Anda di halaman 1dari 6

Diskriminasi pendidikan merujuk kepada

ketaksamaan peluang pendidikan yang


wujud akibat perbezaan yang
mengakibatkan kewujudan jurang dalam
pendidikan antara lokasi, jantina, taraf
sosioekonomi, jantina, perbezaan kebolehan
individu,dan sebagainya.
Diskriminasi kanak-kanak dari Bandar dan luar Bandar
 Penempatan guru yang tidak seimbang
Lebih ramai guru yang berpengalaman berada di sekolah bandar
berbanding dengan sekolah luar bandar.

 Kelengkapan Infrastruktur yang berbeza


Kemudahan infrastruktur adalah lebih baik berbanding dengan
sekolah luar bandar

 Layanan guru yang berbeza kepada murid


Komitmen guru berbeza disebabkan oleh tekanan ibu bapa di luar
bandar berbanding dengan bandar.
Diskriminasi dalam kalangan pelajar yang mendapat pendidikan pra-sekolah
dan kanak-kanak yang tidak menhadiri prasekolah.
 Lazimnya pelajar yang tidak mendapat pendidikan prasekolah diasingkan
dalam kumpulan yang khas bagi memudahkan pengurusan, pengajaran dan
pembelajaran. Ini kelihatan seperti diskriminasi tetapi tujuannya ialah untuk
memudahkan pengurusan pembelajaran.
 Namun diskriminasi wujud jika murid yang tidak menerima pendidikan pra-
sekolah diabaikan sepenuhnya oleh guru dan pihak sekolah. Ini akan
menyebabkan murid yang tidak menerima pendidikan pra-sekolah
ketinggalan. Malahan murid ini seolah-olah dikategorikan sebagai orang
yang lemah dan menimbulkan rasa rendah diri
Diskriminasi dalam kalangan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan
Pelajar yang pandai dan berkebolehan selalu diberi perhatian berbanding
dengan pelajar yang lemah.
Pelajar yang belajar di aliran sastera selalu dianggap sebagai ketinggalan
serta lemah.
Diskriminasi kelas sosial
Pelajar yang mempunyai kelas sosial yang rendah mungkin menghadapi
masalah berkaitan dengan pembiayaan, kelengkapan belajar, kemudahan
belajar seperti kelas bimbingan berbayar dan sebagainya.
Diskriminasi jantina
Berbeza mengikut persekitaran, situasi.
Ada kalanya pelajar lelaki dianggap lebih berkebolehan berbanding dengan
pelajar perempuan dan begitu juga sebaliknya iaitu pelajar perempuan dianggap
lebih rajin jika dibandingkan dengan pelajar lelaki.
Masih wujud segreagasi mengikut gender iaitu pendidikan sekolah menengah
teknik, vokasional, politeknik (kejuruteraan) menjurus kepada pelajar lelaki.

Diskriminasi paras rupa


Wujud juga situasi pelajar yang rupa parasnya lebih cantik dilayan dengan
lebih baik berbanding dengan pelajar yang kurang cantik atau kurang elok
rupa parasnya.
Bibiliografi
Permasalahan Gender Dunia Pendidikan,
https://www.kompasiana.com
Diskriminasi gender, https://www.unicef.org
Budaya dan Pembelajaran, Siri Pendidkan Guru,Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai