Anda di halaman 1dari 3

Sumpah (Al-Qasam)

Sumpah (di dalam al-Quran) ialah menekankan sesuatu dengan menyebut benda yang agung
dengan huruf wau dan sebagainya. Huruf-huruf yang menjadi alat untuk bersumpah adalah
tiga iaitu:
1. Huruf wau. Contohnya firman Allah Taala (al-Zariyat 51:23) - Maksudnya:
Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu benar-benar akan
terjadi.
Fiil (kata kerja) sumpah mestilah disembunyikan.
Selepas wau pula, mestilah disusuli kata nama zahir (ism zahir).

2. Huruf ba. Contohnya firman Allah Taala ( al-Qiyamah 75:1) - Maksudnya:


Aku bersumpah dengan hari Kiamat.

Fiil (kata kerja) sumpah boleh dizahirkan sebagaimana dalam contoh ini.

Fiil (kata kerja) sumpah boleh juga disembunyikan sebagaimana dalam firman Allah Taala
tentang Iblis (Sad 38:82) - Maksudnya:
Iblis menjawab Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya.
Selepas ba boleh diikuti kata nama zahir (ism zahir) seperti dalam contoh ini.
Selepas ba boleh juga diikuti ganti nama (dhamir) seperti dalam contoh
berikut:
.
Maksudnya:
Allah tuhanku, aku bersumpah denganNya bahawa dia akan menolong
orang-orang yang beriman.

3. Huruf ta. Contohnya firman Allah Taala (al-Nahl 16:56) - Maksudnya:


Demi Allah, sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu ada-adakan.
Fiil (kata kerja) sumpah mestilah disembunyikah.
Selepas ta mestilah lafaz Allah atau rabb seperti:

.

Maksudnya: Demi Tuhan Kabah, pasti aku akan menunaikan haji insyaAllah.

Kaedah-Kaedah Penggunaan Al-Qasam (Sumpah)

1. Asalnya hendaklah dinyatakan al-muqsam bihi (benda yang disumpah dengannya)


seperti dalam contoh-contoh lepas. Akan tetapi:

a. al-Muqsam bihi (benda yang disumpah dengannya) boleh juga disembunyikan


seperti:
.
Maksudnya: Saya bersumpah supaya kamu benar-benar berusaha.

b. al-Muqsam bihi (benda yang disumpah dengannya) boleh juga disembunyikan


bersama fiil (kata kerja) sumpah. Cara ini banyak digunakan seperti firman Allah Taala
(al-Takathur 102:8) - Maksudnya:
Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan
(yang kamu megah-megahkan di dunia itu).

2. Asalnya hendaklah dinyatakan al-muqsam alaihi (benda yang disumpah berkenaannya).


Cara ini juga banyak digunakan seperti firman Allah Taala (al-Taghabun 64:7) - Maksudnya:
Katakanlah Tidak demikian, demi Tuhanku, benar-benar kamu akan dibangkitkan.

Akan tetapi:

a. al-Muqsam alaihi (benda yang disumpah berkenaannya) boleh disembunyikan


seperti firman Allah Taala (Qaf 50:1) - Maksudnya: Qaaf, demi al-Quran yang sangat
mulia.

al-Muqsam alaihi (benda yang disumpah berkenaannya) dalam ayat ini ialah:
.
Maksudnya: Pasti mereka akan binasa.

b. al-Muqsam alaihi (benda yang disumpah berkenaannya) mesti disembunyikan


apabila berada di hadapan sumpah, atau wujud sesuatu yang mewakilinya. Ini
dinyatakan oleh Ibnu Hisyam dalam kitab al-Mughni dan beliau membawa contoh:
.
Maksudnya: Zaid berdiri, demi Allah.

Dan juga:
.
Maksudnya: Zaid demi Allah, berdiri.

Faedah Al-Qasam (Sumpah)


al-Qasam (sumpah) mempunyai dua faedah iaitu:
1. Menerangkan keagungan benda yang disumpah dengannya.
2. Menerangkan kepentingan benda yang disumpah berkenaannya dan memberi
penekanan terhadapnya.

Oleh itu tidak wajar bersumpah kecuali dalam keadaan-keadaan berikut:


1. Benda yang disumpah berkenaannya mempunyai kepentingan.
2. Orang yang mendengar meraguinya.
3. Orang yang mendengar mengingkarinya.

Anda mungkin juga menyukai