Anda di halaman 1dari 31

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2011


KOD / TAJUK KURSUS
HBML3203 TATABAHASA DALAM

PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NO MATRIKULASI : 690824105392002
NO KAD PENGENALAN : 690824105392
NO TELEFON

: 014-2693079

E-MEL

: ruzie_sktm2@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN
INSTITUT PERGURUAN TEKNIK, CHERAS
KUALA LUMPUR

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya
menyiapkan tugasan Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu bagi semester kali ini.
Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah
dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.
Setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya ,
Encik Awang bin Ismail atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam
memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan
ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan.
Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan
rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai
harganya sepanjang semester ini.
Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di
dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala
kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.

2 |Sem.Januari 2011/IPT

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

Isi Kandungan
Penghargaan
1.0

PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan

1.2

Konsep Pengajaran Tatabahasa


1.2.1

2.0

Konsep Pengajaran Tatabahasa Wacana dalam Penulisan Sekolah


Menengah

1.3

Konsep Kemahiran Menulis

1.4

Pengajaran Tatabahasa dalam Kemahiran Menulis

KONSEP PENULISAN, PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP.


2.1

Menulis Pendahuluan.
2.1.1

2.2

Menulis Bahagian Isi


2.2.1

2.3

Perkara penting dalam pendahuluan

Menulis perenggan isi.

Menulis Bahagian Penutup.


2.3.1 Aspek penting dalam penutup
2.3.2

Aspek penting bahagian penutup karangan jenis fakta

2.3.3

Aspek penting bahagian penutup karangan jenis cerita

2.3.4

Penutup karangan cerita berdasarkan peribahasa

3 |Sem.Januari 2011/IPT

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

3.0

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

KAEDAH DAN PROSES PENULISAN


3.1

Pendekatan Proses
3.1.1 Proses Penulisan Pendahuluan
3.1.1.1 Contoh Pendahuluan : karangan jenis perbincangan
3.1.1.2 Contoh pendahuluan : karangan jenis pendapat
3.1.2

Proses Penulisan Isi


3.1.2.1 Contoh isi karangan jenis deskriptif
3.1.2.2 Contoh mencari dan mengembangkan isi menggunakan AMBA

3.1.3

3.2

Contoh I perenggan kesimpulan/ penutup

3.1.3.2

Contoh II perenggan kesimpulan/ penutup

Proses dan langkah-langkah kaedah Peta Minda

Kaedah Model 5W+1H dan Model Wawasan / Teknik Penyoalan


3.3.1

4.0

3.1.3.1

Kaedah Peta Minda


3.2.1

3.3

Kaedah dan proses menulis bahagian penutup

Penulisan Bahagian Penutup

KESIMPULAN DAN PENUTUP

BIBLIOGRAFI

1.0

PENDAHULUAN

4 |Sem.Januari 2011/IPT

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

1.1 Pengenalan
Penulisan ialah satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh
penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang
disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada
pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik
penulisan yang sesuai.
Penulisan bermaksud satu proses penghasilan wacana bertulis dengan ketepatan dan formaliti
yang berbeza-beza berdasarkan tujuan dan keperluan penulisan.(Smith, 1969)
Tujuan penulisan adalah untuk menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

yang

menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat , serta memperlihatkan pertautan idea
dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis.
Pelbagai definisi penulisan telah diutarakan oleh pakar penulisan dan bahasa antaranya melihat
penulisan sebagai satu cara melahirkan bahasa manusia melalui simbol-simbol yang dapat dilihat
(Barnow 1989). Penulisan memerlukan kemahiran memahami apa dan bagaimana komunikasi
berlaku di kalangan ahli masyarakat. Penulis menulis untuk komuniti dengan menggunakan
peraturan penulisan khas. Pengajaran dan pembelajaran penulisan di sekolah pula
memperlihatkan kecenderungan kebudayaan masyarakat dominan.
Di Malaysia, penulisan merupakan satu aspek pengajaran yang diberi penekanan dalam
kurikulum sekolah, terutamanya bagi tujuan menduduki peperiksaan umum seperti Peperiksaan
Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengajaran penulisan naratif di
sekolah bertujuan meningkatkan kemahiran menulis serta mengasuh pelajar tentang amalan
kebudayaan, norma serta nilai-nilai yang dihargai dalam budaya dan bahasa.
Penulisan juga mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang tinggi seperti
menganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat. Ia juga satu kaedah untuk pelajar
berkomunikasi, mengorganisasikan fikiran dan maklumat, menyampaikan ide dan perasaan dan
memperlihatkan kefahaman tentang sesuatu mata pelajaran.
1.2

Konsep Pengajaran Tatabahasa

5 |Sem.Januari 2011/IPT

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000:236) pengajaran tatabahasa membolehkan murid-murid
berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi
ini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan.
Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001, aspek tatabahasa sangat ditekankan
dan dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks bagi
menghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran
tatabahasa secara berkesan dan memudahkan pemahaman mereka. Pengajaran tatabahasa juga
hendaklah diajar dengan tidak memisah-misahkan aspek-aspek tatabahasa yang hendak diajar
dengan kemahiran bahasa yang lain.
Pengajaran tatabahasa yang terancang juga dapat membantu murid-murid memahami unsurunsur tatabahasa, fungsinya dan makna tatabahasa (Arbak Othman 1985:19). Oleh sebab itu,
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001 mencadangkan bahawa tatabahasa hendaklah
digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca
dan menulis.Tujuan utama penggabungjalinan ini adalah untuk memastikan pengajaran
tatabahasa sahaja. Hal ini kerana, dengan strategi ini, murid akan belajar dan menguasai
tatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran yang ditetapkn
(Awang Sariyan, 2004:194).
1.2.1

Konsep Pengajaran Tatabahasa Wacana dalam Penulisan Sekolah


Menengah

Konsep pengajaran bagi pelajar sekolah menengah (Kamarudin Hj. Husin, 2002: 280281)
mempunyai beberapa tujuan iaitu:
i.

Membolehkan pelajar

ii.

Bercerita; dan
Berhujah atau bersyarah tentang sesuatu kejadian, cerita atau tajuk bagi perbincangan.
Membolehkan pelajar menulis

Pengalaman sendiri;
Cerita;

6 |Sem.Januari 2011/IPT

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

Penerangan atau laporan dan hal-hal persekitaran sendiri;


Pengalaman, pendapat, fikiran dan hujah-hujah tentang beberapa perkarayang sesuai; dan
Surat kiriman formal dan tidak formal.

1.3 Konsep Kemahiran Menulis


Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar.
Kepentingan menguasai kemahiran ini telah pun dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Melalui aktiviti menulis,pelajar akan dapat
merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat
dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri (Kamarudin
Hj.Husin dan Siti Hajar Hj.Abd.Aziz, 1997).
Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam KBSM bermula pada
tahun 1988 bagaimanapun tidak menjamin pelajar benar-benar menguasai aspek penulisan
bahasa Melayu. Penguasaan penulisan sebenarnya juga dipengaruhi oleh cara mereka berfikir
(Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang demikian , penguasaan penulisan yang kurang
memuaskan dalam kalangan pelajar perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara
menjelang tahun 2020
Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan hurufhuruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa
kita bercakap.Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;
i.
ii.
iii.
iv.

menggunakan pelbagai jenis ayat


mencatat dan menyusun maklumat
menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan

murid menulis perkataan dan ayat, dan

mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas,
cantik dan kemas.
7 |Sem.Januari 2011/IPT

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea
sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai
struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.
Penulisan karangan peringkat sekolah menengah iaitu berdasarkan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM), merupakan kerja dan proses yang melibatkan aktiviti berikut :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Perancangan menulis karangan


Pemilihan tajuk
Penulisan draf (rangka)
Penentuan panjang karangan dan kedalaman idea yang dihujahkan
Pernyataan maklumat dan idea dalam urutan logic atau pemujukan, menggunakan

vi.

beberapa perenggan yang sesuai.


Penggunaan kompenen format dan kompenen bahasa yang sesuai dengan tujuan dan

vii.

khalayak.
Penggunaan pelbagai gaya penulisan bagi tujuan yang beerlainan, misalnya teknik

viii.

pemujukan, hujahan sokongan, kosa kata teknik/saaaaintifik


Penyemakan (penyuntingan/pembacaan pruf) karangan bagi ketepatan makna dan aspek
kebahasaan.
.

1.4

Pengajaran Tatabahasa dalam Kemahiran Menulis

Aspek pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di bilik darjah perlu mendapat perhatian
yang sewajarnya oleh para pendidik dan ahli bahasa. Pengajaran karangan sepatutnya
dipelbagaikan dan tidak hanya menggunakan kaedah biasa, iaitu guru memberikan soalan, diikuti
oleh perbincangan isi penting dan murid dikehendaki menulis karangan. Pengajaran tatabahasa
ayat berdasarkan Teori Transformasi Generatif yang menekankan penggunaan rumus tatabahasa
yang betul pula didapati menjadi agenda utama oleh para guru Bahasa Melayu. Guru sering
menekankan aspek betul atau salah sesuatu penggunaan kata, frasa, atau ayat dalam karangan
dan jarang sekali menekankan aspek wacana dalam pengajaran mereka.
8 |Sem.Januari 2011/IPT

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

Walaupun terdapat saranan daripada beberapa pengkaji terdahulu seperti Khathijah Abdul
Hamid (2001), Wong Khek Seng (1993) dan Sanat Md. Nasir (2002) agar tautan diajarkan
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah, namun sehingga kini, isi kandungan tatabahasa
dalam sukatan pelajaran sedia ada hanya menyentuh aspek morfologi (kata) dan sintaksis (ayat)
sahaja, sedangkan matlamat pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah menengah
adalah untuk menyediakan murid bagi menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi yang
memerlukan pengetahuan tentang wacana.
Menurut Khathijah Abdul Hamid (2001) dan Azhar M. Simin (1988), pengajaran tatabahasa
ayat sekadar mengajar murid tentang imbuhan (morfologi) dan sintaksis yang terbatas kepada
satu ayat sahaja secara gabung jalinan atau secara konteks seperti tatabahasa yang diajarkan
secara bergabung dengan kemahiran membaca, iaitu dalam bacaan dan pemahaman, ataupun
dengan pengajaran tatabahasa tersendiri tentang rumus tatabahasa dalam sesuatu ayat.
Pengajaran seperti ini terbatas kepada satu ayat tanpa melihat perkaitan dan kesepaduan dari segi
kebahasaan dalam teks karangan, pelbagai bentuk retorik yang memungkinkan penggunaan
pelbagai sarana kohesi dan koheren. Menurut Beaugrande dan Dressler (1994), dari segi
kemahiran menulis, tatabahasa ayat hanya menekankan setakat permukaan seperti tanda bacaan,
subject-verb agreement, dan susunan ayat.

2.0

KONSEP PENULISAN, PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP.


2.1

Menulis Pendahuluan.

Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Maknanya, dalam


perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya.
Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat
pengenalan. Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembaca
untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh dua atau tiga ayat huraian, yang
merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan.
Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan
atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti.

9 |Sem.Januari 2011/IPT

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

Pendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang perkara yang akan diketengahkan dalam
karangan. Pendahuluan yang baik, lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi karangan
yang mantap dan menarik. Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh
tentang perbincangan dalam bahagian isi. Teliti perkara-perkara berikut yang perlu ada dalam
perenggan pendahuluan.
2.1.1

Perkara penting dalam pendahuluan

Ringkasnya perenggan pendahuluan mengandungi ayat-ayat yang disusun seperti berikut :

Kehendak soalan yang dikemukakan.

Isu atau perkara yang berkaitan dengan soalan

Keterangan isu atau perkara yang berkaitan dengan kehendak soalan

Hala tuju soalan (sebab / langkah / kesan)

Terdapat beberapa jenis pendahuluan yang biasanya digunakan dalam penulisan karangan,
antaranya:
(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan

jenis suasana

(iv) pendahuluan jenis persoalan


(v) pendahuluan jenis peribahasa

PENDAHULUAN JENIS DEFINISI


memberikan takrif makna definisi
Contoh :

10 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah
bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis,
jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes
pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke
semasa.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT menyatakan pendapat seseorang tokoh


Contoh :
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam
sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak
boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi
pada masa yang sama meneruskan pembangunan.

PENDAHULUAN JENIS SUASANA menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.


Contoh :
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan
sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang
memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat
mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah
yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang
itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh
mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?

11 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh:
Peribahasa Melayu ringan sama dijinjing, berat sama dipikul dan seperti aur dengan tebing
amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya
mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah
komuniti.

2.2

Menulis Bahagian Isi

Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi
yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun
dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perengganperenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi
pendek-pendek dan berkait rapat.
Tiap-tiap perenggan tidak semestinya sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih
panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh
murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak
terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk.
Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang
baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalahmakalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari
pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam
perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.
2.2.1

Menulis perenggan isi.

Perenggan isi terdiri daripada :


A1: Isi utama
A2: Huraian tentang isi utama
12 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

A3: Huraian tentang isi utama


A4: Bukti/contoh/ data/ statistik
A5: Rumusan/ pendapat/ cadangan.

Contoh isi karangan


Tajuk: Isu Buruh Asing
Skop : kebaikan dan keburukan
Isi : Kebaikan- dapat menampung kekurangan tenaga kerja.
(A1)

Pekerja-pekerja asing di negara ini dapat menampung kekurangan tenaga kerja

yang diperlukan, terutamanya dalam sektor pembinaan, perladangan, dan pembuatan.


(A2)

Sekiranya kita menyekat kehadiran tenaga kerja asing maka pertumbuhan

ekonomi negara ini akan terbantut,


(A3)

Hal ini demikian kerana keadaan pembangunan di negara kita yang pesat dan

menggalakkan menyebabkan banyak tenaga asing diperlukan sebagai operator


pengeluaran, penoreh getah, pemungut kelapa sawit, pemetik daun teh, buruh binaan,
jurujual, dan sebagainya.
(A4)

Menurut Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat, sektor pembinaan memerlukan

800,000 pekerja baru dan sektor pembuatan memerlukan 250,000 pekerja tambahan.
(A5)

Oleh itu, keperluan guna tenaga tersebut sudah tentu tidak dapat ditampung oleh

rakyat tempatan, dan dengan itu tenaga kerja asing perlu diambil agar pembangunan
negara dapat berjalan lancar.
2.3

Menulis Bahagian Penutup

Sesetengah pelajar mengabaikan komponen penutup dalam sesebuah karangan kerana andaian bahawa
bahagian ini kurang penting. Tanpa penutup sesebuah karangan akan dianggap tergantung. Penutup
merupakan penegasan kepada isi yang telah dihuraikan dalam bahagian pengembangan isi. Sama ada
13 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

sesebuah karangan itu merupakan jenis fakta ataupun jenis cerita seharusnya disudahi dengan penutup
yang tepat dan jelas dengan huraian yang ditulis sebelum itu.
.
2.3.1

Aspek penting dalam penutup

1. Pelajar perlu mengemukakan rumusan pendapat, pandangan ataupun saranan tentang keseluruhan isi
karangan yang telah dibincangkan. Teliti perkara-perkara yang perlu ada dalam perenggan penutup
seperti di bawah.
2. Mulakan ayat dalam bahagian kesimpulan dengan menggunakan frasa seperti berikut :
Ayat / Frasa memulakan penutup.
Kesimpulannya
Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa .
Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, jelaslah bahawa ..
Ringkasnya, jelaslah bahawa .
Kenyataan-kenyataan tersebut menunjukkan bahawa.
Natijahnya, jelaslah bahawa

3. Penutup dalam penulisan karangan yang berformat perlu disudahi dengan penutup mengikut format
yang telah ditentukan dalam karangan berkenaan.
Ayat / Frasa memulakan penutup berformat
Sekian, terima kasih.
Saya sudahi syarahan saya dengan serangkap pantun,
Kalau ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

14 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

4. Penutup dalam karangan jenis cerita ialah kesudahan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam
bahagian isi cerita. Pastikan penutup dalam karangan jenis cerita sejajar dengan kehendak soalan.
Umpamanya, jika soalan berkehendakkan menceritakan cara memulihkan rakan yang pengsan ,
pastikan pada penghujung cerita rakan yang dipulihkan itu sedar daripada pengsan. Jangan biarkan
penghujung cerita tergantung.
5. Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan sahaja.
2.3.2

Aspek penting bahagian penutup karangan jenis fakta

Penutup dalam karangan jenis fakta merupakan rumusan menyeluruh yang dapat disimpulkan dalam satu
perenggan ringkas, tepat dan padat. Ringkasnya perenggan penutup karangan jenis cerita biasanya
mengandungi perkara-perkara berikut :
Nombor ayat
Ayat 1
Ayat 2
Ayat 3
Ayat 4

Kandungan ayat
Rumusan ataupun kesimpulan menyeluruh tentang perbincangan
isi.
Menyatakan cadangan atau saranan yang sesuai
Menyatakan harapan tentang isu yang dibincangkan
Menyatakan pendirian tentang pokok persoalan

yang

dikemukakan

Contoh-contoh penutup karangan jenis fakta


Soalan : Gejala lepak dalam kalangan remaja berpunca daripada kurangnya pengawasan daripada
ibu bapa. Berikan pendapat anda.
(A1) Ringkasnya kekurangan pengawasan dan sikap tidak prihatin ibu bapa terhadap aktiviti dan
perlakuan anak-anak mereka menjadi penyebab gejala ini kian merebak.
(A2) Dengan demikian, ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat dan mengawasi setiap
pergerakan anak-anak mereka yang mencurigakan.
(A3) Sekiranya semua ibu bapa mengambil pendekatan sedemikian, gejala ini akan dapat diatasi
15 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

dengan mudah.
(A4) Jelaslah, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam menangani kegiatan tidak
berfaedah anak-anak dan tidak boleh hanya mengharapkan pihak lain sahaja.
2.3.3

Aspek penting bahagian penutup karangan jenis cerita

Perenggan penutup dalam karangan jenis cerita merupakan peleraian kepada cerita yang
disampaikan. Bahagian penutup tidak mengandungi isi, sebaliknya merupakan kesudahan
cerita. Jangan meleret kepada perkara-perkara lain yang dapat menjejaskan kesudahan
cerita. Jangan timbulkan unsur suspens: Ingat! Anda bukan menulis skrip drama atau filem yang
kadang kala mengandungi unsur suspens dalam peleraian cerita dengan harapan penonton
berfikir sendiri. Terus sahaja kepada kesudahan cerita.
Ringkasnya perenggan penutup karangan jenis cerita biasanya mengandungi perkara-perkara
berikut :
Nombor ayat
Ayat 1
Ayat 2
Ayat 3
Ayat 4

Kandungan ayat
Peleraian cerita ataupun kesudahan cerita
Pengajaran daripada cerita ataupun pengalaman yang
dilalui
Huraian ringkas pengalaman yang diperoleh
Harapan daripada cerita yang ditulis

Perkara dalam penutup yang dicadangkan di atas tidak semestinya disusun mengikut urutan,
boleh juga didahulukan mana-mana perkara yang difikirkan sesuai.
Contoh-contoh penutup karangan jenis cerita
Soalan : Anda dan keluarga anda telah terlibat dalam pemindahan mangsa banjir dalam kejadian
banjir besar yang melanda kampung anda. Ceritakan pengalaman anda semasa berada di pusat
pemindahan banjir selama beberaqpa hari.
Perenggan lengkap :
Setelah berada di pusat pemindahan banjir itu selama beberapa hari, akhirnya hujan pun
teduh dan banjir pun mula surut Kami pulang ke rumah masing-masing dan berdepan dengan
16 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

kerja-kerja membersihkan segala kekotoran yang ditinggalkan akibat banjir. Selama berada di
pusat pemindahan banjir itu, kami beroleh pengalaman yang amat berharga. Kami berharap agar
kami tidak akan terlibat lagi dalam kejadian seumpama ini pada masa depan.
2.3.4

Penutup karangan cerita berdasarkan peribahasa

Penutup dalam karangan cerita berdasarkan peribahasa agak berbeza dengan karangan jenis cerita
berdasarkan pengalaman ataupun gambaran peristiwa. Penutup dalam karangan bentuk ini memerlukan
pelajar membuat peleraian cerita dan menyatakan pengajaran yang diperoleh daripada cerita yang
disampaikan. Hal ini demikian kerana karangan cerita berdasarkan peribahasa merupakan karangan
yang dapat memberikan pengajaran kepada pembaca.
Nombor ayat Kandungan ayat
Ayat 1
Peleraian cerita
Ayat 2
Ulasan peleraian / kesudahan
Ayat 3

cerita
Pengajaran

Ayat 4

daripada kisah yang berlaku


Penegasan dan kaitan cerita

yang

diperoleh

dengan peribahasa
Perkara dalam penutup yang dicadangkan di atas tidak semestinya disusun mengikut urutan, boleh juga
didahulukan mana-mana perkara yang difikirkan sesuai.
Contoh-contoh penutup karangan jenis cerita peribahasa
Soalan : Salah satu peribahasa Melayu yang selalu disebut ialah sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
Perenggan lengkap :
Semenjak hari itu, Razak tidak berani lagi melawan cakap ibunya. Dia berasa begitu insaf dengan
peristiwa yang berlaku kepada rakannya yang mati lemas di lombong lama itu akibat tidak mendengar
nasihat ibunya. Razak amat menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya yang menegahnya
17 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

daripada menghampiri lombong lama itu. Namun segala-galanya telah berlaku, tragedi yang berlaku
kepada rakannya itu bertepatan dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.

Terdapat pelbagai jenis perenggan penutup fakta, anataranya adalah penutup kesimpulan isi,
cadangan dan harapan.Perenggan penutup jenis kesimpulan isi juga dikenali sebagai perenggan
penutup rumusan. Perenggan penutup jenis ini menunjukkan pelajar membuat suatu kesimpulan
atau rumusan berhubung dengan fakta atau pandangan yang telah dibincangkan. Perenggan
penutup jenis kesimpulan ini ditandai dengan ayat-ayat yang menunjukkan suatu kesimpulan
atau rumusan.

Perenggan penutup jenis cadangan memerlukan pelajar mengemukakan cadangan-cadangan


berhubung dengan topik perbincangan karangan. Oleh itu, perenggan penutup jenis cadangan
akan ditandai dengan pelbagai cadangan daripada pelajar. Jumlah cadangan yang boleh diberikan
oleh pelajar tidaklah terhad kepada satu atau dua cadangan. Sebaliknya, pelajar boleh
memberikan beberapa cadangan tetapi jumlah cadangan yang diberikan perlu sesuai dan tidak
terlalu sedikit atau tidak terlalu banyak.
Malah cadangan yang diberikan itu juga mesti ditautkan antara satu sama lain agar cadangan
yang dikemukakan dalam perenggan penutup itu kelihatan sebagai suatu cadangan yang
komprehensif. Cadangan yang diberikan dalam perenggan penutup juga tidak bertindih-tindih
dengan idea atau isi sebagaimana yang telah dibincangkan dalam perenggan idea atau
isi.Perenggan penutup jenis harapan membolehkan pelajar mengemukakan harapan masingmasing berhubung dengan topik perbincangan karangan. Jumlah harapan yang hendak
dikemukaka dalam perenggan penutup jenis ini hendaklah tidak terlalu sedikit.

3.0

KAEDAH DAN PROSES PENULISAN


3.1

Pendekatan Proses

18 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

Pendekatan proses merupakan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil
penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf,
menyemak dan membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari
aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat,
sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis
yang menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang
format atau model penulisan yang baik.

Berasaskan andaian bahawa sesuatu penulisan yang baik bermula daripada proses

bagaimana ia dihasilkan.
Menekankan ketepatan bahasa dan format tulisan dengan menulis draf terlebih dahulu.
Draf akan disemak, dikritik dan ditulis semula.
Semakan adalah secara berterusan sekiranya masih ada kesilapan dalam penulisan.
Memakan masa yang panjang untuk menyiapkan penulisan.
Member peluang kepada pelajar mempelajari setiapaspek penulisan.
Prinsip-prinsip penulisan :
i.
ii.
iii.

Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis mengolah


dan menyusun idea.
Proses penulisan disusun secara hierarki, bermula dengan penulisan semula.
Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat.

3.1.1 Proses Penulisan Pendahuluan


Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Sebaik-baiknya mengandungi empat
hingga tujuh ayat, dan satu ayat tidak lebih 15 perkataan. Panjang perenggan berpatutan.
Karangan bermula dengan ayat

pengenalan memadai dengan menulis dalam satu perenggan.

Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh
dua atau tiga ayat huraian yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan
dalam ayat pengenalan. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus yang membawa pembaca
untuk mengetahui tujuan atau persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti.
Terdapat 10

jenis pendahuluan karangan. Antara yang biasa digunakan; berbentuk takrif,

gambaran, latar belakang, sejarah fakta, dan persoalan.

19 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

Untuk memastikan kehendak pertama dipenuhi, pelajar mesti mentakrif soalan dengan tepat
dengan menggunakan strategi tertentu. Strategi dicadangkan ialah T, K, F, iaitu Tema (T), Kata
Kunci Soalan (K), dan Format (F).
3.1.1.1 Contoh Pendahuluan : karangan jenis perbincangan
Bermula dengan takrifan tajuk yang dipilih. Pendahuluan ini sesuai untuk karangan jenis huraian
atau perbahasan.
Tajuk : Berjimat Cermat
Skop : Langkah untuk menggalakkan masyarakat berjimat cermat.
Berjimat cermat merupakan amalan membelanjakan wang secara berhemah atau manggunakan
wang, makanan atau keperluan lain dengan secara tidak membazir

3.1.1.2

Contoh pendahuluan : karangan jenis pendapat

Sektor pelancongan di negara kita mampu untuk meningkatkan kemajuan negara.

Pada

pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan sektor
pelancongan di negara kita.
Kehendak Soalan
T
K
F

Sektor pelancongan
Langkah-langkah
Pendapat- umum

Contoh Pengenalan
Sektor pelancongan merupakan salah satu sector yang banyak menyumbang kepada kemajuan
Negara kita. Melalui sektor ini, kerajaan telah memperoleh pendapatan yang tinggi. Selain itu,
industry perhotelan yang berkembang maju telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat
tempatan.

Sektor ini juga telah menjadi salah satu sektor yang penting selain sektor

perindustrian dan sektor pertanian. Oleh sebab sektor ini memberikan sumbangan yang besar
20 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

kepada rakyat dan negara, semua pihak mestilah mengambil langkah-langkah yang wajar untuk
memajukan sektor ini, iaitu dengan berusaha sedaya upaya untuk menarik kahadiran pelancong
ke negara kita dengan lebih banyak lagi.

3.1.2

Proses Penulisan Isi

Isi karangan perlu cukup. Di peringkat PMR dan SPM jumlah minimum tiga isi, manakala di
peringkat STPM jumlah minimum lima isi. Dalam setiap perenggan , satu isi sahaja perlu ditulis
dan dihuraikan. Perenggan isi mestilah mempunyai ayat judul (AJ) atau ayat topic (AT). AT
perlu dihuraikan supaya isi tersebut dapat difahami dengan jelas oleh pembaca atau pemeriksa.
Ayat ini dikenali sebagai Ayat huraian (AH). Ayat huraian dapat dibantu dengan kehadiran ayat
contoh (AC) iaitu ayat yang memperkukuh isi dan huraian yang dikemukakan. Ayat ini dikenali
ayat bukti (AB).

Selepas itu perenggan isi hendaklah ditutup dengan kemas melalui ayat

penegas (AP). AP ialah ayat kesimpulan kecil dalam setiap perenggan isi.
Berdasarkan huraian tentang perenggan isi, didapati isi karangan hendaklah menepati kehendak
soalan (tajuk). Biasanya dua perkara dinyatakan dalam pernyataan tajuk dan skop.
3.1.2.1 Contoh isi karangan jenis deskriptif
Pencapaian atlet Negara pada peringkat antarabangsa masih belum memuaskan walaupun
biaya yang besar diperuntukkan dalam bidang sukan. Bincangkan beberapa langkah yang patut
dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan di negara ini?
Tajuk : Mutu sukan di negara ini
Skop : Beberapa langkah untuk meningkatkan mutu sukan di negara ini
Isi karangan dapat dibuat dalam bentuk catatan atau peta konsep. Contoh rangka karangan
berbentuk catatan :

21 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

1.
2.
3.
4.

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

Memberi ganjaran yang tinggi kepada atlet.


Memberi pendedahan latihan di luar Negara.
Menggunakan kepakaran jurulatih asing.
Mengembangkan sukan di peringkat sekolah.

3.1.2.2 Contoh mencari dan mengembangkan isi menggunakan AMBA


Gejala samseng dalam kalangan pelajar sekolah kini menjadi perbualan hangat pelbagai pihak
dan membimbangkan ibu bapa serta masyarakat
Tajuk : Gejala samseng dalam kalangan pelajar.
Skop : Punca gejala itu berlaku dan cara mengatasinya
Anda boleh memberi dua punca dan dua langkah, atau memberi tiga punca dan dua langkah.
Walau bagaimanapun , pelajar digalakkan mengemukakan jumlah isi yang seimbang bagi punca
dan langkah. Isi karangan perlu dikembangkan. Setiap perenggan isi perlu mempunyai :
i.
ii.
iii.

Isi yang diikuti huraian tentang isi itu.


Bukti atau contoh untuk mengukuhkan huraian
Rumusan

Untuk mengembangkan isi anda boleh menggunakan kriteria AMBA: iaitu apa,mengapa
bagaimana
Skop

: Punca berlaku gejala samseng dalam kalangan pelajar sekolah.

Isi (soalan) : Apakah punca pelajar sekolah menjadi samseng?


Rangka karangan :
Isi yang dicatatkan:
1. Pengaruh rakan sebaya
2. Kurang pengawasan ibu bapa
22 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

3. Pengaruh media massa


4. Desakan hidup kerana keluarga miskin
Huraian empat isi di atas dengan menjawab soalan mengapa(why) dan bagaimana (how)
Contoh huraian:
Salah satu punca berlakunya budaya samseng dalam kalangan pelajar sekolah kerana pengaruh
rakan sebaya. (mengapa?). Gejala ini dikatakan berpunca daripada pengaruh rakan sebaya
kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka.
Malah, ibu bapa dan guru tidak menjadi model atau idola dalam kehidupan remaja ini.
(bagaimana) rakan sebaya boleh menyebabkan budaya samseng?
3.1.3

Kaedah dan proses menulis bahagian penutup

Perenggan penutup perlu ada dalam setiap penulisan kerana ia penting, sebagai rumusan
keseluruhan perbincangan.

Ia berperanan untuk memberitahu pembaca, karangan tiba di

penghujung dan pendirian penulis berkaitan isu dibincangkan. Pelajar perlu menggabungkan
semua isi/ idea itu ke dalam satu perenggan yang menggambarkan pendirian sendiri. Kemudian,
nyatakan harapan anda, dan penegasan anda terhadap isi/tajukyang diperkatakan.
Teknik menulis Kesimpulan
i.
ii.
iii.

iv.

Perenggan kesimpulan / rumusan


Pandangan akhir penulis dan ada kaitan dengan isi terdahulu
Ditandai dengan penanda wacana, bahawa perbincangan karangan sudah tamat.
Contoh :
Oleh itu
Kesimpulannya
Rumusannya ialah
Daripada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan
Dengan lima isi yang dibincangkan tadi, saya merumuskan bahawa
dalam perenggan kesimpulan, empat unsur perlu dimasukkan, iaitu
rumusan/kesimpulan,

cadangan,

harapan,

pendirian

dibincangkaN.
3.1.3.1

Contoh I perenggan kesimpulan/ penutup

Tajuk: Kemalangan Di Jalan Raya


23 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

tentang

persoalan

yang

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

Kesimpulannya, kemalangan di jalan raya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya seperti
cuai semasa di jalan, memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, tidak mematuhi undangundang jalan raya, dan memandu kenderaan terlalu laju, selain masalah teknikal yang sukar
dijangka.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya setiap pengguna jalan raya berhati-hati,

bertimbang rasa dan mematuhi undang-undang semasa di jalan raya.

Saya berharap

penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan supaya denda dan hukuman yang berat dikenakan
terhadap pesalah.

Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa kemalangan jalanraya dapat

dikurangkan sekiranya semua pihak berusaha supaya tidak terlibat dalam kemalangan.
3.1.3.2

Contoh II perenggan kesimpulan/ penutup

Tajuk : Kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di sekolah berpunca daripada muridmurid yang tidak mendapat kasih sayang daripada keluarga.
Berikan komen anda tentang hal ini
Tuntasnya, jelaslah bahawa masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah
disebabkan oleh kurangnya kasih sayang daripada keluarga.

Oleh itu ibu bapa haruslah

mengawasi dan mencurahkan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak seperti menatang
minyak yang penuh supaya tiada lagi masalah disiplin berlaku di sekolah. Disiplin yang merosot
akan menyebabkan pencapaian murid-murid merosot. Oleh sebab murid-murid merupakan
pewaris dan bakal pemimpin masa depan, maka ibu bapa haruslah mengambil inisiatif dan
mengawasi anak-anak mereka supaya masalah disiplin di sekolah tidak lagi timbul
3.2

Kaedah Peta Minda

Peta Minda ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis. Teknik
ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses ; iaitu suatu pendekatan yang berasaskan proses
penulisan itu sendiri. Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar kearah penghasilan
isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini, guru akan menyenaraikan isi-isi
serta huraian yang dihasilkan melaluiperbincangan dengan pelajar, dalam bentuk Peta Minda di
papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isiisi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.

24 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

3.2.1

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

Proses dan langkah-langkah kaedah Peta Minda

Langkah-langkah p&p yang boleh digunakan adalah seperti berikut:


Set induksi: Bersoal jawab tentang tajuk.
Langkah 1:
Langkah 2:

Perbincangan tentang peta minda untuk menjana dan mencatat isi-isi penting.
Perbincangan tentang struktur karangan berbentuk naratif (Binaan plot) dan

perenggan pendahuluan.
Langkah 3:

Mencatat isi-isi penting mengikut plot kronologis dengan menggunakan peta

minda yang dicadangkan


Langkah 4: Perbincangan tentang perenggan penutup.
Langkah 5:

Latihan mengarang

Penutup :

Rumusan tentang tajuk

Saya memulakan langkah p&p dengan menyoal murid-murid tentang perkara yang berkaitan
dengan tajuk karangan untuk menarik minat dan perhatian mereka. Sebagai langkah pertama,
saya menerangkan kepada murid-murid tentang apa itu karangan naratif. Selepas itu, saya
menerangkan tentang penggunaan peta minda (untuk p&p pertama kali menggunakan kaedah
ini) seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.

25 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

RAJAH : 1
Saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa secara fizikalnya peta minda ini berbentuk
seperti tulang ikan

yang digunakan untuk mencatat isi-isi penting yang berkaitan dengan

tajuk.
Untuk langkah kedua, saya memulakan perbincangan dengan membincangkan perenggan
pendahuluan. Saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa dalam perenggan pendahuluan,
murid-murid boleh menggunakan perkataan sendiri untuk menerangkan tentang tajuk atau
mengemukakan isi semasa yang berkaitan dengan tajuk. Sebagai contoh dalam karangan yang
bertajuk Ali budak malang. Seterusnya, saya telah membincangkan tentang struktur karangan
naratif.
Struktur karangan naratif( Binaan plot):
Binaat plot dalam sesebuah cerita mempunyai struktur umum yang dapat dibahagikan kepada 3
peringkat seperti berikut.

(a) Eksprosisi/Permulaan
- Digunakan untuk memperkenalkan watak
-Memperkenalkan watak utama dan perwatakannya
26 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

- Gambaran/suasana latar tempat dan masyarakat


(b) Perkembangan
- watak utama dan watak-watak yang lain saling berhubungan dan mewujudkan cerita yang
semakin berkembang.
- Pesoalan-persoalan turut dimuatkan oleh pengarang.
(c) Peleraian
- Watak utama berjaya mengatasi atau menyelesaikan konflik yang memuncak dalam dirinya.
- Cerita akan berakhir.
Langkah ketiga ialah mencari isi-isi penting mengikut plot kronologis dengan menggunakan peta
minda seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.
Plot kronologis (Konvensional)
- Plot dibina menurut urutan masa iaitu yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
- Sebuah plot konvensional mempunyai 3 tahap yang utama iatu:
Permulaan
Klimaks
Penyelesaian
Sehari sebelum memulakan pengajaran, murid diberitahu tentang jenis karangan dan tajuk yang
akan diajar supaya mereka membuat rujukan tentang format dan tajuk tersebut. Dengan ini,
murid-murid sudah terdapat gambaran tentang apa yang akan dibincangkan nanti.
3.3

Kaedah Model 5W+1H dan Model Wawasan / Teknik Penyoalan

Model 5W+1H merangkumi Who (Siapa), Where (Di mana), When (Bila), What (Apa), Why
(Kenapa) dan How (Bagaimana). Setiap pelajar perlulah mengolah atau mengembangkan ideaidea yang telah dijana berdasarkan skop perbincangan itu dalam satu ayat topik berserta dengan
ayat-ayat huraian. Huraian idea atau isi hendaklah berdasarkan apa, mengapa, di mana, bila,
27 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

siapa dan bagaimana. Ayat-ayat huraian yang dibina hendaklah ditautkan secara kemas dan betul
dengan menggunakan penanda wacana, frasa atau kata sendi.
Frasa tautan berperanan menautkan topik, idea, subjek atau ayat yang awal dengan ayat yang
baharu. Dengan ini, kepaduan makna untuk perenggan idea atau isi tersebut lebih padu dan
mantap.malah perenggan idea atau isi tersebut bukan terdiri daripada deretan ayat yang hanya
betul struktur binaan ayat dan ejaan sahaja.
Kaedah 5W+1H ini memerlukan pelajar magnesia kemahiran menulis karangan yang mantap.
Pelajar mesti mahir dan magnesia aspek wacana dan struktur binaan ayat. Jika tidak, pelajar akan
lebih mudah melakukan kesalahan dalam aspek struktur binaan ayat dan dapat mengakibatkan
wacana perenggan atau karangan kabur.
Berdasarkan Rangka Komunikasi Perenggan Idea/Isi dalam Model Wawasan, idea atau isi yang
telah dijana akan diolah atau dikembangkan sehingga menjadi sebuah perenggan yang koheren
dan kohesif. Beberapa prinsip perlu diikuti untuk menggunakan kaedah ini, antaranya adalah
pelajar dikehendaki bersoal jawab tentang topik perbincangan karangan berdasarkan unsur-unsur
dalam lajur formula. Selain itu, pelajar hendaklah bermula dengan lajur formula, diikuti dengan
lajur idea atau isi dan lajur binaan ayat, iaitu pada baris pertama. Kemudian, berpindah pula pada
baris kedua dengan bermula padal ajur formula dan diikuti lajur idea atau isi serta lajur binaan
ayat. Demikianlah yang perlu dilakukan untuk seterusnya, iaitu baris demi baris dan bukannya
lajur demi lajur. Akhir sekali, setelah semua proses tersebut dilaksanakan, barulah lajur alat
tautan dilengkapkan.
Setelah pelajar melengkapkan lajur binaan ayat, pelajar hendaklah menautkan ayat-ayat tersebut
sama ada dengan penanda wacana, kata hubung,kata sendi atau frasa. Setelah siap semua
lajur,pelajar akan dapat satu perenggan idea/ atau si yang koheren dan kohesif. Perenggan yang
sudah diolah atau dikembangkan hendaklah dimasukkan dalam struktur binaan karangan. Walau
bagaimanapun, perenggan ini masih boleh diluaskan denngan menambahkan frasa-frasa yang
sesuai. Proses memperluas perenggan ini tidak akan mengganggu struktur binaan ayat.
Proses pengolahan idea atau isi berdasarkan Rangka Komunikasi Perenggan dalam Model
Wawasan ini mampu membina kemahiran secara sistematik. Setelah semua unsur dalam lajurlajur dan proses mengolah idea atau isi dapat diikuti dalam minda, proses mengarang boleh
dilakukan secara bebas dengan menerapkan gaya penulisan masing-masing.
Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan jumlah idea atau isi,
ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata. Sebaliknya, proses mengarang
memerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang mantap pengolahannya dan
mempunyai wacana yang berkesan.
Untuk memudahkan pelajar-pelajar menulis perenggan isi, maka dicadangkan supaya perenggan
tersebut ditulis dengan menggunakan tiga ayat sahaja, iaitu:
28 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

A1

Isi utama: menjawab soalan apa? (ialah / adalah / merupakan)

A2

Huraian tentang isi utama: menjawab soalan mengapa? (kerana / sebab)

A3

Huraian tentang isi utama: menjawab soalan bagaimana?


(dengan itu / dengan cara)

Contoh:
(A1) Salah satu punca kemalangan jalan raya berlaku di negara ini ialah sikap pengguna jalan
raya yang memandu kenderaan atau menunggang motosikal melebihi had laju yang ditetapkan.
(A2) Biasanya, mereka berbuat demikian kerana hendak mengejar masa dan mahu tiba ke
destinasi mereka dalam masa yang singkat dan mereka menganggap Masa Itu Emas.
(A3) Dengan itu, mereka memecut sesuka hati dan memotong kenderaan lain walaupun di
tempat yang tidak selamat sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.
3.3.1

Penulisan Bahagian Penutup

Perenggan penutup dalam penulisan karangan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penutup bagi
semua fakta yang dikemukakan dalam karangan dan penutup bagi wacana komunikasi. Dalam
karangan jenis perbincangan, rencana, komen, ulasan, perbahasan tajuk dan lain-lain yang
sepertinya, penutup bagi semua fakta juga dapat menjadi penutup karangan. Sebaliknya, dalam
karangan berformat seperti karangan surat kiriman, perbahasan pertandingan, wawancara dan
lain-lain yang sepertinya akan terdapat penutup untuk semua fakta yang dikemukakan dalam
karangan dan penutup bagi wacana komunikasi.Penutup bagi semua fakta karangan adalah untuk
membuat suatu rumusan, cadangan atau pernyataan harapan terhadap topik perbincangan. Hal ini
berasaskan semua fakta yang dikemukakan dalam karangan.

4.0

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Karangan yang baik mestilah dapat dikembangkan ideanya dengan sempurna. Ibarat seseorang
yang memohon pekerjaan, penampilannya sewaktu temu duga dapat menggambarkan personaliti
dan sikapnya jika penampilanya baik, maka baiklah tafsiran penemu duga. Begitu juga halnya
dengan karangan. Baik pada bahagian pendahuluan, maka baiklah tafsiran pemeriksa terhadap
huraian isi karangan berkenaan. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan
hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
29 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

Penulisan baik dan berkesan ialah Clear writing is clear thinking (penulisan baik merupakan
pemikiran yang jelas) kata Paul Fisher, ssouri, Amerika Syarikat (1981)

Dalam

pembelajaran selok-belok penulisan pemberitaan dan penyuntingan, lalu peganganpenulisan


baik dan berkesan lahir daripada fikiran yang tenang,. Penulisan baik mempunyai ciri-ciri
bahasa yang jelas, padat, dan menarik. Penulisan yang baik memerlukan pemikiran waras,
tenang, jelas dan kritis. Ertinya, anda perlu berfikir sebelum menulis, samalah juga dengan anda
perlu berfikir sebelum berkata.
Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan jumlah idea atau isi,
ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata. Sebaliknya, proses mengarang
memerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang mantap pengolahannya dan
mempunyai wacana yang berkesan.
( 5694 patah perkataan )

BIBLIOGRAFI
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar bahasa
Malaysia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Zainol Ismail. (2003). Fokus Unggul/ UPSR Penulisan. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd
Atas talian :
http://psasir.upm.edu.my/3169/1/Pengajaran_Kemahiran_Menulis_Karangan_Bahasa
_Melayu_di_Sekolah.pdf (tarikh muat turun : 12 FEB 2011 )
http://abihulwa.blogspot.com/2009/03/ciri-ciri-penulisan-berkesan.html ( tarikh
muat turun : 14 FEB 2011)
http://gurubm.blogspot.com/2010/05/pengajaran-tatabahasa.html (tarikh muat
turun : 17 FEB 2011)
http://syalieyza.blogspot.com/2009/10/pengajaran-tatabahasa-bahasa-melayu.html
( tarikh muat turun : 2 FEB 2011 )

30 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

RUZINA BINTI AMRUN


690824105392

http://www.scribd.com/doc/50083013/penulisan-tatabahasa (tarikh muat turun : 2


MAC 2011)
http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/10/kemahiran-menulis.html
(tarikh muat turun : 3 MAC 2011 )
http://gcbm29td.blogspot.com/2009/03/pendahuluan-karangan.html (tarikh muat
turun : 4 MAC 2011)
http://www.scribd.com/doc/31516795/Panduan-Menulis-Isi-Karangan-Pendapat
(tarikh muat turun : 12 MAC 2011 )
http://gcbm29td.blogspot.com/2009/03/penutup-karangan.html (tarikh muat turun :
12 MAC 2011)

31 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

Anda mungkin juga menyukai