Anda di halaman 1dari 17

TARBIYYAH RASULULLAH S.A.W. CIRI-CIRI DAN 'AMALI.

Muqaddimah.
Segala pujian bagi Allah S.W.T.. Salawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad
S.A.W., keluarganya, para sahabatnya dan mereka yang menghayati sunnahnya terus
menerus sampai Hari Qiamah.
Marilah kita sama-sama kita meneliti suatu perkara penting dalam kehidupan Islam iaitu
persoalan Terbiyyah atau Didikan Rasulullah S.A.W., ciri-ciri dan praktiknya.
Kita amat yakin bahawa tiada Tarbiyyah yang lebih baik daripada Tarbiyyah yang
dibawa oleh Rasulullah S.A.W. kerana baginda adalah rasul (pesuruh atau utusan) Allah
S.W.T. dan didikan dibawah bimbingan Allah S.W.T. adalah bersumberkan wahyau Allah
S.W.T.. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
" (Allah S.W.T.) yang mendidik aku beradab dengan sebaik-baik didikan. "
Oleh itu sewwjarnya kita mengambil Tarbiyyah yang paling baik sebagai Qudwah dan
Uswah Hasanah dalam usaha membina Ummah Islamiyyah.
Mengenali Rasulullah S.A.W. Secara Ringkas.
Dalam konteks ini kita tidak menceritakan riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W. secara
terperinci, cuma dibentangkan secara umum dan ringkas sahaja bagi mengenali
kedudukan dan status baginda Rasulullah S.A.W..
Nabi Muhammad S.A.W. adalah semulia-mulia makhluk dan merupakan Nabi dan
Rasul yang terakhir sekali diutuskan oleh Allah S.W.T.. Mlahan baginda adalah Nabi dan
Rasul yang paling tinggi martabatnya seperti mana al-Quran al-Karim itu semulia-mulia
kitab dan terakhir sekali diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.[1]. Firman Allah
S.W.T. :

M40-k5

16

Terjemahannya:
" Muhammad itu bukan bapa seorang lelaki di kalangan kamu, tetapi ia adalah pesuruh
Allah dan penamat segala nabi. Allah mengetahui segala sesuatu. "
(Surah al-Ahzab: ayat 40.)
Rasulullah S.A.W. diutuskan oleh Allah S.W.T. dengan peranan-peranan yang besar.
Antaranya, baginda disifatkan sebagai mahaguru dan murabbi (pendidik) yang ulung dan
unggul. Sehubungan ini Allah S.W.T. menegaskan peranan asasinya dalam al-Quran alKarim seperti Firman-Nya :

Terjemahannya:
" Dialah (Allah) yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf, seorang rasul di
kalangan mereka, ia membacakan ayat-ayat Allah kepada mereka, mensucikan mereka serta
mengajar mereka akan kitab dan hikamah, sedang mereka sebelumnya berada dalam
kesesatan yang nyata. "
(Surah al-Jumu'ah: ayat 2.)
Dalam ayat tersebut ternyata bahawa Allah S.W.T. telah menentukan bahawa peranan
Rasulullah S.A.W. itu adalah ta'lim dan tarbiyyah dan boleh dikatakan bahawa peranan
tersebut memnuhi ruang hidup Rasulullah S.A.W..[2]
Sejak pengutusannya, Rasulullah S.A.W. berada di Makkah selama tiga belas tahun
mengajak dan menyeru kepada Din Allah S.W.T. serta mendidik orang-orang yang
beriman. Baginda telah berjaya dengan izin Allah S.W.T. membentuk kumpulan
sahabat menjadi usbah Muslimin (kumpulan Muslimin) yang berbeza dari masyarakat
jahiliyyah dari segi 'aqidah, syaksiyyah (keperibadian dan matlamat hidup ..... mereka itu
adalah keluaran dari Madrasah Rasulullah S.A.W..[3] Tarbiyyah itu sebenarnya berasaskan
wahyu Allah S.W.T., al-Quran al-karim. Rasulullah S.A.W. merupakan muballigh, Qudwah
Hasanah, pelaksana manhaj al-Quran,
penda'wah yang
benar-benar memahami
da'wahnya dan pendidik (murabbi) yang memiliki segala sifat Tarbiyyah.[4]

M40-k5

17

Ciri-Ciri Tarbiyyah Rasulullah S.A.W..


Ciri-ciri dan sifat-sifat Tarbiyyah Rasulullah S.A.W. adalah ciri-ciri Islam itu sendiri kerana
baginda membawa Din Allah S.W.T. serta mengajak masyarakat manusia kepada Din itu
(Islam). Antaranya:
a. Rabbaniyyah.
Rabbaniyyah dari segi manhaj dan masdar (sumber) disebut sebagai Manhaj Rabbani
kerana sumbernya adalah wahyu Allah S.W.T. kepada Rasulullah S.A.W.. Ianya
didatangkan oleh Allah S.W.T. semataa-mata Iradah (Kehendak)-Nya bukan atas
desakan atau kehendak mana-mana pihak samada individu, keluarga, kelompok
masyarakat, parti atau bangsa.[5] Firman Allah S.W.T. :

Terjemahannya: Alif laam raa. Inilah kitab yang Kami (Allah) turunkan kepadamu (Muhammad) agar
kamu mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dengan izin Allah; kepada
jalan Allah lagi Maha Perkasa lagi Maha Terpuji."
(Surah Ibrahim: ayat 1.)
Juga Rabaniyyah dari segi haluan dan matlamat; di mana matlamat utama pendidikan
Islam ialah membentuk insan mu'min yang soleh (bukan semata-mata good citizen
warganegara yang baik ).[6] Allah S.W.T. mendidik Rasul-Nya melalui wahyu-Nya dan
Rasulullah S.A.W. mendidik para sahabat baginda berdiri di atas asas-asas berikut, iaitu;
'Aqidah Tauhid kepada Allah S.W.T., Ta'abbud (pengabdian) kepada Allah S.W.T. dan
syariat Allah S.W.T. yang bersifat kamil dan syamil.[7]
Allah S.W.T.tidak membiarkan manusia membiarkan manusia tertanya-tanya tentang
kehidupannya, kematiannya dan hubungannya dengan alam dan manusia bahkan Allah
S.W.T. mengutuskan Rasul-Nya membawa pertunjuk Allah S.W.T. wahyunya dan
syariatnya kepada mereka.[8]

M40-k5

18

b. Penekanan Dasar ('Aqidah Tauhid).


Dalam usaha Rasulullah S.A.W. membina dan mendidik ummah setelah menerima
perintah Allah S.W.T., baginda memberi penekanan dasar kepada 'aqidah tauhid. Inilah
sebenarnya titik tolak Tarbiyyah Islamiyyah iaitu Iman dan Amal ini berlaku dalam
generasi sahabat sehingga pernah diriwayatkan kata-kata sahabat yang bermaksud:[9]
" Kami telah didatangkan Iman sebelum al-Quran. "
Jika dilihat ayat-ayat al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T. di tahap Makkah
adalah menyentuh dan merawat persoalan (qhadiyah) yang pertama, yang besar dan
asasi bagi Din Islam ini iaitu persoalan (qadhiyyah) 'aqidah.[10] Hal ini berjalan
dengan hikmah dan kehendak Allah S.W.T. sejak hari pertama kerasulan baginda s.a.w.
Memulakan langkah-langkah da'wahnya dengan mengajak manusia mengakui (Lailaha
Illallah) dan memperkenalkan kepada
mereka siapa Allah
S.W.T. serta
memperhambakan mereka hanya kepada Allah S.W.T. , tidak kepada yang lain.[11]
Rasulullah S.A.W. tidak bermula dengan lain-lain langkah melainkan menurut apa yang
telah dikehendaki oleh Allah S.W.T. melalui wahyunya. Firman Allah S.W.T. :

Terjemahannya:
" Rasulullah S.A.W. tidak berucap mengikut kemahuan hawa nafsunya, ucapan itu tidak
lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya yang diajar kepadanya oleh Yang Maha
Kuat (Perkasa)."
(Surah an-Najm: ayat 3-5.)
Rasulullah S.A.W. tidak boleh menukar gantinya atau merubahnya.[12] Firman Allah
S.W.T. :

M40-k5

19

Terjemahannya :
" Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang nyata, orang-orang yang
tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami berkata: Datangkanlah al Quran yang lain
dari ini atau gantikanlah ia. Katakanlah : Tidaklah patut bagiku menggantikannya dari
pihak diriku sendiri. Aku tidak mengikut kecuali apa yang diwahyukan kepadaku.
Sesungguhnya aku takut jika mendurhakai Tuhanku kepada siksa hari yang besar (kiamat).

(Surah Yunus: ayat 15.)


Dari keterangan tersebut dapat difahami bahawa penekanan dasar pada pengukuhan
'Aqidah Tauhid dalam proses Tarbiyyah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. itu adadlah
satu ketentuan Allah S.W.T. bukan ciptaan dan rekaan Nabi Muhammad S.A.W. sendiri.
c. Saling Lengkap Melengkapi, Menyeluruh Dan Seimbang.
Seperti yang termaklum bahawa konsep Islam adalah sempurna, lengkap, menyeluruh
dan seimbang berpaksikan 'aqidah tauhid kepada Allah S.W.T.. Ciri inilah yang berjalan
dalam Tarbiyyah Rasulullah S.A.W. kerana bagindalah yang membawa Din Islam yang
bersifat Kamil, Syamil dan Mutawazin itu. Hakikat Islam membina seluruh potensi yang
ada pada manusia dalam bentuk sepadu 'Aqlinya, Rohaninya, Emosinya dan
Jasmaninya tanpa dipisah ceraikan antara satu aspek dengan aspek-aspek yang lain
juga tanpa dibataskan kepada satu aspek sahaja seperti aspek rohani semata-mata.[13]
Nas atau dalil berikut adalah menggambarkan ciri tersebut dalam Tarbiyyah Rasulullah
S.A.W.. Firman Allah S.W.T. :

M40-k5

20

Terjemahannya:
" Hai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan
janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang
nyata. "
(Surah al-Baqarah: ayat 208.)
Kesyumulan juga dipandang dari aspek risalah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. untuk
semua zaman. Risalahnya berkekalan untuk dengan kehendak Allah S.W.T., sampai ke Hari
Qiamah, dan risalahnya untuk alam seluruhnya tanpa mengira tempat, umat,
rupabangsa dan lapisan masyarakat. Inilah yang dinyatakan oleh al-Quran sejak zaman
Makki lagi. Firman Allah S.W.T. :

Terjemahannya:
" Tidak Kami utuskan engkau (Wahai Muhammad) malainkan sebagai rahmat untuk
sekelian alam ."
(Surah al-Anbiya': ayat 107.)

Terjemahannya:
" Katakanlah (Ya Muhammad): "Wahai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah
kepada kamu semua iaitu Allah Yang Mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan
selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan

M40-k5

21

Rasul Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat Nya
(kitab-kitab Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk "
(Surah al-'Araaf: ayat 158.)
Seterusnya kesyumulan juga dipandang dari sudut tahap-tahap dan perkembangan hidup
manusia seluruhnya, setiap peringkat hidup manusia semenjak ia masih di dalam
kandungan ibunya sehingga ia dilahirkan dan samapai umur tua dan meninggal dunia
memanglah ada peraturan dan hukum-hakamnya.[14]
Janin dalam kandungan itu wajib dijagainya dan diharam membunuhnya. Ibu yang
hamil walaupun bercerai dengan suaminya diwajibkan ke atas bekas suaminya
memberi nafkah kepadanya sehingga melahirkan anaknya itu. Firman Allah S.W.T. :

Terjemahannya:
" Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut
kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati)
mereka. Jika mereka (isteri-isteri yang telah ditalaq) itu sedang hamil maka berikan
nafkah kepada mereka sehingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusukan
(anak-anak) mu untuk mu maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan
musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu), dengan baik, dan jika kamu menemui
kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya. "
(Surah at-Thalaaq: ayat 6.)
Kanak-kanak dikehendaki supaya ditarbiyyah dengan Tarbiyyah Imaniyyah[15] sehingga
Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya kanak-kanak yang bari dilahirkan ditalqinkan dengan
kalimah; "Lailaha Illallah". Satu Hadith dari Ibnu 'Abbas r.a. diriwayatkan dari Rasulullah
S.A.W. bahawa baginda bersabda:

M40-k5

22

" Hendaklah kamu buka ke atas kanak-kanak kamu perkataan yang ulung iaitu Lailaha
Illallah ".
Dan memerintahkan mereka beribadat dalam lingkungan umur tujuh tahun. Ibn Amru
Bin al-'As meriwayatkan hadith daripada Rasulullah S.A.W. bahawa baginda bersabda:
" Perintahlah anak-anak kamu sembahyang sedang mereka berumur tujuh tahun dan
pukullah mereka (jika ingkar) sedang mereka berumur sepuluh tahun dan pisahkan di
antara mereka pada tempat tidur. "
(Hadith Riwayat al-Hakim dan Abu Daud.)
Juga dikehendaki supaya mereka ditarbiyyahkan dengan tarbiyyah Khuluqiyyah
(didikan akhlaq).[16] Daripada Ibn 'Abbas r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W.
bahawa baginda bersabda:
" Permuliakan anak-anak kamu dan pereloklah budi pekerti mereka. "
(Hadith Riwayat Ibn Majjah.)
Mereka juga dikehendaki supaya ditarbiyyah dengan Tarbiyyah Jismiyyah (didikan
jasmani),[17] bagi melahirkah kekuatan jasmani mereka agar menjadi ju'min yang gagah.
Ini dikehendaki oleh Rasulullah S.A.W. dalam satu hadith yang bermaksud:
" Orang mu'min yang gagah (kuat) adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada
orang mu'min yang lemah. "
(Hadith Riwayat Muslim.)
Mereka juga dikehandaki supaya ditarbiyyah dengan Tarbiyyah 'Aqliyyah (didikan aqal
pemikiran),[18] bagi memperkembangkan ilmu dan mematangkan fikiran mereka dalam
ilmu-ilmu syara' dan realiti, sama ada secara formal atau informal. Anas bin Malik
meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
" Menuntut ilmu itu adalah fardhu (wajib) atas setiap muslim. "
(Hadith riwayat Ibn Majjah.)
Seterusnya mereka dikehendaki ditarbiyyah denganTarbiyyah nafsiyyah (didikan
kejiwaan),[19] agar terbentuk syaksiyyah yang sempurna dan seimbang sehingga apabila
ia sudah baligh ia dapat melaksanakan kewajipan mukallaf dalam bentuk yang baik dan
sempurna lagi bermakna seperti mendidik mereka agar berani, berterus terang,
mengawal emosi marah, berhemah tinggi, cintakan kebaikan, tidak mementing diri,
memiliki rasa bertanggungjawab dan seumpamanya.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda dalam satu hadith yang bermaksud:
" Orang mu'min berjinak-jinak (kasih mengasihi). Tiada kebaikan pada mereka yang

M40-k5

23

tidak hidup berjinak-jinak, sebaik-baik manusia ialah mereka yang lebih bermanfaat kepada
manusia. "
(Hadith Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi.)
Selanjutnya mereka juga dikehendaki ditarbiyyah dengan Tarbiyyah Ijtima'iyyah
(didikan kemasyarakatan),[20] agar lahir pergaulan hidup yang baik dalam masyarakat,
bersaskan 'aqidah Islamiyyah dan rasa keimanan yang mendalam.
Tidak syak lagi bahawa Tarbiyyah Ijtima'iyyah ini penting bahkan ia merupakan hasil
atau natijah daripada tarbiyyah-tarbiyyah sebelumnya sama ada Tarbiyyah Imaniyyah,
Tarbiyyah Khuluqiyyah atau Tarbiyyah Nafsiyyah.[21]
Ciri hidup kemasyarakatan telah disebutkan oleh
baginda yang bermaksud:[22]

Rasulullah S.A.W. di dalam sabda

" Bandingan orang-orang mu'min dalam hidup berkasih sayang, saling bersimpati dan
belas kasihan antara mereka adalah seumpama satu jasad, apabila satu anggota mengadu
sakit maka seluruh anggotanya yang lain turut merasainya dengan berjaga malam dan
demam. "
(Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad.)
Demikian seterusnya kesyumulan didikan Rasulullah S.A.W. meliputi tahap-tahap
perkembangan hidup manusia sampai manusia itu meniggal dunia, di sana ada sunnah
Rasulullah S.A.W. barkaitandengan manusia setelah ia meninggal dunia, iaitu mayat itu
wajib dimandikan, dikafankan, disolahkan dan dikebumikan dengan cara yang telah
ditentukan oleh syara'.
Kesyumulan juga dipandang dari sudut 'aqidah Islamiyyah, di mana ianya mentafsirkan
semua Qadhiyyah 'Aqidah Islamiyyah; persoalan
Uluhiyyah,
persoalan 'Alam,
persoalan manusia, persoalan kenabian dan risalah, persoalan kesudahan (al-Masir)
serta balasan di Akhirat,[23] dan segala prinsip keimanan..... dan 'Aqidah yang syumul itu
tidak berlaku pemisahan; tidak boleh diterima sebahagian dan ditolak sebahagian atau
diragui sebahagian daripadanya bahkan hendaklah diterima semua kandungan 'aqidah
Islam tersebut.
Juga kesyumulan dalam ibadah dalam ertikata semua angota manusia zahir dan batin
beribadah. Contohnya: Solah, terdapat dalam ibadah lisan, melalui tilawah, takbir, tasbih
dan do'a dan terdapat ibadah jasmani melalui berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk dan
terdapat juga ibadah aqal melalui berfikir dan mengamati ma'na ayat yang dibaca, di
samping itu terdapat ibadah qalbu (hati) melalui khusyu', cinta kepada Allah S.W.T. dan
muraqabah Allah S.W.T..[24]

M40-k5

24

Seterusnya kesyumulan dalam ibadah jua dengan maksud ibadah itu dalam ertikata yang
luas meliputi kehidupan seluruhnya; ibadah tidak terbatas kepada ibadah khusus yang
terdiri dari solah, zakah, puasa dan haji sahaja bahkan meliputi setiap aktiviti hidup,
yang baik dilakukan kerana Allah S.W.T. dan sebaliknya perbuatan buruk ditinggalkan
kerana adalah dikira sebagai ibadah.[25]
Seterusnya kesyumulan dalam ibadah juga dengan maksud ibadah itu dalam erti kata
yang luas yang meliputi kehidupan yang seluruhnya; ibadat tidak terbatas kepada
ibadah khusus yang terdiri daripada solah, zakat, puasa dan haji sahaja bahkan
meliputi setiap aktiviti hidup,[26] yang baik dilaukan kerana Allah S.W.T. dan
sebaliknya perbuatan yang buruk ditinggalkan kerana Allah S.W.T. adalah dikra sebagai
ibadah.[27]
Di samping itu kesyumulan juga dilihat dari sudut Tasyri' (perundangan) di mana ianya
adalah Tasyri' Kamil (perundangan yang lengkap) meliputi untuk individu, keluarga,
masyarakat dan daulah, kehakiman dan hubungan antarabangsa sama ada masa perang
atau damai di antara orang Islam dan bukan Islam.
Juga kesyumulan iltizam dengan Islam seluruhnya meliputi segenag aspek kehidupan
yang mana tidak seharusnya diambil satu segi dari ajaran Islam dengan menolak satu
aspek atau beberapa aspek yang lain sama ada sengaja atau cuai kerana ianya sempurna
dan syumul tidak berbentuk juziyyah (berpisah-pisah kepada satu-satu sudut).[28]
d. Positif Dan membangun.
Tarbiyyah Rasulullah S.A.W. yang bersifat Rabbaniyyah dan berteraskan 'Aqidah Tauhid
kepada Allah S.W.T. serta mempunyai tasawwur yang kamil, syamil dan mutawazin
(sempurna, menyeluruh dan seimbang) itu sebenarnya memberi kekuatan positif dan
membangun dalam realiti hidup ini, ia merupakan kekuatan yang membawa kepada
kemajuan hidup dalam erti kata sebenarnya. Suatu kekuatan yang dapat mengurus bumi
ini dan memakmurkannya dengan cara yang betul menurut apa yang dikehendaki oleh
Allah S.W.T. , dengan ini layaklah manusia itu disifatkan sebagai khalifah Allah S.W.T. di
bumi ini.
'Aqidah Islam bukan sekadar bentuk Iman dalam hati sahaja atau bentuk teori iman
semata-mata atau berbentuk penyucian batin, tetapi ianya merupakan manhaj bagi
kehidupan yang dituntut oleh Allah S.W.T. agar dibangunkannya dalam realiti hidup
melalui kerja-kerja dan jihad yang berterusan.[29]
Orang-orang Islam yang mendapat tarbiyyah Iman serta memahami tasawwur 'aqidah
Islamiyyah ini, mereka tidak berdiam diri bahkan menterjemahkan keimanan itu dalam
bentuk 'amal, kerja, khidmat dan jihad pada jalan Allah S.W.T. sentiasa positif terhadap

M40-k5

25

tuntutan-tuntutan Allah S.W.T.. Firman Allah S.W.T.:

Terjemahannya:
"Sesungguhnya orang-orang mu'min itu ialah mereka yang beriman dengan Allah dan
Rasul-Nya, kemudian mereka tidak rasa ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta
benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar."
(Surah al-Hujurat: ayat 15.)
Mereka benar-benar memahami matlamat hidup dan jalannya serta tugas dan khidmat
sebagai khalifah Allah S.W.T. di bumi.
Natijah 'Amaliyyah Tarbiyyah Rasulullah S.A.W..
Suatu natijah yang lahir dalam bentuk amali hasil dari tarbiyyah yang telah dijalankan
oleh Rasulullah S.A.W. ialah lahirnya dengan izin Allah S.W.T., suatu generasi misali yang
tiada bandingannya dalam sejarah iaitu dikenali dengan Generasi Al-Quran yang hidup
dibawah naungan ao-Quran dan bimbingan dari Rasulullah S.A.W..
Generasi atau ummah tersebut bukan lahir secara kebetulan atau tiba-tiba sahaja tanpa
proses pembentukan dan penyediaan tetapi kelahirannya melalui beberapa tahap proses
pembentukan dan tarbiyyah dalam jangka masa yang panjang iaitu kira-kira 13 tahun di
Makkah dan bakinya 10 tahun lagi di Madinah setelah menempuh berbagai halangan,
rintangan, tekanan bahkan tribulasi. Umat itu lahir dan telah mendapat pujian Allah S.W.T.
di dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T. :

M40-k5

26

Terjemahannya:
" Kamu adalah sebaik-baik Ummah yang dikeluarkan
untuk manusia, kamu
memerintahkan dengan ma'ruf dan kamu mencegah kemunkaran dan kamu beriman
dengan Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara
mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik "
(Surah Ali 'Imran: ayat 110.)
Rasulullah S.A.W. berjaya, dengan izin Allah S.W.T., membentuk dan mendidik ummah
yang:
a. Hanya menerima dan berpegang kepada sumber Ilahi (Allah S.W.T.).
b. Mendekati al-Quran untuk menerima arahan-arahan Allah S.W.T. untuk dilaksanakan
dalam kehidupan mereka dan mereka menerima dengan penuh ketaatan dan kepatuhan
tanpa sebarang bantahan atau keberatan.
c.
Apabila mereka beriman dan menerima arahan-arahan Allah S.W.T. melalui
Rasulullah S.A.W. maka putuslah jiwa mereka dari jahiliyyah seluruhnya berlakulah apa
yang disebut Pengasingan Jiwa Yang Sempurna.[30]
Mereka adalah satu generasi yang benar-benar menterjemahkan ajaran al-Quran dalam
seluruh bidang kehidupan mereka, mereka adalah contoh-contoh Islam yang hidup,
apabila masyarakat melihat mereka maka mereka melihat Islam itu sendiri.[31]
Kejayaan Tarbiyyah Rasulullah S.A.W. tiada tandingnya dalam sejarah manusia yang tidak
pernah dicapai oleh mana-mana ahli falsafah dan ahli fikir[32] seperti yang termaklum
bahawa bahawa dari Tarbiyyah itu lahir sebaik-baik ummah menjadi contoh kepada
seluruh masyarakat manusia...... Ummah yang telah meningglakan kesan dan
pengaruhnya yang tidak luput sepanjang sejarah.[33] Kejayaan tersebut adalah satu
yang mengkagumkan; bagaimana Rasulullah S.A.W. membentuk masyarakat Arab yang
dahulunya hidup berpuak-puak, telah menjadi satu ummah yang mampu memikul risalah
Islam serta membina tamaddunnya, bagaimana ia menukar perpecahan Arab itu kepada
kesatuan ummah dan daripada kelemahan kepada kekuatan hingga menjadi sebaik-baik
ummah.[34] Ini tidak lain ialah melalui proses Tarbiyyah (Didikan), asuhan dan latihan
serta bimbingan seperti yang telah terbukti dalam sirah bahawa mereka telah melalui
proses tarbiyyah yang lama di bawah bimbingan Rasulullah S.A.W.. Peranan Tarbiyyah
Rasulullah S.A.W. tidak terhenti sekadar Zaman Makki sahaja bahkan terus ke Zaman
Madani selepas berhijrah Rasulullah S.A.W. ke Madinah. Tarbiyyah itu berjalan terus
dalam skopnya yang lebih luas di mana wahyu Allah S.W.T. yang mengandungi
perundangan yang meliputi semua aspek kehidupan telah ditanzilkan (diturunkan) oleh
Allah S.W.T. dan baginda Rasulullah S.A.W.tidak meninggal peranannya dalam tarbiyyah
sehingga baginda wafat.[35]

M40-k5

27

Jika dibandingkan dengan zaman kini, Manhaj pendidikan telah mengalami perkembangan
dengan berbagai metod pengajaran, teknik dan cara-caranya, tempat-tempat didikan
moden lengkap dengan berbagai alat kemudahan belajar bagi mencapai kejayaan,
namun demikian dilihat masyarakat modern hari ini semakin rosak, keruntuhan moral
berlaku di sana sini.
Contohnya: Arak.... Suatu ketika dahulu, Amerika Syarikat telah menggubal undangundang pencegahan penagihan arak; kerajaan itu telah menanggung perbelanjaan yang
banyak ; kira-kira 60 juta dollar dibelanjakan untuk kempen pencegahannya, 300 orang
telah dihukum dan lebih dari setengah juta orang telah dihukum penjara disebabkan arak.
Tetapi gagal untuk membasmi penagihan arak. Akhirnya undang-undang itu terpaksa
dibatalkan pada tahun 1933.[36]
Berbeza dengan masayarakat Madinah dalam generasi al-Quran dahulu, pembasmian arak
hanya melalui tiga ayat sahaja iaitu;
a.

Terjemahannya:
Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah : Pada keduanya itu
terdapat dosa yang besar dan beberapa menafaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih
besar dari menafaatnya. Dan mereka bertanyakan kepadamu apa yang mereka nafkahkan.
Katakanlah: Yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat Nya
kepadamu supaya kamu berfikir
(Surah al Baqarah : 219)

M40-k5

28

b.

Terjemahannya:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat sedang kamu dalam keadaan
mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid)
sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi.
Dan jika kamu sakit atau dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah
menyentuh perempuan , kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu
dengan tanah yang baik (suci); sapukanlah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah
Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.
(Surah an Nisaa : 43)
c.

M40-k5

29

Terjemahannya:
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban
untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan
syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
(Surah al Maa-idah : 90)
yang diturunkan Allah S.W.T. dan disampaikan oleh nabi Muhammad S.A.W. kepada
mereka.
Demikian juga masalah pendedahan 'aurat, telah selesai dengan penurunan ayat 31,
Surah an-Nur.
Apakah rahsianya menyebabkan mereka menerima arahan-arahan itu tanpa bantahan,
bahkan mereka terimanya dengan rasa puas hati dan redha? Ini tidak lain melainkan
kerana hati mereka sudah beriman sebelum datangnya arahan-arahan itu, jiwa mereka
telah diproses dengan didikan iman melalui tarbiyyah Rasulullah S.A.W..
Kesimpulan Dan Penutup.
1. Tiada Tarbiyyah yang lebih baik melainkan Tarbiyyah yang dibawa oleh Rasulullah
S.A.W. berdasarlan wahyu Allah S.W.T..
2. Proses Tarbiyyah (didikan) mestilah dibangunkan atas dasar tauhid kepada Allah
S.W.T. dan keimanan dalam ertikata yang sebenarnya.
3. Titik tolak untuk mengislahkan manusia dan kehidupan mereka mesti bermula dari
pengislahan dalaman jiwa mereka berdasarkan Firman Allah S.W.T. :

M40-k5

30

Terjemahannya:
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutnya bergiliran, di muka dan di
belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah
sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah apa yang terdapat di dalam diri mereka. Dan
apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tidak ada yang dapat
menolaknya dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia "
(Surah ar-Ra'd: ayat 11.)
4. Ciri-ciri tarbiyyah Rasulullah S.A.W. perlu difahami dan dihayati.
5. Kehidupan generasi awal (Generasi al-Quran) adalah model utama dalam usaha ke
arah pembentukan masyarakat dan ummah Islamiyyah.
Rujukan.
1. Muhammad Labib Ahmad. Hakikat Nubuwwah, Pustaka nasional, Singapura, hal.
14.
2. Said Hawwa. Ar-Rasul, Jil. 1, Dar al-Qalam, Beirut, hal. 179.
3. Mohammad Syadid. manhaj al-Quran Fi at-tarbiyyah, Muassasah ar-Risalah,
Beirut, hal. 9-10.
4. Ibid., hal. 10.
5. Yusuf al-Qaradhawi. Al-Khasais al-Ammah Lil Islam, maktabah Wahbah, Qaherah,
hal. 33.
6. Yusuf al-Qaradhawi, At-Tarbiyyah al-Islamiyyah Wa Madrasah Hasan al-Banna,
Maktabah Wahbah, Qaherah, hal. 9.
7. 'Abd ar-Rahman Najlawi. At-tarbiyyah al-Islamiyyah Wa al-Mushkilat al-Muasirah,
Maktabah Usaimah, Riyadh, hal. 32-46.
8. Ibid., hal. 82-83.
9. Said Hawwa. Tarbiyatuna ar-Ruhiyyah, Maktabah Wahbah, Qaherah, hal. 79.
10. Sayyid Qutb. Ma'alim Fi at-tariq, maktabah Wahbah, Qaherah, hal. 25.
11. Ibid., hal. 27-28.
12. Abu Hasan an-Nadawi. An-Nubuwwah Wa al-Anbuya' Fi Dhaui al-Quran, Maktabah
Wahbah, Qaherah, hal. 36.
13. Al-Qaradhawi. At-Tarbiyyah al-Islamiyyah, hal. 23.
14. Al-Qaradhawi. Al-Kahsais al-'Ammah, hal. 103.
15. 'Abd Allah Nasih 'Ulwan. tarbiyyah al-Aulad Fi al-Islam, juz. 2, Dar as-Salam, beirut,
hal. 13.
16. Ibid., hal. 39.

M40-k5

31

17. Ibid., hal. 81.


18. Ibid., hal. 139.
19. Ibid., hal. 197.
20. Ibid., hal. 369.
21. Ibid., hal. 269.
22. Al-Qaradhawi, Al-Khasais al-'Ammah, hal. 104.
23. Ibid., hal. 106.
24. Ibid., hal. 108.
25. Ibid., hal. 109.
26. Ibid., hal. 109.
27. Muhammad Qutb. Manhaj at-Tarbiyyah al-Islamiyyah, Juz. 1, Dar asy-Syuruq, Beirut,
hal. 9.
28. Al-Qaradhawi. Al-Khasais al-'Ammah, hal. 114-116.
29. Mahmud Muhammad al-Jauhari dan sahabat-sahabat. Al-Akhawat al-Muslimat
Wa Bina' al-Usrah al-Qaraniyyah, Dar ad-Da'wah, Iskandariyyah, hal. 64.
30. Sayyid Qutb. Ma'alim Fi at-Tariq. hal. 13-30.
31. Sayyid Qutb. Dirasat Islamiyyah, Dsar asy-Syuruq, Beirut, hal. 26.
32. Muhammad Syadid. Manhaj al-Quran Fi at-Tarbiyyah, hal. 12.
33. Muhammad Qutb. Manhaj at-Tarbiyyah al-Islamiyyah, juz. 2, Dar asy-Syuruq, Beirut,
hal. 50.
34. Muhammad Syadid. Manhaj al-Quran Fi at-tarbiyyah, hal. 6.
35. Ibid., hal. 11.
36. Ibid., hal. 13.

Wallahu 'Alam.

M40-k5

32

Anda mungkin juga menyukai