Anda di halaman 1dari 7

Tajuk: Konsep dan

Objektif

DISEDIAKAN OLEH:
NOR HIDAYAH BINTI MOHAMMAD AZHAR
NUR FATIHAH BINTI ANUAR

NAMA PENSYARAH:
PUAN ZALEHA BINTI TAMBI ADAM
Pengenalan

 Pengajaran mikro merupakan satu kaedah untuk


memantapkan pengajaran dan boleh di latih.
 Kaedah pengajaran ini telah diasaskan di University
Stanford.
 Kemudian kaedah pengajaran ini telah dimantapkan
dan dijadikan satu teknik latihan dalam pengajaran
oleh Allen dan Ryan pada tahun 1969.
 Kaedah pengajaran mikro ialah satu bentuk latihan
pengajaran secara praktikal yang dipermudahkan
pengurusannya seperti skop pengajaran dan
organisasi yang lebih kecil.
Konsep Pengajaran Mikro

 Dari sudut bahasa, istilah ‘mikro’ membawa maksud


sesuatu yang lebih kecil seperti microscope dan
microwave.
 kaedah pengajaran ini merujuk kepada cara mengajar
yang lebih difokuskan kepada perkara yang lebih kecil.
 seseorang guru boleh memantapkan pengajaran dengan
cara memperbaiki kelemahan dalam pengajaran
menggunakan kaedah pengajaran mikro.
 guru juga dapat memajukan gaya pengajaran dengan
menggabungkan semua kaedah pengajaran mikro yang
telah dibaiki kelemahannya dalam sub topik pelajaran.
 Terdapat tiga jenis aspek utama dalam pengajaran
mikro iaitu saiz kelas, masa mengajar, dan kemahiran
mengajar.
 Tiga aspek tersebut dikecilkan skopnya dalam kaedah
ini.
 Hal ini bertentangan dengan kaedah pengajaran makro
yang tiga skop utama yang dinyatakan tadi adalah
bersaiz besar.
 Seseorang guru disyorkan menguasai kaedah
pengajaran mikro kerana akan memudahkan proses
kaedah pengajaran makro yang sememangnya
digunakan dalam kelas.
Objektif Pengajaran Mikro

 guru-guru pelatih dapat mencuba pelbagai teknik mengajar


secara berkesan dan menjadikannya sebagai aktiviti
tambahan dan aktiviti persediaan bagi latihan mengajar
sebenar di sekolah.
 memberi peluang kepada guru-guru pelatih menjalani
latihan amali dalam situasi mikro yang lebih mudah
diawasi;
 menguasai kemahiran-kemahiran mengajar satu persatu;
 memerhati prestasi mereka sebagai guru dalam situasi-
situasi mengajar tertentu;
 mengkritik diri sendiri, mengenal pasti kelemahan-
kelemahan mengajar dan berusaha mengatasi
kelemahan-kelemahan tersebut;
 meningkatkan kepekaan dan meninggikan
keyakinan diri supaya mereka boleh mengajar
dengan lebih efektif dalam situasi bilik darjah
sebenar
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai