Anda di halaman 1dari 18

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA JALAN JASIN, 77300 MERLIMAU MELAKA, MALAYSIA

LATIHAN INDUSTRI KESAN TERHADAP POLITEKNIK DAN PELAJAR

DIHASILKAN OLEH ARIFFUDDIN BIN IBRAHIM


Kelayakan Akademik / Academic Qualifications: Sarjana Pendidikan (Teknikal, UTM), 2002 Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi, UTM ), 2001 Diploma Kejuruteraan Elektrik serta Pendidikan (UTM),1998 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Perhubungan ,POLISAS), 1995

JULIYANNA BINTI ALIMAN


Kelayakan Akademik / Academic Qualifications: Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian (UTHM), 2008 Diploma Kejuruteraan Elektrik serta Pendidikan (KUiTHHO), 2003

PMM - 2008

1.0

PENGENALAN

1.1

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, latihan didefinasikan sebagai

sesuatu yang dibuat untuk memahirkan diri atau untuk mendapatkan pengalaman. Manakala Industri ialah perusahaan untuk membuat,

menghasilkan, mengeluarkan barang. Daripada definasi tersebut dapatlah disimpulkan bahawa latihan industri ialah sesuatu yang dibuat untuk memahirkan diri dalam proses berkaitan membuat, menghasilkan atau mengeluarkan barang Dalam skop pendidikan berorientasikan teknikal dan vokasional seperti politeknik, latihan industri merupakan komponen penting dalam program pengajian tinggi yang perlu dilaksanakan sebagai pengenalan kepada bakal graduan tentang realiti alam pekerjaan .

1.2

Objektif latihan industri diwajibkan kepada bakal graduan adalah untuk

membolehkan mereka: i. ii. iii. iv. v. Membina personaliti individu Berkomunikasi dengan berkesan Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan Menghasilkan laporan industri.

1.3

Pendidikan Teknik dan Vokasional pada dasarnya bertujuan untuk

menyediakan pelajar bagi menceburi bidang pekerjaan. Ia juga adalah merupakan satu langkah untuk menyokong dan mempergiatkan lagi usaha kerajaan bagi memajukan bidang ekonomi dan perindustrian berasaskan pengetahuan teknik dan vokasional (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991). Pendidikan dan latihan yang mencukupi perlu diberikan kepada golongan muda untuk menghasilkan tenaga sumber manusia yang

berpengetahuan dan mahir dalam bidang kejuruteraan.

1.4

Di politeknik, program pengajian yang digubal mempunyai beberapa

keistimewaan. Pertama, kurikulum programnya digubal bagi memenuhi tiga

(3) bidang kemahiran iaitu hard skills, soft skills dan kemahiran kompetitif. Kedua, kerjasama erat yang dijalinkan antara politeknik dan industri telah menghasilkan relevansi pembelajaran dengan pekerjaan yang kukuh. Ketiga, pematuhan kepada sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2000 sejak tahun 2007 telah memastikan penambahbaikan pengoperasian yang berterusan. Berikutan daripada perkembangan itu, semua program pengajian di politeknik telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

2.0

KAEDAH PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI SECARA SISTEMATIK DAN EFEKTIF Bagi memastikan program Latihan Industri mencapai objektifnya,

2.1

pelaksanaan latihan industri perlu dipantau secara sistematik dan efektif. Justeru itu satu unit khas diwujudkan dan dipertanggungjawabkan iaitu Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI). Unit ini berperanan untuk mengurus selia penempatan, penyeliaan dan penilaian program latihan industri.

2.2

Kaedah penilaian dan peraturan latihan industri telah diguna pakai oleh

Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk dijadikan satu rujukan dan panduan (The Industrial Training Handbook). Dokumen rujukan ini

digunapakai dan dijadikan panduan oleh seluruh politeknik di Malaysia kerana latihan industri merupakan salah satu komponen utama dalam Dokumen Kurikulum dan Struktur Program Pengajian Tinggi dan tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

2.3

Bagi menjamin mutu pelaksanaan latihan industri, hanya pelajar yang

telah memenuhi syarat tertentu dapat meneruskan latihan. Langkah ini adalah untuk memastikan bahawa pelajar yang bakal menghadapi latihan industri adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar bersedia dan mempunyai pengetahuan asas yang secukupnya bagi memperkembangkan lagi

pengetahuan yang benar-benar menjurus kepada realiti dunia industri. Syaratsyarat tersebut adalah: i. Mendaftar kursus Latihan Industri

ii. iii.

Mengikuti kursus Soft Skills dengan jayanya Mendapat keputusan Kedudukan Baik (KB) atau Kedudukan Bersyarat (KS) dalam peperiksaan semester sebelumnya.

iv.

Memperolehi jumlah Jam Kredit Terkumpul sebanyak: a. Dua puluh enam (26) bagi program sijil, dan b. Empat puluh dua (42) bagi program Diploma

v.

Mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik

2.4

Sememangnya pemantauan dan penilaian secara berterusan adalah

wajar dijalankan bagi menentukan tahap pencapaian pelajar sentiasa berada pada aras kecemerlangan. Pencapaian pelajar sepanjang latihan industri secara keseluruhannya dinilai berdasarkan kepada perkara-perkara berikut: i. ii. iii. iv. v. Penilaian Soft Skills Penilaian prestasi oleh organisasi tempat latihan Laporan Harian Laporan Latihan Industri (kecuali Pelajar Pendidikan Khas) Temuduga / Pembentangan laboran

2.5

Sebagai persediaan awal sebelum pelajar melangkah masuk ke dunia

industri, pihak pengurusan latihan industri menganjurkan pelbagai program yang menuntut komitmen semua pensyarah dan pelajar dalam memastikan kejayaan latihan industri mencapai objektifnya. Tujuan utama program dilaksanakan adalah untuk memastikan keseluruhan proses pelaksanaan dan pemantauan latihan industri dapat dipermudahkan dan difahami semua pihak khususnya pelajar. Antara program tersebut ialah: i. Taklimat Latihan Industri dimestikan menghadiri taklimat dan aktiviti yang berkaitan

Pelajar

dengan Latihan Industri. Semasa program ini berlangsung, input-input berkaitan Latihan Industri seperti kaedah penilaian, kaedah

pemantauan, peraturan dan disiplin yang perlu dipatuhi serta tujuan

sebenar latihan diadakan adalah diperjelas dan diperingat kepada pelajar-pelajar.

ii.

Kursus Soft Skills Latihan Industri

Pelajar hendaklah menghadiri sepenuhnya dan lulus aktiviti kursus Soft Skills (T3410) sepanjang semester sebelum menjalani Latihan Industri. Terdapat lima kompetensi yang digariskan dalam kursus ini bagi melegkapkan pelajar dengan kemahiran pelbagai. Kompetensikompetensi tersebut adalah: Kompetensi 1: Membina personaliti individu yang positif Kompetensi 2: Kemahiran berkomunikasi Kompetensi 3: Mengamalkan etika dan peraturan yang baik Kompetensi 4: Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan Kompetensi 5: Menghasilkan laporan harian latihan industri

Dengan penghayatan berterusan melalui kursus ini, objektif latihan industri dapat dicapai dan mempermudahkan proses latihan pelajar dalam dunia industri. Kursus ini juga membantu dalam pembinaan keyakinan pelajar menjalani latihan industri. Keyakinan ialah yakin pada kebolehan diri iaitu kehebatan diri sendiri merupakan salah satu faktor yang sangat penting dalam menyiapkan diri untuk memasuki sektor perindustrian (Sulaiman, 1996).

2.6

Pemantauan berterusan juga dilakukan dengan perlantikan penyelia

dari institusi dan penyelia industri. Hubungan baik yang terjalin antara pelajar dan penyelia dapat memastikan bahawa pelajar sentiasa mematuhi peraturan politeknik dan institusi latihan indsustri tersebut.

3.0

HUBUNGAN LATIHAN KEMAHIRAN PELAJAR

INDUSTRI

DENGAN

PENINGKATAN

3.1

Kemahiran merupakan satu bidang yang menyumbang kepada

pembangunan sesebuah negara. Kemajuan yang diperolehi oleh negara hasil sumbangan masyarakat yang berkemahiran dalam pelbagai bidang saling berkait rapat. Kepesatan pembangunan negara asing sering dikaitkan dengan

keperluan tenaga mahir sekaligus menyumbang kepada peluang-peluang pekerjaan. Oleh itu, proses ini akan berterusan bagi menjadikan sesebuah negara itu maju (Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia, 1997).

3.2

Daripada laporan tersebut, jelas tertunjuk bahawa bidang kemahiran

amat penting dalam pembangunan negara. Namun, kemahiran berprestasi tinggi dan berpotensi serta terkini menjadi cabaran kepada politeknik. Terdapat kekangan dan had yang membataskan keupayaan institusi dalam menyediakan tenaga kerja separa mahir yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang teknologi terkini dan lebih canggih. Selain daripada infrastruktur pengajaran dan pembelajaran yang hanya memberikan

pengetahuan dan kemahiran asas , teknologi dan instrumen yang digunakan adalah terkebelakang berbanding teknologi yang sentiasa diperkemas oleh kebanyakan pihak industri.

3.3

Kursus Latihan Industri menjadi pentas kepada pelajar untuk

mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang lebih maju seiring perubahan teknologi. Disamping menggunakan pengetahuan asas yang sedia ada, secara tidak langsung tahap pengetahuan dan pengaplikasian pengetahuan sedia ada pelajar juga akan meningkat. Peluang untuk mengenali dan menggunakan dengan lebih dekat lagi tentang teknologi terkini menjadi lebih terbuka dan seterusnya menjadi pengalaman berharga yang boleh digunakan pada masa hadapan serta menjadi nilai tambah kepada pelajar itu sendiri. Ini adalah sejajar dengan matlamat Dasar Perindustrian Negara yang matlamat utamanya adalah untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Sektor perindustrian diharapkan akan dapat memainkan peranan yang lebih dinamik melalui sumbangan-sumbangan yang lebih besar daripada segi menambahkan eksport, mengadakan lebih banyak peluang pekerjaan serta latihan teknikal dan kemahiran. Dasar Perindustrian Negara ini membuka ruang seluas-luasnya kepada pelajar yang ingin menimba ilmu dan mencari pengalaman baru dalam sektor industri terkini. Melalui dasar inilah kerajaan telah meminta pihak peindustrian atau swasta

bagi melatih pekerja-pekerja mahir atau separa mahir menjalani latihan yang berteraskan teknologi terkini

3.4

Selain daripada peningkatan kemahiran dan pengetahuan, pihak

industri juga dapat menyumbang dalam peningkatan kemahiran insaniah para pelajar seperti kemahiran komunikasi. Suasana persekitaran kerja yang sebenar dapat dialami sendiri oleh pelajar sepanjang masa latihan dijalankan. Pada ketika ini pelajar akan belajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai peringkat jawatan di industri demi mempelajari dan menjayakan latihan dan tugasan yang diberikan penyelia industri. Pelajar akan belajar cara berkomunikasi dengan pihak atasan dan cara berkomunikasi hingga ke peringkat bawah. Komunikasi yang baik akan banyak membantu pelajar hakikat bahawa dalam bidang pekerjaan, semua peringkat jawatan adalah saling berkaitan dan saling memerlukan.

3.5

Latihan industri juga dapat membantu pembentukan karektor dan

ketrampilan diri pelajar ataupun dalam kata lain ialah kemahiran intrapersonal. Menurut Gardner (1983) dalam bukunya Frames of Mind yang dipetik dari Mok Soon Sang (2006) menyatakan bahawa kemahiran intrapersonal ialah kebolehan membentuk diri sebagai model yang sesuai, dan dapat menggunakan model beroperasi secara efektif dalam kehidupannya.

Sepanjang latihan, pelajar juga belajar bagaimana untuk mengetengahkan dan menyesuaikan diri secara fizikal dengan keadaan sekeliling, keperluan serta kehendak latihan yang perlu dipenuhi dan dipatuhi. Contohnya cara berpakaian yang mengikut keperluan tugas dan bercirikan keselamatan, cara bercakap dan berinteraksi serta sifat kepimpinan dan bakat yang diserlahkan.

3.6

Kemahiran lain yang dapat ditingkatkan sepanjang latihan industri

adalah kemahiran berbahasa Inggeris. Kemahiran berbahasa Inggeris sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan dapat dipertingkatkan lagi kerana faktor pergaulan yang lebih luas dengan pelbagai bangsa terutamanya bangsa asing jika latihan industri tersebut berlaku dalam syarikat

multinasional atau asing. Di sini pelajar terpaksa membiasakan diri untuk

menggunakan bahasa Inggeris secara optimum dalam berkomunikasi dengan pihak lain.

3.7

Kerjasama daripada pihak industri untuk menyediakan jadual kerja

setiap pelajar dibawah seliaannya juga memudahkan lagi pihak pengurusan politeknik mahupun pelajar merancang aktiviti yang akan dilaksanakan. Bagi pihak politeknik ianya akan memberi kemudahan semasa ingin membuat pemantauan terhadap pelajar tersebut manakala bagi pelajar menyediakan persediaan minda bagi melaksanakan latihan. Dengan adanya jadual rancangan kerja ini sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran awal pengetahuan dan pengalaman yang bakal diperolehi pelajar sepanjang latihan yang akan dijalankan.

3.8

Kemahiran mencatat nota merupakan kemahiran yang penting bagi

merakamkan peristiwa dan ativiti-aktiviti yang telah dijalankan. Segala aktiviti perlu ditulis dalam buku log yang akan digunakan bagi menghasilkan laporan akhir pelajar. Menurut Mohd. Nashuha (1996), mencatat nota penting dalam proses pembelajaran kerana ianya dapat membantu pelajar mengingat semula item sebanyak enam kali lebih daripada item yang tidak dicatat. Mencatat nota membolehkan pelajar menyimpan maklumat yang diperolehi.

3.9

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang terpenting dalam

latihan industri. Arahan-arahan penting perlu benar-benar difahami sebelum tindakan susulan dilakukan. Kesalahan mentafsir sesuatu arahan boleh menyebabkan kerugian atau kemalangan di mana keadaan ini amat tidak di sukai oleh pihak industri. Pihak industri pada dasarnya hanya mementingkan keuntungan. Menurut Ab. Rahim (1989), perkara utama dalam kemahiran mendengar adalah memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penceramah. Bagitu juga tidak menghiraukan segala ganguan terutamanya perangai guru atau keadaan sekeliling. Perkara utama dalam kemahiran mendengar adalah memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penceramah. Diantara kajian yang telah dijalankan oleh Laurilland (1971: dalam Abd.Ghani 1996), proses

mendengar merupakan proses paling utama dalam pembelajaran dan pengajaran.

3.10

Kesemua kemahiran yang dapat ditingkatkan melalui latihan industri ini

adalah sejajar dengan intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan bahawa pendidikan merupakan usaha yang berterusan.

untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanmpaggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kerohanian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.(Akta Pendidikan,1996)

Matlamat yang penting dalam pendidikan Malaysia ialah pembangunan modal insan dalam menyediakan tenaga kerja yang berketrampilan dan berupaya menghadapi cabaran masa depan.

3.11

Sistem pengajian di politeknik dirangka agar para graduan berupaya

menggunakan pengetahuan dan kemahiran secara proaktif, kreatif dan inovatif serta mampu menangani persekitaran global yang semakin mencabar. Sehingga kini, graduat politeknik laris di pasaran pekerjaan khususnya di sektor industri berkaitan kejuruteraan, perniagaan dan perkhidmatan. Untuk rekod, 90 % daripada graduan politeknik memperolehi pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas menamatkan pengajian. Daripada jumlah itu, lebih daripada 70 % memperolehi pekerjaan dalam tempoh 3 bulan. Sektor swasta dan multinasional merupakan pilihan utama para graduan, berbanding sektor awam.

10

Rajah 1 : Peratusan sektor pekerjaan yang diceburi oleh graduan Politeknik Merlimau Melaka. Kenyataan ini disokong oleh dapatan yang dipetik daripada Laporan Pengesahan Graduan Politeknik Merlimau Melaka bagi tahun 2007. Berdasarkan Rajah 1, permintaan yang tinggi terhadap lulusan Politeknik Merlimau Melaka dicatatkan oleh sektor swasta tempatan iaitu sebanyak 62.1%. Manakala sektor swasta multinasional atau asing mencatatkan pembabitan graduan sebanyak 13.6%. Baki responden terlibat dalam sektor kerajaan, badan berkanun dan perusahaan sendiri. Daripada data ini, jelas menunjukkan kebolehpasaran dan kebolehpercayaan yang tinggi terhadap produk politeknik dalam pasaran pekerjaan.

4.0

LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN LATIHAN INDUSTRI DI POLITEKNIK

PELAKSANAAN

4.1

Sememangnya latihan industri banyak membantu meningkatkan

kemahiran pelajar dalam pelbagai sudut. Namun, terdapat maklum balas daripada pihak industri yang menyatakan bahawa pelajar-pelajar politeknik tidak mampu mencapai tahap kompetensi yang baik bagi sesetengah kemahiran. Antara rungutan tersebut ialah pelajar tidak mampu menguasai atau melengkapi diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan

11

ketika

latihan, pelajar kurang ketrampilan

diri,

masalah

komunikasi,

penampilan diri yang lemah dan penguasaan bahasa Inggeris yang kurang.

4.2

Terdapat sebahagian besar pihak industri yang terlibat dalam latihan

industri salah faham terhadap konsep latihan industri dengan menugaskan pelajar dengan kerja-kerja yang bukan dalam aras pengetahuan pelajar . Selain itu terdapat penyalahgunaan tenaga pelajar oleh pihak industri dengan mengarahkan mereka melakukan tugasan di luar kemampuan dan skop pengetahuan tanpa memikirkan tujuan sebenar latihan industri dijalankan. Pemantauan dengan lebih berkesan perlu dilakukan oleh pihak politeknik dengan mengadakan soal-selidik kepada pelajar berkenaan institusi latihan. Pihak pengurusan latihan industri politeknik iaitu UPLI perlu mewujudkan satu pangkalan data yang boleh diakses oleh individu yang berkenaan dengan latihan industri. Melalui pangkalan data yang dibina, mana-mana syarikat atau institusi yang didapati menyalahgunakan pelajar atau menyediakan latihan yang tidak sesuai untuk pelajar boleh dirujuk sebagai syarikat yang disenarai hitamkan untuk pelajar menjalani latihan di syarikat tersebut. Manakala syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dalam menyediakan peluang latihan boleh disyorkan melalui pangkalan data ini.

4.3

Anggapan

yang

mengatakan

bahawa

pelajar

tidak

mencapai

kemahiran dan pengetahuan yang tinggi antaranya telah disumbangkan oleh faktor kegagalan pihak industri memahami objektif sebenar latihan industri diadakan di syarikat mereka. Sehubungan itu, buku panduan latihan industri perlu dimantapkan lagi dengan menyatakan kemahiran dan pengetahuan sedia ada pelajar yang menjurus kepada silibus dan memberi pemahaman yang lebih jelas tentang objektif sebenar latihan industri. Antara kaedah lain untuk mengatasinya adalah penyelia jabatan perlu turun padang dan memberikan penerangan kepada pihak latihan industri tentang tujuan sebenar latihan dan pengharapan daripada keberkesanan latihan industri.

4.4

Disamping itu, terdapat segelintir pelajar yang tidak mempunyai

kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai peringkat jawatan sama ada

12

komunikasi ke atas mahupun ke bawah, teknik menyoal, teknik menyampai, teknik mengolah hasil dapatan dan sebagainya. Ini kerana pendedahan dalam pergaulan yang terhad di institusi dan kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dapat memberi pendedahan kepada pergaulan yang lebih luas dengan pelbagai peringkat organisasi. Di institusi, kebanyakan pelajar hanya berkomunikasi dengan rakan dan pensyarah sahaja. Kesannya, pelajar gagal mengadaptasi cara berkomunikasi dengan pelbagai lapisan organisasi yang ada di persekitaran latihan mereka. Ahmad, Jailani dan Noraini (2005) menyatakan bahawa kegiatan kokurikulum di seluruh politeknik di Malaysia dapat membina kemahiran komunikasi di kalangan pelajar yang mengikutinya dan kemahiran tersebut berpotensi membantu mereka apabila mereka bekerja kelak. Bagi mengatasi masalah komunikasi, pelajar seharusnya diwajibkan untuk menyertai kegiatan kokurikulum di politeknik dan bergiat secara aktif. Kegiatan ini dapat membantu pelajar berlatih untuk berkomunikasi dengan pelbagai peringkat masyarakat. Sekurang-kurangnya pelajar dapat membiasakan diri dengan suasana bermasyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan dan tidak mengalami kejutan budaya apabila melangkah masuk ke dunia industri.

4.5

Selain itu, terdapat juga komen daripada pihak industri yang

menyatakan bahawa pelajar tidak dapat menggunakan bahasa Inggeris dengan baik. Menurut kajian yang dijalankan oleh Yahya Buntat (2004), dari aspek penguasaan kemahiran dalam komunikasi responden menunjukkan ada kelemahan dari segi berbahasa Inggeris dimana nilai min yang di capai hanya pada tahap sederhana. Penggunaan bahasa Inggeris seharusnya diperkasakan dengan penggunaan yang kerap dalam urusan pengajaran dan pembelajaran serta komunikasi antara pelajar dan pensyarah. Contohnya, pengajaran Soft Skill boleh dilaksanakan menggunakan medium Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pensyarah yang berkemahiran dalam dwi bahasa seharusnya diberi peluang untuk mengajar subjek Soft Skill. Langkah ini dapat menggalakkan komunikasi dalam dua bahasa sepanjang pengajaran dan pembelajaran.

13

4.6

Selain itu, latihan dan kursus Soft Skills kepada pensyarah mesti di

adakan semula kerana pertukaran pensyarah dalam pengajaran kursus tersebut sering berlaku. Kemahiran pensyarah dalam menyampaikan dan merangka aktiviti Soft Skills amat penting kerana pengalaman yang diraih melalui pembacaan tidak dapat dinilai dengan pengalaman sebenar. Selain itu, pensyarah yang mengajar subjek Soft Skill boleh diimport daripada sektor industri berkaitan. Dengan diberikan insentif tambahan, penilaian dan pengajaran yang dilaksanakan akan sentiasa dapat memenuhi kehendak terkini dan piawaian yang digariskan oleh sektor industri. Pensyarah ini juga dapat menentuaras pencapaian pelajar mengikut standard industri.

4.7

Faktor keyakinan pihak industri terhadap kemahiran pelajar itu sendiri

menjadi punca pelajar tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pembaikan, penyenggaraan dan pelaksanaan sesuatu kerja dan sekadar menjadi pemerhati. Kesannya, keyakinan pelajar terhadap kebolehan diri semakin merosot dan membawa kepada rasa bosan sepanjang menjalani latihan industri. Sebenarnya keyakinan pihak syarikat akan bertambah terhadap seseorang pelajar sekiranya pelajar tersebut menunjukkan

keyakinan diri dan sering bertanya soalan-soalan berkaitan. Pada dasarnya pihak syarikat akan merasa ragu terhadap kebolehan pelajar tersebut, namun dengan minat dan kesungguhan yang ditunjukkan pelajar, sudah pasti pihak latihan industri akan memberikan tugas yang terkesan untuk di laksanakannya sebagai percubaan. Sehubungan dengan itu kemahiran soft skills perlu dipertingkatkan lagi dengan memberi kursus kepada pensyarah dan memperbanyakkan lagi latihan kepada pelajar agar lebih aktif dalam aktivitiaktiviti yang diadakan di dalam kelas.

4.8

Berdasarkan laporan Pengesahan Graduan Politeknik Merlimau

Melaka bagi tahun 2007, didapati pelajar memerlukan kemahiran tambahan bagi memasuki sektor industri bagi tujuan latihan mahupun pekerjaan.

14

Rajah 2: Kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh pelajar mengikut peratus. Antara kemahiran tambahan yang diperlukan ialah kemahiran berbahasa Inggeris,kemahiran ICT, kemahiran interpersonal, latihan keusahawanan dan pembangunan kerjaya. Dapatan ini menunjukkan konsistensi dengan kajian yang telah dijalankan oleh Yahya Buntat (2008). Rajah 2 menunjukkan pecahan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar mengikut peratus.

4.9

Ketidakpatuhan pihak industri dalam jadual kerja yang telah dijanjikan

juga menyumbang kepada masalah yang sukar untuk diatasi. Sebagai keperluan, UPLI biasanya memohon kepada pihak industri untuk

menyediakan jadual kerja pelajar yang akan menjalani latihan, namun begitu pihak industri kurang memberi kerjasama dengan memberikan alasan-alasan untuk tidak membawa atau meletakkan pelajar di tempat yang telah dijanjikan. Masalah ini boleh diatasi sekiranya penyelia latihan industri jabatan dapat berjumpa dengan pelajar dan penyelia industri duduk berbincang tentang perkembangan pelajar berkaitan dengan latihannya. Sebarang masalah yang timbul berkaitan prestasi pelajar perlu diselesaikan dan pelajar dipastikan mendapat pendedahan latihan seperti yang telah dijanjikan oleh pihak industri.

15

5.0

KESIMPULAN

5.1

Kepentingan ilmu pengetahuan adalah penting dalam melahirkan

tenaga kerja yang kompeten dan berkualiti seperti mana kajian yang telah dibuat oleh dua pengkaji berikut yang menyatakan, pengetahuan merupakan industri utama dan ia melahirkan pekerja yang berpengetahuan (Knowledge worker), masyarakat berpengetahuan (Knowledge society) dan ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi (Druker,1999) dalam Yahya Buntat (2004). Pekerja yang berpengetahuan mengaplikasikan dan

mengabungjalinkan idea, konsep, maklumat dan teknologi kepada kerja yang produktif dan berkualiti (Albrecht,2001).

5.2

Kekurangan peralatan dan kelengkapan untuk kerja kerja amali perlu

diberikan perhatian supaya peralatan sedia ada diselenggara dengan baik atau dinaik taraf dengan peralatan baru yang berteknologi tinggi. Menurut Chek Mat (1996) kemasukan teknologi baru perlu dikuasai dengan cepat dan pantas. Perubahan teknologi canggih secara langsung membunuh Sunset Technology. Ini adalah sejajar dengan kehendak industri. Perkara ini haruslah dikekalkan atau perlu dipertingkatkan lagi agar pelajar lebih celik teknologi dan dapat mengendalikan semua jenis alatan atau mesin. Penguasaan kemahiran asas adalah titik mula untuk menguasai kemahirankemahiran yang lebih kompleks termasuklah kemahiran mengendalikan mesin (ONeil, 1992). Peter Drucker (1999), mengatakan bahawa pada abad yang akan datang, sesebuah organisasi memerlukan para pekerja yang berilmu. Menurut beliau lagi, negara industri yang dapat meningkatkan produktiviti pekerja berilmu yang sepenuhnya akan dapat mendominasikan abad ke-21, khususnya dari segi ekonomi.

5.3

Akhir sekali, sistem pengajian politeknik sebenarnya telah memberi besar terhadap pembangunan tenaga kerja teknikal,

sumbangan

perdagangan dan perkhidmatan di negara ini. Di samping mempunyai sistem penyampaian yang efisien, sistem pengajian politeknik juga telah

16

menghasilkan pulangan ekonomi yang tinggi kepada graduan serta negara dalam jangka masa panjang.

17

Rujukan:
1.

Arahan-Arahan Peperiksaan Dan Keadeh Penilaian (2009), Bahagian Peperiksaan dan Penilaian Sektor Pengurusan Politeknik. Kementerian Pendidikan Malaysia (Akta Pendidikan,1996) Kuala Lumpur: DewanBahasa Dan Pustaka Wawasan 2020 (1991), Jabatan Perdana Menteri, Biro Tatanegara Abu Hassan Adam. (1992). Menghala Wawasan 2020. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, http://www.scribd.com/doc/2944319/FALSAFAH-PENDIDIKANKEBANGSAAN Dasar Perindustrian Negara (1983), http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/DASAR/DASAR%20PERINDUSTRIAN %20NEGARA%201.pdf Laporan Penilaian Latihan Industri Sesi Januari 2008, Politeknik Merlimau Melaka. Laporan Pengesahan Graduan Politeknik Merlimau Melaka (2007) http://graduat.mohe.gov.my/kpgv3/ Laporan Pengesahan Graduan Politeknik Merlimau Melaka (2008) http://graduat.mohe.gov.my/kpgv3/. Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Persidangan Pusat Bertauliah MLVK. MLVK Kementerian Sumber Manusia. Kuala Lumpur. Aishah Buang (2001). Technology And Vocational Technical Education. Albrecht, K. (2001). The True Information Survival Skill. Training and Development. Feb. 24-30. Noor Putih (2001). Pelaksanaan Program Sekolah Ke Kerjaya. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional. Kuala Lumpur Buntat (2004). Integrasi Kemahiran Employability Dalam Program Pendidikan Vokasional Pertanian dan Industri di Malaysia. Tesis Phd. Universiti Teknologi Malaysia. Jailani, Noraini (2005) Persepsi Pensyarah Terhadap Penerapan Kemahiran Komunikasi Menerusi Kokurikulum di Politeknik Jurnal

2.

3. 4.

5.

6.

7.

8.

9.

10. Majlis

11. Nor

12.

13. Sharifah

14. Yahya

15. Ahmad,

18

Penyelidikan Pendidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
16. Che

Mat (1996). Masalah Pendidikan Teknik dan Vokasional. Dewan Masyarakat,Februari. Halaman 15-16. Masri (1996). Pelajar Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Awang (1996). Kemahiran Belajar di Institusi Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nashuha Jamidin (1989) Kemahiran Berfikir dan Belajar. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

17. Sulaiman

18. Ghani

19. Mohd

Anda mungkin juga menyukai