Anda di halaman 1dari 18

Isu 1.

Remaja dan Kesalahan Juvana


Penglibatan golongan remaja dalam masalah juvana
Mengikut perundangan juvana, orang muda dan remaja membawa maksud yang sama, iaitu seseorang yang berumur antara 10 hingga 18 tahun dan boleh diiktiraf sebagai mengetahui akibat perlakuan "tanggungjawab jenayah". Penglibatan remaja dalam kes juvana dilaporkan dalam tempoh dua tahun 1997-1998, 685 kes, bulan Januari-Mei 1999, 121 kes. Manakala jumlah tangkapan terhadap golongan remaja bagi tempoh 1997 hingga bulan Mei 1999 sebanyak 1354 orang. Perangkaan yang ada menunjukkan bahawa penglibatan remaja dalam jenayah yang membabitkan peringkat umur 16 hingga 18 tahun adalah yang paling tinggi bagi tempoh tahun 1997 (326 orang), manakala pada tahun 1998 (439 orang), dan antara bulan Januari hingga Mei 1999 (160 orang). Kesalahan jenayah yang amat ketara dilakukan oleh golongan remaja ialah kesalahan yang melibatkan jenayah harta benda (80 peratus), misalnya mencuri kenderaan, terutama motosikal (Seksyen 379A). Jumlah keseluruhan tangkapan dalam kes ini, 113 kes (1997), 142 kes (1998), 37 kes (Jan.-Mei 1999). Terdapat peningkatan yang tinggi dalam kes ini. Adakalanya remaja yang pernah tertangkap mengulang melakukan jenayah yang sama. Keseluruhan tangkapan yang dilakukan ke atas golongan remaja yang melibatkan kes kecurian kenderaan bagi tempoh 1997 hingga Mei 1999 adalah sebanyak 447 orang. Dari segi perbandingan, pada tahun 1997 kes siasatan yang dijalankan berjumlah 269, manakala tangkapan yang dapat dibuat pula berjumlah 463 orang; pada tahun 1998, jumlah kes siasatan adalah 416, manakalah jumlah tangkapan 660 orang. Terdapat peningkatan sebanyak 147 kes siasatan, 54.6 peratus. Kecurian motosikal melibatkan pelajar sekolah dari tingkatan satu hingga empat. Sesetengah mereka mencuri untuk main-main sahaja, sesetengahnya memang untuk mendapatkan lebih wang saku dengan menjual bahagianbahagian motosikal. Perbuatan ini semakin lama membudaya dalam hidup mereka. Oleh sebab itulah ada antara mereka yang sudah tertangkap, melakukan jenayah ini lagi setelah dibebaskan atau setelah dijamin oleh ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam menentukan corak kehidupan anak-anak. Ibu bapa mesti bersikap tegas mengawal disiplin anak. Baru-baru ini berlaku peristiwa dua kumpulan pelajar semasa makan-makan di medan selera di kawasan Jalan Kelang Lama bergaduh sehingga meragut nyawa dua orang pelajar daripada satu kumpulan. Apabila disiasat puncanya cuma kerana tindakan ejek-mengejek antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain disebabkan kehadiran perempuan. . Didapati salah satu kumpulan meminta

bantuan samseng. Dalam siasatan lanjut terhadap gadis-gadis yang ada bersama-sama sehingga pukul dua hingga tiga pagi, Ibu bapa mereka sendiri memberi kebenaran kepada mereka berada di luar rumah pada tempoh waktu itu. Pada awal tahun ini berlaku kematian seorang pelajar. Apabila dibuat tangkapan didapati pelajar tingkatan 4 terlibat dalam kejadian ini, anak-anak sekolah yang masih berkeliaran di luar rumah meskipun sudah pukul 2.30 pagi.Ibu bapa perlu mendisiplinkan anak kita berada di rumah pada pukul 11 malam, misalnya, kalau masih bersekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga boleh memainkan peranan memberi panduan kepada ibu bapa dalam mengatur pendidikan anak di luar sekolah. Kawalan disiplin di sekolah berasrama boleh dijadikan panduan. Peraturan sekolah mengawal waktu pelajarnya, belajar, berehat, mengulang kaji, bersembahyang, dan tidur boleh digunakan oleh ibu bapa. Mereka tidak dibenarkan langsung ke mana-mana.Ibu bapa perlu mendapatkan panduan bagaimana memantau anak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa mesti peka dan mengambil berat tentang perkembangan sosial anak. Dengan cara ini kadar jenayah akan dapat dikurangkan. Pergaduhan kecil-kecilan antara pelajar yang melibatkan kaum yang berbeza ditangani oleh pentadbiran sekolah. Tentang pergaduhan antara pelajar dari sekolah yang berlainan ada juga berlaku, dan polis dapat diatasi dengan mengadakan pemuafakatan dengan ibu bapa dan pihak sekolah. Kes yang disebut tadi hingga melibatkan kematian, yang pertama pergaduhan sesama pelajar Cina, manakala yang kedua adalah antara pelajar Melayu. Sebenarnya pergaduhan berlaku bukan disebabkan kaum. Sekarang pihak polis mengambil tindakan untuk mengadakan Kelab Pendidikan Jenayah di sekolah untuk mendidik anak-anak sekolah dari peringkat usia yang masih muda supaya menghormati orang dan tidak melibatkan diri dengan jenayah.

ANALISIS MASALAH REMAJA


Beberapa masalah yang melanda remaja masa kini boleh dikenal pasti dengan mudah daripada masalah yang kecil hingga kepada masalah yang besar dan yang sukar ditangani. Secara amnya masalah ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: MASALAH DISIPLIN Masalah yang dihadapi oleh remaja ketika di bangku sekolah seperti: o Ponteng o Merokok o Vandalisme @ Pugut MASALAH PERGAULAN Masalah yang melibatkan pergaulan dihadapi oleh remaja pada semua peringkat sama ada di bangku sekolah mahupun di luar sekolah. Contoh masalah pergaulan ialah: o Gangsterisme o Lepak o Pergaulan Bebas

Permaian Video dan Mesin Slot Haram Bahan Lucah MASALAH JENAYAH Masalah jenayah juga dihadapi oleh remaja pada semua peringkat dan kategori ini melibatkan jenayah yang berat dengan hukuman yang lebih berat seperti: o Peras Ugut o Pukul o Curi o Rogol o Bunuh
o o

PONTENG
CONTOH Ponteng sekolah:tidak hadir ke sekolah Ponteng kelas:tidak mengikuti sesi pembelajaran walaupun hadir ke sekolah Ponteng perhimpunan, sembahyang dan kuliah Sikap pelajar yang tidak mengambil berat terhadap pelajaran Merasakan pelajaran itu susah dan membosankan Perkara lain lebih seronok untuk dilakukan selain belajar Kemunduran di dalam pelajaran. Terdedah kepada pengaruh luar sekolah dan jenayah. Ibu bapa memberi perhatian terhadap prestasi pelajaran anaknya. Ibu bapa seharusnya mendengar dan menyiasat maklumat yang dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai anaknya. Kerjasama masyarakat dalam memaklumkan pihak ibu bapa dan sekolah sekiranya terjumpa pelajar yang ponteng. Kaunseling bagi remaja yang ponteng

SEBAB

KESAN

CARA MENGATASI

MEROKOK
CONTOH Membawa rokok ke sekolah. Mencuri-curi menghisap rokok di dalam kawasan sekolah. Menghisap rokok di luar kawasan sekolah. Ingin kelihatan 'kool' dan lebih dewasa. Terpengaruh dengan rakan sebaya dan lebih dewasa. Ingin mencuba sesuatu yang baru. Wang saku yang dibekalkan ibu bapa digunakan untuk membeli rokok. Rakan yang tidak merokok dijadikan mangsa untuk membawa rokok ke sekolah. Remaja mula memeras ugut pelajar lain bagi mendapatkan wang untuk membeli rokok.

SEBAB

KESAN

Kesan dalaman yang lebih bahaya ialah barah paru-paru. CARA MENGATASI Menyedarkan remaja mengenai bahaya merokok menerusi kaunseling dan ceramah. Mengadakan kempen anti-rokok di peringkat sekolah. Ibubapa tidak seharusnya memberi wang saku yang berlebihan.

VANDALISME @ PUGUT
CONTOH Mengoyakkan buku-buku teks dan perpustakaan. Menconteng dinding bangunan, bas dan tempat-tempat awam. Merosakan bangku, meja, telefon dan pondok telefon awam, tandas awam, papan tanda dan lain-lain lagi. Memecahkan tingkap dan pintu sekolah. Golongan remaja yang terlibat mempunyai konsep kendiri atau 'self esteem' yang rendah. Ingin mendapatkan perhatian daripada sesiapa jua kerana merasakan dirinya terbiar. Melepaskan perasaan marah dan geram akibat tertekan. Banyak harta benda sekolah dan awam musnah. Menyusahkan pengguna-pengguna lain. Mencemar persekitaran dengan grafiti yang biasanya menggunakan kata-kata kesat dan lucah. Mengenal pasti pelajar yang sering memberontak di dalam kelas. Ibu bapa dan guru perlu meluangkan masa untuk berbual dan bertanya masalah dengan remaja agar mereka merasakan diri mereka dihargai. Memberi kesedaran menerusi kaunseling mengenai kepentingan menjaga harta benda sama ada harta benda sendiri mahupun harta benda awam.

SEBAB

KESAN

CARA MENGATASI

GANGSTERISME
CONTOH Kumpulan samseng sama ada di kalangan remaja lelaki atau perempuan. Kurang mendapat perhatian dan kasih sayang menyebabkan remaja mencari tempat untuk meluahkan perasaan. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Sikap suka membuli orang lain. Tidak senang dengan kesenangan orang lain. Remaja memiliki sifat-sifat negatif.

SEBAB

KESAN

Remaja terpesong pegangan hidup. Pemikiran remaja dipenuhi keburukan. Menimbulkan pergaduhan. Berlakunya peras ugut. CARA MENGATASI Pihak sekolah handaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti polis. Masyarakat setempat juga perlu memainkan peranannya kerana kegiatan gangsterisme ini menular dalam masyarakat bukan sahaja di sekolah. Ibubapa perlu mengambil berat mengenai pergaulan anak-anak mereka. Perubahan tingkah laku biasanya menunjukkan anak-anak terlibat di dalam sesuatu yang tidak diingini. Melatih anak-anak dari kecil untuk menghormati dan menghargai orang lain.

LEPAK
CONTOH SEBAB Menghabiskan dan membazir masa di kompleks-komples beli-belah. Bosan terhadap pelajaran. Kurang mendapat perhatian guru. Pengaruh persekitaran dan pergaulan. Sikap tidak mengambil berat dan tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Pembaziran masa dan wang kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Memudahkan lagi remaja terjebak dengan gejala sosial yang lebih buruk kerana pengaruh rakan-rakan lepak mereka. Melahirkan generasi yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya akan menjatuhkan martabat negara. Ketahui masalah remaja melepak dan fahami perasaannya. Memberi galakan dan semangat untuk membentuk nilai-nilai positif dalam diri. Menasihati remaja melalui forum, seminar disiplin dan media massa yang berkesan contohnya internet.

KESAN

CARA MENGATASI

PERGAULAN BEBAS
CONTOH Mengunjungi pusat-pusat hiburan seperti pawagam, disko dan lainlain lagi. Keluar mengikut sesiapa sahaja kenalan mereka tanpa mengira lelaki atau perempuan.

SEBAB

Tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa di rumah. Ibu bapa tidak prihatin terhadap pergaulan anaknya dan membiarkan mereka keluar dengan sesiapa sahaja. Mencari tempat untuk mendapatkan kasih sayang. Terpengaruh dengan budaya barat. Ingin mendapatkan keseronokan bersama rakan-rakan. Pergaulan bebas membawa kepada hubungan seks rambang. Berlakunya kes-kes remaja perempuan mengandung di luar nikah. Berlakunya gejala bohsia. Berlakunya kes pembuangan bayi. Melarikan diri dari rumah. Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Sekali-sekala ibu bapa perlu menyiasat apakah yang dilakukan oleh anak mereka semasa berada di luar rumah. Terangkan kepada anak-anak atau pelajar-pelajar mengenai keburukan dan akibat pergaulan bebas menerusi kaunseling dan ceramah Terangkan kepada mereka mengenai keburukan seks rambang dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh aktiviti seksual seperti AIDS.

KESAN

CARA MENGATASI

PERMAINAN VIDEO & MESIN SLOT HARAM


CONTOH Permainan komputer di pusat Kafe Siber. Mesin-mesin judi atau komputer yang diubahsuai bagi tujuan perjudian. Ketagihan dengan keseronokan bermain permainan video. Bosan di rumah dan ingin mencari keseronokan. Pengaruh rakan sebaya. Menjejaskan prestasi pelajaran Terjebak dalam jenayah mencuri Melupakan tanggungjawab sebagai pelajar Lalai dengan keseronokan dunia Tidak membenarkan remaja di bawah umur masuk ke pusat-pusat permainan video Rampasan 'chip' yang terdapat di dalam mesin oleh pihak yang berkuasa Tidak membenarkan pengusaha Kafe Siber memuatkan permainan video di komputer. Ibu bapa menjadi contoh yang baik untuk anak-anak.

SEBAB

KESAN

CARA MENGATASI

BAHAN LUCAH
CONTOH VCD lucah. Gambar-gambar lucah. Buku dan majalah yang memuatkan gambar dan cerita yang mengghairahkan. Halaman WEB lucah di Internet. Suka mencuba sesuatu yang baru. Sifat ingin meniru aksi-aksi yang tidak sewajarnya. Menyukai sesuatu yang adventure dan menonjol. Tiada kawalan ke atas bahan bacaan dan tontonan. Penggunaan Internet yang tidak diawasi. Menyebabkan remaja ingin mencuba dan meniru aksi-aksi yang tidak wajar. Menyebabkan hubungan seks secara rambang. Gejala-gejala yang berkaitan dengan seks rambang juga akan timbul. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawasi anak. Guru memberi kesedaran kepada pelajar agar tidak hanyut dengan hawa nafsu sendiri. Membanteras penjualan VCD dan bahan-bahan lucah yang lain secara besar-besaran.

SEBAB

KESAN

CARA MENGATASI

PERAS UGUT
CONTOH Meminta wang daripada pelajar yang lemah kononnya sebagai wang perlindungan. Wujud akibat dari melibatkan diri di dalam gangsterisme. Memeras ugut kenara handak mendapatkan wang bagi membeli rokok, dadah dan lain-lain. Sikap suka membuli pelajar lain. Merasakan pelajaran itu susah dan membosankan Menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah Boleh menyebabkan pergaduhan. Pelajar yang diugut mungkin akan dibelasah sekiranya enggan memberikan wang. Gangsterisme perlu dibanteras dari peringkat awal. Siasat sebab-sebab anak-anak takut hendak ke sekolah.

SEBAB

KESAN

CARA MENGATASI

Ibu bapa dan pihak sekolah perlu bekerjasama.

PUKUL
CONTOH Memukul atau membelasah beramai-ramai kolah Mungkin timbul kerana rasa dendam Perasaan cemburu atau kecewa dengan asmara juga membawa kepada kes ini. Gagal mendapatkan sesuatu yang diminta daripada pelajar yang diperas ugut Sikap suka menunjuk pada setengah-setengah remaja Pelajar yang dipukul mengalami kecederaan teruk. Kadang kala mangsa yang dipukul boleh menemui ajal. Ibu bapa terpaksa menukarkan mangsa yang dipukul ke sekolah lain bagi mengelakkan kejadian berulang. Aktiviti samseng atau gangsterisme perlu di banteras. Pelajar yang suka berkumpul sesama sendiri dan jauh dari pelajar lain perlu diberi perhatian.

SEBAB

KESAN

CARA MENGATASI

CURI
CONTOH Pelajar mencuri beg tangan guru di sekolah. Terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal. Sebab utama remaja mencuri adalah untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang atau untuk membeli rokok atau dadah. Kekurangan wang disebabkan kesempitan hidup seperti kemiskinan. Menyusahkan mangsa. Menimbulkan rasa benci dan dendam di hati mangsa terhadap si pencuri. Remaja yang mencuri akan terus dianggap bahaya dan disisih oleh masyarakat. Akhirnya mencuri menjadi tabiat atau habit mereka. Sebab-sebab remaja mencuri perlu dikenal pasti dan langkah-langkah perlu diambil bagi menghapuskan punca-punca tersebut. Sekiranya yang mencuri adalah seorang pelajar yang miskin, dapatkan bantuan kewangan untuknya dan berikan tunjuk ajar bagaimana hendak berbelanja secara berjimat cermat.

SEBAB

KESAN

CARA MENGATASI

ROGOL
CONTOH SEBAB Dua pelajar cabul kehormatan kanak-kanak berusia 4 tahun Keruntuhan akhlak dan tidak dapat megawal nafsu. Sikap suka menggoda pada setengah-setengah remaja perempuan juga membawa kepada masalah ini. Cabaran daripada teman atau rakan sebaya. Pengaruh media massa dan bahan-bahan lucah. Akibat dari pergaulan bebas. Menimbulkan kesan yang buruk ke atas mangsa sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Mangsa yang tidak berpendirian tetap atau tidak menghiraukan diri sendiri mungkin terjebak ke dalam gejala bohsia. Pembuangan bayi menjadi-jadi. Perogol mungkin akan mengulangi perbuatannya ke atas mangsa lain. Pembunuhan ke atas mangsa. Ibu bapa memberi didikan agama yang secukupnya. membentuk harga diri remaja melalui aktiviti kokurikulum. Mengadakan ceramah kerohanian untuk mencari arah yang betul dalam kehidupan.

KESAN

CARA MENGATASI

BUNUH
CONTOH Menikam pelajar lain Memukul pelajar lain sehingga maut Salah satu aktiviti kumpulan samseng atau gangsterisme Perasaan dendam dan cemburu Kecewa dalam asmara Amat memilukan dan menyedihkan bagi keluarga mangsa Menimbulkan budaya takut di kalangan pelajar lain Masalah gangsterisme perlu dibanteras. Hukuman berat perlu dilaksanakan walaupun yang terlibat hanya berusia belasan tahun.

SEBAB

KESAN

CARA MENGATASI

Isu 2. FENOMENA KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA: TREND, PUNCA DAN PENYELESAIAN


PENDAHULUAN Remaja selalu menjadi fokus perbincangan para cendikiawan, penggubal dasar dan anggota masyarakat umum terutama sekali apabila berkaitan dengan isu-isu permasalahan sosial. Perhatian seumpama ini menjadi lebih ketara sejak kebelakangan ini kerana banyak masalah sosial telah dikaitkan dengan gaya hidup dan perilaku para remaja. Artikel ini akan menumpukan perbincangan kepada fenomena keruntuhan akhlak remaja dari sudut trend gejala sosial ini, punca dan strategi penyelesaiannya. MENTAKRIFKAN REMAJA Siapakah Remaja? Rata-rata, mengikut takrifan dalam pelbagai kamus, remaja membawa maksud seseorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh atau muda. Dari segi usia pula, remaja dianggap berumur antara 10 hingga 19 tahun. Dari sudut psikologi, zaman remaja adalah satu jangka masa peralihan yang berlanjutan dari alam kanak-kanak ke peringkat dewasa yang penuh dengan konflik-konflik kehidupan (Mahmood 1990). Oleh itu, remaja harus dilihat dari segi satu tempoh peralihan yang panjang, yang mana perjalanannya tidak semestinya bebas dari tekanan dan pelbagai halangan konflik kehidupan (Chais, 1976). Pada peringkat remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950). Sering juga diperkatakan bahawa remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Kenyataan ini tidak boleh kita nafikan. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini. STATISTIK MENGENAI GEJALA SOSIA1 REMAJA Di negara kita, remaja merangkumi lebih separuh daripada keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya ramai, maka masalah yang berkaitan , dengan kelompok ini juga banyak. Satu daripadanya ialah masalah keruntuhan akhlak yang mana ia bukannya berlaku di negara ini sahaja malah dialami oleh semua negara di dunia. Data statistik banyak menunjukkan bahawa keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Penolong ; Penguasa Siasatan Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September ii 1993) di antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37,602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3,450 atau 9.17% adalah remaja. Dari ka1angan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan keapda jenayah kekerasan dan harta benda. Ini dinyatakan dalamJadual I.

Perangkaan Polis seterusnya menunjukkan bahawa antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja ialah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salahguna dadah dan mencuri basika1 atau, motosikal (Utusan Malaysia, 6 Januari 1992). Jadual I: Kategori Jenayah oleh Remaja 1990 -1992 Bilangan Peratus Kategori Jenayah 507 14.7% Jenayah kekerasan termasuk bunuh, samun, rogol dan mencederakan manusia 2,943 85.3% Jenyah harta benda membabitkan pecah rumah, mencuri kenderaan serta pelbagai kecurian Jenayah yang dilakukan oleh para remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandaraya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata negara. Sebagai contoh, di negeri Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah yang berlaku sepanjang tahun 1991 melibatkan remaja di bawah umur. Daripada jumlah ini 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Daripada jumlah ini juga, seramai 204 ada1ah jenayah yang diakukan oleh remaja Melayu, 54 oleh remaja Cina dan 47 oleh remaja IndIa. Satu kenyataan yang tidak boleh diketepikan ialah ramai di kalangan remaja yang rosak akhlak adalah merekayang masih berada di bangku sekolah. Umpamanya, pada tahun 1991 sahaja, 124 pelajar ditangkap kerana terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah dan bilangan yang ditangkap ini meningkat dari tahun ke tahun. Berdasarkan statistik yang terkumpul, kes-kes jenayah yang membabitkan remaja meningkat dengan ketara di antara tahun-tahun 1990 hingga 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti dengan 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992. Satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang ditemui kembali setelah lari atau menghilangkan dari rumah menurun. Ini mungkin berlaku kerana tidak ramai remaja diketemui selepas mereka melarikan diri dari rumah, ataupun jumlah remaja yang lari dari rumah semakin berkurangan. Maklumat mengenai kesalahan ini adalah seperti yang dicatatkan di dalamJadua12 (Sumber : Utusan Malaysia, 4 Ogos 1993). Jadua1 2 : Bilangan Remaja yang hilang atau lari dari rumah dan yang diketemui kembali Tahun Hilang Jumlah Jumpa kembali Lelaki Perempuan 1990 1,578 543 1,035 1991 1,981 677 1,305 1,169 1992 2,221 765 1,450 1,452 1993 1,485 656 Dari segi jenayah yang melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, di antara tahuntahun 1990 hingga 1992, daripada seramai 22,912 penagih dadah yang ditahan 2856 orang (12.46%) adalah remaja. Jadual 3 membekalkan maklumat mengenai peratusan penagih dadah remaja yang dikenalpasti berbanding dengan penagih keseluruhannya di Malaysia. Jadual 3 : Peratus penagih dadah remaja berbanding dengan penagih dadah di Malaysia 19901992 Peratus Penagih Dadah Remaja Tahun 11.01 % 1990 13.14% 1991 13.16% 1992 Statistik seterusnya ialah berkaitan dengan kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu dari segi perbuatan maksiat di kalangan remaja. Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiatjuga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Mengikut Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar, bilangan remaja yang rosak akhlak masih tinggi (Berita Harian, 3 Februari 1993). Pada tahun

1988, sebanyak 3,978 kes dicatatkan, 4,111 pada tahun 1989,3,763 pada tahun 1990 dan 2,658 kes sehingga bulan Oktober, 1991. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung ialah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan masa kini ialah "budaya lepak ". Kajian yang diusahakan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (Utusan Malaysia, 16 November, 1993) mendapati sebanyak 74% daripada responden dalam penemuan kajian awal budaya lepak di bandaraya Kuala Lumpur terdiri daripada remaja bawah umur 21 tahun. Secara khususnya 44.8% daripada responden yang lepak berada di peringkat umur di antara 15 hingga 18 tahun, manakala 7.3% berada di peringkat umur 18 hingga 21 tahun. Berapa gejala lain telah diperhatikan sebagai berkaitan dengan fenomena budaya lepak di kalangan remaja. Satu kajian yang berasingan mengenai kehidupan remaja berumur 15 tahun di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati bahawa sebanyak 90% remaja Cina terus pulang ke rumah lepas waktu sekolah; sebanyak 72% remaja India berbuat demikian tetapi hanya sekitaran 5.8% Melayu terus pulang ke rumah lepas waktu sekolah (Utusan Malaysla, 11 Mac, 1993). Hal inil menunjukkan bahawa remaja Melayu lebih banyak terdedah kepada persekitaran luar jika dibandingkan dengan remaja kumpulan etnik lain. Banyak persoalan ditanya mengapa remaja Melayu banyak terdedah kepada suasana persekitaran yang negatif berbanding dengan remaja kaum lain. Hal ini mungkin disebabkan oleh keadaan keluarga yang tidak harmonis, tarikan di luar yang lebih menarik dari apa yang ditawarkan oleh ibu bapa, ataupun mereka kurang menjalankan aktiviti-aktiviti berkumpulan yang memanfaatkan diri. Ini ada kesahihannya kerana mengikut laporan Bahagian Belia, Kementerian Belia dan Sukan, walaupun Malaysia mempunyai antar struktur organisasi belia yang terbaik di dunia, hanya 24% daripadajumlah keseluruhan iaitu sebanyak 7.19 juta belia di negara ini menjadi ahli persatuan. Golongan belia Melayu adalah di kalangan mereka yang paling kurang menjalankan aktiviti berpersatuan. Secara amnya, boleh dirumuskan bahawa cara kehidupan remaja kini berbanding dengan remaja dahulu sudah banyak berbeza. Walaupun mereka mempunyai keperluan hidup yang sama dengan remaja masa dahulu, tetapi apa yang berbeza di antara kedua kelompok remaja ini ialah keadaan persekitaran ketika mereka membesar dan cara kehidupan dalam ruang dan masa yang khusus ini. Faktor ini adalah di antara faktor utama yang harus diberikan perhatian. PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA Daripada data dan statistik yang dibentangkan, secara umumnya trend menunjukkan bahawa keruntuhan akhlak dan disiplin kalangan remaja masih berada pada paras yang tinggi. Keruntuhan akhlak remaja boleh dilihat dari pelbagai sudut dan banyak puncanya. Langkah mengenalpasti masalah ini adalah penting kerana hanya dengan mengetahui punca- punca masalah tersebut, strategi penyelesaian yang berkesan untuk mengatasi masalah tersebut boleh diatur dengan rapi. Hubungan kekeluargaan Salah satu faktor yang boleh dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja ialah penglibatan mereka dalamjenayah. Remaja atau pelajar secara khususnya yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang susah kehidupannya, malah sebilangan signifikan adalah di antara mereka yang mempunyai latar belakang, keluarga yang baik dan berada (Phelps, 1976; Cohen, 1975). Justeru itu, boleh diandaikan bahawa salah satu punca keruntuhan akhlak ialah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan dan kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Tekanan hidup, kesibukan kerja, mengejar kemewahan serta aktiviti sosial, menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain, dan malah jarang berpeluang bersua muka. Ibu bapa tidak dapat memberi asuhan dan didikan, sementara remaja itu pula tidak mendapat perhatian, bimbingan dan panduan hidup sempurna (Bettelheim, 1950; Redl, r966). Remaja itu akan membawa cara hidup bersendiri. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin anak remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain untuk

bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakuan dan pergaulan anak remaja mendorong mereka kepada akhlak yang rosak. Remaja yang terdedah terlalu awal kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak mereka (Phelps, 1976; Dass, 1992). Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak remaja yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan ialah alam rumahtangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumahtangga yang tidak harmonis dan tenteram dan ketidakupayaan pihak penjaga mengawas pendidikan anak-anaknya boleh menyebabkan remaja rosak akhlak. Justeru itu, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita patut mempunyai kewajipan dan peranan yang besar untuk merancang aktiviti, memberikan peluang dan bimbingan serta menyediakan pelbagai kernudahan supaya golongan remaja mendapat panduan yang cukup untuk menghadapi zaman dewasa mereka. Pengaruh Persekitaran Pengaruh persekitaran luaran dan pengaruh media-media masa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam cabaran hidup. Pelbagai doroogan yang kurang sihat di paparkan melalui persekitaran ini, yang seterusnya menyebabkan para remaja terikut-ikut dengan pengaruh berkenaan. Lantaran untuk memenuhi keinginan untuk tahu akibat dari dedahan persekitaran, mereka merayau-rayau di kompleks-kompleks membeli-belah, pusat snooker, pusat permainan video dan sebagainya. Perbuatan seperti ini selalunya mendorong kepada pergaulan yang kurang sihat. Selain daripada pergaulan yang kurang sihat, remaja juga turut menuntut kebebasan secara melulu daripada ibu bapa. Tuntutan seperti inijuga banyakjuga dipengaruhi oleh media masa (Cohen, 1975). Kemajuan dalam komunikasi mengakibatkan remaja terdedah kepada nilai-nilai baru yang belum pasti baik bagi perkembangan diri mereka. Pengaruh yang negatif ini boleh dilihat dari majalah- majalah hiburan, buku-buku yang mengandungi unsur-unsur lucah serta radikal, televisyen dan tayangan-tayangan filem barat. Jika dilihat, kebanyakan akhbar mingguan, majalah hiburan dan buku- buku cerita yang terdapat dalam pasaran sekarang lebih mengutamakan hiburan, keganasan dan fantasi kosong yang boleh mendorong sikap yang negatif seperti suka mengelamun, berfoya- foya, boros dan pelbagai perlakuan anti-sosial yang lain. Pengaruh di Sekolah Selain daripada media, keruntuhan akhlak remaja atau pelajar juga berpunca dari faktor sekolah atau guru. Keadaan pelajar yang duduk sesak dalam sesuatu bilik darjah yang kecil ukurannya juga boleh mendatangkan masalah tekanan dan disiplin di kalangan mereka ( Case, 1985) .Begitu juga dengan sikap guru yang mempunyai suara garang dan menggunakan kekerasan mengikut perasaan dalam pengajaran harian. Untuk menyelesaikan masalah disiplin pelajar di sekolah, setiap guru seharusnya menggunakan budi bicara yang luhur di samping tatacara disiplin seluruh yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Masalah remaja juga boleh dikaitkan dengan kerjaya. Kebanyakan golongan pelajar atau remaja hari ini tidak faham hubungan di antara pelajaran dengan kerjaya. Akibatnya mereka berada di sekolah semata-mata untuk lulus peperiksaan atau sebab ibu bapa mereka mahu mereka ke sekolah. Secara tidak langsung maka ramailah yang kurang bermotivasi di sekolah. Mereka tidak mempunyai matlamat hidup dan tidak ada rancangan masa depan (Case, 1985). STRATEGI PENYELESAIAN Perbincangan mengenaifenomena keruntuhan akhlak remaja banyak berkisar di sekitar isu pelajar remaja. Justeru itu kebanyakan daripada strategi penyelesaian yang dinyatakan di sini akan memberi tumpuan kepada golongan pelajar remaja. Pertama ialah pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan lagi aktivitiaktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolahsekolah. Begitu juga dengan cara perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan

komputer, video, bantuan alat pandang dengar yang lain dan teknik pengajaran luar kelas. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pembelajaran dan tekanan yang dihadapi oleh para pelajar di sekolah (Case, 1985). Strategi ini boleh menarik minat pelajar remaja untuk menghabiskan lebih banyak masa di sekolah daripada di luar sekolah yang tidak memanfaatkan perkembangan mereka. Kedua ialah mengenai aspek perundangan di sekolah. Strategi ini harus diberikan tumpuan kerana ini dapat mengurangkan penglibatan pelajar dalam berbagai kegiatan disiplin atau jenayah di sekolah. Dengan wujudnya aspek perundangan seperti ini, ia akan dapat menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar di samping dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Namun ia perlu dikaji dengan mendalam kerana cara ini mungkin melibatkan kos yang tinggi dalam menambahkan unit kawalan tambahan dan mungkin ada penentangan daripada ibu bapa, memandangkan langkah hukuman itu mungkin terlalu berat dan tidak adil untuk remaja mereka. Sehubungan dengan aspek perundangan ialah penguatkuasaan undang- undang oleh polis. Ini bermakna bidang kuasa polis boleh diperluaskan untuk merangkumi kegiatan para pelajar di sekolah-sekolah yang difikirkan menghadapi masalah disiplin pelajar. Jawatankuasa tindakan disiplin perlu ditubuhkan di peringkat daerah, kawasan, negeri mahupun negara agar segala kegiatan pelajar dapat diawasi di dalam dan di luar sekolah. Satu lagi langkah pencegahan yang baik ialah khidmat nasihat. Kaunseling di sekolah memainkan peranan penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Di samping itu kaunselingjuga boleh dilaksanakan sebagai penunjuk arah kerjaya yang patut dituju oleh remaja. Selain itu para guru kaunselor di sekolah-sekolah juga boleh menganjurkan "peer kaunseling" di kalangan pelajar-pelajar. Ini adalah jalan yang baik untuk membantu hubungan yang sihat di kalangan remaja dan memupuk rasa tanggungjawab di antara satu sama lain. Menurut kajian seperti yang dicatatkan dalam Cohen (1975) dan Phelps (1976), remaja lebih mudah meluahkan masalah mereka di kalangan rakan sebaya dengan mereka. Oleh itu program ini bermanfaatjika dirancang dengan teliti dan mengambil mereka yang berpengalaman dan mempunyai asas-asas kaunseling remaja untuk menganjurkan dan memantapkan program tersebut. Lanjutan dari itu, golongan remaja perlu dibantu dan diberi perhatian kerana masa remaja adalah zaman "pergolakan " yang amat serius. Pertumbuhan jasmani yang berlaku pada ketika baligh banyak mempengaruhijiwa, perasaan dan fikiran para remaja (Chais, 1976). Ini menyebabkan mereka menghadapi banyak masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan membentuk identiti diri. Bagi strategi umum, satu pendekatan yang wajar ialah melalui ceramah- ceramah sivik yang boleh dilakukan di peringkat sekolah. Walaupun demikian, ada1ah wajar jikalau program ceramah sivik ini melibatkan ibu bapa. Sebagai contoh, pada "Hari Ibu Bapa dan Guru " yang diadakan setiap tahun, ceramah-ceramah boleh memberikan keterangan yangjelas tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping itu pengetahuan agama harus ditekankan di dalam ceramah-ceramah ini kerana lazimnya pengetahuan agama akan memberi satu garispanduan bagi individu untuk bertindak. Di samping pengetahuan agama, keterangan mengenai diri dan cara-cara bersosialisasi harus disampaikan para remaja dan juga ibu-bapa. Penglibatan ibu bapa ada1ah penting supaya anak, pendidik dan ibu bapa semua berada pada gelombang persefahaman yang sama dan dapat mengeratkan lagi hubungan. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak surat-surat pekeliling yang bertujuan memberi panduan kepada guru besar dan para guru mengenai pengurusan disiplin pelajar. Namun, secara umumnya, disiplin pelajar di sekolah-sekolah di dapati semakin merosot sejak kebelakangan ini. Mungkin surat-surat panduan ini tidak diberikan perhatian yang serius. Ada pula guru-guru yang tidak bekerjasama dalam menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan disiplin, kurang rasa tanggungjawab dan hanya mempunyai tanggapan bahawa pelajar adalah punca utama masalah disiplin. Mungkin sikap guru yang negatifjuga mempengaruhi sikap dan tanggapan pelajar terhadap konsep dan pelaksanaan disiplin. Justeru itu, pentadbiran sekolah harus memastikan bahawa sekolah menyalurkan maklumat itu kepada guru-guru menerusi sesi-sesi perbincangan, bengkel dan seumpamanya bagi memastikan mereka faham mengenai hak-hak dan tanggungjawab mengambil tindakan disiplin yang betul.

Adakala sistem pendidikan negara dijadikan sasaran utama kerana ia merupakan wadah yang paling baik untuk menetapkan nilai-nilai akhlak dan moral yang baik. Pendidikan moral memberi pengaruh sangat besar dalam mencorak sikap dan akhlak seseorang dan seterusnya akan mempengaruhi nilai-nilai sosialnya. Oleh kerana pendidikan moral disampaikan kepada seseorang itu sejak ia kecil-kecil lagi akan sedikit sebanyak dapat mewujudkan sikap dan nilai yang positif pada diri individu berkenaan. Oleh itu para pelajar perlu diberi penerangan yang jelas mengenai alam remaja, masalah dan kesulitan yang mereka hadapi sebelum mencapai kedewasaan. Ini boleh dilakukan melalui ceramah dan majlis penerangan mengenai masalah kehidupan remaja serta kempen memupuk kesedaran sivik. Masalah jenayah pelajar bukanlah masalah pelajar, ibu bapa dan guru tetapi merupakan masalah masyarakat. Dengan itu pemimpin-pemimpin tempatan seperti penggawa, penghulu, pemimpin politik, pemimpin belia dan orang-orang yang berpengaruh perlu dihubungi untuk membantu dan bekerjasama bagi menyelesaikan kes-kes disiplin. Penglibatan semua pihak daripada anggota masyarakat umum kepada ketua masyarakat amatlah perlu kerana masalah akhlak remaja atau pelajar merupakan masalah masyarakat. Kawalan sosialperlu diwujudkan di kalangan penduduk dan sikap "tidak apa atau tidak ambil tahu " perlu diubah demi kepentingan masyarakat. Satu lagi aspek pencegahan yang harus diberikan perhatian ialah penglibatan remaja dalam pusat kegiatan belia di mana semua aktiviti telah dirancang dengan telitidan teratur. Dengan itu program atau aktiviti yang diadakan di pusat-pusat latihan belia remaja akan membekalkan kemahiran-kemahiran tertentu agar para remaja dapat menggunakan kemahiran demi kepentingan diri mereka. Di samping kemahiran, pusat- pusat ini juga boleh memberikan ceramah-ceramah, kelas-kelas bimbingan agama serta rekreasi-rekreasi sukan yang diperlukan untuk perkembangan sahsiah remaja. Seterusnya pertukaran belia antara negeri dan juga antara negara yang diadakan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman para remaja. Terdapat 86 Jawatankuasa Kebajikan Juvana di seluruh negara dengan keahlian 1,009 orang. Melalui jawatankuasa-jawatankuasa ini semua kegiatan untuk membantu remaja dapat dirancang dengan sempurna dan ditingkatkan dari semasa ke semasa. Buat masa kini juga, sudah pun wujud satu jawatankuasa yang dibentuk antara Polis Di Raja Malaysia denganJabatan Pendidikan Negeri untuk memerhatikan perkembangan aktiviti-aktiviti pelajar dari masa ke semasa dan mengambil langkah-langkah yang patut sebelum pelajar-pelajar erjehak dalam apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang. Namun keherkesanan jentera ini holeh dipertingkatkan lagi dengan memhuat kajian dari masa ke sama tentang aktiviti, program, serta pelaksanaannya dalam menangani masalah keruntuhan akhlak remaja. Juga, program pemulihan dalam komuniti dan pemulihan di institusi di hawahJahatan Kehajikan Masyarakat harus dikaji dari semasa ke semasa agar perancangan dan program-programnya adalah selaras dengan kehendak dan persekitaran remaja. Peranan media juga harus diherikan perhatian yang serius dalam usaha memhendung gejala yang tidak sihat ini. Media cetak dan elektronik lehih mudah menganjurkan program yang herkaitan dengan personaliti remaja yang herjaya. Remaja yang herjaya dalam satu-satu lapangan holeh memberi contoh yang positif kepada remaja secara keseluruhannya. Gambargambar remaja yang berjaya di samping dapat menjadi daya penarik kepada para pembaca juga boleh merangsang pembaca remaja agar turut herjaya dalam kegiatan yang mereka sendiri ceburi. Oleh itu, pihak penerbit, terutama sekali yang mempunyai sasaran pembaca remaja hendaklah lebih sedar dan peka akan tanggungjawab sosial untuk menerbitkan lebih banyak bahan bacaan yang bercorak pengetahuan untuk melahirkan golongan remaja yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat-sifat yang baik. KESIMPULAN Pelbagai jalan penyelesaian boleh dilaksanakan dengan segera seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini. Di sekolah-sekolah umpamanya disiplin pelajar harus ditingkatkan melalui perancangan kegiatan yang holeh memupuk nilai yang baik dan mulia. Ini penting kerana tujuan pelaksanaan disiplin hukan setakat menghukum atau mendenda sahaja, malah hertujuan menggalakkan seseorang mematuhi, menghormati, dan bekerjasama dengan masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini, ia amat memerlukan penglibatan dan rasa tanggungjawab para guru, Persatuan Ibu Bapa-Guru serta penyelarasan aktiviti hadan disiplin, Badan Bimbingan dan

Kerjaya, Jawatankuasa Bimhingan Pelajar dan Jawatankuasa Sekolah sebagai institusi masyarakat. Di samping itu, pengaruh persekitaran yang telah lama dikenalpasti menyehahkan masalah akhlak di kalangan remaja harus dihendung. Ini boleh dilakukan dengan pelaksanaan dasar yang tegas di samping penguatkuasaan di semua peringkat. Sebagai rumusan, strategi penyelesaian boleh mengambil model "Komponen Perkhidmatan Akhlak" seperti yang tertera di bawah ini. Komponen Perkhidmatan Akhlak Kerajaan; Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat & lain-lain Jabatan Komuniti ; Penasihat Mahkamah Juvana, Jawatankuaa Kebajikan Juvana, Lembaga Pelawat & Persatuan/Badan Sukarela Agensi Swasta Keluarga dan Masyarakat RUJUKAN Baron, R.A. (1977) .Human Aggression. New York: Plenum. Berita Harian, 17 November 1989 Berita Harian, 22 September 1993. Berita Harian, 3 Februari 1993. Bettleheim, B. (1950) Love is not enough. New York: Free Press. Case, R. (1985) Intenectual Development: Birth to Adulthood. New York: Academic Press. Chais, GJ. (1976), Human Development, Englewood Cliffs, NJ. : Prentice Han. Cohen, A.K. (1975) .Delinquent Boys. New York: The Free Press. Dass, M.B. ( 1992) .Juvenile Delinquent: The Causes and Remedies. Jurnal Kebajikan Masyarakat. 15,1,9 -14. Keney, H.H. ( 1979) .Personal Relationships. Hinsdale, N .1.: Lawrence Erlbaum. Mahmood Nazar Mohamad. (1989). Masalah Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Remaja di Sekolah. Jurnal Kebajikan Masyarakat. 10, 12,32- 42. Mahmood Nazar Mohamad (1990) Pengantar Psikologi Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Phelps, T.R. (1976). Juvenile Delinquency: A Contemporary View. Santa Monica, Ca: Gooedyear Publishing Company Inc. Redl, F. (1966) .When We Deal With Children. New York: MacMinan Publish- ing Co. Utusan Malaysia, 11 Mac 1993. Utusan Malaysia, 16 November 1993. Utusan Malaysia, 22Januari 1993. Utusan Malaysia, 4 Ogos 1993. Utusan Malaysia, 6Januari 1993.

BUDAYA LEPAK Zaman remaja adalah suatu jangkamasa yang sangat berharga bagi setiap daripada kita. Pelbagai cabaran dan keghairahan yang menanti kita sewaktu kita melalui proses evolusi umur antara zaman kanak-kanak dan dewasa.. Jesteru itu,usia remaja bukanlah suatu tiket untuk kita mengabaikan tanggungjawab samada terhadap diri,keluarga,lebih-lebih lagi agama. Banyak kejanggalan perilaku yang dikaitkan dengan kehidupan remaja kita. Antara penyakit sosial yang sering diperkatakan sejak sekian lama ialah budaya lepak. Gejala ini seolah-olah telah menjadi lumrah,dan kita dapat melihat remaja kita berpeleseran dipusat-pusat membeli belah, pusat-pusat hiburan, panggung wayang dan sebagainya.Secara purata remaja di negara kita membazirkan masa mereka kira-kira 16.3 jam seminggu atai kira-kira 847.6 jam sebulan.Biar apapun yang diperkatakan oleh semua pihak berkaitan dengan soal ini, namun yang pasti gejala ini terus berlarutan. Dalam hal ini, tindakan kita menuding jari terhadap golongan remaja dengan menyalahkan mereka adalah suatu tindakan yang tidak resional. Sebenarnya jika diperhalusi banyak faktor yang membantu kepada berkembang suburnya budaya lepak ini. Faktor persekitaran contohnya keadaan fizikal rumah yang sempit serta hubungan kekeluargaan

yang rapuh mendorong remaja kita keluar rumah dengan alasan mencari ketenangan. Ditambah dengan pengaruh rakan-rakan serta pelbagai bentuk hiburan yang sedia menunggu di luar rumah, jesteru itu tidak menghairankan jika ia mendorong remaja kita terlibat dalam aktiviti tersebut. Disamping itu faktor ketandusan ilmu agama di kalangan remaja juga dilihat sebagai elemen yang bertanggungjawab menyuburkan budaya ini. Hal sedemikian tidak menghairankan kerana ramai di kalangan ibubapa hari ini yang gagal memberikan didikan agama yang terbaik buat anak-anak mereka. Kegagalan ibubapa memainkan peranan mereka menjadikan golongan remaja kehilangan arah dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Mereka merasa jiwa mereka kosong dan terbiar, lalu mereka memilih jalan mudah untuk melarikan diri dari kemelut yang dihadapi. Masalah lepak juga menjadi pemangkin kepada penyuburan pelbagai penyakit sosial yang sedang kita hadapi sekarang. Statistik memperlihatkan peningkatan jumlah golongan muda yang terjebak dalam kebejatan sosial dari tahun ke tahun. Gejala-gejala ini tidak sekadar menyerang mereka yang tinggal di bandar-bandar, malah turut merebak ke kawasan kampung dan juga kawasan Felda. Rujuk statistik di bawah: 1.13% kes buang bayi 40% - menonton bahan lucah 16% - judi 70% - merokok 14% - Penyalahgunaan dadah 25% - minuman keras 18 % - seks bebas Berdasarkan kajian yang dilakukan, umumnya mereka yang terlibat dalam gejala melepak ini terdiri daripada golongan yang lemah pelajaran dan kerjaya. Mereka ini mempunyai ikatan yang kukuh dengan rakan sebaya yang terlibat dalam aktiviti ini. Golongan ini memandang mudah soal tanggungjawad terhadap diri,keluarga, agama dan masyarakat. Apa yag malang,mereka seolah-olah tiada cita-cita yang keinginan merancang kejayaan hidup mereka pada masa mendatang.Hiburan adalah menifestasi mereka untuk melepaskan diri dan fikiran dari soal-soal kehidupan. Tekanan yang diberikan oleh masyarakat ke atas mereka memungkinkan golongan ini memberontak kerana enggan menerima sesuatu yang berbentuk paksaan. Sebenarnya apa yang berlaku menuntut penyertaan semua masyarakat tanpa mengira status sosial mereka.Sebagai aset remaja untuk meneruskan kelangsungan pembangunan negara,perlu bagi kita memastikan golongan berada pada landasan yang sebenar dalam hidup mereka.Menjelang 2020, 42.7 peratus rakyat Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang berumur 13 hingga 39 tahun. Golongan ini dilihat sebagai berpotensi untuk terlibat dalam pelbagai kebejatan sosial. Pada 1995,kira-kira 7300 orang disahkan positif dengan HIV.Pada 1994 pula,kira-kira 325 remaja perempuan dilapurkan terlibat denga maksiat dan jumlah ini meningkat secara mendadak kepada 8509 pada 1995 yang lalu.Sekiranya perkara ini berterusan,pastinya ia melumpuhkan institusi keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Program pencegahan dan pemulihan perlu dilakukan secara terancang dan digerakkan dengan lebih efektif lagi. Semua pihak harus memainkan peranan mereka samada secara individu,lebih-lebih lagi secara individu,keluarga,masyarakat bahkan institusi yang ditubuhkan khusus persepakat dalam menangani masalah ini. Sekarang bukanlah masa untuk menghasilkan slogan yang muluk-muluk atau menuding jari mencari kesalahan orang lain. Sebaliknya sekarang adalah masa untuk bekerja mencari penyelesaian terhadp soal ini. Ada baiknya mencegah sebelum penyakit ini menjadi barah masyarakat yang sukar untuk disembuhkan. Namun semua usaha yang dijalankan ini tidak akan lengkap dan berjaya sekiranya individu itu sendiri tidak mahu berubah. Tidak dinafikan zaman remaja adalah suatu zaman yang serba indah dan menarik. Namun adalah tidak wajar untuk kita meracuni zaman yang seketika itu dengan aktiviti-aktiviti yang menjerumuskan kita ke lembah yang menghancurkan. Dalam hal ini,apa yang penting perlunya kita bermuhasabah diri dan menginsafi diki dengan keterlanjuran yang berlaku. Rujukan Majalah Ogos

Siti 2001/Jamidulawal

Bil 1422

Anda mungkin juga menyukai