmar secara terminologi bererti pengeluaran untuk


menghasilkan barang dagangan dengan tujuan mewujudkan
keuntungan pada akhirnya.
Apa Itu Pelaburan?

Pelaburan komitmen wang atau modal untuk membeli aset untuk mendapatkan hasil yang
menguntungkan dalam bentuk pendapatan, dividen, keuntungan atau penambahan nilai.
Berkait dengan tabungan dan penangguhan konsumsi.
Terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi pengurusan perniagaan dan kewangan, untuk isi
rumah, syarikat atau kerajaan.

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk
menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah,
serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia
dan di akhirat).
(Surah Al-Jumuah: Ayat 10.
Asas Pelaburan

Bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Islam) yang betul lurus; maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-

jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah

perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Surah al-Anam: 153)


Pesan Khalifah Umar al-Khattab kepada peniaga pasar Madinah:

Wahai para peniaga! Jangan berniaga dipasar ini bagi siapa yang tidak tahu (hukum-hakam perniagaan Islam); jika tidak kamu akan

makan riba, sama ada kamu redha (benar-benar mahu makan riba) atau enggan (kerana jahil).
Asas-Asas Islam Tentang Harta

Matlamat kewujudan manusia adalah untuk mentaati Allah


Semua sumber dunia adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia sebagai amanah.
Amanah membawa kepada tanggungjawab
Kejayaan akhirat bergantung kepada kejayaan manusia melaksanakan Amanah.
Allah, pemilik Hari Akhirat akan mengadili bagaimana manusia melaksanakan Amanah ini
(selain tanggungjawab lain).
Ketamakan harta mendorong kepada perbuatan menindas dan merampas hak orang lain.
Allah telah mencipta sebaik-baik makhluk dan sebaik-baik sistem kewangan yang
menjauhkan segala krisis dan ketidakadilan.
Pelaburan Dalam "Perancangan Kewangan Islam"

Penghasilan Pengumpulan Perlindungan Pembahagian


Penyucian Harta
Harta Harta Harta Harta

Penghasilan Harta (Creation): Perlindungan Harta (Protection):

Pendapatan penggajian dll Perlu ada Takaful. Tanpa perlindungan, harta mudah hilang.

Mesti halal Pembahagian Harta (Distribution):

Hak harta diagihkan (faraid, wasiat, hibah)


Pengumpulan Harta (Accumulation):
Penyucian Harta (Cleansing):
Harta dilaburkan untuk berkembang
Ada hak orang dalam harta zakat, sedeqah, wakaf
Mesti patuh Syariah.
peraturan asaspelaburan
Sistem sosial Islam menyarankan supaya setiap pengguna perlu
berdasarkankeperluan dan keselesaan hidup. Dasar ini telah dipersetujui oleh
semua sarjanaIslam dan penggunaan secara mewah adalah dilarang.
Lebihan pengeluaran dalam penggunaan dari sebarang jenis harta tidak
bolehdigalakkan kerana ia boleh mewujudkan pembaziran faktor-faktor
pengeluaran.
Pelaburan sebenarnya ialah faedah yang didapati dalam pengeluaran
barangankeperluan dan keselesaan hidup. Oleh itu lebih banyak modal yang
diperlukanuntuk meningkatkan keupayaan pengeluaran mengikut masa tertentu
danmengetahui bagaimana cara mengeluarkan, meningkatkan
danmengembangkan.
setiap pelaburan itu mestilah dipastikan sumber-sumber yang diperolehi itu
bukan secara batil.
urusniaga yang dijalankan juga mestilah halal dan sebarangurusniaga secara
haram hendaklah ditinggalkan
Riba: Larangan Utama Perlu Dijauhi Dalam Pelaburan

Suatu teori tetap sejak awal Islam.

Hukuman Riba:

1. Pemakan dan pemberi makan diperangi Allah dan Rasul


2. Kehilangan berkat harta dan kehidupan
3. Seperti berzina dengan ibu sendiri
4. Lebih berat atau sama dengan 36 kali zina
5. Salah satu dari 7 dosa besar
JENIS RIBA

RIBA BUYU
RIBA DUYUN
(dlm transaksi
(dlm hutang) bahan ribawi)

RIBA FADHL RIBA NASIAH


RIBA
RIBA QARD (Lebihan @ RIBA YAD
JAHILIYYAH
(Lebihan dalam (Penangguhan
(Lebihan pertukaran
dikenakan pembayaran
kerana bahan ribawi
sejak awal dlm transaksi
penangguhan yang sama
pinjaman) ribawi)
pembayaran) jenis, berat)

Riba Qard sama ada:

Dikenakan oleh pemberi pinjam (lender) dalam kontrak

Dijanjikan oleh peminjam (borrower) kepada pemberi pinjam


Bentuk-bentuk Pelaburan

Saham/ sekuriti
PELABURAN

Saham amanah
Tunai (deposit)
TRADISIONAL Hartanah
Sukuk/ bond Islam

Barang boleh pegang logam berharga


PELABURAN (emas dll), barang antik, duit syiling,
setem
ALTERNATIF Aset kewangan komoditi, ekuiti
persendirian dan modal teroka,
derivatif
1. Saham atau Sekuriti Disenaraikan

Rujuk Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia.

Diterbitkan sejak 1997.


Dikemaskini 2 kali setahun (Mei dan November) dan diterbitkan kepada umum.
Lebih 85% saham atau sekuriti diniagakan di Bursa Malaysia adalah patuh
Syariah.
PENILAIAN TANDA ARAS AKTIVITI PERNIAGAAN (5%, 10%, 20%, 25%)
KUANTITATIF 1. Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba.
2. Perjudian
3. Pengeluaran dan penjualan barangan yang tidak halal
atau barangan berkaitan.
4. Insurans konvensional.
5. Hiburan yang tidak selaras dengan Syariah.
Diklasifikasi 6. Pengeluaran dan penjualan produk berasaskan
kan tidak tembakau atau barangan berkaitan.
patuh 7. Pembrokeran dan jual beli sekuriti tidak patuh Syariah.
8. Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.
Syariah jika
penglibatan
syarikat TANDA ARAS NISBAH KEWANGAN (33.33%)
besar 1. Tunai dalam akaun konvensional dan instrumen,
dalam: berbanding jumlah keseluruhan aset
2. Hutang berasaskan riba, berbanding jumlah keseluruhan
aset.
PENILAIAN Imej syarikat dinilai oleh Majlis Penasihat Syariah
KUALITATIF Suruhanjaya Sekuriti.
2. Saham Amanah

Rujuk Senarai Saham Amanah Patuh Syariah yang diterbitkan oleh Jabatan

Pasaran Modal Islam, Suruhanjaya Sekuriti.

Setiap Saham Amanah Islam Patuh Syariah disyaratkan melantik Penasihat

Syariah untuk memantau status syarikat.

Zakat perlu dibayar oleh pemegang unit. Pengurus Dana hanya membayar zakat

perniagaan syarikatnya sahaja.

Hanya Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) mengisytiharkan telah membayar

zakat bagi pihak pemegang unit.


3. Pelaburan Tunai

Perlu disimpan dalam akaun simpanan, akaun

semasa atau akaun pelaburan di institusi

perbankan/ kewangan Islam sahaja.

Isu dalam perbankan konvensional:

Pengambilan deposit secara riba al-qarh;

Penggunaan deposit untuk pemberian pinjaman berasaskan riba


4. Hartanah

Pemerolehan (acquisition) jika menggunakan pembiayaan mesti pembiayaan patuh Syariah.

Disewakan kepada aktiviti patuh Syariah.

Kontrak sewaan:

Tidak mengandungi elemen tidak patuh Syariah seperti klausa penalti yang membawa kepada riba jahiliyyah.
Alternatif: klausa gharamah

Perbelanjaan berkaitan dengan pemilikan (ownership) seperti cukai pintu ditanggung oleh pemilik

Perbelanjaan berkaitan penggunaan hartanah seperti Indah Water, bil air, bil elektrik ditanggung oleh penyewa.
Penjualan semula diharuskan.
5. Sukuk
Sukuk, secara mudahnya, bond patuh Syariah. Distrukturkan dengan pelbagai kontrak

yang diterima oleh Syariah.

Sukuk, jika domestik hendaklah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Jika sukuk luar

negara, hendaklah diluluskan oleh penasihat Syariah yang dilantik.

Kebiasaan sukuk dibeli secara langsung oleh institusi dan individu melakukannya

secara tidak langsung (intermediari).

Sukuk Dana Infra (untuk membiayai projek MRT) terbuka untuk pelaburan individu.
6. MLM Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat

Tidak semua MLM harus dari sudut Syarak dan tidak semuanya haram.

Isu-isu dalam MLM yang haram:

i. Mengandungi unsur skim piramid.

ii. Penipuan (taghrir), penindasan, manipulasi dan eksploitasi dalam pelan pemasaran dan pelan pemberian

insentif.

iii. Mengandungi unsur paksaan

iv. Pembaziran barang yang dibeli tidak diperlukan.

v. Menjanjikan keuntungan tetap tanpa usaha dan ini adalah riba.

vi. Perolehan harta dengan batil (akl amwal al-nas bil-batil) kerana tidak memenuhi syarat jual beli seperti yuran

keahlian yang tinggi dan harga barang yang tinggi (ghubn fahish).

Rujuk Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat yang diluluskan oleh

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.


7. Emas
Rujuk Parameter Pelaburan Emas yang diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Produk yang diterima secara dasarnya ialah pelaburan emas di institusi perbankan Islam yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa

Syariahnya.

Antara parameter Syariah:

Berlaku aqad jual-beli yang sah dengan harga diketahui semasa kontrak dan diserah secara lani (taqabud) iaitu tiada

penangguhan (lebih dari 3 hari)

Emas wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh penjual semasa kontrak serta boleh diserahkan kepada pembeli. Jika penjual

mensyaratkan emas tidak diserahkan, maka tidak sah.

Emas diketahui kedua-dua pihak semasa kontrak dari aspek sifat-sifatnya sehingga tidak memungkinkan pertikaian.
JENIS-JENIS PELABURAN ISLAM
i)Al-Mudharabah
akad ke atas satu perkongsian di antara pemilik modal dan pengusahayang mana sesuatu harta
diusahakan manakala keuntungan yang diperolehidibahagi mengikut perjanjian yang telah
ditetapkan antara mereka. Ia juga dikenali sebagai al-Qirad.

ii)Al-Musyarakah
Satu perkongsian usahasama atau perkongsian modal untuk menjalankansesuatu perniagaan
khusus bagi mendapatkan keuntungan yang seterusnyadibahagikan mengikut kadar nisbah yang
telah dipersetujui.

iii)Al-Murabahah
Ia adalah penjualan sesuatu barangan dengan harga modal dan ditambah dengankeuntungan
sekadar yang dipersetujui.

iv)Al-Ijarah
Ia adalah penyewaan atau upah dengan menjual manfaat atau perkhidmatandengan harga atau
bayaran yang telah ditetapkan. Ia juga dikenali sebagai al-Kira.
v)Al-Bai Bithaman Ajil
Ia adalah jualan dengan harga tangguh atau secara ansuran. Barang yang
dibeliakan diberikan dengan serta-merta tetapi bayarannya adalah dalam
bentukansuran.
vi)Bai as-Salam
Ia adalah penyerahan bayaran terlebih dahulu dan pemberian barangnya
ditangguhkan kepada suatu masa yang akan datang.
vii)Pasaran Modal Islam
Ia merupakan satu bentuk prasarana yang halal dan berkonsepkan hukum
syarak dan lebih tertumpu kepada tabung amanah dan pembrokeran dengan
tujuan untuk memberikan pulangan dan keuntungan yang berpatutan.
viii)PasaranWang
Ia adalah penjualan matawang sama ada dengan sama jenis atau sebaliknya
seperti menjual emas dengan emas, emas dengan perak dan sebagainya.
Al-Mudharabah

al-Mudhrabah bermaksud musafir yang di ambil daripadaperkataan dharb


fi al-ardh.
Ini terjadi kerana ramai pedagang berniaga dengan
membabitkanperjalanan yang jauh untuk memperolehibarangan, mengaut
keuntungan dan sebagainya.
Firman Allah SWT dalam surah al-muzammil 73:20:
..dan yang lainnya orang yang musafir di muka bumi untuk mencari
rezeki dari limpahkurnia Allah
HUKUM PELABURAN/KONTRAK
MUDHARABAH
Kontrak mudharabah adalah kontrak yang jaiz. Maknanya,
kedua-dua pihak iaitu pemodal/pelabur dan pengusaha berhak
membatalkan kontrak, tidak kira sama ada pengusaha telah
memulakan kerjanya ataupun tidak.
Jika pembatalan dibuat sebelum kerja-kerja dimulakan,
pengusaha tidak berhak menggunakan sama sekali modal
tersebut.
Ini kerana tindakan tersebut dianggap sebagai menggunakan
harta orang lain tanpa kebenaran.
Jika pembatalan dibuat selepas kerja-kerja dimulakan, pengusaha perlu
menghentikan serta-merta sebarang urusan yang baru.
Dalam keadaan ini, pengusaha wajib menjual barangan yang ada padanya
untuk mendapatkan wang tunai tempatan dan menyelesaikan hutang yang
berkaitan dengan syarikat.
Selepas itu, barulah pengiraan dijalankan. Semua modal akan diserahkan
semula kepada pelabur sementara keuntungan akan dibahagi mengikut
perjanjian.
Rukun

Dua pihak yang


Modal Sighah
berkontrak

pelabur pengusaha Ijab qabul

Jenis

Mutlaqah Muqayyadah
1. Lafaz (sighah) iaitu penawaran dan persetujuan dengan kata-kata
yang menunjukkan persetujuan untuk mewujudkan kontrak dan
perkongsian ini.
. Lafaz ini mestilah terus berkuatkuasa.
. Persetujuan juga mestilah berturutan dengan penawaran berdasarkan
amalan yang diguna pakai.
2. Pihak yang mengikat kontrak iaitu pelabur
dan pengusaha

. Kedua-dua mestilah mempunyai kelayakan


sebagai wakil dan pewakil
. Pelabur akan bertindak sebagai pewakil dan
pengusaha sebagai wakil apabila ia
mengusahakan modal pelabur dengan
kebenarannya.
3. Modal.
Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i. Mestilah berbentuk matawang

. Modal tidak boleh berbentuk barangan perniagaan kerana ia membabitkan risiko yang
besar. Iaitu keuntungan dan modal tidak dapat dipastikan kerana sesuatu barangan
mempunyai nilai yang berbeza pada ketika diterima, dijual dan dipulangkan.
ii. Modal mestilah dalam jumlah tertentu.
iii. Modal mestilah dalam bentuk tunai.
Hutang pelabur yang ditanggung oleh pengusaha tidak sah dijadikan modal, kecualilah
jika ia diserahkan secara tunai dalam majlis kontrak.
iv. Modal mestilah diserahkan kepada pengusaha.
Maksudnya, modal mestilah berada dalam pegangan pengusaha dan hanya dia sahaja
yang mempunyai hak untuk menggunakannya.
STATUS PENGUSAHA
Pengusaha adalah pihak yang memegang amanah (yad
amanah) terhadap modal yang diserahkan kepadanya dan
barangan yang dibeli menggunakan modal tersebut.
Dia tidak perlu membayar ganti rugi terhadap modal
pelaburan yang musnah dalam pegangannya.
Kecuali jika ia berlaku secara sengaja atau kerana kecuaian
dalam melaksanakan tanggungjawab.
Olehkerana pengusaha sebagai orang yang memegang
amanah, ini bermakna segala kerugian sepanjang
pelaburan akan ditanggung oleh pelabur sahaja.
GARIS PANDUAN PENGUSAHA
Terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh pengusaha:

1. Pengusaha tidak boleh membeli sesuatu barangan untuk pelaburan


dengan harga yang melebihi modal.
2. Pengusaha tidak harus membawa modal bersama dalam perjalanan tanpa
izin pelabur.
3. Pengusaha tidak boleh menjual secara hutang iaitu dengan menangguhkan
bayaran hingga ke suatu tempoh tertentu. Kecualilah jika ia dibenarkan
oleh pelabur.
4. Pengusaha tidak dibenarkan mengambil pengusaha lain untuk bekerja dan
berkongsi keuntungan bersamanya walaupun ia dibenarkan oleh pelabur
[menurut pendapat yang paling sahih (asoh)]
4.Pengusaha tidak dibenarkan mengambil pengusaha lain
untuk bekerja dan berkongsi keuntungan bersamanya
walaupun ia dibenarkan oleh pelabur [menurut pendapat yang
paling sahih (asoh)]

5. Pengusaha tidak boleh sama sekali menggunakan modal


pelaburan untuk kegunaan peribadi ketika dia menetap di
tempat perniagaan.
Menurut ulama mazhab Hanafi, pengusaha berhak
mengambil semua perbelanjaannya daripada modal
ketika dalam perjalanan kerana dalam perjalanan
tersebut, segala tindakannya tertumpu hanya untuk
pelaburan. Dengan itu dia berhak mendapat peruntukan
sebagai ganjaran kepada penumpuan tersebut.
BILAKAH PENGUSAHA MEMPEROLEHI
KEUNTUNGAN ?
Setelah pengusaha menerima modal, menggunakannya
dalam jual beli dan kemudiannya memperolehi
keuntungan, dia berhak mengambil bahagiannya setelah
semua modal dan keuntungan diperolehi. Ini adalah
pendapat yang paling kuat (azhar)
Ini adalah setelah semua barangan berjaya dijual dan
modal diperolehi semula dalam bentuk tunai.
Kemudian, pelabur dan pengusaha akan membahagikan
keuntungan setelah modal pelaburan diasingkan.
PERCANGGAHAN ANTARA PELABUR DAN
PENGUSAHA
1. Jika pengusaha dan pelabur bercanggah mengenai keuntungan;
. Jika pengusaha mendakwa tidak memperolehi apa-apa keuntungan.
Ataupun dia berkata Saya hanya mendapat keuntungan sebanyak ini
Pengakuan pengusaha ini akan diterima jika disokong oleh sumpah.
Ini kerana pada asalnya tiada keuntungan.
. Jika pengusaha mengaku mendapat sejumlah keuntungan, kemudian dia
mendakwa tersilap membuat perkiraan.
Dakwaannya ini tidak akan diterima kerana dia menarik balik pengakuan
yang telah dibuat membabitkan hak pihak lain.
Oleh itu dakwaannya tidak diterima.
2. Apabila kedua-dua pihak bercanggah mengenai sesuatu barangan;

Pelabur berkata: Anda membeli barang ini untuk pelaburan. Sementara


pengusaha mendakwa: Saya beli barang ini untuk diri saya ataupun
sebaliknya.

. Pengakuan pengusaha akan diterima jika disokong oleh sumpah dan sekiranya
pembelian tersebut dibuat dalam bentuk hutang. Ini kerana pengusaha
adalah pihak yang dipercayai dan lebih mengetahui tentang niatnya.
. Namun jika pengusaha membeli menggunakan wang modal pelaburan,
pengakuannya tidak diterima. Walaupun dia sebenarnya berniat membeli
untuk dirinya sendiri. Barang yang dibeli ini kira termasuk dalam pelaburan.
3. Sekiranya mereka bercanggah mengenai jumlah modal
pelaburan atau jenis modal.

Pengakuan yang diterima ialah pengakuan pengusaha yang disokong oleh


sumpah. Ini kerana asalnya tiada bayaran tambahan yang diberikan
kepadanya.

4. Sekiranya mereka bercanggah mengenai sebab kemusnahan modal.


Jika pelabur mendakwa kemusnahan dilakukan dengan sengaja atau
kerana cuai, sementara pengusaha berkata Tidak, ia berlaku tanpa
disengajakan dan bukan kerana kecuaian
Pengakuan pengusaha akan diterima jika disokong oleh sumpah kerana
pengusaha adalah orang yang diberi kepercayaan
5. Jika mereka bercanggah mengenai pemulangan modal.

Jika pengusaha mendakwa telah memulangkannya, sementara pelabur


menafikan yang ia telah dipulangkan.
Pengakuan pengusaha akan diterima kerana dia adalah orang yang diberi
amanah. Setiap orang yang diberi amanah yang mengaku telah memulangkan
milik orang yang memberi amanah kepadanya, pengakuannya akan diterima
jika disokong oleh sumpah.

6. Jika berlaku kemusnahan kepada modal dan pelabur mendakwa


ia sebenarnya diberikan sebagai hutang, sementara pengusaha mendakwa ia
adalah pelaburan.
Pengakuan pelabur akan diterima jika ia disokong oleh sumpah. Ini kerana
pengusaha mengaku menerima modal tersebut dan mendakwa tidak
menanggung sebarang tanggungjawab. Sedangkan pada asalnya dia
bertanggungjawab.
7. Jika mereka bercanggah mengenai pembahagian
keuntungan.
Kedua-dua pihak perlu mengangkat sumpah bagi
menyokong dakwaan masing-masing. Ini kerana masing-
masing bercanggah mengenai untung yang bakal
diperolehi.
Setelah kedua-dua pihak bersumpah, pemilik akan
memperolehi seluruh keuntungan kerana keuntungan ini
adalah hasil pelaburan hartanya. Sementara pengusaha
pula akan mendapat upah sepadan dengan kerjanya
Tujuan mudharabah:
i. mewujudkan kerjasama dalam bidangperniagaan antara masyarakat iaitu
antara orang kaya yang tiada pengalaman denganpengusaha yang
berpengalaman.
ii. mengelakkan pembekuan modal atau harta oleh orang kaya tanpa sebarang
pemanfaatan
. Al-Mudharabah diaplikasi dalam akaun pelaburan am dan akaun pelaburan khas.
. Konsep ini merujuk kepada perjanjian yang di antara satu pihak yang
mengeluarkan modal(sahib ul-mal) dengan pengusaha (mudharid) di pihak lain,
untuk membolehkan pengusaha menjalankan projek perniagaan atas dasar
pembahagian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui. Namun begitu,
apabila berlaku kerugian, ia akan ditanggung sepenuhnya olehpemodal.
. Rasulullah pernah bermudharabah dengan Siti Khadijah dalam
menjalankanperdagangan di antaraMekahdan Syria.
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Mudharabah

a) Fasakah, larangan mengurus atau dilucutkan kuasa.


Pemansuhan kontrak, larangan menguruskan harta atau perlucutan kuasa akanmenyebabkan
kontrak mudharabah terbatal. Jika modal itu berbentuk tunai ketikafasakh dan larangan di
buat, maka ianya dikira terbatal dan jika modal itu berbentukbarang perniagaan maka
perlucutan kuasa itu tidak sah. Ini bermakna jika pengusahatidak mengetahui fasakh dan
larangan pengurusan, maka dia harus mengurus.
b) Mati salah satu pihak berkontrak.
Jika pemodal atau pengusaha meninggal, maka kontrak mudharabah terbatal disisijumhur. Ini
disebabkan kerana kontrak mudharabah mengandungi konsep wakalah iaitu perwakilan kerana
kuasa perwakilan menjadi terbatal disebabkan kematian salah seorang daripada dua pihak yang
berakad.
c) Gila salah satu dari dua pihak yang berkontrak.
Jika salah seorang daripada dua pihak yang berakad itu di isytiharkan gila, maka kontrak
mudharabah terbatal kerana sifat gila membatalkan kelayakan seseorang daripada terus
menjadi pihak yang berakad.
Antara produk di dalam pengamalan kewangan Islam di Bank-bank Islam
adalah simpanan yang menggunakan konsep Mudharabah. Ia bermaksud pihak
pelanggan ingin menyimpan wangnya sambil membuat pelaburan secara
khusus.
Nama produk-produk untukakaun ini seperti Akaun Pelaburan Umum
Mudarabah atau Akaun Pelaburan Istimewa Mudarabah atau Akaun Simpanan
Mudarabah.
Bank-bank yang menawarkannyaperkhidmatan akaun
pelaburan islamik
1.Affin Islamic 6.Asian Finance 7. Asia Offshore
Bank Berhad Bank (M) Berhad Finance Agency

2. Al Rajhi Banking
& Investment 5. AmIslamic Bank 8. Bank Islam
Corporation Berhad Malaysia Berhad
(Malaysia) Berhad

3. Alkhair
International 4. Alliance Islamic 9.Bank Muamalat
Islamic Bank Bank Berhad Malaysia Berhad
Malaysia Berhad
10.CIMB Islamic 14.Maybank 15.OCBC Al-Amin
Bank Berhad Islamic Berhad Bank Berhad

13.Kuwait
11.Hong Leong
Finance House 16.Public Islamic
Islamic Banking
(Malaysia) Bank Berhad
Berhad
Berhad

3. Alkhair
International 12.HSBC Amanah 17.RHB Islamic
Islamic Bank Malaysia Berhad Bank Berhad
Malaysia Berhad

18.Standard
Chartered Saadiq
Berhad
Aplikasi Skim Pelaburan : Bank Rakyat Malaysia Berhad
Antara produk pelaburan yang ditawarkan oleh BankRakyat :
i. Akuan Pelaburan Am-i (qiradh)
Ii. Akuan Pelaburan Am-i (Warga Emas)
III. Akuan Pelaburan Khas-i (Sijil Pelaburan)

. Akaun Pelaburan Am-i (Qiradh) merupakan akaun pelaburan yang mana pelanggan menyediakan
modal untukBank melabur bagi tempoh tertentu. Apabila matang, keuntungan yang diperolehi
akan dikongsi di antara Bank dan pelanggan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui bersama.
Konsep yang diamalkan berdasarkan Mudharabah.
. Antara kelayakan untuk melabur dalam skim ini ialah individu berumur 18 tahun ke atas dan juga
Persatuan,Kelab, Koperasi dan Syarikat digalakkan untuk melabur. Jumlah Pelaburan minimum
RM500 untuk 2 bulan dan ke atas dan minimum RM5,000 untuk 1 bulan. Antara jenis Akaun ialah
Akaun Individu, Akaun Bersama, Akaun Amanah dan Akaun Persatuan, Kelab, Koperasi dan
Syarikat.Antara keistimewaan skim ini ialahPelabur boleh mengambil keuntungan pada setiap
bulan bagitempoh pelaburan6 bulan danberjumlah RM20,000.00 ke atas,Auto Renewal
pembaharuan sijil secara automatik dan Sijil pelaburan boleh digunakan sebagai cagaran
pembiayaan seperti Bercagar Sijil Pelaburan-i Al-Mudharabah, Pembiayaan Pendidikan-i Al-Falah
danPembiayaan Kontrak-i Tijari.
Akuan Pelaburan Khas-i (Sijil Pelaburan) pula adalah skim pelaburan di
manapendeposit akan dibayar keuntungan ke atas pelaburan yang telah
ditentukan pada awal-awal lagi dan dibayar sebagai pendahuluan pada setiap
bulan. Ia berasaskan konsep Bai Al-Inah. Antarakelayakan untuk menyertai
skim ini adalah sama sepertiskim Akaun Pelaburan Am-iQiradh. Jumlah
Pelaburan minimum RM20,000 untuk 1 bulan ke atas dan tempoh Pelaburan
adalah pelaburan untuk tempoh 60 bulan dan ke atas. Antara jenis akaun
seperti Akaun Individu , Akaun Bersama, Akaun Amanah dan Akaun Persatuan,
Kelab, Koperasi dan Syarikat.
Akaun Pelaburan Am-i Qiradh (Warga Emas) . Akaunpelaburan ini direka khas
untuk warga emas.Menggunakan konsep Al-Mudharabah. Antara kelayakan
untukskiminiadalahindividuberumur45tahunkeatas.JumlahPelaburan
adalah minimum RM10,000 untuk 3 bulan ke atas. Antara manfaat yang
diperolehi adalah kadar keuntungan adalah 0.25% lebih tinggi daripada kadar
semasa Akaun Pelaburan Am-iQiradhdan perlindungan kemalangan diri
Takaful secara percuma untuk pelaburan melebihi tempoh 12 bulan.
Musyarakah
Musyarakah bermaksud kontrak perkongsian yang menetapkan hak di antara dua
pihak atau lebih dengan menyumbangkan modal dan keuntungan dibahagi sesama
mereka.


:
)) :











((

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda Allah taala
berfirman: Aku adalah rakan kongsi ketiga selagimana tiada siapa di
antara mereka yang mengkhianati sahabatnya. Apabila ada yang
mengkhianati sahabatnya, Aku akan keluar daripada perkongsian mereka
(Abu Daud no. 3383)
Syarat umum Musyarakah

Perkongsian adalah transaksi yang boleh diwakilkan

Pembahagian nisbah untung dijelaskan ketika berlaku akad

Keuntungan hanya diambil daripada keuntungan harta al-syirkah


bukan daripada harta lain
Jenis musyarakah

Syarikat Syarikat
Inan Wujuh

Syarikat Syarikat
Abdan Mufawadhah
Syarikat Inan

Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih masing-


masing menyumbangkan modal dan keuntungan akan
dibahagikan sesama mereka.

Syarikat jenis ini dibenarkan oleh syarak menurut Ijmak


ulama.
Syarikat Wujuh

Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih


dikalangan mereka yang mempunyai kedudukan dan
pengaruh dalam masyarakat. Mereka akan membeli
sesuatu barangan secara hutang secara bersama atau
berasingan, kemudian mereka menjual barangan
tersebut. Keuntungan yang diperolehi akan dikongsi
bersama secara rata atau mengikut persetujuan yang
dicapai.
Syarikat Abdan

Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih yang tidak
menyumbangkan modal tetapi masing-masing
menyumbangkan kerja. Mereka mungkin mempunyai
kemahiran yang sama atau berlainan.
Keuntungan mereka pula mungkin dibahagikan secara
sama rata atau berbeza-beza.
Syarikat seperti ini jua tidak sah kerana wujud
kemudaratan yang tidak dibenarkan oleh syarak. Mungkin
ada di antara mereka yang melakukan kerja lebih
daripada orang lain. Ada kalanya hanya seorang sahaja
yang bekerja sementara yang lain tidak.
Syarikat Mufawadhah

- Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih dan


mereka berkongsi semua harta mereka secara
bersama. Kedua-dua mereka juga akan menjadi wakil
dan penjamin kepada rakan kongsi mereka. Mereka
akan beroleh segala untung atau menanggung segala
rugi bersama-sama.
Syarikat jenis ini tidak sah menurut ulama mazhab
Shafie
Musyarakah dalam Operasi Bank
Bank-bank boleh menjalankan aktiviti musyarakah sama
ada dalam pembiayaan seperti kaedah Musyarakah yang
berakhir dengan pemilikan salah satu pihak (Musyarakah
Mutanaqisah) atau menjadi syarikat bagi satu-satu
projek.
Aplikasi Kontrak Musyarakah dalam Pembiayaan
Modal Kerja

X%

(4)
Bank
Untung/rugi
(1)
(3)
Y%

Pelaburan (2)
Peserta
Al-Murabahah
Murabahah diambil dari bahasa arab iaitu rabaha yurabihu
murabahatan.
Bahasa:
Al-Ribh, al-rabah dan al-rabbah bermaksud pertumbuhan
dalam perniagaan.
(Lisan al-arab)
Secara Istilah :
Suatu kontrak jual beli barang yang dilakukan mengikut
harga kos dicampurkan dengan margin keuntungan yang
diketahui dan dipersetujui oleh pihak yang berkontrak.
Contoh:
A membeli rumah dengan harga RM1 Juta. Datang B mahu
membeli rumah tersebut. Si A memberi tahu harga dia
membeli rumah (RM1 Juta) dan bersedia menjualnya kepada
B, jika si B mahu memberi keuntungan (RM100 ribu). Setelah
sepakat, keduanya bertransaksi.
Transaksi murabahah dimasukkan dalam jual beli amanah, kerana
penjual menyampaikan harga beli (harga awal) barang tersebut.
Sehingga penjual dituntut untuk amanah dalam memberikan
informasi tentang harga belinya.
Dalil Pensyariatan














Bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan
harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan
perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara
kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya
Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.
(surah an-Nisa ayat 29)
Rukun

Dua pihak yang Sighah


Barang (al- Harga (al-
berkontrak Mabi) Thaman)
(Penjual/a;-
Bay) dan
(pembeli/al-
Musytari)
Aplikasi al-Murabahah dalam
Pembiayaan Modal kerja

(1)

Pelanggan Bank (2)

(4)
(3) Pembekal
Al-Ijarah
Bahasa:
Al-Ijarah (sewa) dalam Bahasa Arab membawa maksud upah, sewa,
jasa dan bayaran atau imbalan.
Istilah:
Kontrak penyewaan yang dilaksanakan ke atas manfaat yang
diketahui dan manfaat tersebut dikira harus di sisi syarak dengan
mendapat bayaran atau ganhjaran yang setara dengan manfaat
yang diperolehi


Maksudnya:
kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah
kepada mereka upahnya.
Rukun

Sighah
Dua pihak yang
berkontrak Sewa/Imbalan/bayaran Manfaat
Aplikasi Kontrak al-Ijarah dalam
Pembiayaan Projek

(1)

Pelanggan Bank (2)

(4)
(3) Pembekal
Bay Bi Thaman Ajil

Bay Bi Thaman Ajil (bayaran tangguh) ada kalanya disebut


bay al-Taqsit atau Bay al-Muajjal.
Kontrak penjualan barangan dengan bayaran secara
bertangguh.





Maksudnya:
Tidak ada dosa bagimu untuk mencari karunia (rezeki hasil
perniagaan) dari Tuhanmu.
Syarat Bay Bi Thaman Ajil
Kos dan modal sebenar hendaklah dinyatakan kepada pembeli
Keuntungan yang ditambah pada kos hendaklah dimaklumkan
kepada pembeli
Barangan \dan harga jualan bukanlah termasuk dalam
kategori barangan ribawi kecuali mematuhi syarat pertukaran
barangan ribawi.
Pihak pembeli boleh membatalkan kontrak jika berlaku
kekeliruan dalam menentukan kadar sebenar kos
Kontrak jual beli yang pertama di antara penjual dan pembeli
barangan adalah sah di sisi syarak.
KONTRAK AL-SALAM

Definisi
Menurut bahasa: Salam ( ) atau Salaf (
) ialah
mendahulukan.
Menurut istilah syarak: Jual beli sesuatu yang dinyatakan
sifat-sifatnya sahaja dengan lafaz salam atau salaf.
Hukum:
Dikecualikan daripada kategori menjual barangan yang tidak
wujud.
Haajah (Keperluan)
DALIL PENSYARIATAN KONTRAK AL-
SALAM
Diriwayatkan bahawa ketika Nabi s.a.w tiba di Madinah,
peduduk Madinah mengamalkan jual beli salam dalam jual
beli buah-buahan selama setahun atau dua tahun. Baginda
bersabda: Barangsiapa yang berjual beli salaf (salam),
hendaklah dia berjual beli salaf (salam) dengan
sukatan, timbangan dan tempoh yang dimaklumi
(Riwayat al-Bukhari no. 2125, Muslim daripada Abdullah bin
Abbas no. 1604)

Anda mungkin juga menyukai