Anda di halaman 1dari 16

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

TOPIK 6

TOPIK 6

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH ALQURAN

PENGENALAN
Dalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Konsep
penyusunan ayat, bilangan ayat dan penyusunan surah-surah Penndetailan topik-topik
besar di atas merangkumi topik-topik kecil antaranya; maksud cara dan pandangan ulama
mengenai ayat-ayat Al-Quran, penentuan bilangan ayat Al-Quran dan pendapat ulama
mengenainya, kefahaman maksud surah dan hikmah penamaannya.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda dapat:
1. menghuraikan maksud istilah-istilah ayat dan surah dan istilah-istilah lain yang
berkaitan dengan kedua-duannya;
2. menyatakan hikmah-hikmah penentuan ayat dan surah-surah al-Quran; dan
3. menjelaskan pendapat-pendapat ulama mengenai ayat-ayat dan surah al-quran
dan menyatakan kesimpulan mengenai kedua-duanya.

PETA MINDA

80

OUM

TOPIK 6

6.1

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

KONSEP PENYUSUNAN AYAT

Kita sering kali menyatakan ayat-ayat al-Quran sebanyak 6 ribu lebih.


Apakah yang anda fahami mengenai istilah ayat.

6.1.1

Takrifan Ayat

Ayat pada bahasa dalam pelbagai situasi ayat al-Quran mempunyai pelbagai makna
antaranya lain seperti berikut:
1.

Bererti (Al-Alamah) alamat atau tanda seperti dalam ayat 248 surah Al-Baqarah yang
bermaksud:
Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu

2.

Bererti (Al-Ibrah) iaitu pengajaran seperti dalam firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pengajaran bagi kaum yang
mengetahui.. Ayat 52 surah An-Naml.

3.

Bererti (Al-Burhan) iaitu bukti seperti dalam ayat 22 surah Rum yang bermaksud:
Dan di antara bukti-buktinya ialah penciptaan langit dan bumi serta kelainan bahasa
serta kulitmu.

Makna-makna secara bahasa atau etimologi tersebut mempunyai perkaitan antara satu
sama lain.
Secara terminologi Ibrahim Al-Abyari dalam Tarikh Al-Quran mengertikan ayat sebagai:

"_| _[} _~ _ \[ [ \]^_{


Maksudnya: Sekelompok Al-Quran yang terpisah daripada sebelumnya dan sesudahnya
Al-Zarqani dalam Manahil Al-Urfan mengertikan ayat sebagai:

" [ \[ [} [ \]^_{"
Maksudnya: Kelompok kata-kata yang memiliki permulaan dan pengakhiran yang terdapat
di-dalam surah-surah Al-Quran.

OUM

81

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

TOPIK 6

Jelas kepada kita daripada kedua-dua takrifan tersebut ayat mengandungi perkaraperkara berikut;
x

Sekelompok kata-kata

Mempunyai permulaan dan penghujung, wujud

Membentuk surah-surah Al-Quran.

Hubungan antara makna secara istilah atauterminologi dengan makna bahasa atau
etimologi di atas sangat erat. Ini disebabkan;
x

Ayat Al-Quran merupakan mukjizat

Ia juga tanda kebenaran bagi pembawa risalahnya, yakni Nabi Muhammad SAW.

Ia juga merupakan pengajaran-pengajaran bagi yang mahu mengambil pengajaran.

Ia termasuk perkara yang mengagumkan, kerana keluhuran dan kemukjizatannya.

Ia juga mengandungi pengertian pengelompokan, kerana merupakan himpunan dari


beberapa kata dan huruf.

Ia juga mengandungi pengertian bukti dan dalil, kerana ia mengandungi hidayah,


ilmu, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT serta kebenaran rasulnya.

6.1.2

Cara Mengenali Ayat

Cara mengenali ayat pendapat ulama terbahagi kepada dua golongan;


1.

Jumhur ulama berpendapat Cara kita mengetahui ayat hanyalah melalui ketetapan ,
petunjuk atau tauqifi daripada Rasulullah s.a.w. sebagai contoh ketentuan tersebut
ialah sabda Nabi s.a.w;

.\  } _ \_]
Maksudnya: Sesungguhnya surah al-Fatihah mengandungi tujuh ayat dan surah alMulk pula mengadungi tiga puluh ayat
Dengan itu kita tidak mampu mengetahui ayat-ayat Al-Quran melalui ijtihad atau
qiyas. Kedua-dua cara ini adalah semata-mata merupakan pengajaran dan
bimbingan. Pendapat ini berdasarkan beberapa hujah antaranya yang jelas ;
x

2.

82

Ada sebahagian fawatih dikira sebagai ayat tetapi fawatih tertentu tidak pula
dikira sebagai ayat. Contohnya fawatih " " dikira sebagai ayat tetapi tidak pula
bagi fawatih "". Contoh lain ialah huruf muqataah "" dikira satu ayat tetapi
tidak pula pada "{".Seandainya dasar ketentuannya adalah qiyas, tentu dua
keadaan yang setara akan dianggap sama, tidak dibezakan seperti itu.

Sebahagian ulama pula berpendapat penentuan ayat sebahagiannya adalah


ketentuan atau Tauqifi daripada Rasulullah dan pada sesetengah tempat adalah
berdasarkan qiyas dan ijtihad.

OUM

TOPIK 6

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

Ketentuan sebegini berlaku berpunca daripada kata atau lafaz yang terdapat pada
akhir ayat yang diistilah sebagai fasilah. Apabila Nabi selalu membaca sesuatu lafaz
pada tempat tertentu dengan waqaf ,pastilah ia adalah akhir ayat atau fasilah. Begitu
juga jika di sesuatu lafaz di tempat tertentu , nabi membaca dengan wasal pastilah ia
bukan penghujung ayat. Apa yang menjadi perbezaan dan ulama berijtihad dan qiyas
ialah pada lafaz yang kadangkala Nabi Waqaf dan kadangkala nabi membaca secara
wasal.
Yang jelas dan pasti hal ini tidak mengapa kerana tidak menhasilkan penambahan atau
pengurangan ayat-ayat dalam Al-Quran. Punca utama adalah penentuan tempat fashl
dan washl. Kadang-kadang dalam satu ayat terdapat dua hal. Salah satunya menghendaki
dihitung fasilah, sedang yang lain menghendaki dihitung bukan fasilah. Milsalnya yang
sangat mudah dan jelas ialah kata "" yang pertama di dalam surah al-Fatihah. Ada
yang menganggap sebagai hujung ayat dan ada yang tidak. Sebabnya adalah pada
Basmalah, apakah termasuk ayat dalam surah itu atau tidak.Namun mereka tetap
sependapat bahawa jumlah ayatnya adalah tujuh .Mereka yang mengira Basmallah
sebagai salah satu ayatnya, maka menjadikan   "  sampai akhir surah
sebagai satu ayat.
Manakala mereka yang tidak mengira Basmallah termasuk dalam ayat daripada surah itu,
mereka menjadikan ayat ketujuhnya adalah kalimah setelah Alaihim yang pertama dan
menganggap bahawa kata ini merupakan fasilah kerana terletak pada akhir ayat keenam.

Jika anda teliti pada mushaf tertentu diletakkan tanda la pada hujung ayat tertentu alQuran tetapi mushaf cetakan yang lain tidak pula meletakan tanda tersebut pada hal
kedua-dua ayat adalah ayat pada surah yang sama.

6.1.3

Jumlah Ayat Al-Quran

Pendapat-pendapat Mengenai Bilangan Ayat


Di dalam Kitab at-Tibyan karangan Imam An-Nawawi, disebutkan jumlah ayat Al-Quran
disepakati jumlahnya ialah enam ribu dua ratus ayat lebih. Hanya jumlah penambahannya
diperselisihkan di kalangan ulama al-Quran. Perbezaannya umumnya dapat dilihat melalui
ulama-ulama daripada daerah-daerah berikut berikut;

Ulama Madinah yang kedua seperti yang diriwayatkan Syaibah penambahannya


adalah empat belas ayat, dan seperti yang diriwayatkan Abu Jafar adalah sepuluh
ayat.

Ulama Makkah penambahan nya adalah dua puluh ayat

Ulama Kufah seperti yang diriwayatkan Asim ialah 6236 ayat

Ulama Basrah adalah lima ayat

Ulama Syam atau Syria adalah dua puluh enam

OUM

83

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

TOPIK 6

Sebab Perbezaan
Perbezaan pendapat para ulama dalam menetapkan jumlah keseluruhan ayat al-Quran
adalah kerana;

Ada sebahagian daripada mereka memandang fawatih As-Suwar adalah sebagai


satu ayat manakala yang lain tidak mengira ia sebagai satu ayat.

Kelainan pendapat dalam menentukan fasilah antara ayat atau surah yang satu
dengan yang lain. Adakalanya sesuatu ayat tertentu dipandang sebahagian ulama
sebagai satu ayat manakala ulama lain memandangnya sebagai terdiri dua ayat.

6.1.4

Faedah Mengetahui Ayat

6.1.5

Penyusunan Ayat-ayat Al-Quran

Selalu kedengaran adakah susunan ayat-ayat dan surah seperti yang tertulis dalam
mushaf-mushaf sebenarnya susunan yang berdasarkan susunan penurunannya. Atau lain
daripada itu.

Ijmak ulama telah menetapkan bahawa urutan ayat sebagaimana yang kita lihat sekarang
di dalammushaf-mushhaf adalah berdasarkan tauqif daripada Nabi SAW dari Allah SWT.
Tauqifi bermaksud hal tersebut didasarkan pada perintah dan petunjuk daripada nabi
sesuai dengan petunjuk wahyu yang diterima oleh beliau darioada Allah melalui
perantaraaan Malaikat Jibril. Dengan itu ia bukanlah suatu perkara yang boleh dipastikan
oleh fikiran atau ijtihad peribadi. Senario itu terbukti jelas melalui keadaan dan fakta-fakta
berikut;

84

OUM

TOPIK 6

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

(i)

Jibril membawa ayat-ayat kepada Rasulullah SAW dan memberikan bimbingan


perletakan ayat dalam surah-surah. Kemudian Nabi SAW membacakannya kepada
para sahabat dan memerintahkan kepada para penulis wahyu untuk menuliskannya
dengan menjelaskan surah yang menjadi induk ayat itu dan sekaligus tempatnya.
Beliau membacakannya kepada mereka berkali-kali, baik ketika solat, pemberian
nasihat,
mahupun
sewaktu
memberikan
keputusan.
Jibril
as
juga
membentangkannya sekali setiap tahun. Dan pada tahun akhir, Jibril
membentangkannya sebanyak dua kali. Semuanya menurut urutan sebagaimana
yang kita kenal sekarang.

(ii)

Begitu juga setiap orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran atau hafaz
sebahagiannya menggunakan urutan seperti yang kita kenal sekarang. Urutan itu
telah tersebar luas, dikaji di antara mereka, dibaca dalam solat mereka, diambil dan
dipindahkan sebahagian dari sebahagian yang lain dengan urutan seperti yang kita
kenali sekarang. Tak ada seorang sahabat, bahkan khalifah sekalipun memiliki
peranan dalam menentukan pengurutan ayat-ayat Al-Quran.

(iii)

Bahkan penghimpunan yang dilaksanakan pada masa Abu Bakar tidak lebih dari
pemindahan Al-Quran dari pelepah-pelepah kurma, lempengan-lempengan batu
dan tulang belulang ke dalam shahifah-shahifah. Dan penghimpunan Al-Quran pada
masa Uthman juga tidak lebih dari sekadar penyalinan semula Al-Quran dari
shahifah-shahifah ke dalammushaf-mushaf. Kedua penghimpunan itu tetap
berdasarkan pada urutan yang dihafaz yang berasal dari Nabi SAW dari Allah SWT.

(iv)

Memang begitulah, menurut ijma urutan itu tidak dapat diragukan lagi.Sejumlah
ulama terbilang meriwayatkan hal ini, antara lain az-Zarkasyi di dalam al-Burhan dan
Abu Jafar di dalam ai-Munasabat. Beliau mengatakan: urutan ayat terjadi dengan
tauqif dari Rasulullah SAW dan bimbingan beliau, tanpa ada khilaf sedikit pun di
kalangan umat Islam.

Dalil-dalil lain adalah;


(i)

Apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Uthman ibn Abu al-Ash,
katanya: Aku duduk di samping Rasulullah SAW. Tiba-tiba ada seseorang melihat
beliau lalu meluruskan sesuatu di hadapan beliau.Kemudian beliau bersabda: Jibril
telah datang kepadaku lalu memerintahkan kepadaku untuk meletakkan ayat ini di
tempat ini dari surah ini. Ayat itu adalah firman Allah SWT:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, memberi
kepada kaum kerabat sampai akhir ayat.
(Surah an-Nahl: 90)

(ii)

Dalil yang lain adalah riwayat yang ada di dalam sunah-sunah yang sahih tentang
bacaan-bacaan Nabi SAW terhadap sejumlah surah, sebagaimana surah alBaqarah, Ali Imran dan an-Nisa. Juga bacaan beliau terhadap surah al-Araf di
dalam solat maghrib, surah Al-Mukminin, surah ar-Rum di dalam solat subuh, surah
as-Sajdah, surah al-Insan di dalam solat subuh hari Jumaat, surah al-Jumuah dan
al-Munafiqun di dalam solat Id. Semua itu beliau baca sesuai dengan urutan yang
kita kenali sekarang, didengar dan disaksikan oleh para sahabat.

OUM

85

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

(iii)

TOPIK 6

Bukti lain lagi adalah yang ditakhrij oleh Imam Bukhari dari Ibn az-Zubair, katanya:
Saya berkata kepada Uthman ibn Affan: Firman Allah SWT dalam Surah alBaqarah, 234, terjemahannya:
Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteriisteri..
Ayat itu telah dinaskhah oleh ayat lain, mengapa masih engkau tulis? Atau kamu
biarkan saja? Uthman menjawab: Wahai bapa saudaraku, aku tidak akan mengubah
sesuatu pun dari tempatnya.
Hadis-hadis sahih ini sangat jelas menunjukkan bahawa penepatan ayat
ditempatnya, meskipun telah dinaskhah merupakan tauqifi.Saidina Uthman dengan
pengakuannya sendiri, tidak mampu melakukan perubahan kerana hal seperti itu
tidak menjadi medan rayu dan ijtihad.

(iv)

Dalil lain lagi adalah riwayat Imam Muslim dari Umar, katanya:Aku tidak bertanya
kepada Nabi SAW tentang sesuatu lebih dari pertanyaanku tentang al-Kalalah
sampai beliau menohok dadaku dengan telunjuk beliau, seraya bersabda: Cukup
bagimu (untuk mengetahui hal itu) ayat ash-Shaif yang ada pada akhir surah anNisa

Anda dapat melihat bahawa Nabi SAW menunjukkan kepadanya tempat di mana ayat itu
berada, yakni pada akhir surah al-Nisa sebagaimana yang kita lihat sekarang iaitu firman
Allah SWT dalam surah an-Nisa, 16, maksudnya:
Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah: Allah memberi
fatwa kepadamu tentang kalalah hingga akhir ayat.

6.2

PENGERTIAN SURAH DAN URUTANNYA

6.2. 1

Maksud Surah dan Hikmah Pembahagian Surah

Surah secara etimologi atau bahasa mempunyai beberapa pengertian,


(i)

Sebagaimana dikatakan oleh penulis al-Qamus: Kata al-Surath bererti al-Manzilah


(posisi). Surah dari Al-Quran telah dikenal kerana posisinya pada suatu tempat
secara berdampingan. Masing-masing terputus dari yang lain.

(ii)

Juga bermakna al-Syaraf (kemuliaan), yang diambil daripada kata al-Sur yang
bererti sesuatu yang meninggi di atas bumi.

(iii)

Sesuatu yang menonjol dan baik dari suatu bangunan,t anda dan pagar. Ia diambil
dari kata al-Tasur.

(iv)

Imam Badruddin al-Zarkashi dalam kitabnya Al-Burhan fi Ulum al-Quran pula


menjelaskan ia berasal dari kata al-Sur atau al-Sur yang bererti sisa minuman
dalam suatu bekas. Dengan erti sebegini maka surah al-Quran bermaksud
sebahagian kecil daripada al-Quran.

86

OUM

TOPIK 6

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

Secara termologi,
(i)

Manna al-Qattan mentakrifkan surah sebagai

_ _~}  _ [ \
Maksudnya: Sejumlah ayat al-Quran paling sedikit tiga ayat, erdiri atas awal surah
dan akhir surah. Imam Badruddin al-Zarkashi juga menjelaskan maksud yang sama
melalui ungkapannya;

_ _~} \_} \_ } 
(ii)

Jadi surah bererti sekelompok, sejumlah atau sekumpulan ayat-ayat al-Quran yang
terbentuk secara tersendiri dengan mempunyai permulaan dan akhiran.
x

Kefahaman itu diambil dari makna tembok yang menghadkan sesuatu kota
kerana di dalamnya terdapat perletakan suatu kata di samping kata yang lain,
suatu ayat di samping ayat yang lain. Ibarat suatu tembok, yang merupakan
peletakan dan penyusunan bata, baris demi baris.

Ada kalanya di dalam surah terdapat makna luhur dan tinggi secara maknawi,
yang menyerupai ketinggian tembok.

Ada kalanya pula kerana surah merupakan benteng dan penjagaan bagi
Muhammad SAW dan apa yang dibawanya seperti Al-Quran dan agama Islam
dari segi keberadaannya sebagai mukjizat yang melemahkan setiap yang
sombong. Allah SWT akan menampakkan kebenaran yang benar dan
menampakkan kesalahan yang salah, meskipun para pendosa tidak suka. Ini
lebih menyerupai benteng yang membatasi suatu kota yang menjaganya dari
ancaman musuh.

Surah-surah dalam Al-Quran berbeza-beza dari segi panjang dan pendeknya. Yang
terpendek adalah surah al-Kautsar yang terdiri dari tiga ayat pendek dan yang terpanjang
adalah surah al-Baqarah yang terdiri dari dua ratus lapan puluh lima atau lapan puluh
enam ayat, merupakan deretan at-thiwalyang terpanjang. Bahkan di dalamnya terdapat
ayat tentang hutang yang merupakan ayat sebagaimana telah dijelaskan.
Di antara surah al-Baqarah dengan surah al-Kautsar, terdapat banyak surah yang
berbeza-beza dari segi panjang dan pendeknya. Pembatasan panjang atau pendek
merupakan bidang kuasa Allah SWT semata kerana suatu hikmah murni yang diketahui
oleh yang diberi pengetahuan oleh-Nya.

OUM

87

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

6.2.2

TOPIK 6

Hikmah Pembahagian Surah-surah Al-Quran

Ada beberapa hikmah dalam pembahagian Al-Quran ke dalam surah-surah antara lain:
Pertama, memberi kemudahan kepada manusia dan merangsang mereka mengkaji dan
mempelajari Al-Quran, bahkan menghafalnya sebab seandainya Al-Quran merupakan
satu rangkaian sahaja dan tidak dikelompok-kelompokkan sudah tentu akan sukar bagi
mereka menghafal ataupun memahaminya. Mereka akan susah menyelami lautan yang
tidak jelas pantainya.
Kedua, mengisyaratkan tema atau topik perbincangan .Masing-masing surah
membincangkan sesuatu tema yang jelas. Misalnya surah surah al-Baqarah, Yusuf, anNaml, dan al-Jin yang jelas mempunyai tema-tema perbincangan tertentu.
Ketiga, mengisyaratkan bahawa panjangnya suatu surah tidak menjadi syarat
kemukjizatannya. Suatu surah tetap memiliki kemukjizatannya, walau betapa pun
pendeknya seperti surah al-Kautsar.
Penulis al-Kasysyaf Al-Zamakhsyari menjelaskan sebahagian daripada faedah
menjadikan ayat-ayat al-Quran bersurah-surah ialah sesuatu perkara itu kalau
dikategorikan kepada beberapa fasal dan jenis, adalah lebih elok dan lebih hebat pada
pandangan kalau dijadikan kesemuanya suatu bab sahaja.

88

OUM

TOPIK 6

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

Keempat, seorang pembaca bila telah menyelesaikan satu surah atau satu bab dari suatu
buku, ia akan lebih bersemangat untuk meneruskan pada surah atau bab berikutnya,
bahkan membuatnya lebih berkesan memahami maksudnya, dibandingkan bila semuanya
hanya terdiri dari satu surah atau satu bab. Bandingannya adalah seumpama seorang
musafir, bila telah melalui satu jarak tertentu, ia akan lebih bersemangat untuk
meneruskan perjalanannya. Oleh kerana itu, Al-Quran dibahagi-bahagikan kepada
beberapa surah.
Kelima, sesaorang hafiz apabila sudah lancar menghafal sesuatu surah ia merasa yakin
bahawa ia telah menyimpan sebahagian Al-Quran secara utuh. Sehingga apa yang
dihafalnya itu telah membuatnya merasa bangga. Riwayat mengenai hal ini misalnya
hadis Annas: Seseorang bila telah mampu membaca (dengan hafalan) surah al-Baqarah
dan surah Ali Imran, ia telah hebat dikalangan kami. Oleh kerana itu bacaan di dalam
solat dengan satu surah penuh lebih Afdhal
Keenam, menghuraikan secara terperinci berdasarkan
sehingga pengertian menjadi terang dan jelas.

masalah-masalah

serupa

Sheikh Abd Fattah al-Qadhi dalam kitabnya Tarikh Mushaf Syarif menyimpulkan dua
penjelasan jitu yang merumuskan hikmah-hikmah penyusunan ayat-ayat dan surah alQuran;

Dalam susunan kedua-duanya terdapat hikmah ilahiah yang amat tinggi dan padanya
terletak suatu rahsia ajaib dari rahsia-rahsia kitab Allah kerana susunan menurut
seperti yang ada sekarang merupakan satu lagi aspek ikjaznya dan melahirkan suatu
cara tertinggi yang mengelukan lidah-lidah orang yang sombong serta mengubah
suatu gubahan yang paling cantik yang diakui tentang ketinggian balaghahnya yang
telah menewaskan jaguh-jaguh dalam bidang fasahah dan balaghah.

Susunan tauqifi itu telah menjadikan ayat-ayat dan surah-surah al-Quran


keseluruhannya bertaut kemas hujung-hujungnya, kukuh jalinannya, erat
persambungan antara satu dengan yang lain seolah-olah setiap ayat dan surah
saling bertaut kemas sekira-kira rosak maknanya kalau diceraikan dia. Setiap ayat
dan surah merupakan satu bahagian daripadanya tidak ia berdiri tegak tanpanya. Ia
merupakan satu unit yang berpadu.

6.2.3

Pengelompokan Surah-surah Al-Quran

Ulama menggelompokkan surah-surah menjadi empat kelompok. Masing-masing


kelompok mereka nyatakan dengan istilah-istilah yang khusus, iaitu al-Tiwal, al-Miin, alMathanidan al-Mufassal:
(i)

Al-Tiwal terdiri dari tujuh surah panjang iaitu al-Baqarah, Ali Imran, al-Nisa, alMaidah, al-Anam dan al-Araf. Inilah enam surah yang pertama. Yang ketujuh pula,
ulama berbeza pendapat, apakah surah al-Anfal dan Al-Baraah sekaligus kerana
tidak adanya pemisahan antara keduanya dengan Basmallah, ataukah surah Yunus.

(ii)

Al-Miun merupakan surah-surah yang jumlah ayatnya sekitar seratus ayat.

OUM

89

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

TOPIK 6

(iii)

Al-Mathani merupakan surah-surah yang jumlah ayatnya di bawah kelompok alMiun. Af-Farra mengatakan bahawa al-Mathani adalah surah-surah yang jumlah
ayatnya kurang dari seratus ayat kerana ia diulang-ulang, lebih dari diulangulangnya kelompok al-Tiwal dan al-Miun

(iv)

Sedang al-Mufassal merupakan surah-surah yang ada pada bahagian akhir AlQuran. Ulama berbeza pendapat dalam menentukan permulaannya, menjadi sekitar
dua belas pendapat. Ada yang mengatakan permulaannya adalah surah Qaf.
Ada juga yang mengatakan selain itu. Al-Nawawi menilai sahih pendapat yang
mengatakan bahawa permulaannya adalah surah al-Hujurat. Disebut al-mufassal
kerana banyaknya pemisah antara surah-surahnya dengan Basmallah. Ada yang
mengatakan kerana sedikitnya mansukh didalamnya. Oleh kerana itu, al-mufassal
disebut juga al-Muhkam, sepertimana riwayat al-Bukhari dari Said ibn Jubair,
katanya: Sesungguhnya yang tuan sebut sebagai al-mufassal itu tidak lain adalah
al-Muhkam.
Al-mufassal dikelompokkan lagi menjadi tiga kelompok, iaitu Tiwal. Ausatdan
Qisar:

Yang dikira kelompok Tiwal adalah dari surah al-Hujurat hingga surah alBuruj.

Yang dikira kelompok Ausat adalah dari surah al-Tariq sampai surah alBayyinah.

Manakala yang dikira kelompok Qisar adalah dari surah az-Zalzalah sampai
akhir Al-Quran.

Pengelompokan ini berdasarkan sebuah hadith marfuk yang diriwayatkan Abu Daud atTayalisi sanadnya sehingga Qatadah dan juga yang diriwayatkan oleh Abu Ubaid
menerusi sanadnya daripada Wailah bin Asqa daripada Rasulullah SAW yang
bermaksud;
Aku telah dianugerahi 7 surah tuwwal menepati kitab Taurat dan
menepati kitab Injil dan al-Mathani menepati kitab Zabur dan aku telah
diberi kelebihan dengan al-Mufassal.

6.2.4

Susunan Surah-surah

Ada tiga pendapat tentang urutan surah.


1.

Pertama, bahawa urutan surah sebagaimana yang kita lihat sekarang ini tidaklah
berdasarkan tauqif dari Nabi SAW, akan tetapi berdasarkan ijtihad sahabat.
Pendapat ini disandarkan kepada ulama-ulama, termasuk Imam Malik (w 179h) dan
al-Qadhi Abu Bakar (w 403h) dan Abu Hussein Ahmad Ibnu Faris (w 395h).
Ibn Faris di dalam buku al-Masail al-Khams, menjelaskannya seperti berikut:
Penghimpunan Al-Quran dikelompokkan menjadi dua kelompok. Pertama:
penyusunan surah-surah, seperti mendahulukan tujuh surah yang masuk dalam

90

OUM

TOPIK 6

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

kelompok al-Tiwal, lalu disusuli dengan kelompok al-Miun. Inilah yang ditangani oleh
para sahabat.
Ulama menggunakan beberapa dalil untuk menyokong pendapat ini:
(i)

Mushhaf-mushhaf yang dimiliki oleh para sahabat berbeza-beza dari segi


urutan surahnya sebelum Al-Quran dihimpun pada masa Uthman. Seandainya
urutan itu bersifat tauqifi dari Nabi SAW, tentu mereka tidak mungkin akan
mengabaikan masalah urutan surah dan berbeza pendapat tentangnya
sebagaimana digambarkan oleh riwayat-riwayat yang ada.
Mushaf Ubai misalnya, dimulai dengan surah al-Fatihah, kemudian al-Baqarah,
an-Nisa, Ali Imran dan al-Anam. Mushaf Ibn Masud dimulai dengan surah alBaqarah, an-Nisa, Ali Imran dan seterusnya yang jelas sangat berbeza
denganmushaf sebelumnya. Manakalamushaf Ali urutannya berdasarkan
urutan nuzul, sehingga diawali dengan surah al-Alaq, lalu al-Muddasir, Qaf, AlMuzammil, al-Lahab,a l-Takwir dan seterusnya.
Istidlal atau pengambilan dalil ini tertolak dalam tiga sudut;

(ii)

2.

Mushaf-mushaf tersebut telah dicatat sebelum semakan terakhir antara


Rasulullah dengan Jibril.

Jelas warid daripada banyak hadis-hadis sahih yang menjelaskan


susunan banyak surah-surah al-Quran sememangnya sedia dimaklumi
semasa hayat Rasulullah.

Zaid b Thabit yang dilantik mengetuai panel penghimpunan kitab suci dan
sebagai sahabat tunggal yang berada bersama-sama Rasulullah
menyemak bacaan terakhir menyusun surah-surah seperti yang ada
sekarang.

Riwayat yang ditakhrij oleh ibn Asytah di dalam al-Masahif melalui Ismail ibn
Abbas dari Hibban ibn Yahya dari Abu Muhammad al-Quraisy, katanya:
Uthman memerintahkan kepada mereka pasukan penghimpun Al-Quran untuk
menyusunkan al-Thiwal dengan menjadikan surah al-Anfal dan al-Taubah ke
dalam hitungan ke tujuh tanpa dipisah dengan Basmallah antara keduanya.

Pendapat kedua ialah urutan surah-surah semuanya tauqif dari Rasulullah SAW
sebagaimana urutan ayat. Tidak ada suatu surah yang diletakkan tanpa pengajaran
dan petunjuk dari beliau. Mereka yang memiliki pendapat ini berdalil:
(i)

OUM

Bahawa para sahabat sepakat terhadap mushaf yang merupakan hasil


penghimpunan Uthman, tak seorang pun merasa keberatan. Kesepakatan
seperti itu tidak akan terjadi dengan baik, kecuali bila urutan yang mereka
sepakati itu merupakan tauqif kerana kalau urutan itu berdasarkan ijtihad, tentu
yang memiliki mushaf dengan urutan yang berbeza akan bersikap keras
dengan mushaf yang dimilikinya. Tetapi kenyataan menunjukkan bahawa
nereka tidak bersikap keras menggunakan mushaf mereka tetapi beralih
mengikut mushaf yang dihimpun oleh Uthman dan kemudian bersedia
membakar mushaf-mushaf mereka.

91

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

(ii)

TOPIK 6

Kemudian mereka mengemukakan riwayat-riwayat untuk pendapat mereka


sebagaimana dalil-dalil yang dijadikan sandaran ijma
Misalnya, riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud dari Hudzaifah al-Thaqafi
katanya: Aku barada diantara para utusan dari Thaqif yang masuk Islam.
Sampai pada riwayat berikut:
Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada kami: Aku sedang membaca se-hizib
Al-Quran. Kerana itu, aku tidak ingin kecuali setelah menyelesaikannya.
Kemudian kami bertanya kepada para sahabat: Bagaimana kalian
menggelompokkan Al-Quran menjadi hizib-hizib? Mereka menjawab: Kami
menggelompokkannya berdasarkan per hizib tiga surah, lima surah, tujuh
surah, sembilan surah, sebelas surah dan tiga belas surah. Hizib Al-mufassal
dari surah Qaf, sampai akhir. Mereka yang memiliki pendapat kedua
mengatakan: Ini menunjukkan bahawa urusan surah sebagaimana kita lihat
sekarang ini sudah ada sejak masa Rasulullah SAW (yang bererti merupakan
tauqif dari beliau).

(iii)

Rasulullah juga membaca beberapa surah secara tertib di dalam sembahyang.


Ini terbukti melalui hadith yang diriwayatkan oleh Abi Ibn Syaibah yang
bermaksud:
Nabi pernah membaca beberapa surah Mufassal (surah pendek) dalan satu
rakaat.

(iv)

Hadith riwayat Imam Bukhari daripada Ibn Masud juga menyokong pendapat
ini. Hadith yang bermaksud:
Surah Bani Israil, al-Kahfi, Maryam, Taha dan al-Anbiya; surah-surah ini
termasuk kategori surah yang mula-mula aku pelajari. selepas itu Ibn Masud
menyebut surah-surah tersebut secara berurutan seperti tertibnya susunan
dalam mushaf terkini.

(v)

Ulama-ulama juga telah bersepakat menjelaskan wajib menghormati dan


mengikuti susunan surah-surah Al-Quran kerana penyusunan dan
penulisannya telah ijma.

(vi)

Sehubungan dengan pendapat ini Imam al-Suyuti (w 911H) menyatakan;


Di antara bukti menunujukkan urutan surah-surah bersifat tauqifi iaitu surahsurah yang diawali dengan Ha Mim berurutan letaknya, begitu juga surahsurah yang diawali dengan To Sin . Tetapi surah-surah yang diawali dengan
Sabbaha atau Yusabbihu letaknya tidak berurutan begitu surah-surah AsSyuara dab Al-Qasas yang sama-sama diawali dengan To Sin Mim diselangi
dengan surah yang diawali dengan To Sin padahal surah al-Naml lebih
pendik daripada surah al-Qasas dan Al-syuarak. Jika sekiranya urutan itu
bersifat ijtihadi tentunya surah-surah itu diawali dengan Sabbaha atau
Yusabbihu diletakkan dalam mushaf secara berurutan dan surah al-Naml
diletakkan sesudah surah Al-Qasas.

92

OUM

TOPIK 6

3.

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

Ada pula pendapat ketiga yang menjelaskan sebahagian surah Al-Quran tertibnya
adalah tauqifi manakala sebahagian yang lain berdasarkan ijtihad para sahabat.
Pendapat ini dinyatakan oleh Ibn Hajar melalui maksud hadith Huzaifah Al-Thaqafi;
Rasulullah berkata kepada kami : telah datang kepadaku waktu untuk membaca
bahagian (hizb) daripada al-Quran, maka aku tidak mahu keluar sebeleum selesai
membacanya. Lalu kami tanyakan kepada para sahabat Rasulullah bagaimanakah
kamu semua membuat pembahagian al-Quran mereka menjawab kami
membahagikannya menjadi tiga surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah,
sebelas surah, tiga belas surah dan bahgian al-Mufassal sehingga tamat.

Kesimpulannya pendapat pertama adalah pendapat yang rajih dan lebih tepat. Jumhur
Ulama berpendapat demikian antaranya:
1.

Abu Bakar Ibn al-Anbari telah menyokong pendapat ini melalui penyataannya;
Allah telah menurunkan Al-Quran seluruhnya ke langit dunia kemudian ia
menurunkannya secara beransur-ansur. Sesebuah surah diturunkan kerana sesuatu
peristiwa yang berlaku. Dalam hal ini Jibril sentiasa membimbing Nabi di manakah
sesuatu surah seharusnya diletakkan. Justru itu susunan ayat dan surah-surah
adalah berdasarkan penetapan Nabi SAW.

2.

Berkata al-Karamani dalam Burhan ;


Susunan surah-surah seperti yang ada sekarang adalah daripada Allah
sebagaimana yang tercatat dalam Lauh Mahfuz dan berdasarkan susunan itulah
Rasulullah membaca semasa membuat semakan dengan Malaikat Jibril. Dalam
tahun kewafatannya dibuat semakan bacaan sebanyak dua kali

3.

Berhujah Al-Taibi:
Keseluruhan al-Quran diturunkan pada mulanya daripada Lauh Mahfuz ke langit
dunia, kemudian diturunkan berperingkat-berperingkat menurut keperluan, kemudian
dicatatkan dalam bentuk mushaf menurut tertib susunan yang terdapat pada asalnya
di Luh Mahfuz

Pendapat kedua dan ketiga dapat ditolak kerana;


(i)

Pendapat pertama hanya berdasarkan ijma.

(ii)

Hadith yang dijadikan sandaran pendapat ketiga adalah hadith marfuk kepada Nabi
.
Menghormati Urutan yang Telah Ada
Sheikh Zarqani dalam kitabnya Manahil menjelaskan: Samada urutan surah tauqifi atau
ijtihad, seelok-eloknya tetap dihormati, lebih-lebih lagi dalam penulisan mushaf, kerana hal
itu telah menjadi ijma sahabat. Ijmak juga merupakan hujjah. Di samping itu kerana
menyimpang daripada susunan tersebut boleh menghasilkan fitnah. Menolak fitnah dan
menghalang segala kemungkinan timbulnya kerosakan adalah wajib.

OUM

93

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

TOPIK 6

Menyusun surah dalam pembacaan hukumnya tidak wajib hanya sunnah. Berikut ini kami
kemukakan pernyataan Imam al-Nawawi di dalam bukunya, al-Tibyan:

Ulama mengatakan: Sebaiknya membaca Al-Quran berdasarkan urutan


mushaf. Mula-mula membaca al-Fatihah, kemudian al-Baqarah, diteruskan
dengan Ali Imran dan seterusnya secara berurutan, samada dalam solat
ataupun luar solat. Sehingga sebahagian kolega kami menyatakan: Jika
seseorang telah membaca surah al-Nas pada rakaat pertama, maka pada
rakaat kedua selepas membaca al-Fatihah hendaknya membaca
sebahagian dari al-Baqarah.
Sebahagian pendapat lain menjelaskan: Digalakkan bila seseorang telah membaca suatu
surah, maka pembacaan berikutnya adalah surah yang terdapat selepasnya. Dalilnya
adalah bahawa urutan mushaf itu dibuat kerana ada hikmahnya. Sehingga urutan seperti
itu seelok-eloknnya tetap dijaga kecuali yang dikecualikan syara seperti:
(i)

Solat subuh pada hari Jumaat, di mana pada rakaat pertama bibaca surah Qaf dan
pada rakaat kedua dibaca surah al-Qamar.

(ii)

Juga dua rakaat fajar di mana pada rakaat pertama dibaca surah al-Kafirun dan pada
rakaat kedua dibaca surah al-Ikhlas.

(iii) Begitu juga solat witir, di mana rakaat pertama dibaca surah al-Ala, rakaat kedua
dibaca surah al-Kafirun dan rakaat ketiga dibaca al-Ikhlas dan al-Muawwizatain
Seandainya seseorang membaca tidak mengikut urutan, misalnya pada rakaat pertama ia
membaca suatu surah, dan rakaat berikutnya membaca surah yang terletak sebelumnya,
maka hukumnya harus. Berkaitan hal ini, banyak sekali athar yang menjelaskan. Umar ibn
al-Khattab pernah membaca surah al-Kahfi pada rakaat pertama solat subuh dan surah
Yusuf pada rakaat keduanya

6.2.5

Nama-nama Surah

Ulama-ulama Salaf dan Khalaf menjelaskan nama-nama surah juga adalah tauqiifi. Ini
bermaksud Nabi sendiri yang memberikan nama-nama surah al-Quran.
Sebahagian surah Al-Quran hanya mengandungi satu nama. Sheikh Salim Muhaisin
menyatakan terdapat 74 surah yang masing-masing memilikki satu nama sahaja
antaranya surah-surah al-Nisak, al-Anam, Al-Araf, Yunus, Hud, Yusuf, Al-Raad, Ibrahim,
al-Haj, al-Mukminun, Nur dan lain-lain.
40 surah pula mengandungi lebih daripada satu nama. Sebahagian namanya adalah
tauqifi dan sebahagian lagi adalah ijtihadi. Antara lain;
(i)

Al-Fatihah juga dinamakan Umm al-Quran, Fatihah al-Kitab,al-Sabu al-Mathani, alWafiyat dan al-Kafiyat.

(ii)

Al-Maidah juga dinamakan surah Al-Uqud dan al-Munjiat.

94

OUM

TOPIK 6

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

(iii)

Surah al-Naml juga dinamakan surah Sulaiman.

(iv)

Surah al-Saff Juga dinamakan surah Al-Hawaryyin.

Imam Jalaludin al-Suyuti telah membentangkan dalam kitabnya al-Itqan hadis-hadis yang
menyebutkan nama-nama surah al-Quran serta alasannya. Sila rujuk.

UJIAN 1
Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 10 minit
1.

Terangkan pengertian istilah ayat dengan jelas.

2.

Nyatakan dua sebab berlaku perbezaan dalam menentukan jumlah ayat-ayat AlQuran.

UJIAN 2
Arahan : Jawab soalan ini dalam masa 30 minit
1.

Huraikan dengan jelas faedah-faedah yang diperolehi hasil daripada pengetahuan


tentang surah-surah Al-Quran.

2.

Huraikan dalil dan pendapat berkaitan dengan penentuan nama-nama surah dalam
Al-Quran adalah tauqifi dan bukan ijtihadi.

3.

Nyatakan pengertian istilah berikut dengan jelas.


(a)

Al-Tiwal

(b)

Al-Miun

(c)

Al-Mufassal

(d)

Al-Mathani

OUM

95

Anda mungkin juga menyukai