Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN : TUTORIAL 1

Bincangkan jenis-jenis nilai: ekstrinsik; intrinsik subjektif; objektif relatif; mutlak

NILAI EKSTRINSIK

Definisi

nilai yang memerlukan nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat . Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Nilai instrumental ini adalah nilai peringkat kedua (second order value), misalnya berani, rajin, dan hormatmenghormati.
dijadikan satu kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan serta membentu adalam menunjukan arah dan menjadi penentu dan dalam membuat pilihan dan tindakan. Akan tetapi, nilai ini menegaskan unsur teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan.

Fungsi

NILAI INTRINSIK

Definisi

nilai yang tidak perlu bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya, kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir.Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya. Nilai ini merupakan nilai peringkat pertama (first order value), misalnya baik hati, kasih saying, keadilan dan sebagainya.

Fungsi

Nilai ini mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah menjadi penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan. Nilai ini juga menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan.

NILAI SUBJEKTIF

Definisi

nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara. Sebenarnya, Nilai subjektif adalah berasal daripada dunia dalaman individu, iaitu berpunca daripada dalaman individu.
membayangkan keinginan, minat dan harapan terhadap sesuatu benda atau perkara. Nilai Subjektif juga berperanan dapat membayangkan perasaan gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda.

Fungsi

NILAI OBJEKTIF

Definisi
nilai

yang bebas daripada pilihan peribadi. Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek luaryang dipersetujui oleh kebanyakkan orang.
bahawa setiap barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya. Dengan dapat mengenalpasti bentuk atau kegunaan objek, maka kita dapat membuat pertimbangan selanjutnya.

Fungsi
menegaskan

NILAI RELATIF

Definisi

nilai yang diterima atau ditolak dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif ini adalah bersifat arbitrary, iaitu tidak tertentu, tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat yang berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah mengikut semasa dan fahaman mengenai benar atau salah bagi suatu topik yang dibincangankan.

Fungsi

Nilai relatif membolehkan semua manusia membentuk nilai norma masyarakat yang berbeza mengikut kesesuaian pandangan masyarakat masing-masing. Nilai ini mampu mengubah nilai norma masyarakat mengikut masalah yang dihadapi dan juga pemikiran manusia. Nilai relatif yang berdasarkan pandangan digunakan untuk menggantikan nilai atau norma masyarakat yang tidak sesuai atau kurang relavan.

NILAI MUTLAK

Definisi

Nilai Mutlak adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima secara umun dan diuji atau terbukti samada ia baik ataupun buruk. Nilai ini adalah berkekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat.

Fungsi

Nilai ini berfungsi sebagai satu standard yang konsiten dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka adalah berhala niat baik dan betul serta dapat diterima oleh pihak lain. Selain itu, nilai ini juga berperanan untuk sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu supaya seseorang dapat bertindak secara rasional dan tidak keterlaluan.

Anda mungkin juga menyukai